Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Naim terjaga dari tidur bila serasa lehernya seperti dicengkam erat bukan oleh seseorang tetapi lebih kepada ‘sesuatu’. Termengah-mengah dia menyedut udara. Perlahan-lahan tangannya meraup wajah yang sudah lenjun dek basahan peluh sambil bibirnya mengucap halus. Naim bungkam disitu. Cuba mengingat kembali mimpi ngeri yang dialami sebentar tadi. Mimpi yang lebih kurang sama dengan yang mengganggu sebelum ini menjadikan Naim buntu. Sekali lagi Naim mengucap dan tangannya pantas mengurut-urut dada.
Dipandangnya ke kanan bilik. Ikmal, rakan sebiliknya itu masih enak beradu di dalam gebar biru. Naim mengeluh perlahan. Berbaring kembali dan cuba melelapkan mata namun gagal. Dicapainya handpone di bawah bantal. Angka 3.45 pagi muncul disitu. Perlahan-lahan Naim bangkit keluar dari bilik dan menuju ke bilik air untuk mengambil wudhu’. ****************************
"Im!" kuat Azwan menyergah bila panggilannya tidak bersahut.
"Haa??" Naim akhirnya kembali ke alam nyata bilamana suara Azwan yang seperti halilintar membelah bumi itu memecahkan lamunannya.
"Ishh... Kau ni kenapa? Dah 5 kali aku panggil tau kau wat derk je. Mengelamun semacam ni apsal?" pantas Azwan menyoal.
"Yeke? 5 kali eh? Rilek la Wan...baru 5 kali tak 10 lagi...Hehehe..."
"Haa... banyak la kau punya rilek! Mana assignment kau? Aku nak hantar dah ni."
"Ada... Ada... Jap!"
Naim pantas menyelongkar isi beg sandangnya. Puas mencari disitu, dibuka pula fail. Seketika kemudian, dia menepuk dahi.
"Alamak Wan! Aku tertinggal kat bilik la! Camne ni?"
"Hishh... Apsal cuai sangat kau ni?" Azwan mengomel. Sedikit bengang bila berlakunya situasi yang boleh mendatangkan masalah dalam tugasnya sebagai Ketua Unit.
"Takpe... Kau hantar je dulu yang lain. Nanti rehat ni aku pegi ambik aku hantar sendiri."
"Haa yelah..." kata-kata Azwan menyapa telinganya. Matanya mengiringi langkah Azwan berlalu keluar dari kelas. Seketika kemudian Naim melepaskan keluhan kecil. ****************************
Naim terkocoh-kocoh menuruni anak tangga kolej kediaman. Tangannya kejap memegang lembaran assignment yang diminta Azwan sebentar tadi. Naim mengerling jam di tangan.
‘Sempat lagi kalau nak beli air ni’. Desis hatinya.
Pantas kakinya dihayun ke kafeteria. Naim menuju ke peti ais. Dibuka lalu diambil setin 100 Plus. Selesai membayar, pantas air itu diteguknya. Matanya meliar memerhatikan gelagat manusia di kafeteria itu. Dalam keramaian itu tiba-tiba satu wajah singgah di halaman pandangannya. Aima! Seperti merasai seseorang sedang menyebut namanya, gadis yang bernama Aima itu spontan berpaling dan mata mereka bertentangan. ****************************
Aima gelisah. Sekejap dia duduk dan kemudian dia berdiri pula. Syuhada yang sedari tadi menjadi pemerhati akhirnya bersuara.
"Aima... Aima ni kenapa dari tadi Syu tengok macam cacing kepanasan je... Aima ada masalah?" lembut bicara gadis itu. Aima berpaling. Direnung wajah teman baiknya itu. Kemudian dia duduk menghadap Syuhada.
"Syu... tadi Aima jumpa Naim..." perlahan suara Aima menuturkan ayat. Syuhada sedikit terkejut. Mengertilah dia kini punca Aima gelisah tadi.
"Owh... yeke? Dia tegur Aima?" soalnya. Aima pantas menggeleng.
Teringat pertemuan dengan lelaki itu di kafeteria tadi membuatkan Aima sesak nafas. Sudah lama dia cuba mengelak dari bertembung hatta melihat bayang Naim pun. Dia sudah dikira berjaya selama ini namun takdir tetap takdir. Hari itu menemukan kembali mereka dalam keadaan yang tidak dirancang.
