Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Huarghhhhhhhhhh… mengantuk gila la. Apasalla kelas ni dia buat tengahari-tengahari buta ni… dahla semalam tidur lewat melayan si Sarah. Katanya tak boleh tidur, diajaknya aku bersembang. Last-last dia yang tidur, aku bersembang sorang-sorang. Nasib baik tak ada orang lain menyahut sedangkan yang lain tidur. Sudahnya, aku yang takdapat tidur sampai pukul tiga pagi. Kurang asam punya Sarah. Dendam kesumat betul aku dengan dia.
Laaa…lambat lagi rupanya kelas nak habis. Baru pukul 3.15 petang. Kelas start pukul 3.00 petang tadi, haa??? Baru 15 minit ke masa berjalan? Tidur lah sekejap. Sekejap je..
" Firzana. Firzana Bt Sufi." Macam nama aku, tapi bukan kot. Aku mimpi ni agaknya.
" Wei Fi, nama tu Tn Haji panggil" Aya menyigung bahuku. Adoii… aku ni dah la ngantuk, macam takde nama orang lain dia ni nak panggil.
" Weii!! Bangkitlah pergi sana." Kak Haidar menolak aku dari belakang.
" Ha??? Yee...sayaa..."
" Awak cari ahli dalam 4 orang lepastu buat assignment tentang Pemusatan Klien. Ok?" jelas Tn Haji sambil memandang tepat ke arahku.
" Ok…" jawabku lemah.
" Firzana…" Tn Haji memanggil sebaik sahaja aku membelakangkannya untuk pergi ke tempat asalku.
" Ye Tn Haji?" Ish…apa lagi laaa dia ni.
" Awak kenapa? Macam tak sihat je.. Ada masalah?" Ada..!!! masalah saya ialah mengantuk!!!!!! Nak aje aku jerkah dia macam tu, tapi kang dipotongnya markah aku kang, sia-sia je fail.
" Takdelah Tn Haji." Aku menjawab sambil cuba tersenyum sedikit.
" Awak ada family problem ke? Personal?" ayat memancing. Aku tau la ko tu pensyarah kaunseling, tapi tak payah la nak kaunseling aku. Aku mengantuk ni….
" Tak ada Tn Haji. Mengantukla tengahari ni. Semalam tidur lewat…study…" aku sendiri nak tergelak dengan jawapanku..study??? padahal malam tadi sibuk mengumpat orang, study konon.
" Ooo..ingatkan ada masalah. Oklah kalau macam tu. Jangan lupa buat kerja tu" ingatnya tentang kerja yang baru diberi.
Aku sekadar mengangguk-anggukkan kepalaku dan terus ke tempat dudukku semula.
" Apa dia tu Fi??" Aya bertanya.
" Assignment. Pemusatan klien la kita dapat. Ok tak tajuk tu? Senang kan? Bolehlah goreng aje." Kataku sambil memberi tajuk kepada Aya.
"Woi! Baru datang, kelas dah nak abislaa…" suara Mazwan kedengaran di corong telingaku. Eiii..memekak betullaaaaaaaaaa..cakap slow-slow dah laa..
" Wei!!!! Dii………" tak sempat aku nak menjerit memarahi Mazwan kerana bising aku terdiam kerana ternampak kelibat Shahrul yang baru memasuki kelas.
" Tak..aku nak tanya, dimana letaknya Kuala Kangsar….." ujarku selamba.
Aya sudah tergelak-gelak melihat perlakuan aku setelah menyedari Shahrul yang memasuki perkarangan kelas. Hishhhhhh...apa Kuala Kangsar pula ni??
" Dekat Perak la yang oiiiiiiii..." haa??? Macam suara Shahrul.. yang??? Dia panggil aku yangg???? Sayang?????????????
" Peraklaa...tempat kelahiran aku kat Kuala Kangsar la.." muka Ismail tersembul di depan mataku. Laaaaaaaaa......bukan Shahrul! Buang karan...
" Taulah!!!!" dengusku marah. Sani dan Mazwan tergelak-gelak.
" Dah tau tu tanya orang lagi." Ismail mengeleng-gelengkan kepalanya.
" Apa gelak?? Lempang kang mati" cewah, macam hebat sangat je aku lempang orang boleh mati. Sudahnya aku menghabiskan kelas tersebut dengan berangan. Ni semua salah Shahrul tu, siapa suruh dia masuk kolej ni? Kan dah buat aku angau.
