Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aku masih ingat lagi kepada seorang pensyarah semasa aku menuntut di universiti. Pada masa itu aku masih di tahun satu pengajianku, katanya bukan senang untuk mendapatkan tempat di Jati Bina, menurutnya dia antara perempuan Melayu yang diterima bekerja kalau nak dibandingkan dengan semua yang menghadiri temuduga. Semenjak itu aku mula menanam hasrat untuk bekerja di situ untuk membuktikan aku juga mampu melakukannya dan hari ini terbukti, sudah genap sebulan aku bekerja di syarikat Jati Bina.
Bukan senang untuk bekerja di situ memandangkan tidak ramai pekerja Melayu dan itu merupakan satu cabaran untuk menjadi yang terbaik dan membuktikan anak Melayu juga boleh melakukannya. Rakan-rakan seperjuangan semuanya baik dan sentiasa memberikan semangat walaupun berlainan bangsa dan agama. Namun, setiap pekerjaan mahupun kehidupan pastinya ada pasang surutnya tetapi itu tidak pernah mematahkan semangatku malah aku lebih kental dalam mengharungi hari yang mendatang.
Semestinya hari ini merupakan saat yang dinantikan ramai kerana syarikat akan mengadakan Hari Keluarga di Pulau Tioman. Aku juga seakan tidak sabar untuk menantinya. Semuanya bergembira tanpa lagi memikirkan masalah pejabat. Tiada lagi hubungan formal antara kami. Kami seolah dalam suatu keluarga yang erat tetapi kami masih hormat pada orang atasan.
Kami beramai-ramai menaiki bas dari pejabat untuk ke sana. Kemudian kami menaiki feri untuk ke Pulau Tioman yang memakan masa selama setengah jam. Namun ia tidak mematahkan semangat mereka dan juga aku walaupun aku seorang yang ’mabuk laut’. Takkanlah aku hendak menaiki helikopter pula. Setelah sampai, kami berehat di Hotel Seri Malaysia. Aku berkongsi bilik bersama dua orang rakan sekerja,Eva dan Linda. Merekalah orang pertama yang menegurku sewaktu aku mula-mula bertugas dan kami menjadi teman yang akrab.
Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang dua hari satu malam kami berada di sana seperti acara pantai pada sebelah siang dan pada malamnya kami mengadakan BBQ. Tetapi semasa kebanyakkan acara pantai diadakan, aku lebih suka berjalan-jalan di tepi pantai atau menjadi penonton memandangkan aku seorang yang tidak minat aktiviti bercorak kesukanan malahan semenjak aku di peringkat sekolah dan universiti aku lebih senang memilih indoor game atau yang bercorak ilmiah sebagai subjek kokurikulum aku. walaupun aku tahu bersukan baik untuk kesihatan. Aku juga tidak malu untuk mengakui yang aku langsung tidak tahu bermain bola jaring walaupun aku pernah memasuki kelab bola jaring dan sekaligus menjadi ahli jawatan kuasa mewakili tingkatanku pada masa itu. Kelakarkan, tapi itulah kebenarannya.
Kebanyakan masa, aku lebih senang berjalan sendirian menghirup udara segar disekeliling pulau. Linda dan Eva lebih senang menonton perlawanan atau menjadi peserta kerana menurut mereka ia seolah membuang masa, tetapi aku tidak merasakan sedemikian, malahan aku lebih berasa aman dan tenang. Aku hanya mengikut kemana saja kakiku berjalan. Apabila aku sudah merasa penat berjalan, aku akan duduk dibawah pokok tanpa beralaskan apa-apa sambil menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan ALLAH yang tiada tolak bandingnya. Sempat juga aku berangan dan kadang-kala teringat pula akan memori lama yang tidak pernah luput dari ingatanku, malahan kebelakangan ini semakin kerap menggangguku.
Setelah hampir 3jam berlalu, barulah aku tersedar telah lama aku berada di situ. Mereka pastinya telah bersurai ke bilik masing-masing untuk bersiap memandangkan malam ini adalah malam kemuncak kami di sini. Dinner of The Year. Aku lantas beredar dari situ menuju ke hotel semula.
