Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
HIDUP TAK SEINDAH TULISAN NOVEL YG ENDINGNYA PENUH DENGAN KEBAHAGIAAN DAN KESEMPURNAAN. HIDUP INI TERLALU BANYAK CACAT CELANYA.. AKU MELEMPARKAN IMPIAN INDAHKU KE DALAM KISAH, BIARPUN KENYATAAN TELAH MENGUBURKANNYA HAKIKATNYA…
Panasnya bahang matahari hari ni. Aku mendongak ke langit.. 'huh! Panasnya..' Aku mengomel sendirian.. 'Mana pulak mamat ni. Lambat lagi..' aku mengeluh berat. Mataku melilau mencari kelibat pengarang jantungku.. "Huh!" Aku mengeluh lagi..
Dari jauh aku terpandang susuk tubuh yg sangat aku kenali. Dia berlari-lari anak.. "Sayang…Sorry-sorry.. Lecturer keluar lambat tadi. Sori…." Tercungap-cungap dia kepenatan. Aku tersenyum.. "It's ok la. Tak la lama sangat Lis tunggu." Perasaan marah menunggu tadi hilang bila mataku menjamah wajahnya kepenatan. Aku mengelap peluh di dahinya. Dia tersenyum memandangku.. "Jom pergi makan. Abg dah lapar." Dia menarik tanganku menuju ke kafe..
*****
3 tahun aku dan Ikhmal menyulam cinta. Dulu aku tertarik dengan wajah tampan Taufiq, tapi bila dirisik-risik rupanya Taufiq dah berpunya. Aku berkenalan pulak dgn Ikhmal secara tak sengaja di tepi pantai. Kebetulan pula Taufiq dan Ikhmal ni besfriend. Kecil betul dunia.
'Pitt!! Pit!!' Hon kereta mengejutkan aku yg sedang berdiri menunggu Ikhmal di bus stop. 'Anak org kaya mana pulak la ni..' aku mengomel sendiri. Pemilik merc hitam keluar dari kereta. Terbeliak biji mata aku.. "Abg…." Suaraku perlahan. Ikhmal menggamit-gamit memanggilku.
"Kereta siapa pulak ni abg?" setahu aku, ayah Ikhmal bukan orang berada. "Kereta abg la. Kenapa? Tak percaya?" dia tersenyum nakal. Aku menggangguk jujur. Ikhmal ketawa… "Ni kereta bos ayah abg la. Ayah tak berapa sihat. Abg yg gantikan ayah tadi." Aku menggangguk je.. 'Bestnya kalau aku dapat kereta ni.' aku mula memasang angan-angan. "Sayang nak balik terus ke?" Aku masih membatu. "Hei, ingat kat siapa? Abg kat sebelah ni.." dia mencuit pipiku.. aku tersentak. 'Kalau aku berangan mesti ada org kacau.' "Abg tanya apa tadi?" Soalku kembali. Aku tersengih-sengih memandang Ikhmal. Ikhmal menggapai jemariku dan digenggam. "Mengelamun je. Mm.. Abg tanya syg, syg nak g mana?" "Oo..jap.jap..nak fikir jap" aku membalas genggamannya.. "Apa kata kita lepak-lepak kat tasik dulu?" Aku memberi cadangan. Ikhmal terdiam sebentar. "Boleh..tapi kejap je eh? Abg nak kena pergi ambil Dato' nanti." Aku memandang Ikhmal.. "Ok. Tapi hantar Lis balik dulu ye?" "Balik la sendiri." Selamba kata-kata Ikhmal. Mukanya serius. Tapi aku tahu dia bergurau. "Lis tak kira. Siapa yg ambik, org tu yang kena hantar." Aku mencebik. Sepintas lalu pipiku dicubit. "Kalau abg tak nak hantar?" Dia mengangkat kening menunggu jawapan. "Lis… Lis…Mm..Lis terjun tasik karang..ha.." Jawabku sambil memuncungkan mulut. "Terjun la.." Balas Ikhmal. Ikhmal ketawa. "Habis tu, abg macam mana?" Soalnya. Ketawanya masih bersisa. "Abg terjun la selamatkan Lis. Boleh pulak tanya kite macam tu" Mukaku mencuka. Ikhmal masih ketawa. "Takkan la abg nak tinggal syg abg. Dah la, kang tak pasal-pasal merajuk pulak syg abg ni. Abg jugak nak kena pujuk nanti." Satu ciuman hinggap di pipi. "Love u syg.." dia membisik. Aku memalingkan muka. "Tak nak sayang abg!" aku mencebik. Ikhmal terus ketawa.
*****
Aku mundar-mandir di depan foyer fakulti. Dah 15 minit aku tunggu si Iza ni. Bayang-bayang pun tak nmpak lagi. 'Isy budak nie. Lama betol kat toilet. Apa la yg dibuatnya.' Ngomelku sendirian. Aku perasan ada mata yg perhatikan aku. Apa taknya. Kejap kiri kejap.. 'Ah! Peduli apa aku.'
