Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ray tidak puas hati selagi sapaannya tidak dilayan oleh lelaki berhelmet dan berkaca mata hitam itu. Dia datang menghampiri si empunya motor yang berbadan agak kecil dibandingkan saiz motornya yang besar. Harley Davidson lah katakan! Mana ada motor mewah itu bersaiz kecil.
"Hai…saya Ray. Jarang nampak kat sini? Orang baru ke?"
Sapaannya hanya dibalas dengan anggukan. Fuh! Kulit muka dia punyalah licin, macam perempuan. Ini mesti selalu pergi spa atau salon, buat facial; fikir Ray di dalam hati. Dia ingin berbual lagi tetapi lelaki itu seperti tidak mahu melayannya berbual. Ah! Mungkin belum kenal dengan aku; fikirnya lagi.
Ray cuba mencari geng-geng motornya yang biasa lepak di warung tersebut, tetapi hampa. Kuzat dan Boing tidak kelihatan. Ke mana pula mereka melepak kali ini? Kurang asam dia orang, tak pelawa aku sekali! Bebel Ray sambil masuk ke dalam Honda Accordnya semula. Dek kerana geram, dia menekan minyak dengan kuatnya dan Honda Accord itu menderum laju membelah kesibukan di kawasan warung terkenal itu.
"Apalah punya mamat, dikatanya aku lelaki. Tak nampak ke body aku yang ramping ni…" rungut Anabella kepada geng-gengnya.
Mereka ketawa serentak mendengar bebelan dari mulut comel Anabella. Siapa pun tak menyangka yang Anabella itu perempuan. Gayanya berpakaian lengkap dengan jaket kulit dan sarung tangan ‘Harley Davidson’ tidak menonjolkan ciri-ciri kewanitaan yang ada pada dirinya.
"Tapi kau pakai macam tu, memang nampak macam boy lah, Bella. Bila kau buka helmet aje, kau bukak jaket kau itu, sure banyak yang melopong…" usik Akim di hadapannya.
"Alah…lagi bagus macam ni. Aku pun selesa dengan korang." Jawab Anabella.
"Kau nak ikut tak kita orang punya trip minggu depan. Ingat nak konvoi ke Langkawi. Kalau nak, cakap awal-awal. Takut tak ada tempat kosong. Kita orang tak nak konvoi ramai sangat, susah nak handle." Jebat yang lebih berumur daripada mereka berenam membuat pengumuman ringkas.
Rakan-rakan lelakinya yang lain mengangguk tanda setuju menyertai konvoi tersebut. Masing-masing memandang Anabella menunggunya membuka mulut.
"Aku tak boleh ikut. Ada fashion show!"
"Okey lah kalau gitu. Ada apa-apa perubahan, call aku tau." Jebat mengingatkan Anabella. Gadis berlesung pipit itu mengangguk deras.
***
‘Aik! Motor ni macam pernah aku nampak, tapi kat mana ek?’
‘Ah! Kat dunia ni pun ramai orang pakai Harley Davidson macam ni!’
‘Tapi…macam biasalah motor ni!’
‘Mungkin mamat yang aku jumpa kat warung hari itu. Eleh! Baru naik Harley Davidson dah sombong. Tak tegur orang. Piraah..!’ Ray berlalu melepasi motor besar itu sambil merungut-rungut.
Ray berjalan pantas ke kedai jam untuk mengambil jam tangannya yang rosak. Tidak jauh dari situ ada pertunjukan fesyen yang menampilkan model-model tinggi lampai yang cantik-cantik semuanya.
Selepas mengambil jamnya, Ray mencuci mata menonton pertunjukan fesyen di tengah pentas di kompleks membeli belah tersebut.
‘Fuh! Cantik-cantiknya awek. Rambang mata nih! Hish!...’ Ray begitu teruja melihat lenggok model-model menggayakan pakaian kasual ciptaan pereka terkenal.
Matanya tiba-tiba tertancap pada seraut wajah jelita yang menggoda jiwanya. Jiwa muda yang minta dikasihi dan disayangi. Perasaan murni itu datang tanpa dipaksa. Tanpa sedar, langkahnya singgah di belakang pentas ketika acara sudah selesai. Dia ingin menghulur salam perkenalan kepada model jelita tersebut.
"Cik, boleh tolong panggilkan model yang gayakan baju warna purple tadi, tak?"
"Encik ni siapa?"
