Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
'Dia lagi. Sikit-sikit dia, semua benda pun dengan dia' gumam Azri dalam hati. Dia mencebik. Matanya dijelingkan ke arah 'dia'. Hatinya terasa panas kerana sekali lagi dia 'ditakdirkan' untuk membuat assignment dengan 'dia'. Bukan sekali dua, bahkan rasanya setiap kali assignment mesti 'dia' juga yang menjadi ahli kumpulannya. Tanpa disedari Azri melepaskan keluhan berat.
Bukan Azri tak suka dengan 'dia', malah dahulu dia yang memuji setinggi langit rakannya itu. Setiap kali assignment mesti Azri yang mula-mula menebalkan muka mahu menyiapkan assignment bersama 'dia'. Tidak dinafikan, 'dia' seorang yang baik hati, pandai, rajin pula tu. Lihat sahaja result 'dia' setiap semester. Tak pernak lagi terkeluar daripada ranking Dean's list. Markah assignment mereka pula tidak pernah kurang 90% daripada markah penuh. Ya, Azri memang berbangga dengan hasil kerja mereka berdua, namun dia sudah bosan. Pada mulanya Azri memang terasa seronok dapat rakan yang begitu komited terhadat pelajaran, namun kini dia sudah jemu. Bosan dengan sikap 'dia' yang begitu mengongkong lagi-lagi bab pelajaran. 'Kenapa aku yang kau pilih ? Kenapa kau yang aku pilih dahulu?' Hatinya meraung.
Pagi tadi apabila Dr Fuad memberikan tugasan kepada mereka, 'dia' terus sahaja memandang ke arah Azri sambil tersenyum. Sorotan matanya memberitahu bahawa 'dia' mahu menyelesaikan tugasan tersebut bersamanya. Kalau ada tugasan individu pun 'dia' tetap mahu menyiapkan bersama-sama. Alasannya cukup mudah, mahu siap pada waktunya dan mahu kerja yang terhasil cukup berkualiti. Yalah, bak kata pepatah inggeris, \'Two heads are better than one\'. Itu belum kira mahu belajar bersama. Kalau diikutkan, memang hampir separuh harinya dihabiskan menatap wajah 'dia'.
Azri mengeluh sekali lagi. Mahu sahaja dia lari sebaik sahaja kelas Dr Fuad tamat. Namun, tak waras rasanya nak larikan diri daripada 'dia'. Yalah, semua orang pun tahu hubungan rapat mereka sejak semester pertama mereka belajar di situ. Ke kelas bersama, makan bersama, belajar bersama, assignment bersama... pendek kata semua benda dilakukan bersama. Semua ini bermula apabila mereka perlu melakukan kerja tugasan bersama-sama ketika semester pertama mereka. Azri hanya mampu menayangkan muka kelatnya apabila 'dia' berjaya berjalan barsaing di sebelahnya.
' Oh, baju baru.' Perkara pertama yang terfikir di benaknya apabila dia memandang kearah 'dia'. Seperti biasa, 'dia' akan menghadiahkan senyuman ikhlas kepadanya. Gayanya santai sahaja, memakai baju t dan seluar jeans. Nampak padan sahaja dengan beg sling hadiah birthday yang diberikannya bulan lepas. Hati Azri sedikit gembira melihat hadiah pemberiannya dipakai oleh 'dia' ke kuliah.
"So, bila nak start?" soalan pertama 'dia' mematikan kebisuan antara mereka. 'Bila nak start? Baru dapat assignment dah semangat nak buat? Kau ni memang pantang ada assignment lah!' kutuk Azri dalam hatinya. Kutuk ? Entahlah. Dia sendiri tidak pasti. Bukankah sepatutnya dia memuji sifat rakannya itu ?
