Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Setiap insan mempunyai rasa cinta yang mungkin akan membahagiakan dirinya. Bagi aku, cinta adalah kebahagiaan yang sementara kerana aku adalah salah seorang mangsa kebahagiaan cinta yang sementara. Aku sememangnya tidak menafikan pada keseronokan dalam percintaan, kebahagiaan yang tidak dapat di bayangkan, serta kerinduan yang berpanjangan. Aku seorang insane yang baru mengenali apa itu cinta. Aku masih tidak mengerti apa yang dikatakan dengan cinta sejati. Tetapi, aku juga seorang manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Seorang manusia yang mahukan mengenali cinta sejati. Aku telahpun menjumpai cinta unuk diri ku, tetapi malangnya cinta itu bukanlah cinta yang sejati.
Aku mempunyai seorang rakan karib yang bernama Azirah. Aku telah menganggap Azirah bagaikan adikku sendiri. Dia telah kenalkan aku pada rakan sekolahnya yang bernama Erin. Erin mempunyai raut wajah yang cantik, dengan senyumannya yang sungguh menawan hatiku. Azirah sering bercerita tentang Erin kepadaku dan Azirah menyuruh aku mengenali Erin lebih rapat lagi dengan memberikan nombor telefon Erin kepadaku, supaya aku dapat mendekati gadis tersebut. Pada mulanya, sedikitpun tidak terlintas pada hati kecilku ini untuk menyintai Erin kerana bagiku, Erin terlalu cantik dan tidak mungkin dia akan manyukai lelaki sepertiku.
Hari pertama aku ingin bercakap dengan Erin di dalam telefon, aku agak berdebar. Maklumlah, aku tidak biasa dengan perkara seperti itu, tambahan pula dengan seseorang yang hanya sekali aku jumpa. Apabila panggilan telefon ku dijawab oleh Erin, aku terdiam kaku seperti tidak mampu untuk berkata-kata. Aku memberanikan diri untuk memperkenalkan diri aku padanya, dan ternyata Erin masih mengenali aku pada hari Azirah membawanya jumpa denganku. Kami terus berbual, mengenali antara satu sama lain. Agak lama juga kami berborak melalui panggilan telefon pada malam itu. Sejak dari malam itu, aku dengan Erin menjadi lebih rapat. Hampir setiap hari kami berborak melalui panggilan telefon.
Sebulan telah pun berlalu. Aku dapat rasakan satu perasaan yang asing datang ke dalam hatiku ini, dan perasaan itu akan timbul apabila aku tidak mendengar suara Erin walaupun hanya satu hari. "Adakah ini yang dikatakan rindu? Tapi, tak mungkin aku rindukan gadis seperti dia, dan adakah dia merindui aku sekarang? Ahhh.. mengarutlah." Bisik hatiku, lantas terus aku mengambil telefon bimbit yang berada diatas meja. Aku terus mendail nombor Erin, dengan harapan dapat berbual dengannya kerana sudah dua hari aku tidak mendengar khabar berita gadis itu. Apabila dia menjawab panggilanku, gadis kecil molek it uterus berkata, "hai awak, kenapa lama tak telefon Erin? Erin rindulah nak dengar suara awak.." kata Erin dengan nada yang gembira dan manja. Aku tergamam dan hatiku berkata, "dia pun rindu kat aku? Macam tak percaya pulak." Kata hatiku. Tetapi, itulah hakikatnya dan itulah perkataan yang aku dengar, yang keluar dari mulut Erin sendiri. "Hah? Erin merindukan saya? Betul ke ni? Baru dua hari saya tak telefon Erin, tak kan dah rindu kot.." aku mengusik Erin. "Erin rasa dah macam dua tahun tak dengar suara awak tau." Kata erin bergurau. Gurauannya itu membuatkan hatiku terlalu gembira. Aku hanya ketawa mendengar gurauan itu. "Awak, jom keluar, Erin nak jumpa awak lah. Asyik dengar suara je, teringin juga Erin nak jumpa awak. Maklumlah, dulu masa kita jumpa, masing-masing malu nak bertegur sapa. Jom lah awak." Erin manyatakan yang dia mahu berjumpa denganku untuk kali kedua. "eeemmm.. boleh juga tu, nanti kita jumpa di Restoran Dorani Resort nak?" aku menjawab, tanda setuju untuk berjumpa dengannya. Hari itu, adalah hari yang paling gembira bagiku, kerana ini adalah peluang yang aku tunggu-tunggu selama ini.
