Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Syamie Azri segera menunaikan permintaan daripada gadis yang sedang berdiri di depan kaunternya. Tugas sebagai pekerja café kadangkala amat memenatkan namun gelagat dan usikan daripada rakan-rakan sekerja boleh melenyapkan segala keletihan yang membelenggu. Syamie menyerahkan bekas polystyrene yang berisi kek coklat kepada gadis manis yang sedang leka berbual dengan rakannya itu.
"Terima kasih"
Dan gadis itu terus berlalu menuju ke kaunter pembayaran. Syamie hanya mampu memandang gadis tersebut. Saban hari gadis itu akan datang membeli kek coklat yang dijualnya. Hanya dua ayat itu sahaja yang terzahir dari mulut gadis berlesung pipit itu. Telah hampir sebulan dia bekerja di café itu dan setiap petang pasti gadis itu akan datang membeli kek coklat. Nampaknya gadis itu amat menggemari kek coklat buatannya sendiri!
*
Eriesya Nuraina menghempaskan tubuhnya di atas katil. Keletihan menguasai diri. Kehidupan sebagai anak kampus amat memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat. Dia memandang kosong ke arah rakan sebiliknya yang sedang menyusun kasut di sisi pintu.
Tiba-tiba Eriesya melompat ke arah meja studynya dan membuka bekas polystyrene yang berisi kek coklat kegemarannya. Syazlin pula terjerit kecil.
" Kau ni tersampuk ke apa? Tadi bukan main lembik lagi aku tengok. Tiba-tiba terlompat macam kena belacan lepas tu mengadap kek coklat. Tau la favorite cake pon…" Syazlin mengomel sambil meleraikan lilitan selendangnya. Eriesya yang ajar! Kalau tak, mampus aku nak lilit selendang ala-ala Yuna ni!
" Sedap la kek ni… dulu takde pon. Sejak abang comel tu kerja kat café tu baru ada kek ni kan? Mesti dia yang buat kan?" Eriesya terus menyuap kek coklat ke dalam mulutnya sambil memejamkan mata. Seolah-olah benar-benar menikmati keenakan kek coklat tersebut.
" Abang comel? Sejak bila pulak kau gelar dia abang comel? Comel ke…?" Syazlin mengherotkan mukanya. Seolah-olah memerli rakan baiknya itu.
" Comel la di mata aku. Di mata kau tak tau la. Kau kan minat lelaki korea. Aku minat yang made in Malaysia hahaha…" Eriesya melepaskan ketawa lantangnya. Tak sopan langsung anak dara Pak Anuar ni. Biar la… bukan ada orang tau!
" Tau takpe… Tapi kan Sya… Aku perasan abang comel kau tu asyik jeling-jeling kau je tiap kali kita pergi café tau. Entah-entah dia minat kau" Syazlin memmbulatkan matanya seolah-olah cuba menyucuk jarumnya.
" Kau ni mabuk ke apa? Dia tu kerja kat café. Banyak lagi perempuan cantik yang dia boleh pandang tau. Aku ni tak cantik" balas Eriesya perlahan.
" Eleh kira kau cantik la dari aku. Lagi cantik dari si Fasha awek pakwe lama kau tu" eh betul ke apa aku cakap ni? Ah… lantak la! Syazlin meneruskan bebelannya. " Si Farid tu je buta tak tahu nak menilai. Kalau muka je cantik tapi perangai macam Rika Sumanto nak watpe!" eh? Masuk cite Indon pulak.
Eriesya hanya mendiamkan diri. Bila nama Farid dan Fasha timbul dia akan berasa sayu. Farid meninggalkannya kerana dia tidak cantik dan seksi!
" Saya nak awek yang bukan saja cantik tapi boleh ikut saya pergi disko. Tapi kalau dah pakai tudung macam ni macam mana nak masuk club? Awak tak payah la pakai tudung. Kalau awak pakai seksi lagi saya suka. Lagipun awak ni macam tak cukup cantik la pakai macam ni. Macam kampung girl"
Ayat demi ayat yang pernah dilontarkan oleh Farid mula melantun ke dalam kotak memorinya dan terus menikam jiwanya. Kerana ayat-ayat itu juga dia rela melepaskan Farid ke tangan Fasha, gadis paling cantik dan seksi di kolejnya. Biarlah dia kehilangan kekasih daripada kehilangan harga dirinya sebagai gadis bertudung! Lagipun aku memang orang kampung! Bangga giler aku orang kampung pasal tak semua orang dapat merasa membesar dalam suasana kampung!
