Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sejak pagi sehinggalah sekarang Alisya terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit-pesakitnya. Alisya merupakan anak yang kedua daripada dua orang adik-beradik. Dia merupakan seorang doktor pakar perubatan lulusan universiti tempatan iaitu Universiti Teknologi Mara. Sudah hampir tiga tahun Alisya menjadi doktor di hospital kerajaan tersebut iaitu di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah.
"Aduh, letihnya hari ini," bisik hati kecil Alisya.
"Ish…kenapalah cerewet sangat pesakit ‘first class’ tu. Kalau dah sakit tu buatlah cara orang sakit. Ni tak, makin menjadi-jadi pulak perangai berlagak dia tu. Kalau tak kerana mak babak dia orang ternama dan berpengaruh, jangan harap aku nak layan dia tu." Alisya membebel seorang diri melepaskan geramnya yang tak terhingga tentang peristiwa yang telah berlaku petang tadi.
"Ah, daripada aku fikir tentang dia lebih baik aku balik rumah, lagi bagus.. jiwa aku pun tenang sikit." Bagaikan baru tersedar dari lamunan, dia terus mengemas dan menyusun segala dokumen yang berada di atas mejanya dengan pantas kerana takut terkandas di dalam kesesakan lalu lintas.
Sambil memandu pulang ke rumahnya, dia memasang kaset lagu kegemarannya iaitu lagu-lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan Mestica. Dia merupakan peminat setia kumpulan nasyid tersebut. Setiap kali mereka membuat persembahan, dia tidak akan terlepas walau sekali pun untuk turut sama memeriahkan persembahan tersebut. Salah satu lagu kumpulan Mestica yang disukainya ialah lagu yang bertajuk ‘Layar Keinsafan’. Sambil mendengar lagu tersebut, dia akan turut sama menyanyikan lagu tersebut sambil menghayati setiap bait-bait perkataan yang ada di dalam lirik lagu tersebut untuk dijadikan panduan dan pengajaran. Mungkin setiap orang mempunyai cita rasa yang tersendiri. Begitulah juga Alisya, dia amat suka lagu melankolik dan lagu-lagu yang berirama lembut dan sayu.
Jam menunjukkan pukul 7 malam apabila dia tiba di rumahnya. Dia menekan punat kawalan dari dalam keretanya untuk membuka pintu pagar rumahnya sebelum meletakkan kereta Kembara kesayangannya di bawah garaj.
"Assalamu’alaikum." Alisya mengucap salam sebaik sahaja melangkah masuk ke rumah rumahnya.
"Wa’alaikumussalam." Kedengaran satu suara menjawab salamnya. Tiba-tiba muncul seorang perempuan meluru ke arahnya untuk menyambut kepulangannya. Perempuan tersebut merupakan pembantu rumah Alisya yang paling mesra dengannya.
"Alisya sudah pulang, mahu makan?"
"Sekejap lagilah Mak Miah, Alisya nak bersihkan diri dulu sebab badan pun dah berbau hapak ni. Lepas solat Maghrib nanti Alisya turun makan." Dia terus melangkah naik ke biliknya dengan langkah yang perlahan kerana terlalu letih. Dia terus menyiapkan tab mandi dan menaburkan pelbagai jenis bunga dan haruman.
"Ah, bestnye dapat mandi sauna. Tak semua orang boleh mandi macam nie, hanya aku sorang jer yang bertuah yang dapat mandi macam ni. Haha. Perasan bagus betul la aku nie." Alisya tergelak seorang diri. Setelah hampir setengah jam Alisya berendam di dalam tab tersebut, badannya menjadi kembali segar dan staminanya sudah kembali pulih.
Setelah siap solat Maghrib, dia berbaring sebentar di atas katilnya yang bersaiz King itu sambil fikirannya melayang-layang. Peristiwa yang berlaku siang tadi kembali bermain di fikirannya.
