Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
" Dia kawan sekolah Julia auntie..," aku tersentak mendengar jawapan dari Julia setelah lama mereka perhatikan aku .Kawan sekolah aku? Aku cuba membuka semua fail yang berada dalam otakku namun satu pun tidak keluar nama Julia . Mama Syam yang masih tidak aku ketahui namanya mengangguk .Satu senyuman hambar dilemparkan kepadaku .
" Maaf, saya tak ada kawan nama Julia..," jawabku jujur dengan wajah yang masih kehairanan . Wajah Julia berubah riak serta-merta .Dia kemudian tersenyum kelat.
" Eh, tak kan kau tak ingat aku..aku..Julia..anak Dato’ Syukri..," kata Julia bersungguh-sungguh. Macam berlagak la pulak minah ni. Siap beritahu yang dia anak dato’ lagi. Daripada riak mukanya aku dapat rasakan yang dia cuma berpura-pura mengenaliku. Namun belum sempat aku membuka mulut , Julia lebih pantas menarik aku keluar dari bilik Syam.
" Auntie, kejap ye..Julia nak cakap dengan dia kejap," katanya kepada mama Syam dan terus menarik tanganku. Aku tergesa-gesa mengekorinya. Ada apa pula ni?
" Sorry, what’s going on?" Aku terus mengajukan soalan itu sebaik sahaja dia membawaku ke penjuru ward yang agak lengang di situ .Aku terpinga-pinga .
" Hei perempuan tak sedar diri, you kenal tak I ni siapa?" Aku terkejut mendengar kata-kata sinis Julia yang tidak aku duga.
" Erm..sorry..what do you mean?" Aku masih keliru dengan apa yang berlaku.
" Please lah jangan buat blurr..kalau you nak tahu I ni tunang Fad, tahu tak?" Walaupun Julia memperlahankan suaranya namun kata-kata keras yang dilontarkan tajam mengenai gegendang telingaku . Tunang? Syam sudah bertunang? Adakah aku salah dengar? Entah mengapa hatiku sungguh sakit mendengar perkataan itu. Aku kelu, tidak tahu apa yang harus aku perkatakan kini .
" Pandai ek you berlakon jadi tunang dia hari tu? Dasar perempuan penipu! Liar!" Julia menuding jari tepat ke wajahku. Aku terpempan . Lidahku masih kelu untuk berkata-kata. Mindaku terus terencap pada peristiwa di Cameron Highland beberapa bulan yang lepas. Perempuan tu! Ye..Julia adalah perempuan yang cuba bermesra dengan Syam ketika itu! Patutlah mereka begitu mesra, rupa-rupanya Julia adalah tunang Syam. Ya Allah, adakah Syam menipu aku lagi? Kak Za beritahu aku yang Syam adalah Farid, dan dia tidak pernah berhenti menyintai ku.Tapi sekarang..kenapa jadi macam ni? Apa maksud semua ini? Air mata yang sudah kering kembali bertakung di kelopak mataku .
" Kenapa diam ha? You terkejut I tahu yang you penipu ye?! Dasar perempuan murahan! Ada hati nak tackle anak dato’! Hei, you sedar la sikit..you ingat I tak tahu you tu kerja sebagai kerani je! Sama taraf dengan pelacur! Mana layak nak jadi bertunang dengan anak dato’!" Julia semakin kuat menghinaku apabila melihat aku hanya berdiam diri . Hatiku semakin sakit apabila kata-kata hinaan itu dilontarkan berulang kali. Jiwaku mula menggelegak panas, seperti lahar gunung berapi yang sedang menunggu masa untuk meletup . Pipiku membahang panas .Dadaku turun naik menahan amarah .
" Entah-entah Syam jadi macam ni pun sebab you! You ni memang perempuan tak guna! Perempuan sundal!" Julia masih tidak puas lagi menggertak dan menghinaku.
" Julia, stop saying nonsense about me!!" Aku menjerit nyaring membuatkan Julia terdiam seketika . Beberapa orang jururawat yang lalu lalang di situ mengalihkan pandangan ke arah kami. Aku tidak peduli semua itu. Aku menyeka kasar air mata yang sudahpun terlerai jatuh memabasahi pipiku.