*
" Abang, kek coklat satu!"
Ah… Awek ni datang lagi. Syamie segera mencapai pengepit dan menunaikan permintaan gadis tersebut. Sambil itu dia menjeling ke arah gadis yang dipujanya dalam diam. Ketika hendak menyerahkan bekas polystyrene ke tangan gadis tersebut, Syamie terpandang ke arah rakan gadis tersebut. Rakan gadis itu sedang tersengih ke arahnya sambil mengangkat keningnya.
Alamak! Dia perasan ke? Syamie mula gelabah bila rakan gadis tersebut mengangkat ibu jarinya seraya meninggalkan kaunter tersebut.
*
Eriesya sedang berbual dengan rakan-rakannya di café. Tiba-tiba dia bangun dan menuju ke arah kaunter ‘Dessert’. Niat di hati ingin mendapatkan kek coklat kegemarannya.
" Sorry la dik. Kek coklat dah habis" balas ‘abang comel’ sambil mengangkat tangannya menunjukkan tanda telah habis.
Eriesya tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya dan terus berlalu menuju ke arah rakan-rakannya. Kempunan aku hari ni…
" Kau ni kenapa sya? Monyok je" Syazlin menyoal.
" Kek coklat aku habis"
" Lah… Esok kan ada. Beli jela esok"
" Tapi hari ni aku tak makan kek coklat lagi"
" Nak buat macam mana. Takde rezeki kau hari ni" Syazlin cuba memujuk.
Tiba-tiba…
" Kak, ada orang bagi kek coklat" seorang pemuda berdiri di sisi meja mereka dan menyuakan sepotong kek coklat. Skema semacam je. Ni mesti budak 1st year.
" Hah? Sape yang bagi?" tanya Eriesya terkejut. Tak sempat aku nak kempunan.
" Abang tu bagi" ujar pemuda tersebut sambil menunjukkan ke arah kaunter ‘Dessert’.
Eriesya memusingkan badannya. Syazlin turut menyibuk. Eriesya melihat ‘abang comel’ itu tersenyum padanya. Dia membalas senyuman tersebut dan segera berpusing ke arah pemuda yang masih berdiri di sisi meja mereka.
" Terima kasih ye dik"
Eriesya memandang kek coklat yang berada di depannya. Rakan-rakannya mula mengerumuni kek coklat yang satu itu. Seolah-olah melihat makanan bercakap! Ah, sudah… Lepas ni tadah telinga jela kena perli…
Kek coklat lembab itu kelihatan tambah menyelerakan dengan sebiji buah ceri bertenggek elok di bahagian atas kek tersebut. Alahai comelnya…
" Wah… Lepas ni rajin la orang tu turun café. Dapat kek coklat free…" usikan dari Nadira memecahkan tawa dalam kalangan rakan-rakannya.
Tiba-tiba sang ‘diva’ bersuara!
" Eleh… Kalau setakat kek coklat harga RM 3.50 ni, sepuluh pakwe aku boleh beli. Please la… Kerja café je pon… Low class la…" Nadya mematikan suasana yang ceria itu.
" Hello cik kak… Apa salahnya kalau kerja café pun… Bukan kerja haram. Kalau kau cakap pakwe kau tu kaya sangat, tak pernah pulak aku tengok pakwe kau belikan kek coklat!" Hasanah membalas keras. Over betul minah ni! Meluat aku!
Sementara itu, Eriesya pula serba tak kena. Ketika matanya dan mata ‘abang comel’nya bertembung tadi, dirasakan detik seakan berhenti sektika. Tiba-tiba dirasakan jantungnya berdegup pantas. Macam orang baru lepas berlari 100 meter! Kenapa dengan aku ni. Kek je kot…
*
Syamie mengerutkan keningnya. Sudah tiga hari dia tidak melihat kelibat gadis pujaannya di café dan membeli kek coklat buatannya. Dia sakit ke? Balik kampung ke? Haish… risau campur rindu. Sama dengan? Cinta hehehe…
*
Eriesya segera melangkah menuju ke café. Kek coklat! Dah tiga hari aku tak makan. Rindu gila… Namun senyuman Eriesya kian melebar tatkala melihat ‘abg comel’nya masih setia di situ. Debaran di dada kian melebar. Nak cakap ke tak ngan dia? Cakap terima kasih jela. Tu yang penting!