"Aima...Yang sudah tu sudahlah...Aima jangan ingatkan sangat..."
"Tapi Syu... hati Aima ni tak tenang Syu... Aima selalu dibayangi dosa-dosa tu... Apa Aima nak buat lagi Syu..." sayu kedengaran rintihan gadis itu. Syuhada merapatkan diri pada Aima. Diusap lembut bahu sahabatnya.
"Aima...Allah tu maha pengampun...Aima teruslah berdoa agar Dia ampunkan segala dosa-dosa tu...Jangan berhenti berharap padaNya..." pujuk Syuhada. Aima sudah teresak-esak menahan tangis. Syuhada lantas memeluk Aima. Membiarkan gadis itu melepaskan tangis di bahunya. ****************************
Tamat waktu kuliah, Naim menuruti Rafhan ke surau untuk bersolat Zohor. Begitulah rutinnya kini setiap kali masuknya waktu, dia akan bergegas ke surau untuk berjemaah. Usai mengerjakan kewajipan itu, Naim dan Rafhan berjalan pulang ke kolej kediaman. Tiba di simpang ke kafeteria, kolej kediaman perempuan dan kolej kediaman lelaki, Rafhan mematikan langkah. Naim hanya menurut. Rafhan mengambil tempat di satu sudut dan membaca maklumat yang tertera di papan kenyataan yang ada di situ.
"Wahh Im! Ni ada program best la..." kata Rafhan mencuit Naim.
"Program apa?"
"Program Training of Trainer Anda Bijak Jauhi Zina."
"Owh...program apa tu?" soal Naim sekadar berbasa-basi.
"Program ini bertujuan untuk melatih kita menjadi fasilitator kepada program-program Anda Bijak Jauhi Zina dan sekaligus memperhebatkan kempen Anda Bijak Jauhi Zina tu..." Rafhan membaca sedikit isi kandungan maklumat program yang dipaparkan.
"Owh..." hanya itu yang terluah dari bibir Naim sambil matanya turut sama membaca.
"Program ni buat kat Politeknik Sultan Mizan, Dungun... Jom kita join, Im!"
"Err...aku tak dapat ikut la Han...Tarikh tu aku ada keje..."
"Alaa ruginya..." keluh Rafhan perlahan.
Naim hanya tersenyum melihat tingkah Rafhan. Bukan dia ada sebarang kerja pada tarikh program itu. Cuma dia yang sengaja mencipta alasan untuk tidak turut serta. Bagi Naim, dia tidak layak untuk menjadi seorang fasilitator program seumpama itu tatkala dirinya sendiri berlumuran noda. ****************************
Aima masih berteleku di sejadah. Usai membaca surah Yassin, dia termenung jauh. Wajahnya agak muram dengan mata yang bengkak akibat menangis. Syuhada hanya memerhati. Terdetik rasa kasihan pada Aima. Syuhada tahu betapa gadis itu menderita. Bukan dia tidak mahu membantu sahabatnya ini tetapi dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya dosa yang selalu disebut-sebut Aima.
‘Aima jadi begini kerana Naim!’ tiba-tiba terbit alasan itu di benaknya kerana sejak gadis itu ‘ditinggalkan’ Naim, Aima sering termenung.
Namun Syuhada cepat-cepat beristighfar. Dia cuba mengambil rasional disebalik perpisahan Aima dan Naim. Memang diakuinya sejak berpisah dengan Naim, Aima semakin mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa dan sentiasa bermunajat padaNya. Mungkinkah semua itu dilakukan untuk membersihkan ‘dosa-dosa’ yang selalu dikatakannya? Syuhada akhirnya mengalah, malas mahu menyesakkan minda dengan seribu persoalan yang tak mungkin bisa terjawab jika Aima sendiri tidak mahu menceritakannya.
"Aima..." tegur Syuhada mematikan lamunan panjang Aima. Perlahan-lahan tangannya singgah di bahu Aima. Aima dilihatnya sedikit terkejut.
"Jom makan... Makan lewat-lewat nanti perut masuk angin..." ajak Syuhada.
