Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Iz. Cinta mengantuk," adu Lya begitu manja. Tubuh Iz yang dipeluknya masih tidak dilepaskannya.
Ditukarnya panggilan 'Lya' kepada 'Cinta' buat isterinya itu sebelum dia meninggalkan gadis itu sebulan lepas. Dia tidak menyangka yang gadis itu masih menggelar dirinya 'Cinta' dan rupanya diri itu merinduinya bertentangan dirinya yang marahkan gadis itu yang sangkanya gadis itu menipunya.
"Kita tidur hotel ni malam ni," cadang Iz. Dia rasa tidak sedap hati hendak membawa Lya keluar dari hotel itu. Mungkin semalam dua, dia boleh menetap sementara di hotel itu dan selepas pasti keselamatan Lya, baru dia fikirkan perkara seterusnya.
Jullya Chenta Faryhan mengangguk akur seperti biasa. Gadis itu masih lagi seperti sebulan lepas, kali terakhir dia berjumpa dengan gadis itu.
Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air. Terjenguk dia melihat keadaan luar bilik air sebelum membawa langkah mereka ke kaunter.
Sampai di bilik yang ditempah, dia menyuruh Lya mandi kerana tadi mereka berhujan. Nanti demam pula isterinya itu.
Seperti sebelum itu, keadaan Lya yang hanya bertuala itu, mampu menggetarkan jiwanya. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana pandangan orang yang berada di bawah pentas memandang tubuh itu yang hanya memakai gaun pendek dan terdedah menari mengikut rentak lagu. Lya pernah kata yang dia menangis setiap kali dipaksa mamanya untuk memakai pakaian sebegitu, menayangkan tubuhnya dilapah pandangan liar manusia kemabukkan arak yang ada kalanya bertindak luar jangkauan. Sering kali sahaja dia diselamatkan wanita yang kasihan melihatnya. Wanita yang sangup mengganti dirinya dengan Lya supaya Lya yang masih lagi tidak mengerti apa itu diganggu oleh pengunjung pub itu.
"Iz tak nak mandi?" tanya Lya begitu lembut sambil menatap wajah Iz yang asyik memerhatinya.
Wafee Izham mengangguk dan berlalu ke bilik air. Rasa marahnya sebelum itu dilambung dengan perasaan rindu yang membuak terhadap diri itu. Dengan tutur yang lemah-lembut dan begitu polos kelakuannya membuatkan dia jatuh cinta pada gadis itu walaupun pada mulanya, hanya kata-kata simpati sahaja yang lahir dalam jiwanya.
Dia ingat lagi waktu gadis itu asyik memasak makanan tengah hari untuknya yang baru sampai. Waktu itu, Lya baru sahaja bangun tidur berehat di tengah hari. Dalam keadaan yang masih lagi ada saki-baki kengantukkan itu, Lya cuba melayannya dengan baik sehinggakan Lya tertidur duduk di kerusi di dapur sehingga ayam yang digoreng kahangusan. Dari situ cintanya mula berputik terhadap diri itu disemikan lagi dengan rindunya yang mulanya dia nafikan.
Keluar sahaja dia dari bilik mandi, matanya tertacap pada tubuh yang sudah tertidur dengan bertuala sahaja. Mungkin kerana terlampau penat. Baju kemeja dan seluarnya yang sudah dibilas digantungkan untuk mengeringkannya begitu juga gaun yang tadi disarung isterinya itu.
Sewaktu dia datang ke pub tadi, Lya sedang menari di atas pentas dengan wajah yang dihiasi dengan kemurungan dan kesedihan. Tapi orang di kelilingnya disirami cahaya keseronokkan menatapnya begitu. Dengan beraninya Iz menghampiri pentas dan membawa turun Lya dan membawanya lari dari situ walaupun telah dihalang oleh pagawal yang menjaga muka pintu pub besar milik mama Lya. Kasihan kaki kecil itu tidak berkasut dan berlari dalam hujan. Mereka tidak sempat berhenti kerana terus-terus mereka dikejar beberapa orang lelaki berbadan sasa dan bersut hitam. Dan mungkin mereka terlepas dari pandangan orang-orang tersebut setelah mereka jejakkan kaki ke perkarangan hotel.
Tubuh yang nyenyak tidur itu dirapati. Di lihatnya kaki Lya. Mengelupas mungkin kerana berlari di atas tar dengan tidak berkasut tadi. Kasihan pula dia melihatnya.
