Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Isi Karya = Pagi itu Zarul sedang bersiap-siap hendak ke pejabat. Dia kelihatan sedang mengemaskan ikatan tali leher di kolar kemeja birunya, sementara itu, isterinya Lia duduk di birai katil memerhatikan suaminya yang sedang bersiap di hadapan meja cermin bilik tidur mereka. Apabila melihatkan Zarul hampir keluar dari bilik, Lia mula menegur suaminya dengan lembut.
"Abang balik kerja pukul berapa petang nanti?"
Lia berdiri dan ketika cuba merangkul tengkuk suaminya penuh manja, sepantas kilat Zarul tiba-tiba menepis tangan Lia lalu menjawab dengan suara yang kasar dan terus meluru keluar dari bilik tanpa menoleh sedikit pun ke arah Lia yang sedang dalam kebingungan.
Lia segera mengekori langkah Zarul dari belakang dengan pantas. Dia menarik pergelangan tangan Zarul hingga memaksa dirinya untuk berdiam diri sejenak.
"Kenapa sejak kebelakangan ni Abang cuba menjauhkan diri dari Lia?!"
Zarul hanya membiarkan sahaja pergelangan tangannya digenggami Lia. Namun, dia masih berdiri membelakangi Lia.
"Tak ada apa-apa dengan Abang! Cuma perasaan Lia saja! ... Dahlah! Abang dah lambat untuk ke pejabat ni!" Zarul cuba memberi alasan dan menarik tangannya untuk melepaskan genggaman Lia, tetapi ternyata dapat dihidu oleh Lia bahawa ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh Zarul. Lia cuma memerhatikan gerak langkah Zarul keluar menuju ke keretanya, BMW Z9 yang berwarna hitam metalik. Zarul menghidupkan enjin kereta lalu memandu keluar dari perkarangan rumah banglo yang didiami mereka setahun lalu itu tanpa memandang sedikit pun ke arah isterinya yang masih tercegat di muka pintu. Tiba-tiba Lia dapat merasakan air hangat sedang menunggu di tebing kelopak matanya, namun dicuba halangnya dari menitis. Hampa rasanya dengan layanan Zarul terhadapnya sebentar tadi. Mana tidaknya, hampir setiap pagi Zarul keluar kerja dan balik ke rumah pula awal pagi. Tak pula Zarul beritahu kemana dia pergi. Titik-titik jernih mula membasahi pipinya yang gebu itu. Dia keliru dengan apa yang dilakukan Zarul terhadap dirinya dalam setahun ini sejak mereka berpindah ke banglo hadiah perkahwinan mereka dari mertuanya. Kadang-kadang, Zarul seperti sedang mengelamun jauh mengenangkan sesuatu. Seolah-olah Zarul sedang jauh dalam khayalan dunianya sendiri. Apabila Lia kerap kali menyuakan soalan yang sama pada Zarul, pasti Zarul akan menarik muka masam mencuka lalu bermulalah episod yang tak disangka-sangka. Zarul pun sudah mula mendera jiwa dan fizikal Lia. Kerap juga tubuh badan Lia jadi pelepas marah Zarul. Namun, Lia masih juga tetap bersabar.
SETELAH hilang kelibat kereta yang dipandu Zarul hilang dari pandangannya, Lia terus masuk ke dalam rumah lalu menuju ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya ke atas sofa baldu merah hati yang terletak di hadapan televisyen. Sejak kebelakangan ini, layanan dingin yang Zarul berikan membuatkannya sering merasa kesunyian. Hmm .. kalaulah ada anak, meriah sikit rumah ni .. tak lah sunyi sangat, fikir Lia sendirian. Malah, jika setiap kali disuakan persoalan tentang anak, pasti Zarul akan berdalih dan melenting, katanya Lia tak sabar dan sering mendesaknya. Kebosanan menerjah fikirannya yang sedang kusut ketika itu. Lia segera bangun dari sofa lalu melangkah menuju ke bilik bacaan yang terletak di sebelah bilik tidurnya. Dia mencapai bulu ayam lalu mula mengemas untuk mengisi masa yang terluang sepanjang ketiadaan Zarul. Di bilik itu, terdapat beberapa rak buku. Kebanyakan buku-buku yang disusun rapi di rak-rak itu, adalah milik Zarul. Zarul memang minat pada bacaan dari segi novel, mahupun novel tempatan ataupun dari luar negara. Setiap bulan, pasti ada saja yang didapatkannya dari kedai buku di merata tempat. Sambil Lia mengemas bilik bacaan dan menyusun semula buku-buku yang tidak tersusun di rak almari buku, matanya tiba-tiba terpandang pada sekeping gambar yang terselit pada salah sebuah buku novel yang tersusun itu. Dia menarik buku tersebut dengan perlahan-lahan lalu membuka buku itu. Sambil dia duduk di sebuah sofa di meja bacaan di bilik itu, dia menatap gambar itu dengan penuh teliti. Keningnya mula berkerut. Sebuah pasangan yang kelihatan di dalam gambar itu kelihatan sungguh mesra sekali. Lantas Lia teringatkan kembali zaman silam semasa dia dan Zarul sama-sama menuntut di Universiti Oxford di United Kingdom lapan tahun yang lalu.
