Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Danny! Aku cakap, sudah-sudahlah tuuu...!!!" Farhan menepuk belakang Danny. Danny tersedar. Dia tergamam atas tindakannya terhadap Hanis, tapi dia masih marah. Hanis berlari ke bilik air. Di bilik air, tudungnya dibuka. Kepalanya berdarah. Dia segera membasuh luka itu. Begitu juga dengan tudungnya. Dia kembali semula ke kelas. Lisa, penolong kelas yang sudah berada di tempatnya terlihat kesan darah di tudung Hanis. "Hanis, awak okey?" soal Lisa. Hanis mengangguk. Dia duduk di tempatnya. 'Syafiq, kalau kau ada, aku takkan jadi macam ni. Mesti kau akan tenangkan Danny,' bisik Hanis. Dia meletakkan mukanya ke meja berlapikkan lengannya. Kemudian, dia terlelap... "Hanis, Hanis... Bangun," badan Hanis digoncang-goncang. Dia membuka mata, Irfan tersenyum ke arahnya. "Dah balik dah..." Irfan masih tersenyum manis. "Saya tertidur sampai balik?!" Hanis hampir tak percaya. Irfan mengangguk. "Cikgu tak marah ke?" soal Hanis. Irfan menggeleng. "Cikgu-cikgu semua tahu mesti Hanis sedih atas kehilangan Syafiq, jadi semuanya suruh Irfan tak kejutkan Hanis," Irfan mengemaskan barang-barangnya di atas meja yang berselerak. Hanis menggalas begnya dan berjalan keluar kelas. "Irfan, nak suruh Hanis tunggu?" soal Hanis. "Tak apalah. Hanis balik dulu. Nanti pemandu tertunggu-tunggu pula," Irfan menguntum senyum. "Tap apa... Hanis tunggu Irfan, okey..." Hanis tercegat di muka pintu. Dia memandang Irfan tergopoh-gapah mengemas. Dia tersenyum dan menuju ke arah Irfan. Dia membantu Irfan mengemaskan barang-barangnya yang bersepah itu. Irfan hanya mampu memandang perbuatan Hanis itu. Sebentar kemudian, semuanya kelihatan kemas!
"Hanis nampak kasar, pandai juga mengemas, ya..." Irfan tersengih. "Ala, biasalah. Perempuan mesti pandai berkemas, kalau tak bukan namanya perempuan tau..." Hanis mengatur langkah ke luar kelas. Irfan beriringan dengan Hanis. "Hanis dan Danny, kenapa gaduh?" soal Irfan. Hanis mengeluh. "Entahlah dia tu... Dari awal Hanis kenal dia, dia dah marahkan Hanis. Hanis buat silap sikit je, dia mesti marah. Hanis cuma tak nak dia dan Farhan ganggu Hanis, tu pun dia nak marah. Dia selalu buat Hanis sakit hati," Hanis berkelip-kelip matanya menahan tangis. "Mungkin dia cemburu sebab Hanis sukakan Syafiq, tak sukakan dia. Mungkin dia sukakan Hanis?" Irfan tersenyum kecil. Hanis menjeling Irfan. "Tak mungkin! Hanis tak suka dia...! Dia kejam!" mata Hanis bulat tanda meluat. Sedang mereka berborak-borak, seorang lelaki tergopoh-gapah berlari dan melanggar mereka. Ketiga-tiga mereka terjatuh. "Aduh..." rintih Hanis. "Eh, Farhan!" Irfan memandang pemuda di hadapannya. "Maafkan aku. Aku nak cepat!" Farhan berlari menuju masuk ke dalam kelas mereka. Hanis dan Irfan terkebil-kebil. Mereka meneruskan perjalanan menuju ke wakaf di hadapan sekolah. Seorang pelajar perempuan sedang khusyuk membaca novel. "Assalamualaikum, awak," tegur Irfan. Pelajar itu mengangkat kepala. Dia menjeling tag nama pelajar itu. 'Oh, Fatin namanya...' Irfan berbisik sendirian. "Waalaikumussalam," jawab pelajar bertag nama Fatin itu. "Fatin?" Irfan inginkan kepastian. Fatin mengangguk. "Aaa... Tak silap... Awak ni...err... Ir...Irfan, 'kan? Pelajar baru? Duduk sebelah Hanis?" Fatin mengukir senyum, manis sekali. Irfan mengangguk.