Beberapa ketika, selimut ditarik sebelum dia berbaring memeluk tubuh itu.
"Abang." Panggilan suara Lya sayup-sayup kedengaran menyapa cuping telinganya.
"Abang." Sekali lagi suara serak basah itu mengejutkannya. Kali itu dia rasa dekat di tepi telinganya dan satu kucupan mengena pipinya.
Perlahan-lahan dia membuka matanya. Terkejut dia dengan kehadiran seorang budak lelaki yang berambut pendek dengan menyarung kemeja duduk di atas katil. Terduduk terus dia dibuatnya. Selimutnya dibetulkan.
Ditebarkan pandangannya ke seluruh bilik hotel itu. Mana pergi isterinya yang semalam menemani tidurnya.
"How do I look?"
Membulat mata Wafee Izham memandang wajah di hadapannya itu.
Cinta? Kepalanya yang tidak gatal digarunya. Seorang budak lelaki dengan rambut pendeknya itu diserabutkan itu takkanlah Jullya Chenta Faryhan, isterinya yang cantik dengan rambut panjangnya yang lembut dan ikal.
"Kenapa jadi macam ni Cinta?" tanya Iz pelik. Teragak-agak dia hendak menyentuh wajah itu yang kelihatannya tersenyum sahaja.
"I'm not Cinta. I'm Fary. You Iz right? Nice to meet you Mr. Wafee Izham," katanya ceria suara serak basah itu mencorak suasana pagi membuatkan Iz menarik kembali tangannya yang tadi hampir menyentuh wajah itu. Dia turun dari katil bersama selimut yang membalut separuh tubuhnya.
"What are you doing in my room? Where's my wife?" Iz bertanya sambil melangkah mencari isterinya. Selimut yang digunakan tadi digantikan dengan tuala yang bergantung di sofa supaya senang dia hendak bergerak. Mana hilangnya pula isterinya itu. Bagaimana pula ada orang lain yang boleh memasuki biliknya.
"Cinta," panggil Iz mula risau dan terlakar kerutan di dahinya.
"Ye," jawab suara Lya membuatkan dia berpaling mengikut suara itu. Matanya tertacap pada tubuh budak lelaki tadi. Kenapa suara budak itu seakan suara isterinya.
"It's mean, I look different with this new hair style. Even though my husband dosen't recongnized me. With my new tone of speak and my new name, Fary," katanya ceria sambil mengolekkan tubuhnya di katil.
"Cinta?" Iz kembali mendekati katil.
"Mr. Wafee Izham, you can call me Cinta if only you and me. But, in front others, you must call me Fary. So, I'm your new bestfriend, Fary." Dia berkata begitu ceria nadanya sambil menatap wajah kebingungan Iz yang masih berdiri di tepi katil dan dia berbaring.
Iz mengangguk lambat. Terkebil-kebil sebentar dia dibuat isterinya itu. Mana dia mendapat idea sebegitu.
Dia duduk dan kemudian berdiri di atas katil di hadapan Iz kemudian membongkokkan sedikit tubuhnya.
"Hari ni genap dua bulan Cinta jadi isteri Iz. Thanks. Tadi Cinta dah fikir nak panggil Iz, 'Abang' kalau tak ada orang lain selain kita berdua," ucapnya lembut sambil merangkul leher Iz. Nadanya kembali kepada nada yang selalu digunakan Lya. Lembut dan manja.
Iz tersenyum. Dia sudah tahu apa yang seharusnya dilakukannya untuk dia terus berada dengan isterinya itu dan tiada siapa akan tahu yang itu adalah Lya supaya hidup isterinya itu tidak diganggu mamanya lagi.
"Mr. Fary, awak kerja dekat syarikat saya ye," cadang Iz sengaja dia gunakan panggilan baru itu sambil menatap wajah itu. Kelihatan seperti budak lelaki bawah umur sahaja isterinya itu. Comel sahaja dengan senyumannya.
"Cinta mana ada pengalaman kerja pejabat," beritahu Lya tiba-tiba dengan nada manjanya sambil menatap wajah Iz. Dia masih lagi berdiri di atas katil dan Iz berdiri di sisi katil. Tangannya diletakkan di bahu suaminya itu.
