Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Panggilan telefon yang aku terima lewat malam tadi membuatkan aku gelisah. Aku tahu. Aku masih mengingati suara itu. Tak mungkin akan aku lupakan. Suara insan yang pernah melukai hatiku. Suara insan yang pernah mengajarku erti rindu. Sumpah! Aku sudah tidak mahu menerima dan mendengar sebarang khabar dari dia. Cukuplah segala kenangan yang pernah aku ada selama bersamanya. Kenapa? Kenapa kau muncul setelah aku melupakan? Kenapa tidak dulu? Di saat aku menangis, merayu meminta simpati darimu, meminta supaya kau mempertimbangkan segala keputusanmu. Keputusan yang benar-benar membuat hatiku tercalar pedih. ……………..
"Hello Assalamualaikum." Aku bersuara seperti biasa apabila menjawab panggilan telefon. Namun, tiada sebarang jawapan dari orang yang menghubungiku. Diam. "hello…"aku bersuara lagi. "Hello, nak cakap ke tak ni? Siapa awak ni ya? Selalu sangat call tapi diam. Nak kata bisu, mustahil la pulak. Kalau bisu or pekak, tak payah pakai phone." Aku sudah tidak mampu bersabar lagi. Nombor yang selalu muncul di handphoneku tapi setiap kali hanya membisu. Tiada sebarang sahutan. "hello!" aku mencuba lagi. Tiada sahutan. Lantas aku menekan merah. Sejak seminggu lalu, nombor yang sama menggangguku. Hanya menghubungi apabila waktu menjangkau 11.00 malam. Tetapi malam ini agak berlainan dari malam-malam sebelumnya. Nyata orang itu berani. Menghubungiku sekali lagi. Kebiasaannya, apabila aku mematikan talian dia sudah tidak menghubungiku lagi. Hanya membuat panggilan bisu pada keesokan hari. Aku sekadar memerhatikan handphoneku di atas katil. Berfikir-fikir, siapalah yang cuba menganggu hidup aku sejak seminggu ni. Jangan-jangan rakan office yang kadang-kadang perangai yang agak di luar kawalan. Saja nak kenakan aku. Selepas tiga kali deringan aku biarkan putus, kali ke empat aku menjawab. "Siapa ni? Awak nak apa call saya? Awak salah nombor ke?" tanpa salam, aku terus menghadiahkan soalan untuk orang itu. Diam lagi. Aku mengeluh. "Jangan kacau saya. Saya tak kenal awak. Dari mana awak dapat nombor phone saya? Please…say something. Who are you actually?" "Sha…" aku kaget. Hanya dia seorang memanggilku Sha. Mustahil! Giliran aku pula terdiam. "Sha, abang minta maaf atas kesalahan abang dulu. Abang nak…" "sorry, wrong number!" Aku lantas mematikan talian. Dan terus menutup handphoneku. Aku termenung di birai katil. Memikirkan alasan dia mencariku setelah sekian lama. Ah, mungkin tidak susah untuk dia menjejaki diriku kerana kami pernah satu kampus, dalam bidang yang sama. Ini bermakna, kawan-kawanku adalah kawan-kawannya juga. Tapi dari siapa dia mendapat nomborku? Seingatku, setelah aku menukar talian baru. Tidak seorang pun aku memberikan nombor ini. Kami hanya berbalas email. Nampaknya kini, orang yang aku cuba lupakan semakin menghampiri. Bagaimana harus aku meneruskan hidup ini? Aku semakin dapat melupakan tentang dia. Rakan-rakanku juga tidak seorang pun bertanya perihal dia padaku. Mereka memahami kedukaanku. Terima kasih sahabat! …………………
Hari ini, aku ke pejabat seperti biasa. Tugasanku sebagai seorang system officer. Dua bulan kebelakangan ini, aku agak sibuk kerana partnerku telah bertukar ke tempat lain. Hanya aku seorang yang melakukan kerja. Penat. Syarikat tempatku bekerja ini menggunakan khidmat dua orang system officer. Syarikat yang berkaitan bidang ICT. Partnerku yang sudah kuanggap seperti abangku sendiri, Kamil. Dia telah berpindah ke cawangan di Kuantan. Menurut En. Syahmi, aku akan mendapat partner baru. Bagaimana agaknya? Moga-moga pengganti Kamil juga baik dan mudah untuk memberikan kerjasama. Kerjaya di bidang ICT memerlukan tuntutan waktu kerja yang lebih. Sebaik tiba di pejabat, aku terlihat note kecil di atas mejaku. Aku tersengih. Aku akan ada teman! Ermmm kena jumpa En. Syahmi kul 11 kerana dia akan memperkenalkan aku dengan System Officer baru di syarikat ini.
