Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Ku tebarkan pandangan ini meneroka pemandangan yang terlukis menerusi jendela bas yang kelam cerminnya. Di luar, titis-titis hujan masih kasar dan ganas. Namun, nyatanya kenderaan-kenderaan itu tetap rakus berlumba-lumba menyusuri dada jalan raya yang basah. Sebasah hati ini yang sarat menanggung gejolak kecewa yang sukar diungkapkan. Ada keluhan berat yang mengiringi lantas mengundang sendu dan linangan air mata ku yang mula berguguran.
Mal, x perlu cari Nadi lps ni. Kt clash! Mgkn mmg kt x ada jdh – Nadia
Ku gagahi jua menekan kekunci send telefon bimbit ku, biar pun gementar ini begitu menyesakkan dada. Hanya linangan air mata mampu menghamburkan segala sebak yang berbungkal di hati. Aku sedar, rela atau tidak aku harus kentalkan semangat demi mengakhiri segala-galanya biarpun ia pasti akan mengheret hidup ku ke kancah kecewa sekali lagi... Biar pun ia menuntut pengorbanan paling getir, akan tetap jua ku teruskan.
Mungkin inilah takdir yang telah tertulis. Pertemuan aku dan Syazlin hanya ibarat pencetusnya dan aku terlalu bersyukur. Aku sedar mungkin inilah ujian Tuhan atau sekadar peringatanNya untukku demi menyedarkan aku yang selama ini sering kali hanyut dalam lautan cinta yang melemaskan.
Sesungguhnya aku tidak sanggup lagi hidup seperti ini. Terus-terusan membiarkan cinta ku dipermainkan seperti itu. Sebagai perempuan, aku ada harga diri dan maruah. Namun, tegarkah aku untuk mengharungi kecewa ini sekali lagi? Tangkai hati ku berdetik lagi... Ahh... Apa pun aku perlu tabah. Demi wajah-wajah yang ku kasihi, aku yakin benar inilah keputusan terbaik. Aku tidak sanggup lagi terus hidup diselimuti rasa bersalah.
Segala kenangan itu kembali terlukis di kotak ingatan ini. Masih hijau di ingatan ini kala kami dipertemukan semula setelah ditakdirkan terpisah sejak sekian lama.
Assalammualaikum! Tiba-tiba ketika melewati pusat membeli belah KLCC yang menjadi mercu tanda dan kebanggaan Malaysia itu aku dikejutkan dengan suara dan sentuhan lembut di bahu. Aku segera berhenti dan berpaling mencari suara yang begitu mencuit hati ini dan seorang perempuan berdiri betul-betul membelakangi ku.
" Ini Nadiakan? Terukir senyuman manis pada raut wajah yang cengkung itu. Aku pula! Bagaikan hampir luruh jantung! Serta merta babak kenangan lama kami hinggap di ingatan.
" Alin! Aku terjerit kecil, lantas kami saling berdakapan gembira tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang. Ada sebak yang tiba-tiba bertamu di dada ini. Lama kami berpelukan lama. Masih terasa kehangatan yang menjalar di segenap urat ku. Bagai hangatnya kasih yang kami bina hampir 10 tahun lalu.
" Apa khabar Nadia? Kau sihat ke?Dia masih menggenggam erat jemari ku. Aku hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala sambil tersenyum. Lidah ku bagaikan kelu, tak mampu untuk berkata-kata. Hanya air mata yang mampu meluahkan betapa pertemuan itu menjadi satu anugerah paling bermakna untuk ku.
" Bila lagi ada di KL? Aku menarik tangan Syazlin ke tepi. Rupa-rupanya beberapa ketika itu tanpa sedar kami telah menambahkan kesesakan kerana menghalang laluan orang ramai. Itu pun mujur aku cepat tersedar kerana terdengar bebelan beberapa orang yang lalu lalang di situ.
" Aku baru seminggu di sini. Ya Allah, tak sangka berbaloi juga aku datang ke sini...dapat jumpa kau! Dia terus menggenggam tangan ku sambil matanya masih bersisa air mata.