Sebaik saja aku sampai di restoran tersebut, aku terus mengambil tempat duduk. Tidak lama kemudia, Erin pun tiba. Matanya liar memandang sekeliling restoran untuk mencari aku. Kini, matanya tepat memandang kearah ku, lantas dia tersenyum. Aku membalas senyumannya sambil melambaikan tangan kearahnya sebagai isyarat memanggil dia untuk datang kepada ku. Erin dan aku berborak panjang pada petang itu. Aku merasakan seolah-olah tidak mahu pulang meninggalkan gadis cantik itu. Aku terlalu gembira ketika berada di sampingnya. Tiba-tiba Erin berkata, "awak, Erin rasa, Erin dah jatuh hati lah kat awak.." kata Erin sambil merenung mataku. Perkataan itu membuatkan aku tidak tentu arah, degupan jantungku menjadi lebih laju, apabila mendengar perkataan itu. "hah? Iye ke Erin? Saya tak pernah bercinta lah. Tapi, terus terang saya katakan yang saya mula menyayangi Erin juga." Aku menjawab percakapan Erin dengan perasaan yang terlalu gembira. "Terima kasih awak kerana terima cinta Erin." Erin berkata sambil tersenyum.
Hampir empat bulan aku dan Erin bercinta. Aku rasakan nikmat cinta yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Aku terlalu menyayangi Erin dengan sepenuh jiwaku. Hinggakan aku tidak sanggup untuk kehilangannya, dan aku tidak mampu untuk melepaskannya pergi dari hatiku ini. Kasih sayang aku terhadap gadis itu, terlalu mendalam. Kerinduan yang aku alami untuk dirinya semakin bergelora. Tidak dapat ku bayangkan betapa pentingnya Erin dalam hidupku pada ketika itu. Dan aku telah berazam untuk mendirikan rumah tangga bersamanya satu ketika nanti. Kebahagiaan yang aku rasakan ini, sememangnya pertama kali pada diri ku, kerana aku adalah insan yang baru mengenali apa itu cinta. Lontaran kata-kata yang manis untukku dari mulut Erin sendiri, membuatkan aku seakan tertidur di kamar cinta yang kami bina. Kini baru aku tahu, bagaimana rasanya insan yang sedang bercinta. Hinggakan aku terlupa bagaimana pula rasanya insan yang siksa kerana cinta. Kerana, aku sedang mengecapi kebahagiaan di dalam percintaan dan bukannya kelukaan di dalam percintaan.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kini Erin seolah-olah menjauhkan diri daripada aku. Aku tidak tahu mengapa, dan aku tidak mengerti dengan sikapnya itu. Apabila aku ingin berjumpa dengannya, dia sering memberi alasan. Apabila aku ingin berbual dengannya melalui panggilan telefon, Erin seakan tidak mahu melayan diriku saperti dulu. Aku rasakan seolah-olah bertepuk sebelah tangan. Tetapi, aku sabar kerana aku terlalu menyayanginya. Cinta dan kerinduan hatiku, hanya untuk Erin. Aku benar-benar tidak sanggup berpisah dengannya walau apa yang terjadi sekalipun, bagi ku Erin adalah kekasih hati ku.