"Hai.." Aku tersentak bila bahuku disentuh. Aku lantas berpaling. "Eh, Fiq? Terkejut aku." Aku mengurut dada. "Sori-sori.. Ko tunggu siapa? Ikhmal?" "Mm..Tak la. Aku tunggu classmate aku. Ko buat apa kat sini?" Soalku sambil mataku masih meliar mencari Iza. "Aku baru habis kelas. Datang sini nak jumpa member aku. Tapi dia dah masuk kelas dah.." panjang lebar Taufiq menjawab. Aku tersenyum. "Aku cuma pelik je. Ingatkan ada apa la ko dtg fakulti aku ni." Aku membalas sambil tersengih-sengih. "Eleh.. orang datang fac dia pun tak boleh." Taufiq mencebik. Aku ketawa dgn mimik mukanya. "Eh, Alis ko da makan?" Fiq memandangku. Aku menggeleng. "Ko takde kelas ke?" soalnya lagi. Aku menggeleng lagi. "Ko ni kenapa? Asyik tergeleng-geleng?" Aku mengerutkan dahi. "Hehehe..Tak ada apa-apa. Aku terpaku tgk ko ni segak sangat hari ni. Mm.. Lecturer aku tu cuti bersalin." "Ooo.. Eh segak sangat ke aku hari ni?" Soalnya kembali. Dia membetulkan kolar bajunya. "Nie yg aku malas nak puji ko ni. Alahai.. Da mula perasan la pulak." Balasku sambil menggarukan kepala. Dia tersengih-sengih. "Kalau macam tu jom aku belanja ko makan. Ok?" Fiq mengangkat kening menanti jawapan dariku. "Ni dah macam rasuah ni. Aku baru puji sikit." Taufiq terus ketawa. "Hei, aku tak main rasuah-rasuah eh. Jom la. Aku dah kebulur ni." balas Taufiq kembali. "Err.. Actually aku tengah tunggu kawan aku ni. Mm.. macam mana ek?" Aku menggaru kepala yg tak gatal. Aku memandang wajah taufiq. Tak sampai hati pulak nak menolak. "Mmm.. Ok la. Jom, aku suruh Iza pergi sana je nanti." Akhirnya aku membuat keputusan. Taufiq hanya mengangguk. Kami berjalan beriringan.
Taufiq memang beruntung. Anak org kaya, hensem, pandai, awek pun cantik. Tapi pakwe aku pun apa kurangnya. Hensem jugak. Tapi tak sekaya taufiq. Bakal bapak mertua aku cuma driver je.
*****
'Abg tggu syg kt tmpt biasa ye. Luv u dear'.
Ringkas je msg dari Ikhmal. Aku tersenyum. Tahu-tahu aje dia, aku dah sampai di pantai. Aku berjalan menghampiri pokok tempat kami selalu berjumpa.
Ikhmal berbaring di atas kerusi. Aku menjenguk.. Matanya terpejam. Aku tersenyum nakal. Aku berjalan perlahan-lahan ke gigi air dan basahkan tangan. Cepat-cepat aku berlari-lari anak ke arah Ikhmal.
Matanya masih tertutup rapat. Apa yg dia buat semalam. Mengantuk sangat dia.. Perlahan-lahan aku titiskn air ke matanya. Anak matanya bergerak-gerak. Dia celikkan mata. Laju je tangannya nak menangkap aku. Tapi aku lagi pantas mengelak dan berlari sambil ketawa.
"Ha.. Dapat pun. Mana nak lari?" Ikhmal memegang pergelangan tanganku. Aku terus ketawa. "Nak kenakan abg ek?" Dia mengangkat aku ke gigi air. "Abgggg!!!!" "Hahahahaha…." Panjang ketawanya. Tapi yg pasti aku dah dihumban ke laut. "Lain kali buat lagi." Dia mencuit hidungku. Mukaku mencuka menahan marah. Ikhmal terus ketawa. Dia memeluk aku dan mengheret ke tengah laut!
*****
Aku tersenyum melihat hadiah di atas katilku sempena birthday aku. Ikhmal buat surprise party utk aku. Tak ramai yg dia jemput, cuma kawan-kawan rapat. Aku tak kisah, yg penting aku gembira dia ada.
Ikhmal hadiahkan sejambak bunga dan sebentuk cincin. Walaupun bukan ribuan ringgit tapi aku la org paling bahagia. Aku terasa disayangi. Aku membuka kad ucapan dari ikhmal. Kad paling besar yg aku pernah terima.
Sayang..
SELAMAT HARI LAHIR YG KE-21. Ni kali yg ketiga abg meraikan hari istimewa syg & bermakna usia hubungan kita juga dah melangkau 3 taun. Abg bahagia dpt memiliki hati syg dan abg akan hargainya seumur hidup abg. Abg berjanji abg takkan sia-siakan kasih syg kita. Bila tiba masanya, kita akan bersatu jua. Abg ingin berkongsi hidup abg dgn syg. Dan andai abg yg pergi dulu, abg ingin mati dipangkuan syg..
Sayang.. Abg doakan syg bahagia bersama abg dan syg dapat miliki apa yg syg ingini dlm hidup. Semoga Allah memberkati hidupmu sygku. I LOVE U DEAR!! LOVE U SO SO SOOO MUCH!
Ur Lover, ~IKHMAL~
" I love u too darling." Balasku.