Model Cina tinggi lampai itu memandang Ray dari atas ke bawah. Tak handsome ke aku? Aku pun tak kalah tingginya…ops! Ini mesti sandal yang aku pakai menyebabkan matanya menelek aku sampai naik juling. Tolonglah! Itu bukan ukuran kewangan seseorang, okey! Ray menyumpah berbakul-bakul di dalam hati.
"Encik ni siapa? Kenapa nak jumpa dia?"
"Saya peminat dia. Nak minta autograph…he…he…" Ray tertawa sinis.
Model Cina itu menghilang ke dalam bilik persalinan dan keluar semula dengan muka yang angkuh.
"Maaf, dia sibuk. Tak boleh diganggu."
"Keluar sekejap pun tak boleh ke?"
"Tak! Haiya…orang tak mau jumpa, pergilah." Model Cina itu terus berlalu tanpa mengendahkan Ray yang tidak mahu berganjak.
"Eh! Moi…sapa nama dia?"
"Bella!"
***
Anabella mengintai disebalik tabir. Lelaki yang menggelarnya ‘brader’ ingin bertemunya? Apa dia nak? Takkan dia dah tahu yang aku ni perempuan, kecoh betul. Ada cari aku sampai kat sini…nasib baik Molly pandai menipu.
Dia memerhatikan lelaki itu pergi dengan wajahnya yang kecewa. Dia masih bengang apabila lelaki itu menganggapnya ‘lelaki’, siap tengok dan belek motornya sekali. Memang dia lelaki tak tahu malu. Tak kenalpun, dah ‘friendly’ semacam. Agaknya dengan semua orang macam tu, lagi-lagi dengan perempuan cantik. Dia ingat senang nak ‘tackle’ aku? Seorang Anabella yang berjiwa kental!
***
"Brader! Lama tak nampak lepak kat sini? Ada port baru ke?" tegur Ray yang tiba-tiba muncul di samping Bella.
Nyaris tangannya terlepas dari pegangan motornya, nasib baik kakinya sempat menahan motor besar itu dari tergolek. Kalau tidak, alamat malu satu warung mentertawakannya. Geram betul dengan mamat handsome ni, asyik nak mengekor je kerjanya. Dalam ramai-ramai brader motor yang lepak kat situ, aku juga yang ditujunya. Apalah nasib badan…
"Jomlah kita lepak sekali. Aku minat dengan motor besar ni, tapi takutlah nak bawak! Pernah accident. Tu yang jadi ahli menganggur terhormat dalam kelab motor besar ni…" tanpa diminta Ray terus bercerita mengapa dia tidak membawa motor lagi.
Anabella hanya mendengar, tidak mahu langsung membuka mulutnya. Lama kelamaan Ray mulai bosan kerana bercakap seorang diri.
"Kau okey ke brader? Aku tengok senyap je. Kau dengar tak apa aku cerita?"
Anabella menunjukkan isyarat tangan yang dia tidak faham butir bicara lelaki di sampingnya itu. Ray pula menyangkakan ‘brader’ di sebelahnya itu bisu dan pekak dari isyarat yang ditunjukkan.
"Laa…bisu rupanya! Patutlah sunyi senyap je. Bazir air liur aku je cerita bagai nak rak…" rungut Ray kepada dirinya sendiri.
Ray beredar sebelum menepuk bahu Anabella tanda memohon maaf.
***
Kah! Kah! Kah!
Koh! Koh! Koh!
Geng-geng mat motor yang sedang melepak di warung itu ketawa terbahak-bahak mendengar cerita dari mulut Anabella.
"Apa dia buta ke? Perempuan secantik Bella dipanggilnya lelaki, lepas tu dia kata kau bisu, pulak! Kelakar betul jantan tu…sah-sah tak tahu mengurat pompuan ni…" abang Jebat menyambung tawanya.
"Ya lah…buta hati!" sambut yang lain.
"Hari tu masa fashion show, dia kejar aku sampai belakang pentas. Nak berkenalan…eii, takut aku. Aku rasa dia cam motor aku la…"
"Hai Bella…terima ajelah. Dah ada orang nak berkenalan…jangan jual mahal sangat, nanti tak laku…"
"Bukan tak laku, aku takut dia terkejut beruk bila tahu yang kau ni pompuan, cantik pulak tu. Menyesal dia panggil kau brader!" ujar rakan Bella yang memakai topi pula.
Anabella tersenyum penuh makna. Ada-ada saja gurauan mereka yang membuatkannya senang bergaul dengan kumpulan penunggang-penunggang Harley Davidson itu.
