Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Jam itu abang form 3 punya. Dia suruh Naim tolong tuntutkan," ujar Izzat.
"Jadi, kenapa kau yang datang?" balasku.
"Naim malu."
* * *
Dari situ bermulanya titik pertemuan aku dan Naim. Pada awalnya, aku tidak
mengenalinya walaupun sudah dua tahun bergelar pelajar SAM Sri Utama.
Memandangkan kami adalah rakan sejawatan, kami menjadi lebih mengenali antara satu sama lain. Apabila tiba waktu cuti, kami akan menghubungi antara kami. Kadangkala, kami berbual kosong di internet.
Pada suatu hari, pihak sekolah menjemput penceramah terkemuka untuk menyampaikan motivasi tentang batas-batas bersosial. Aku menumpukan sepenuh perhatian ketika motivasi itu disampaikan. Saat penceramah itu menyentuh bab ber’chatting’, aku terdiam. Pada waktu itu, aku terasa yang aku salah. Namun, aku menafikan perasaan itu. ‘borak biasa je.. bukan apa pun.’ bisik hati kecilku.
* * *
"BUZZ!
Salam...
tga wat pe tu?"
Itulah ucapan dari Naim apabila aku ‘online’. Pada kebiasaannya, aku terus sahaja membalas mesejnya. Tapi, kali ini aku tidak. Aku berfikir dua tiga kali sebelum membalasnya. Namun nafsu menguasai diri. Aku membalas juga.
Selepas tamat cuti sekolah, aku bercerita perkara yang aku bualkan bersama Naim kepada temanku, Halisa.
"Kau kan KP, Nisa. Kau tak takut ke?"
"Mula-mula, takut juga. Tapi, aku kan borak biasa aja dengan dia. Alah, kau pun ‘chat’ dengan Izzat juga kan ?"
"Hah! Mulalah tu! Tukar topic. Lagi, apa yang kau borak dengan dia?"
Begitulah seterusnya. Kami selalu berborak mengenai Naim. Kadangkala, kami
bercerita juga tentang rakan-rakan kami yang lain. Pada cuti sekolah yang lalu, Naim mengaku bahawa dia menyukai aku. Lagilah aku bertambah seronok kerana aku tidak bertepuk sebelah tangan!
* * *
Saat aku sedang asyik menulis luahan perasaanku pada diari, aku terdengar Khadijah merungut.
"Ni apa bising-bising ni, Dijah?"
"Ana tak suka la, Nisa" Ana dengar, ada form kita yang dah mula ber’couple’.
Ana bencilah!" Saat itu, darah menyerbu ke mukaku. Namun, aku berlagak tenang.
"Sabarlah Dijah. Biasalah tu, dia orang dah naik kepala sikit. Dah form 2..."
"Nisa ada dengar tak masalah-masalah macam ni?"
"Tak ada la pula. Nanti kalau ada, Nisa sampaikan kat Dijah, ya?"
"Ok. Thanks."
"You’re welcome. Dah! Jangan tention sangat. Tahulah dia tu pengawas
BADAR..."
"Insya-Allah." kata Khadijah lalu mengatur langkah ke katilnya.
Saat itu, aku berfikir tentang aku. ‘Salahkah aku mencintai makhluk Tuhan?’ bisikku. Pelbagai persoalan menerjah fikiranku.
* * *
"Wawa, cepatlah! Aku nak pergi jumpa Teacher Soba nanti. Lepas tu, nak pergi koperasi. Nanti, habis masa, susahlah!"
"Amboi, ‘busy’nya dia. Maklumlah, dah berbaju kuning. Ya tak Lisa?"
"Tahu taka pa. Aku yang sekelas dengan dia pun dah kurang dapat perhatian." kata Halisa
"Apa kau orang ni? Sorrylah... jangan ambil hati. Nanti aku yang x ada hati."
"Baguslah itu, tak ada hati. Nanti kau dengar aja apa arahan kita orang." ujar Hawa.
"Eh, dahlah! Yang penting sekarang, makan! Aku dah lapar ni!" kataku lalu menarik tangan mereka menuju ke kantin.
Setelah membeli makanan, kami mengambil tempat berdekatan dengan sinki. Waktu aku sedang menikmati nasi goreng ayam, tiba-tiba Halisa menegurku.
"Nisa! Tengok tu!" Aku memandang kea rah yang ditunjukkan Halisa. Aku melihat Naim sedang menuju ke kantin. Apabila dia terlihatku, dia tersenyum. Aku hanya membalas senyumannya tawar.
"Nisa!" kata Hawa tiba-tiba.