"Entah, malaslah nak fikir sekarang," jawab Azri tanpa emosi. Memang, kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mengamuk. 'Dah lah suka-suka hati nak jadi partner aku... ingat aku nak sangat ke buat assignment ni dengan kau? Aku bosan tahu tak? Semua benda dengan kau.' Namun, untuk meluahkan perasaan yang berbuku di dadanya dia tidak mampu. Azri terasa kalah dengan 'dia', terasa begitu kerdil apabila bersama 'dia'.
'Dia' tersenyum nipis. "Tak apa, due date pun masih lama lagikan? Err... Azri, hari ni kita makan kat mana ya?" ujar dia masih memaniskan roman wajah. 'See? Lepas tanya assignment, tanya makan kat mana pula. Lepas ni apa? Pukul berapa nak study sama ke? Elleh, kau ingat kau senyum macam tu aku boleh cair lah? Boleh jalan!' masih tak mampu untuk diluahkan secara lisan oleh Azri. Dia memandang wajah 'dia' sekilas sebelum menjawab " Tak ada mood nak makan." Bohong. Padahal perutnya memang sudah terasa perit kerana dari pagi tadi tak jumpa sebutir nasi.
Mereka terus sahaja berjalan seiringan tanpa sebarang ayat. Azri perasan riak wajah 'dia' bertukar muram berbanding tadi. Mungkin kerana sikap yang ditunjukkannya kepada 'dia'. Takkan Azri mahu memujuk pula? Macam aneh sahaja mahu memjuk 'dia' kerana perkara kecil seperti itu. Kecil? Entahlah. Tanpa mereka sedari, mereka sudah sampai di hadapan blok apartment 'dia'.
"Azri balik dulu ya?" kata Azri pendek. Tak mampu rasanya untuknya menatap wajah 'dia' ketika itu. Takut termarah satu hal, takut terpujuk 'dia' pula satu kes lain. Belum sempat dia melangkah, 'dia' lebih dahulu bertanya " Something wrong? Dah lama saya perhati Azri macamni."
Kantoi. Perlukah dia berterus terang? Air liur yang ditelan terasa pahit. "It's okay kalau Azri tak puas hati dengan saya. Cakap sahajalah." Pandai betul 'dia' membaca fikiran Azri. Mungkin terlalu pandai. Yalah, sudah lebih tga tahun mereka sentiasa bersama. Pasti 'dia' sudah begitu maklum dengan perangainya. Azri hanya pamir senyuman kelat. "Tak ada. Tak ada apa-apa. Sorry." Itu sahaja yang mampu terluah. 'Dia' pamir lagi senyuman manisnya. Azri terus meninggalkan 'dia' kerana dia tahu, kalau berlama-lama di hadapan 'dia' mungkin Azri akan melakukan sesuatu yang bodoh.
Mesej daripada 'dia' yang diterima pagi tadi membuatkan Azri sedikit terkejut. ' Saiful ajak buat assignment dgn dia. X pe kan kalu kte x buat sme2 kali ni?' Yes! Akhirnya. Mahu sahaja dia memeluk Saiful kalau temannya ada dihadapannya ketika itu. Hatinya terasa gembira walaupun dia terpaksa mencari teman lain sebagai pengganti 'dia'. 'Ok je. X pe.' Lantas, butang send terus ditekan membalas mesej itu.
Buat pertama kali dia terasa begitu bebas dan seronok membuat tugasan yang diberikan. Nikmat yang sudah lama dia tidak rasai jika bersama 'dia'. Tidak membuat tugasan bersama 'dia' bermakna Azri tak perlu menatap wajah 'dia' terlalu lama. Mereka juga sudah tidak punya masa belajar bersama-sama. Namun, terserempak 'dia' berdua sahaja dengan Saiful menyentap perasaannya sedikit. Cemburu? Kalau cemburu sebab apa pula? Sebagai rakan baik? Hish, bukan. Sebab 'dia' sudah terlalu biasa bersamanya jadi melihat 'dia' bersama orang lain terasa begitu janggal. Dari jauh Azri melihat 'dia' melambai tangan sambil tersenyum ke arahnya. Azri hanya membalas dengan anggukan kecil.