" Jom kita minum dulu...aku belanja. Aku menarik tangannya ke Coffee Bean yang kebetulan berhampiran saja dengan tempat pertemuan kami. Dia tersenyum dan menyoroti langkah ku.
*****************************************
Aku baru saja selesai solat Isyak bila lagu Januari dendangan Glenn mengejutkan sunyi ku. Ku alih pandangan ke arah jam di dinding. Baru jam 9 malam. Suara Glenn menjerit-jerit lagi, lantas aku bingkas bangun mencapainya. Tertera nama Syazlin di skrin. Aku tersenyum, baru petang tadi bertemu, malam ini dah telefon. Seperti dulu-dulu, tidak pernah kering idea kami bersembang, lepas satu...satu, lepas satu...satu!
" Nadia, buat apa tu? Kedengaran suara halus dari sana.
" Takde apa-apa, baru lepas sembahyang!
" Kau kat mana ni? Bising je dengar?
\"Nadia, kita jumpa boleh tak? Aku ada hal nak bincang dengan kau kejap! Aku mengerutkan wajah. Pelik juga bunyinya. Sedangkan baru petang tadi kami berbual panjang.
" Hal apa Alin cemas saja bunyinya tu? Aku cuba menduga.
" Tolonglah Nadia, penting sangat! Suaranya perlahan bagaikan merayu-rayu.
" Ok lah, kalau macam tu kita jumpa kat tempat semalam dalam sejam lagi! Aku memberi cadangan.
" Ok! Terima kasih Nadia! Ada nada ceria di suaranya. Tanpa sedar ada senyuman yang terukir di bibir ku bila tiba-tiba sahaja semua memori kami dulu berlegar di kepala.
" Ok. No hallah...kita kan kawan baik!"
" Ok! Klik. Syazlin mematikan telefon bimbitnya. Aku pula segera bingkas bangun dari tikar sembahyang dan mula berdandan seadanya.
*****************************************
" Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan Alin, kau patut lebih banyak bersabar jika masih sayangkan dia," ujar ku sugul sambil terus meneroka wajah pucat Syazlin yang semakin ketara cengkungnya.
" Entahlah Nadia, aku betul-betul bingung, tak tahu apa yang patut aku buat. Aku betul-betul kasihankan Sarah!" Aku mendongak menyorot ke mata Syazlin sambil mengerutkan dahi ku.
" Sarah? Siapa Sarah? Ada keluhan berat yang mengiringi pertanyaan ku itu, dia mendongak merenung ku sambil cairan jernih mula bergenang di pelupuk matanya.
" Anak kami Nadia, dia baru empat tahun, terlalu kecil untuk memahami semua penderitaan yang ditanggung mamanya ini!
" Syazlin! Spontan aku menarik jemari Syazlin dan menggenggamnya erat. Dalam sebak dia tersenyum tawar sambil mengangguk-anggukkan kepalanya dengan lemah.
" Aku perlu mencari dia Nadia! Kami perlu berbincang! Itulah sebabnya kau bertemu aku di sini!"
" Alin, aku tak tahu..!" Tiba-tiba Syazlin memotong kata-kata ku.
" Nadia! Aku sendiri pun tak tahu apa yang telah terjadi antara kami! Aku tak tahu di mana silap ku hingga dia sanggup meninggalkan kami tergantung tidak bertali seperti ini!
" Memang dasar jantan sial! Alin, kalau begini keadaannya...aku nasihatkan kau tinggalkan saja dia, bina hidup baru bersama Sarah! Syazlin hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata ku. Terima kasih Nadia..." Syazlin menggenggam jemari ku. Terasa kehangatannya!
" Untuk apa?
" Kerana tetap menyokong aku seperti dulu...!" Hanya senyuman tawar yang mampu aku berikan padanya.
" Kita sudah seperti adik beradik Alin, kau tahu kan aku tetap ada di belakang kau walau apa pun terjadi! Ku lihat Syazlin hanya mampu merenung jauh, entah apa yang difikirkan, mungkin mencari jawapan yang entah di mana pengakhirannya.