Aku melangkah ke bilik En. Syahmi lebih awal. Ini kerana kali pertama aku akan berjumpa dengan partnerku. Jadi, first impression must be good. Aku mengetuk pintu bilik En. Syahmi setelah mendapat keizinan dari setiausahanya. Aku melangkah masuk selepas mendapat isyarat dari En. Syahmi. "Come Lin. Take a sit there. Waiting for our new system officer." "o… saya terlalu awal ke ni En. Syahmi?"aku bertanya spontan. Inilah satu kelebihan boss aku. Beliau sangat mesra dengan staff. En. Syahmi tidak pernah sombong. Kebayakan pekerja di sini suka bekerja dengannya. Tiba-tiba teringat kata-kata Zaimah, setiusaha En. Syahmi. "Aku dah puas hati kerja kat sini. kepala tak sakit fikir kerenah bos. Confirm aku tak minta kerja kat tempat lain!" Jawapan En. Syahmi mematikan lamunanku. "Tak lah, standard temujanji la ni. Datang 10 minit awal. Kan?" En. Syahmi tersenyum ke arahku. Aku mengganguk. Sebentar kemudian, terdengar ketukan dari luar. "Hah, dah sampai pun. Masuk!" En. Syahmi bangun dari meja kerjanya. Melangkah ke arahku di sofa. Aku turut bangun menyambut kedatangan staff baru itu. Saat mataku melihat kea rah itu, hatiku berdegup kencang. Masih jelas wajahnya di ingatanku. Aku masih kenal wajah itu walaupun sedikit berbeza. Mukanya sedikit cerah. Maklumlah, lepasan oversea. Rambutnya agak pendek. Tidak seperti 5 tahun dulu. "Kenalkan, ini Nafisha Alia. System officer kat sini. Alia, ini En. Aiman. Programmer di syarikat kita ni." Aku terkejut. Programmer? Kenapa diperkenalkan dengan aku? "Tak perlu terkejut Alia. Awak pun akan bekerjasama dengan Aiman ni. Syarikat ni kan work as a family. Remember that?" Aku cuba mengawal perasaanku. "Bukan macam tu En. Syahmi. Saya ingatkan En. Syahmi nak perkenalkan saya dengan our new system officer. Siapalah sayan sampai nak perkenalkan dengan seorang programmer." Aku merendah diri. Air muka Aiman berubah. Mungkin agak terasa dengan kata-kataku. "we are in one family. Tak salah kan Alia?" Aku mengangguk. Lantas menghulurkan tangan kepada programmer baru itu. "Nafisha Alia. Just call me Alia. Selamat bekerjasama En. Aiman." Aku senyum Dia menyambut tanganku. Aku dapat rasakan dia menggenggam tanganku erat. "Nice meeting you Cik Alia." Dia juga membalas senyumanku. Aku cepat-cepat menarik tanganku. Terus mengawal rasa gemuruhku di hadapan En. Syahmi. Aku masih belum bersedia untuk bertemu semula dengannya. "Have a seat Man, Alia." Kami bertiga duduk. Aku terpaksa berhadapan dengan programmer baru itu. aku tahu, dia mengambil peluang mengamati wajahku. Mungkin mencari reaksi positif dariku. Namun semua itu amat mustahil. Pintu hatiku telah tertutup kemas untuknya. Kami hanya membincangkan tentang tugas masing-masing. Semestinya aku akan bekerja dengan programmer ini. Tidak dapat kuelak. Bumi ini terlalu kecil untukku. Walau jauh aku melarikan diri, akhirnya kami bertemu juga. Selepas hampir dua jam di bilik En. Syahmi, tamatlah perbincangan awal yang berlangsung itu. ketika aku bangun, En. Syahmi sempat mengajakku lunch bersama. Namun aku menolaknya dengan baik. Seboleh mungkin aku akan menjauhkan diri dari En. Aiman. …………………………
