Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setelah majlis hari jadi Faryatul selesai, Fatin berura-ura untuk pulang sendirian. Dia berseorangan sambil memerhati beberapa orang budak lelaki bermain bola sepak di padang. Dia mengambil keputusan untuk menenangkan diri di sebatang pokok berdekatan padang itu. Badannya disandarkan ke pokok yang rendang itu. "Ehem..." Farhan yang tadinya sedang bermain bola tiba-tiba muncul. "Eh, Farhan!" Fatin sedikit terkejut, tetapi dia hanya tersenyum. "Seorang je? Abang Firdaus tak adakah?" Farhan ketawa. Fatin memasamkan muka. "Farhan, betul ke apa kau cakap?" Fatin memandang Farhan yang duduk di sebelahnya. "Apa dia?" Farhan mengerutkan dahi. "Pasal arwah Syafiq tu..." Fatin menjeling Farhan. "Oh... Ha'ah, betullah. Takkan aku nak tipu pula. Lagipun kau tahu 'kan, kami kawan baik," Farhan bermain-main dengan rumput berhampiran. "Tapi... Macam mana..." Fatin belum sempat menghabiskan ayatnya kerana dipotong oleh Farhan. "Ish, betullah! First time jumpa kau, dia cakap... Dia rasa lain macam. Lepas tu, ingat tak masa tu kau tolong dia dengan kerja rumah dia? Lagi-lagi masa kau tolong dia bersih kelas. Selepas semua kejadian tu, dia beritahu aku dia dah mula terpaut hati dengan kau. Aku tak tahu nak cakap apa dah masa tu," Farhan menjelaskan semuanya. Fatin mengangguk-angguk.
"Kenapa semua orang...err...suka aku? Aku bukan nak perasan..." Fatin tidak dapat meneruskan katanya kerana sekali lagi dipotong oleh Farhan. "Sebab...ermm...kau cantik, kau bijak, kau cantik, kau baik, kau rajin dan semuanyalah! Tapi aku tak tertarik dengan kau pun..." Farhan menunduk tiba-tiba. Wajahnya yang tadinya riang, kini bertukar kelam. "Kenapa dengan kau? Kau teringatkan Hanis?" Fatin tersenyum sinis. Farhan tersentak, lalu memandang Fatin. "Kenapa kaitkan Hanis pula?" Farhan sengaja buat-buat tak faham. "Alah, ingat aku tak tahu kau suka si Hanis tu? Aku ingat lagi, waktu Hanis suap Danny makan, lepas tu kau mula dingin dengan dia," Fatin hampir ketawa, tetapi dia tidak sanggup melukakan hati sahabatnya. "Tak payah berdalih lagi... Aku tak beritahu dialah!" Fatin akhirnya ketawa setelah melihat wajah Farhan yang keliru. "Woi!" Farhan memukul Fatin perlahan. "Ketawa pula kau, ya!" Farhan pura-pura marah. "Eleh, marahlah sangat... Kau marah lagi, aku beritahu Hanis!" Fatin ketawa lagi melihat wajah Farhan yang kemerah-merahan. Fatin terlihat kelibat seseorang jauh sedikit dari tempat dia dan Farhan berteduh. "Wei... Romeo, your Juliet is waiting!" Fatin ketawa sambil matanya melirik ke arah Hanis. Farhan menjeling Fatin. "Eii... Kau ni! Tak apa, suatu hari nanti, aku kenakan kau balik!" Farhan bangun dari duduknya. "Nak pergi mana? Jumpa Juliet, yaaaa...?" Fatin sekali lagi mengenakan Farhan. "Ha'ah! Tu, Romeo kau yang datang!" Farhan melirik ke arah Firdaus yang tiba-tiba muncul.