"Kenapa?" balasku.
"Jaga mata kau sikit!"
"Baiklah, cik puan. Saya minta maaf."
* * *
"Ramainya orang kat koperasi. Tak jadilah, wei! Esoklah aku beli buku tu." ujarku.
"Jadi, sekarang nak wat pe?" Tanya Halisa.
"Kau nak pergi mana-mana tak, Wa?" Hawa hanya menggelengkan kepalanya.
"Lisa?" Halisa juga menggelengkan kepalanya.
"Jomlah masuk kelas!" kata Hawa lalu mengatur langkah menuju ke kelas.
* * *
"Ok, seterusnya muka surat 52, semua." ujar Teacher Syazana.
" Ala , banyaknya, teacher." Syahmi merungut.
"Kamu cuti empat hari, kan ?"
"Ya, teacher." ujar kami sekelas.
"Jadi, tak adalah banyak sangat."
"Alah..."
Rungutan kami tidak dapat mengurangkan sedikit pun jumlah kerja rumah yang diberi oleh Teacher Syazana. ‘Untuk aku pandai!’ aku yakinkan diri.
* * *
‘Yes! Hari ni balik !!’ bisikku. Fikiranku sudah membayangkan apa yang akan aku lakukan pada cuti sekolah nanti. Sudah tentu ‘chatting’ dengan Naim!.
Sedang aku menunggu ayah, tiba-tiba bahuku disentuh. Lantas, aku menoleh. Aku tersenyum pada Hamiza, rakan se’kepala’ ku.
"Kau balik pukul berapa?" tanyaku.
"Entahlah. Ayah aku kata 3:30. Ni dah dekat pukul 4 ni, tak datang lagi," balasnya.
"Samalah nasib kita. Hmm...."
"Nisa, nanti bolehlah kau ‘chat’ dengan dia."
"Dengan siapa?"
"Alah, buat-buat tak tahu pula. Naimlah!"
"Oh, dia." Aku tersenyum apabila nama itu disebut.
"Tengoklah nanti" tambahku.
Hamiza hanya tersenyum padaku. Aku membalas senyumannya ala kadar. Tiba-tiba, Hamiza memanggilku.
"Nisa!"
"Apa?! Kau ni. Panggil macam aku ni jauh sangat aja."
"Aku nampak dia tadi!"
"Jadi??"
"Alah, kau... Dalam hati, cari juga dia, kan ? Mengaku aja lah..."
"Mana ada!" Aku menafikan.
"Yalah tu! Aku tipu kau aja. Dia dah balik dah... tadi. Aku nampak dia dengan abang dia."
"Oh, yakah? Dia balik naik apa?" balasku.
"Hah, tengok tu! Nak tahu juga!"
Kami hnya tergelak sesame sendiri. Masing-masing menghabiskan masa dengan berborak tentang Naim sementara menunggu.
* * *
N@im - Salam... Hanisa!
Npe awk mcm tu?
Haneez - Macam mana?
N@im - Ala. .. mcm tu lah. Awk kt blkg Azilah je...
Aku gembira bermanja dengannya. Walau hanya pada YAHOO MESSENGER. Aku juga sedar, hanya di situ tempat kami berbual dan berhubung.
Tiba-tiba, aku terbayang Khadijah. ‘Dijah, salahkah apa yang aku buat ni?’Memoriku kembali pada saat Motivasi Batasan Sosial yang diadakan di sekolah tiga minggu lepas;
"Dalam Al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: Janganlah kamu menghampiri zina.. Allah melarang kita mendekati. Apatah lagi melakukannya... Anak-anak remaja sekarang terdedah dengan SMSnya, chattingnya. Itulah salah satu pendekatan kepada zina. Saya yakin dalam kalangan kamu ada yang melakukannya, betul tak?"
Aku buntu. Apa yang perlu aku lakukan ini? Kenapa aku mudah terpengaruh dengan nafsu? Khadijah.... bantu aku! Hawa... Halisa... Hamiza... Azilah... tolong jauhkan aku daripada dia!!! Lantas, aku memohon pergi dari Naim. Dia mengizinkan. Lalu, aku memutuskan talian internet.
Kemudian, aku memberi mesej (SMS) kepada Hawa.
- Wa, npe ak x ley berubah? - Bkn bleh atau x bleh.. Cume nak atau x nk. Npe tanye? - Takde pape. Err... k. Tenxx..
Sinar kesedaran mula menampakkan diri ketika itu. Aku berharap ia kekal bersinar selamanya.