Semakin hari semakin jauh jurang antara mereka. Jurang yang Azri ciptakan sendiri di antara mereka. Bukan 'dia' tak mengejar, tetapi Azri yang lebih dahulu berlari meninggalkan 'dia'. Ada sahaja alasan yang diberikannya kalau 'dia' mengajak belajar bersama waima pergi makan sekalipun. Mungkin sudah bosan dengan perangainya, 'dia' sudah jarang menghubunginya. Mesej yang diterima kini hanya sekadar bertanya khabar dan mengingatkannya tentang perkara penting. Tiada lagi ajakan-ajakan ataupun mesej sekadar bergurau di kala kebosan. Azri memang terasa hidupnya kosong tanpa itu semua, namun dia rela asalkan 'dia' tidak lagi mengganggu hidupnya. Menggangukah namanya?
Keadaan mereka berlarutan sampailah semester terakhir mereka di universiti itu. Akhir-akhir ini 'dia' sudah langsung tidak menghubunginya. Kalau dulu inboxnya dipenuhi masej-mesej daripada 'dia' tetapi sekarang boleh dikira. Sehinggakan Azri terasa sayang mahu membuang mesej daripada 'dia'. Takut tiada lagi mesej yang dikirimkan daripada 'dia'. Takut rindu. Rindu? Aduhai hati, sejak bila kau belajar rindu kepada teman sindiri? Tak logik sungguh.
Hati Azri semakin dapagut rasa cemburu melihat kemesraan antara 'dia' dan Saiful. 'Sudah lupakah 'dia' kepada aku?' detik Azri lagi. Hatinya bagaikan terbakar melihat mereka berdua tergelak bersama. Semakin pansa hatinya melihat senyuman manis 'dia' diukir di hadapan lelaki lain. 'Ish, apa kena aku ni? Cemburu tak bertempat.' Sebagai kawan, bukankah Azri patut tumpang gembira? Namun hati Azri degil untuk merestui hubungan itu.
Saban malam hanya 'dia' yang difikirkan. Mahu berjumpa dia malu. Yalah, mereka bukan rapat seperti dahulu. Bahkan, Azri sendiri yang pergi menjauhkan diri satu ketika dahulu. Azri kalih badan ke kiri, wajah 'dia' muncul di tubir matanya. Azri pusing badan ke kanan, gelak tawa 'dia' pula terngiang-ngiang di telinga. Azri cuba meniarap, mengharapkan dia mampu melupakan wajah 'dia'. Sekali lagi senyuman manis 'dia' mengganggu fikirannya. Senyuman itu... alangkah bagus kalau 'dia' hanya senyum begitu kepada Azri seorang sahaja.
Sudah berbagai pose telah digayakannya tetapi matanya masih degil tidak mahu lelap. Sehinggakan teguran roommatenya membuatkan Azri malu sendiri. " Kau ni pehal? Macam kucing hilang anak je? Awek lari ke?". Azri senyum seperti kerang busuk tanpa kata. 'Hilang awek? Hish, bukan awek, kawan baik. Eh, ye ke?' Hatinya berdolak-dalik. Siapa 'dia' sebenarnya dalam hati Azri? Siapa Azri dalam hidup 'dia'? Sekadar kawankah mereka? Sakit kepala Azri memikirkannya. Azri mahukan jawapan segera. Lantas, nombor telefon 'dia' didail untuk membuat janji temu.
Azri tersenyum melihat 'dia' datang ke arahnya. 'Dia' nampak ayu berbaju kurung pink berselendang warna sedondon. Azri bersikap gentlemen malam itu dengan menarikkan kerusi untuk 'dia' duduk. Jelas kerutan di dahinya tanda pelik.