"Memanglah Cinta tak ada pengalaman. Tapi saya akan bagi pengalaman tu untuk Mr. Fary. Boleh? Penolong Pengarah. Sesuai saya rasa dengan awak sebab baru hari tu saya nak ambil Penolong Pengarah baru syarikat saya dan sekarang masih lagi vacant. Boleh ye. Perlahan-lahan. Sambil belajar, sambil berkerja." Wajah itu dielusnya. Dibalik wajah yang baru itu, dia masih lagi nampak wajah Jullya Chenta Faryhan. Wajah lembut isterinya itu.
"Habis Cinta nak duduk mana? Cinta tak nak duduk rumah sorang-sorang. Cinta takut. Nanti mama datang lagi macam mana?" tanya Cinta lagi begitu kebingungan wajahnya membuatkan Iz tertarik senyumannya memandang wajah itu.
"Duduk vila papa dengan saya. Saya..."
"Boleh ke? Kan mama Iz tak restu perkahwinan Iz dengan Cinta. Nanti mama marah Iz macam mana? Cinta tak nak sebab Cinta..." Belum sempat mulut itu meneruskan celoteh manjanya, Iz sudah meletakkan jari telunjuknya pada mulut munggil itu membuatkan ia berhenti bergerak mengeluarkan tuturnya.
Sewaktu Cinta menalifonnya beberapa hari lepas, dia ada bercerita pada Cinta tentang permintaannya pada mamanya untuk membawa Cinta ke vila papanya supaya dapat dikenalkan dengan keluarganya. Dia tahu hati itu terasa dengan ceritanya itu.
"Bukannya sebagai Cinta but as Mr. Fary. Tak ada siapa akan tahu rahsia kita ni selain kita berdua. Hmm." Anak mata Lya dipandangnya lembut selembut kata yang keluar dari mulutnya. Bagaimana dia hendak kata dia tidak jatuh kasih pada gadis itu. Lihat sahaja pada tenungannya yang penuh kasih sayang itu sudah cukup menunjukkan yang dia tidak akan pernah menyesal memiliki gadis itu walaupun terburu-buru.
"Can I?" Lya bertanya kembali sambil merangkul leher Iz.
"Yes you can Cinta. I want you always by my side. As long as we both can keep it as a secret, nothing will happen. I'm here to protect you as your husband, as your love." Perlahan dia berbicara sambil mendakap tubuh itu.
Beberapa ketika mereka begitu melepaskan perasaan yang ada.
"Dah pukul berapa ni?" tanya Iz sambil memandang jam tangannya yang diletakkan di meja lampu tidur bilik hotel itu.
Lya sudah kembali berbaring di katil sambil menggolek-golekkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Tersenyum ceria sahaja wajahnya.
"Dah pukul 10. Bolah ke awak tunggu kejap dalam bilik ni. Saya pergi turun belikan awak sehelai dua baju dengan seluar," kata Iz sambil berlalu hendak ke bilik mandi.
Lya terhenti dari apa yang dilakukannya tadi dan duduk memandang Iz yang sudah berada di depan bilik mandi.
"Boleh ye. Sekejap je," pinta Iz berjanji dan terus masuk dalam bilik mandi dan tidak berapa minit, kedengaran bunyi pancuran air.
Lya mengangguk kecil kemudian kembali berbaring. Diambilnya bantal dan dipeluknya. Terkebil-kebil dia sendiri menanti Iz siap.
Bukannya dia tidak biasa ditinggalkan, tapi kerana takutnya dia pada mamanya.
-------------------
Siaran television ditukarkan dari satu stesen ke stesen yang lain. Butang-butang pada alat kawalan jauh ditekannya malas. Bosan terasa apabila ditinggalkan sendiri dan sekadar television penghiburnya.
Seminggu sahaja Iz menemaninya di rumah selepas suaminya itu pulang dari pejabatnya. Jadi, adalah dia kawan hendak berbual.
Dalam asyik dia menekan-nekan punat alat kawalan jauh, pintu diketuk membuatkan matanya tertumpu padanya. Bibirnya tersenyum.
Dengan pantas tangannya meletakkan alat kawalan jauh di tangannya dan bangun untuk mendapatkan pintu. Baju kemaja Iz separas atas lutut yang disarungnya dibetulkan serba sedikit begitu juga dengan rambutnya yang dileraikan itu. Bibirnya tersenyum mesra sebelum tombol pintu dipulas dan menguakkan daun pintu.