Hinggalah aku mendapat satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak aku kenali. "Hello.. aku nak, ko jangan ganggu Erin lagi ye! Dia dah tak sukakan engkau, dia tak perlukan kau lagi. Ko jangan mimpilah nak bercinta dengan Erin tu. Dia layak bercinta dengan orang macam aku ni. Ada rupa, ada gaya, dan apa yang dia nak semua aku boleh bagi. Jadi, aku nak ko jangan ganggu kekasih aku tu. Kalau tak, mati kau aku kerjakan!" kata lelaki itu dengan nada yang agak tinggi. Lalu dia terus memutuskan panggilannya. Aku rasa terlalu marah dengan percakapan yang dilontarkan oleh lelaki itu terhadap aku, lantas aku terus telefon Erin untuk mendengar penjelasannya. Berkali-kali aku cuba mendail nombornya, tetapi tidak juga berjawab. Hingga aku bernekad untuk pergi ke rumah Erin untuk berjumpa dengannya. Tiba-tiba, aku menerima satu mesej dari Erin, yang menyatakan ingin berpisah denganku dan merayu padaku supaya jangan mengganggu dirinya lagi, kerana dia tidak mencintai aku lagi. Dia telah pun menjumpai jejaka yang lebih kaya daripada aku. Pada saat itu, kesedihan melanda hatiku, orang yang aku sayangi selama ini, telah curang pada aku. Aku tidak tahu apakah salahku, dan apakah yang telah aku lakukan sehinggan Erin sanggup berbuat demikian terhadapku. Terlalu banyak kenangan bersama dirinya, dan aku tidak menyangka sama sekali, yang Erin akan berkata demikian terhadap diri ku. Aku mengerti, yang aku bukanlah orang kaya, mempunyai motosikal sahaja. Aku juga tak mampu untuk memberikan apa yang dia mahukan kerana aku kesempitan wang. Air mata aku mengalir dipipi sebagai tanda hatiku telahpun dilukai. Hancur segala impianku untuk menjadikan Erin sebagai permaisuri dalam hidupku satu hari kelak. Aku tertanya-tanya, adakah seorang insan yang serba kekurangan seperti aku tidak layak memiliki cinta? Dan hina sangatkah aku ini hinggakan Erin sanggup berbuat sedemikian pada aku yang benar-benar menyintainya? Sungguh sebak rasanya di dadaku pada ketika itu. Aku bagaikan tidak bermaya lagi untuk menempuhi hidup tanpa Erin. Lantas aku terfikir, beginilah rasanya seseorang itu yang gagal dalam bercinta.
Pada tanggal 12 april 2007 adalah ulang tahun kelahiran Erin yang ke 19. Aku telah menerima kad jemputan ke majlis ulang tahun kelahiran bekas kekasihku itu. Erin berharap agar aku datang ke majlis tersebut. Dan aku bersetuju untuk pergi ke majlis tersebut.
Pada hari majlis tersebut diadakan, aku datang agak lewat sedikit. Aku lihat, sudah banyak kenderaan di hadapan rumah Erin. Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumah Erin, aku lihat dia sedang bermesra-mesra dengan seorang lelaki. Aku terus teringatkan kenangan bersamanya satu ketika dulu. Sedih di hati sangaja aku tahankan, cemburu yang menghantui dan kemarahan yang membara, semuanya aku tanamkan kerana aku tahu, dia bukan milikku. Aku yakin, itu adalah lelaki yang menelefon aku dahulu. Aku memberanikan diri untuk mendekati Erin untuk mengucapkan selamat hari jadi dan ingin memberikan satu puisi yang aku tulis khas untuk dirinya. Sebaik sahaja aku mendekati Erin, Erin merenung mata ku, seakan-akan tidak percaya yang aku akan hadir pada majlis tersebut. Aku hanya mampu tersenyum dan mengucapkan selamat hari jadi kepada Erin sambil menghulurkan sampul surat yang berisi puisi untuknya. "ni saja yang mampu saya berikan pada awak Erin," aku berkata dengan nada yang perlahan sambil melontarkan senyuman untuk menghilangkan rasa sedih apa bila melihat tangannya itu digenggam erat oleh seorang lelaki yang berada disampingnya. Erin mengambil sampul surat tersebut dengan tidak berkata apa-apa, dan aku menyatakan yang aku hendak pulang kerumah. Lelaki di sebelahnya itu, tersenyum lalu berkata, "ni je yang boleh ko bagi? Hahaha.. malangnye nasib perempuan yang jadi bini ko nanti. Hahahaha!" sindirannya membuatkan aku merasa amat malu pada ketika itu. Tetapi, aku hanya mampu bersabar dan aku terus pergi dari tempat itu dengan perasaan amat marah.