***
"Aku rasa tak ada pulak brader naik motor Harley yang macam kau cakapkan tu…kau salah tengok tak." Kuzat menelan mee gorengnya dengan lahap.
"Ada beb! Baru semalam aku tegur dia, pun macam yang aku cerita dulu, lagak sombong beb! Punyalah sakan aku cerita, dia dok diam aje. Rupa-rupanya brader tu bisu. Tak ada suara…" Ray ketawa mengekeh sambil mengingati kejadian semalam.
"Tak baik kau ketawakan orang bisu…mereka manusia juga."
"Bukan aku ketawakan dia tu bisu, pekak. Tapi aku ketawakan diri aku sendiri. Dari dulu tak perasan yang dia tak dengar apa aku cakap."
"Betullah Ray, aku rasa kau silap tengok." Ujar Boing pula.
"Tak! Aku yakin brader bisu tu memang naik motor Harley yang aku cakap ni. Kau orang yang tak peka. Lepak ramai-ramai pun tak nampak." Ray tetap mempertahankan dirinya.
"Eh! Kau citer sikit, apa warna motor dia, nombor platnya ke, atau apa-apa yang boleh buat aku ingat." Boing terus berminat dengan perdebatan mereka itu. Kuzat ikut mengangguk.
Dengan bangganya Ray memberikan maklumat tentang ‘brader’ bisu tersebut. Segala sudut dan gayanya serta pakaian yang sering dipakai, diceritakan kepada ke dua sahabatya itu.
Habis Ray bercerita, Kuzat dan Boing saling berpandangan. Semua aspek yang digambarkan oleh Ray tepat dengan apa yang ada dalam fikiran mereka. Sah! Ray telah tersilap pandang.
"Rumusannya…kau memang silap besar, Ray!"
"Apa kau cakap ni, Boing? Hah? Mana aku pernah silap. Brader tu memang wujud."
"Brader yang kau maksudkan namanya Bella."
"Apa ke peliknya nama lelaki macam tu…tak fahamlah aku. Kesian dia kan…mesti kena kutuk selalu." Ujar Ray yang sedang menahan tawa.
"Kau lah yang pekak, beb! Bella tu memang perempuan, cantik siot! Aku pernah kenen kat dia, tapi tak ada respon." Kuzat menggelengkan kepala melihat Ray yang sedang bingung.
"Maksud kau, brader tu…"
"Ya. Dia perempuan, original, bukan tiruan. Kulit dia…fuh! Licin giler. Dia memang suka lepak dengan grup motor tu."
"Sebab tu first time jumpa, kau panggil dia brader, dia langsung tak layan kau. Benganglah dia kau sangka dia lelaki…"
Ray meraup mukanya dengan kedua belah tangannya. Dia telah melakukan kesilapan besar. Bengangnya! Kali ini giliran Kuzat dan Boing pula yang mentertawakannya hingga pecah perut. Apalah nasib badan…
Brader oh! Brader! Ops! Silap…Bella! Oh…Bella! Dia lah model cantik yang aku kejar hari tu…Fuh! Bengangnya aku! Mana nak letak muka ni….
Sambil memandu pulang, Ray memasang CD lagunya.
….Pintu sepiku yang bertahun terkunci Terpaksa aku bukakan perlahan-lahan Kerana ku khuatir, bisikan yang berbalah Denganku seharian, akan menenggelamkan Keakuan...
Ceh! Macam sindir aku je lagu ni. Cepat-cepat dia mematikan CDnya. Tajuk lagu pun ‘Bengang’….Di dalam perut Honda Accord yang menderum laju, Ray menjerit sekuat hati membuang perasaannya yang bersimpang siur.
***
Sumpah dia tidak akan lepak-lepak di warung itu lagi melainkan rasa malunya telah hilang. Sehingga sekarang Ray masih tidak mahu berkumpul dengan Kuzat atau Boing lagi, takut beb! Takut kena kutuk! Mana boleh orang macho macam aku kena kutuk kaw-kaw! Ray berperang dengan emosinya sendiri.
Engku Rayzal! Engku Rayzal!
Siapa pulak potong stim aku tengah berangan ni! Bebel Ray sambil membuka pintu rumahnya. Apartment 3 bilik itu sengaja disewanya untuk tiga hingga empat bulan ini untuk menghindari diri dari di ganggu kawan-kawannya. Dia ingin mencari ketenangan. Mengubati hati yang luka kerana niatnya untuk berkawan dengan si gadis Bella pasti menemui kegagalan, kegagalan yang disebabkan kecuaian sendiri.
