Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Tanpa membuang masa, Puan Shim terus turun dari kereta lalu berjalan secara perlahan menuju ke rumah tersebut. Walaupun hatinya berdegup dengan kencang, dia tetep mencuba untuk menguatkan semangat. Kini dia berada betul-betul di hadapan pintu rumah tersebut. Tuk,tuk, tuk. "Ada orang tak?" Puan Shim sengaja menanya begitu. Diketuknya pintu sekali lagi. "Ada orang dirumah?" Puan Ha tersentak. "Siapa pulak yang datang petang-petang macam ni?" katanya sendirian. Dia segera pergi ke depan untuk membuka pintu. Setelah pintu dibuka, sekali lagi Puan Ha tersentak. "Kamu?!" katanya. Puan Shim memberikan senyuman. "Ning-li, apa khabar sekarang?" tanya beliau. "Kamu ada apa datang kat sini? Macam mana ka...engkau boleh tahu aku tinggal kat sini?" tanya Puan Ha dengan nada yang tidak mesra. "Sa...saya..." "Ada apa kau datang ke sini?!"tanya Puan Ha sekali lagi. "Saya...saya nak berjumpa dengan anak saya." Jawab Datin Shim sebak. Matanya berair. "Anak kau?" "Ya, saya nak jumpa dengan anak saya. Mana dia Ningli?" air mata Datin Shim menitis juga. Puan Ha terdiam seketika. "Anak...anak kau..dia.." "Dia apa Ningli? Tolong...saya nak sangat berjumpa dengan dia. Saya rindu dia. Saya nak peluk dia." Kata Puan Shim. "Dia dah takde." Kata Puan Ha. Puan Shim terpaku. "Mak...maksud kamu?" "Dia dah meninggal. Kamu dah terlambat." Jawab Puan Ha. "Apa?!" Puan Shim terperanjat besar lalu terduduk. "Anakku..." kata beliau, menangis. "Kau dah terlambat Disuh. Terlambat." Kata Puan Ha. "Anakku...maafkan mak nak...maafkan mak...!" Puan Shim menangis teresak-esak. "Kalau dah takde apa-apa lagi, aku rasa baik kau pergi dari sini sebelim anak aku balik." Kata Puan Ha lalu terus masuk ke dalam rumah dan menutup pintu. Sementara itu, Puan Shim bangun secara perlahan sambil menangis. "Anakku...maafkan mak..."kata beliau sendirian. Dia berjalan menuju ke arah keretanya. Setelah itu, dia masuk ke dalam ke dalam, dia hanya tersandar. "Datin?" sapa driver tersebut. "Bawa saya pulang. Tolong cepat sikit." Arah Puan Shim. "Baik, datin." "Oh ya, tolong rahsiakan apa yang berlaku hari ini daripada anak saya, ya?" "Baik datin." Jawab driver tersebut lalu memulakan perjalanan. Puan Shim masih lagi termenung. Sementara itu, Puan Ha masih lagi terpaku dan tersandr di pintu. "Dia...dia muncul balik? Setelah...setelah sekian lama?!" katanya. Tiba-tiba, dadanya terasa sakit yang amat sangat. "Ah!" dia terus berlari kea rah dapur dan terus membuka satu laci lalu mengambil botol ubatnya. Setelah menelan 2 biji pil, akhirnya sakit itu reda sedikit. Puan Ha termengah-mengah. HEEJUN kini duduk bersebelahan dengan Hwangjun tetapi agak jauh sedikit. Kedua-dua mereka sedang meminum air teh dari tin. "Sekarang awak dah maafkan saya?" tanya Heejun. "Hmm...air awak dah habis ke belum?" tanya Hwangjun. "Sudah." "Saya pun. Situ ada tong sampah. Jom kita pergi buang." Kata Hwangjun sambil bangun dari situ. Heejun mengangguk. Dia berjalan dahulu sementara Heejun mengekornya. Dengan sengaja, Hwangjun membaling tinnya kebelakanag hinnga terkena kepala Heejun. "Aduh! Hei!...ooo...awak balas dendam ya!" marah Heejun. Hwangjun tertawa. "Ok,ok, saya minta maaf."katanya. heejun memasamkan mukanya. "Saya balik dulu!" katanya. "Eh, Heejun! Heejun! Nanti, nanti! Betul ni saya minta maaf," Hwangjun berasa bersalah lalu menahan Heejun. "Saya gurau je tadi." Heejun masih lagi memasamkan muka. "Ok, ok... sekarang ni, apa yang perlu saya buat untuk awak maafkan saya?" tanya Hwangjun. Tiba-tiba Heejun tersenyum. "Apa yang perlu awak buat? Awak tanya saya? Betul ni?" Hwangjun mengangguk. "Emm...sekejap saya nak fikir." Kata Heejun. Hwangjun menunggu. "Ha! Awak kena belanja saya makan esok!" kata Heejun. "Belanja makan? Beres." "Tapi kat restoran mahal!"pinta Heejun. Hwangjun tertawa. "Ok, ok..." katanya. Sebenarnya, tidak jauh dari situ, Nihyung menyaksikan telatah mereka berdua. Dia berasa agak kecewa lalu pergi dari situ dengan perasaan hampa. "Patut la dia ada tanya pasal Heejun," katanya. "Baik aku...aku jadi kawan baik dia saja la. Itu rasanya dah cukup." Dia tersenyum sendirian. "Mak, Heejun dah balik." Kata Heejun. Puan Ha segera mendapatkan Heejun. "Heejun, kamu kerja kat mana?" tanyanya. "Kenapa mak?" soal Heejun kembali. "Cuba kamu bagi tahu mak sekali lagi siapa boss kamu?" "Shim Di Suh." Jawab Heejun kehairanan. Puan Ha mula tidak senang duduk. Dia berpeluh-peluh seperti merisaukan sesuatu. "Kenapa ni mak? Mak ok ke?" tanya Heejun kerisauan. Puan ha memandang tajam ke arah Heejun. "Berhenti dari kerja di situ!" arahnya. Heejun terperanjat. "Apa? Tapi... tapi kenapa mak?!" "Kalau mak kata berhenti, berhenti!" Puan Ha tiba-tiba naik marah. Heejun tersentak. "Mak?" Puan Ha segera masuk ke dalam bilik. Sementara itu, Heejun masih lagi terpaku lalu dia masuk ke dalam bilik juga menemui ibunya. "Kenapa mak?" tanya Heejun. "Kenapa Heejun kena berhenti dari supermarket tu?" tanyanya lagi. Puan ha hanya baring di atas katil dan hanya mendiamkan diri. "Atau...ini semua ada kena mengena dengan Datin Shim ke?" tanya Heejun lagi. Puan Ha tersentak tetapi dia hanya mendiamkan diri. "Mak." Panggil Heejun namun panggilannya tidak di layan. Dia terus keluar dari bilik tersebut lalu duduk di atas kerusi sambil termenung.