" Untuk pengetahuan you, I tak pernah mengaku yang Fad is my fiancée. Dia yang nak kan I. I tak tahu yang dia dah bertunang dengan you . But now, our relationship is over!" Bentakku keras . Aku tidak mampu berdiam diri lagi. Aku sudah tidak tahan dihina lagi . Aku menarik nafas dalam-dalam untuk meneruskan kata-kataku.
" I think we should not discuss about this now..you see how severe the Syam’s condition is? Please..I beg on u..please take care of him..jangan biarkan dia menderita, masa ni adalah masa untuk jaga dia, bukan masa bergaduh..kalau dia tahu kita macam ni, mesti dia sedih.." aku terpaksa berkata begitu demi kebaikan Syam. Walaupun hatiku kini hancur luluh mendengar berita yang Syam sudah bertunang, namun entah mengapa rasa kasihan terhadap nasib yang menimpanya kini melebihi segala-galanya. Entah mengapa ,aku tidak sanggup membiarkan dia terlantar tidak sedarkan diri di situ. Mungkin kerana aku terlalu menyintainya sepenuh hatiku tapi apakan daya, dia kini bukan lagi milikku. Dadaku terasa sebak sangat.
" Hurmm..I harap apa yang you cakap tu betul. Kalau you cuba tipu I, you tahulah apa akibatnya!" Ternyata kata-kataku langsung tidak berbekas di hati Julia sebaliknya hanya riak sinis terpamer pada wajahnya .
" Please trust me.., I tak ada niat nak tipu sesiapa. What I’ve told you is true..Tolonglah jaga dia baik-baik..You jangan risau, lepas ni you tak kan tengok muka I lagi kat sini. I will go far away from him..," sebak aku untuk menuturkan kata-kata itu. Aku rasa hanya itulah keputusan terbaik untukku .
" Okay..good. Baguslah kalau you sedar yang you tu tak layak untuk dia. Last but not least, I nak cakap sikit. Lepas ni you jangan ganggu hidup Fad lagi. Sampai matipun, you tak layak untuk dia. Hanya I yang layak tau. And, one more thing..kalau I dapat tahu yang Fad jadi begini kerana you..I tak kan lepaskan you!" Kata Julia kasar sambil melangkah laju meninggalkan aku yang tercengang di situ. Aku sekali lagi terkedu mendengar ugutan Julia .Aku buntu. Aku kah yang salah dalam hal ini? Namun, jauh di sudut hatiku mengiyakan kata-kata Julia. Memang akulah punca semua ini . Akulah punca Syam hampir kehilangan nyawanya . Kalaulah aku tidak ditakdirkan bertemu semula dengan Syam , dia tidak akan menerima nasib sebegini. Dia tidak akan menderita sebegini. Aku memang teruk! Air mataku semakin lebat mengalir. Kepalaku terasa sakit sangat, tidak tahan lagi untuk memikirkan permasalahan demi permasalahan yang menimpaku.
-----------------------------------
Aku melangkah longlai menuju ke tempat letak kenderaan hospital ini. Jiwaku kusut. Otakku berserabut memikirkan kata-kata Julia sebentar tadi . Ya Allah, adakah ini dugaanMu Ya Allah? Kenapa di saat genting ini, semakin banyak permasalahan yang timbul? Mengapa? Salahkah aku menjadi insan bernama Lina? Salahkah aku hidup di dunia ni? Pelbagai persoalan menerjah ruang benakku silih berganti dan semua persoalan itu membuatkan imanku yang hampir rapuh semakin goyah. Astaghfirullahalazim..apa aku merepek ni. Aku beristighfar beberapa kali mengakui ketelanjuran aku kerana bersangka buruk pada Yang Maha Esa .
" Hello Lina, how are you?" Langkahku terhenti apabila ada suara garau menegurku. Aku seperti mengenali empunya suara itu. Aku terus mendongak ke depan . Aku tergaman. Encik Hakim? Ye..kelihatan Encik Hakim sedang bersandar pada keretaku . Apa dia buat di sini? Dengan pantas, bahang panas menular ke setiap penjuru hatiku. Panas hatiku dengan kekejaman Encik Hakim masih bersisa.
" Apa yang kau buat kat sini?" Soalku kasar. Hilang sudah panggilan ‘Encik Hakim’, hilang sudah rasa hormatku padanya . Tidak sangka dia sebenarnya adalah harimau bertaring yang bertopengkan manusia. Kedengaran dia tergelak sinis.
