Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Argghh!" Aiman Daniel menghentak stereng keretanya kuat sebaik sahaja dia meletakkan keretanya di tempat parking yang disediakan di dalam kawasan kondonya. Segera dia memboloskan diri keluar dari kereta dan berjalan pantas menuju ke lif. Tanpa berlengah dia masuk ke dalam kondonya dan merebahkan badan sasanya di atas katil. Terasa sebu otaknya!
"Damn it!" terasa mahu sahaja dia menjerit sekuat hati meluahkan segala perkara yang menyerabutkan otaknya sekarang. Mahu sahaja dia membaling semua barang di dalam rumah ini sehingga hancur berkecai. Kancing baju kemejanya direntap. Rimas! Ahhh!
"Danny…" hampir tidak kedengaran suaranya saat dia menyebut nama anak itu. Aiman Daniel meraut wajahnya dengan kedua belah tangan. Entah kenapa, emosinya sejak tadi tidak stabil sebaik sahaja dia mengambil keputusan untuk menghantar Anis ke taska. Hatinya terasa meronta-ronta untuk berhadapan dengan budak yang didakwa anaknya itu. Oleh sebab itulah dia tidak peduli walaupun dia perasan betapa tidak selesanya Anis dengan keputusan itu.
Sesampai di sana, dia terkejut kerana Danny betul-betul seiras dengannya. Terasa ada satu rasa yang mengalir dalam dirinya saat itu. Rasa apakah itu, dia tidak pasti. Yang dia tahu, betapa dia risau apabila melihat keadaan anak itu bersusah-payah untuk bernafas. Terasa nafasnya juga tersekat-sekat. Dan sebaik sahaja dia mendukung Danny, rasa asing di dalam dirinya menjadi bertambah kuat. Dia senang apabila Danny dalam pelukannya. Seolah-olah dia meminjamkan kekuatannya untuk Danny yang sedang kesakitan.
"Kenapa dengan aku ni?" Aiman Daniel bangun dan menuju ke beranda rumahnya. Dipandangnya pemandangan bandar raya Kuala Lumpur yang cantik. Dibiarkan sahaja angin meniup badannya yang diliputi kemeja yang tidak berkancing, menampakkan badannya yang sasa. Fikirannya tidak tenang sekarang. Entah mengapa, dia senang saat Danny mengatakan yang namanya hampir menyerupai namanya. Segera dia memandang Anis untuk melihat reaksinya tetapi Anis hanya membuang pandang ke luar tingkap. Namun, dia segera kurang senang saat Fariq menelefon Anis dan berbual mesra dengannya. Hatinya menjadi lebih parah apabila Danny mengambil alih telefon itu dan begitu mesra dengan Fariq. Apatah lagi, dia mengatakan Fariq mahu datang ke rumah!
"I must be crazy!" Aiman Daniel kembali membaringkan badannya di atas katil. Pintu beranda dibiarkan terbuka. Angin dibiarkan masuk ke dalam. Dia buntu dan terasa betul-betul bingung sekarang. Kenapa hatinya segera tersentap sebaik sahaja melihat Fariq di hadapan rumah Anis? Kenapa hatinya terasa geram ketika Fariq mengambil Danny daripada dukungannya? Kenapa?!!!
"Danny…" sekali lagi nama anaknya disebut. Anak? Ya, anak. Memang tidak salah lagi Danny memang anaknya. Walaupun setelah melihat keputusan DNA itu, dia masih ragu-ragu namun sebaik sahaja melihat Danny dan membawa Danny di dalam dukungannya, dia segera yakin memang itu anaknya. Wajah Danny, memang seiras sekali dengannya. Senyuman Danny walaupun dalam keadaan wajahnya pucat, kelihatan amat mirip dengannya.
"What I’ve done?!" Aiman Daniel meraup wajahnya. Terasa begitu kesal sekali kerana mengabaikan anak itu selama ini. Apatah lagi, dia pernah menuduh anak itu hasil hubungan sulit Anis dengan ramai-ramai lelaki dalam hidupnya sedangkan dialah yang….ahhh!
