Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
BAYU pagi menerobos masuk melalui jendela kamar itu. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Dia menggeliat seketika sebelum menguap kecil. Setelah agak lama bermalas-malas di atas katil,gadis berusia 24 tahun itu segera mencapai tuala warna biru muda yang tersangkut kemas itu lalu melangkah masuk ke kamar mandi. Perjalanan dari Australia ke Malaysia benar-benar memenatkan. Setelah kapal terbang mendarat di KLIA, hatinya sudah melonjak-lonjak keriangan. Wajah Dato'Izzudin ,Anuar,Wan Biah dan Tok Mat bersilih ganti Siulan kecil kedengaran. T-shirt sukan lengan panjang dipadankan dengan track-suit sama warna. Tanpa sebarang calitan mekap,wajahnya masih tampak ayu dan natural. Rambutnya dibiar lepas bebas. Sempat juga mengenakan perfume jenama Chanel No. 5 kegemarannya sebelum turun ke tingkat bawah. Tanpa disedari,ada tangan kasar yang menyentuh bahunya. Ilani berpaling seketika ke belakang. Wajah Dato'Izzudin yang manis mengukir senyuman membuatkan dia lapang dada. "Morning dear". "Morning pa " . Dahinya dicium. "Anak papa nak ke mana pagi-pagi ni.Ada apa-apa agenda ke?". Tanya Dato'Izzudin pabila melihat anak gadisnya itu sudah lengkap berpakaian sukan serba biru "Yup,hari ni Lani nak pergi keluar kejap. Jumpa kawan-kawan". Ilani tersenyum lagi. Dato'Izzudin menggelengkan kepala. Anak gadisnya yang seorang itu mana tahu istilah letih atau penat.. "Morning pa,morning sis". Suara garau milik Fikri kedengaran jelas.Derapan kakinya kedengaran menuruni anak tangga yang tersusun itu. Mereka membalas dengan mesra "Papa,abang,Lani nak kena pergi dulu ni,okey bye". tangan papa dan abangnya dikucup. Beg galas di atas sofa dicapai. Belum sampai lima minit,dia masuk semula ke dalam banglo dua tingkat itu "Ada apa-apa tertinggal?". Tanya Dato'Izzudin. "Ada....special kiss for my special person". Adira mengucup pipi Dato'Izzudin dan Fikri. Dato'Izzudin Dato'Nazli dan anak lelakinya berpandangan antara satu sama lain setelah Ilani keluar dari muka pintu. Dari dulu lagi,anak bongsunya tidak pernah lupa akan ayat itu. Special kiss for my special person.
PELUH memercik di dahi. Ilani dan Fazlin mengelap peluh di dahi dengan tuala kecil. Raket skuasy diletakkan di tepi. Shamir menghulurkan dua botol air mineral pada mereka berdua. Adlel datang dari gelanggang skuasy. Renek peluh di dahinya diseka dengan sehelai tuala kecil "Tak sangkakan. Dah 10 tahun. Tapi,kita tetap macam dulu lagi". Kata Shamir sambil tersenyum.
"Yelah,dari Form 1,cuba korang bayangkan. Dah 10 tahun kita tetap macam dulu jugak" ujar Ilani sambil mengingati peristiwa manisnya bersama Fazlin,Adlel dan Shamir.Selalu sahaja kalimah syukur keluar dari bibirnya apabila dikurniakan rakan-rakan yang sentiasa mengambil berat dan berkongsi suka dan duka bersamanya. Ilani tersenyum manis.Dia,Fazlin,Adlel dan Shamir sudah diibaratkan seperti adik beradik.
"Tak lama lagi, aku akan bergelar Doktor Ilani Humaiera.Mesti ada gaya kan?". kata Ilani bangga. Adlel membuat reaksi seperti hendak muntah.
"Owh Doktor Ilani yek. Kalau kau jadi doktor,aku jadi patient. Doktor,tolong saya doktor. Saya sakit cinta. Rindu sangat kat Abg Nuar. Ada ubat tak Doktor Ilani? ". Fazlin mengajuknya.
"Kau ni ada-ada je lah Lin. Mir,Dlel,korang macamana?".
"Aku macam biasalah. Tunggu tawaran dari syarikat consulting yang berminat nak gaji akulah nampaknya". Shamir mengeluh. Adlel menepuk bahu sahabat karibnya itu.
