Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Liza menghulurkan kepadaku sepucuk surat berwarna biru yang berlatar belakangkan sepasang kekasih di suatu senja. "Abang Amirul beri beberapa hari sebelum dia kemalangan…..". Ku ambil surat pemberian Liza dan ku simpan di dalam kocek. Aku tidak berniat mahu membuka surat terakhir Amirul di hadapan Liza. Biarlah nanti,bila hatiku telah kembali bernafas,aku akan melakukannya.
"Amani………………terlebih dahulu,Liza nak minta maaf banyak-banyak seandainya nanti apa yang Liza perkatakan akan menyakitkan hati. Liza nak Amani tahu,Liza sendiri tersepit diantara kehendak orang tua dengan kehendak hati sendiri". Aku keliru mendengar kata-kata Liza. Perasaan ingin tahu ku membuak-buak ganas. "Amani…………..sebenarnya Liza langsung tidak menyintai abang Amirul Hassan. Cinta ini telah Liza berikan pada orang lain. Kami sama-sama menganyam cinta sejak tingkatan 3 lagi"Kata-kata Liza terhenti tiba-tiba. Air matanya mengalir laju membasahi pipinya. Aku mengusap-usap bahu Liza. "Ambil sapu tangan ni". Liza menyambut sapu tangan yang ku hulurkan untuknya.
"Liza nak Amani tahu………………hati ini benar-benar tersiksa saat mak menerima pinangan Mak Chek Hasni. Lama hati ini cuba menerima hakikat abang Amirul akan menjadi suami Liza. Kali pertama Mak Chek Hasni datang jumpa mak membawa cincin,hati saya berbunga riang. Terbayang di benak saya,hajat untuk menjadi menantu Mak Chek tercapai. Tetapi tidak saya duga………pinangan itu bukan dari Amirul Hasnan adik kembar abang Amirul Hassan. Silap kami juga………..menyimpan rasa cinta tanpa pengetahuan keluarga masing-masing." Air mata Liza masih mengalir deras. Dia cuba mengalihkan pandangan ke arah lain. Berdosanya aku selama ini menganggap bukan-bukan pada gadis semulia hatinya yang terpaksa mengorbankan rasa cintanya dari melihat keluarganya menanggung aib.
"Amani…………hati saya benar-benar terluka dengan keputusan emak. Amirul Hasnan menuduh saya tidak setia. Kerana kecewa,dia membawa diri jauh dari sini. Tiap malam saya berdoa,agar abang Amirul Hassan cepat mati. Hanya kematian yang akan menyelamatkan diri ini dari menempuh sebuah perkahwinan tanpa kerelaan. Sebab itulah Liza geram bila dapat tahu dari Doktor Zarina,Amani rela menderma darah demi menyelamatkan seorang lelaki yang akan memusnahkan hidup saya sepanjang hayat. Apa daya saya mahu membantah cakap emak..............." Sendu Liza semakin kuat. Tidak ku duga hidup Liza tersiksa begitu teruk sekali
"Liza,kematian abang Amirul telah ditetapkan oleh Tuhan,tak perlulah Liza rasa bersalah sebegini. Liza perlu tahu,saat Amani mengambil keputusan menderma darah pada Amirul,Amani tiada niat mahu melukakan hati sesiapa. Amani ikhlas,cukuplah Amani seorang menderita bila pelamin yang cuba kami bina runtuh sekelip mata. Liza tahu……………..kesakitan yang terpahat dalam hati ini ,benar-benar membelit seluruh hidup ini. Kalau luka ditangan nampak di mata,tapi luka yang bersarang di hati,hanya Tuhan yang tahu. Amani tak nak ada wanita lain,tersiksa dan merana kerana seorang lelaki………. Maafkan Amani banyak-banyak Liza,kalau niat ikhlas hati ini membuat Liza menderita". Ku gengam jemari Liza kuat-kuat. Liza membiarkan sahaja jarinya digengam oleh ku.