"My god!" bantal di atas katil dibaling kuat ke arah dinding. Dia sudah mula menyayangi Danny. Dia pasti itu. Dia mahu memiliki anaknya itu dan sentiasa berada di sisinya. Dia mahu menebus segala kesalahannya kepada Danny tapi…macam mana dengan Anis? Dia pasti tidak akan membenarkannya mengambil Danny. Apatah lagi dia sedang berkasih dengan Fariq. Ah, Fariq! Rakannya itu pasti tidak akan membenarkannya merampas Danny daripada Anis. Jadi, apa yang patut dia lakukan sekarang? Pening!
***************************************
Dulang berisi minuman dan sepotong kek dibawa dari dapur ke ruang tamu. Anis melontarkan senyuman apabila dia menghidangkan makanan dan minuman di dulang itu di hadapan Fariq.
"Kek ni awak yang buat sendiri ke?" tanya Fariq sambil mengelus-ngelus rambut Danny yang sedang enak tidur di ribaannya. Anis mengangguk.
"Ya. Danny merengek-rengek nak makan kek yang Nenek Timah dia buat semalam Saya tak ada pilihan. Jadi saya pun buat. Dia sempat komen lagi, mama buat tak sedap," Anis ketawa kecil. Begitu juga dengan Fariq. Kemudian keadaan menjadi senyap sunyi. Entah mengapa keadaan antara mereka menjadi begitu kekok. Anis membetulkan rambutnya yang sedikit kusut akibat ditiup angin daripada pintu yang dibuka luas. Sengaja dia berbuat begitu, untuk mengelakkan fitnah daripada jiran-jirannya.
"Sedap," Anis tersentak
"Apa yang sedap?" tanya Anis bingung. Fariq mengetap bibir.
"Saya kata kek yang awak buat dah sedap," perlahan suara Fariq.
"Macam mana Danny dengan Daniel tadi?" tanya Fariq tenang. Anis mengeluh. Dia tahu pasti Fariq akan bertanyakan itu.
"Nak macam mana lagi. Pelik jugak saya, dia layan Danny dengan baik," jawab Anis. Dia menyandarkan badannya ke sofa. Fariq mengeluh.
"Saya juga. Awak fikir, dia dah tahu ke?" tanya Fariq sambil merenung tepat mata Anis. Anis tersentak. Dia faham soalan itu. Perlahan, Anis menggelengkan kepalanya.
"Tak mungkin dia tahu. Hanya saya, awak, Maira dan arwah Mak Timah je yang tahu. Lagipun kalau dia tahu pun tak ada gunanya. Dia takkan percaya dan mengaku!" lama Anis menggeleng. Fariq menundukkan kepalanya.
"Kalau dia tahu, apa yang awak akan buat?" tanya Fariq lagi. Anis mengetap bibir. Soalan itu benar-benar tidak menyelesakannya.
"Dia tidak akan tahu. Tiada siapa yang akan beritahu dia," tegas suara Anis. Fariq mengangkat wajah dan memandang Anis lagi. Seolah-olah dia sedang cuba membaca fikiran Anis yang sedang tersenyum kecil.
"Maaf, sudah lama saya di sini. Saya patut balik," Fariq bangun sambil mendukung Danny. Dia bergerak ke pintu. Anis mengikuti langkah Fariq.
"Baik-baik ya. Awak berdua je dalam rumah ni. Ish, saya risaulah," muka Fariq kelihatan kelat. Sekali lagi Anis tersenyum.
"Tak payah risaulah. Saya yakin saya dapat jaga diri. Terima kasih kerana mengambil berat," Anis mengambil Danny dari dukungan Fariq.
"Kalau begitu, saya pergi dululah. Assalamualaikum," Fariq bergerak ke kereta sambil melontarkan senyuman.