" Well, salah ke saya kat sini?" Soalnya selamba sambil melangkah perlahan-lahan menghampiriku. Cermin mata hitamnya ditanggalkan menampakkan mata hazelnya .
" Ye, salah! Berani kau datang sini lepas apa yang kau buat kat Syam! Apa kau nak buat lagi? Kau nak cuba bunuh dia lagi? Macam tu?! Kau ni memang gila lah!" Aku membentak keras . Encik Hakim tersenyum mendengar kata-kataku seolah-olah ia langsung tidak mengena gegendang telinganya atau menyentap tangkai jantungnya .
" Well..kalau saya bunuh dia pun apa salahnya.., dia memang patut mampus..," sinis Encik Hakim berkata membuatkan hatiku semakin geram dengannya .
" Kau!" Aku cuba menampar pipinya namun dia lebih pantas memegang pergelangan tanganku .Aku menarik kasar tanganku sehingga terlepas. Nafasku tercungap-cungap menahan marah. Sudahlah dia mengupah orang membelasah Syam cukup-cukup lepas tu boleh pula dia berlagak selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku. Aku tidak tahulah kenapa polis belum menangkapnya.
" Jangan la marah sayang..sayang marah sebab abang tak kena tangkap ke?" Geli aku mendengar Encik Hakim tiba-tiba cuba ber romantik denganku. Dia cuba mengusap pipiku tapi aku lebih pantas menepis.
" Hei ,kau jangan nak buat benda tak senonoh kat aku lagi! Kalau tak aku lapor pada polis! Kau tu layak dok dalam penjara je! " Amarahku kian memuncak. Namun, dia semakin galak mentertawakanku seakan mempermainkan kata-kataku.
" Laporlah kalau berani..kalau sayang nak tahu, polis tu dah makan suap abang. Dia tidak akan tangkap abang sampai bila-bila pun..tak payah lah sayang nak buang masa lapor pada polis..sia-sia je..,hahahaha.." aku tersentap . Sanggup dia merasuah polis semata-mata untuk menutup kesalahannya. Arghh!! Encik Hakim memang lelaki dayus!! Pengecut!
" Kau ingat aku tak berani, aku akan lapor kes kau merasuah polis ke pihak atasan..aku akan pastikan kau tak kan terlepas!" Ugutku dengan hati yang penuh kebencian. Aku menepis kasar tubuhnya untuk mendapatkan keretaku. Aku mesti cepat pergi dari sini. Aku tidak sanggup lagi berhadapan dengan Encik Hakim yang semakin lama semakin menyakitkan hati . Namun, belum sempat aku berbuat apa-apa, dia lebih pantas menarik tanganku kasar dan aku terperangkap dalam pelukannya.
" Hei, lepaskan aku! Kau dah gila ke! Kau nak apa lagi! Tak puas hati lagi ke lepas apa kau buat selama ni! Lepaskan aku! " Aku berteriak nyaring sambil meronta hebat mengharapkan agar ada orang yang memerhatikan perbuatan Encik Hakim namun hampa. Kawasan itu agak tersorok dari pandangan orang ramai. Walau sekuat mana aku berteriak, tidak akan ada sesiapa yang akan dengar teriakanku itu. Sekejap sahaja Encik Hakim memegangku, dia kemudian meleraikannya perlahan-lahan. Aku terus menjauhkan diri beberapa meter darinya .
" Abang datang ni bukan nak bergaduh , tapi abang just nak cakap satu perkara kat sayang..," tekakku terasa loya mendengar dia berabang sayang denganku. Perkara apa pula ni? Apa lagi agenda Encik Hakim ni?
" Stop calling me sayang! I hate to hear you call me like that!" Aku menutup kedua-dua belah telingaku .Benci aku mendengar panggilan yang tidak masuk akal itu.
" Okay..okay..I will not call you like that anymore..but I want to tell you something..," Encik Hakim cuba berlembut denganku. Aku hairan dengan tingkah lakunya yang tidak seperti selalu. Kali ini dia seperti seorang lelaki yang sangat berlemah lembut denganku. Adakah ini hanya satu lakonan untuk mengaburkan mataku?
" Hurmm..kau nak cakap apa?" Soalku tanpa sedikitpun berpaling ke arahnya. Aku benci melihat wajah itu. Kekacakannya kini digantikan dengan wajah syaitan bertanduk yang sukar untuk aku gambarkan betapa buruknya rupanya .