Naim meregang-regangkan seluruh anggota badannya. Betapa letih dirasakannya setelah seharian menghadap assignment yang perlu disiapkan. Dia memejamkan mata seketika. Bayangan wajah manis itu muncul lagi.
Naim membuka matanya perlahan. Makin dia cuba melupuskan ingatan terhadap gadis yang pernah bertakhta di hatinya itu, makin kerap pula ia menghantui. Naim diburu rasa bersalah yang tiada penghujungnya terhadap Aima. Bukan dia tidak sayangkan Aima namun keadaan yang memaksanya membuat keputusan itu.
"Kenapa Im?"
"Im mintak maaf Aima...Im tak mampu nak teruskan hubungan kita ni..."
"Tapi kenapa?"
"Aima, Im tak nak rosakkan Aima..."
"Im, Aima tau kita banyak buat silap dalam hubungan kita ni... Tapi kita masih ada peluang nak perbaiki apa yang tak betul..."
"Tapi Aima... Im malu sangat bila benda macam ni berlaku... Im tak layak jadi kekasih yang baik untuk Aima..."
"Im jangan cakap macam tu... Kalau Im rasa malu, Aima lagi malu dari Im... Aima perempuan Im..."
Naim bungkam disitu. Benaknya memikirkan kata-kata Aima itu. Melihatkan lelaki itu masih membisu, Aima bersuara.
"Im... Kita teruskan hubungan kita macam biasa tapi kita jangan buat lagi benda-benda dulu tu..."
Aima masih memujuk. Sesungguhnya dia amat menyayangi Naim.
"Aima... Maafkan Im... Im tak mampu..." Naim berlalu sesudah menyampaikan kata-kata itu dan itulah kata-kata terakhir yang berdendang di telinga Aima.
Naim beristighfar. Cuba menghalau kenangan lama yang menjelma. Dia mencapai buku catatannya lalu dicoretkan sesuatu. ****************************
Aima tersentak bila namanya dipanggil kuat. Lantas dia berpaling pada Syuhada. Sahabat yang berdiri disebelahnya itu menggelengkan kepala.
"Aima... Selalu termenung tak baik tau..." usik Syuhada tersenyum.
"Hmm... Sorry, Syu. Aima tak sedar tadi..." ucap Aima perlahan.
Keadaan sepi kembali. Yang kedengaran hanya suara kanak-kanak sedang bermain di taman itu.
"Ermm... Aima, boleh Syu tanya?" tiba-tiba Syuhada memecahkan kesunyian tersebut. Kadang kala dia bimbang jika kata-katanya bisa mengguris hati Aima.
"Syu nak tanya apa?"
"Syu tengok Aima ralit sangat tengok couple kat sana tu... Kenapa?" Syuhada memuncungkan sedikit bibirnya ke arah sepasang kekasih yang duduk di bangku jauh berhadapan dengan mereka.
"Takde apa-apa lah Syu..."
"Owh... Okay..." Syuhada mengeluh perlahan. Sedikit kecewa kerana Aima masih ingin berahsia nampaknya dan dia tiada kuasa untuk memaksa gadis itu.
Melihatkan Syuhada terdiam, Aima diselubungi rasa bersalah. Dia tahu temannya itu ingin membantu. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia membuka cerita sebenar.
"Syu... Apa pendapat Syu tentang couple tu?"
"Pendapat Syu? Pendapat tentang apa?"
"Tentang apa yang Syu dapat tengok sekarang ni..."
"Owh... Jujurnya Syu menyampah, meluat, berbulu, nak muntah dan nak lempang-lempang je diorang tu! Ada ke patut diorang boleh buat maksiat depan-depan orang? Kat taman yang ramai budak-budak kecik ni?!"
Syuhada menghamburkan rasa geramnya. Geram dengan sikap tidak tahu malu pasangan kekasih itu yang seronok memadu asmara dan melakukan adegan yang dikatakan ringan-ringan itu tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Aima tidak terkejut dengan reaksi sahabatnya itu kerana dia sendiri merasakan yang sama.