*****
Di ruang starbucks agak sunyi. 'Org tak ramai hari ni.' Ikhmal berkata-kata sendiri. Taufiq terpacul beberapa minit kemudian. "Sori mal, aku lambat ke?" Ikhmal menggeleng. "Aku yg datang awal. Ko dari mana?" "Mm.. Dari rumah Nini. Aku hantar dia balik. Ko ni semacam je muka. Kenapa? Gaduh?" Soal Taufiq sambil mengambil tempat duduk di depan Ikhmal. Ikhmal menggeleng. "Tak ada sebab nak bergaduh Fiq." Ikhmal melepaskan keluhan. "Ko dgn Nini macam mana?" soal Ikhmal kembali. Taufiq tersenyum. "Kami baik-baik je. Pas habis study ni, kami rancang nak bertunang." Terpancar air muka bahagia di muka Taufiq. "Bagus la tu Fiq.Lg 4 bulan je tinggal…" Ikhmal mengeluh. "Actually aku ada masalah besar."
*****
"Betul ke Ain sedia jadi isteri Mal?" Ikhmal menanti jawapan dari anak majikan ayahnya yg banyak berjasa pada keluarga. Ain mengangguk. "Kenapa Mal tanya macam tu?" Ikhmal menggelengkan kepala. "Mal juz nk kepastian dari Ain. Mal ni anak driver ayah Ain je. Layak ke Mal jadi menantu?" "Mal..Daddy tak pernah anggap Mal mcm tu. Daddy sygkan Mal. Kenapa ? Mal tak sanggup ke?" persoalan yg menjerat ikhmal.
"Mana yg lebih penting Mal? Mak dan ayah atau Alisa? Mak bukan tak suka dgn Alisa tp kita dah byk terhutang budi dengan Dato. Dia baik sangat Mal. Dia yg banyak tolong biaya Mal. Dia berharap sgt dapat tengok Ain dan Mal naik pelamin." Kata-kata maknya terngiang-ngiang di telinga. Ikhmal menelangkup muka dgn telapak tangannya. Mak bagaikan mendesak. 'Macam mana dgn Lis? Tak kan aku nak tinggalkan dia? Tapi aku tak sanggup tolak permintaan mak dan ayah. Aku tak sanggup kecewakan Dato'.'
"Ikhmal.." Ain mengejutkan lamunan Ikhmal. Ikhmal bangun. "Mal sanggup. Kita teruskan rancangan kita."
*****
Lagi 3 bulan setengah je lg, aku nak tamat study. Bestnya.. Ikhmal cakap, lepas 4,5 bulan dia kerja, dia nak masuk meminang. Mmm.. Tak sabar aku..
Aku terasa bosan di rumah. Housemate aku semua keluar. Aku mencapai henset.. Aku tersenyum. Ikhmal!
"Assalamualaikum…" cepat je dia mengangkat telefon. "Wlsm abg…" "Ye syg..ada apa?" Aku mengerutkan dahi. Aku call pun, dia tanya camtu. "Ala..macam tak nak cakap je…" perlahan suaraku "Takda la macam tu syg" "Abg buat apa? Tak nak jumpa Lis ke?" Ikhmal terdiam. "Abg..Kenapa diam?" "Mm..abg ada hal ni kat rumah. Lain kali ye syg."
Pelik betul aku. Dah seminggu dia tak jumpa aku. Tak rindu ke dia dgn aku? Kenapa dgn ikhmal nie? Aku mendail no Iza dan mengajak dia ke KLCC.
*****
Aku meninjau kelas Ikhmal. Aku tak berapa familiar sangat dgn fakulti Business ni. "Kat mana kelas Ikhmal ni." ngomelku sendiri. Terasa menyesal pulak datang. Tp aku nak jumpa Ikhmal. Dia asyik mengelak aje nak jumpa dengan aku tapi alih-alih boleh pulak terserempak dgn dia kat KLCC semalam. Aku memicit-micit kepalaku. Terasa badanku sedikit lemah. Lepas dapat MC dari klinik, aku terus ke sini.
Aku melangkah naik ke tingkat dua bangunan. Baru je aku jejak kaki ke anak tangga ketiga, tak semena-mena kakiku tergelincir. Nasib baik aku sempat memaut hand railing, kalau tak, mahu aku jatuh macam kerang busuk.
Aku mengerling ke kiri dan kanan. Ada beberapa budak perempuan kebetulan lalu dan memandang aku. Aku buat tak tahu je walaupun terasa malu. Aku turun dari tangga dan duduk di kerusi berdekatan. Terhinjut-hinjut aku berjalan kerana kakiku terseliuh. "Adui.. sakitnya. Macam mana aku nak berjalan ni." aku merungut sendiri. "Hai.." aku mengangkat muka melihat gerangan siapa yg menegur aku. Lelaki berkemeja purple lembut melemparkan senyuman kepadaku. Aku membalas senyumannya. "Awk tunggu siapa ye?" soalnya sambil tersenyum. "Err.. Saya tunggu kawan saya." Aku menjawab sambil mengerutkan dahi. "Boyfriend?" tanyanya lagi. Aku sekadar mengangguk. "Oo.. Saya Shah." Dia menghulurkan tangan. "Alisa.." Jawabku ringkas sambil menyambut huluran tangannya. "Awk budak business ke?" soalku kembali. Lelaki mengangguk. "Dah final sem." Dia menambah. Aku mengurut-ngurut kakiku yg terasa sengal. "Actually I nampak u jatuh tadi. So macam mana dgn u?" aku mengangkat muka. 'Alamak! Malunya aku. Ada jugak org nampak. "I ok je. Thanks sebab ambil tahu." Ucapku ikhlas. "It's ok. Tp awk sure ok? Muka awk pucat." soalnya inginkan kepastian. Aku menganguk laju. "I rasa ok je." "So, I minta diri dulu. I have a class." Shah minta mengundur diri. "Ok. Nice to meet u Shah." Tuturku dan disambut dgn senyuman dari Shah. Dia kemudian berlalu meninggalkan aku sendiri.
