Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Renyai hujan yang turun membasahi tanah perkuburan itu tidak sedikit pun dihiraukan olehnya. Dia hanya mampu berdiri memandang sayu ketika melihat jenazah isterinya sedang dikebumikan oleh beberapa orang ahli keluarganya. Bukan dia tidak mahu membantu tetapi dia tidak mampu untuk menanggung kesedihan melihat wanita yang amat dikasihinya itu ditanam. Dia menoleh memerhatikan ibunya yang juga sedang memerhatikannya dalam keadaan simpati sambil mendukung anak tunggalnya yang baru berusia 2 hari. Anak kecil itu tidak sempat merasa kasih sayang seorang ibu kerana ibunya telah pergi menemui Ilahi pada saat dirinya baru melihat dunia. Ibunya sanggup menggadaikan nyawanya untuk memberi anak kecil ini peluang untuk hidup & melihat dunia walaupun galang gantinya adalah nyawanya sendiri. Mengenang saat-saat terakhir & pesanan isterinya supaya terus tabah dalam menghadapi hidup, si suami hanya mampu merenung kosong jalan di depannya yang tidak diketahui akan apa yang sedang menanti dirinya & anaknya itu. Dalam keheningan tanah perkuburan & bunyi hujan yang turun, tangisan anak kecil itu memecah suasana. Dengan perlahan-lahan, lelaki itu merapati ibunya & menyambut anaknya itu lalu didukungnya. "Jangan menangis, sayang. Ayah ada di sini. Ayah akan menjagamu sebaiknya, Zahra’ Humaira…."
***
6 tahun kemudian….
"Zahra’, bangun sayang… Hari dah siang dah ni," Jamil mengejutkan anaknya itu yang masih lagi enak diulit mimpi.
Hari itu adalah hari pertama anaknya itu bersekolah. Walaupun anaknya itu baru berusia 6 tahun, kurang setahun dari usia wajib untuk bersekolah, tetapi oleh kerana kebijaksanaannya membolehkan dia bersekolah lebih awal daripada kanak-kanak lain yang seusia dengannya. Benar, Zahra’ Humaira memang seorang kanak-kanak yang bijak. Dia mula mengenal huruf & nombor ketika baru berusia 3 tahun. 3 bulan kemudian, dia telah pandai membaca dengan lancar.
Zahra’ yang masih mamai itu terpisat-pisat menggosok matanya apabila bapanya mengejutnya. Sesudah dia benar-benar terjaga, dia merungut kepada bapanya. "Ayah, adik tak mau pergi sekolah.." Adik adalah panggilan manja yang digunakan oleh Zahra’ untuk membahasakan dirinya dengan bapanya. Jamil yang kehairanan hanya mengerutkan keningnya.
"Aik, kenape lak ni?" tanya Jamil.
"Adik takut…"
"Takut apenye ni? Bukan ade hantu pon kat sekolah tu?" Jamil berasa hairan dengan alasan anak tunggalnya itu. Entah kenapa dia berasa takut untuk ke sekolah.
"Aiman kate kat sekolah tu, cikgu semua jahat-jahat. Hari-hari Aiman cerita kat adik yang dia kena denda dengan cikgu…" Zahra’ cuba mempertahankan alasannya. Aiman adalah anak jiran sebelah rumah mereka yang tua empat tahun dari Zahra’. Dialah yang menjadi teman sepermainan Zahra’ sejak mereka berpindah ke situ 2 tahun yang lalu. Walaupun Aiman agak nakal, dialah satu-satunya orang yang dipercayai Jamil untuk menjaga Zahra’ ketika mereka berdua keluar bermain.
"Laa… Takdenye cikgu-cikgu tu nak denda si Aiman tu kalau dia takde buat salah. Mesti ade benda salah yang dia buat tu sampai cikgu denda dia hari-hari. Kalau Zahra’ baik, mesti cikgu sayang kat Zahra’ & takkan denda Zahra’ punye. Percaye la cakap ayah ni," Aiman cuba memujuk Zahra’.
"Tapi Aiman kata, cikgu denda dia jugak walaupun dia tak buat benda tu…"
"Aik, kenape lak cikgu denda dia walaupun dia tak buat salah?" tanya Jamil.