"Sunyinya restoran ni. Kita dua je?" ujar 'dia' sedikit tidak selesa. 'Aduhai, cantiknya 'dia' malam ini. Terasa macam bidadari syurga. "Romantik, kan?" ujar Azri selamba. Terdengar gelak halus 'dia'menampar gegendang telinga.
Seorang pelayan datang mengambil pesanan mereka. Selepas selesai memesan makanan, Azri menyambung semula renungannya. 'Dia' tidak membalas renungannya, sebaliknya menundukkan wajahnya meneliti meja. "Don't stare at me like that. Maria tak selesa." Wajah 'dia' sudah bertukar rona. Azri sengih.
"Sorry." 'Dah lama sangat tak pandang muka Maria lama-lama.' Entah kenapa ayat itu tak terluah juga oleh Azri. Sepanjang masa makan mereka hanya senyap. Kelu. Janggal. Rasa asing tak seperti dahulu. Makanan dipnggan 'dia' hanya disentuh sedikit. Yang lain hanya dikuis-kuis sahaja. 'Aduhai Azri... cakaplah sesuatu. Takkan nak terus diam je?'
"Spill it. Kenapa tiba-tiba je ni?" ujar \'dia\'. \'Dia\' meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan. Azri memandang ke arah 'dia' lama. Senyap lagi. "Err.. emmm.. aaaa..." kata Azri tergagap-gagap. "Sejak bila pulak Azri gagap ni?" soal 'dia' bersama gelak kecil. Senyuman itu, suara itu, betapa Azri rindu semua itu.
"Ermmm, apa hubungan Maria dengan Saiful?" soal Azri akhirnya, sedikit tergagap. Wajah \'dia\' berubah. "Ha?"
"Azri tanya ni, apa hubungan Maria dengan Saiful?" ulang Azri kini semakin jelas. Matanya mencari mata 'dia'. Maria memandang tempat ke arah lain. "Nothing special. Kawan je," ujarnya selamba tanpa riak.
"You are avoiding me. Jangan bohong. Azri tahu..." ayatnya mati di situ. Tak sanggup meneruskan ayatnya kerana dia terasa kalu telahannya benar, realiti itu terasa terlalu pahit. "Tahu apa, Azri? Kenapa tiba-tiba tanya ni?" Jawapan itu langsung tak menjawab soalan Azri. Dia meraup wajahnya, mencari ayat yang lagi sesuai.
"Janganlah buat Azri macam ni..." ujar Azri seperti merajuk. 'Dia' mengeluh perlahan. " Buat apa Azri? Maria buat apa kat Azri?" Kata-kata itu ada juga benarnya. Maria memang tak salah dalam hal ini. Mereka bukan pernah declare apa-apa dahulu. " Siapa Maria pada Azri?" sambung 'dia' perlahan namum masih mampu didengar olehnya. 'Siapa? Azri letak Maria nombor satu dalam list Azri selepas mama tau!' Azri meraup wajahnya sekali lagi. Takkanlah dia nak cakap macam itu. Terbalik kerusi 'dia' kalau dia dengar sebab terkejut.
Azri gagal mencari ayat. Mungkin sebab bosan menunggu jawapan, Maria bangun dan mula meninggalkan Azri. Azri cepat-cepat bangun dan menarik lengan Maria untuk menghalangnya daripada pergi. Namun, sepantas kilat juga Maria menghayunkan handbagnya tepat mengena wajah Azri. Wajahnya terasa pijar. Lantas, pegangan tangannya dilepaskan dan tangannya mengusap-usap pipinya yang terasa panas.
