Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
KERUSI ditarik rapat ke almari. Kaki kerusi digerak-gerak. Tak kukuh sangat ni. Terus kaki pijak papan kerusi kayu itu. Syazana menghulurkan tangan ke atas almari meraba-raba mencari sesuatu. "Mana si Bil ni letak? Bohsan tahap tak leh tafsir dah ni. Rindu nak dengar lagu Butterfingers.Dah dua hari tak dengar. Ye la ipod dah tenggelam." Dia mengeluh.Tangan meneruskan pencarian. Selepas tujuh saat Syazana terasa hujung jari dah bersentuhan dengan benda yang dicari. "I got it." Dia tersenyum senang. Tangan dihulur lagi. Almari dipegang erat. Risau jugak kalau tersembam. "Cari apa!?" "Papa!!!" Tanpa sempat imbangkan badan, tanpa sempat tangan menyambar pintu almari dan tanpa sebarang pertolongan, Syazana jatuh tersembam disebabkan kaki kerusi patah. Lepas lima saat mata dibukak. Hah? Hampir tersembul bijik mata bila muka Amirul jarak lima inci je dari muka dia. Macam mana boleh jadi macam ni? Aku skrang kat atas dia? Isyh… Tak kot. Mimpi je ni. Mata dipejam kembali. Perlahan-lahan kelopak mata diangkat. Ada lagi??? "Taknak bangun ke? Kalau saya cakap jangan touching pulak. Sungguh tak tipu. Awak memang berat." Ujar Amirulselamba. Mata Syazana direnung. "Ya Allah! Bukan mimpi!" Sepantas kilat Syazana angkat badan. "Erk!" Perbuatan Syazana terhenti. Mata jatuh pada rantai leher yang tersangkut pada kolar baju Amirul. So, tak boleh bangun la. "Alamak…" Sangkutan itu cuba dileraikan dengan kasar. Hati dah ketar semacam. First time aku dekat dengan lelaki macam ni selain papa dan abang. Huhuhu… "Rilex… rilex… Slow-slow la awak. Kalau kasar macam ni susah nak tanggalkan." Ujar Amirul perlahan. Tangan kanan cuba menanggalkan rantai yang tersangkut itu. Perlahan-lahan. Syazana kalih muka arah lain. Tak sanggup nak pandang mata Amirul. Malu jangan cakap la. Blushing habis tuh. Amirul kulum senyum. Lucu melihat reaksi gadis itu.Tangan bergerak menanggalkan rantai. Mata pulak main peranan. Jatuh tepat-tepat pada muka Syazana. Leka perhati wajah putih bersih itu. "Okay. Done." Akhirnya rantai yang tersangkut dapat dileraikan. Syazana tarik nafas lega. Tangan ditongkat dilantai untuk bantu berdiri. "Wow!" Sergah Nabil yang muncul tetiba. "Papa!" Syazana pejam mata. Not again! Secara tak sengaja mukanya terbenam pada dada Amirul. "Ni Kajol dengan Shah Rukh Khan or Aisywaria Rai dengan Abishek Bachan?" Dayus dah tayang sengih. Pantas Syazana berdiri. Tanpa memandang wajah empat temannya yang sedang berdiri di depan pintu bilik Nabil, dia meloloskan diri berlari keluar dari situ. Ya Allah… Sungguh aku tak mintak jadi macam ni. "Ehem." Fiqri urut pangkal leher. Kening diangkat tiga kali. "Nothing la." Amirul berdiri. Baju ditarik kemas. "Nothing? Or many things ni?" Adif menyampuk. Bibir melebar sampai ke telinga. Amirul senyum nipis. "Takde benda la." "Ye ke?" Nabil letak tangan atas bahu Amirul. "Habis tu, tadi tu apa?" Soalnya nakal. "Tak sengaja la. Dia tengah cari apa ntah kat atas almari ni tadi. Aku pun tegur la dia. Tup tup dia tersungkur atas aku. Terkejut ar tu." Terang Amirul. "Serius aku tak tipu." Sambungnya lagi bila empat pasang mata merenung dia dengan senyuman nakal. "Tapi kalau ada pape pun apa salahnya. Betul tak guys?" Soal Nabil pada tiga sahabatnya dengan kening terangkat. "Betul betul betul!" Tiga kepala mengangguk laju. "Melalut kuat sangat la korang ni. Dah la tu. Bil, cousin kau tu memang cepat melatah eh? Mudah sangat terkejut. Aku tegur sikit terus jatuh alur. Aku sapa sikit terus jatuh kerusi. Lemah semangat jugak eh Syaza tu." "Baru tau ke? Si Syaza tu kalau tengah kusyuk buat something tambah pulak dia dok sorang-sorang memang mudah terkejut. Macam yang kau cakap tu la." Terang Nabil pasal sepupu kesayangannya itu. "Tu sebab kitorang suka usik dia." "Tapi kali ni dia punya terkejut betul-betul maha dasyat la. Tersembam atas anak teruna orang pulak tuh." Fiqri menggeleng sambil tersenyum. "Aku tak dapat imagine feeling dia time ni. Gila malu. Tadi pun dah blushing habis. Muka kita pun tak sanggup nak pandang." Darius ketawa dihujung ayat. "Ada point ni nak sakat dia." Adif angkat kening. "Tunggu…." Darius tayang thumb up.
