Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Wajah Syam aku amati dengan sepenuh hati. Aku mengusap lembut tangannya dan kemudian aku bawanya ke pipi.
"Syam..maafkan saya…kerana saya, awak jadi begini..,saya yang bersalah Syam..bangunlah Syam.." Aku merintih pilu. Manik-manik jernih mula bertebaran membasahi pipiku. Hatiku bertambah pilu apabila melihat parut besar yang masih berjahit pada kepalanya yang sudah dibotakkan. Tiub kecil yang mengalirkan darah dari bahagian dalam tengkoraknya di sambung ke satu botol kecil. Menurut doktor, dia baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang darah yang terkumpul di dalam otaknya.
Aku cuba menahan sendu . Tidak sanggup aku melihat keadaan Syam yang sebegitu rupa .Dia masih tidak sedarkan diri .Walaupun doktor memberitahu Syam bahawa keadaannya semakin stabil dan pendarahan dalam otaknya terkawal, namun itu langsung tidak menyedapkan hatiku yang resah ketika ini. Setelah mengetahui siapa Syam sebenarnya, hidup aku semakin tidak tenteram, jiwaku sering berkocak hebat . Aku seolah-olah masih tidak percaya bahawa Syam adalah kekasih hatiku sewaktu ketika dahulu . Aku ingatkan dia sudah memungkiri janji setianya padaku lebih 10 tahun yang lalu namun ternyata dia masih berpegang pada janji itu..malah sanggup mengorbankan dirinya keranaku. Aku sungguh terharu. Inikah yang dinamakan cinta sejati? Sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya? Sebenarnya aku sudah hampir melupakan janji setia antara kami kerana selama ini aku anggap janji Syam tidak serius. Dengan perlahan-lahan kenangan lamaku bersama Farid Faisyam bermain-main di fikiranku.
" Awak..tak boleh ke awak tak pergi London?" Aku mula menahan sebak . Keputusan Farid benar-benar mengejutkan aku. Tidak sangka dia ingin sambung belajar di tempat sejauh itu. Aku tidak sanggup kehilangannya.
" Awak..saya terpaksa pergi, papa dan mama saya nak sangat saya pergi belajar kat sana..diorang nak saya ikut abang long..," jawab Farid teragak-agak . Dari raut wajahnya, jelas menunjukkan bahawa dia juga berat hati untuk ke sana .
" Tapi Farid…saya tak sanggup berpisah dengan awak..jangan la pergi wak..,awak belajar kat Malaysia jela..kita belajar sama-sama ye.." aku merengek seperti anak kecil .Air mata yang ku tahan akhirnya tumpah jua . Aku benar-benar mengharapkan dia akan terima cadanganku ini .Farid mengeluh berat. Dia semakin serba salah. Bayu laut yang menghembus lembut pipiku langsung tidak dapat menyejukkan rasa panas di hatiku ketika ini.
" Awak..please trust me..walaupun saya pergi jauh sekalipun..hati saya tetap milik awak .Tak ada sesiapa yang boleh curi hati saya selain awak..," Farid merenung anak mataku dalam namun kata-kata itu menambahkan lagi rasa sebak di dadaku.
" Kalau awak cintakan saya..jangan pergi sana..," aku tidak fikir apa-apa lagi. Yang aku fikir, aku benar-benar tidak boleh terima keputusannya. Farid terkejut dengan ugutanku.
" Sayang..jangan la macam tu..awak tak percaya saya ke? Kita dah lama couple..awak kan tahu saya ni macam mana..Saya jenis yang setia..Percayalah, saya cintakan awak sepenuh hati saya..tolonglah jangan ugut saya macam tu..hati saya tak tenang lah dengar awak cakap macam tu..," sayu Farid memujukku .
" Tapi wak..awak nak tinggalkan saya 5 tahun, bukannya 5 bulan! Lama tu..awak ingat saya boleh teruskan hidup ke tanpa awak?" Aku masih berdegil .Kata-kata Farid langsung tidak berbekas dihatiku. Aku memuncungkan mulut tanda protes.
" Lina..dengar sini..5 tahun tu bukannya lama..saya janji, lepas saya balik dari sana nanti, saya akan cepat-cepat cari awak. Saya akan kahwin dengan awak..promise!" Kata Farid bersungguh-sungguh. Tangannya yang agak berisi diletakkan menegak di sisi kepalanya seakan sedang bersumpah. Mendengar janji itu, hatiku berbunga riang.
" Betul ni?" Aku mahu mengesahkan kebenaran kata-katanya .Esak tangisku semakin perlahan . Harapan itu sekali gus melenyapkan rasa sakit hatiku ini.
" Betul la wahai Lina sayang..saya sumpah! Walau apa pun yang terjadi..you are mine. Tak ada siapa yang boleh halang cinta saya pada awak..I love you so much honey..soooo much!" Kata-kata romantis yang keluar dari bibir Farid membuatkan aku tersipu malu.
" I love you too Farid..," jawabku perlahan. Farid akhirnya tersenyum dengan wajah ceria. Air matanya turut bergenang di kelopak mata. Mungkin terharu dengan penerimaanku. Dia merenungku tidak berkelip. Aku turut merenung dalam wajah Farid yang agak tembam. Comel!
" Thanx sayang..,wait for me okay.."
" Okay Farid, saya akan tunggu awak hingga ke akhir hayat saya..," hanya itulah jawapan yang paling baik mampu aku berikan pada Farid.
