Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku agak lama berkhidmat sebagai pemandu teksi. Hampir 10 tahun selepas menamatkan perkhidmatan sebagai tentera berpangkat Koperal. Selain wang pencen tentera yang kuterima setiap bulan, pekerjaan ini sedikit sebanyak dapatlah menampung kehidupan aku sekeluarga seramai 4 orang di ibu kota ni.
Aku melihat jam. Menunjukkan pukul 1 malam. Semenjak pukul 10 malam tadi aku asyik mengelamun menunggu pelanggan yang mahu dihantar pulang dari stesen teksi ini. Pelanggan terakhir ialah pukul 10 tadi. Kiranya hampir 3 jam aku menahan mengantuk sambil menghisap rokok. Tak apalah. Memang adat kerja begini. Sabar sajalah. Barangkali nanti ada pelanggan yang kebetulan naik bas larut malam yang baru sampai di bandar ini. Selalu juga berlaku begitu. Biasanya, dapat jugalah rezekiku tengah-tengah malam sebelum ini. Paling lambat pun pukul 3 pagi.
Hawa sejuk malam mula terasa. Aku menaikkan tingkap sehingga hampir tertutup sepenuhnya. Tinggal sedikit lagi ruang tingkap kubiarkan, ngam-ngam untuk kemasukan udara pernafasan. Ah. Kalau tak ada pelanggan setengah jam lagi, aku balik ke rumah sajalah. Malam ni sejuk betul. Tak tertahan aku. Jaket tertinggal di rumah. Ingatkan hujan nak turun, tetapi awan tebal dan guruh tak ada pula. Aku memandang ke luar tingkap. Suasana stesen teksi itu suram bermandikan beberapa mentol kuning yang menerangi 3 buah teksi yang masih tersadai. Salah sebuah teksi itu adalah teksi aku. 2 orang lagi pemandu teksi, Talib dan Adan yang merupakan kawan karibku sudah pergi makan bersama pengawal stesen itu yang bernama Ajis, di kedai mamak berhampiran. Tinggallah aku keseorangan. Bosan. Aku lantas mencapai suis radio untuk mendengar sebarang lagu. Aku merebahkan kusyen sambil memejamkan mata.
Kuak! Pintu belakang teksiku tiba-tiba dibuka orang. Aku segera berpaling sambil menaikkan kusyen kembali. Ha, datangpun pelanggan yang ditunggu. Seorang perempuan muda terus masuk, menghenyak punggungnya dengan kasar dan menutup pintu dengan kasar juga. Aku memandang melalui cermin pandang belakang. Anggun juga. Rasanya mengikuti perkembangan trend berpakaian sekarang. Tapi, aku pelik kerana tengah-tengah malam ini ada juga perempuan berjalan sorang-sorang dalam bandar mencari teksi. Memang berisiko tinggi. Nasib baik penagih dadah, penyangak tak nampak. Kalau tidak, habis perempuan ini dikerjakan mereka. "Bang...hantar saya ke Taman Anggerik 2 ya...tolong...tolong cepat sikit...saya..ada urusan...penting...". tersekat-sekat suara perempuan itu memberitahu destinasinya. Bunyinya macam baru lepas berlari 100 meter saja. "OK cik...". Aku mengiyakan. Inilah pelanggan terakhirku sebelum aku balik ke rumah. Jadilah tu. Aku memandu dengan sederhana. 60kmj sudah mencukupi kerana jaraknya dalam 5km saja. Dekat. Lagipun apa yang hendak dikejarkan. Trafik sangat lengang. Aku pun mengantuk juga. Tiba-tiba kusyen yang aku duduki itu ditampar perempuan itu."PAP!!". Tamparan itu taklah kuat sangat. Tapi, cukup untuk membuatkan aku terkejut. "Bang! Tolong pecut teksi abang sekarang. Saya dah tak ada masa ni!!". Ringkas saja permintaan perempuan itu. Aku terus melajukan teksi sampai 120kmj. Hati pelanggan kena dijaga. Mungkin serius hal di rumahnya, aku mengagak. Aku malas hendak masuk campur. Sekejap saja sudah sampai di Taman Anggerik 2. Aku bertanyakan nombor rumahnya. "Rumah Ayu nombor 44, blok tengah...". Lemah