Shahrul...nama yang cukup sinonim dalam diriku sejak dua tahun yang lepas. Dia merupakan junior aku, tetapi umurnya lebih tua dariku. Tua dua tahun dariku. Macam mana aku boleh kenal dengan dia? Jeng jeng jeng....
" Bosannya..kerja ni dah habis pulak buat. Nak pergi surf internet, cc tutup pulak..waaaaaaaaaa...camne ni Aya???" jeritku sekadar berbisik.
" Pergila study apa-apa. Ni kan library banyak buku" Aya menjawab. Alamak, aku bukan macam ko...nak study je...otak ni dah naik beku dah asyik mengadap fakta je.
" Baca surat khabar la." Bingkasku bangun.
Mana pulak pergi suratkhabar ni? Tengah aku berkobar-kobar nak baca berita-berita dunia yang dah lebih kurang dua tahun aku tinggalkan tiba-tiba takde pulak. Eiiii..geram betullah. Eh, budak lelaki ambil la surat khabar tu. Eish... junior baru ke? Tak pernah nampak pun muka diaorang. Yela kot junior...emm.. junior takpe. Ahh..selambalah!
" Assalamualaikum...boleh tak..."
" Waalaikumsalam. Nak apa ni? Kitaorang baru je baca suratkhabar ni, taknak jual timbang lagi. Datang esok ye nyonya." E’eh mangkuk ni. Aku tak habis lagi cakap, ko dah potong skrip.
" Wei Bow, berdosa kau buat camtu. Tak baik laa..." Ha?? Nama mangkuk ni Bow ke? Apa ke jenis namanya gitu, tapi memang kenalah dengan dia tu, Bowdoh! Huh, ngada-ngada, nasib baik ada yang prihatin dan tak prejudis terhadap kaum perempuan.
" Nak suratkhabar ke?" tanyanya. Aku menganggukkan kepala.
" Nah, ambil lah surat khabar ni. Baca. Nanti yang lain kitaorang hantar." Suratkhabar DIDIK diberikan kepada aku. Ko ingat aku budak darjah tiga ke nak bagi aku baca suratkhabar DIDIK ni? Aku mengerutkan dahi dan lantas ketawa mereka meletus.
" Ko ni kejam dari aku laa Arul." Bow tadi bersuara.
" Hang tak baik buat lagu tu kat senior kita.." seorang lelaki berkopiah merah menyampuk setelah sekian lama memerhati.
" Wei..wei...ni library laa bukannya pasar lambak. Kalau nak bising, bising kat luar" Amir, penjaga perpustakaan datang setelah mendengar bunyi bising.
" Padan muka...." aku berlalu.
" Memangla ni bukan pasar lambak, kalau ni pasar lambak dah lama dah aku jual pizza kat sini. Eh cuba kau tengok Bow, muka aku memang padan kan? Sepadan dengan Brad Pitt" suara lelaki yang dikatakan sebagai Arul tu kedengaran,kemudian meletus gelak tawa mereka. Eiii..mangkuk dozen tu menjawab aje kerjanya.
Sejak dari itulah, entah kenapa bila aku terpandang wajahnya, macam ada renjatan elektrik dalam badan aku. Zzzt..zztt... begitulah al kisahnya.
" Okey, hari ni kita belajar pasal Defense mechanism atau dalam bahasa melayunya Helah Bela Diri." Pn Azizan bersuara. Aik, bila masa pulak Puan ni masuk? Tak perasan aku. Itulah, banyak sangat berangan. Defense mechanism? Bestnya tajuk ni. Inilah yang buat aku minat sangat-sangat belajar Ilmu Nafs ni, eh tercakap arab pulak. Ilmu psikologi. Banyak perkara tentang manusia yang boleh aku ambil sebagai panduan kalau aku belajar psikologi ni.
Aku terjenguk-jenguk. Si Shahrul ni tak masuk kelas ke? Tak nampak kelibat pun.. getusku dalam hati.
" Firzana!" suara Pn Azizan memecah bayanganku. Aiseh...
" Hehe...ye Puan...." tanyaku sambil berpaling ke arah Pn Azizan.
" Awak tengok apa?" ala...mampus aku.. dalam ramai-ramai student ni aku yang tengah mengelamun ni jugalah yang dia nampak.
"Takde apa-apa Puan...tak de tengok apa-apa pun" aku cuba masuk dalam zon selamat. Dalam hati ni Tuhan aje yg tahu betapa malunya aku.