"NAH." CD Butterfingers diletak depan Syazana. Nabil duduk di sofa sebelahnya. Darius, dan Adif amek tempat bertentangan dengan gadis itu. "Alhamdulillah. Dapat jugak." Syazana tersenyum lega. "Fiq mana?" Mata meliar mencari Fiqri. "Cari Fiq or Mirul?" Usik Darius. "Nampak ni?" Penumbuk ditayang."Takde faedah aku cari dia. Mana Fiq?" "Fiq bawak jejaka yang kau jatuh atas dia tadi balik rumah." Tiba turn Nabil pulak. "Don’t! Don’t start okay? Stop talking and thinking about that case!" Tegas Syazana menutur. Mata Darius, Anbil dan Adif direnung tajam. "I will try but no promise okay. Susah nak lupakan. Dua bijik mata ni dah ternampak adegan tu. Romantik and terpesona aku. Hahaha…" Darius pecah tawa. Adif dan Nabil ikut sama. "Dayus!"Bagai dicucuk jarum, Syazana pantas berdiri. "Okay okay… Ampun." Sepuluh jari disusun. "Tau takut." Syazana kembali duduk. "Mana yang lain?" Nabil melontarkan soalan. Remote controller dicapai. "Pergi ronda-roda kampung ni. Weyh, takmo ar tukar channel." Tangan disua untuk merampas remote controller ditangan Nabil. "Tukar channel la. Pe tengok cerita ni?" Tangan Syazana ditepis. Channel HBO ditekan. "Aku takmo tengok citer ni. Dah banyak kali repeat la." "Banyak kali repeat pun, aku still tak pernah tengok lagi. Adif, Dayus, tengok channel ni?" Nabil mintak sokongan dari dua lelaki yang leka menyelak surat khabar. "Wokeyh. Aku okay je." Ujar Adif. "Aku citer pape pun takpe. Except citer yang Syaza nak tengok." Dayus melipat surat khabar. Mata dihala pada skrin tv. "Kurang asam punya member." Jelingan tajam dilemparkan pada Darius. "Aku tak kira. Aku nak jugak tengok citer tadi. Korang tetiba datang kacau aku ni apsal? Tak boleh langsung tengok aku senang hati." Remote controller masih cuba dirampas. "Pe yang bestnya citer tu? Geng Bas Sekolah? Heh! Budak-budak sesuai la. Orang tua macam kau langsung tak masuk."Remote controller diangkat tinggi. Syazana terlompat-lompat ingin mencapai remote controller ditangan Nabil yang sudah pun berdiri. "Bak balik la!" "Wekkk… Tak boleh. Kau pendek je. Confirm tak boleh amek. Hahaha…"Nabil rasa bahagia teramat sangat bila dapat mengusik sepupunya itu. Rasa puas hati. "Bil, jangan sampai dapat kat tangan dia." Darius bagi sokongan. Adif hanya tersenyum. Menggeleng dengan telatah sahabat-sahabatnya. "Dayus, sambut cepat." Remote controller di lempar kepada Darius. "Syaza here…" Darius tayang remote controller yang dah pun berada ditangannya. "Arrggghh!!: Tetiba Syazana menjerit. "Benci aku!" Kaki mula diatur meninggalkan ruang tamu. "Weyh weyh Syaza." Pantas Darius menghalang laluan gadis itu. " Marah gila. Sulking eh?" Syazana tak bersuara. Hanya pandangan tajam je yang diberikan. "Okay nah amek balik." Remote controller dah beralih tangan. "Tu pun nak sulking." Omel Darius. Sofa disebelah Nabil diduduk. Muka Syazana serta merta bertukar ceria. "Thanks…" "Gaya macam budak umo tiga taun dapat lolipop je. Langsung tak matured." Sungut Nabil. "Biar ar." Geng Bas Sekolah terpamer semula dikaca tv. Remote controller dimasukkan ke dalam poket seluar. Mencegah dari dirampas. Nabil tongkat dagu." Dayus, Dif… Geng Bas Sekolah je la eh…" "Hmmm… Aku ikut je." Darius mengeluh lemah. Adif angguk perlahan.