"Entah. Dia kata dia tak buat kerja sekolah. Lepas tu, cikgu dia pun denda la dia…"
Jamil ketawa terbahal-bahak mendengar kata-kata Zahra’ itu. Zahra’ yang tidak mengerti hanya merenung bapanya yang entah kenapa tiba-tiba mentertawakannya. "Kenapa ayah gelak?"
"Laa… Kalau tak buat kerja sekolah, mesti la kena denda. Sebab cikgu yang suruh buat kerja sekolah tu. Jadi, bila Aiman tak buat maksudnya dia tak ikut cakap cikgu la. Sebab tu cikgu marah. Jadi, kalau Zahra’ tak nak cikgu marah, ikut la cakap cikgu. Dengar apa yang cikgu suruh. Nanti mesti cikgu sayang sangat-sangat kat Zahra’. Macam ayah sayang Zahra’ jugak. Jangan la ikut Aiman tu. Dia kan memang terkenal dengan nakal dia tu," kata Jamil sambil mencuit hidung comel Zahra’.
"Ooo.. jadi Aiman la yang buat salah. Aiman jahat!! Aiman tipu adik!!" Zahra’ menjerit kegeraman apabila menyedari yang Aiman telah mengenakannya.
"Dah la tu, Zahra’. Cepat-cepat siap. Nanti lambat lak hari pertama ni." Zahra’ segera berlari ke bilik air untuk mempersiapkan dirinya sementara Jamil pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka dua beranak. Selepas 20 minit, Zahra’ sudah tercanguk di depan meja makan dengan lengkap berpakaian sekolah.
"Ayah, cantik tak adik??" soalnya.
"Cantik. Kalau tak cantik, bukan anak ayah la tu namanya," kata Jamil dengan seulas senyuman di bibirnya. Zahra’ tertawa mengekek apabila mendapat pujian dari ayahnya itu. Dia menarik kerusi dan duduk bersebelahan dengan bapanya. Kemudian, dengan agak tergesa-gesa, dia menyuap roti ke dalam mulutnya.
Zahra’ hanya tersenyum mendengar nasihat bapanya itu. Tiba-tiba, dia memegang lehernya & terkejang-kejang menahan kesakitan. Jamil terkejut melihat kejadian itu & segera menerpa ke arah Zahra’.
"Zahra’!! Zahra’!! Kenapa ni, Zahra’? Jangan tinggalkan ayah, Zahra’!!" Jamil memberi anaknya minum air sambil dia teresak-esak menangis. Setelah minum air tersebut, barulah Zahra’ pulih semula. Jamil memeluk anaknya erat-erat seperti tidak mahu melepaskannya.
"Jangan tinggalkan ayah, Zahra’… Ayah tak sanggup lagi ditinggalkan…" kata Jamil dalam esaknya.
"Ayah, lepaskanlah. Adik tak apa-apa. Tersedak sikit je tadi," kata Zahra’ sambil cuba menolak tubuh bapanya.
Jamil merenung mata Zahra’ yang kemerahan akibat tersedak tadi kemudian bertalu-talu mencium mukanya.
"Alhamdulillah kamu tak apa-apa. Jangan takutkan ayah lagi ye?"
"Okay, ayah. Adik janji adik makan pelan-pelan lain kali. Tapi, sekarang ni, jom kita cepat. Dah pukul berape dah ni? Adik lambat pulak nanti."
Jamil bertenang semula & bangun untuk mengambil kunci keretanya. Kemudian dua beranak itu meninggalkan rumah mereka & menuju ke sekolah Zahra’, Sekolah Seri Maharani. Sekolah itu sudah mula dipenuhi oleh pelajar-pelajar. Ada wajah-wajah ceria & ada juga yang kelihatan gementar. Masing-masing dengan keletah tersendiri. Sekolah itu baru sahaja dibuka tahun itu. Oleh sebab itu, kesemua pelajar di situ adalah pelajar-pelajar baru yang akan memulakan sesi persekolahan mereka pada hari itu. Zahra’ terpegun melihat suasana yang begitu asing baginya. Buat pertama kalinya dia datang ke sekolah. Sebelum itu dia hanya mendengarnya daripada Aiman. Aiman pula banyak menokok tambah fakta yang kadang kala agak melampau mengenai suasana di sekolahnya.