"Encik Fariz sudah makan ubat yang saya berikan tadi?" Alisya bertanya dengan suara yang tegas sekali. Dia tidak suka berlemah lembut dengan golongan Adam kerana dia merasakan bahawa mereka selalu menyusahkan hidupnya.
"Dalam proses nak makan ubat la ni. Doktor nak tengok saya makan ubat ke? Ni, ade dalam mulut saya ni ha." Faris menjawab seraya membuka mulut dan menunjukkan dua biji ubat pil tersebut. Kemudian dia mengambil segelas air dan meneguk sehingga habis air tersebut. Faris membuka mulutnya sekali lagi dan berkata kepada Alisya sambil tersenyum.
"Ha, doktor cuba tengok, ubat tu saya dah telan dah. Bukan susah pun makan ubat, senang jer. Doktor nak makan ubat juga ke, meh saya suapkan." Faris mengambil plastik ubat yang ada di atas meja di sebelahnya dan cuba mengeluarkan dua biji pil untuk diberikan kepada doktor muda itu.
Setelah Alisya merasakan tahap kesabarannya makin menurun, dia terus bergegas keluar dari bilik tersebut yang dirasakan seperti berada di dalam neraka. Faris terus ketawa dengan sekuat hatinya sebaik sahaja melihat doktor muda tersebut keluar dari biliknya kerana telah berjaya memperdaya doktor tersebut. Sebenarnya ubat tersebut berada di bawah lidahnya. Alisya yang masih berada di luar bilik tersebut mendengar pesakitnya itu ketawa dengan kuatnya sekali.
"Argh, bengangnya aku dengan dia ni. Kalau dah rasa ada sakit mental tu, pergi la hospital untuk orang gila. Bukannya datang ke hospital ni." Alisya terus menuju ke biliknya tanpa menegur orang di sekelilingnya kerana takut akan menimbulkan kekecohan kerana kemungkinan besar dia tidak akan dapat mengawal kemarahannya. Dia terus bertapa di dalam biliknya tanpa keluar untuk makan tengah hari.
"We both young when I first saw you, I close my eye and the flashback start…" tiba-tiba lamunannya terhenti dek bunyi ‘ringtone’ telefon bimbitnya.
"Alamak, mana handphone aku ni, time-time nak rehat macam ni la ade orang mengacau. Tanpa melihat skrin, dia terus menjawab panggilan tersebut.
"Hello, Assalamu’alaikum."
"Oh, mama ke, ingatkan siapa la tadi. Mama sihat? Papa ade kat situ juga ke, ma?"
" Alhamdulillah, Alisya sihat ma. Ni pun baru balik dari tempat kerja."
‘Pesakit Alisya tu bertambah ramai la, ma. Makin ramai pesakit tu, makin banyak kerenah diorang. Alisya pun makin pening nak layan kerenah diorang yang entah apa-apa tu."
"Baiklah ma, Alisya akan ikut cakap mama. Terima kasih ma, kirim salam dekat papa sekali ye. Sayang mama."
"Hihi.. Wa’alaikumussalam."
Tok..tok..tok.. kedengaran bunyi ketukan pintu sebaik sahaja dia meletakkan telefonnya di atas katil. "Alisya buat ape tu, tadi kata nak turun lepas solat. Kenapa lama sangat ? Alisya solat terawih sekali ke? Bulan Ramadhan lambat lagi la, Alisya. Mak Miah dah siapkan makanan untuk Alisya. Nanti sejuk pula lauk tu."
Alisya terasa bersalah kerana membiarkan Mak Miah menunggunya dengan lama. Dia terus membuka pintu. Mak Miah yang murah dengan senyuman itu tersenyum manis kepadanya. Senyuman Mak Miah itu, berjaya menghilangkan segala kekusutan yang bermain di fikirannya. Ini yang membuatkan Alisya menganggap Mak Miah macam ibunya sendiri. "Terima kasih, Mak Miah. Alisya minta maaf sebab buatkan Mak Miah tertunggu-tunggu. Marilah kita makan sekali, Mak Miah."