Maria panik. Dia tidak menyangka hayunan begnya tepat mengena muka lelaki itu. " Sorry"
"No, I'm sorry. I'm sorry for what I've done. Azri salah, Azri tak boleh nak let you go. Azri tak rela Maria rapat dengan Saiful. I jealous. I... I... Cuz you are part of me. I tak nak you jadi hak orang lain. I tak dapat terima bila you dengan orang lain," kata Azri tersekat-sekat. Lidahnya tersasul menggunakan 'I' dan 'Azri' secara tak konsisten. Rasa macam nak tampar saja mulutnya itu. Dah lah suka-suka hati meluahkan perasaan, kuat pula tu. Nasib baik mereka berdua sahaja yang berada dalam restoran itu. Nasib baik dia dah tempah seluruh restoran itu untuk mereka sebelum itu. Kalau tak, percuma sahaja jadi tatapan orang lain buat drama tengah-tengah restoran itu.
Maria terkaku. Azri pula termalu sendiri. Betapa tidak, meluahkan perasaan kepada buah hati orang. Mukanya terasa panas sekali lagi, tapi kali ini sebab malu. Maria koyak senyuman. Lama-lama semakin lebar dan akhirnya air matanya meleleh. 'Alahai girl, kenapa pula ni?' Hati Azri dipagut rasa bersalah.
"Azri bodoh." Ucap Maria pendek. " Selama ni Azri tak nampak ke Maria care kat Azri?" sambungnya sambil menyeka air matanya. 'Eh? What?'
"Selama ni Maria ingat Azri tahu perasaan Maria. Selama ni Maria ingat Maria syok sendiri. So, Maria cuba nak lupakan Azri but you know, Ican't. Tak de orang boleh ganti you..." Maria berhenti di situ. Makin banyak pula air matanya yang membasahi pipi. Semakin laju Maria menyeka air matanya. Dia pamir lagi senyuman indahnya walaupun air mata masih bersisa di pipi.
Azri senyum. Dia bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tidak bertepuk sebelah tangan. Jawapan 'dia' jelas bahawa 'dia' juga menyayanginya. Kalau boleh, mahu sahaja dia memeluk gadis di hadapannya itu. Tapi tak boleh, belum dapat lesen lagi.
"Maria, sorry sangat I neglect you before. Sorry for everything. Janji lepas ni I tak buat lagi."
"You better not."
Mereka sama-sama senyum bahagia. Malam itu mereka bercerita panjang tentang perasaan masing-masing. Azri memnceritakan semuanya kepada Maria. Pada mulanya Maria berasa marah namun akhirnya dia tergelak. Lucu rasanya. Bodoh pun iya juga.
"Jom beli cincin." Ajak Azri. Maria di sebelahnya pamir riak terkejut. "Sekarang?"
"Yup. Azri tak nak Saiful kacau line Azri. Biar dia tahu Maria dah hak Azri sorang je. After Grad kita kahwin." Maria tergelak. " Kalau macam tu, Maria ada assignment nak bagi." Wajah Azri berubah kelat. 'Assignment? Alahai dia ni tak pernah lari dari assignmentlah. Sikit-sikit assignment. Ni yang aku menyampah ni.'
"Hey, rilex ok? Maria nak Azri macam dulu balik. Sama-sama usaha and study for our future. Boleh,kan?"
Azri lega. Perlahan dia mengangguk dan tersenyum. Ya, dalam hidupnya kini hanya ada 'dia', teman assignmentnya sampai mati. InsyaAllah.
aslkm...hai penulisan... cerita yang di hasilkan oleh penulisan menarik juga.... time sy baca...saya ingat "DIA" tu laki...rupanya..perempuan... xsangkakan lak..
rasa2nya ramai remaja yang macam ni.... girl care kat boy tu... tapi tak dihargai, siap merungut dikongkong plak tu.... bila girl tu dah takde di sisi, baru sedar yang boy tu syg pada girl... anyway, nice story.... gudjob!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
salam..hmmm...best je cmtu..huhu..tingat kt ex..susahnye nk bntuk die jd student yg bertggjwb...tp cte ni..sng je..jauh sgt bezanye ngn dia..pape pon..slmt berkarya..n kekalkn nilai2 murni yg ad dlm cte ni n buang yg mne x ptut..gud luck