WAKTU itu Lia sedang menuntut di dalam jurusan pentadbiran tahun pertama, manakala Zarul pula telah berada di tahun ketiga dalam jurusan yang sama. Mereka diperkenalkan oleh seorang siswi tahun tiga pada orientasi dua minggu pertama Lia di situ. Perhubungan yang bermula sebagai kawan berterusan hingga menjadi kekasih yang paling hangat di universiti itu. Ke mana sahaja mereka pergi, mereka bagaikan belangkas. Di mana ada Zarul, di situlah Lia. Begitu juga sebaliknya. Adakalanya mereka sering diusik oleh kawan-kawan sekelas Zarul, terutamanya seorang pelajar lelaki yang cukup segak disetiap mata pelajar perempuan di universiti itu. Sebut saja nama Dino Iskandar pasti sesiapa saja mengenali siapa empunya nama itu. Dia adalah seseorang yang mampu membuat hati setiap perempuan lemah. Malah Dino juga berkawan rapat dengan Zarul. Hubungan cinta Zarul dan Lia berterusan hingga ke tahun akhir Lia, manakala Zarul sudahpun mula bekerja di sebuah syarikat komunikasi di kota London. Zarul mula menunjukkan perubahan ketara ketika dia mula bekerja di syarikat itu. Lia cuba memilih untuk tidak percaya akan apa yang didengar dari rakan-rakan sekuliah dengannya tentang gosip-gosip liar bahawa Zarul telah berlaku curang di belakangnya dan apa yang telah dilakukan oleh Zarul hingga mampu mencalarkan maruahnya sendiri, tetapi naluri hati keperempuanannya itu juga turut tercalar akan gosip-gosip yang mengatakan tentang keburukan perangai Zarul. Terlalu ramai juga yang secara tidak langsung menjadi paparazzi di kalangan penuntut di situ. Kini, ternyata dia tidak dapat melarikan diri dari dunia nyata dari apa yang ditakutinya dan apa yang ingin dihindar olehnya. Sebahagian dari hati Zarul sudah berpaling kepada cinta barunya. Dan ini telah disahkan oleh mata kepalanya sendiri. Dengan itu juga, perhubungan Lia dan Zarul semakin hari semakin renggang dengan adanya kehadiran orang ketiga antara mereka. Apa yang paling melukakan hati Lia ialah, bukannya dia kalah di tangan kaumnya sendiri, tetapi apa yang pastinya dia telah dikalahkan oleh kaum Adam. Perhubungan cinta Lia dan Zarul hanya mampu bertahan untuk beberapa tahun sahaja. Lia melepaskan Zarul dengan hati yang berkecai. Namun apa yang terjadi adalah di luar dugaannya sama sekali. Setelah Lia tamat pengajiannya di Universiti Oxford, Lia membawa diri pulang ke Malaysia dan bertemu semula dengan Zarul yang mana Lia telah membuka peluang kedua. Beberapa bulan setelah kembali dari luar negara, Zarul dan Lia diijabkabulkan selepas mendapat restu dari kedua belah pihak keluarga.