Aku mendail no Ikhmal tapi tiada jawapan. "Mana hubby aku ni?" rungutku lagi. Aku segera meninggalkan pesanan ringkas memberitahu aku di fakultinya.
Hampir setengah jam kemudian baru kelibat Ikhmal muncul. Mukaku dah mencuka kerana penat menanti. Kepalaku pula semakin berpusing-pusing. "Sorry baby, abg ada hal tadi. Tak boleh nak angkat phone." Ikhmal memulakan bicara bila melihat aku berdiam. "Hal apa?" Soalku. "Ada hal pasal assignment. Tadi abg tengah discuss dengan lecturer." Balas Ikhmal. "Syg ada apa datang sini?" Ikhmal kembali menyoalku. "Kenapa? Saja Lis datang nak tanya abg. Mana abg pergi semalam?" giliran aku utk menyoal. "Tak pergi mana-mana." Jawabnya ringkas sambil membelek telefon. "Datang sini semata-mata nak tanya tu je. Call je la." Ikhmal menambah. "Sebab Lis tak nak call la Lis dating sini. Abg pergi mana?" "Abg stay kat rumah je. Kan abg dah cakap semalam." Balas Ikhmal. "Tipu! Lis nampak abg kt KLCC semalam. Siapa girl tu?" Ikhmal mengerutkan dahi. "Girl?" Tanya Ikhmal lagi. "Iya girl. Perempuan.. Abg ada skandal dgn perempuan lain ye?" Dugaku yg curiga dgn tingkah lakunya semakin berbeza dari apa yg aku kenal. "Syg cakap apa ni. Dah la jgn nak merepek. Jom abg hantar syg balik." Ikhmal bangun dan menghulurkan tangan mengajak aku bangun. "Who's that girl?" Soalku lagi tak puas hati. Aku dah mula naik angin. "Dah la.. " Ikhmal meninggikan sedikit suara. "Lis nak tau jugak girl mana yg abg bawak semalam." Ikhmal mengeluh melihat aku berdegil. Dia kembali duduk di sebelahku. "Syg.. Tu Nurul Ain, anak bos ayah abg. Dia minta abg temankan dia belikan hadiah utk birthday mama dia. Ok?" Ikhmal menjelaskan keadaan. "Tipu!!" balasku semula. Ikhmal tiba-tiba bangun. "Suka hati Lis la nk percaya ke tak!" bentak Ikhmal lantas bangun dan terus melangkah pergi. Aku terkejut melihat Ikhmal berlalu tanpa menghiraukan aku. 'Kenapa dgn dia?' aku tertanya-tanya sendiri.
Kecik hati aku. Dah la dia buat tak endah je dgn aku sekarang, aku tanya pun nak marah-marah. Aku tak sihat pun dia tak ambil tahu. Apa salah aku? Perlahan-lahan aku bangun. Aku berjalan terhincut-hincut. Sampai je di bus stop, Ikhmal dah terpacak menanti aku dgn motosikalnya. Aku tidak menghampiri dia tp aku duduk di tempat duduk yg disediakan utk menunggu bas.
Ikhmal segera mendekatiku dan duduk di sebelahku. "Kenapa kaki syg?" soalnya kehairanan. Aku membatu. Marah, merajuk, sedih, semua bergabung menjadi satu. "Sori ok. Abg tgh badmood ni. Jom abg hantar syg balik." Ikhmal memujukku. "Tak payah. Lis boleh naik bas." Balasku acuh tak acuh. Belum sempat Ikhmal memujukku, bas yg ditunggu tiba. Aku bersusah payah berjalan dan berebut utk naik walaupun dihalang Ikhmal. Aku terasa kecewa dgn sikap Ikhmal sejak kebelakangan ni.
Sebaik turun dari bas, aku terasa badanku melayang ditolak. "Sorry dik." Lelaki yg melanggar badanku menoleh dan terus berlalu tanpa memberi bantuan. Aku mendengus kasar. "Dah la gemuk, suka-suka je nak langgar org. Kaki aku sakit la bodoh!" Bebelku sambil mengurut-ngurut kakiku. "Sakitnya… " Aku terdengar motor berhenti. Aku tahu siapa gerangannya. Aku bangun perlahan-lahan. Badanku terasa semakin lemah. "Syg ok ke?" Ikhmal mengangkat begku yg terjatuh. "Ok je. Nampak Lis hidup lagi kan?" Aku menepis tangannya yg memaut lenganku. "Ok, abg mengaku abg salah. Tapi abg tak tipu. Tu anak majikan ayah." Ikhmal melembutkan suara utk memujuk. "Dah la. Lis malas nak ambil tahu. Lis nak balik. Abg boleh tepi sikit tak?" Aku mengambil beg di tangan Ikhmal dan terus melangkah. "Syg.. Abg minta maaf ok. Abg bukan tak nak keluar dgn syg semalam tapi abg betul—betul ada kerja. Sori la." Ikhmal terus memujuk. Aku menarik nafas dalam-dalam. Aku terasa sukar bernafas. Mungkin panas bahang matahari buat badanku semakin longlai. "Dah la. Suka hati abg la. Lis nak balik." Balasku lemah. "Abg hantarkan. Mari.." ajak Ikhmal lagi. Aku menggeleng. "Tak payah la. Lis balik sendiri." Aku menjawab tanpa memalingkan muka melihat Ikhmal. Tak semena-mena aku terasa pandanganku kabur. Telingaku dapat menangkap panggilan Ikhmal sebelum aku terasa duniaku kelam!