*******************************************
Hari itu tugas ku di pejabat agak memenatkan. Lalu aku putuskan untuk terus pulang ke rumah. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan getaran telefon bimbit dari dalam beg tangan yang tersandang di bahu. Apa lagi, sms lah tu...! Aku tersenyum sendiri apabila melihat mesej yang tertera di skrin.
Hi syg, abg confirm blk bln dpn, i really mis u – cyg, Ikmal
Aduh!! Tak sabar rasanya menantikan saat untuk dia kembali! Dalam pada itu, hati ku terasa berbunga bahagia. Empat tahun bukanlah jangka waktu yang singkat. Bahkan apa saja boleh berubah dalam waktu itu. Apatah lagi tiada paduan janji antara aku dan dia sebelum ini. Malah, terus terang aku langsung tidak pernah bermimpi untuk dipertemukan semula dengan kekasih hati ku itu.
Apatah lagi waktu itu kami sentiasa tidak mendapat peluang untuk mengenali satu sama lain. Walaupun belajar di universiti yang sama, kami jarang sekali dapat bersua wajah, Cuma ada kalanya kami terserempak dan hanya saling membalas pandang dan senyuman.
Mungkin juga waktu itu rasa malu masih menebal di dalam diri, hingga kami terpaksa memendamkan perasaan masing-masing. Ikmal... insan yang pernah cuba aku lupakan tapi hakikatnya mungkin jodoh kami begitu teguh untuk bersama.
Indahnya saat bercinta...tapi bila sudah berkahwin, lain pula jadinya! Tapi aku pasti Ikmal takkan sesekali mengecewakan aku, apatah lagi kesungguhan yang ditunjukkannya sejak kami bertemu semula lebih setahun lepas.
Tiba-tiba saja aku teringatkan Syazlin. Kasih pada teman ku itu tidak pernah pudar. Malah, tidak pernah aku terfikir untuk bertemu dia selepas lebih 10 tahun terpisah oleh keadaan waktu itu yang ketika itu begitu menghimpit.
Kasihan Syazlin, sejak dulu hidupnya sering dilanda derita, bermula daripada kematian ibu bapanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika kami di tingkatan empat. Segala-galanya berubah mendadak. Dia terpaksa berpindah mengikut ibu saudaranya berpindah ke Johor. Sejak dari itu, bermulalah detik perpisahan kami.
Kini, dia dilanda masalah lagi. Namun, perempuan mana di dunia ini yang meminta untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang kaki perempuan dan kaki pukul seperti itu! Manis kala bercinta tidak bermakna ia akan kekal apabila bersama. Hakikat itu sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Menurut Syazlin, selepas dia berpindah ke Johor, dia telah berhenti belajar memandangkan ibu saudaranya tidak lagi mampu untuk menyara persekolahannya. Lantas Syazlin bekerja di kilang dan di situlah mereka bertemu dan seterusnya mengikat kasih dan mendirikan istana bahagia.
Akhirnya, perkenalan yang hanya tiga bulan itu telah diakhiri dengan ikatan janji untuk sehidup semati. Namun, semua itu menurut Syazlin cuma mampu bertahan selama dua tahun saja. Selepas Sarah lahir, semuanya mula berubah!
Ahhh...Segalanya masih segar di ingatan, tiap kenangan pahit dan manis itu yang pernah kami lalui bersama...bagaikan baru semalam ia berlalu. Kini, selepas mengetahui kisahnya itu aku benar-benar berang dan pada lelaki dayus itu.
" Cik minta tiket....
Tiba-tiba saja buih-buih kenangan itu terbang dan hilang begitu saja. Seorang lelaki gempal berkulit sawo matang berdiri di sebelah kerusi ku sambil tangannya di hulurkan kepada ku. Tiket bas bertukar tangan, setelah tiket ku dikoyak dia menghadiahkan aku sebuah senyuman sebelum berlalu begitu saja.
Pandangan ku tertancap kepada gelagat beberapa orang penumpang bas itu yang hanya ada beberapa kerat saja. Namun, ternyata ia cuma bertahan beberapa saat sahaja sebelum fikiran ku kembali terbang mencari babak luka yang tersulam di sebalik kenangan itu.