"Ha...tu dia salah satu contoh defense mechanism ye.. kalau nak selamatkan diri, kita akan menafikan apa yang kita buat walaupun ianya benar. Ianya dinamakan penafian." Pn Azizan menyindirku.
Adeh... hampeh! Satu kelas mentertawakan aku. Alhamdulillah...nasib baik Arul tak datang. Ade hikmahnya... Fuhh... dan aku lalui masa-masa dalam kelas itu dengan penuh perhatian terhadap pengajaran Pn Azizan. Bersemangat fuh fuh fuh.
" Fi...Fi.....whoi!" Sarah menyigung lenganku. Tersentak aku dari lamunan.
" Adoi!! Sakitla mangkuk!" marahku pada Sarah kerana telah membantutkan lamunanku. Ku lihat Sarah memuncungkan mulutnya menuju ke arah seseorang.
" Tu... pria idaman perempuan melayu sedunia akula...." lantas aku menghalakan arah pandanganku kepada orang yang dimaksudkan oleh Sarah. Oh, budak Ismal tu..
" Tu bukan pria idamanla Sarah...tu peria. Ko tau tak peria yang pahit tu? Sebab dia tu tak pernahnya nak manis mukanya. Masam pahit je." Sarah mengerlingkan matanya kepadaku.
" Itu yang aku suka tu, jenis macam tu la. Serius... yang dengan perempuan pun tak terhegeh-hegeh. Serius memanjang..." Sarah mengeluarkan pendapat mengenai jenis lelaki idamannya. Aku sekadar mengembangkan hidung mendengar pendapat Sarah.
" Tak macam si Arul tu dengan semua orang pun menggatal! Tersengih sana, tersengih sini" tempelek Sarah setelah geram melihat mimik mukaku mengejeknya. Lantas ku tepuk tangannya sekuat hati.
" Adoi! Sakitlah!!!!!" dan Sarah membalas kembali tepukan itu sekuat hatinya juga. Qisas katanya. Qisas adalah istilah bahasa arab untuk membalas perbuatan seseorang itu setimpal dengan perbuatannya terhadap kita. Darah dibalas dengan darah, mata dibalas mata dan lain-lain. Dan adegan tampar menampar pun berlaku, tetapi dengan maksud yang bergurau.
" Wei..wei wei! Yang korang berdua ni bertepuk tampar bagai orang perang khandaq ni kenape? Ade ke si Arul ngan si Is tu syok kat korang???" jerkah Kak Afi yang sekian lama menjadi pemerhati kami.
Lantas kami berhenti bertepuk tampar. Sarah dan aku sama-sama menggelengkan kepala dan ketawa pun terburai dari mulut kami bertiga.
" Oi!! Ketawa macam pontianak! Tak nak aku buat bini camni" kedengaran suara Ahmad sekaligus mematikan ketawa kami.
" Hek elleh, macamlah kitaorang ni nak sangat berlakikan engkau, kitaorang lagi tak hingin tau!" sindir Sarah. Aku menyambung ketawa kembali melihat Ahmad dengan muka yang tersipu-sipu setelah percakapannya dipatahkan oleh Sarah.
" Wei, aku ada kelas ni. Oklah. Oi Sarah, ko tu satu kelas dengan aku. Jom!" Ahmad mempelawa Sarah menyertainya.
"Eh, a’ahlah. Lupa pulak aku ada kelas Fiqh Jinayah ni. Kang lambat kang mati aku" Sarah melambaikan tangannya kepada aku dan Kak Afi dan berlari-lari anak menyaingi Ahmad ke kelas mereka. Aku sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum mengiringi langkah mereka berdua.
Aku pun mengalihkan pemandanganku ke arah perpustakaan kolej dan hatiku tiba-tiba sahaja berdesup apabila melihat kelibat Arul yang baru keluar dari perpustakaan sambil ketawa-ketawa bergurau jenaka bersama Zara.
Dup dap dup dap dup dap, aku sendiri boleh mendengar degupan jantung aku. Eiii..mangkuk ni curang pulak dekat aku!!! Dahla aku dengar khabar angin yang si Zara tu syok dekat si Arul. Warghhhhh!!! Tension...tension! rasa macam nak jadi Kluang Man pun ada.
" Kak!! Tengok tu Arul tu.." keras suaraku menyuruh Kak Afi melihat drama Arul dan Zara.
" Kenapa dik?" tanya Kak Afi kebingungan.