Aku lihat ramai lagi masih ’melepak’ ditempat acara pantai diadakan tadi, mungkin untuk merehatkan diri sebentar setelah penat ‘beraksi’. Aku meneruskan langkahku dan sempat aku memandang kearah sekumpulan lelaki, teman sekerjaku sedang bergelak ketawa. Entah apalah yang melucukan hati mereka. Aku hanya tersenyum melihatnya. Namun, senyumanku kaku apabila pandanganku tertacap pada seseorang. Seseorang yang kukenali. Seseorang hampir empat tahun tidak kutemu. Seperti dulu juga, seolah terasanya dirinya diperhatikan, dia lantas berpaling. Aku tidak sempat melarikan pandangan. Kami saling bertatapan , sesaat dua. Jantungku berdegup kencang. Kakiku menggeletar. Aku seolah tidak berdiri di bumi yang nyata. Seolah baru tersedar dari mimpi, aku lantas melarikan pandangan dan terus menuju ke hotel tanpa berpaling lagi. ‘Ya ALLAH, adakah benar apa yang kulihat sebentar tadi?’. ‘Tidak, itu hanyalah khayalanku’, bisik hati kecilku.
"Haa...balik pun, ingatkan dah sesat tadi. We all ingat tadi kalau lagi 10 minit you tak balik, kita orang nak call polis. Laporkan kehilangan you." Tegur Linda apabila melihatku masuk. Aku hanya tergelak kecil mendengarnya. "Pandailah you all, nak buat laporan polis hanya after 24 hours kehilangan tau. Ni I baru tak balik tak sampai pun 1 jam. You all pergi balai, last-last kena ‘halau’ dengan polis tu." Balasku bercanda. Aku lihat Linda dan Eva sedang bersiap-siap untuk majlis malam ini. Pastinya semua ingin kalah untuk kelihatan cantik dan menawan. Pastinya si teruna akan terpikat. Tema kami pada malam ini adalah kasual dan ada sedikit sentuhan tradisional. Aku hanya memilih blouse paras lutut berwarna putih dan maniknya campuran warna pastel, tetapi warna pinknya lebih menyerlah memandangkan itu warna kesukaanku semenjak dulu. Simple tetapi nampak anggun dan elegent, tetapi tetap menutup aurat memandangkan aku bertudung, takkanlah aku nak pakai yang terdedah dibahagian dada dan lengan pula. Berlainan pula dengan Linda dan Eva, memang ’seksa’ habis. Tapi nak kisah apakan, mereka bukannya seagama denganku.
Tanpa berceloteh lagi, aku lantas bersiap-siap kerana pastinya aku yang paling lambat antara mereka memandangkan aku perlu menunaikan kewajipanku dan aku juga perlu mengenakan tudung. Maklumlah, bukan senang nak pakai tudung ni, ada saja yang tidak kena nanti. Silap hari bulan, setengah jam pun tak siap pakai tudung lagi. Selain ‘dara’, rambut juga adalah mahkota setiap wanita, hanya suamiku sahaja yang kubenarkan memilikinya. Jadi seharusnya aku pelihara ia sebaik mungkin, takkan sesekali kucemarkan.
Kami bertiga seiringan menuju ke dewan di mana majlis akan diadakan. Tepat 8.30 malam, majlis dimulakan dengan bacaan doa di ikuti ucapan dari pengerusi seterusnya penyampaian hadiah bagi pemenang setiap acara yang diadakan. Yang menang bersorakan kegembiraan tetapi yang kalah pun tetap ceria kerana tetap mendapat ’habuan’ masing-masing. Aku juga tumpang gembira atas kemenangan mereka. Acara diteruskan dengan makan malam. Gelak tawa mengiringi perbualan kami. Memang tidak kering gusi apabila berkumpul ramai-ramai, ada saja cerita yang melucukan. Aku langsung lupa akan kejadian lewat senja tadi sehinggalah... "Hai Maira..." Aku pantas mendongak. Aku kaku seketika. Dia meneruskan bicara. "... lama tak jumpakan? Awak apa khabar?" soalnya lagi tidak bertangguh. Sepasang matanya tidak lepas dari memandangku. Aku terkedu lagi. Seluruh tubuhku menggigil. Mulutku seakan terkunci untuk bersuara. Lantas, perlahan-lahan aku menarik diriku ke dalam kotak memoriku empat tahun yang lalu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cptlah smbg x sbr nie
cam best nye ada blog x nak blog nak
blog jugak