Sebaik aku sedar, wajah Ikhmal yg pertama aku jamah. "Abg.." Panggilku. Ikhmal menghadiahkan senyuman tawar. "Ya syg. Sorry, abg tak tahu syg tak sihat." Dia menggenggam erat tanganku. "Abg jgn cakap apa-apa dgn parent Lis ya. Lis tak nak diorang risau." Pintaku. "Ok. Syg rehat la. I'll take care of u dear." Bisik Ikhmal sambil sambil mengusap ubun-ubun kepalaku. Aku sekadar mengangguk lemah.
*****
Cuti seminggu aku habiskan dengan mengikut Ikhmal berkemah di dalam hutan. Mulanya Ikhmal membantah tapi bila dipujuk dia mengalah. Tapi dgn syarat aku kena sentiasa bersama dia.
Aku cuma kenal beberapa orang je kawan Ikhmal. Taufiq pun ada join sekali tapi awek dia tak ada pulak. Ada pulak dua tiga org perempuan mula terhegeh-hegeh untuk mendampingi Taufiq.
Kami berehat di tapak khemah. Ikhmal volunteer utk mencari kayu api. Beberapa minit kemudian dia terus lesap. "Hai Alisa.." Aku mengangkat muka. "Eh Fiq." Terkejut aku. Baru je aku tengok dia kat depan sana, tiba-tiba muncul depan aku. Taufiq duduk berdekatan denganku. "Mal mana?" Soal Taufiq yg perasan aku keseorangan dari tadi. "Tah la. Tadi dia suruh aku duduk sini kejap, tup-tup dia pulak hilang. Ko sorang je ke?" soalku kembali. "A'ah. Nini dah balik awal-awal lagi. Bukan dia minat nak masuk hutan ni." Rungut Taufiq. "Ai.. Lain macam je bunyi?" ujarku kehairanan. "Ye la. I mean, tak da la macam ko ni. Ikhmal nak ke mana pun sanggup je ko temankan." Aku tersengih-sengih mendengar kata-kata Taufiq. "Ko ni, nak puji ke nak perli ni?" tanyaku melihat Taufiq tersenyum-senyum. "Aku puji la ni. Takkan la aku nak perli pulak. Kang ada pulak yg mengadu." Jawab Taufiq. Dari jauh aku melihat budak-budak perempuan tadi memandang ke arah kami. "Eh Fiq, kenapa dgn awek-awek tu. Diorang ngorat ko eh?" soalku menduga. Taufiq ketawa. "Mata kau ni hebat la Alisa. Diorang tu macam gatal sikit. Malas aku nak melayan." Aku turut ketawa. "Nasib baik la ko ni setia. Kalau ko tu pun miang, aku dulu yg tolong cincang ko bg pihak Nini."
Ikhmal muncul tiba-tiba dari belakang. "Ai..seronok je. Ada apa ni?" soal Ikhmal yg terpinga-pinga. Taufiq memandangku sebelum menjawab. "Tak ada apa-apa pun. Saja borak kosong. Ko dari mana?" "Aku tolong carikan barang si Amir tu. Dia kata barang dia jatuh." Jawab Ikhmal. "Oo.. habis tu jumpa tak?" soal Taufiq lagi. "Ada aje. Dia yg cari tak jumpa." Balas Ikhmal. Taufiq bangun menyiapkan kerjanya mendirikan khemah.
"Syg tunggu sini ye. Abg nak cari kayu api dan air. Kejap je, nanti abg balik." Aku memuncungkan mulut. "Ala.. Lis nak ikut." Pintaku. "Tak payah la. Takut nanti jauh nak cari air. Syg stay sini ye?" Pujuk Ikhmal. Aku menggeleng. "Nak ikut jugak." Aku memandang wajah Ikhmal dgn harapan. "Takut jauh nanti. Kalau syg tak larat macam mana?" Ikhmal berharap aku akan mengubah keputusan. "Lis ok la. Boleh la.." Giliran aku memujuk Ikhmal. Ikhmal akhirnya mengangguk.
Aku mengikut Ikhmal mencari sungai yg terdekat. Hampir setengah jam jugak baru kami sampai di tepi sungai. Ikhmal membawa sebiji cerek air dan satu botol plastik yg besar. Sebaik saja tiba di tepi sungai, Ikhmal terus mengisi air ke dalam botol dan cerek yg dibawa. Aku berlegar-legar di kawasan tersebut. Mataku terpandang satu gua berdekatan. Aku menoleh melihat Ikhmal. Dia sedang leka mengisi air. Aku melangkah perlahan-lahan ke gua tersebut utk melihat keadaan di dalamnya.