" Tengok tu kak...!!! bukan main lagi gatalnya dua orang tu. Mengada-ngada. Aku lempang si Arul tu kang terbenam dalam lautan berapi. Lantak kau mati terbakar kat situ. Nak harapkan Zara tu tolong, tolong tengok ajelah. Tengokla...aku ceraikan engko nanti Arul" luahku segala perasaan yang terpendam dengan hati yang membara seperti bara Pakcik Asan ketika menjual sate. Meluap-luap. Membara-bara. Sekejap panas, sekejap sejuk, pastu panas balik.
" Err..apa tadi? Nak ceraikan Shahrul? Bila masa korang couple ni Fi?" kata-kata Kak Afi seperti petir yang memanah bumi dan memekakkan telinga. Bukan seperti petir yang membelah hatiku kerana terguris perasaan mendengar soalan cepumas Kak Afi yang berkemungkinan boleh memenangi nombor pertama dalam kuis-kuis gadis syok sendiri akan tetapi seperti petir yang membuatkan aku tersedar dari lamunan.
" Eh, lupa pula yang Fi tak pernah couple dengan Arul tu..Hee..." kedengaran suara Aya ketawa kecil di belakangku. Eh bila pula minah ni sampai, tau-tau dah gelak je. Nasib baik pagi, kalau malam dah lama aku buat pecut 1000 meter ke rumah.
" Ni kelas Cik Nur ke?" suara yang amat dikenali dan yang paling ditunggu-tunggu. Arulkah itu??? Jeng jeng jeng. Aku berpaling! Memang!!! Memang dah sah!!!
" Saya terima..." eh, apehal pula jawab saya terima ni? Mengap mulut aku tidak mahu mendengar kata otakku? Apakah yang telah terjadi?
" Terima apa?" soal Arul. Kehairanan. Eihhhhh!!!! Apa pula terima ni??? Apa dah jadi aku ni?? Alamak, jantung aku...dup dap dup dap, perasaan aku terlalu...terlalu gembira, nafas aku... turun naik...
" Takde, terima kasih kerana bertanya...a’a ni kelas Cik Nur. Kejap lagi sampaila, ni lambat sikit kot." Balasku setelah agak dua minit mengawal emosi. Itulah namanya Panic Disorder atau Kecelaruan Panik. Dia macam terlalu panik sampai tak boleh nak kawal diri.
Arul hanya ketawa mendengar jawapan aku. Kelakar ke? Eish...hensemnye muka kau Arul, bagai bulan dibelah dua... ehh.. aku macam ni la jadinya kalau jumpa dengan Arul. Macam nak pengsan dibuatnya. Cakap pun merepek-repek tak boleh nak control. Orangnya hanyalah sederhana dan paling simple. Kulitnya hitam manis, jerawat pun ada juga. Rambut ikal-ikal mayang. Kadang-kadang pergi kelas pun pakai selipar. Sarah selalu kata Arul tak hensem macam Ismal. Yelah, Ismal tu putih dan berkulit licin. Tapi yang aku geramnya, tak hensem si Arul tu pun ada juga orang minat kat dia!!!!! Contoh terjauh si Zara tu!! Eiii... err...contoh terdekat....aku la...ehehehe
Tapi, dalam jangkamasa dua tahun aku mengenali Shahrul, selama itulah aku tidak pernah berbual-bual mahupun bertegur sapa dengannya. Bukannya apa, malula... nanti kalau dia cakap dengan aku nanti, aku merepek-repek nanti jawabnya. Tidak menjawab soalan. Tettttt!!!! Jawapan anda salah! Maka, kesimpulannya akan jatuhlah saham aku. Itula sebabnya aku seringkali rendah diri, memang keyakinan diri aku rendah pun. Yelah, aku ni tak cantik macam orang lain... mungkin disebabkan perasaan rendah diri aku tu menghalang aku untuk melangkah setapak dekat padanya.
Aku selalu mendengar komen atau pendapat seperti ini.
" Ala Fi...ko cakap ajelah dekat dia yang ko syok kat dia" Eii..murahan...
" Terus terang tu bagus. Lagipun zaman sekarang ni mana ada dah konsep perigi cari timba, zaman sekarang ni orang pakai paip." A’ah, sekarang dah tuka konsep. Kepala paip cari batang paip. Sama je dengan konsep perigi cari timba. Waaaaaaaaaaaaaaaaaa...