"Apasal Ray bertapa kat rumah sempit macam ni? Susah akak nak cari, itupun ada kawan Ray yang tunjukkan."
"Kawan Ray? Bila pulak Ray inform dia orang yang Ray bertapa kat sini. Dia orang mesti pasang spy tu…pandai-pandai aje."
"Bella bukan kawan Ray ke?" tanya Engku Rayzana tersengih-sengih.
"Bella mana pulak ni?"
"Brader! Brader Bella…"
Nahas aku kerjakan nanti! Jangan kaitkan aku dengan brader ke , Bella ke…jangan buat aku bengang tahap gaban lagi! Ray menentang pandangan kakaknya dengan mata yang bulat. Marah sakan konon!
"Apasal marah giler? Salah ke akak cakap macam tu?"
"Tolonglah…kalau akak datang nak nak buat darah ni naik mendidih, baik tak payah. Dah lah Ray frust in advance…akak buat hal pulak!"
"Frust jenis apa tu? Frust trend baru ke?"
"Kakak!!"
"Okey! Okey! Bella ada kat luar."
"Hish! Dia ni tak faham cakap melayu ke apa? Jangan main-main dengan nama tu, kak!" jerit Ray geram.
"Dengar cakap akak. Bella ada kat luar. Buang bengang Ray tu…si dia dah ada depan mata, apa lagi. Pasanglah ayat-ayat power!" ‘
"Oh! No…no…Ray tak nak jumpa dia."
"Kenapa pulak?"
"Suruh dia yang masuk, Ray nak ready dulu…"
"Ready ke apanya?!" Rayzanna termangu-mangu.
"Bungkus muka ni, malu sih!"
Anabella telah berada di hadapan Ray yang menutup mukanya dengan kusyen. Dia gelihati sendiri melihatkan telatah Ray yang berasa bersalah. Kasihan pun ada. Ray…Ray…
***
"Kakak you banyak cerita pasal you pada I. Tak sangka lelaki yang selama ini dia cerita tu adalah you."
"Dia cerita apa?"
"Semuanya. You cute lah…"
Ray meraba mukanya. Cute? Bukan handsome ke?
"Masa kecik dulu, you nakal kan?"
Ray tersenyum sahaja membalas kenyataan dari AnaBella.
"Dah besar nakal pulak…apa you buat dengan motor daddy you tu? Sampai you accident?"
"Oh! Yang itu pun kakak I cerita dengan you?"
"You terbang dengan motor daddy you tu kan?"
"I saja test power. Tak sangka jadi macam tu. I ingat motor besar macam tu boleh buat I terbang, boleh redah sungai lumpur…"
Mereka sama-sama ketawa mengenang cerita lucu itu. Sehingga sekarang Ray fobia menunggang motor besar itu kecuali dia jadi pembonceng. Ray mencuri pandang wajah jelita Anabella, tak sangka rupa-rupanya Anabella telah mengenalinya terlebih dahulu sebelum insiden di warung atau fashion show itu. Dia berpura-pura tidak mengenali Ray kerana itu janji yang telah dibuat dengan Engku Rayzanna. Biar Ray sendiri timbul keinginan untuk berkenalan dengan Anabella.
Semenjak putus cinta beberapa tahun lalu, Ray seperti tawar hati dengan perempuan, itu sebabnya Anabella yang mempunyai motor besar ikut berkumpul dengan geng-geng motor untuk mendekati Ray.
"You marah ke masa I panggil you brader…"
"Gelihati. Yang I muncung tu, pura-pura aje. Tapi yang buat I nak gelak sakan masa you kata I ni bisu. Sampai hati betul…manalah I nak dengar apa you cakap, I kan pakai helmet."
Ray ketawa lagi mengingati insiden lucu itu.
***
"Nak naik motor ke naik kereta?"
"Motor."
"Nanti kalau hujan basah kuyup kita!"
"Tak apa lah. Basah kuyup ke, lencun ke…asalkan dengan you, itu semua no hal!"
"Nanti mekap I hilanglah…"
"Tak pakai mekap pun you dah cantik. Kulit pun dah putih gebu, apa nak touch up lagi. He…he…he…" tak henti-henti Ray mengusik Anabella.
"Okeylah, kita naik motor."
"Okey, set!"