PUAN SHIM sedang tersandar diatas sofa sambil termenung jauh. "Mak? Mak dah balik ke?" tanya Hwangjun yang baru saja sampai di rumahnya. Dia segera pergi ke ruang tamu dan melihat ibunya berada di situ. "Mak?" panggil Hwangjun. Puan Shim tidak menjawab sebaliknya masih lagi termenung. "Mak?" panggil Hwangjun sekali lagi. "Ah! Hwangjun?! Terperanjat mak." Kata Puan Shim. "Kenapa mak nak terperanjat? Saya dah lama berdiri depan mak." Kata Hwangjun. "Ya ke? Bila kamu sampai?" "Baru sekejap tadi. Mak, mak ok ke? Macam ada masalah je saya tengok. Masalah supermarket, ya?" tanya Hwangjun. "Ada la sikit. Err...Hwangjun, cuba kamu tengok alamat ni. Kamu pernah pergi tak kat sini? Driver kata kamu pernah. Betul ke?" tanya Puan Shim sambil memberikan alamat tersebut kepada Hwangjun. "Saya rasa pernah la mak." "Kenapa kamu pergi ke situ? Hantar perempuan?" tanya Puan Shim. Hwangjun mengangguk. "Mak tak suka ke?" tanyanya. "Bukan...bukan mak tak suka, mak Cuma nak tahu, siapa perempuan tu." "Ok, saya akan bagi tahu tapi mak janji mak jangan pecat dia pulak." Kata Hwangjun. "Mak janji." "Emm...dia Cha Hee Jun." "Cha Hee Jun?! Dia?!" Puan Shim terperanjat. "Kenapa mak?" tanya Hwnagjun kehairanan. "Ada apa-apa yang tak kena ke, sampai mak terperanjat macam tu?" tanyanya lagi. "Oh...tak...takde apa-apa. Saje je mak tanya." "Mustahil." "Betul! Takde apa-apa. Mak bangga dengan kamu sebab baik hati menolong orang lain." Kata Puan Shim. Hwangjun tersenyum. "Saya masuk bilik dulu mak." "Pergilah." Puan Shim mengangguk. Hwangjun terus pergi dari situ. Puan Shim mengeluh. "Heejun? Dia tinggal kat rumah tu ke?" tanya belaiu sendirian. MALAM ituterasa dingin sekali. Munyong yang kelihatan persis seperti orang gila itu sudah keletihan di dalam kesejukan. Malah, dia hanya memakai selapis sahaja pakaiannya. Akhirnya dia terduduk di sebatang tiang lampu. "Mak...mak..." panggilnya lemah. Pada aktu itu juga, ada seseorang melempar duit syiling kepadanya. "Ish, zaman sekarang ni ada lagi pengemis macam ni. Ha,ha!" kata orang itu lalu pergi dari situ. Munyong langsung tidak melayan orang tersebut kerana dia begitu lemah. "Mak...saya lapar..." rintihnya lagi. Tiba-tiba, dia terlihat sebuah pondok telefon awam. "Mak!" katanya. Dia seperti telah memikirkan sesuatu lalu segera mengambil duit syiling tadi dan berlari ke arah pndok telefon tersebut. Dia tersenyum sambil mengangkat telefon dari ganggangnya. Baru sahaja dia hendak memasukkan duit syiling untuk menelefon ibunya, tiba- tiba dia teringat sesuatu. "Memang aku nak pergi la ni! Siapa yang nak tinggal dalam rumah buruk dan nak roboh ni! Boleh jahanam la engkau berdua!" kata Munyong dahulu. "Tak guna! Berambus kau! Berambus! Anak tak guna! Anak durhaka, berambus!" marah Puan Ha. Peristiwa itu menyebabkan dada Munyong tiba-tiba sebak. Kini baru dia sedar betapa kejinya dia pada waktu dulu.
BERSAMBUNG...
episode 10 jap je lagi sebab ada pengunguman penting nih...sabar ye..pliss....
terlalu banyak perkataan singkatan dan bahasa rojak. harap banyak gunakan bahasa melayu klasik yang mempunyai makna yang mendalam di sampuing memartabatkan bahasa melayu
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
terlalu banyak perkataan singkatan dan bahasa rojak.
harap banyak gunakan bahasa melayu klasik yang mempunyai makna yang mendalam di sampuing memartabatkan bahasa melayu