"Aku pulak akan sentiasa bersama kamera kesayangan aku ni". Adlel mengusap kamera yang selalu dibawa kehulu ke hilir itu. Mereka ketawa besar. Memang sejak dari dahulu lagi,Adlel menyimpan cita-cita untuk menjadi photographer. Oleh kerana minat itulah dia sanggup meninggalkan landasan dalam bidang Sains yang telah dibinanya selama 5 tahun di MRSM dulu.
".Hmm..borak-borak jugak,jam dah pukul berapa ni?". tanya Ilani .Shamermengerling jam tangannya. "Dah pukul 1:30. Kitaorang kena pergi dulu tau. Nak balik Kelate ".Shamer dan Adlel berlalu ke tempat parkir kereta Sunway Sports Planet. Ilani dan Fazlin melambaikan tangan ke arah mereka.
"Aku pun kena pergi dulu. Nak jemput akak akulah. Okey bye Ira .Take care okay. Bawa kereta tu pandang depan. Jangan ingat Abg Nuar je". Ilani sempat mencubit lengan gadis muda itu. Fazlin menggalas beg sandangnya dan berlalu pergi.
Ilani mengatur langkah ke tempat persalinan baju wanita. Tanpa diduga, seorang pemuda berbaju putih dan seluar tracksuit paras lutut berada di dalam bilik persalinan itu.Dia menjerit,bimbang jika lelaki itu mengapa-apakannya
"Aaaaaa!!!".
"Aaaaaa!!!".
Lelaki itu turut menjerit sama. Ilani menghempaskan pintu bilik persalinan.
"Astaghafirullahaladzhim".
Dia masih tersentak lantas membawa kesemua barangnya keluar.
"Elane". Kedengaran suara seorang wanita berbangsa Cina memanggilnya.Ilani menoleh ke belakang."Your shoes ".Gadis Cina itu mengunjukkan kasut warna biru muda itu kepadanya. "Thanks,Vee" ujar Ilani lalu mengambil kasutnya dari tangan wanita muda itu. Ilani mengatur langkah ke car park. Menuju ke arah Suzuki Swift miliknya
HARRIS memandu Toyota Altis hitamnya dengan laju sekali. Runsing memikirkan tentang Datin Zaila yang mahu menjodohkannya dengan anak Datuk Sofian,Sarah. Sejak dari awal perkenalan mereka,dia sudah menganggap Sarah seperti adik kandungnya sendiri. Tidak lebih dari itu. Hatinya sudah tawar terhadap cinta sejak kematian Farah
Tanpa disedari,ada kelibat seorang wanita melintas di hadapan keretanya. Mujur dia sempat menekan brek. "Buta apa ? .Lain kali jalan tu pakailah mata jangan letak mata tu dekat lutut". Marahnya lalu keluar dari perut kereta. Mukanya merah malah nafasnya juga tidak teratur
"Sorry encik,saya tak sengaja" tutur gadis bertudung itu tersekat-sekat. Wajah bengis lelaki itu benar-benar menakutkannya. "Itulah perempuan,sikit-sikit minta maaf. Kau ingat jalanraya ni tak ada undang-undang ke. Kalau dah nak mati sangat,cari tempat lain,bukan dekat kereta aku ni !". Perlinya lagi.Gadis itu mula bengang. Wajah Harris dipandang dua kali.
‘Dialah yang tersalah masuk bilik persalinan tu' Bisik hati kecilnya.
"Hey,Encik.. Awak yang bawa kereta tak pakai mata,salahkan orang lain pula. Kalau saya nak mati pun,tak payah susah-susah nak awak langgar saya. Kereta awak ni bukannya kuat sangat pun. Silap-silap,saya yang kemekkan kereta awak ni". Giliran gadis itu pula menghamburkan kemarahannya sepuas hati.Tidak boleh dikasi muka lebih-lebih,nanti kepalanya pula dipijak Harris memandang wajah itu sekilas. Wajah gadis itu mengingatkannya pada seseorang. Wajahnya ala-ala mat saleh tetapi kepetahannya berbicara Bahasa Melayu membuatkan dia keliru.
Ah,mana mungkin !'. Hatinya berbisik menafikan
"Dasar minah celup...
"Apa awak cakap tadi?".
"Dasar minah celup..dasar minah celup. Puas?".
Gadis itu menyeluk sakunya lalu mengeluarkan kunci kereta. Lantas digores kereta Toyota Altis itu berkali-kali. Seperti peserta gores dan menang. Harris tidak berkelip mata melihat aksi selamba itu
"Hoi,ni siapa nak bayar?". Jerit Harris pabila perempuan itu beredar pergi.
