Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dia menuju ke tingkap dan di bukanya. Di biarkan angin malam menyentuh dirinya. Pandangannya kosong memandang kea rah langit. Anis mengeluh panjang sambil memeluk dirinya. Dia buntu memikirkan apa yang beralku sebentar tadi. Peristiwa tadi membuatkan dia betul-betul binggung. Lamaran dari Zakuan membuatkan dia pening kepala memikirkannya. Patutkah dia menerima lamaran lelaki ini? Lelaki yang dia tak cinta. ‘ ARGHHHH!!!!!! Papa, mama. Kenapa buat Anis macam ni?’ Anis cuba untuk menjerit namun semua itu hanya berlaku di dalam hatinya sahaja. Kenapa mama tega untuk menjodohkan dia dengan Zakuan. Kenapa mama beria-ria mahu menjodohkan dia dengan Zakuan. Dia tidak cintakan zakuan. Dia juga mengetahui jika dia berkahwain dengan Zakuan hidupnya akan merana. Zakuan bukanlah seorang lelaki yang boleh di jadikan suami. Sikapnya yang suka bertukar-tukar perempuan menyebabkan dirinya membenci lelaki seperti itu. Ah! Dia sama je dengan Imran. Suka mempermainkan perasaan kaum wanita.
Tengah malam itu, aku bangun dari pembaringan. Tekak yang terasa kering memaksa aku turun ke ruang dapur. Suasana tegang sebentar tadi membuatkan tidurku terganggu. Puas di pujuk diri untuk tidur tapi tidak berhasil. Namun lagkahku terhenti ketika hampir sampai ke muka pintu dapur. Kedengaran jelas suara papa dan mama.
"Tengoklah anak awak tu. Tak tahu nak kenang budi orang tua langsung. Bukannya susah mana pun. Terima saja lah lamaran dari Zakuan. Bukannya dia rugi apa-apa pun. Keluarga Zakuan dah lah kaya. Kita pun boleh tumpang senang," Ujar mama.
Aku ingin segera berlalu pergi tidak sewajarnya aku berada di situ mencuri mendengar perbualan mereka. Tetapi langkah kakiku kaku, perasaan hatiku benar ingin tahu apakah yang sebenarnya berlaku.
"Awak ni macam nak jual anak. Anis masih belajar lagi. Biar dia habis belajar dulu. Dia dah dewasa. Pasangan dia biar dia yang pilih. Tambahan pula, saya tak berkenan dengan perangai Zakuan. Sukahati dia usung anak orang ke hulu ke hilir. Bukan awak tak tahu perangai buadak tu. Dah berapa banyak perempuan sudah jadi mangsa dia, tak kan awak nak anak kita tergolong dalam mangsa dia. Harta tak menjamin kebahagian," ujar papa tegas.
Sejuk hatiku mendengar kata-kata papa. Ternyata apa yang aku fikirkan sama dengan apa yang papa fikirkan. Bukan sehari dua aku mengenali Zakuan tetapi sejak kecil lagi. Semenjak dia pulang dari Amerika Syarikat, perangainya makin menjadi-jadi. Sudah beberapa kali aku terserempak dengan Zakuan degan perempuan yang berbeza. Sekarang pula mama memaksa aku berkahwin dengan lelaki ini.
"Apa yang salahnya, abang. Mereka boleh bertunang dulu. Tak lama lagi pun dia nak habis belajar dah pun. Habis belajar nanti dia kahwin la dengan Zakuan."
"Yah, kenapa awak bersungguh-sungguh nak Anis kahwin dengan Zakuan ni?" soal papa.
"Abang kena ingat itu. Dari dulu lagi saya tak berkenan dengan anak awak tu. Anak dari hubungan abang dengan perempuan tak guna itu! Saya nak dia cepat keluar dari rumah ini!"
Tidak ku sangka sampai begitu sekali kehadiranku di rumah ini tidak di senangi mama. Kata-kata mama membuatkan aku terkenang kenangan 10 tahun yang lalu.
