Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Hai! Nama aku Amni Fariha. Umur 17 tahun. Sekolah di SMK Maju Bestari. Tinggal di Kompleks Dang Wangi...Eh…chup..chup.. ni nak bagi biodata ke nak buat biografi ni… ok2! Aku tinggal dalam famili yang agak ramai semuanya 7 orang termasuk 5 adik beradik dan ditambah abah dengan ibu. Ramaikan?! Bertambah sadisnya lagi, 7 orang kami ni bersempit dan bersesak macam ikan sardine dalam tin tu, kat sebuah rumah flat 12 tingkat. Bayangkan rumah aku di tingkat yg ke-6, hari-hari pergi sekolah turun dari tingkat enam tu… mak aih…kira nak jejak kaki ke tanah tu berpeluh juga. Sebenarnya bukan tak ada 'lift' flat ni cuma bila pagi2 je, 'lift' tu akan sesak dgn orang yg nak berangkat ke tempat kerja, mak cik-makcik yang nak ke pasar, budak-budak kecik nak ke sekolah dan macam-macam lagi lah… oleh itu, daripada aku tunggu 'lift' yang entah bila ada kosong tu, baik aku pakai dua kaki yang dikurniakan Allah ni… boleh 'exercise' sikit… hidup pun sihat je… tak berpenyakit… hehehheeheh…
"Ibu, along dah kena pegi ni, karang masuk lambat lecturer denda lagi!" ujar Along.
Hah, yang tu along aku, nama dia Rizal tapi panggil Ijad. Dia nie kira tak banyak cakap lah, tapi sekali dia naik darah…mak aihh gunung berapi pun boleh kalah!
"Bu, Bah! Angah pun kena gerak dulu! Tak sempat pulak nak kejar bas tu nanti!"
Ok yang ni pulak, Ziyad merangkap angah aku! Dia ni stylo and cool! Tapi satu hal yg paling menyampah pasal angah, dia ni kaki bodek dengan kaki sakat. Sekali dia bodek ibu dengan abah, bertambah-tambah lah duit belanja yang dia dapat. Hish…geram betol aku dengan orang mulut manis daripada gula macam angah ni!
"Zizie! Zizie! Pergi ambil bekal tu! Hari ni ibu buatkan roti telur untuk Zizie! Sedap tau!"
Hemm… Zizie@Zinnirah ni pulak adik aku yang berumur 9 tahun. Dia ni amatlah baik tapi aku geram tahap gaban jugak dengan dia. Mana taknya, hari-hari angkut bekal pegi sekolah. Aku?! Hem… jangan harap! Tak de hari ibu nak buat cam gitu. Katanya aku dah besar, tua BANGKA, dah tak leh bawa bekal makanan. Wuawuawuaaaaaa……nak nangis jap, ada ke patut, ibu kata aku dah tua!!! IBU!!!!
"Bah! Bu! Alang cam ne??? Duit belanja untuk bulan ni???" soalku pada abah yang sedang bergegas nak ke tempat kerja manakala ibu pulak sedang sibuk melayan si kecil Aliff yang baru berusia 3 tahun.
"Am, abah minta maaf ye! Abah terpaksa kurangkan duit belanja Am…sebab bulan ni belanja isi rumah dah bertambah bila along pindah semula ke rumah. So, ibu dengan abah boleh kasi RM 50 je untuk bulan ni. Alang tak pe ke?" ujar abah dengan penuh kelembutan. Aisyeh…ni yang tak jadi meletup ni, tengok muka kesian abah tu… Aku tahu abah dengan ibu bekerja teruk nak menyara hidup kami anak beranak...kalau boleh semua kebutuhan anak-anak, mereka nak penuhi. Tapi kadang-kadang tu terpaksa juga mengalah atas desakan sara hidup yang tinggi…
"Mmmm…tak pe lah bah! Alang cuba berjimat sikit bulan ni…" segera aku menguntumkan segaris senyuman pada ibu dan abah agar mereka tak risaukan aku! Padahal dalam hati tu panas bak gurun Sahara, meluap-luap geram aku kat along!
'Hish…along ni! Elok-elok je kau duduk kat hostel kampus tu, tetiba menempel balik kat rumah flat yang 2, 3 tahun lagi nak runtuh ni apasal! Gara-gara kau tau duit belanja aku bulan ni kena potong! Huhuhuhuhuuhu… apa lah nasib aku ni! Agaknya nasib batu kot selalu je tenggelam! Bila masa lah aku nak jadi sabut nih?!' getus aku dalam hati.