"Hmm... Apa pulak pendapat Syu kalau Aima yang buat macam tu?" Syuhada terkedu. Soalan Aima benar-benar di luar jangkaannya. ****************************
Naim bergegas ke pusat sumber. Hajatnya untuk berjemaah di surau terbantut disebabkan kelas ganti yang berlangsung sejurus selepas kuliah terakhir. Naim ingin memulangkan buku yang dipinjamnya sejak minggu lepas. Langkahnya diatur terus ke kaunter. Sementara menunggu petugas di kaunter memeriksa bukunya, mata Naim sempat menangkap kelibat seseorang yang dikenalinya di sudut bacaan.
"Dik, kena denda ni. Lewat dua hari..." kata petugas tersebut mematikan terus pandangan Naim. Usai membayar denda, Naim kembali mencari kelibat itu namun ianya sudah tidak kelihatan. Naim mengeluh hampa dan mengambil keputusan untuk pulang ke kolej. Sewaktu ingin melangkah ke keluar dari pusat sumber, dia terlanggar seorang gadis. Fail ditangannya jatuh begitu juga dengan gadis itu.
"Sorry! Saya tak sengaja..." ucap Naim seraya duduk untuk mengutip failnya tanpa melihat gadis yang dilanggarnya tadi.
"Takpe-takpe... Saya pun cuai..." Gadis itu turut melakukan hal yang sama.
Naim terasa seperti biasa mendengar suara itu. Dipandangnya wajah gadis itu. Serta-merta air mukanya berubah.
"Awak, Naim..." ujar gadis tersebut juga seperti terkejut melihatnya.
"Saya mintak diri dulu." Naim cepat-cepat berlalu. Dia tidak punya kekuatan untuk menghadapi gadis itu. Gadis itu pula sekadar mampu mengekori langkah Naim dengan pandangan matanya. ****************************
Aima tersenyum melihat orang yang ditunggu telah tiba. Syuhada mengambil tempat dihadapannya.
"Sorry Aima, masa dah tengah jalan baru Syu teringat yang Syu tertinggal nota tadi. Terpaksa la Syu naik semula..." jelasnya. Aima hanya tersenyum. Kasihan pula melihat sahabatnya itu seperti termengah-mengah.
Syuhada memandang Aima. Lama dia terdiam memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Syuhada merasakan Aima patut tahu.
"Aima..." katanya perlahan sambil tangannya menghulurkan sesuatu kepada Aima.
"Buku siapa ni, Syu?" soalnya apabila dia tiba-tiba dihulurkan sebuah buku nota berwarna biru lembut.
"Buku Naim..."
"Eh??!"
"Tadi masa nak masuk sini, dia terlanggar Syu... Buku dia ni jatuh..."
Aima membisu. Tiba-tiba Syuhada diserbu rasa bersalah.
"Syu mintak maaf. Syu takde niat apa-apa. Syu cuma fikir ada baiknya Aima yang mesej Naim suruh dia datang ambil buku dia ni. Syu tak rasa korang patut lari dari kenyataan lagi. Yang lepas tu biarlah... Tak baik kalau tak bertegur sapa lama-lama ni..." ujarnya perlahan.
Aima masih membisu. Dan dia hanya memandang buku nota itu. ****************************
Aima memejamkan mata seolah-olah meminta petunjuk untuk melakukan hal yang dia tahu tidak sepatutnya dilakukannya. Tetapi entah mengapa dia merasakan terlalu ingin membuka lembaran buku nota itu. Hatinya bagai ditarik-tarik seolah-olah ada sesuatu yang perlu diketahuinya tersembunyi disebalik helaian buku biru tersebut.
Perlahan-lahan jari-jemarinya membelek lembaran demi lembaran sehingga ke lembaran terakhir, Aima kecewa bila hanya menemui tulisan-tulisan Naim mengenai tugasan dan yang berkaitan dengan pelajaran semata-mata. Baru dia hendak menutup buku biru itu, matanya terhenti pada halaman dalam pada kulit belakang buku itu. Satu puisi tertulis disitu. Dan ianya ditulis oleh Naim berdasarkan pada tulisan yang tertera. Aima membaca perlahan.