Setengah jam berlalu….
"KORANG." "Hmmm…" Tiga lelaki itu menyahut. "Aku nak ke dapur buat air. Korang nak air pe?" Syazana pandang sorang demi sorang muka teman-temannya. "Nescafe panas." Order Adif yang leka membaca surat khabar. "Teh ‘O’ panas kurang manis." Darius nagkat tangan. "Milo panas. No garam."Sela Nabil. Serentak tiga suara lelaki bergabung tawa. "Hisyh! Kena jugak lempang budak ni karang." Gertak Syazana. Kaki dihentak ke lantai. "Sorry, kidding je." Ujar Nabil yang masih dengan sisa tawa. "Huh!" Sempat Syazana menjeling Nabil yang tengah tayang sengih.
Empat mug diamek lalu diletak atas meja makan. Pintu kabinet dibuka. Bekas milo dicapai. Botol nescafe diamek. Syazana pusing arah meja makan. Bekas-bekas tersebut diletak. Bekas yang mengandungi serbuk teh juga dicapai. Mulut Syazana terkumat-kamit menyanyikan lagu Love Story, Taylor Swift. Tangan kiri mencapai botol nescafe. "Hai." "Papa!" Botol nescafe terlepas. "Nasib baik sempat." Ujar Amirul sambil menghulur botol nescafe yang sempat disambut oleh dia. "Buat orang terkejut je." Syazana gosok dada. Alamak! Serta merta muka dia panas bila peristiwa jatuh kerusi tadi muncul dikepala hotak dengan tetibanya. "Awak ni lemah semangat jugak ye." Amirul tersenyum manis. "Mana ada." Tukas Syazana. Muka Amirul langsung tak dipandang. Memang taknak pandang langsung! "Taknak ngaku pulak dia …" "Awak nak apa ni? Milo masin ke?" Sindir Syazana dengan tone brutal. Pantas Amirul menggeleng. "Taknak! Takpe. Dah serik. Taknak pape minuman lagi dah." Syazana sembunyikan senyuman mendengar kata-kata Amirul itu. Baru dia tau sapa aku… "Dah tu nak pe?" "Nak awak." "Hah?" Nak taknak muka Amirul terpaksa dipandang. "Eh tak tak… Sorry wrong sentence" Amirul telan liur. Apsal mulut ni gatal keluarkan words yang tak berfaedah pulak… Syazana lepas nafas lega. Penutup bekas nescafe dibuka. "True sentence?" Amirul diam lima saat. "Nak cakap dengan awak sikit boleh?" Lembut dia lontarkan soalan. "Cakap pe? Saya rasa takde benda pun yang awak kena cakap dengan saya. Lagipun saya malas nak cakap dengan awak." Setengah sudu kecik nescafe dicedok lalu diletak ke dalam mug. "Eh ada. Banyak. Tolong la dengar apa yang saya nak cakapkan ni." Potong Amirul. "Malas!" Gula dimasukkan ke dalam mug nescafe. "Saya tau awak marah saya. Tapi…" "Mirul!" Ayat Amirul mati bila namanya dipanggil oleh Encik Zaril di halaman rumah. Amirul meraup rambut ke belakang. Adeh… " Ye papa!" "Sini kejap!" Amirul pandang Syazana. Tak sempat nak cakap pulak… "Pegi la ke depan nuh. Uncle panggil kan?" Lama Amirul pandang gadis itu. "Okay." Kaki dihayun keluar dari dapur. "Fuhh!" Syazana terus lepas nafas lega.
memg citer ni best...sy selalu bc n tak terlepas st epsd pon...tahniah wat penulis..chaiyok2
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
BEST nye jd org pertama bg comment
sambung lahlg ape jd antara mirul dgn syaza