"Amani,…………..kita telah ditakdirkan Tuhan untuk menerima ujian ini. Maafkan Liza merampas cinta kalian. Liza terpaksa demi menjaga maruah keluarga. " Liza terus mengelap air matanya yang semakin banyak. "Liza……..menyesal kerana mendoakan abang Amirul yang bukan-bukan. Kerana doa kejam Liza,Amani kehilangan insan yang tersayang. Liza bodohkan………….nama je Ustazah,tapi perangai lebih teruk dari sampah masyarakat. " Liza cuba mencipta kegembiraan,namun segalannya nampak kaku. "Amani tengoklah diri Liza ni,hidup Liza jadi tak tentu arah kerana kematian abang Amirul Hassan. Rasa bersalah sering menghantui hidup ini. Siang malam saya menyumpah diri sendiri.siang malam saya dihimpit rasa bersalah,siang malam saya berendam air mata melihat Amirul Hasnan merana. Tak ada orang mahu mendengar rintihan hati ini. Rasa macam nak pecah kepala otak saya dan sampai satu tahap,saya hampir-hampir membunuh diri…………" Liza menekup mukanya dengan sepasang tangannya yang gebu
"Berbulan-bulan saya macam orang sasau,hati saya hancur berderai bila terpandang wajah cengkung Hasnan,sa…..sa…….saya rasa amat berdosa padanya,menerima orang lain yang tidak saya cintai. Liza yang kejam,Liza yang bodoh……!!!!". Ku peluk erat tubuh Liza. Malunya aku melihat pengorbanan besar Liza,biarpun akhirnya pengorbanan itu menjerut lehernya sendiri.
"Amani tahu…………………,bila abang Amirul Hassan menghembuskan nafas terakhir,sayalah orang paling gembira. Saya sempat sujud syukur. Bermakna kematian abang Amirul telah berjaya menyelamatkan perasaan saya. Dari sudut lain,hati saya dihimpin rasa bersalah yang teramat sangat. Kerana ikut hati,saya buang rasa simpati,kerana ikut hati ramai yang merana. Semua salah saya….kalau tak kerana doa saya yang mengarut,abang Amirul tak akan mati….". Ternyata Liza benar-benar merasa amat bersalah. "Tapi…..kerana abang Amirul,saya kehilangan sebuah cinta agung,kerana abang Amirul juga……..saya melukakan hati lelaki idaman saya. Kerana abang Amirul hidup saya porak peranda. Tak tahulah saya………….adakah Amirul Hasnan sanggup menerima saya lagi…………… !!!!" Tangisan Liza tidak dapat ditahan lagi. Ku usap-usap ubun-ubunnya. Tanpa ku sedari air mataku mengalir di pipi. Kenyataan pahit yang sukar untuk dibayangkan …………..sebenarnya kami menjadi mangsa keadaan.
Tangisannya dan tangisanku bersatu. Hakikat yang pasti,kami sememangnya telah ditakdirkan untuk menempuh kepayahan bersama. Mungkin di hadapan kami akan ada "pertemuan abadi"nanti. "Liza……………..". Aku dan Liza kaget bila mendengar suara seorang lelaki. "Tak mungkin dia kembali".Fikiranku mula bercelaru dan mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Aku membatukan diri sendiri. Tak sanggup rasanya untuk menolehkan wajahku untuk memandang wajah lelaki itu. Takutnya aku bila terbayang jelmaan hantu pocong. Mulutku mula berkumat-kamit membacakan surah-surah tertentu. Dapat kurasakan kulitku bagaikan tidak berdarah lagi. Peluh jantanku menerjah-nerjah seluruh tubuh dan terasa tak tertahan air kencingku.
"Liza………………..sampai mati pun,cinta abang tak akan padam. Biar apa kata orang,Liza tetap cinta pertama abang. Andai Liza sudi,seminggu dua ni kita nikah je. Abang tak nak berputih mata lagi. Liza sudi lagi ke menerima seorang pesawah seperti abang?" Ku perhatikan wajah Liza. Dia sekadar mengangguk-angguk lemah,namun di wajahnya telah terukir sebuah senyuman yang telah pergi sejak lama dulu.
Aku mengambil keputusan untuk memandang wajah lelaki itu. Hatiku sudah tak tertahan lagi. Biarlah apa pun wajahnya,aku pasrah. Ku buka kelopak mataku perlahan-lahan. Wajah lelaki itu masih agak kabur. Dari sorot cahaya bulan,terpamer seraut wajah yang amat ku rindui. Wajahnya masih manis seperti dulu namun agak berbeza sedikit. Raut wajahnya agak cengkung. Mungkin kesan penderitaan lampau. "Amirul………………………". Pandanganku menjadi kelam. Tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Sedar-sedar aku sudah berada di ruang tamu.