Ibu sebenarnya adalah isteri kedua papa. Mereka saling bercinta sejak dari universiti lagi tapi ada tentangan dari keluarga papa. Keluarganya tak dapat menerima perbezaan darjat antara keluarga papa dengan keluarga ibu. Papa berasal dari keluarga korporat sedangkan ibu hanya anak felda. Di sebabkan oleh perbezaan itu lah, Ibu membawa diri jauh dari papa. Ibu tak sanggup menerima tohmahan dari keluarga papa.
Memang sudah di tentukan oleh Tuhan, Ibu dan papa bertemu kembali. Mereka tekad untuk berkahwin secara sembunyi tanpa pengetahuan mama. Itulah apa yang Ibu ceritakan pada aku dahulu ketika aku masih kecil. Semasa aku berumur 10 tahun, Ibu di panggil menghadap Ilahi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ketika itulah menjadi titik hitam dalam hidupku, aku di bawa masuk ke dalam rumah ini. Aku masih lagi dapat membayangkan di saat mama mengetahui bahawa selama ini dia di madukan. Betapa marahnya mama saat itu. Di atas desakan papa aku di benarkan tinggal di rumah ini walaupun pada mulanya mama mendesak mahu menghantarku ke rumah anak-anak yatim.
Aku tidak pernah menyalahkan mama di atas caranya melayan aku selama ini. Isteri mana yang tidak kecewa setelah mengetahui yang selama ini menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu membuatkan aku lebih berdikari. Abang dan Kakak di hantar ke sekolah dengan menaiki kereta sedangkan aku menaiki bas. Mereka di hantar ke sekolah swasta sedangkan aku hanya di hantar ke sekolah biasa. Tapi aku tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk ke sekolah sehinggalah aku berjaya ke universiti tempatan.
Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang mama, aku masih ada papa yang selalu bersamaku. Tanpa aku sedari,air mata sudah membasahi pipi. Aku rindukan ibu. Hatiku meronta-ronta memanggil ibu.
"Yah , perkara itu dah lama berlaku. Tak kan awak masih tak dapat nak lupakan semua itu. Itu bukan salah Anis tapi salah abang dengan Sara. Janganlah salahkan dia atas kesalahan yang dia tak pernah lakukan. Dia tak berdosa. Dia bukan orang lain. Anak saya anak awak juga. Dari dulu awak asyik berbezakan anak-anak awak. Awak bagi yang terbaik untuk anak-anak kita yang lain tapi tidak bagi dia. Dia tak pernah merungut pun. Dia ikut saja cakap kita. Kali ini, biarlah kita ikutkan kehendak dia sebab ini pasal hidup dia."
"Saya sudah cuba abang tapi… saya tak boleh nak lupakan. Saya geram! Saya tak boleh terima apa yang dia dah buat pada keluraga kita. Sudah lama Yah bersabar. Sejak dia jejakkan kaki di rumah ini, Yah sudah bencikan dia. Saya nak dia cepat-cepat keluar dari rumah ini. Dah lama Yah bersabar bang. Sebab itu saya nak dia kahwin dengan Zakuan. Saya nak dia keluar dari hidup saya.Yah bagi abang pilihan abang pilih yah atau anak abang?"
Tersentak aku mendengar luahan hati mama. Sesungguhnya bukan niatku untuk mengganggu ketenteraman dan kebahagian hidup mama. Jauh sekali untuk membuatkan papa memilih antara mama atau aku. Aku hanya ingin menumpang kasih sayang seorang yang bergelar ibu walaupun bukan dari ibuku sendiri. Terasa mengigil seluruh tubuhku. Air mata yang mengalir di pipi di biarkan berlalu. Dengan sedikit kekuatan, perlahan-lahan aku melangkah masuk ke dalam bilik.
Tergiang-giang apa yang di perkatakan oleh mama sebentar tadi. Oh Tuhan, tabahkanlah hatiku menghadapi ujianMu ini. Tunjukkanlah jalan apa yang harus aku l;akukan YA ALLAH. Tabahkanlah hatiku menerima dugaanMu ini. Berikanlah hidayah pada hambaMu ini, YA ALLAH.
Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap. Perlahan-lahan aku menuruni anak tangga. Sedangkan fikiran ku entah sudah melayang ke mana. Peristiwa semalam benar-benar mengganggu fikiranku.