saja balasannya. Tak kasar seperti tadi. Aku menuju ke rumah berkenaan. Tiada masalah kerana aku sudah biasa menghantar penumpang di kawasan ini. Hampir sampai, dalam selang beberapa rumah lagi, tiba-tiba aku mendengar bisikan Ayu yang begitu hampir dengan telingaku. " Tolong selamatkan Ayu...bang". bunyinya begitu hampir, sayu dan jelas. Terperanjat aku. Lantas aku menoleh ke belakang. Apa? Tiada langsung kelibat Ayu di kerusi belakang! Darahku berderau. Apa dah jadi ni? Mengigaukah aku atau... Aku terus menekan brek dengan kuat. Berasap tayar teksiku. Berhenti betul-betul depan rumah 44. Tiada satupun kereta mahupun manusia yang kelihatan di situ. Terus aku keluar dari teksi sambil menekan dada menahan debar. Aku bingung. Adakah aku mengigau sampai ke sini? Aku menggaru kepala yang tak gatal. Tiba-tiba terdengar derapan tapak kaki yang pantas dari belakang, bunyinya seperti menuju ke arahku . Aku menyedarinya lalu berpusing ke belakang. Seorang lelaki tidak berbaju dan berlumuran darah cuba menghayunkan parang yang masih berjejeran darah ke arahku. Tetakan lelaki itu tidak mengenai sasaran kerana aku sempat mengelaknya. Dia hanya menetak angin. Pengalaman bertahun-tahun bertempur di alam tentera banyak membantu aku supaya tidak cepat panik. Sekali lagi dicubanya menetak aku lagi. Tetapi kali ini tetakan lelaki itu tersangkut pada dahan pokok di belakang aku. Dia gagal mencabut parang dari pokok. Lantas aku menghadiahkan beberapa tumbukan padu pada belakang tengkuk lelaki itu. Dia langsung rebah dan pengsan di situ juga. Parangnya aku sembunyikan jauh sedikit jauh dari genggamannya. Sekadar untuk mengelak bencana berulang.
Aku merasakan sesuatu tak kena. Aku berlari ke arah rumah 44. Masuk sahaja rumah itu, aku disambut bau hamis darah. Darah berceceran di setiap sudut rumah. Bekas tapak tangan yang bertompok darah bertampal-tampal di dinding. Macam ada pergelutan yang serius. Aku mengambil langkah berjaga-jaga. Sebarang kemungkinan boleh berlaku. Aku berjalan perlahan lahan menuju ke dapur tanpa mengeluarkan sebarang bunyi tapak kasut. Pintu terbuka luas. Tiada sesiapa di situ. Lalu aku mengundur balik, kali ini hendak memeriksa bilik pula. Sifat ingin tahuku menguasai keadaan.
Kebetulan, pintu master bedroom terkuak sedikit. Aku mengintai di sebalik langsir. Kelihatan seorang lelaki asyik menyelongkar almari. Aku terpandang sepasang kaki yang terbujur tapi terlindung di sebalik katil. Apa yang mengejutkan, kaki itu dibasahi darah dan tidak langsung bergerak. Segala persoalan kini hampir terjawab. Aku menendang pintu bilik itu. Lelaki itu berpaling dan kelihatan terkejut dengan kehadiranku. Juga tidak berbaju dan berlumuran darah sambil memegang beberapa rantai emas. Rupanya seperti kebingungan. Barangkali terkejut dengan kehadiranku, bukannya kawannya.
"Brengsek!!! Mampus lo!!" Sebilah pisau Rambo diacukan ke arahku. Aku mengelak tikaman sekaligus membaling tubuh kurus itu ke dinding. Dia tahu dia bukan tandinganku tetapi dia masih berdegil. Cuba ditikam lagi aku. Kali ini aku tidak memberi peluang. Kutangkap tangannya, kukilas sikunya ke belakang untuk mematahkan lengannya. Berderap bunyinya disusuli raungan panjang. Pisau Rambo sudah jatuh di lantai, aku kuis jauh-jauh dengan kaki. Ku pukul juga ditengkuknya untuk memengsankannya. Tergolek dia di tepi dinding. Aku cuba mendekati sekujur tubuh yang terbaring dibasahi darah.