"Syg!!" jerit Ikhmal yg sebaik saja perasan aku mula jauh darinya. Aku berhenti dan menggamit Ikhmal supaya mengikutiku. "Jom balik." Jerit Ikhmal lagi. "Jap la. Lis nak tengok ada apa kat dalam ni." ujarku sambil menunjuk ke arah pintu gua. "Jangan! Jom balik." Panggil Ikhmal lagi. Aku mengalah dan berpatah balik ke arah Ikhmal. Aku perasan muka Ikhmal sedikit mencuka. Baru je kami nak melangkah, tiba-tiba hujan mula turun. Ikhmal menarik tanganku utk cepat-cepat balik ke khemah. "Abg. Hujan makin lebat ni. Jom la kita berteduh kat sana dulu." Cadangku sambil menunjuk ke arah gua tadi. "Tak payah la." Balas Ikhmal. "Jom la. Tak sempat la nak sampai khemah. Hujan nak lebat ni." aku memujuk Ikhmal. Ikhmal akhirnya mengalah. Kami sempat sampai ke gua sebelum hujan lebat turun. Suasana gua yg gelap agak menakutkan aku. Ikhmal menggenggam tanganku kemas. Aku mengeluarkan tochlight dari beg sandangku dan menghulurkan kepada Ikhmal. Dia menyuluh keadaan sekeliling gua. Kami duduk di atas seketul batu yg besar dan rata. Aku mengeluarkan sebatang lilin dan mancis dan nyalakan api. "Ai..masuk hutan pun bawa lilin?" soal Ikhmal. Aku tersengih-sengih. "Bawa la. Kot-kot emergency." Selerohku. Ikhmal ketawa sambil menggelengkan kepala. "Kalau Lis tak bawa lilin ni, sekarang kita dah duduk dalam gelap tau." Tambahku lagi. "Ok.. Ok.." Balas Ikhmal sambil ketawanya masih bersisa. Aku merapatkan badan ke badan Ikhmal. "Sejuk ke?" tanya Ikhmal. Aku sekadar mengangguk. "Kan bagus kalau kita dah kawin." Ikhmal tiba-tiba bersuara. "Abg ni. Ke situ pulak dia. Kalau nak kawin, pergi la suruh parent abg bawak rombongan cepat-cepat." Aku mengomel. Ikhmal terdiam. Dia merenung wajahku. "Syg maafkan abg tak, kalau abg tinggalkan syg?" Ikhmal menyoalku. Aku menggeleng. "Jgn harap." Balasku. Ikhmal menggapai tanganku. "Syg.. Walau apa pun yg terjadi pada masa depan, abg nak syg ingt syg adalah insan yg paling abg cinta, yg paling abg sayang dan sampai ke akhir hayat abg, syg tetap ada di hati abg. Tak ada sesiapa yg boleh gantikan tempat syg di hati abg." Sayu hatiku mendengar pengakuan Ikhmal. Aku tahu dia sygkan aku dan aku sendiri mengharapkan hubungan ni berakhir dgn ikatan yg kekal hingga ke akhir hayat.
Hujan semakin lebat dan hari semakin gelap. Kami semakin bimbang terperangkap di sini. Mesti semua org risaukan kami. "Kalau syg letih, syg tidur dulu. nanti hujan dah berhenti abg kejut." Aku mengangguk dan merebahkan kepala di riba Ikhmal. Memang mataku minta ditutup. Bila aku tersedar, hari dah pagi. Aku dan Ikhmal sama-sama tertidur. Kami bangun dan cepat-cepat pulang ke khemah utk meneruskan aktiviti.
*****
Finally, abes jugak exam. Lega rasa. Aku dah bebas.. aku bergegas ke bus stop. Ikhmal dah sedia tunggu aku. Dia dah 2 hari merdeka..
"Abg…" aku mencium tgnnya. "Macam mana exam?" "Perfect!" jawabku sambil tersenyum. "Syg nak makan tak? Kalau syg nak makan, kita g makan dlu." "Ok. Memang tengah kebulur ni."
Selesai je makan, Ikhmal mengajak aku ke pantai. Tah kenapa dengan dia. Muka dia tak ceria. Makan pun tak nak. Asyik merenung aku je..