Sambil-sambil aku berjalan kaki ke sekolah, sempat lagi aku buat belanjawan hidup untuk bulan ni…
"Hem…setelah dicampur,ditolak,didarab dan dibahagi, sehari ke sekolah aku akan bawa RM 2.50! Errkk…ciputnya! Kira cukup makan je nih. Kalau ada kelas petang ni sah tak cukup. Tak pe aku kena pandai jimat sikit, nanti baru senang hidup! Apa orang kata tu, 'berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian' Aiceh, terernya aku siap boleh bagi peribahasa lagi…Cikgu Zuraida mesti bangga dengan aku. Hehehehehehhe! Ikut pakar ekonomi yakni aku sendiri, aku dah kira untung sangat, sebab aku ke sekolah jalan kaki atau kadang-kadang naik basikal je…Kalau tak, tolak tambang bas untuk seminggu, alamat makan pasir lah aku. Tak pun puasa penuh sebulan! So, 'save' sikit duit ni, plus aku dapat selamatkan dunia sebab aku bukan penyumbang kepada pencemaran! Hahahahah!
* * * *
"AM! Termenung panjang ni apasal eh?! Kalau ye nak lawan lumba ni, sah ikan-ikan termenung kat dalam laut tu kalah" ujar Zarith sambil menepuk bahuku dari belakang. Seusai Zarith melabukan punggungnya di sebelah aku…Hanani pulak menyusul.
"Eh, kau ada masalah ke? Ceritalah kat aku dengan Za!" sampuk Hanani atau lebih mesra dipanggil Nani.
"Tak delah Nani…aku sesaja je nak ajak ikan-ikan termenung tu berlumba dengan aku! Nak tengok siapa lagi hebat!" balasku selamber. Seraya dengan itu, meletuslah gelak ketawa tiga sahabat sehati sejiwa ni…
"Am, kau dah makan ke belum?" soal Zarith.
"Makan belum lagi tapi kalau minum dah! Hehehhehe gurau je… entah lah aku tak rasa lapar kot! Mungkin tadi aku sarapan kat rumah, tu yang kenyang sampai sekarang ni!" jawabku memberi alasan agar sahabat-sahabat terbaik aku ni tidak menghidu masalah kewangan aku ni.
Padahal kat rumah tadi, aku tak jamah apa-apa pun. Sengaja aku bagi tahu ibu jangan sediakan sarapan untuk aku sebab aku nak makan di sekolah saja…tapi sebenarnya aku nak 'save' makanan kat rumah aku tu… yelah along dengan angah ni kuat makan…katanya orang lelaki kena makan banyak baru ada tenaga! Habis tu orang perempuan tak yah makan lah ye?! So, automatic aku ni kira macam IRON LADY lah, sebab tak amik sarapan pun still bertenaga, jalan kaki dari rumah ke sekolah yang jaraknya 2 kilometer tu…
"Am, Za! Jomlah masuk kelas! Lonceng dah bunyi tu! Karang ada yang kena sound lagi dengan Ketua Pengawas (KP) senget tuh!" ajakan Nani menyebabkan aku kembali ke dunia nyata!
"Eh…jap…jap! KP tu aku tengok ok je dia berdiri. Straight macam tiang bendera kat Dataran 2020 tu… tak de senget pun! Nak kata tempang jauh sekali!" balasku
"Eh…kau ni kan tak habis-habis dengan loyar buruk kau tu… besok-besok macam mana lah laki kau tu dapat tahan dengan orang wad Tampoi macam kau ni…bla..bla..bla.." balas Nani. Zarith pula memang dari dulu lagi sekadar, menjadi pemerhati drama sebabak antara aku dengan Nani.
* * * *
Tamat je waktu persekolahan, aku akan ke suatu tempat yang menjadi favorite aku selepas sekolah. Aku selalu ke CZ Pastry&Bakery. Sebab apa eh? Kerja? Taklah, aku bukan kerja kat situ tapi teruja la tengok roti, puff, bun, cake and so on yang ada di jual kat situ. Terliur aku dibuatnya! Nak..nak lagi dapat tengok pastry dengan cake kegemaran aku, cream puff dengan blueberry cheese cake!Orang kata apa, kalau tak dapat makan, dapat tengok dan dapat bau pun kira oklah tu… yelah mana taknya, kalau nak membeli pastry kat situ alamatnya tak makanlah aku seminggu. Harganya bagi golongan yang mampu memang berpatutan tapi bagi orang macam aku ni agak mahal la…
'Agaknya bila lah aku dapat merasa makanan favorite aku tu… hurmmm...kalau aku berjimat seminggu dua ni dapatlah merasa cream puff terhebat tuh! Aaahhhh…bestnyer!' aku bermonolong sendirian.
Sedang aku leka memerhatikan 'pastries' yang ada di CZ tu dari luar kedai, tetiba terasa bahuku dilanggar kasar oleh sesorang!
p/s: ni karya pertama dan cubaan pertama...kiranya,saya budak baru belajar...so kalau ada salah tolong tunjukkan! i'm mere a story teller not a story writer... hehehhehehe!
tak kesahla ambil dlm komik ke...yg pnting org ni pandai buat rita.ingat sng ke nk bat cerita?i ni buat cerita dari bulan lepas xbuat2...xda idea....d\huhu...pape pun,i like...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best sambung cepat!!