Malam itu, sebaik sahaja majlis itu berakhir, Erin masuk ke biliknya untuk membaca puisi yang aku berikan padanya..
Puisi Terakhir Untukmu
Dahulu, setiap pagi akanku isi dengan kegembiraan untuk mendengar suaramu, setiap kata yang ku ucap, setiap nada yang terungkap, semuanya memberikan aku satu kegembiraan yang tak mungkin berulang.. Bagiku, disaat aku mengenali kamu Adalah satu kenangan terindah dalam hidupku Yang bisa membuatku tersenyum sendirian Sewaktu aku teringatkan kamu.. Kini, Setiap jalan yang pernah kita lalui Setiap pandangan yang pernah kita lihat Dan setiap tempat yang pernah kita lewati Adalah satu kenangan abadi buat diriku.. Dimanakah salahku Hingga sanggup kau campakkan jauh dari hidupmu Hinakah aku Hinggakan sanggup kau lukakan hatiku Dan tahukah kamu, Diriku amat manyintaimu.. Ya, aku memang tidak sekaya dia Aku tidak sekacak dia Dan aku juga tidak segagah dia Tetapi aku mempunyai hati seperti dia Aku mempunyai kasih sayang seperti dia Dan aku juga mempunyai perasaan seperti dia. Aku tidak sanggup renangi lautan api kerana mu Aku juga tidak sanggup meredah onak duri keranamu Kerana aku tahu Itu semua hanyalah mainan kata-kata Tetapi, aku sanggup menyintaimu sepenuh hatiku Aku sanggup merinduimu sepanjang hidupku Dan aku juga sanggup melindungimu Walaupun hingga sampai ajalku..
Sebaik sahaja Erin membaca puisi tersebut, dia terus menangis dan merasakan kehilangan seseorang yang terlalu istimewa. Dia menyesal dengan kebodohannya untuk membezakan antara kaca dengan permata. Walaupun dia sudah mempunyai kekasih yang kaya, dan dapat segala yang dia mahukan, tetapi dia tidak mungkin dapat kasih sayang serta cinta yang sejati seperti itu dari kekasih barunya. Lalu, dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya yang kaya itu dan kembali kepadaku. Tetapi, aku tidak mahu terluka lagi walaupun hakikatnya aku benar-benar menyintainya hingga kini. Aku biarkan dia dengan kehidupannya dan telah ku tinggalkan satu hadiah paling berharga untuknya, iaitu kenangan ketika bersama dan semua tempat-tempat yang pernah menjadi saksi cinta kami berdua.
aslkm...hai penulis...berbakat awk dalm penulisan cerpen... sy tertarik ngan hasil cerpen awk... terlalu menarik...sy akui le sy baca jew cita awk nie,sy ase sedih sgt2... ealah...saat mencintai seseorang dengan setulus hati,akhirnya dikecewakan...pedih...sakit...tapi setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya... ap2 pun all the best... hope penulis akan hasilkan karya lagi... sy kan nantikan karya yang setrsnya dari penulis...
aslkm...hai penulis...berbakat awk dalm penulisan cerpen... sy tertarik ngan hasil cerpen awk... terlalu menarik...sy akui le sy baca jew cita awk nie,sy ase sedih sgt2... ealah...saat mencintai seseorang dengan setulus hati,akhirnya dikecewakan...pedih...sakit...tapi setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya... ap2 pun all the best... hope penulis akan hasilkan karya lagi... sy kan nantikan karya yang setrsnya dari penulis...
salam...citer nie best..memang btol mser brcinta semuaye indah,tp biler dah ptos,hati memang tersiksa..gud job pd writer..jln cter yg menarik..berlaku kat dri penulis ke???anyway,cter nie memang mantap...k tue je..salam....
Salam buat penulis....menyimpan rasa rindu merupakan perasaan yg indah tapi akan mjadi terlalu sakit jika memendan tanpa diluah..cerita ini bgaikan kisah bnar,walaupun ringkas ttp amat myentuh perasaan,tahniah buat penulis!teruskan berkarya selagi ada waktu dan ruang untuk merindu..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
assalamualaikum
sy tersentu bila bce puisi awk ni
actually nice story yg awk buat ni
keep it up k