"Syg…" Ikhmal duduk mengadapku. Dia menggenggam jemariku. "Syg, sygkan abg tak?" Ikhmal menyoal sambil merenungku. "Syg la. Soalan apa nie?" aku mengerutkan dahi. Ikhmal terdiam sebentar sebelum menyambung kata-kata. "Actually abg ada benda penting nak cakap." Mukaku ceria tapi tak ada sikit pun garis senyuman di wajahnya. "Ada apa?" aku tertunggu-tunggu Ikhmal semakin erat menggenggm jemariku. "Kita dah tamat study..." Ikhmal terdiam sbentar. "Apa yg abg akan cakap ni akan lukakan hati syg tapi abg kena cakap jugak." Ikhmal menyambung kata-kata. Dadaku berdebar. 'Kenapa ni?' "Abg…" perlahan aku memanggilnya. Aku memaut lengannya. Aku membalas renungan mata Ikhmal. Ikhmal menarik nafas yang panjang. "Abg… abg nak kita putus." Aku tercengang. "Abg cakap apa ni?" soalku inginkan kepastian. "Kita putus.." "Abg!!! Abg jangan nak main-main!" Ikhmal tertunduk. "Abg tak main-main. Abg serius…" Ikhmal terdiam. "Abg minta maaf. Abg tak dapat tunaikan janji abg.. Syg lupakan saja abg." "Abg tipu. Abg main-main kan?" aku menyoalnya lagi. Ikhmal menggeleng. "Tapi kenapa? Apa salah Lis?" "Syg tak salah. Kita cuma tak ada jodoh. Abg doakan syg dapat lelaki yg lagi sempurna dari abg." Ikhmal memelukku erat. Terlalu erat. Tapi aku terpaku. Hukuman apa nie? Satu ciuman hinggap di dahiku. Air mataku laju. Bagai berlumba-lumba untuk jatuh. Dia mengesat air mataku dan mencium jari jemariku. Dia lantas bangun. "Lis tak nak berpisah dgn abg." Sayu kata-kataku seakan-akan merayu. "Abg tak boleh. Abg mintak syg terima." Ikhmal membalas. "Jom abg hantar syg balik." Sambungnya lagi. Aku perasan dia mengesat air matanya. Aku masih kaku. "Syg…jangan macam ni, please.." Ikhmal memujukku perlahan. Dia mencapai tanganku. Tp aku menarik tanganku kasar. "Lis boleh balik sendiri!" aku melemparkan cincin di jariku di badan Ikhmal. Aku berlari meninggalkan Ikhmal. Aku sedar dia mengejar aku tapi langkahnya akhirnya terhenti!
*****
Hampir 3 tahun berlalu. Bayang-bayang Ikhmal masih segar dalam hatiku. Puas aku memujuk Ikhmal tapi dia tetap berkeras dgn keputusannya. Kenapa dalam sekelip mata dia berubah? Akhirnya aku dapat jawapannya bila aku dapat tahu dia berkahwin.. hidup aku bagaikan hilang arah.
Sekarang, mungkin dia dah bahagia dgn isteri kayanya. Kalau nak dibandingkan dengan aku, aku cuma anak cikgu. Ibu yg banyak memberi aku semangat untuk lupakan ikhmal.
Aku bekerja di negeriku, Perak. Ibu dan abah tak nak aku pergi jauh. Soal jodoh, biar abah dan ibu yg tentukan. Aku hanya terima. Apa yg terbaik buat parent aku, itu yg terbaik buat aku.
*****
Kerja dalam bidang pembinaan ni memang banyak cabarannya. Setakat ditengking, dimaki hamun, semuanya menjadi lumrah insan yg bergelumang dalam bidang nie. Ramai yg cuba mengusik hati aku, tapi kesan cinta Ikhmal buat aku mual dgn luahan cinta insan yg bergelar lelaki!
Aku sedar ibu risaukan aku. Dah beberapa kali aku dirisik tp semuanya aku tolak mentah-mentah. Bukan aku menunggu bulan di langit sana tp aku menanti parut luka ini sembuh.
"Alisa! Mengelamun lagi!" sergah jefri. Aku tersentak. "Isy ko ni.. kacau betul la. Aku baru berangan nak cium anak raja. Sibok je…" aku cuba menutup gelabah di hati. "Anak raja mana syg oi? Aku masuk meminang, ko reject." Jefri berlalu sambil menggelengkan kepala. Aku menongkat dagu. 'bukan aku tak nak jeff. Tp aku tak boleh terima lagi.' Aku mencapai beg tangan dan berlalu. Semua staf dah balik..
Tiba-tiba aku terdengar guruh berdentum. Aku mendongak melihat langit. "Macam nak ujan je" Aku memandu laju. Sunyi la pulak jalan hari nie. Mana org lain? aku menjeling jam di dalam kereta. 7.10 ptg.. patut la. Aku yg lambat.
Tiba aje aku di selekoh, aku ditahan lelaki separuh abad. Keretanya tersadai di tepi jalan. Nampak macam org baik je. Siap pakai kot lagi.. "aku nak berhenti ke tak ni?" Tak semena-mena kakiku menekan brek. Lelaki tu meluru ke keretaku. Aku menurunkan cerminku sedikit. "Assalamualaikum nak.." "Wlsm..kenapa pak cik? Kereta pak cik rosak ke?" aku memberanikan diri bertanya. "Ya nak. Pak cik nak tanya, kat mana workshop yg paling dekat ye?" Aku menggarukan kepala. "Paling dekat?Mm.. paling dekat pun sejam pak cik." Orang tua tu seperti tercengang. "Pak cik bukan org sini ke?" soalku. "Tak. Pak cik datang sini ada keja. Tiba-tiba je kereta meragam." Dia mengeluh. "Mm.. macam nie pak cik. Sepupu saya mekanik. Kalau pak cik tak keberatan, saya boleh suruh dia datang. Tp hari nak hujan ni. Apa kata pak cik ikut saya balik rumah dulu?" 'uh, beraninya aku jemput org tak kenal datang rumah. Tapi pakcik ni macam baik je..' "Ok. Sekejap pakcik ambik barang–barang sikit." Dia berlari ke arah kereta. Dia mencapai beg dan beberapa dokumen.