Masih terpahat di ingatanku tragedi pahit yang terjadi pada petang Ikmal akan kembali ke Malaysia selepas hampir sebulan dia di China.
Tidak dapat dinafikan betapa membuak-buaknya rasa rindu yang bermukim di jiwa ini dan cadangnya ingin sekali aku berkongsi momen-momen indah itu bersama Syazlin dan Sarah. Aku tersenyum sendiri... bolehlah aku perkenalkan Sarah pada Ikmal yang memang aku tahu begitu sayangkan kanak-kanak.
Selepas hampir setiap hari aku bercerita kisah dua beranak itu kepada Ikmal, dia juga ternyata teruja untuk bertemu Sarah, katanya si kecil itu bagai mengingatkan dia pada seseorang! Malah, jangan katakan Ikmal, si kecil itu pun sudah seperti anak ku sendiri. Semua permintaannya akan sedaya upaya ku tunaikan!
"Nadia, aku ingat nak balik Johor esok pagi, sudah hampir sebulan lebih aku di KL, tapi papa Sarah masih entah di mana. Aku rasa baik kami balik ke Johor dahulu, takut mungkin dia kembali ke kampung untuk cari kami," Syazlin mengelus rambut Sarah yang menari-nari ditiup bayu petang.
" Ikut suka kaulah Lin, Aku tak kisah pun kalau kau nak terus tinggal dengan aku kat sini. Sarah pun sudah seperti anak ku sendiri, lagipun aku nak perkenalkan korang dengan Ikmal!"
" Ikmal? Tiba-tiba Syazlin merenung tajam kepada ku. Aku tersenyum tawar melihat reaksinya yang tiba-tiba seperti orang kehairanan.
" Yelah, Ikmal yang selalu aku ceritakan tulah..." kata ku lagi.
" Ohhh... lelaki yang kau jumpa di universiti dulu tu!" Sengaja Syazlin memuncungkan bibirnya...Sarah cuma ketawa nakal melihat keletah mamanya. Aku turut tersenyum, sekadar berkongsi kebahagiaan sementara bersama insan-insan paling ku sayangi ini.
" Alin...sampai bila kau nak menunggu si Din tu? Tiba-tiba saja soalan serius terbit dari bibir ku. Syazlin juga ku lihat segera bertukar mood! Serius!
" Entahlah...aku masih sayangkan perkahwinan ini!
"...walaupun dia langsung tidak pedulikan kau dan Sarah?
Kau sendiri dah lama sedar lelaki jenis apakah dia tu!" Aku mendengus, bengang juga dibuatnya bila mendengar Syazlin masih terus mengharapkan lelaki bodoh itu!
" Aku masih percaya, Ikmal Shaudin masih sayangkan cinta kami, walaupun kebahagiaan itu hanya mampu bertahan untuk dua tahun. Tapi sekurang-kurangnya Sarah adalah bukti kasih kami berdua!" Ada nada sebak dari suaranya. Aku pula bagaikan terpana. Bagaikan kilat yang menyambar! Bukan kerana penangan ayatnya yang bisa tapi tatkala mendengar nama yang telah di sebut Syazlin sebentar tadi. Tapi tak mungkin segala persoalan yang tiba-tiba hinggap di kepala ku itu benar! Aku bagaikan tidak percaya!
Tiba-tiba aku dikejutkan sekali lagi dengan getaran telefon bimbit di genggaman. Ku buka dua sms yang masuk bertalu-talu itu...
Why ...
I luv u so much! Apa silap Mal?
Di luar yang tadinya basah dengan titis-titis hujan kasar kini sudah berganti gerimis. Bagai turut merasai kepedihan hati yang sedang mendera perasaan ini. Berbungkal dengan sebak dan rasa sayu silih berganti. Sebak kerana kehilangan tiga orang yang paling aku sayangi dari pandangan mata. Hanya air mata yang mampu meluahkan segala perasaan yang terbuku di dada dan semakin menyendatkan ini. Kami bertiga berpelukan erat. Sarah pula asyik merengek-rengek tidak mahu berpisah...