Aku beristighfar dan mengucap panjang. Sekujur tubuh wanita separuh bogel yang berlumuran darah terbujur kaku di tepi katil. Isi perutnya terburai, menandakan tikaman bertubi-tubi mengenai perutnya. Di sebalik wajah lebam dan bengkak perempuan malang itu, kuamati wajahnya. Ya Allah. Wajahnya saling tak tumpah macam Ayu, penumpang misteriku sebentar tadi. Aku tergamam seketika. Kenapa aku begitu lambat sampai? Kalau tidak, mungkin aku sempat menyelamatkan Ayu. Sambil menahan sebak, ak mencapai baju-bajunya yang berhampiran lalu aku tutup tubuh Ayu. Sekadar menutup apa yang perlu untuk menjaga kehormatan jenazahnya. Aku mencapai beberapa utas wayar elektrik yang tergantung di dinding rumah itu lalu kuikat tangan dan kaki lelaki yang dalam bilik itu. Setelah itu, aku mengikat seorang lagi lelaki jahanam yang mula-mula menyerangku tadi. Kuikat betul-betul dia pada pokok palma depan rumah itu. Depan teksiku. Sengaja aku menyalakan lampu teksi, menyuluh mukanya sampai silau. Masih pengsan lagi rupanya. Pukulanku memang berbisa. Rasakan. Padan mukanya.
Dengan tidak berlengah, aku mendail nombor telefon balai polis berhampiran. Ketua Balai polis itu adalah kawan lamaku. Sementara menunggu kehadiran polis, aku menyeluk dompet lelaki itu. Kutatap kad pengenalannya. Sah. Tepat jangkaanku. Warga Indonesia tapi baru berusia 20 tahun. Sungguh binatang kau ni, aku menyumpah seranah. Mahu aku bunuh saja bajingan dua ekor ni tapi fikiran rasional aku lebih dominan menguasai aku. Biarlah undang-undang lebih berhak menentukannya.
Selepas hampir 10 minit kemudian, tiga buah kereta peronda polis beserta sebuah trak Black Maria hitam muncul. Aku menunjukkan kepada polis kedua-dua lelaki yang masih pengsan itu beserta senjata mereka. Rupanya ada lagi peralatan yang dapat dijumpai pihak polis seperti peralatan mengumpil jeriji rumah yang ditinggalkan di dapur. Aku hanya tercegat di luar memerhatikan anggota polis menjalankan kerja siasatan tapak jenayah. Segala senjata dan bukti lain dimasukkan dalam plastik khas. Jurukamera polis sibuk mengambil gambar. Suasana suram bertukar sebaliknya kerana sinaran lampu flash kamera. Kedua-dua warga Indonesia itu dibangunkan secara kasar lalu digari sambil didudukkan di atas rumput di tepi longkang dengan diawasi dua polis bersenjata lengkap. Mereka terpinga-pinga. Pucat betul muka mereka.
Beberapa pemuda tempatan yang kebetulan lalu di jalan itu bertanya sesama sendiri melihat simbahan lampu biru polis yang berkelipan menerangi kawasan sekitar. Rupanya beberapa penghuni berdekatan sudah menyedari kehadiran polis tetapi tidak berani turun berhampiran. Sekadar mengintai di sebalik tingkap. Kulihat jam, sudah hampir 3 pagi. Siasatan masih berterusan. Seorang anggota berpangkat Lans Koperal menawarkan segelas kopi dan sebungkus roti padaku. Aku tak menolak. Lapar pun ada. Tapi seleraku tumpul setelah teringatkan apa kulihat terjadi pada Ayu.
Aku ada seorang anak perempuan. Kini sedang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Mungkin anakku sebaya Ayu. Aku bimbang dengan peningkatan kes kekejaman ke atas wanita yang semakin menjadi-jadi sekarang. Hari ini giliran Ayu yang terkena. Esok lusa, siapa yang tahu? Ahh...kebimbangan mengisi benak hatiku. Aku tak dapat membayangkan apa yang dirasakan keluarga Ayu jika mendapat berita ini. Moga moga anakku terpelihara dari sebarang kejadian yang tak diingini.
Sebuah kereta Hyundai hitam membrek secara tiba-tiba di hadapan rumah jiran Ayu. Hampir-hampir terlanggar seorang anggota polis yang cuba mencari bukti di luar rumah. Tanpa menutup pintu keretanya, seorang lelaki muda berlari-lari anak ke arah rumah itu dan cuba melepasi garisan kuning yang dipasang polis untuk mencegah kemasukan pihak tak berkenaan ke dalam kawasan kes. Lelaki itu berjaya disekat dari memasuki rumah Ayu oleh dua orang polis yang berada berhampiran. Hampir menangis dan panik, lelaki itu cuba berkeras untuk masuk juga. Lebih memburukkan keadaan setelah dia terlihat kesan darah yang banyak terpalit pada langsir dan lantai. "Ayu!! Ayu!!" jeritnya berulang kali sehingga hampir hilang suara. Tak lama kemudian, dia seakan tidak bertenaga lalu dengan mudahnya dua polis itu membawanya sedikit jauh dari rumah Ayu. Aku membantu membawanya ke dalam teksi aku. Seorang anggota polis meminta tolong aku untuk menenangkan lelaki ini untuk seketika. Aku cuba mengagak hubungannya dengan Ayu. Aku mengurut-ngurut belakangnya. Nafasnya turun naik, mendesah. Tangannya terketar-ketar. Seorang polis membantu aku memerhatikan lelaki ini. Tiba-tiba dia mencekak bajuku.
