Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Bunyi gamelan mengiringi kemasukan VIP ke dalam Dewan Sultan Iskandar. Penerima Ijazah di kiri dan kanan dewan segak berdiri. Aku memandang Ayu di sebelah. Masing-masing tersenyum.
Rezeki kami dapat masuk dalam dewan ni. Kalau ikutkan, 2 orang je yang dapat masuk. Disebabkan abah dengan ibu dah masuk, terpaksalah aku masuk guna pintu belakang. Tak salahkan sama-sama memeriahkan majlis?
Sebaik sahaja majlis berakhir, aku dan Ayu keluar dari dewan melalui pintu belakang. Aku dan Ayu berlegar-legar di gerai-gerai yang menjual bunga sementara menunggu Angah, ibu dan abah. Baru aku membelek sejambak bunga Ayu disebelah mencuit lenganku.
Aku memandang ke arah yang ditunjukkan Ayu. Terasa darah berderau turun dari muka. Fadhil? Apa dia buat kat sini? Mungkin ada kawan dia konvo juga kot. Aku mengalih pandang ke arah bunga di atas meja. Cik Akak di hadapanku sibuk memujuk aku membeli.
Baju kurung biru pemberiannya terbayang di mata. Aku menepuk dahi. Alamak! Lupa pulak nak bawa. Ingat nak pulang balik. Tak sanggup pula nak terima. Betul kata Ayu. Dah macam orang melamar pula. Sepersalinan!
"Hai!"
Suara Fadhil mencecah gegendang telingaku. Aku mengangkat muka dan sekuntum senyuman aku biarkan menghiasi wajah. Kemudian aku kembali membelek bunga. Cik Kak yang tadi becok bercakap pergi mendapatkan pelanggan lain.
Aku mencapai handset di kocek seluar. Tak ada pula mesej dari Angah. Takkan tak keluar dewan lagi? Aku kembali meletakkan handset ke dalam kocek. Dah alang-alang tunggu ni baik aku beli terus bunga untuk dia.
Baru aku nak mengambil bunga di atas meja, terasa jari hanya mencapai angin. Spontan kepala aku menoleh ke arah letaknya bunga tadi. Dah hilang? Aku menoleh ke arah Ayu. Dia ralit memerhatikan orang lalu lalang dengan jubah maroon.
"Ayu." Ayu menoleh. "Mana bunga tadi?" Ayu terpinga-pinga. "Tak perasan. Bukan tadi kau yang pegang ke? Dah ada orang lain ambil kot. Kau cari je bunga lain," sarannya. Aku mengangguk. Belum sempat aku mencapai jambangan bunga yang lain, bunga yang tadi disuakan ke hadapanku. Spontan aku bergerak ke belakang. "Apa ni?" soalku pelik. Pandangan aku alihkan ke arah pemberi bunga. "Fadhil?" Fadhil tersenyum. "Nah. Ni untuk awak." Aku menoleh ke arah Ayu yang tersenyum-senyum. Aku ketawa nak tak nak. Mamat ni buat drama ape? Fadhil masih setia memegang bunga yang tidak bersambut. Aku memanggil Cik Kak yang sedang menyusun jambangan bunga di atas meja. Bertanyakan harga bunga di tangan Fadhil.
"Abang tu dah bayar tadi," katanya seraya menunjuk ke arah Fadhil. Aku kembali menoleh ke arah Fadhil yang masih tak lekang dengan senyuman. "Saya dah beli. Ini untuk awak, Nurul."
Aku tayang muka pelik pada Ayu. Ayu hanya sengih nak tak nak. Memang dah parah dah mamat ni. Ada nanti aku yang payah nak mengelak. Aduhai. Aku mencapai purse dan dua keping not RM 50 aku keluarkan. Bunga di tangannya aku ambil dan wang bertukar tangan.
"Terima kasih. Tapi tak payahlah sampai nak beli bunga untuk saya. Buat habis duit je. Kalau nak beli juga tunggu saya konvo nanti. Ok?" ujarku dengan senyum yang dibuat-buat.
Tangan Ayu aku tarik. Mengajaknya beredar. Tak sanggup nak berdiri lama-lama dekat situ. Mula-mula bagi baju, ni bunga. Lepas ni apa? Lepas tu mengungkit dan minta aku balas yang bukan-bukan. Isk! Mintak simpang.
