Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Mak!Mak!Nia dah lulus mak.Nia dah lulus!"Dania Aryssa menjerit kegirangan sambil berlari ke arah rumahnya.Matanya melilau-lilau mencari ibunya.Namun Dania Aryssa berasa hampa kerana kelibat ibunya langsung tidak kelihatan di halaman rumahnya itu.Dania Aryssa terus meluru masuk ke dalam rumahnya tanpa sempat membuka selipar yang tersarung di kakinya.Belum sempat Dania Aryssa masuk ke dalam ruangan dapur untuk mencari ibunya,Puan Rosnah telahpun terjengul di muka pintu dapur yang memisahkan ruang tamu dengan ruangan dapur.
"Ya Allah,kenapa dengan kau ni Nia.Terjerit-jerit dari tadi sampai nak runtuh rumah ini dibuatnya.Mak yang ada dekat kebun belakang rumah itu pun boleh dengar kamu tahu tak.Dengan seliparnya dipakai sampai dalam rumah. Kenapa dengan kau ni hah?"Puan Rosnah bertanya kepada anak perempuan tunggalnya dengan nada suara yang sedikit tinggi kerana berasa marah akan anaknya yang dirasakan bersikap seperti keanak-anakan itu sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kaki Dania Aryssa.
Dania Aryssa sudah tersenyum seperti kerang busuk memandang ibunya setelah melihat kakinya yang tersarung dengan selipar itu."Hehe.Maaflah mak.Nia dah terlampau gembira sangat nak beritahu mak satu perkara ini sampai Nia tak perasan pulak yang Nia masuk rumah sambil pakai selipar ini tadi,"terang Dania Aryssa sambil membuka dan mengangkat selipar yang dipakainya.Setelah itu Dania Aryssa terus menghulurkan surat yang berada di tangannya meminta Puan Rosnah untuk membaca surat tersebut.
"Surat apa ni Nia?Pak Su kamu ke yang kirim?"tanya Puan Rosnah kepada Dania Aryssa tentang adiknya,Emil Hakeem yang telah sebulan berpindah ke Sungai Petani,Kedah setelah mendapat pekerjaan di sana.
"Mak bacalah dulu.Nanti baru mak tahu itu surat apa,"pinta Dania Aryssa.
"Hish,macam-macamlah kau ni Nia,"bebel Puan Rosnah sambil membuka lipatan surat yang berada di tangannya.Setelah hampir dua minit Puan Rosnah mendiamkan diri sambil membaca surat tersebut,dia lantas memeluk Dania Aryssa.
"Ya Allah Nia,betul ke apa yang mak baca ni?"soal Puan Rosnah sambil meleraikan pelukannya."Betullah mak,Nia sudah lulus dalam permohonan untuk sambung belajar ke dalam bidang perniagaan di Kingston University di London itu mak.Anak mak ini sudah dapat masuk universiti mak.Sudah dapat masuk universiti!"ucap Dania Aryssa kepada Puan Rosnah untuk meyakinkan ibunya itu walaupun pada mulanya dia sendiri kurang percaya akan apa yang dibacanya dalam surat tersebut.
"Syukur Nia,tak sia-sia kau belajar bersungguh-sungguh selama ini.Akhirnya kau berjaya juga masuk ke universiti.Nasib baik kau tak ikut jejak langkah mak kau ini.Sekolah pun tak habis."Sebak suara Puan Rosnah meluahkan rasa hatinya itu."Mak,tak perlulah nak bersedih lagi,Nia janji selepas sahaja Nia graduate dan dapat kerja nanti,mak tak perlu lagi susah-susah buat dan jual kuih ni.Nia hendak mak duduk goyang kaki sahaja kat rumah.Nanti tiap-tiap bulan Nia bagilah duit dekat mak."kata Dania Aryssa sambil mengusap-ngusap bahu ibunya itu. "Nia,mak bukannya mahukan duit kau atau harta kau,tapi cukuplah dengan sekadar segulung ijazah kau bawa untuk mak.Janjilah dengan mak Nia."Sayu suara Puan Rosnah.
"Nia janji mak.Nia janji."Dania Aryssa terus menghampiri ibunya dan lantas memeluk tubuh wanita berusia lingkungan 40-an itu.Air matanya sudah mula membasahi pipinya.Dia melentokkan kepalanya dibahu ibunya. "Sudahlah Nia.Hari pun dah senja dah ni.Waktu maghrib pun dah nak masuk.Pergi mandi selepas itu solat."ujar Puan Rosnah kepada anaknya itu.Dania Aryssa bingkas menguncup kedua-dua belah pipi ibunya.