"Apa dah berlaku pada Ayu, baik ko cakappp...". Aku menyuruhnya bertenang. Selama beberapa ketika dia memegang bajuku tanpa berkedip mata, aku menerangkan secara ringkas apa yang berlaku. Tidak secara sepenuhnya. Tapi cukup jelas untuk difahami. Tangannya terketar-ketar lalu dilepaskan kolar bajuku. Terus dia keluar dari teksiku tetapi tidak pergi jauh mana. Dia hanya terduduk di atas tar sambil terhenggut henggut menangis.
Matanya meliar mencari sesuatu. Dia terpandang kedua-dua penjenayah itu. Langsung dia berlari mendapatkan penjenayah itu. Beberapa tendangan dapat dilepaskan lelaki itu ke atas kepala penjenayah yang tak berdaya dan bergari itu sebelum dihalang oleh aku dan seorang polis tadi. Melepaskan geram agaknya. Aku memaut badannya dengan erat, mengelakkan dia mengamuk lagi. Aku memapah semula dia masuk ke dalam teksiku lalu kuberikan air mineral. Diteguknya dengan rakus. Barulah kelihatan sedikit tenang berbanding tadi. Dia mula membuka mulut.
Menurutnya, dia adalah Sudin, abang kepada Ayu. Tinggal bersama isterinya di taman perumahan lain yang tidak jauh dari sini. Malam ini sepatutnya dia mengambil Ayu untuk bersama-sama balik ke kampung mereka di Kedah pada pukul 8 pagi nanti. Ayu tinggal bersama-sama 3 orang kawannya tetapi mungkin semua kawannya bekerja syif malam. Tinggallah Ayu seorang diri di rumah ini.
Sudin tidak mampu menghabiskan perbualannya. Tidak mampu menahan sebak. Aku menepuk bahunya perlahan lahan. Aku mencapai handphone, lalu menghubungi isteriku. Kuceritakan bahawa aku mungkin balik ke rumah lambat keesokan harinya. Dia mengerti. Selama ini pun aku selalu balik tak menentu. Asalkan memberitahunya dulu, tak jadi masalah.
Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Sudin masih mengelamun dalam teksiku. Aku menawarkannya rokok. Langsung tak diendahkan. Telefonnya berdering beberapa kali. Lambat laun, diangkatnya juga. Dijawabnya acuh tak acuh. Daripada isterinya. Menanyakan ke mana perginya Sudin sampai tak balik ke rumah. Sudin membalas bahawa dia ada kerja yang sibuk sebentar. Lalu dimatikan telefon.
Aku memandang ke arah rumah Ayu. Mayat Ayu yang berbungkus plastik hitam segera diusung ke dalam trak polis. Sudin segera berlari ke arah mayat Ayu, cuba untuk membukanya tetapi dihalang polis. Tetapi polis mengizinkannya menyertai trak itu ke hospital. Kedua-dua penjenayah itu langsung disumbat ke dalam kereta peronda. Merayu-rayu dilepaskan. Baru aku perasan terdapat dua orang wartawan yang sibuk melakukan liputan. Sempat juga diambil gambar semasa mayat Ayu diusung keluar. Beberapa jiran tetangga mula memenuhi kawasan persekitaran. Hingar bingar jadinya. Tak kurang juga menangis.
Aku dikehendaki mengikuti polis ke balai untuk membantu siasatan. Juga menjadi saksi penting untuk mendakwa kedua-dua warga Indonesia itu. Aku menerima tanggungjawab itu demi menegakkan pembelaan ke atas Ayu, ‘pelangganku’...
woi...ganas betul...sampai terburai isi perut!!!!!!! ish, kalo benda ni btul2 terjadi...mau pengsan aku dibuatnya..... seram2... anyway, good job. that is interesting.
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
good job..
lain drpd yg len..
harap2 x brlaku camni...