"Awak nampak mak cik cleaner tu?Minta dia bayarkan. Itu pun kalau dia nak bayarkan. ".Ujar perempuan itu sambil ketawa menampakkan barisan giginya yang tersusun kemas.Hatinya puas setelah mengenakan Harris.
ILANI terus memecut keretanya sehingga sampai ke banglo dua tingkat itu. Marah di hatinya akan peristiwa tadi hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia menunggu kepulangan papa dan abangnya lama. Mak Som menggelengkan kepala beberapa kali melihat perangai keras kepala anak gadis itu yang diwarisi dari arwah mamanya,Datin Nissa.
Ilani mengerling jam tangan yang menunjukkan pukul 11:30 malam. Dia masih mahu menunggu Dato'Nazli hinggalah pulang. Akhirnya dia tertidur di sofa . Dato'Nazli menghentikan keretanya di laman rumah. " Ira mana pa?" tanya Imran sambil memerhati sekeliling banglo mewah itu.Makanan di atas meja tidak berusik.Kunci kereta diletakkan di atas meja.
"Sini rupa-rupanya dia. Imran rasa,dia tunggu kita balik tadi,sampai tertidur kat sini". Imran membuat tanggapan . Dato'Nazli mengusap lembut wajah mulus milik puteri tunggalnya itu. "Ira..Ira..bangun..Papa dah balik ni ". Dato'Nazli menggerakkan tubuh anak gadisnya itu. Ilani membuka kelopak mata perlahan-lahan. Matanya seperti sudah digam.
"Sorry,papa lambat sikit. Ada meeting dengan klien dari Jepun tadi" ujar Dato'Nazli.
"Sorry papa, Ira ngantuk sangat.. Good night pa,good night bang". Ilani menggeliat kecil.Tidak lama kemudian,dia melelapkan mata semula. .Dato'Nazli tersenyum kecil melihat gelagat anak bongsunya itu. Imran turut ketawa kecil.
"Biarlah dia tidur dulu kat situ pa .Lepas mandi nanti Im bawa dia naik". Dato'Nazli mengangguk. Dia sangat senang melihat kasih sayang yang tidak berbelah bagi Imran terhadap Ilani. Betapa sayangnya Fikri akan adiknya yang seorang itu sehingga sekarang.
Abang bersyukur Nis.Bisik hati tuanya lembut.Mengenangkan Nissa yang sudah lama meninggalkannya.
ilani n ira 2 org yg sme... kn nme die ilani humaiera..... besela kan nme pgln org ni byk.... nis 2 nme singkatan mk die...(datin nisah)... yg cnfuse kt cni juz abg die erk.... *eh, ak ni dh mcm pnulis cte ni plak* hehe~ tp watevapn cte ni bez....
Slm adik...menulis2 gak...tp pljrn lbh pnting. hentikan dulu benda2 ni. study la dulu. Lps PMR adik smbg lg k. Aku akan tggu nvel adk. Jgn la rush sgt nak htr. Bkn kene denda pun kalo lmbt htr kat sini.
byk name yg tertukar2x..ira ke ilani??pakai tudung ke tak ni??citer best tapi name byk yg tertukar..jd pening..tahniah..kecik2x dah pandai tulis novel..best of luck..
sory to say but i found that -budak bosan-is so annoying.. she's not rush..just to give explaination je..don't be too harsh in giving comment..poor she..
best3x tapi leh tak guna satu jer nama tuk sorang atau ada kemungkinan nak kelirukan orang (bukan setakat pembaca tapi Haris sekali kot!) Haris tuh jero dalam citer nih ker?
wow..bila pnulis ni ckp dia nk trial pmr.. seriusly tramat la terkejut, sbb xda gaya budak pmr, mmg bbakat ar adik ni..bgus2x.. truskan usaha utk jadi penulis bjaya, cuma kalu boleh kena bhati2x la dlm penulisan, utk jadi penulis yang baik, kena take time utk hasilkan karya yang bmutu, pgolahan cerita dah bagus sgt2x.. gaya penulisan pun bgus, cuma kena lebih peka dan jgn nk cepat2 siap,appun bgus2x.. truskan usaha yer dik oii.. insyaalah adik ley bjaya.
awat pompuan garang sangat ??????hehehe....................
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
besttttttt..ader blog x?