" Eh, awak nak buat apa tu?" Aku bingung apabila Farid tiba-tiba bangun dan mencapai kulit kerang yang ada di situ. Dia tidak menjawab soalanku sebaliknya terus mengukir sesuatu pada batang pokok rhu ,tempat kami bersandar di tepian pantai itu. Aku memandangnya hairan. Seketika kemudian, ukiran itu semakin jelas kelihatan . ~‘ Farid cute’ Love ‘Lina comel’ 12 September 1999~..aku membaca di dalam hati. Aku tiba-tiba tergelak membaca ukiran itu. Macam-macam lah Farid ni.
" Buat apa la awak ukir nama kita kat situ? Kelakar la..," kataku dengan sisa gelak masih kedengaran. Farid hanya tersengeh.
" Inilah bukti cinta kita sayang...Sampai bila-bilapun nama ini akan terpahat di pokok ni..," Aku terharu mendengar kata-katanya. Aku boleh nampak kesungguhan pada wajahnya .Sesungguhnya, dia sentiasa berusaha untuk membuatkan aku bahagia.
" Macam mana kalau pokok ni kena tebang..nama ni pun akan hilang gak.So tak adala bukti cinta kita..," aku cuba berseloroh seakan mempermainkan kata-katanya. Farid tergelak kecil sambil menggelengkan kepala.
" Oooo pandai ek..Tak.. ukiran ni tak kan hilang walaupun dah kena tebang..never!" kata Farid penuh yakin.
" Macam mana pulak tu? Kalau dah kena tebang mestila pokok tu orang ambil buat rumah..,tak pun buat kayu api..habislah hilang ukiran tu..hehe.." aku masih cuba berseloroh. Farid tersenyum lebar.
" Walaupun pokok tu dah kena tebang tapi tak ada siapa yang boleh tebang pokok cinta dalam hati saya. Nama awak akan sentiasa terpahat di hati saya walau ke mana saya pergi….It will be there forever and ever.." Kata Farid sambil memegang dadanya. Waduh waduhh ini yang aku lemah ni. Pipiku serta-merta membahang panas. Kata-katanya yang cukup romantik itu memang membuatkan aku cair habis sehingga boleh jadi wap kalau terus-terusan begini.
" Laa..asal saya nak romantik sikit je..muka awak blushing. Ish susah la macam ni.." Aku menjeling tajam pada Farid. Farid tergelak besar melihat reaksiku .
" Susah apa pulak ?"
" Yela..nanti pas kahwin ,kalau awak macam ni jugak..tak bestlah...nanti saya tak boleh nak..," Farid mula tersenyum nakal . Keningnya diangkat beberpa kali. Mula la tu nak fikir benda bukan-bukan.
" Ngada-ngada!" Gertakku . Aku pantas menghadiahkan cubitan ketam pada perutnya yang ada spare tyre tu.
" Adoiii sakitla sayang..apa ni?" Farid mengaduh sakit .
" Habis tu yang awak ni gatal sangat ni kenapa? Suka fikir benda bukan-bukan ek.." Marahku.
" Laa, fikir bukan-bukan apa pulak..saya kata nanti saya tak boleh nak jiwang-jiwang dengan awak..," katanya dengan muka yang berkerut-kerut menahan sakit sambil tangannya mengusap bahagian perut yang menjadi mangsa cubitanku. Aku hanya tergelak melihat telatahnya . Aku mula mengorak langkah untuk berlari anak dari situ tanpa menjawab kata-katanya.
" Ooo nak lari ye..siap la awak!Tunggu!! " Laung Farid sambil mengejarku dari belakang . Aku pantas berlari ke arah tepian pantai. Ombak menghempas lembut kakiku. Kami bermain kejar-kejaran dan simbah-menyimbah di situ sambil bergelak ketawa. Bahagianya aku saat itu..
" Maaf, anak ni siapa? Buat apa kat sini? " Lamunan indahku melayang entah ke mana apabila tiba-tiba ada orang menyapaku. Aku cepat-cepat menyeka air mataku lantas berpaling ke arah orang itu. Aku tergaman apabila melihat mama Syam berada di situ. Di sebelahnya berdiri seorang wanita cantik seusia denganku sedang memandangku hairan.
" Saya..saya.. ka..kawan Syam..," jawabku tegagap-gagap . Aku gugup. Jantungku berdegup kencang. Aku betul-betul belum bersedia untuk bersemuka dengan mama Syam.
" Kawan Syam yang mana satu tu? Setahu mak cik tak ada siapa yang panggil anak auntie Syam selain Za..," riak kehairanan jelas terpancar di wajah wanita yang bergelar datin itu . Aku terkedu .Aku menggigit bibir tidak tahu bagaimana harus menjawab soalan itu.
" Julia rasa macam pernah jumpa la perempuan ni..," kata-kata sinis dari wanita cantik itu mengejutkan aku. Dia kenal aku? Biar betul. Aku cuba meneliti wajahnya. Aku seperti mengenalinya tapi di mana ye aku melihatnya ? Adakah wanita itu….Hah! Tak mungkin!
p/s : salam..1st of all sy nak mintak maaf byk2 coz starting next week, sy akan mula masuk sem baru and be a final year student, so meby sy agak bz n x de masa nk menulis. But,don't worry saya akan cuba postkn new n3 at least sekali seminggu..Saya harap pembaca bersabar ye.. nway thanx atas sokongan anda selama ini..saya amat menghargainya..=)
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
SEMOGA BREJAYA DLM HDP......RAJIN2 LA MENULIS....