Hanis mendekati mereka. "Fatin? Tak balik lagi?" soal Hanis. Fatin menggeleng. "Kenapa?" soal Hanis lagi. "Kena tunggu pemandu Danny. Hari ini kena balik dengan dia," Fatin menyimpan novelnya ke dalam beg galasnya. "Apa hubungan awak dengan dia?" soal Irfan pula. "Dulu, kami kawan baik. Ayah kami pun berkawan baik. Lepas tu, dia terpaksa pindah. Kami terpisah. Sekarang ni, kami kawan balik dan dia jadi jiran saya," jawab Fatin sambil tersenyum. "Woi, Fatin! Kau jangan bergaul dengan budak-budak psiko ni!" Danny muncul secara tiba-tiba dan menarik tangan Fatin, kuat. "Danny! Lepaslah! Sakit!!!" Fatin cuba melepaskan dirinya. Danny melepaskannya, kemudian menjelingnya tajam. Fatin menggosok-gosok tangannya. "Eee...!! Aku beritahu ayah kau nanti, tengoklah! Aku tahu semua yang jadi masa rehat tadi! Kau tolak Hanis, 'kan?! Sampai berdarah kepala dia!" Fatin merenung Danny, tajam. "Dahlah tu, Fatin. Biarkan dia," Irfan menarik Fatin ke arahnya dan Hanis. "Woi! Jangan sentuh Fatin!" Danny menepis tangan Irfan. "Dahlah! Tak payah gaduh!" Hanis dan Fatin menjerit hampir serentak. Fatin menarik Danny jauh dari Irfan dan Hanis. "Danny! Kenapa kau jadi macam ni?! Kau berubah!" Fatin merenung Danny. "Cakaplah dengan aku kenapa kau jadi macam ni?" Fatin merendahkan suaranya. "Cakaplah... Aku tak marah," Fatin cuba memujuk. "Kenapa... semua orang yang aku cintai, semuanya benci aku? Tak suka aku..." Danny akhirnya bersuara, lemah sekali. Fatin kelegaan. Sekurang-kurangnya, beban dalam diri Danny terlepas jua.
"Habis tu, kau suka buat jahat. Kau suka sakitkan hati orang," Fatin menjawab. "Masa kita kecil-kecil dulu, aku jahat ke?" soal Danny. "Dulu kau baik..." Fatin tersenyum. "Tapi kenapa kau benci aku? Kenapa kau tolak cinta aku?" soalan Danny itu membuatkan Fatin terdiam. Ya, Danny pernah menyatakan rasa hatinya terhadap Fatin dulu, masa darjah enam. Tak sangka peristiwa itu yang membuatkan Danny berubah. Danny memberitahunya perkara itu sebelum dia berpindah ke Johor. "Aku ingat kau main-main je dulu," Fatin memandang Danny. "Pernah aku cakap aku suka kau sebelum tu?" soalan Danny dijawab dengan gelengan kepala Fatin. "Sebab tu aku beritahu kau sebelum aku berpindah ke Johor. Aku nak kau tahu yang tu je, aku takkan tipu perasaan aku sendiri," Danny memandang Fatin. "Hmm... Yalah, tapi aku rasa sekarang ni kau tak sukakan aku lagi, 'kan? Hanis 'kan ada... Hehehe," Fatin tersengih. "Siapa cakap?" soal Danny, serius. "Dahlah, kau Danny!" Fatin menolak bahu Danny dan menuju ke wakaf tempat Irfan dan Hanis berbual. "Hei, borak apa tu?" Fatin melabuhkan punggung di tepi Hanis. "Tak ada apa-apalah," Irfan tersenyum ke arah Fatin. Aik, asyik senyum je. Ada apa-apa ke? Hehehe. "Hai, Farhan..." tegur Fatin sebaik sahaja Farhan keluar dari pintu pagar sekolah yang hanya berdekatan dengan wakaf. "Hmm..." Farhan malas melayan semua orang. "Hanis, kenapa diam?" soal Fatin. "Saya balik dulu," Hanis bangun dan berjalan menuju ke pondok telefon. Fatin mengeluh. "Danny, aku..." Fatin tidak meneruskan kata tatkala melihat Danny menunjukkan isyarat tak payah cakap apa-apa. Irfan hanya memandang. 'Peninglah aku macam ni... Ada je masalah yang timbul. Isk,' bisik Irfan.