Walaupun perpisahan ini hanyalah sementara tapi bukanlah perpisahan ini yang aku tangisi! Ada titisan air mata yang jatuh. Aku melepaskan keluhan paling berat. Memang aku amat mencintai lelaki ini... tapi aku tak sanggup... Aku tahu keputusan ini bukan satu kesilapan dan aku pasti tidak akan pernah menyesalinya. Foto yang tersimpan rapi oleh Syazlin di dalam dompetnya yang ku temui secara tidak sengaja kelmarin ternyata menjawab segala-galanya...
Silap Mal hanyalah kerana Mal bernama Ikmal Shaudin!
Tap! Aku terus mematikan telefon bimbitku selepas menghantar sms itu...biarlah ia menjadi sms terakhir dan penamat bagi segala-gala yang berlaku. Bas yang ku naiki mulai bergerak, laju dan semakin laju meninggalkan kota yang curang ini! Di luar titis-titis gerimis kian berhenti.
Sedihnya cerita ni... Kita faham jalan cerita ni,x sangka yg kekasih nadia tu suami dan bapa kepada dua beranak tu iaitu syazlin dan sarah.kita harap penulis cerpen ni terus kan penulisan kamu.salam.
Adeh.. korang yang tak faham ni. citer ni simbolik. tak direct. maybe yang dah dewasa je kot faham maksud cerpen ni.. yg tak faham tu golongan remaja lg kot.. to writer.. good job!!!
salam hormat kepada pembaca. terima kasih tidak terhingga atas komen2 membina anda. saya akui kisah ini agak sukar untuk difahami kerana keseluruhan cerita memperlihatkan watak utamanya lebih banyak bermonolog dengan dirinya sendiri. Insyaalah, saya akan cuba memperbaiki segala kelemahan ini...kepada anda yang sudi membaca nukilan saya, teruskan memberi komen telus anda ya!
cerpen ni menarik cume konfius sket... syazlin tu tau ke ikmal tu tgh bercinte dgn nadia? ape tindakan syazlin bile die tau kekasih nadia tu namenye ikmal? xkan wat derk je?
Salam.Setiap penulisan ada cara yang tersendiri. Sesuatu karya jangan hanya baca untuk suka-suka. Cuba baca cerpen sastera, anda juga tidak mudah untuk memahami ayat-ayat sastera yang ditulis jika tidak dibaca dengan betul2. Hasil karya di atas punya jalan cerita yang pinta kita fikirkan sesuatu. Dalam kehidupan ini pasti ada kejutan bukan. Harap penulis boleh jadikan nukilan cerpen ini sebuah novel.
oh citer ni nadia yang sdg bercinta dgn ikmal shaudin, sdgkan ikmal shaudin tu adalah suami kpd kwn baiknya lin. slps nadia mendapat tahu bhw ikmal itu suami kpd lin, nadia terus memutuskan hub cinta nya, cuba bace perenggan kat atas nadia kn mintak putus. bgs2 olahan cerita yang menarik.. from=ice
satu penulisan yang menarik dengan penggunaan bahasa yang tidak membosankan.Pengakhiran cerita yang meninggalkan tanda tanya pada pembaca, apa yang seterusnya bakal terjadi pada persahabatan akrab Nadia dan Shazlin merupakan idea yang agak bernas. Sekurang-kurangnya pembaca boleh bermain dengan imaginasi masing-masing sebelum penulis berhasrat untuk meneruskan cerpen tersebut untuk episod seterusnya. Tahniah...teruslah berkarya di masa depan.
cita ni pendapat sy yang wt owg tak paham mcm na ikmal ble jmpa kat kilang ngan dy? sedgkan dy berpelajaran.. tu wt owg confuse.. btw cita ni sy dappat paham n nice job.. mempunyai idea yang bek..hehhehe.. do da bez to da writer...
garapan cite yg memerlukan kita berfikir lebih skit.nice story.cuma x puas ati nak tahu, y ikmal tinggalkan lin, n selamba bcinta dgn org lain, n bole setia plak tu..
kepada penulis... nice story... garapan yang baik...
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
xphm jalan citer ni... what is the main point? dr td tercari2..