Aku hanya seorang hamba Jauh dari penciptaku Lalai akan suruhanMu Hanyut dalam laranganMu... Kala lenang ku alpa akanMu Tika sulit ku dambakanMu... Menghitung sejumlah dosaku Tiada terperi bak lautan ciptaanMu Dari belahan jiwa nan kerdil Ilhamkanlah aku pengampunanMu Moga sujudku ini bukan sujud yang terakhir Kerna aku masih ingin Bermunajat padaMu Ya Allah Mencari redaMu yang hakiki Dalam IradatMu...
Terimalah taubatku dan berkatilah aku dan dia...
-Mohd Naim Aziz & Noraima Abdullah-
‘Ya Allah... Naim juga benar-benar sayangkan aku...’ Aima bermonolog. Dan perlahan-lahan air matanya tumpah jua. ****************************
Aima melepaskan keluhan. Sungguh sebelum ini dia rasakan betapa sukarnya untuk berhadapan dengan lelaki itu sekali lagi. Namun kini semua itu seolah-olah sudah lari jauh meninggalkannya. Mungkin kerana dia sendiri reda dan sudah dapat menerima hakikat.
"Assalamualaikum..." sapaan salam dari seseorang mematikan lamunan Aima. Spontan dia mendongak dan dilihatnya Naim tersenyum dihadapannya. Aima mempersilakan lelaki itu duduk setelah salam itu dijawab.
"Ni buku Im..." Aima menolak perlahan buku biru itu kepada Naim.
"Thanks..." buku biru itu akhirnya bertukar tangan.
"Sorry about that..."
"Takpe. Hmm... Honestly... Im macam rasa lega bila Aima baca puisi tu..." kata-kata Naim membuatkan Aima tersentak.
"Kenapa Im rasa macam tu?" soalnya.
"Err... Itu betul-betul luahan hati Im..." Aima mengangguk faham. Suasana menjadi sepi. Masing-masing terdiam seolah-olah tiada apa yang mahu diperkatakan lagi walhal terlalu banyak yang ingin diluahkan mereka selama ini.
"Aima... Im mintak maaf..."
"Aima pun sama..."
"Im tak patut buat Aima macam tu. Sebenarnya... Im tak pernah lupakan Aima selama ni..."
"Aima pun sama Im... Aima pun tak pernah lupakan Im sebab... sebab... Aima... sayangkan Im..."
Naim terdiam. Dia tahu itu. Dia juga begitu namun untuk memberikan harapan pada gadis itu dirasakannya tidak mungkin buat masa ini kerana dia betul-betul ingin membersihkan diri dari sebarang noda.
"Mungkin Aima boleh jadi kawan baik Im. I mean... bestfriend..." ucapnya perlahan.
"Aima nak!" pintas Aima mengejutkan Naim.
"Serius! Aima sudi jadi bestfriend Im!" sambungnya lagi.
"Tapi..."
"Kita kawan kerana Allah! Promise!" kata gadis itu bagai mengerti apa yang sedang bersarang di benak Naim. Naim tersenyum.
"Okay, promise..." katanya sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Hmm?" Aima menjegilkan mata melihat huluran tangan itu.
"Opss lupa... Haram. Sorry..." ujarnya perlahan. Mengerti akan keterlanjurannya itu.
"Thanks Mohd Naim..." Aima senyum.
"Thanks jugak Noraima..." Naim juga ikut tersenyum.
p/s~ salam...act, sy wat cerpen nie sempena Ramadhan...percubaan pertama sy menulis cerpen Islamik, kalau ada salah silap harap dimaafkan yea...~
jln yg terbaik adalah dgn bertaubat.. moga hidup kite seringkali dlimpahi rahmatNya.. dan diampunkn dosa2 yg lalu.. tahniah to writer.. citer sebegini mampu menyedarkn org lain.bila kt dh buat dosa, cepat2 berubah n bertaubat.
pelika ar...x pasti benda tu ap...ish...cerita ni best tp..macam x sesuailah diorng jd kwn baik...coz sbnryna kwn baik juga akn wjd suatu perasaan yg lain...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
jln yg terbaik adalah dgn bertaubat..
moga hidup kite seringkali dlimpahi rahmatNya..
dan diampunkn dosa2 yg lalu..
tahniah to writer.. citer sebegini mampu menyedarkn org lain.bila kt dh buat dosa, cepat2 berubah n bertaubat.