" Abang, kek coklat satu!"
" Ok. Lama tak nampak. Balik kampung ke?"
Hah? Dia tanya aku? Dia bercakap dengan aku? Dia tunggu aku ke?
" A’ah… Balik kampung kejap. Sepupu kahwin. Er… terima kasih ye pasal kek hari tu"
" Eh, takpe… Saya tau awak suka makan kek coklat tu"
" Saya Eriesya. Eriesya Nuraina. Panggil je Sya" hah? Aku perkenalkan diri? Gulp! Beraninya kau Eriesya? Hati kecil Eriesya bermonolog.
Alahai… Kenapalah kau comel sangat wahai abang café? Cair aku… Baru aku perasan mata kau tu warna coklat! Alahai…
*
Eriesya dan Syamie kian rapat malah mereka sering keluar bersama ketika hujung minggu. Hampir dua bulan hubungan persahabatan itu berlarutan. Pada suatu petang yang kian memerah, Syamie dan Eriesya sedang berjalan-jalan tepi tasik. Syamie mengeluarkan sepotong kek coklat berkotak jernih. Lutsinar!
" Ni saya ada bawakan kek coklat untuk awak tapi awak tak boleh makan sekarang" Syamie tersenyum mengungkapkan kata-kata tersebut.
" Kenapa?" Eriesya menyoal laju. Dia geram melihat kek coklat lembab yang kelihatan berlainan daripada biasa itu. Terdapat tiga biji ceri tersusun elok di atas kek tersebut. Di celahan ceri tersebut ada terselit daun pudina yang membangkitkan seri kek tersebut. Alahai…
" Awak makan je kat bilik. Nanti awak faham la kenapa" Syamie cuba memujuk.
" Ok… Terima kasih ye wak" Eriesya menyambut huluran bekas yang berisi kek coklat tersebut. Hatinya girang dan senyuman yang terukir di bibir kian melebar.
*
Eriesya membuka bekas kek yang diberi Syamie petang tadi. Tidak sabar rasanya melihat kek yang kelihatan istimewa itu. Eriesya mengangkat kek tersebut dan mula menghalakan tangannya ke arah mulut. Tiba-tiba dia terpandang kertas yang menjadi pelapik kek tersebut. Lain macam je ni… Eriesya mengambil kertas tersebut dan meletakkan kembali kek coklat kegemarannya ke dalam bekas yang diberi Syamie itu. Kertas yang berlipat itu dibaca perlahan…
Eriesya Nuraina,
Saya bukanlah seorang pujangga yang bisa mengalunkan melodi indah untuk menghuraikan rasa hati. Saya cuma insan biasa yang punya hati dan perasaan untuk menyayangi dan mencintai. Kek coklat menemukan saya dengan cinta saya. Dan Eriesya Nuraina itulah cinta saya. Maaf andai bicara saya ini lancang namun saya perlukan kepastian supaya pemergian saya kali ini lebih tenang. Saya nantikan keputusan awak.
Ikhlas, Syamie Ilham
Eriesya melipat kembali surat ringkas yang berisi isi hati seorang pemuda yang kian mendaki takhta hatinya. Dia tersenyum sendiri. Aku dapat surat cinta! Surat cinta zaman millennium! Hehehe…
*
Syamie membaca kembali puisi karya gadis kesayangannya itu. Sementara itu, Boeing 747 terus membelah awan menuju ke destinasinya.
Pemilik Cintaku
Deria rasa menemukan diriku dengannya Lalu pancaindera penglihatan mula memahat Seraut wajah di ingatan Akhirnya kata cinta yang ku nantikan Menyusur lembut ke deria pendengaran Dan menyanyikan melodi indah di jiwa Penyatuan anugerah Ilahi ini akhirnya Mengalunkan irama cinta yang Amat mengasyikkan Cinta yang dihulur ku sambut penuh syukur Lalu ku putuskan Engkaulah pemilik cintaku…
*
" Eh, dah seminggu tak nampak ‘abang comel’ kau. Dia dah berhenti ke?" Nadira menyoal sambil memanjangkan lehernya melihat ke arah kaunter ‘Dessert’.