"Dia mesti tak reject ko punya." Kalau dia reject? Mati la aku....
" Dia kalau tak terima ko tu, memang bodoh la dia tu" masalahnya dia tu memang dah bodoh pun, kalau cerdik mesti dia tahu perasaan aku.
Kadang-kadang aku pun fikir juga, apa yang patut aku lakukan sebenarnya. Tapi seperti biasalah, aku hanya mendiamkan diri aje. Pikir lebih-lebih pun buat apa. Entah-entah dia pun ada secret admirer dia sendiri. Yelah, perempuan dekat kolej ni ramai, bukannya aku seorang je.
Pejam celik pejam celik, peperiksaan aku untuk semester terakhir dah pun dekat. Lagi dua hari tak silap aku. Arghh..camne ni? Exam dah dekat!!! Gabra...gabra.. kitaorang saling tolong menolong dalam bab mengulangkaji pelajaran ni, contohnya aku banyak menolong Sarah dalam lebih memahami matapelajaran psikologi yang diambilnya sebagai elektif, dan Sarah banyak menolong aku dalam bab-bab matapelajaran bahasa arab ataupun berkaitan dengan syariah.
" Ok..macam ni. Aku tanya ko jawab..." dengan bersemangat aku ingin memulakan perbincangan.
" Yela, takkan ko tanya aku, ko yang jawab.." balas Sarah. Bersahaja.
" Eishh!! Cepatlah!" marahku dalam gurauan. Sarah hanya tersengih sahaja disamping Aya yang kelihatan seperti lebih suka untuk mengulangkaji pelajaran secara solo.
" Subjek apa ni?" tanyaku.
" Sosial...Psikologi sosial" Sarah menjawab tanpa memandangku sebaliknya sibuk mencari nota.
" Ok" disamping itu otakku ligat memikirkan soalan apakah yang bakal ditanyakan kepada Sarah.
" Dah?" tanyaku. Sarah menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
" Ok, aku bagi contoh untuk bystander ok? Ko ingat tak bystander tu apa?" aku mula menguji ingatan Sarah.
" Err..bystander tu seseorang yang berada di tempat kejadian dimana seseorang itu memerlukan pertolongan. Kira senang macam saksi la.." Tepat! Tak sia-sia Pn Azizan mengajar, jenuh mulut di depan pot pet pot pet.
" Ok..very good. Satu hari tu ko tengah jalan-jalan, pastu ko nampak Aya terpeleot. Barang-barang dia bertaburan dan kebetulan dia nampak ko semasa mengutip barang-barang tu. Kemudian ko terus tolong dia. Kenapa ko tolong dia sedangkan orang lain ramai lagi di tempat tu?" ujiku lagi. Aya hanya tersenyum mendengar aku menyelitkan namanya di dalam contoh.
" Hmm...sebab aku kenal dia. Peluang untuk seseorang bystander tu untuk menolong mangsa adalah lebih besar peratusnya sekiranya ianya mengenali orang itu" yakin dan fasih Sarah bertutur. Aku menaikkan ibu jariku.
" Yuuuhuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!" jerit Sarah.
" Wei, terkejut aku. Diamlah! Baru satu dah kecoh" ujarku sambil tergelak.
" Kalau ustaz tanya, Firzana awak tidur di mana? Dalam bahasa arab, ko nak jawab apa?" giliran Sarah pula mengujiku.
" Elleh, kacang putih bersalut madu laa.... hammam ya ustaz! Aku jawab. dengan riak dan takbur lagi" jawabku yakin. Sarah ketawa mengekek-ngekek.
" Woi..hammam tu bilik air laaa!!! Elok la tu, malam ni ko tidur dalam bilik air!" Sarah ketawa sehingga mengeluarkan air mata. Aya juga turut ketawa kecil.
" Adoi...yeker??????" hampehh! Kena baca lagi la aku macam ni. Dan...malam itu pun kami mengulangkaji pelajaran bersama-sama sehinggalah lewat malam sebelum masing-masing tertidur di atas buku masing-masing.
Hari peperiksaan pun tiba. Aku paling suka melihat musim peperiksaan dimana pelajar-pelajarnya hanya akan memegang buku dan saling mengulangkaji pelajaran sesama mereka. Perpustakaan pula, kalau tak masuk awal jangan haraplah hendak berjumpa dengan buku yang hendak diulangkaji. Mesti orang lain dah ambil dulu.
" Paper apa lepas ni?" tanya Sarah sambil melihat jam.