Ku lihat wajah abang Zaky amat cemas sekali." Amani………kenapa ni? ". Perihatin benar lelaki itu. Tapi maaf………….tika dan saat ini,hati ini belum terbuka untuk menebar cinta untuknya. " Akak………….ni kelakarlah. Tukan abang Amirul Hasnan pakwa kak Liza. Lupa lak Hafizoh nak kenalkan abang kita yang tinggal seorang je. ". Aku tersenyum sendiri. Naifnya aku gagal membeza antara Amirul Hasnan dan arwah Amirul Hassan.
"Ummi…………….jika diizinkan Tuhan,Hasnan nak memperisterikan Liza. Hasnanl tak nak kecewa lagi. Amirul nak Ummi,baba dan seluruh keluarga tahu,Hasnan dan Liza telah lama saling mencintai. Hasnanl tak akan mengalah kali ini,cukuplah sekali hati ini merana kehilangan Liza". Amirul Hasnan mengenggam erat jemari Liza. Ku perhatikan mulut Puan Hasni terlopong besar mendengar pengakuan Amirul Hasnan. Ada air mata membahasi pipinya.
Saat malam mula berlabuh,hatiku berbunga riang melihat Liza merai cinta agungnya yang hampir hilang. Namun jauh disudut hati ini,ada sedikit rasa hampa yang masih bertamu. Entahkan bila…………seorang putera idaman akan menjelma menyemai benih cinta teragung buat gadis naïf seperti aku.
Aku memandang wajah abang Zaky. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Saat emak,abah,Mak Eton,Imam Basri,Kak May May dan seluruh isi rumah dibuat mimpi,abang Zaky hadir disisiku………..persis lelaki sehebat Shah Jahan ,menyelimutkan aku dengan lembut sekali. Betapa damainya hati ini saat sehelai gebar menyentuh kakiku. Terasa seperti tangan kekar abang Zaky mengusap-usap lembut jari-jemariku. "Abang Zaky……………terima kasih banyak-banyak. Tak tahu macam mana Amani nak balas jasa abang Zaky". Abang Zaky merenung mataku. Terasa ada getar yang menyuntik hati wanitaku.
"Dahlah tidur,esok kita dah nak balik,abang pun dah mengantuk. Kesian kak May May kena pandu sorang-sorang nanti. Selamat malam buah hati abang,pengarang jantung abang……………I love you". Terasa mahu tercabut tangai hatiku mendengar ucapan keramat darinya. Namun mana mungkin aku dapat mentafsir kata-kata lelaki itu yang penuh gurau senda sehingga aku sendiri gagal menilai mana yang betul atau palsu. Ku pandang wajah abang Zaky. Senyumanku dan senyumanku bersatu. "Selamat malam abang………………gatal…..!!!!". Ku jelirkan lidahku.
Dan entah jam berapa aku melelapkan mata,sedar-sedar azan subuh telah berkumandang. Emak cepat-cepat mengejutkan aku. Ku lihat kak May May telah menyiapkan barang-barang kami. Aku Cuma memandang wajah ayu kak May May. Suara merdu abang Zaky mengalunkan bacaan surah Al-Ikhlas mencuit-cuit hatiku. Lama benar aku tidak mendengar alunan suci semerdu itu keluar dari mulut abang Zaky. Terasa hatiku tenang pagi ini.
Selesai solat subuh,kami ke dapur untuk menjamah sarapan yang dibuat oleh Mak Su. Kami tidak makan banyak,cukuplah sekadar alas perut. "Nek……………lepas ni kami nak balik Johor,kami tak boleh lama,malam nanti giliran abang Zaky kerja shiff malam.". Nenek Hamidah merenungku dengan mata berkaca. "Amani…………….entah bila lagi agaknya kita dapat berjumpa lagi ". Aku Cuma tersenyum mendengar kata-kata Nenek Hamidah.
Tepat jam 6.30 pagi,kami meninggalkan Sungai Limau. Kak May May memandu MPVnya begitu tenang sekali. Ku pandang halaman rumah Amirul buat kali terakhir. Ada rasa pilu yang menyentap naluri kewanitaanku. "Amirul……………….Selamat tinggal buat selamanya. Amani akan simpan segala memori cinta kita dalam kota kenangan. Biarlah ia pergi. Amani doakan Amirul tenang di alam baru. Kenangan bersama Amirul akan Amani jadikan azimat untuk menempuh hari mendatang. Andai ada kelapangan dan diizinkan Tuhan,Amani akan kembali ke daerah ini untuk mengutip sisa-sisa kenangan yang masih tersisa. Selamat tinggal Amirul………………….Assalamulaikum ".
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
gd job writer...sngt2 best...keep it up k!