Dah bermacam-macam doa aku baca. Ya Allah..lindungilah aku. Amin.. "Anak ni siapa nama?" Aku terkejut disapa. "Mm.. Nur Alisa.. panggil saya Alisa boleh, Alis pun boleh."Aku membalas senyuman. "Alisa? Pggil pak cik, pak cik Zahar." Dia memperkenalkan diri. "Oo..Pak cik Zahar.." "nak panggil ayah pun boleh?" pak cik zahar mula bergurau. Aku ketawa dan disambut pak cik zahar.
Mula-mula aku tengok abah dan ibu marah gila dgn aku. Tapi bila dah dapat berborak dgn pak cik zahar, hilang semua marah diorang. Tup-tup pak cik zahar dipelawa tidur kat rumah aku lagi.. abah dan ibu nie, cakap tak serupa bikin. Oppppss…
*****
Dah dekat setengah tahun dah kisah aku bawa balik pak cik zahar. Sekarang pak cik zahar selalu datang rumah aku. Dah baik dgn abah aku pulak.. baru aku tahu, rupanya pak cik zahar ni businessman. Orang kaya la…
Tapi sejak dua menjak nie pak cik zahar lagi kerap datang. Ibu cakap dia datang bawa hajat. Risau betul aku. Macam aku tau je apa hajat dia. Huhu…
"Alisa.. Boleh pak cik cakap sekejap?" aku pandang abah. Abah mengangguk. Aku pandang ibu. Ibu tersenyum padaku. "boleh pak cik. Ada apa?" soalku ingin tahu Abah dan ibu bangun tinggalkan aku dengan pak cik zahar. "Pak cik nak tanya Alisa ni." dia terdiam sebenar. "Alisa da berpunya?" Aku mengangkat kepala memandang tepat pada wajah pak cik zahar. Perlahan-lahan aku menggeleng.
*****
"Pak cik nak merisik Alisa untuk anak pak cik, Afiq. Macam pak cik cerita dgn Alisa, tunang Afiq meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya 2 tahun lepas. Dan lepas kehilangan tunangnya, Afiq tak ada penah cari pengganti. Dia juga kecewa macam Alisa. Pak cik harap kamu berdua boleh serasi. Tapi pak cik tak paksa Alisa beri jawapan sekarang. Alisa fikirlah yg terbaik. Pakcik tunggu keputusan Alisa. Dan pak cik harap, Alisa tak kan kecewakan pak cik…"
Aku terpaku. Abah dan ibu setuju. Sekarang cuma tunggu green light dari aku je!
*****
Lastly aku terima risikan Pak Cik Zahar. Ibu dan abah girang dengan keputusan aku. 'Mungkin aku dapat lupakan Ikhmal seiring dengan masa yg berlalu. Tah la..'
Pak cik zahar siap buatkan aku janji temu dgn Afiq. Aku hanya menurut. Aku volunteer nak pergi KL jumpa Afiq. Dah 3 tahun aku tak jejakkan kaki ke sana since aku balik dulu. Aku menolak pelawaan pak cik zahar tuk menumpang di rumahnya. Katanya lagi mudah aku nak kenal Afiq tapi aku tolak. Aku tumpang di Idayu beberapa hari.
Tit..tit.. Hensetku berbunyi. Ada msg masuk. ' I dh smpai. I kat meja 12. I pakai kemeja biru.' Aku menghela nafas. Aku menyelak rambutku yg panjang ke belakang. Aku membalas msg Afiq. ' I'm on da way. Tunggu jap' First time aku dan Afiq nak berjumpa. Mungkin kami boleh berkenalan sebelum hubungan kami pergi lebih jauh. Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. Kalau tak cinta macam mana aku nak hidup seumur hidup dengan dia. Mm.. Tah la..
Aku melangkah masuk ke restoran tepi laut pilihanku. Aku tergamam sebentar. Kenangan dulu menjengah. 'Huh! Tempat ni still tak berubah!'
"Cik, silakan" pelayan wanita restoran ni menghadiahkan senyuman. Aku membalas senyumannya. "Mm.. saya nk cari meja no 12. kat mana ye?" soalku "No 12? Sini cik." Dia membawa aku ke meja 12. "Thanks." Ucapku. Pelayan tersebut menganguk dan berlalu.
'Kemeja biru. Mm.. Betul la mamat ni.' Aku mendekati meja. 'Aku rasa macam aku kenal je.' Aku bemonolog sendiri. "Assalamualaikum…" sapaku perlahan. "Wlsm…" lelaki tersebut mendongak. "Hah!!" aku terkejut. Dia juga terkejut. "Alisa?" "Taufiq!!"
cerita ni best.. sng utk dihayati.. emm tp nape mcm nk rush je? ada citer ckit pastu tup-tup setahun akan datang.. bkn sekali tp byk kali jgk kan? then cerita dia bleh dikembangkan lg sebab isi dh byk..hurm, sy komen mcmlah sy terror sgt hehe tp ni just melalui pandangan sy je... anyway congrats to writer coz buat sy x jemu membaca novel ni.. gud luck. cepat2 buat n3 baru.. klu novel ni tulis kat blog, tlg bagitau alamat kat sini k..
bila ada sambungan kisah novel ni..saya jadi tertanya2 kisah selanjutnya...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
interesting....kena tunggu sambungan ni...
cpt2 sket ek...