TIBA-TIBA Lia dikejutkan bunyi guruh berdentuman dan diselangi dengan bunyi limpahan hujan lebat dari luar rumah. Dengan serta-merta, dia bingkas bangun lalu menyelitkan semula gambar yang dipegangnya tadi ke tempat asal dia mengambilnya sebelum itu. Sejurus selepas itu, dia terus keluar ke ruang tamu untuk menutup tingkap supaya tidak tempias. Dia melihat jam bulat yang berukiran kayu jati yang tergantung di dinding ruang tamu. Waktu itu jam sudah pun menunjukkan pukul dua petang. Dia segera melangkah ke bilik air, membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk mengerjakan solat Zuhur. Selesai mengerjakan solat, dia terus mencapai senaskah al-Quran yang terletak di rak almari kecil berhadapan dengannya. Dari hari ke hari, tanpa disedari sudah hampir khatam rupanya. Tanpa dia sedari, titis-titis air hangat yang telah sekian lama menunggu waktu untuk jatuh dari kelopak matanya, kini mengalir lagi ke pipi. Walaupun hatinya terasa pilu, dia teruskan juga pembacaannya itu dengan ditemani jiwa yang tertanam seribu duka. Setelah beberapa minit dia berteleku di sejadah dengan penuh khusyuk, dia mengakhiri ayat yang terakhir dari Juz ke dua puluh lima dan terus menutup serta mengucup al-Quran yang telah dihadiahkan oleh arwah bapanya lima tahun dulu dengan rasa penuh kesyukuran. Dia ke ruang tamu sesudah itu. Dia tidak tahu apa yang hendak dibuat lagi selain dari menonton televisyen seorang diri. Dia menekan punat kawalan jauh televisyen. Lia tidak pasti cerita apakah yang hendak dipilih atau untuk ditontoninya petang itu. Perutnya yang sedang memainkan lagu keroncong terasa pedih sekali. Senak berangin. Sungguh dia tidak bernafsu untuk menjamu selera seorang diri. Namun, digagahi juga dirinya untuk menjamah lebihan sarapan pagi tadi. Lia mengeluh resah. Fikirannya terganggu oleh apa yang dilihatnya di bilik bacaan siang tadi. Dia mula mengelamun lagi. Lia meninggalkan meja makan dan mengatur langkah lesu ke bilik tidurnya pula, terus menutup pintu dan berdiri sejenak di sudut kamar itu. Dia cuba memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Apa yang dapat dilihatnya ialah sebuah persekitaran yang gelap dan kusam. Walaupun cahaya sinaran mentari dari luar cuba menerangi kamar itu, namun, sinaran itu tidak mampu menceriakan keadaaan di dalam yang sememangnya telah lama tidak dihiasi dengan seri kebahagiaan. Kamar yang sebelumnya indah dan selesa untuk dinikmati pelayaran bahtera seketika waktu dahulu, kini, entahlah ... sejak setahun lalu, ianya kini hanyalah bagai sebuah bahtera yang terumbang-ambing di lautan gelora yang tiada berkemudi menuju haluan. Lia mengorak langkah perlahan ke arah katilnya lalu merebahkan diri yang sungguh terasa lesu ketika itu ke atas tilam. Dia merenung siling buat seketika hingga terlena dengan sendirinya.
cerita menarik. cuma ada sedikit kekeliruan timbul bila aspek sampingan tidak dititik beratkan. contoh soal masa. sekejap hujan sekejap cahaya matahari memancar plak.. apapun gud luck!!
em kupasan cerita yang menarik..tetapi kalau dpt di indah kan penggunaan bahasanya mungkin akan menjadi lbh menarik..kerana ada di sesetengah ayat yg kdg kalau agak bertabur sedikit..apepun teruskan berkarya n good luck k...:-)...
salam. jln citer nie walaupun baru sikit namun nampak cam menarik. Lg best kalau ayat2 dlm citer nie x nampak mcm terlalu "kaku". apapun, chayokk3!!! sambung ah cepat sikit. x sabar nk baca lagi.
cter ni best... cume ade kekeliruan sedikit pada situasi cter ni... kejap td hujan, dlm mse same panas.. pembaca akn terkeliru. cter ni menarik.. tp perbaiki lg kelemahan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
syok la..
cpt la smbg cte nie...
xsbar nk taw smbg strusny...
~myra~