"Tapi you kena bawak. I nak jadi mem besar hari ni. I penatlah…asyik kena bawak motor tu. You relaks je kat belakang. You ingat senang nak handle motor tu…sakit tangan dengan kaki I tau…"
"Tahu pun."
"Habis tu…"
"Jual aje. Habis cerita." Usul Ray pantas. Dia fobia betul jika dipaksa memandu motorsikal berkuasa tinggi itu.
"Jual? Ini sentimental value tau…you apa tau!" Anabella mencebik.
"Jual pada I. I sanggup beli berapa saja harga yang you tawarkan."
"Betul ke? Kalau gitu, I setuju. Confirm jual. I ingat nak jual RM90,000.00. Okey tak?" Tanya Anabella dalam nada manja.
"Hah? Mahalnya? Ini dah susut nilai…takkan masih gitu mahal!"
"You nak ke tak nak? Satu kali aje I offer ni. I baru pakai tiga tahun. Motor ni kalau 20 tahun lagi belum tentu yaou boleh dapat best price tau!"
Ray pura-pura termenung panjang sambil menjeling wajah lembut Anabella.
"Okeylah! Kira duit hantaran hanguslah yea…Habis I dah beli motor you tu…"
"Tak aci. Mana boleh macam tu."
Ray mencangkung di sebelah Harley Davidson berwarna hitam berjalur perak itu. Sayang punya pasal, dia sanggup berhabis demi cintanya pada gadis Anabella. Tanpa sedar, Anabella telah menghidupkan enjin motor tersebut. Habis semua asap hitam menyapu bersih wajah kelat Engku Rayzal. Wajah itu sudah seperti orang minyak gayanya. Anabella ketawa mengekeh kerana dapat mengenakan Ray sekali lagi.
"Nak ikut tak?"
Tanpa segan silu Ray mengenakan topi keledarnya dan selamba duduk di belakang. Anabella turun semula dari motornya dan bercekak pinggang memandang Ray yang sedang tersengih macam kerang busuk! Banyak cantik!
"You bawak kali ini, I duduk belakang."
"You lah bawak. I takut, nanti jadi macam dulu."
"Sampai bilapun kalau you tak cuba semula, you akan takut. Mana Ray yang mengaku jantan macho tu, mana Ray yang kononnya ego tinggi melangit. Kalau motor pun pompuan kena bawak. Malulah dengan I, ni…" Anabella memberikan semangat kepada Ray demi menghilangkan rasa takut dan fobia lelaki itu.
Dengan penuh keterpaksaan, Ray menyahut cabaran kekasihnya itu. Mestu tunjuk pandai! Bisiknya penuh semangat. Walau tangannya sudah mula terketar-ketar di lawan juga perasaan yang datang menerpa. Dia memejamkan mata beberapa saat buat mengumpul semangat.
***
"Aduh! Sakitnya siku I…"
"Tolong I Bella, tolong tarik tangan I ni…kan I dah kata, I tak boleh bawak. You paksa jugak. Tengoklah, kan dah masuk longkang. Nasib baik longkang tak dalam…"
"Bella! Bella!"
Anabella sibuk mengelap motornya tanpa menghiraukan Ray yang mengaduh kesakitan di dalam longkang. Ala…bukan dalam pun longkang tu, mengada aje yang lebih! Anabella menjuihkan bibirnya melihat Ray masih tidak berganjak dari dalam longkang tersebut. Kesian motor mahal aku ni…bertahun aku bawak, tak ada pun accident, ini baru satu kali suruh Ray bawak, dah terbabas ke dalam longkang. Bebel Anabella geram.
"Aik! Nak tidur dalam tu ke?"
"Jangan kacau. Tengah layan perasaan ni!"
"Eleh! Tak kuasa layan lelaki macho merajuk ni tau! Sampai tiga I kira you tak naik jugak, I tinggal you kat sini." Anabella semakin tidak sabar melihat gelagat Ray.
"Satu…"
"Dua…"
"Ti…"
Tahu takut! Anabella menjeling Ray yang sudah berdiri di sisinya dengan baju yang comot. Walau kau comot, aku tetap sayang! Sambil berkata di dalam hati, Anabella ketawa senang.
Kadang-kadang orang lelaki suka dilayan manja, kadangkala mereka perlu berlagak matang untuk mengambil hati insan tersayang. Begitulah rentaknya kehidupan.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
hahahaha..
kelakar gile..
tp ending mcm gantung je??
smbg agi ek writer??
*swit je ouh citer ni..:):):)