"Anis, mari sarapan." Teguran papa membuatkan aku tersentak. Pantas aku memandangnys dengan senyuman. Walaupun aku sedar yang senyuman itu hanya di reka untuk menutup apa yang bermain di fikiran aku sekarang. Aku cuba menyembunyikan resah yang sedang aku alami. Aku duduk di sebelah papa menghadap mama. Semalam aku sudah berfikir panjang dan aku sudah mengambil keputusan yang aku pasti akan membuatkan aku menyesal suatu hari nanti.
"Papa..Anis ada sesuatu yang Anis nak beritahu papa dan mama. Anis dah buat keputusan. Anis akan terima lamaran Zakuan," Ujarku walaupun ada nada gentar. Bimbang juga kalau aku menagis di hadapan mereka.
"Kenapa tiba-tiba ni Anis. Anak papa sudah fikir masak-masak ke? Ini bukan perkara main-main. Ini masa depan Anis," Berkerut dahi papa ketika mendengar kataku tadi.
"Ini yang terbaik untuk Anis, papa, mama dan keluarga ini," Dalihku. Aku menatap wajah mama. Ada senyuman sinis terukir di bibirnya. Riak wajahnya juga menunjukkan yang dia senang dengan keputusanku. Selepas ini, tidak perlulah dia memikirkan tentang diriku dan menatap wajahku lagi. Aku beralih menatap wajah tenang papa. Papa, maafkan Anis. Inilah yang terbaik untuk kita semua. Ini saja yang mampu Anis mampu lakukan untuk membals segala pergorbanan papa pada Anis selama ini. ************************************
"Adik yakin ke dengan keputusan ni? Abang tak nak adik buat keputusan yang salah. Abang tak nak adik musnahkan hidup yang ALLAH dah kurniakan pada adik," tutur Abang Ikram sambil mengenggam erat tangan Anis. "Adik dah fikir masak-masak. Semalaman adik fikirkan pasal hal ni. Adik just nak abang tahu yang adik sayangkan family ni. Adik akan cuba sedaya upaya suapaya keluarga ini akan bahagia. Adik nak abang faham." Balasnya sambil merenung wajah satu-satunya abang yang dia miliki. "Abang nak adik tahu yang abang sayangkan adik. Abang tak nak adik berkorban semata-mata di sebabkan mama. Abang nak adik bahagia dengan pilihan adik sendiri. Bukan di sebabkan oleh pilihan mama." Abang Ikram mengeluh. Rasanya tiada apa yang dia boleh buat untuk mengubah keputusan adiknya. Jika di lihat dari luaran, Anis memang seorang yang periang, tabah dan penyayang. Namun secara dalaman, dia seorang yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Di sembunyikan segala masalah di sebalik senyumannya. Matanya menceritakan segalanya.
"Abang tak perlu lah risau pada adik ya. Adik tahu apa yang adik buat sekarang. Adik hanya nak abang sokong dengan keputusan adik." Kata Anis untuk melegakan resah Abang Ikram.
"Adik…" balas Abang Ikram dengan perlahan.
"Abang…"
"Abang sayangkan adik. Apa saja keputusan adik abang akan terima. Tapi abang tak akan benarkan siapa pun lukakan hati adik. Abang janji." Ujar Abang Ikram sambil menepuk bahu Anis. Di peluk adiknya itu. Dia tahu adiknya lakukan semua ini kerana mama. Dia kesian adik kerana tak pernah di sayangi oleh mama. Sekuat mana pun Anis berusaha untuk mendekati mama, mama akan menolaknya jauh-jauh. Sampai adiknya tak tahu apa yang dia boleh lakukan melainkan melakukan apa yang mama mahu.
"Terima kasih ya." Ujar Anis lembut. Abang maafkan adik. Adik tak dapat berterus terang dengan abang. Adik tak nak abang bertengkar di sebabkan Adik. Kata Anis di dalam hati. Tiada siapa yang dapat ubah keputusannya sekarang. Dia sudah tekad untuk menerima lamaran Zakuan. Apa yang akan berlaku selepas ini dia kan terima. Andai itu takdirnya dia terima walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
as usual.. same background story. tp bez!! jgn riso. sy memg ske citer cm ni!! keep it up!! hehe.. ada blog??