'Alamak... Aku pula yang terkena,' Fatin menepuk dahinya. "Tu, seorang lagi Romeo kau!" laung Farhan dari jauh sambil jarinya menunjuk ke arah Irfan. Fatin pula sedikit terkejut mendapati Danny turut bermain bola sepak di padang. Dia segera bangun dan mengatur langkah untuk pulang bagi mengelakkan dirinya bertemu dengan Irfan, Firdaus dan Danny. Dia berjalan sendirian pulang. Hanya kakinya sahaja yang menuju ke rumahnya, fikirannya entah ke mana. Tiba-tiba.. "Adoii..." Fatin jatuh tersungkur. Sebuah basikal melanggarnya. Dia terpandang akan lelaki yang menunggang basikal itu. "Lain kali, bila berjalan tu, tengoklah orang!!!" bentak lelaki itu. Fatin hanya diam membisu, tak mahu mengeruhkan lagi keadaan. "Maaf," ujar Fatin dan kembali meneruskan perjalanannya. Jalannya terhinjut-hinjut. "Aduh... Sakitnya," Fatin menggosok-gosok kakinya. "Erk... Awak okey?" lelaki yang melanggarnya tadi muncul di sebelahnya. "Okey, saya tak apa-apa..." Fatin hanya mengerutkan dahi menahan sakit. "Saya Ashraf, dari Taman Permata Hijau. Ini Taman Permata Putih, 'kan?" lelaki bernama Ashraf itu memandang Fatin. "Ya, ya... Ini Taman Permata Putih yang indah! Hehehe..." Fatin yang sememangnya mudah mesra itu tersenyum. "Nama awak...?" Ashraf memandang Fatin.
"Oh, saya Fatin. Fatin Shahira. Panggil Fatin je," Fatin masih lagi tersenyum. "Kita kawan?" Ashraf pula yang tersenyum kali ini. "Okey!" ujar Fatin girang. "EHEMMMM...!!! Ada Romeo lain pula ke?" Farhan yang entah dari mana kini muncul di belakang Fatin. "Eleh, kau... Mengada-ngada. Ini ha, Ashraf dari Taman Permata Hijau. Alaa... Tempat kau dan Hanis pergi dating hari itu," Fatin tertawa kecil. "Saya Farhan," Farhan menghulurkan salam perkenalan. "Ashraf. Bukan Ashraf Muslim, yaa..." Ashraf berjenaka. "Farhan, jomlah main! Kita tak cukup orang ni!" Danny secara tiba-tiba menyergah. Fatin memandang Danny yang langsung tak menghiraukannya. "Kenalkan, ni Danny. Danny, ni Ashraf dari Taman Permata Hijau," Farhan menjadi orang tengah. Danny dan Ashraf bersalam-salaman. "Jomlah main sekali!" mata Danny bersinar-sinar. "Nanti terlebih orang pula. Tak payahlah," Ashraf menolak dengan baik. "Ala, aku ingat tak nak Hanis ikut serta. Perempuan tak layak main dengan lelaki," perangai Danny mula kembali. Farhan mengeluh, diikuti keluhan Fatin. "Ikut suka kaulah, Danny..." Farhan akhirnya mengatur langkah ke padang. "Nis, kau keluar. Tak payah main. Kita ada orang baru gantikan tempat kau. LELAKI," Danny tersenyum sinis ke arah Hanis. "Woi! Aku yang main dulu! Buat apa kau ajak orang lain?!" Hanis mula terasa panas hatinya. Danny menolak Hanis sehingga dia jatuh terduduk. "Perempuan tak LAYAK main dengan lelaki! Pergi baliklah, main mak-mak!" ujar Danny diikuti gelak ketawa rakan-rakannya yang lain.
Hanis bangun dan mencapai basikalnya. "HANIS!" panggil Fatin. Hanis tidak mengendahkan panggilan Fatin itu dan mengayuh basikalnya dengan laju menuju ke suatu tempat. "Ashraf, saya pinjam basikal awak, ya?" Fatin mahu mengejar Hanis, takut terjadi apa-apa. "Okey!" laung Ashraf. Fatin mengayuh basikal mengikuti Hanis. Seketika, Hanis berhenti di satu tempat yang indah. Fatin terpegun, tetapi dia masih mengikuti Hanis. Hanis sedang menangis di bawah pohon yang rendang. Dia mendekati Hanis. "Hanis..." panggilnya lembut. "Jangan dekati saya!" Hanis memandang Fatin tajam. "Kenapa? Kenapa awak marahkan saya? Apa salah saya?" Fatin mula tidak mengerti dengan perangai Hanis. "Awak...awak rampas semua dari saya! Dulu, awak ambil Syafiq! Sekarang, Irfan pula...!" air mata Hanis bercucuran. "Salah saya ke semua tu? Saya paksa dia orang suka saya ke? Awak ingat saya suka sangat dengan keadaan ini? Awak ingat saya pun cintakan dia orang?" air mata Fatin mula mengalir. Hanis memandang Fatin. "Walaupun saya tahu saya tak salah, saya nak minta maaf dengan awak. Awak boleh ambil Irfan tu! Saya tak kisah!" ujar Fatin dan beredar dari tempat itu. "Fatin...!" kedengaran suara Hanis memanggilnya sayup-sayup. Fatin tidak menghiraukan semua itu lagi. Dia ingin segera pulang. Pulang!