Usai sahaja mengerjakan solat Isyak,Dania Aryssa lantas mencapai surat kemasukan ke universiti yang diterima petang tadi dan terus berlalu ke arah meja dan kerusi sederhana kecil yang terdapat di satu sudut penjuru biliknya itu.Lantas dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut.Kemudian dia terus mengeluarkan surat tawaran itu daripada sampulnya.Setelah membaca berulang kali,Dania melipat kembali surat itu dan mencapai borang penerimaan untuk kemasukan ke universiti itu yang turut disertakan di dalam sampul surat yang bersaiz besar berwarna oren,tertera lambang dan nama universiti dari London itu. Setelah selesai melengkapkan borang tersebut,Dania Aryssa melipat dan menyimpan kembali borang itu ke dalam sampul surat kecil berwarna putih dan meletakkan di atas meja tersebut.Dania Aryssa kemudian melangkah ke katil kayunya yang kelihatan sedikit usang itu. Kemudian Dania Aryssa baring di atas katil sambil tersenyum sendirian memikirkan kemasukkannya sebagai pelajar di universiti itu kelak.Dalam mengelamun Dania Aryssa terus terlena dengan nyenyaknya.
Dania Aryssa terjaga sewaktu azan Subuh berkumandang.Suara azan sayup-sayup kedengaran dari surau berdekatan dengan rumahnya itu telah menyentuh tangkai hati Dania Aryssa.Dia bingkas bangun daripada pembaringannya dan terus berlalu ke arah bilik air yang terdapat di dalam biliknya itu untuk membersihkan diri dan mengambil wuduk seterusnya melaksanakan solat Subuhnya pada pagi itu. Selesai mengerjakan solat Subuh,Dania Aryssa melangkah menuju ke arah dapur yang terletak bersebelahan dengan biliknya itu.Puan Rosnah telahpun berda di dapur itu terlebih dahulu sedang memasak nasi goreng untuk sarapan mereka berdua. "Hmm,sedapnya bau.Mak tengah masak apa ni mak?"soal Dania Aryssa sambil meninjau-ninjau ke dalam kuali untuk melihat apakah yang dimasak oleh ibunya itu. "Mak tengah masak nasi goreng,"jawab Puan Rosnah. "Kamu sudah lapar ke?" Puan Rosnah mengerling ke arah Dania Aryssa. "Belum lagilah mak.Mungkin Nia makan lewat sikit hari ini."balas Dania Aryssa. "Suka hati kaulah Nia,nanti kalau kau nak makan ambil saja bawah tudung saji tu."ujar Puan Rosnah. "Mak,Nia sudah nak keluar dah ni,Nia nak pergi pejabat pos untuk beli setem dan poskan borang jawapan Nia untuk kemasukkan ke universiti tu,"beritahu Dania Aryssa. Puan Rosnah hanya menggangukkan kepalanya sambil sempat mengerling ke arah anaknya itu. Dania Aryssa terus menghulurkan tangan bersalaman dengan ibunya.Puan Rosnah begitu terharu sebaik sahaja tangannya dicium oleh Dania Aryssa.Kemudian Dania Aryssa terus berlalu ke arah pintu utama.Sementara itu di dapur,Puan Rosnah mula memikirkan kehidupannya tanpa Dania Aryssa disisinya kelak.Puan Rosnah berasa sungguh sebak dan akhirnya air mata yang ditahan supaya tidak mengalir itu telah mengalir dengan derasnya membasahi pipi tuanya itu. --------------------
Hanya tinggal satu jam sahaja lagi kapal terbang yang akan membawa Dania Aryssa ke kota London itu akan berlepas.Dania Aryssa telah pun berada di Kuala Lumpur International Airport(KLIA) semenjak dua jam yang lalu.Dia mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebelum semua penumpang dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang sambil melihat pelbagai kerenah manusia yang turut berada di situ. "Hai,jauh termenung nampak.Kau teringat dekat siapa tu?" "Hish,kau ini Ilya,buat aku terperanjat saja.Cuba kalau aku ada sakit jantung?Mesti dah arwah aku kat sini dibuatnya,"marah Dania Aryssa sambil mengusap-ngusap dadanya. "Kau tu yang tak sedar yang aku dah ada kat sebelah kau ni sudah lama dah tahu.Itulah asyik termenung saja kerja kau,sampai apa yang terjadi pada sekeliling kau pun kau tak tahu."balas Irdina Hilya, "Dahlah,malas aku nak layan kau ni.Lebih baik aku layan lagu Bengang nyanyian Akim ini,"sambung Irdina Hilya sambil terus menyumbat telinganya dengan earphone dan membelek-belek ipod nanonya. Terkebil-kebil mata Dania Aryssa melihat kawan karibnya itu semenjak mereka berada di tingkatan empat lagi.Seorang gadis yang berasal dari golongan orang berada,tetapi tidak mementingkan darjat atau keturunan untuk berkawan dengan sesiapa jua.Dania Aryssa mendengus marah. "Hish,sudahlah buat orang marah.Lepas tu tak reti minta maaf pula tu,"Dania Aryssa mengomel sendirian dengan mulut terkumat-kamit seperti membaca mentera lagaknya.
best la.... cpt smbung..xsbr nk tau nma hero..good luck!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
comment2 okie.
tq