" Arab" balasku pendek. Sarah mendengar dan menyambung bacaannya semula. Aku melihat jam. 1.55 petang la... lantas aku mengemas buku.
" Paper dah start. Doakan aku." Sarah hanya tersenyum dan menganggukkan kepala.
Ramainya orang. Eh, si Ariff ni satu kelas Arab dengan aku ke? Kenapa aku tak pernah pun nampak kelibatnya dalam kelas? Hatiku berdetik. Mungkin sebab Ariff adalah seorang budak yang pendiam, maka dirinya tidaklah begitu menonjol dalam kelas. Aku mula memilih kerusi. Aaa...kat situ teduh sikit. Zupp! Abang Hasri cepat-cepat duduk sambil tersenyum simpul.
" Eii!!! Abang Hasri! Bangun laa. Ni tempat duduk kita tau" marahku perlahan.
" Takde pun nama Fi kat sini." Ujarnya bersahaja. Eiiiiiiii..!!! aku berlalu sambil mencebik. Abang Hasri pun ketawa kecil. Tak gentleman betul. Benci.
" Sini ajelah..." bisikku perlahan. Eh, kenapa jantung aku ni tiba-tiba berdebar ni? Bulu roma pun tegak semacam je... apasal aa??? Macam ada aura Tsumawi pula. Lantas aku menoleh ke kiri melihat siapa yang duduk di sebelah.
" Arul????" jerit suaraku seakan mahu keluar atau tidak. Arul memandangku. Alamak, mata bertentang mata. Macam filem hindustan pula.
" Kenapa?" tanyanya. Alamak, dia bercakap dengan aku la... erhh..nak pengsan.
" Takde apa, terkejut." Arul hanya tersenyum. Aku memandang kertasnya, rupanya dia menduduki paper bahasa arab level 1 dan aku pula level 2. Tak sangka sama waktunya bila periksa.
" Good luck." Katanya memberi semangat. Haa??? Dia kata good luck kat aku?? Patutnya aku rakam apa yang dia cakap tadi. Sudahnya aku tersengih-sengih. Kembang kempis lubang hidungku. Sambil menjawab soalan bahasa arab yang aku tak tahu jawapannya pun aku tersengih juga.
Minggu-minggu peperiksaan pun berlalu dan sekarang sudah sampai masanya untuk kami bercuti. Keadaan rumah sewa kami juga riuh dengan gelak ketawa dan kami berborak sambil melipat-lipat kain baju untuk dimuatkan ke dalam beg dan dibawa pulang untuk cuti semester selama satu bulan bagi yang menyambung pelajaran dan bagi aku dan rakan-rakan yang sama batch, ini adalah kali terakhir kami disini sebelum menamatkan diploma kami.
" Assalamualaikum!!!" garau suaranya. Mcm lelaki tapi suara siapa tu?
" Waalaikumsalam...masuklah..." Sarah menyahut.
" Woi! Gile engkau nak suruh masuk, lelakilah!! Ni rumah perempuan bujang tau tak." Marahku.
" Eh..jangan masuk. Kejap..kejap.." Sarah tergelak. Tangannya mencapai tudung dan bergegas menuruni tangga menuju ke bawah.
Kedengaran bunyi anak tangga dipijak dengan begitu kuat. Muka Sarah yang penuh keceriaan tersembul di pintu bilik kami.
" Fi!!! Ismal nak jumpa kau jap" Ha?? Ismal?? Apahal pula budak ni. Lantas tanganku mencapai tudung dan keluar menemuinya.
" Haa...kenapa Is?" tanyaku hairan.
" Ni, budak-budak ni suruh aku pulangkan speaker komputer ko yang diaorang pinjam masa buat program hari tu" Ismal menjelaskan sebab kedatangannya sambil menghulurkan speaker.
" Ohh..ingatkan apa tadi" aku menyambut.
" Bila balik?"tanyaku kepada Ismal sambil melirik kepada Sarah yang tersengih-sengih beberapa meter di belakangku.
" Petang karang sikit. Sarah apa khabar?" Ismal berbudi bahasa.
" Baik. Balik sorang je ke?" Sarah mula bertanya. Aku lihat muka Sarah yang tersengih. Eii...muka macam nak kene pelempang.
" A’ah sorang je. Kenapa? Nak tumpang?" Ismal berjenaka. Eh, pandai juga budak ni buat lawak rupanya. Ingatkan serius je dia tau.