Semuanya terdiam. Sebuah kereta muncul. Fatin bangun dan menuju masuk ke dalam kereta itu. Dilihatnya Danny terdiam kaku, masih duduk di wakaf. "Pak cik, saya nak panggil Danny kejap, ya!" Fatin keluar dari kereta. "Danny, jom. Pak Mad dah datang tu," Fatin tercegat di hadapan Danny. "Aku tak nak balik...dengan kau!" dengus Danny, marah gila! Fatin terkebil-kebil, kemudian mengambil beg galasnya di dalam kereta. "Kau baliklah. Aku naik bas je," ujar Fatin kepada Danny. Irfan memandang wajah Fatin yang sedikit muram. "Fatin..." Danny cuba memujuk Fatin kembali. Dia sebenarnya bimbang jika Fatin pulang dengan bas. "Dah, kau baliklah. Aku naik bas," Fatin tersenyum hambar. Danny masuk ke dalam kereta. Seketika, kereta itu hilang dari pandangan. Fatin mengeluh. "Awak okey?" soal Irfan. Fatin mengangguk. "Weh, Fatin. Kau ada apa-apa ke dengan Danny?" soal Farhan setelah dari tadi mendiamkan diri. "Kawan je... Dulu, kawan baik. Sekarang, jiran. Ayah kami berkawan baik," Fatin memandang Farhan. Fatin kemudiannya bangun dan menuju ke pondok telefon. Dia mendail nombor telefon ayahnya. "Assalamualaikum, Papa. Ambil Ira kat sekolah, boleh? Err... Danny ada hal tadi, jadi dia tak balik rumah. Okey," Fatin meletak gagang. "Fatin, kau tahu tak?" soal Farhan. Fatin kehairanan. "Apa dia?" Fatin mengerutkan dahi. "Tak tahu? Kau ni... Ramai senior dan batch kita yang sukakan kau, tahu tak?" Farhan membulatkan matanya.