* * *
"Nisa! Petang ni ada perjumpaan pengawas dan PRS F2 sahaja." ujar Khadijah.
"Okay! Linda dengan Azilah dah tahu, belum?"
"Ana dah beritahu dia orang. Tapi, Lin kata dia tak dapat datang. Dia Outing, nak buka akaun."
"Oh, tak apalah! Nisa ajak Hawa, boleh? Dia kan PRS..."
"Boleh! Afdal. Hehe... Oklah! Ana pergi DM dulu, ya?"
"Kirim salam kat nasi, ya! Nisa tak nak makan,"
"Insya-Allah!"
‘Khadijah... Khadijah...’ bisikku. Tiba-tiba ada orang memberi salam.
"Waalaikumussalam. Oh, Wawa! Masuklah." pelawaku.
"Tak apalah. Nak cepat ni. Perjumpaan itu jadi, tak?"
"Jadi! Petang ni, pukul 3:30. Jangan lambat!"
"Ok. Terima kasih. Aku pergi dulu, ya?" Aku hanya mengangguk.
Kemudian, aku menyambung menyiapkan latihan Matematik yang tergndala tadi. Hatiku berbunga riang! Kenapa? Sebab aku akan berjumpa dengan Naim!
* * *
"Cepatlah! Dah nak 3:30 ni! Kalau dia orang sampai dulu, malulah!" laju saja Khadijah berkata.
"Yalah! Sabar sikit!" balasku. Setelah Azilah dan Hawa memunculkan diri, kami pergi bersama.
Laju kami berjalan menuju ke sekolah.
"Nasib baik dia orang belum sampai. Kalau kita lambat, apalah yang dia orang cakap." Kami hanya mengiakan bebelan Khadijah. Tidak lama kemudian, tiga orang lelaki muncul. Aku menyiku Hawa. Dia menoleh.
"Apa?" bisik Hawa perlahan.
"Malu, takut.. Macam mana ni?" Aku mula resah.
"Buat macam biasa aja!" balasnya. Aku terdiam. Ku lihat Naim duduk di kerusi yang paling hujung di hadapan kami.
"Err... mana lagi seorang, ya?" Khadijah tiba-tiba bersuara.
"Oh, Muiz! Dia ada latihan takraw." balas Naufal.
Kami hanya mengangguk. Perjumpaan hari itu dimulakan dengan sesi ta’aruf antara pengawas dengan PRS serta, objektif perjumpaan itu. Aku hanya diam. Fikiranku tidak dapat fokus saat itu. Aku berasa sangat takut berhadapan dengan Naim. Walaupun selama ini, perkara seperti inilah yang ku impi. Tapi, hari ini.... Aku kaku.
Tiba-tiba, Khadijah menyentuh tanganku.
"Hanisa, fakir apa tu?" kata Khadijah.
"Err.. tak adalah. Mana ada apa-apa."
"Ana tanya ni, ada tak masalah yang nti hadapi?" Tiba-tiba, lidahku kelu. Jantungku berdegup kencang. Mukaku seolah-olah tiada darah! ‘Oh, Khadijah! Nisa tak nak mengaku!’ bicaraku dalam hati.
"Err... tak ada." balasku. Khadijah meneruskan majlis dengan perbincangan masalah dalam kalangan pelajar.
"Ok. Sekarang, tentang pelajar form 2 dan form 1. Ada masalahkah yang antum dengar?" Khadijah bertanya.
"Form 1 terlalu keanak-anakan!" kata Hawa.
"Maksud nti?"
"Ana selalu nampak form 1 berlari dari koridor sana ke koridor sini" terang Hawa satu per satu.
"Oh, itu. Dia orang masih berfikiran sekolah rendah lagi." Aku tergelak kecil mendengar penjelasan Khadijah.
"Form 2 pula?" Tanya Khadijah. Kami semua hanya menggelengkan kepala.
"Tapi, ana dengar ada yang dah pandai ber’couple’..." sinis saja suara Khadijah waktu itu. Aku tak ubah seperti cacing kepanasan. Naim juga begitu.
"Kalau ada, tolong inform, ya!" balas Khadijah.
* * *
‘Apa ni Hanisa? Masa tu, kata nak berubah. Tapi, apa ni? Layan juga dia kat YM. Intai juga dia kat koperasi! Tak malukah, Nisa?! Mana maruah kau?’ Aku memarahi diri sendiri.
"Nisa." tiba-tiba ada suara memanggilku.
"Ya?" Aku membalas. Khadijah rupanya.