"Waalaikumuassalam," Anis memerhatikan kereta Fariq mulai menghilang dari pandangan. Dia menutup pintu perlahan dan bergerak ke katil. Dibaring dan diselimutkan Danny. Lama dia duduk di situ memerhatikan Danny tidur. Peristiwa berasa Aiman Daniel bersama Danny tadi berlegar-legar di kepalanya.
"Danny nampak tak tadi? Dialah papa Danny. Maafkan mama sayang, papa Danny tak tahu kewujudan Danny. Mama terpaksa, sayang. Maafkan mama.." dia menekupkan kedua belah tangan ke wajah, menyembunyikan wajahnya. Pelbagai rasa bercampur gaul di dalalam dirinya sekarang.
**********************************
Fariq memerhatikan jalan di depan dengan perasaan yang kacau bilau. Emosinya ridak stabil sekarang, pelbagai persoalan menerpa otaknya.
"Kenapa dengan aku ni?!" Fariq menghentak stereng. Rasa marah dan kurang senang meluap-luap. Akhirnya dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Dia mahu menenangkan dirinya sebentar.
"Ya Allah," Fariq meraup rambutnya. Dia betul-betul tidak senang sebaik sahaja dia menelefon Anis dan bercakap dengan Danny tadi. Anis tidak memberitahunya yang dia sedang keluar dengan Daniel. Ketika bercakap dengan Danny, barulah anak itu mengabarkannya. Rasa aneh meluap-luap dalam dirinya tetapi segera dihilangkan dengan pertanyaan, siapa kau untuk dia beritahu dengan siapa dia keluar?!
"Ahhhh," kepalanya disandarkan di kerusi. Tangannya diletak di kepala. Dia mengakui, dia cemburu apabila Danny dan Anis keluar bersama dengan Aiman Daniel. Dia gelisah dan dengan pantas dia memandu ke rumah Anis. Sebaik sahaja Anis pulang, hatinya segera tersentap apabila melihat Danny di dalam dukungan Daniel. Entah mengapa, dia merasakan yang lelaki itu cuba untuk merampas Danny darinya. Dia sudah terlanjur menyintai Anis dan Danny. Cinta itu sudah dipupuk sejak Danny bayi lagi. Yang pasti, dia tidak mahu Danny beralih kepada Daniel yang seolah-olah tiba-tiba berubah. Apa kena dengan Daniel? Dia sudah tahukah? Kalau sudah tahu, dari mana dia mengetahuinya?
Tangan Fariq menyeluk poketnya tiba-tiba. Dikeluarkan sebuah kotak baldu dan segera dibukanya. Sebentuk cincin platinum dihiasi berlian segera terpapar di matanya. Lama dia merenung cincin itu. Hatinya berkira-kira, patutkah dia melamar Anis dengan cincin itu? Dia betul-betul cintakan Anis dan Danny. Dia yakin kasihnya pada Danny tidak akan berubah. Lagipun dia takut jika suatu hati nanti Daniel tahu tentang status sebenar Danny, dia akan merampas kanak-kanak itu daripadanya. Adakah dia pentingkan diri sendiri?
"Tidak," dia tidak pentingkan diri sendiri. Dia cuma mahu menyayangi dan menjaga Anis dan Danny. Dia tidak mahu Anis terluka lagi akibat sahabat baiknya itu. Dia mahu melindungi Anis dan Danny. Dia mahu sentiasa bersama mereka.
"Pusing!" enjin kereta dihidupkan kembali. Dia harus berehat sekarang dan memulihkan kekusutan yang ada di kepalanya sekarang.
anatar novel bersiri yang tidak sabar-sabar saya tunggu kesinambungan citernya... harap episode seterusnya lebih menarik lagi tidak mendatar...tahniah teruskan usaha...tapi memang betoi le nape pendek sangat tak puas baca
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best. memang best cerita ni.,tapi knpa pendek.lama rasanya saya tunggu cerita ni.