"Iz..." Termati senyuman dan kata-katanya ketika melihat seorang wanita awal 40-an dengan beberapa lelaki bersut hitam bersamanya.
"Sayang. Mana menghilang? Sampai ke sini? Rumah siapa yang sayang duduk ni? Dah tak nak balik? Sebab Lya, client mama bising. Kenapa dengan Lya ni sebenarnya? Susah ke nak ikut apa yang mama suruh?" tanya wanita itu bertalu-talu sambil menyerbu masuk lansung tidak menghiraukan kekakuan Lya.
"Mama. Lya..."
"Rad, Syah," arah wanita itu sambil berlalu menaiki tangga rumah itu untuk ditinjaunya bahagian atas pula.
"Apa ni. Sakit. Mama... Lya tak nak ikut mama. Lya nak duduk sini. Mama..." pinta Lya dengan tangisan yang mula mencorak wajahnya. Dia harapkan Iz untuk datang waktu itu menyelamatkannya seperti hari lalu. Dia ketakutan.
"Nak buat apa Lya duduk sini? Tunggu laki Lya balik? Laki Lya yang kononnya baik tu? Dia pun tak ingatkan Lya tau. Entah-entah dia anggap Lya ni macam perempuan simpanan dia je. Kalau dia ingatkan Lya, dia takkan tinggalkan Lya sorang-sorang dekat sini. Yang Lya bodoh sangat tu kenapa? Ingat mama tak tahu Lya dah kahwin dengan lelaki yang Lya jumpa dekat hotel tu? Tak sangka anak mama bodoh macam ni. Dah. Bawa dia. Tak ada apa yang specialnya pun dalam rumah ni. Tempat macam ni dia letak Lya pun, Lya masih nak setia dengan dia. Bodoh," marah wanita itu sambil melangkah meninggalkan ruang tamu dan keluar dari rumah.
"Mama... dia tak macam tu... Mama... Sakitlah," kata Lya meronta pinta dilepaskan.
"Mama tak nak dengar. Lya anak mama. Lya kena ikut cakap mama. Nak mama hantar balik rumah papa ke?" ugut wanita itu membuatkan Lya tidak meronta dan terkesima. Tubuhnya yang dihumban masuk ke dalam kereta mewah milik mamanya itu dibiarkan sahaja. Terkebil-kebil dia dibuatnya.
-------------------
"Cinta. Are you sleeping?" tanya Iz menarik Lya dari khayalannya. Wajahnya dipalingkan dan pandangannya melekat pada tubuh Iz yang berdiri di sisi katil yang sudah menyarung seluar slack hitamnya.
"Mengantuk lagi ke?" tanya Iz lagi sambil melabuhkan punggungnya di katil. Dia tunduk dan mengucup pipi mulus itu.
Lya menggeleng dengan senyuman nipisnya.
"Saya nak baju. Takkan awak nak suruh saya turun macam ni." Rambut pendek Lya yang serabut itu dibetulkannya.
Lya mengangguk dan berlalu mengambil tuala dan digantikan dengan baju kemeja Iz yang dipakainya tadi.
"Tunggu saya. Sekejap je saya pergi. Kalau dengar orang ketuk pintu, jangan buka kecuali awak dengar suara saya. Ok Cinta?" pesan Iz sambil dikucupnya pipi Lya sebelum pergi membetulkan diri untuk keluar.
Lya mengangguk kecil faham dengan arahan.
"Jangan buka pintu kalau tak dengar suara saya." Sekali lagi dia berpesan sebelum menuju ke pintu.
Lya mengangguk lagi. Setelah beberapa ketika, dia berlalu untuk mandi.
Setelah mandi, dia berdiri di hadapan cermin besar yang berada dalam bilik itu. Wajahnya ditatap. Disebabkan dia tidak pernah berambut pendek sebelum itu, dia kelihatan lain. Tambahan lagi potongan 'boy cut' yang dilakukan sebelum Iz bangun pagi tadi.
Ketukkan di pintu mengejutkannya. Tiba-tiba dia menjadi takut entah kenapa. Pintu didekatinya. Tiada bunyi lain selain dari ketukkan berkali-kali itu.
terbaik larr...suka sgt..x sbr nk 2nggu sambungannya!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hye..mgg nak jemput sesiapa yg berminat membaca nOvel berbentuk Cinta N Suspen JUST ADD MY BLOG K..terima kasih!