"Jom ayah bawak jumpa Zahra\' jumpa cikgu kelas," kata Jamil sambil memimpin tangan anaknya. Zahra’ pula hanya memerhatikan sekeliling dengan wajah yang melopong. Tersenyum Jamil apabila melihat keletah anaknya itu.
"Tutup mulut tu. Nanti gajah pun boleh masuk kalau nganga luas-luas camtu," usik Jamil. Zahra’ tersedar apabila mendengar usikan ayahnya itu lalu wajahnya berubah kemerah-merahan menahan malu. Mereka berdua tiba di hadapan sebuah bilik yang tertera di hadapannya papan tanda "Bilik Guru". Jamil mengetuk pintu bilik itu perlahan.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumsalam.." salamnya disahut oleh seorang guru wanita yang mejanya terletak paling hampir dengan pintu masuk.
"Ya, encik? Ada apa yang boleh saya bantu?" tanyanya.
"Err.. Saya nak jumpa guru kelas darjah 1 Mutiara."
"Sebentar ya?" Guru itu berlalu & kembali semula dengan seorang guru perempuan di belakangnya. "Ini guru yang encik cari tu."
Jamil terperanjat melihat guru perempuan itu. Wajah yang memang dikenalinya. Guru itu juga memberi reaksi yang sama.
"Laila..??"
"Jamil..??"
Pertemuan kedua-dua insan itu mengimbau kembali kenangan yang telah lama tersimpan sejak 20 tahun dahulu…
BERSAMBUNG...
Nota Penulis: Ini adalah karya ke-2 saya selepas cerpen \"Yang Sebenarnya\". Saya cuba memperbaiki cara penyampaian dialog & persembahan karakter. Saya masih baru lagi dalam bidang penulisan ni jadi mungkin ada sedikit kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Harap maaf.
bahasa memainkan peranan penting..gunakan bhasa antara bapa n anak dengan btul cthnya penuh ksh syg,manja n logik sesuai dengan situasi agar dpt memberikan kesan yg mendalm kpd pmbaca...boleh diperbaiki lagi..
jalan cerita ok.gaya persembahan masih boleh diperbaiki terutama di antara dialog anak dan si bapa.Kembangkan penceritaan supaya lebih menarik.good job.
kenapa citer ni kebanyakkan semuanya nk sma sja dgn novel yg lain cuba buat kelainan sikit contohnya percintaan berbeza agama dan bangsa.tapi apa2pun krya awak bgus.
salam wadah pembuka bicara...cerpen anda ada potensi untuk lebih maju...tetapi,gaya bahasa dan teknik plot yang digunakan kurang menarik..seboleh-bolehnya gunakan bahasa berbunga-bunga dan kurangkan sedikit teknik dialog.pembuka cerpen juga mestilah menggambarkan cerita yang ingin disampaikan..banyakkan unsur2 anafora,metafora agar cerpen lebih puitis dan dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca..konflik yang ditimbulkan mestilah jelas dan beri gambaran yang lebih jelas tentang suasana yang ingin disampaikan kpd pembaca.. -selamat maju jaya-
tahniah!! nice story n like kisah benar ne hihi juzt continue for the nxt..i will waitng for u...but plez lembut kn sket bhsa pertuturn jamil with his children..k gud luck in this profesion hehhe...
oklah cite ni mmg best tapi bhasa 2 harus diperbetulkan dlu. kebnykkannya menggunakan bhasa pasar.i nasihatkan baca kmbali karangan u kmudian bru beri pembaca baca. mana perkataan xthu buat smakan di kmus.jika ada guru bimbingan yang tlg membantu ok sahaja..its oppose 2 do..
ok..cuma lbh baik gunakan bhsa melayu tinggi spya tmpk lbh mtng dan mudah difahami.gaya bhsa yg puitis dan lbh brkesan jge blh diprbaiki.unsur kecindan dlm novel agk mnrik.smge maju d msa dpn dan terus memrtabatkan bahasa melayu.
jalan ceritanya bagus.cuma ada beberapa kesalahan kecil.teruskan sambungan .ok !!!!!!!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jln citer bgus.....tp,msih byk lg aspek yg bole dibaiki...