Setibanya di rumah, semua mata tertumpu ke arahnya. "Fatin Shahira, come here you..." ujar ayahnya dengan nada tegas. "Ya, ada apa? Kenapa semua orang tengok Ira macam nak telan Ira je?" soal Fatin. "Ira pergi mana?" soal ibunya pula tanpa menjawab soalan Fatin. "Pergi...er...padang. Kenapa?" Fatin memandang ayahnya, kemudian ibunya serta abang-abang dan kakaknya. "Kenapa tak balik dengan abang? Kenapa tak beritahu abang? Semua orang risau, tahu tak?" Fathin bercekak pinggang. "Oh, sorrylah. Ira tengok abang sibuk sangat tadi, jadi Ira tak nak ganggu abang," Fatin menjelaskan segalanya. Setelah lama disoal siasat, akhirnya Fatin dilepaskan. Dia menuju ke biliknya. Badannya dihempaskan ke katil. "Aduh... Kenapalah hari ini tak gembira sangat? Pagi, kek jatuh atas baju. Malu! Lepas tu, Irfan cakap dia erm... Suka aku. Lagi, Irfan mula dingin dengan aku. Danny pun sama. Hanis pun, marah-marah aku lagi. Balik-balik, kena soal siasat macam penjenayah!" rungut Fatin sendirian. "Ehem... Membebel kat siapa tu?" Fathul memasuki bilik adiknya. Fatin diam. Dia tak mahu Alongnya mengetahui apa-apa. Alongnya itu seorang yang tegas dan Alongnyalah membuatkan dia benci pada cinta. "Tak adalah," Fatin mengukir senyum memandang abangnya itu. "Ala... Cakaplah dengan Along," Fathul yang sememangnya pandai memujuk itu membelai ubun-ubun adiknya.
"Erm... Macam mana Along tangani keadaan kalau ada empat lima orang gadis cintakan Along?" soal Fatin sambil memandang abangnya yang kacak itu. Fathul tersentak tetapi setelah berfikir sejenak, dia mula faham dengan soalan adiknya itu. "Hmm... Kalau Alonglah, Along tolak dia orang secara baik dan berkawan je. Along takkan bagi harapan dekat dia orang," Fathul mengusap-usap kepala adiknya. "Maksud Along dengan bagi harapan tu apa?" Fatin mula bingung. "Oh... Macam ni, Along takkan cakap yang Along akan terima dia nanti. Biarlah Allah yang tentukan jodoh Along," ujar Fathul sambil tersenyum. "Okey. Thanks, Along," Fatin membalas senyuman abangnya. Kemudian, Fathul keluar dari bilik adiknya. Fatin masih lagi berbaring. "Betul juga kata Along. Tapi, yang Hanis tu..." Fatin mula rasa rimas. Dia menuju ke bilik air dan mandi bagi menyegarkan badan. Kemudian, dia mengulang kaji pelajaran dan terlelap di meja belajar. Pagi esoknya, dia dikejutkan oleh Fatini. "Adik... Bangunlah... Apa ni tidur di meja belajar pula...?" Fatini menggosok-gosok kepala adiknya. "Oh, okey.. Ira nak mandi kejap," ujar Fatin nak berlalu ke bilik air. Selesai mandi, dia menonton televisyen. Hari itu, Fatin hanya memerap di rumah. Dia malas bertemu Firdaus, Irfan, Danny, Farhan dan Hanis serta yang lain-lain. Ahli keluarganya yang menyedari Fatin perlu bersendirian, memahaminya.