" Boleh ke? Kalau boleh nak juga, tumpang ke London." Ya Rabbi budak Sarah ni dah merepek-repek.
" Abang? Aaa...aaaa...?" Sarah keliru. Perasanlah tu.
" Tak, ni aku tanya speaker ni abang Fi punya ke?" Ismal menjelaskan dan aku mengangguk. Seketika kemudian Ismal meminta diri dan berlalu pulang ke asrama. Sedang aku membawa speaker itu, Sarah mula bercerita.
" Aku mati-mati ingatkan dia bahasakan diri dia tu abang tau dekat aku. Rupanya dia tanya engkau. Aku dah separuh pengsan dah dengar dia cakap abang tadi" Aku ketawa besar. Dah agak dah!!!
" Apsal ko tak cakap je i love you kat dia? Ai shi te ru ke..." tanyaku.
" Ai she teruk? Amende tu?" Sarah mengerutkan dahi.
" Ai shi te ru la!!! Ai she teruk pula. Maksudnya aku cintakan kau dalam bahasa jepun" aku menerangkan. Sarah terdiam dan tersenyum sebelum menyambung percakapannya.
" Entahlah Fi.....mungkin aku ada perasaan dekat dia, tapi belum tentu lagi dia ada perasaan dekat aku. Mungkin aku dengan dia takde suratan untuk hubungan macam tu. Takkan sampai ke mana pun.. aku memendam perasaan sendiri. Biarlah. Sekadar jadi kenangan manis dekat sini" dalam sekali perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh Sarah kali ini. Selalunya dia tak macam tu. Agak beremosi. Aku terdiam sambil cuba mendalami maksud Sarah.
" Minta maaf Kak Afi" air mataku bergenang apabila memikirkan ini kali terakhir bersama-sama dengan mereka.
" Akak pun sama dik..." Kak Afi juga menahan sebak.
" Kak Huz, Kak Ati...minta maaf" aku memeluk mereka dengan erat tanda ukhwah kami yang rapat. Mereka juga membalas pelukanku dengan erat.
Aku mengusung beg yang sarat dengan baju-baju sepanjang pembelajaranku disini. Terasa sebak. Aku memandang satu per satu wajah mereka yang banyak membantuku dan bersamaku tidak kira saat susah mahupun senang. Aku pun berjalan menyaingi Sarah dan Aya, kami memandang buat kali terakhir rumah yang banyak mencipta kegembiraan dan kesedihan sepanjang proses pembelajaran kami. Air mataku bergenang. Terkenang memori-memori seakan baru semalam aku berkenalan dengan mereka.
Pin! Pin! Sebuah motor lalu perlahan menyaingi langkah kami.
" Dah nak balik ke?" Zakir menyapa.
" Ha’ah..." jawab kami bertiga serentak.
" Elok-elok jalan, aku pun dah nak balik ni. Ok? Jumpa lagi? Jangan lupa contact-contact" Zakir mengingatkan kami erti persahabatan. Aku menoleh ke belakang Zakir. Shahrul????? Dia pun dah nak balik agaknya, beg besar disandang di bahu tu. Alahai... berat ke bang. Meh ayang tolong pikulkan... nak je aku cakap macamtu tapi fikiranku masih waras dan aku sekadar tersenyum melihat dia.
" Ni semester akhir korang kan?" Arul membuka mulut sambil membetulkan beg sandangnya.
" A’ah. Kenapa?" Pantas Sarah menjawab. Heii..aku baru je nak jawab! Potong line betullah.
" Takde apa. Tak dapatlah jumpa lagi ye, tunggu korang grad nantila baru dapat jumpa.." ujarnya lagi. Wah...bunyinya macam rindu je...mesti rindu kat aku. Walah walahh..gumbira di hati ini.
" Oklah, kitaorang gerak dulu. Byeee...jumpa nanti lain kali" baru je aku nak menjawab Zakir telah memecutkan motorsikalnya ke tahap yang boleh disaman oleh polis. Bengang betul...
" Kenapa ko tak cakap je kat Shahrul tu yang ko suka dekat dia?" usik Sarah. Aku sekadar tersenyum. Agak lama kami menapak dan akhirnya aku bersuara.