Fatin membuat mimik muka tidak suka dengan topik yang dikeluarkan Farhan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tinggi lampai berkulit putih dan bermata redup bersama seorang temannya. 'Ya Allah! Ketua pengawas! Erk!' bisik Fatin sendirian. Dia sendiri cair melihat ketua pengawas yang berada di hadapannya. 'Fatin, siapa ni?' bisik Irfan. 'Ketua pengawas. Nama dia Firdaus,' jawab Fatin. "Assalamualaikum, Abang Firdaus," sapa Irfan sambil tersenyum. "Waalaikumussalam," jawab Firdaus, tersenyum juga. Wah, kacak gila! "Pelajar baru ke? Tak pernah nampak sebelum ni," Firdaus melabuhkan punggung di sebelah Fatin. 'Erk...' Fatin terkedu dan menghensot sedikit ke kiri. "Ya, saya..." Irfan pula duduk di sebelah kiri Fatin. 'Alamak, aku dihimpit! Tolong!' jerit Fatin dalam hati. "Ini Fatin, 'kan?" soal Firdaus sambil matanya melirik ke arah Fatin. "Erk... A'ah," Fatin tersengih. "Fatin, 'kan betul apa aku cakap... Hahaha," Firdaus ketawa. "Farhan!" Fatin menjelingnya tajam. "Hah, ni kawan abang. Azmi namanya," Firdaus mengukir senyum. Semuanya terdiam seketika. "Nama apa pelajar baru ni?" soal Firdaus. "Irfan," Irfan mengukir senyum. Seketika, sebuah kereta Honda Fit muncul. "Err... Saya balik dulu," Fatin bangun dan menuju ke kereta. Setelah kereta itu hilang dari pandangan, Firdaus, Farhan, Irfan dan Azmi hanya mendiamkan diri. "Siapa top student form 4 sekarang?" soal Firdaus. "Fatinlah, siapa lagi!" Farhan menjawab. "Habis tu, Farhan bila nak jadi top macam Fatin?" Azmi tersenyum sinis. "Saya, budak top? Mati hidup balik pun belum tentu," Farhan memandang Azmi. "Kalau malas berusaha, memang takkan jadi budak toplah!" Firdaus tersengih.
Farhan tersengih malu. 'Kantoi aku,' bisiknya sendirian. Seketika, sebuah kereta muncul. "Hah, Irfan, Farhan... Balik dengan abang jelah. Bas takkan datang petang-petang macam ni. Azmi, jom," Firdaus mempelawa Farhan dan Irfan menumpangnya. Kedua-duanya hanya menurut. Sewaktu dalam perjalanan, masing-masing diam membisu. Irfan terkenangkan wajah manis Fatin yang berbual dengannya. Hatinya sudah benar-benar terpaut dengan Fatin! Firdaus pula... Sama halnya dengan Irfan. Fatin yang bijak dan comel itu memang dah buat dia cair. Azmi pula sedang memikirkan kerja sekolah Matematik Tambahan yang susah tahap gaban itu. Bagus si Azmi ni, fikirkan pelajaran je, tak fikir benda lain! Hahaha. Farhan pula... Hmm... Fikirkan Hanis. Sebenarnya dia dah lama pendam perasaan terhadap Hanis. Kemunculan Danny sedikit mengganggu gugat hubungannya dengan Hanis. Dia juga terkejut apabila mengetahui Hanis mencintai Syafiq, kawan baiknya sendiri. Sedangkan Farhan tahu, Syafiq sukakan Fatin. Aiseyh, makin berbelit pula cerita ni, ya! Tak apa, teruskan membaca. Apabila semuanya sudah pulang ke rumah masing-masing, maka Firdaus pun menyuruh pemandunya terus pulang ke rumah. Sementara itu, Danny yang sudah berada di rumah resah gelisah memikirkan Fatin. 'Ei, Fatin dah balik ke belum? Dia okey tak?' soalnya sendirian. Kemudian, dia memandang ke luar jendela. Dilihatnya tingkap bilik Fatin terbuka dan Fatin sedang termenung sendirian. "Fatin...!" panggil Danny sambil tersenyum. Fatin memandangnya, kosong. Sebentar kemudian, Fatin menutup tingkapnya dan berlalu. Danny mengeluh...
kalu bole jgn buat belit belit sngt yer susah nak faham yer memang tjk dier cinta bersegi segi tapi jgn terlalu bnyk watak pening kepala nk ingt namer kalu boleh nk danny ngan hanis irfan atau farhan ngan fatin
xbpera paham la cter ni...penin nak baca....perpusing-pusing..lgsung xfeel....naik buhsan plak...jd mlas nak baca da...k la tukar cter lain la...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
kalu bole jgn buat belit belit sngt yer
susah nak faham
yer memang tjk dier cinta bersegi segi
tapi jgn terlalu bnyk watak
pening kepala nk ingt namer
kalu boleh nk danny ngan hanis
irfan atau farhan ngan fatin