Selama dua minggu bekerja di bawah satu bumbung. Aiman masih lagi tidak mengangguku dengan urusan peribadi. Aku seolah-olah tidak pernah kenal dengannya selama ini. Malah, Aiman langsung tidak mengungkit tentang panggilan telefon darinya. Aku semakin selesa. Kami hanya berurusan apabila perlu sahaja. Sikap professionalisme terbukti. Bahkan tiada seorang pun tahu yang kami pernah kenal sebelum ini. Tapi, anggapanku silap. Petang itu, sewaktu aku berkemas untuk pulang, dia melangkah masuk ke bilikku. Aku agak tersentak kerana dia terus membuka pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu. "Yes, En. Aiman. Ada lagi kerja yang beres ke?" aku melihat ke arahnya. "Stop acting Sha. Abang dah penat." Dia menarik kerusi lalu duduk di hadapanku. Aku yang sedang mengemas tergamam. Langsung tidak menyangka ayat itu yang keluar dari mulutnya. Namun aku masih cuba buat-buat tidak faham. Melihat reaksiku, dia mendengus. "Sha, I’m talking to you. Listen to me okay?" "En. Aiman, I need to go back. Masa kerja dah habis. We will discuss later." Aku bangun. Mengambil beg tangan di atas meja untuk berlalu pergi. Tapi, langkahku terhenti. Aiman menarik lenganku. aku lantas berpaling ke arahnya. "Lepaskan saya En. Aiman. Saya nak balik ni." Aku masih berlembut Dia mengeleng. "Nope" "Apa lagi?" suaraku sedikit kuat. "Sha tahu kan apa yang abang nak." "saya dah lama maafkan awak. Awak dah tak ada hutang apa-apa dengan saya En. Aiman. So, please let me go." Aku cuba menarik lenganku tetapi tidak berhasil. "duduk dulu Sha, kita bincang benda ni." "Sepatutnya kita bincang 5 tahun dulu, Man. Sekarang tak ada apa-apa yang boleh diubah walau kita bincang seribu kali pun. So please…"Aku melihat ke arah lenganku. Dia menggeleng. "Abang takkan lepaskan Sha selagi Sha tak dengar penjelasan abang." Aku mengeluh. Perlahan-lahan aku berjalan ke arah kerusi. Lebih baik aku duduk dari membiarkan dia terus memegang lenganku. "Cakaplah apa yang awak nak cakap. Saya dengar. Dan lepas ni, tolong jangan halang saya lagi." Aku mengeluh berat. "Sha, abang minta maaf sebab pernah buat Sha bersedih dulu. Tapi waktu tu abang buntu Sha. Abang sendiri keliru tapi abang buat semua tu untuk kebaikan Sha. abang tak berniat nak…" "Saya dah lama maafkan awak, Man. Cukuplah meminta maaf. Layakkah insan seperti saya memberi kemaafan pada insan semulia awak Man?" "Sha. Abang tak berniat macam tu. Dah tiga tahun abang cuba cari Sha. Sekarang bila dah jumpa, Sha pula buat abang macam ni." "Kenapa nak cari saya Man?" "Sha, abang masih sayangkan Sha. Kalau boleh abang nak kita.." "Tak."Aku menjawab pantas. "Saya dah lupakan semua tu. Please Man, jangan mulakan sekali lagi." Aiman mengeluh. "Tak adakah peluang untuk abang walau sekali?" "Dah lama saya memberi peluang pada awak Man. Tapi awak yang selalu sia-siakan peluang yang ada." Aiman hanya diam. Aku masih menunggu kata-kata darinya. "Saya balik dulu Man, dah lewat ni. Lupakan semua yang pernah kita lalui selama ini. Saya lebih selesa mengenali awak sebagai En. Aiman." "Sha tak adil bila terus menghukum tanpa mendengar penjelasan abang dulu." "Saya perlukan penjelasan awak 5 tahun dulu. Sebelum awak tinggalkan saya." Dan Aku melangkah meninggalkannya. ………………….
