Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Siapa nama?" "Siapa nama kamu?" "Ntah. Tak tau." Janganlah bertanya siapa nama aku. Aku memang tidak tahu namaku siapa. Ibu bapa aku sendiri pun tidak memberikan nama khusus untukku. Apa yang aku pasti aku digelar Kobeng. Kobeng yang besar. Kobeng yang hodoh. Kobeng yang kuat makan. Kobeng yang suka berjalan ke sana kemari. Ya, mungkin nama aku Kobeng. Siapa yang memberikan aku gelaran ini. Kenapa tidak Datuk Pengiran ke, Putera raja ke. Kobeng namaku diberi. Siapakah gerangan apa tujuannya namaku begitu. Kobeng. Generasi yang entah ke berapa menetap di lembah penginapan para cicak berhormat bertaraf VVIP. Kediamanku besar umpama mahligai zaman silam dipenuhi warna coklat tanah diselangi warna kehitaman rona arang dikelilingi rerumput hijau dibawahnya. Dindingnya diperbuat daripada kayu-kayan yang aku sendiri tidak pasti berapa nilainya. Aku sudah menetap di sini hampir mencecah 3 tahun. Di dalamnya ada 6 lagi ahli selain daripadaku sendiri. Bapaku yang paling senior usianya, ibuku muda sedikit berbanding bapa, 2 adik betina dan 2 adik jantan. Adik-adikku masing-masing sudah boleh berdikari sendiri. Tidak perlu lagi dipimpin olehku dan kedua orang tua seperti zaman mereka baru belajar untuk merangkak. Mereka mampu berdiri sendiri hidup makmur dengan matlamat sendiri. Cuma satu sahaja, kami tidak pernah tinggal berasingan. Tempat tidur masing lagi bersama dalam rumah bak mahligai ini, walaupun tidak seindah mahligai diraja di zaman silam. Ruang gelap hanya diterangi cahaya neon jiran sebelah yang berlagak kaya. Walaupun pernah memasang tembok setinggi dua belas kaki bagi menghalang cahaya neonnya mengalir masuk ke rumah kami, seekor adik jantanku yang bijaksana menebuk lubang-lubang kecil membolehkan cahaya mengalir masuk menyinari rumah kami. Hasilnya,wow, membanggakan! Rumah kami umpama disirami cahaya pari-pari berkerdipan indah di setiap pelusuk rumah. Bertompok-tompok bertaburan di atas lantai, siling, dinding. Maka tidak salah kami katakan kediaman kami lebih indah daripada kediaman banglo kediaman jiran yang kaya berlagak itu. Kami semua tersenyum apabila bulan muncul di tengah langit malam bertemankan bintang. Begitulah juga kediaman kami ditaburi cahaya umpama bintang di serata tempat. Malah tiap kali matahari sudah mula ingin beradu, kami bergegas pulang ke kediaman kami. Bukan untuk berehat, tetapi untuk menyaksikan panorama indah setiap kali cahaya matahari tenggelam dan digantikan dengan cahaya neon orang kaya berlagak. Selepas makan malam adik-adikku akan keluar semula beraksi sendiri. Aku? Aku akan ke ruang kecilku menatari setiap detik waktu, menilai perbuatanku dan juga mengangankan masa depan.
*** Bab 2 Impian dan Angan
Di atas perbaringan, kepala ku beralaskan bantal empuk yang aku kutip hasil buangan orang kaya berlagak, aku meletakkan tangan kurus ku berotot sedikit diatas dahi. Lalu aku pun berfikir. Apakah akan jadi pada sepuluh tahun akan datang? Adakah aku masih disini? Apakah ada peluang untuk aku bergelar seorang jutawan? Bagaimana kehidupan aku di saat itu? Beristerikah aku? Beranak-pinakkah aku? Semua menjadi suatu persoalan yang maha hebat apabila dihimpunkan. Aku mengkelaskan setiap persoalan itu menjadi satu kumpulan kecil yang boleh aku kaji dan nilai semula. Setiap target matlamat itu aku cuba mencari titik permulaan dan mencari satu penyelesaian berupa perkiraan perjalanan liku bagi mencapainya. Tidaklah keterlaluan jika aku katakan bahawa aku yang bernama Kobeng ini adalah antara golongan cicak yang bijaksana mempunyai nilai ukuran IQ yang tinggi. Hanya keluargaku yang kurang berkemampuan sahaja menyebabkan aku tidak mampu menjadi terkenal. Tiada siapa yang mengesan bahawa aku ini genius kerana aku tidak pernah berpeluang ke mana-mana institusi pendidikan untuk menunjukkan kehebatanku. Mahupun di peringkat tadika. Malang.
Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Jangan disangka kulit buku yang buruk rekaannya buruk juga isi kandungannya. Jangan disangka aku yang kelihatan hodoh paras, kelihatan bodoh-bodoh lembab, maka bermakna bodoh juga ilmu di otak. Jangan sangka aku bodoh. aku pun berupaya masuk ke Havard jika sekiranya diberi peluang. Pernah suatu ketika aku berjaya menjawab teka-teki IQ dengan cepat. Aku jawab lebih pantas daripada peserta rancangan tersebut. Alangkah bagusnya jika aku berada tempat peserta tersebut. Tentu aku boleh menang sejuta ringgit. Mungkin lebih daripada itu. Peserta itu pun, bukannya pintar sangat. Soalan mudah macam kacang pun begitu susah dia nak jawab. Jawab pula terketar-ketar. Bibir pucat. Takut ke dia? Alah, dia mengada-ada sahaja. Salah satu taktik strategi mencari publisiti murahan. Jika yang lemah-lembut, malu-malu kucing kemudian melelehlah air mata putih jernih tagih simpati diberikan peluang soalan yang mudah-mudah. Mana-mana individu yang kasar sifatnya langsung diberikan soalan yang sukar. Permainan politik katanya. Terlalu banyak diskriminasi.
*** Bab 3 Jatuh Cinta
Tiba-tiba, aku terlihat seorang peserta yang paras wwajahnya amat memikat hatiku. Berkulit putih, berwajah bujur, bermata galak, bulu mata melentik, berbadan ramping menggoda, gerak badan lemah gemalai begitu menawan. Mata aku terbeliak melihat gerang empunya semua ini. Siapakah dia? Di mana dia tinggal? Aku merapatkan diriku di kaca televisyen buruk milik keluarga ku. Pipi wajahku bersentuhan dengan kaca tv. Rapat serapatnya. Aku perhatikan wajahnya lama-lama penuh minat. Aku begitu ghairah ingin mendekatinya. Ingin menyentuhnya.Jari ku menyentuh lembut wajah anggun itu. Sentuhanku seolah-olah jariku menyentuh kulit pipi gebu miliknya. Namun, semua itu mustahil. Aku dihalang oleh kaca tv. Jarak kami terlalu jauh. Bagaimana aku ingin ke sana? Aku hendak melihat wajahnya secara berdepan, bertentangan dua mata, aku ingin berbicara dengannya. Aku ingin mendengar suaranya. Aku ingin segala-galanya daripada insan jelita itu. Argh,tolonglah! Lengang-lenggok tangannya melambai ke arah penonton amat lembut gemalai. Aku ingi gapai jari-jemari itu. Aku hendak sentuh. Aku melihat lagi dia bangun beredar daripada kerusi untuk berehat sebentar untuk memberi laluan iklan pesanan para penaja rancangan tersebut. Kemudian selang beberapa minit, wajah itu hilang. Hatiku kecewa. Kecewa sungguh-sungguh. Hancur remuk jiwaku yang baru berbunga. Berbunga cinta? Aku jatuh cinta ke? Jatuh cinta? Cinta?
Aku jatuh cinta? Apa itu cinta, aku tiada bayangan bagaimana ingin memberikan huraian makna perkataan itu. Walhal aku belum pernah mendengar perkataan ini sebelum ini. Terlalu sukar untuk terima hakikat ini. Aku terus terbaring di atas karpet usang yang mencari hamparan ruang tamu kediaman keluarga ku. Mataku tajam memerhati siling yang berlubang di sana sini. Cahaya matahari tepat menerjah di dahi ku. Tajam umpama hujung pedang yang menusuk di kulit dahi. Tajam hinggakan boleh berdarah jika ditusuk. Pedihnya hanya dahiku sahaja yang tahu betapa pedihnya. Berasa sakitnya seperti ditusuk pedang samurai. Sebenarnya pedih lagi hati jiwaku. Wajah jelita gadis itu bermain-main di ruang udara sejengkal daripada mataku. Aku amati wajahnya. Ya, amat ayu, sayu sungguh hati apabila mengenangkan adalah mustahil untuk aku menggapainya. Menjeling sedikit pun ke arahku dia tidak hendak. Inikan pula ingin berbicara dengan diriku ini. Malang sungguh nasib diri aku ini. Tiada harta, tiada rupa, tiada apapun yang boleh dibanggakan langsung. Aku serba kekurangan. Aku fakir miskin yang menumpang hidup di dunia ruangan golongan mewah. Mereka berdiri megah di atas, manakala aku terperosok di ruang sempit di bawahnya. Itu pun ada hati ingin mendampinginya. Usah beranganlah Kobeng. Bangun Kobeng. Engkau tidak layak untuk berjumpa Si Jelita itu. Taraf kau dan dia tidak sama. Dia mempunyai keindahan yang pelbagai, kemewahan daripada segala segi. Berantaikan emas padu 24K, bersubang gading, bercincin permata. Mampukah kau memberikan hadiah semewah itu. Hendak makan sehari sekali pun terpaksa mencari di seluruh dunia baru ketemui. Inikan pula ingin menggali barang kemas bernila berjuta ringgit. Usahlah berangan Kobeng.