" I want you to be my wife..," aku terlopong mendengar permintaannya yang tidak pernah terfikir dek akal . Be his wife?? Biar betul!
" Kau dah gila ke? Lepas apa kau buat kat aku dan Syam, kau berani cakap macam tu lagi? Manusia jenis apa kau ni hah?!" Rasa terkejut itu hanya seketika. Kini aku jadi menyampah dengan kegilaan Encik Hakim yang tidak dapat aku jangkakan.
" Yes, saya memang dah gila. Saya gilakan awak! Saya tak boleh hidup tanpa awak… Please..be my wife..," Aku sekali lagi terkejut apabila kali ini aku melihat Encik Hakim melutut pula. Aku bingung. Apa yang sebenarnya berlaku? Kenapa Encik Hakim berubah sikap dalam masa yang singkat? Apa dia dah lupa ke perbuatan jahat dia padaku?
" Hakim, stop it! Dah la tu berlakon. Sampai bila-bilapun, aku benci kau!I hate you forever! " Aku kembali ke alam nyata. Aku tidak mahu terpedaya dengan rayuan Encik Hakim yang penuh muslihat. Aku tahu dia mempunyai rancangan jahat dalam fikirannya.
" Okay fine! Kalau awak sayangkan anak awak tu..please marry me..saya kan ayah dia..," aku memandang Encik Hakim seakan tidak percaya dengan kata-kata yang baru sahaja aku dengar. Aku kemudian tergelak sinis.
" Ooo ayah ye? Kalau kau tu ayah dia, apasal kau nak bunuh dia? Ni pun nasib baik dia tak mati..ayah konon, ayah membunuh! huh!" Aku menyindir kata-katanya. Sungguh jelik aku apabila dia mengaku ayah kepada anak dalam kandunganku ini. Aku mengusap perlahan kandunganku yang sudah masuk 5 bulan .
" I’m serious okay..kalau awak tak nak orang tahu yang anak awak tu anak luar nikah, awak kena kahwin dengan saya..," Encik Hakim masih tidak berputus asa merayu.
" Kenapa baru sekarang kau cakap macam ni? Dulu bukan kau ke cakap yang aku ni perempuan murahan! Kau yang tak ngaku kau ayah dia kan? Apa tujuan kau buat macam ni?! Cakap kat aku, apa rancangan kau sebenarnya? Tiba-tiba je nak kahwin dengan aku?"
" Itu dulu, sekarang lain..sekarang saya betul-betul nak jadikan awak isteri saya..,sumpah saya tak ada apa-apa niatpun. Saya tahu saya dah banyak sakitkan hati awak, tapi sekarang saya dah insaf..saya betul-betul nak bertanggungjawab dengan anak kita tu..Saya ikhlas nak mengahwini awak.." aku sudah kehilangan kata. Tidak tahu apa yang harus diperkatakan lagi. Hatiku kuat meragui kebenaran kata-katanya. Hatiku kuat mengatakan yang Encik Hakim sedang cuba memperdayakanku.
Aku tidak tahulah mengapa segala peristiwa hari ni seperti sudah dirancang. Bermula dengan kemunculan Julia yang mengaku sebagai tunang Syam hinggalah kehadiran Encik Hakim yang tiba-tiba untuk merayuku supaya menjadi isterinya. Persoalannya sekarang, perlukah aku terima lamaran Encik Hakim? Kalau aku tak terima, bagaimana dengan anak ini? Sudah pastinya orang ramai akan tahu yang aku mengandungkan anak luar nikah . Syam yang sudah berjanji untuk mengahwiniku kini terlantar tidak sedarkan diri. Kalau ikutkan,memang aku memang tiada cara lain selain mencari seseorang untuk menutup aibku. Tapi aku tak nak Encik Hakim menjadi suamiku, sakit hati dan rasa kecewaku terhadap perbuatannya terpahat kemas di hatiku. Apa yang harus aku lakukan sekarang?
eeiii....ko nie mmg budak bosan dunie akhirat lar! biarkn aje la penulis nk wt cmne pon... dat is her story..not yours... stop complaining about everything.... klau x ske, jgn la bce..
nway, congrats 2 the writer...best cter ni.. len drpd yg len... huhu... cpt2 ea upload new n3..! chaiyok!
best sngat crite ni... tp pd pndpat sy lina ni cm mudah terpedaye ngan kate hakim lah....huhuhu
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cian ngat,,