Setibanya di rumah, aku terus melangkah ke bilik. Aku merebahkan badanku di atas katil. Memikirkan kewajaran kata-kataku tadi. Jujurkah aku pada diriku sendiri? Benarkah aku telah memaafkannya? Benarkah aku sudah melupakan semuanya? Kenangan pahit itu menjelma lagi.
Ketika itu, kami masih lagi bersama sebagai pasangan kekasih. Aku perasan, sejak akhir-akhir ini, Aiman selalu menjauhkan diri dariku. Selepas habis kuliyah, dia terus pulang ke rumah. Alasannya penat. Aku sendiri kurang percaya dengan alasannya. Tapi bila memikirkan ini semesta terakhir kami, berkemungkinan alasannya boleh diterima akal. Final sem semestinya semester yang memberi tekanan kepada pelajar. Selepas bertungkus lumus belajar, akhirnya kami sama-sama berjaya menamatkan pengajian di universiti. Pada hari konvokesyen, aku hanya memerhati Aiman dari jauh. Dia kelihatan amat gembira bersama keluarga. Hatiku sedikit terusik kerana dia langsung tidak menyapaku, malah dengan tema-temanku yang lain dia seperti biasa. Aku mencari kesalahanku terhadap dirinya. Setahuku, selama ini dia yang selalu mengasingkan diri dariku. …………………………
Beberapa bulan selepas itu, hubungan kami semakin jauh. Tiba-tiba aku mendapat tahu bahawa Aiman ingin melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Tanpa sebarang kata, dia hanya meninggalkanku dengan sepucuk surat yang sehingga kini aku masih meyimpannya.
Buat sha,
Terlebih dahulu, abang ingin memohon maaf kerana pergi tanpa memberitahu Sha apa-apa. Sekarang abang sedang melanjutkan pelajaran. Abang minta maaf. abang minta Sha lupakan abang. anggaplah Sha tak pernah mengenali diri abang. Abang juga akan berkahwin 2 bulan akan datang. Abang doakan Sha menemui kebahgiaan. Abang tak mampu tunaikan janji kita. Maafkan abang, sayang.
Salam dari jauh, Abang.
Surat itu membuatkan aku menyimpan rasa benci pada Aiman. Tinggalkan aku tanpa alasan yang munasabah. Sejak itu, aku cuba melupakan dirinya. Dan aku hampir Berjaya sehinggalah Aiman muncul kembali.
………………………………..
Hujung minggu ini, aku keluar ke pusat Bandar untuk membeli keperluanku. Sedang aku leka memilih, aku dikejutkan oleh seseorang yang mencuit bahuku. "hey!" mataku bulat. Tidak percaya apa yang kulihat. "Alia kan?" dia bertanya. Aku mengangguk. "Linda?" "ye, aku lah ni" Linda lantas memelukku. Linda ialah sahabatku sewaktu di universiti dahulu.Selepas betanya khabar, kami berdua bercadang untuk makan di restoran berdekatan sebelum pulang. "Aiman cari kau?" Soalan darinya membuatkan aku kaget. "Mana kau tahu?" "Semua aku tahu" "Apa yang kau tahu?" "apa yang kau tak tahu, Lia" Aku tergelak. "Apa kau ni Linda. Berbelit-belit" Dia menganguk. "Betul, aku tahu apa yang kau tak tahu" Aku Cuma berdiam diri. "Dah lama aku cuba cari kau. Kau pun satu la, susah sangat nak jumpa. Aku ada benda nak kasi tahu kau, Lia" "pasal apa?" aku bertanya "Aiman" Aku menggeleng. "tak ada apa yang aku nak tahu. Aku dah lama…" "KAu perlu tahu ni."Linda memintas Aku menunggu kata-kata seterusnya dari Linda. "Aiman tak ada niat nak tinggalkan kau. Tapi dia terpaksa. Jangan salahkan dia." aku mengerutkan dahi. Tidak faham apa maksud yang cuba disampaikan oleh Linda. "Aku dah lupakan cerita dulu, Linda. Tolong jangan paksa aku mengingati kembali apa yang telah aku lupakan." Aku masih cuba mengelak dari berbicara tentang Aiman. "Kau masih sayangkan Aiman kan. Lia? Answer me honestly Lia.." Aku Cuma diam. Tidak mengiyakan juga menidakkan Linda menyambung "Satu yang aku minta dari kau, dengar penjelasan dari Aiman, kemudian segala keputusan di tangan kau. Dia masih cintakan kau,Lia. Percayalah."