*** Bab 4 Merelakan
Aku bangkit kembali dari hamparan karpet usang lalu menyambung tontonan rancangan sukaramai yang menawarkan wang berjuta itu. Si Jelita aku lihat sudah bersedia diatas kerusi menanti juru acara mengambil tempat laulu memulakan bicara secara soalan. Dengan penuh perasaan emosi dia melontarkan soalan. Si Jelita aku perhatikan penuh ketenangan walaupun aku dapat mengesan ada sedikit perasaan gementar di anak mata hitam berkilatnya. Jangan takut, jangan gemuruh wahai Jelita ku. Aku percaya kau mampu mengharungi soalan seterusnya dan mainan kata-kata juruacara yang penuh muslihat. Penuh dengan provokasi. Jangan terjebak dengan pujuk rayunya supaya kau menarik diri daripada memenangi perjuangan ini kau pasti boleh. Kau pasti boleh memenangi pertandingan ini. Aku ingin kau menjadi wanita pertama yang memenangi pertandingan ini memecah monopoli sebelumnya. Aku harap impiannya tercapai. Aku mendoakan.
*** Bab 5 Bangkit
Aku secara jujur dalam pasrah berserah kepada takdir. Moga Si Jelita berjaya dalam perjuangannya. Berjay adalam apa jua yang dihajatinya. Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaannya. Aku tidak mampu. Aku lemah selemahnya. Tiada kebahagiaan yang bakal diterima daripada ku jika sekiranya dia bersamaku. Harapan, ada seorang yang mempunyai kemampuan melebihi diriku akan hidup bersamanya hingga akhir hayat. Tidak bersamaku. Selamat tinggal wahai Si Jelitaku.
Aku membalas lambaian Si Jelita selajur dia melambai ke arah penonton. Seolah-olah dia melambai ke arahku. Aku melambai lemah. Selemah nasib diriku yang miskin hina. Aku kembali terbaring lemah di atas hamparan usang. Menutup mata serapatnya. Mengosongkan ruang kotak fikiran. Mencari ketenangan daripada rebut taufan kekalutan fikiran yang sebentar tadi mengganggu kotak minda. Membayangkan diri gagah berdiri di pesisir pantai memutih indah di pinggir sebuah mitos kepulauan misteri. Indah pemandangan terhampar dihadapan mata kecil ku. Aku menjatuhkan diri di pepasir. Aku tenang sebentar. Mencari ruang dan peluang kepastian kehidupan ku. Mencari arah tujuan ku. Aku ingin mengubah nasib diri. Ya, aku harus mengubah nasib diri. Aku mesti berjaya. Mesti mengubah taraf kehidupan. Tapi bagaimana caranya. Mencuri? Merompak? Tidak. Aku tidak menjejaki langkah seorang penjenayah. Otak aku yang cerdik pandai ini menjadi asset berharga bagiku. Inilah peluang untuk aku mengubah nasib buruk ini.
Mulai saat ini aku, Kobeng bangkit berikrar akan melangkah keluar daripada nasib buruk. Aku bakal menjadi seorang berjaya. Ramai cicak gadis yang mungkin lebih jelita daripada Si Jelita bakal terpikat dengan ku. Kerana kekayaan, aku bakal mempunyai hampir segala harta yang ada di dunia ini. Suatu hari nanti, aku akan bangkit lalu berdiri megah. Masa itu akan berkata, "Inilah aku cicak Si Kobeng!".
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xpaham... cicak ke org ni...