" Aku pun sama macam ko juga Sarah, mungkin dalam takdir hidup aku ni aku takde jodoh yang ditetapkan oleh Tuhan dengan dia, mungkin kami ditakdirkan untuk menjadi kawan semata-mata. Tak lebih dari itu. Mungkin ada orang lain yang telah diciptakan untuk aku dan aku pun diciptakan untuk dia Cuma Tuhan tak mahu kami berjumpa terlalu awal. Tak semua cinta itu indah, dan tak semua apa yang kita mahukan itu kita akan dapat. Kan?" perlahan aku bersuara.
" Manalah tau kalau Fi luahkan dekat dia yang Fi sukakan dia mungkin dia akan terima. Mungkin..." Aya bersuara setelah lama berdiam diri. Aku tidak memberi sebarang reaksi terhadap kata-kata Aya.
Tapi, aku berterima kasih kepada Shahrul, kerana atas kehadirannya...aku telah mencipta satu kenangan manis untuk diri aku sendiri di sini, walaupun tanpa perasaan dia. Iyalah, banyak orang berkata bahawa menyintai seseorang itu bukanlah satu kesalahan.
Kami berjalan menyusuri lorong-lorong untuk sampai ke destinasi, sesekali kami melawati tempat yang banyak memberi kami kenangan sepanjang pembelajaran kami di sini dan aku mula memikirkan kata-kata Aya. Mungkin ada benarnya. Mungkin suatu hari nanti kami akan bertemu kembali dan mungkin kami akan bersama. Tapi...segala yang aku fikirkan....hanyalah mungkin........
Dan aku tersenyum tanpa kata-kata.
Nota pengarang : Cerita ini adalah berdasarkan kisah benar. Fi sekarang melanjutkan pelajaran ke luar negara meninggalkan Sarah yg bekerja sebagai pengusaha taska Islam. Aya pula lebih senang menguruskan perniagaan milik keluarganya. Arul pula mendaftar sebagai polis dan bekerja di selatan tanahair, manakala Ismal sudah berkahwin dan bekerja di Sabah. Ismal sudah kahwin maka takde can la Sarah, aku masih ade can sebab Arul belum kahwin. Aahhahahahaah bengong. Terime kasih.
ayat ko memang superb r.(.dasat..dasat-dasat-dasat!!) alahai cetimku..aku terbayang muke die je bille bce cerpen2 dlm blog ni..tp sume aktor2 yg baik r..yg jaat? not sesuai..heroin die?aku r..biar pun ko x tahu isi hati ku.namun..hanya rumet ke je yg tau betapa ku rindu padanya.. -freesia_aya-=)
@farahlikescookies - a'a cite psl diri sendiri, sbg bekalan di hari tua. kakaakakak.
@tanpa nama - iya. benar. ini bukan cobaan, ini betul betul.
@tanpa nama - ahahaah tengok. ko dah aplikasikan cite aku ni jd cite ko plk kan. semua pn mesti ade crush time blajar,kalo x, kau budak nerd yg hampas. kehkehkehkeh.
@tanpa nama - wuuu masih suka arulkah? nnt akan disambung siri ini. Tunggu ya.. hihihihi (gelak ala ala malu)
@~kie~ - loves at a first sight ke? adeh tidak ketahuann pacarann lgii (tiba tiba nyanyi lagu ketahuan matta pahal?)
@tanpa nama - hahaah tengkiyus.
@tanpa nama - org yg berbunga2 semua jiwang, nnt ko berbunge nnt ko jiwang jgk. hahahaha.
@tanpa nama - of kos. insyaAllah. aku pun heksaited nak tau sape juduh ku ini. hihihi.
kisah benar rupenye.. hehe.. nape xluahkn je rse ati 2.. nnt lme2 mkn ati n buah ati dikebas org bru tau..hehe smoga berjaya ye..best cite ni.. thanks..!
@anisah : A'a anisah, ni kisah benar. Neraca kehidupan (tibe2) @TanpaNama5/8/10 : Masa tu tak berani nak luah2 ni,takut kena rejekkk. Masuk reject shop plak kanggg hahaha. @TanpaNama15/11/10 : Dpt kwn sekepala mmg best! Hehe. @TanpaNama29/3/11 : Betul tu,cinta tk semestinya memiliki tp time ade org nak memiliki dia aku naik hantu time tuh ahahaha. Thanks. Best of luck to you too ;)
mmg bez gler..dan ada certain crta tu blaku jga kat aku hehe..terasa aku yg ada dlm cita tue eh hehe..mmg bez mantop plus terbaekk punya..:)
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cite ttg diri penulis ke??
hahaha
love is complicated :D