………………………….
Hari ini aku berjumpa dengan Aiman. Bertemu untuk mendengar penjelasan darinya. Mengapa aku dikecewakan setelah diajar erti rindu. Sakit, perit, pedih sehingga kini masih terasa. "terima kasih sudi datang Sha. Abang benar-benar hargai kedatangan Sha kali ini." Aku hanya mengangguk. Bersedia untuk mendengar apa sahaja alasan yang keluar dari bibirnya. "sha…abang minta maaf sebab…" "Dah lama saya maafkan awak Man. Kalau setakat nak minta maaf, no need" aku memintas kata-katanya. "Abang tahu. Sha dah tak nak panggil abang? kenapa panggil nama sahaja? Nampaknya Shad ah betul-betul lupakan kenangan kita dulu." Aku mengeluh. "Baiklah, abang nak Sha dengar apa yang abang akan cakapkan ini. Kenapa abang tinggalkan Sha tanpa sebab dan berkahwin dengan tiba-tiba" "Sebenarnya Sha, abang perlu tunaikan amanat arwah nenek. Dia sakit tenat semasa kita final sem dulu. Sebab tu abang tak ada masa untuk Sha. Senyuman abang sekadar melindungi hati yang sedih Sha. Bila mama dan papa dapat hidu perhubungan kita, mereka tak restui Sha. Abang tak tahu macam mana nak bagitahu Sha waktu itu. abang tak sanggup kecewakan Sha. Nenek pula, masa tu minta abang kahwin dengan sepupu abang yang tinggal kat UK. Abang taknak Sha, tapi selepas 2 hari permintaan nenek, nenek dijemput ilahi. Abang tak tahu nak buat apa. Abang sayangkan arwah nenek. Abang sayangkan mama dan papa. Abang juga sayangkan Sha. Tapi abang terpaksa buat pilihan. Salah seorang akan kecewa dengan pilihan abang…" "Sha yang abang pilih untuk dikecewakan…"mataku berair. "MAafkan abang sayang. Waktu tu abang buntu. Papa dan mama setuju dengan cadangan nenek tu dan mereka minta abang tunaikan. Abang dah berterus terang dengan mereka Sha, tapi alasan abang tak diterima. Mama beri kata dua, pilih antara Sha atau mama." Aiman berhenti seketika. Menarik sebelum menyambung "Dan akhirnya keputusan abang memakan diri sendiri, membuat insan yang paling abang cinta terluka. Abang tak sanggup nak lihat air mata Sha kalau abang berterus terang waktu itu." aiman menarik tanganku. Menggenggamnya erat. "Isteri abang?" "Kami tak bahagia Sha, sebenarnya dia juga terpaksa berkorban. Kami berkorban untuk kedua orang tua dan terpaksa melukai hati kekasih. Dia juga sama seperti abang. kami berlakon bahagia, tapi bila menginjak eman bulan perkahwinan masing-masing tidak sanggup untuk teruskan. Perkahwinan tanpa cinta, tambahan pula dah ada pilhan hati sendiri, mana mungkin kami akan bahagia Sha." "Maksud abang?" "Kami ambil keputusan untuk berpisah secara baik. Lagipun, kami lebih sesuai sebagai sepupu. Sekarang pun kami masih lagi berhubung tapi sebagai saudara. Memang kami tak boleh jadi suami isteri." "Mama dan papa abang tak marah?"aku menyoal ingin tahu. "Mahunya tak Sha. Mereka salahkan abang. tapi akhirnya mereka sedar. Habis sahaja edah, bekas isteri abang tu terus kahwin dengan pilihan hatinya. Abang pulak meneruskan pelajaran di sana. Bila dah habis, abang balik cari Sha. Tapi Sha menghilangkan diri tanpa sebarang jejak yang boleh abang kesan. Hidup abang semakin sunyi. Setiap hari abang akan berdoa supaya ditemukan dengan Sha. Alhamdulillah doa abang dimakbulkan." "Abang nak Sha buat apa?" "Maafkan salah abang dan kembali pada abang. abang nak Sha jadi suri hidup abang" Aku menggeleng. Sesungguhnya aku tidak mampu memberi