" Dia sambung belajar kat UK. Hari tu dia kerja part time je sementara nak isi masa lapang cuti semester dia" Eriesya membalas selamba.
" Eleh yeke dia pergi belajar kat UK. Entah-entah dia berhenti sebab tak nak kat kau" Nadya membalas.
Lasernya mulut minah ni…!
" Hello cik Nadya… Kalau kau nak tahu… ‘Abang comel’ si Sya ni pergi sambung belajar kat University of Nottingham United Kingdom. Amik architecture! Pakwe kau belajar pe? Tau berlagak dengan harta mak bapak je!" Syazlin membalas keras.
Nadya terkedu!
Eriesya hanya mampu tersenyum. Tiba-tiba ingatannya terbang melayang mengingatkan kekasih hati yang jauh di perantauan.
salam... time kasih pd yg bg kumen hihihi t'gantung lg ek? xpela... sy akan cuba smbung cte ni so nantikn cinta semanis kek coklatII tlg kumen2 lg ek xkisah la dr segi jln cte or tatabahasa ke penggunaan ayat ke tq sume... ^_^
cuma perenggan 2.. byk betul pengulangan 'gadis tu'. jadi x bape sedap sikit..hee.. mungkin pasni awk leh baiki lagi struktur ayat yng perlukan pengulangan mcm tu..
hehe..pakwe aku pun blaja kat citu..windu kat die.. lbey kurg r citer ni r..aku ske bli cheese kek kat secret recipe yg dkt crefour dlu..ktrg keje carefor smntr tgu upu..die slalu teman aku g..akhrnye ak kat sni die kat sne..papepun skype kan ader huhu..
bestnya..... sweet sngt cter nie.... x ad smbungan ker????????????????? aq & the geng tngu cter nie brsmbung tau.... hrap2 pnulis smbung ya cter nie.... good luck.........
ni la 1st time aq asewcm nk jd writer... cz bc citer nieyh...yang nilis citer ni lakiker pompuan eh??? klu laki mang aq respst ah cz sah2 ye romantic tahap abes!!
mmemg best btw...aq prnh gak alami tapi g cyber cafe arrr...abg tue bg no die...tp kawn jap jerrr...yelh org comel kan rami org mint...no die still aq simpn...aq pggl die abg net..
ahahahhaha alin sengal~~~!!! nnt akak sambong lg jgn lpa bc taw
kpd sume pembaca, sy hargai sgt2 sume kumen yg dberikn ni yg wat lg smngt nk hasilkn karya hihihihi nnt leh la kumen2 psl abg net 2... kisah sy dpt ilham dr kisah sy sndri tp yg part abg cafe comel 2 jela yg len2 2 sume rekaan semata-mata juz menyerikn lg kehdpn sbg anak kampus pe2 pon TERIMA KASEH SUME ^_^
kak chengkeh the bunge teruskan usaha anda yer..kami sentiasa menyokong dan berharap sangat sambungannya akan dapat feedback yg tesgtlah positif..nywez tgok jela komen yg akak dapat...waahhh u inspire me a lot...
ahahahha cik maia the fida mmg shengal hhiihihi cinta semanis kek coklat II on da way tp xtaw bla nk siap psl bz ngn exam huhuhu pe2 pon... tengs sume ^_^
bessshhh siotttt. . rs nk p lpak kt kfe jew lps nie. .huhuuhu mn taw ley dpt 'abe comey' y pndai uat kek. . kuakuakuakua 2 writer gud job n gud luck 4 ur coming soon cerpen. . hahaaaaaa
ahahahah tengs a lot sume... komen2 dr pembaca sume wat sy lg smngt nk hasilkn cerpen cuma masa agak t'batas insyaallah cuti sem ni sy akan wat cerpen byk2 hihihih utk pengetahuan sume sy ade amik kursus penulisan kreatif sem dpn insyaallah sy akan baiki lg mutu penulisan sy pas sy blaja subjek ni tengs a lot sume ^_^
wahh... dah lama tak bukak page nih rindu sangat dengan dunia penulisan tapi tu la.. bz ngn keje plak skang nih mmg ade niat nk smbung cinta semanis kek coklat tp mmg kering idea abes la.. erm.. *kecewa
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
bez..sweet sangat2...
(E'e)