Aku berjalan menuju ke jalan berhadapan masjid. Seketika suasana dibingitkan dengan bunyi siren polis. Menandakan Naib Canselor UTM berangkat pulang. Kemudian, aku dapat melihat kelibat Angah di celah-celah orang ramai. Aku berjalan mendapatkannya. Ibu dengan abah turut ada bersamanya.
"Nah." Bunga ditangan aku hulurkan kepada Angah. Angah tersenyum panjang melihatkan pemberianku. Kemudian aku terasa badanku di tarik ke arahnya. "Thanks adik." Adik. Lama tak dengar perkataan tu. Selalunya Along je yang panggil. Itu pun aku bising suruh tukar. Malu bila kena panggil ‘adik’ kat depan kawan-kawan.
"Tahniah." Kedua pipinya aku kucup. Angah tersenyum senang. "Tahun depan aku nak kau bagi aku bunga macam ni jugak ok. Kalau yang lagi banyak bunga pun ok jugak," tambahku dalam tawa. Bahuku dipukul Angah. "Buruk siku." Aku ketawa. "Tolong tangkapkan gambar. Hari ni kau kena adi camerawoman untuk aku!" Kamera bertukar tangan. "Aku tak kisah. Cukup bulan bayarlah." Sekali lagi bahu aku ditepuk. Kali ni lagi kuat!
Daripada sekeping menjadi dua. Daripada dua menjadi tiga. Aku sendiri dah tak terkira berapa kalu aku snap gambar untuk hari ni. Ayu pula dah hilang entah kemana. Erm... Pandailah dia nak mesej aku kalau apa-apa. Pergi cari air agaknya.
Ibu dengan abah tersenyum je dari awal aku nampak sampailah sekarang. Gembira betul. Tahun depan aku pulak. Insya Allah. Harap tak adalah kena extand ke. Minta simpang!
Dalam sibuk melayan Angah, ingatan aku melayang kepada Hafiz. Sungguh. Aku mengaku aku rindu dia. Dia tak rindu aku ke? Jangankan mesej, telefon pun tak. YM! pun dah lama tak online. Takkan dia merajuk sangat?
Nisa cakap, Macam terasa hati je dengan kau.
Angah cakap, Dulu member aku tu, boyfriend dia saja je cari alasan nak bergaduh. Rupa-rupanya dah ada yang lain.
Tapi aku tak gaduh dengan dia. Tak, tak mungkin. Tapi dalam masa 5 tahun, apa-apa pun mampu terjadi.
"Hoi!" Bahu aku ditepuk kuat. Aku tersentak. "Kenapa? Nak tangkap gambar lagi? Kat mana?" soalku kalut. Angah menggeleng-gelengkan kepala. "Kau ni kenapa? Tergeleng-geleng. Aku panggil pun tak sedar." Tergeleng-geleng? Tak sedar lah tu. Haih. "Berangan." Aku tersenyum tawar. "Dah?" Angah mengangguk dengan senyuman yang masih tak lekang dari bibir.
"Ayu mana?" Spontan aku menyeluk mencari handset di dalam kocek seluar.
3 missed calls. 2 messages.
Ayu-2 Hafiz-1
Aku membulatkan mata. HAFIZ? Aku tak rabun lagi aku rasa. Aduh! Kenapalah aku terlupa nak tukar mode tadi. Setakat vibration, manalah nak perasan? Kemudian laju aku membuka mesej dengan perasaan berdebar.
Mesej pertama: ‘Aku dengan Fadhil.’ -Ayu-
Mesej kedua: ‘Ika, aku balik dulu. Fadhil hantar.’ -Ayu-
Oh, ok! Tak ada mesej daripada Hafiz. Jangan-jangan tersalah dail. Huh! Nampak sangat aku je yang lebih-lebih teringat pasal dia. Aku terasa layu kembali.
"Ayu mana?" sekali lagi Angah bertanya. "Dia dah balik." "Ni muka monyok ni kenapa?" Angah buat muka. "Hari konvo aku nak masam-masam. Janganlah macam tu. Kesian aku." Aku kembali tersenyum. Angah... Angah
beznyee.cpat la smbung.... hurm msti akak die pon mnat at hafiz gakk...hai..hope pas ni dua bradik tu xde la konflik berebut hafiz yea...anyway thniah..nice story..cpt smbung k...sdie mnggu..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cpt smbg.blog plez.....
(E'e)