sebarang kata putus sekarang. Fikiranku masih bercelaru. "Abang takkan paksa Sha, tapi berilah abang peluang sekali lagi. Abang janji akan bahagiakan Sha" "Sha tak tahu bang. Sha tak boleh buat keputusan sekarang. Sha perlukan…." "Ambil lah masa selama mana yang Sha nak. Cuma abang harap,Sha tak hampakan permintaan abang." "Sha tak boleh janjikan apa-apa bang. Sha tak ada keluarga yang boleh dibanggakan, sha tak berharta dan sha hanya manusia biasa bang. Bolehkan Sha masuk family abang? sha tak sanggup untuk kahwin dengan abang tapi tiada restu dari orang tua. Restu mereka penting" Aiman menambah "satu lagi yang Sha perlu tahu, mama dan papa dah tak kisah siapa pilihan abang. mereka dah banyak berubah sejak pulang dari mengerjakan ibadah haji dua tahun lepas. Mereka hanya inginkan menantu yang boleh membahagiakan anaknya." Aiman senyum. Aku berdiam diri. Cuba menilai kata-kata Aiman. Benarkah ibubapa sudah berubah? Aiman mencuit hidungku. "Sayang pilihan hati abang. dari dulu sampai sekarang. Dan insya-Allah selama-lamanya. I love you, Sha. Tolong jangan kecewakan abang." Aiman merenung mataku. Aku melarikan pandangan mata. Setelah bertahun tidak bertentang mata dengannya, aku agak segan untuk membalas renungannya. Aku mengangguk. "Sha sayangkan abang sepenuh hati Sha. Sha bohong bila Sha cakap Sha dah lupakan abang. abang tetap di hati Sha. Cuma Sha harap kali ini abang takkan lukakan hati Sha lagi" "abang janji sayang. Abang takkan tinggalkan Sha. Abang akan buat Sha lupa macam mana sakitnya rasa masa abang tinggalkan Sha dulu dengan kasih dan cinta dari abang. itu janji abang. percayalah" Aku menggenggam jemarinya. Aku melihat ke dalam matanya untuk mencari kebenaran dari kata-katanya tadi. Ya, aku percaya. Dalam sinar matanya penuh rasa kasih dan cinta untukku. Aku pasti itu.
Oh tuhan Sesungguhnya aku bersyukur padamu Kau kembalikan insan yang aku sayangi Dan aku bermohon kepadamu Permudahkanlah jodoh kami Hanya kepadamu aku bermohon Dan hanya padamu aku berserah
hi...tolonglah...xske betul la tinggal xnak explain ape2...bila datang balik baru nak explain...buat sakit hati...susah sgt ke nak berterus terang?? tulis panjang sikit biar ada konflik...baru la berbaloi alia tu kena tinggal 5thn...huh
kalau pjg ckit cite ni pon okeh... lg2 part yg aiman request sha balik tu... mcm sha perlu fikir dulu@jual mahal ke... takkan tetb nak time mcm tu je kan?
pilihan aiman memg tepat..cume care die salah.. kalu die plih sya dr fmly..bnyk makne nyer tau.. antaranye..die bukan sorg yg baik..cz sggup membelakangi fmly demi gurl..cinta tu bukan kerana allah..sdgkan restu ibu bapa pentg dlm perkahwinan..sejahat2 ibu bapa xkan sggup tgk ank sengsara..restu mereke pntg biarpun seburuk2 mane mereke..kerana seburuk2 parents adalah sebaik2 ank..anak yg baik selalunyer akn jdi suami yg baik..n suami yg baik utk isteri yg baik..
cume aiman patut xplain kat sya..xbaik wat cmtu..cian ank dara org tu.. huhu..mesti sya paham..malah mkin syg die kot..huhu
huh watak aiman sma cm my ex...pilih sy utk d kecewakan...sy fhm dlm hdup nya fmly yg utama...cuma dia wat keptusan tnpa berbincang dan 2 mnyakitkn sy..sma2 mnderita...klu la dia pikir semula keptusan yg dia da wat mesti kmi x jdi seperti skrg :(
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
pendeknya cite...
bru nk feel,dh hbs..