Keesokan harinya, Fatin ke sekolah seperti biasa. Dia duduk di sebelah Lisa, si penolong kelas. "Fatin, aku dengar ada ura-ura mengatakan kau dan Abang Firdaus, ketua pengawas tu bercinta. Betul ke?" soal Lisa sebaik sahaja Fatin melabuhkan punggungnya. "Nonsense!" Fatin menjeling Lisa sekilas. Seketika, Irfan memasuki kelas sambil matanya melirik ke arah Fatin. Dia duduk di tempatnya, sebelah Hanis. Hanis menjelingnya. Irfan diam. Hanis diam. Fatin diam. Tiba-tiba Danny dan Farhan memunculkan diri. Diam. Lisa mula rasa tak senang dengan ketegangan itu. Fazrin, ketua kelas juga terperasan akan hal itu. Maklumlah, hari masih pagi dan hanya mereka bertujuh saja yang baru datang. "Kenapa semua orang diam?" soal Fazrin memberanikan diri. Fatin mengeluh. Dia kemudiannya keluar dari kelas. Lisa dan Fazrin tambah-tambah hairan. Kemudian, mereka hanya buat tak tahu. Masalah dia orang, dia orang selesaikan. Fikir dua orang pemimpin itu. Setelah itu, Hanis pula yang keluar kelas. Dia ingin mencari Fatin. Dia kemudiannya terlihat kelibat Fatin sedang menghirup Milo panas di kantin. Dia mendekati Fatin tanpa disedari Fatin. "Fatin..." panggil Hanis. Fatin yang sedang menghirup Milo panas itu, hampir tersembur kerana terkejut. Padahal Hanis hanya memanggilnya perlahan, mungkin kerana fikirannya sedang melayang di awan-awangan. Fatin diam. Biar Hanis sahaja yang bersuara, dia malas berkata-kata. Semakin sakit hati rasanya adalah! 'Sabar, Ira... Rileksss...' bisiknya sendirian.
"Saya minta maaf. Saya sedar semua ni bukan salah awak. Maafkan saya, ya?" Hanis melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Fatin. "Okey... Saya maafkan. Kita kawan, okey?" Fatin melemparkan senyuman paling ikhlas kepada Hanis. "Erm... Fatin, boleh kita cakap sekejap?" tiba-tiba Firdaus muncul. "Erk.." Fatin memandang Hanis. "Okey, I understand," Hanis tersenyum lalu beredar dari situ. "Fatin, Fatin masih marahkan abang?" soal Firdaus. Fatin menggeleng. "Fatin..." Firdaus bertindak berani dengan memegang tangan Fatin. Fatin hanya terdiam di situ. Rohnya bagai melayang tatkala disentuh Firdaus. Dia sendiri tak tahu penyakit apa yang dialami jika Firdaus menyentuhnya. Penyakit cinta kot? Hahaha. "Fatin sudi jadi..." Firdaus tidak sempat menghabiskan kata-katanya. "NO!!!!" tempelak Fatin dan berlari ke kelasnya. Di kelas, dia menangis sepuas-puasnya. Dia tak sanggup lagi..! Dia tak nak bercinta. Dia tak mahu! Tak mahu! "Fatin..." satu suara lembut memanggil. "Hanis!" Fatin segera mengesat air matanya. "Okey ke?" soal Hanis. Fatin mengangguk-angguk. "Abang Firdaus buat apa dengan awak sampai menangis?" Hanis menyoal dalam ketegasan. Fatin tersentak. "Tak ada apa-apa..." Fatin menunduk. "Kau ingat, kalau Abang Firdaus apa-apakan kau, jangan ingat aku akan berdiam diri," Danny memandang Fatin. Irfan hanya terkelip-kelip memandang Fatin, tak berdaya nak cakap apa-apa. 'Fatin, aku cintakan kau!' jerit Irfan, tetapi hanya kedengaran di dalam hatinya...
hanis x shantek ker??? tp farhan suka hanis. hehehee mcm tu la org yg kita nak x semestinya nak kt kita. org yg kita tak nak plak suka kite......
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
seronoknyer.....sambunglah lagi yer....