Alisya turun ke dapur dan berjalan beriringan dengan Mak Miah. Sambil berjalan ke dapur, dia sempat mencuri pandang ke arah Mak Miah. Mak Miah telah banyak menabur jasa kepadanya. Mak Miah telah bekerja di rumah Alisya hampir tiga tahun. Dia mula bekerja di rumah Alisya selepas dia diceraikan oleh suaminya yang mahu berkahwin lain dengan perempuan yang jauh lebih muda daripadanya.
"Wah, banyaknya Mak Miah masakkan lauk untuk Alisya. Semuanya makanan kegemaran Alisya. Ni yang membuatkan Alisya sayang… sangat dekat Mak Miah" katanya seraya memeluk Mak Miah dari belakang.
"Ish.. budak bertuah nie, sekarang kan masa untuk makan, yang Alisya dok buat jiwang karat nie buat ape... haa.. dah.. dah.. jom makan, nanti perut masuk angin pulak sebab tak makan. Dah la Alisya ni ade gastrik nanti siapa yang susah, Mak Miah jugak."
"Eh, buat ape Mak Miah pulak yang susah. Sepatutnya Alisya yang susah sebab perut Alisya yang sakit bukan perut Mak Miah kan? Mak Miah ni kalau Mak Miah nak rasa susah tu, kita kenalah sakit sama-sama ye.." haha.. Alisya ketawa sambil mula menarik kerusi untuk duduk.
"Betul la ape yang Mak Miah cakap nie. Kalau Alisya sakit, nanti Mak Miah juga yang susah sebab nak kena layan kerenah tuan puteri ni yang cerewet sangat ni. Kalau tak dilayan makin menjadi-jadi pulak penyakit dia ni haa.." Mak Miah ketawa senang hati kerana berjaya mengusik Alisya. Alisya hanya mampu tersenyum sahaja.
"Tak pe, hari nie jer Mak Miah bleh menang. Hari lain Alisya pasti akan menang walau ape cara sekalipun. Oleh kerana hari nie Alisya lapar sangat, so kita tangguhkan dulu perdebatan kita ke hari lain ye.. haha…"
Alisya terus mengambil pinggan dan menyenduk nasi untuk Mak Miah, dan kemudian barulah dia menyendukkan nasi untuknya. Sambil makan Alisya bercerita kepada Mak Miah tentang apa yang berlaku di hospital tempat dia bekerja. Dia juga mengadu kepada Mak Miah tentang kerenah pesakitnya. Mak Miah hanya ketawa dan mengusik Alisya dengan mengatakan bahawa pesakit Alisya itu jatuh hati dekat Alisya sebab Alisya cantik sangat. Memang diakui bahawa Alisya seorang gadis yang cantik kerana dia memiliki wajah yang kuning langsat, berhidung manjung dan mempunyai ketinggian yang membolehkan dia memohon untuk menjadi seorang model. Namun disebabkan pegangan agama Alisya masih kuat telah membuatkan dia tidak berminat dalam bidang peragaan.
Setelah selesai makan malam, Alisya menonton televisyen di rumah tamu manakala Mak Miah pula menghabiskan kerjanya dengan membasuh sedikit pinggan mangkuk yang sebelum masuk tidur. Alisya mendengar berita tentang kejadian-kejadian yang berlaku di dalam dan di luar negara supaya dia tidak ketinggalan dalam arus perkembangan dunia. Alisya terus mencari Mak Miah sebaik sahaja habis menonton televisyen. Selepas mengucapkan selamat malam kepada Mak Miah, dia pun terus naik ke bilik tidurnya sambil menguap kerana keletihan. Dia terus meletakkan kepalanya di atas bantal yang empuk itu sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sambil menunggu matanya tertutup, Alisya membaca surah-surah pilihan yang telah dihafali olehnya ketika dia belajar di sekolah menengah dan di universiti. Akhirnya, Alisya terlelap juga tanpa diketahui masanya.
cdap ugak novel nh,,,,bt i jtuh cinta untk bca sambungannye......
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
smbg2