"Nti macam ada masalah aja,"
"Err..." Aku berfikir dua tiga kali. Wajarkah aku menceritakan tentang Naim padanya. Nanti mesti dia suruh aku tinggalkan Naim, bisikku. Namun, ku cuba meyakinkan diri bahawa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
"Sebenarnya," Aku menerangkan satu per satu kepada Khadijah.
"Nisa, kita memang diciptakan dengan perasaan itu. Tapi, bagi ana kita tak perlu aplikasikan kat orang lain sekarang ni."
"Habis tu, apa yang Nisa kene buat sekarang?"
"Terus terang kat dia,"
Aku hanya mengangguk lemah. Mungkin aku masih berat untuk melepaskan Naim, tapi aku akan cuba menguatkan iman di hati untuk berterus terang dengannya.
* * *
"Dijah, Nisa balik pohon minggu ni," ujarku.
"Em, jangan lupa buat yang ana pesan,"
"Dia balik juga, kah?" tanyaku.
"Ya! Ana nampak tadi,"
"Insya-Allah! Dijah doakan Nisa, ya?"
Malam itu, aku melayari internet. Tujuan utama aku adalah untuk berterus terang dengan Naim. ‘Bagus! Dia online!" bisikku.
N@im - Hanisa... khusyuknya dia....
Haneez - Apa?
N@im - Masa meeting hari tu~
awak tunduk je...
Haneez - Biarlah! =(
N@im - Awak pun balik?
Haneez - Awak yg tru saya!
Naim peniru.
‘Ya Allah! Apa yang aku buat ni?’ bisik hatiku. Kenapa aku masih bermanja dengannya? Aku masih belum berterus-terang dengannya’ Dalam hatiku, ‘itu yang last lah! Lepas ni, tak perlu contact dia lagi!
* * *
‘Boringnya, petang-petang macam ni,’ bisikku. Lantas, aku mencapai laptop milik ibuku, lalu membawanya ke kamarku. Aku melayari internet lagi. Aku tersenyum melihatkan namanya ‘online.’
N@im - BUZZ!
Hanisa... Jujur
Awak bgtaw psl Naim kt org, kn?
- Saya kecwa dgn awk.
Haneez - Mmg! Sy ada bgtaw kt Khadijah.
Sy x dpt thn sume tu sorg2.
Sy mmg jahat! Hipokrit!
Sy x layak kwn dgn awk.
Awk tggi kt atas sana .
Sy pulak kt bwh ni, x setaraf.
N@im - Hanisa, jgn ckp mcm tu
Manusia x lari dri kesilapan
sy taw, awk buat mcm itu untk sya berubah, kan ?
Haneez - Jd?
N@im - Sy rse kta kene berpisah, e2 yg awk nk, kan ?
Haneez - klau saya kta sy x nak?
N@im - terpulang pada awk lah.
tp
sy fikir yg t’baik utk awk.
Haneez - Sy benci perpisahan!
Knapa awk seng je ucp perpisahan tu?
N@im - Sy pun benci, tp
sy terpaksa, untk kebaikn awak.
Haneez - Sy tpkse wlu sy x rela.
N@im - Sblm berpisah, sy minx maaf ats kslhn yg sy buat pd awak.
Haneez - Sy pun. Assalamualaikum...
N@im - Waalaikumussalam...
Air mataku mengalir laju saat ini. ‘Kenapa? Bukan inikah yang aku mahukan? Terus-terang...’
* * *
Sejak hari itu, tiada lagi Naim dalam kamus hatiku. Biarlah ia menjadi kenangan lama. Yang pasti hidup perlu diteruskan. Aku yakin, pasti ada hikmah di sebalik perpisahan ini.
Naim... walau bagaimanapun, kau pernah muncul dalam hatiku. Perasaan sayang yang kau semai dalam hatiku, akan ku campak jauh-jauh. Agar ia tidak kembali.
Khadijah... terima kasih. Kalau tidak keranamu, pasti aku masih hanyut dalam gelora duniawi. Ya Allah! Aku bersyukur, di atas kehendak-Mu.
Dan hikmah perpisahan itu, aku lebih berjaya! Insya-Allah!
jalan cerita ada, tapi diperkemaskan lagi...dan kalau boleh olah lagi, supaya ia jadi lebih menarik..apa pun terima kasih penulis kerna cerita yg menarik
ade pengajaran..tp ayat die terlalu skema kot..tu yg wat berpinau n pinin otak..cre penyampaian x menarik sgt..tp..jln citer da bgus.. try more k writter..=)
ayat ko pun skema gak miss purple..aku pun bnyk skip doe..
putra86
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ayat skema