Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sabrina diam tidak bersuara. Terus tunduk bermain dengan jemarinya. Rasa hairan menyesak di dada. Tetapi, dia diamkan sahaja apabila melihat wajah Badrul begitu serius mengemudi keretanya. Tidak mahu mengganggu tumpuan Badrul. Tiba-tiba sahaja Badrul datang semula padanya selepas peristiwa di biliknya tempoh hari. "Ina. Encik Badrul telefon tadi. Suruh Ina bersiap. Dia cakap, lagi setengah jam dia datang jemput," Kelu lidahnya saat Jamilah menyampaikan pesanan itu. Dia cuba abaikan. Anggap kata-kata Jamilah tidak pernah sampai ke telinganya. Namun, lain pula jadinya. Rupanya Badrul betul-betul pulang. Dan, panjang muncung lelaki itu melihat dia masih santai melayani Jamilah di dapur. Sudahnya, dia terpaksa mengikut lelaki itu tanpa berganti pakaian. Dia mengerling. Melihat Badrul segak berkemeja, terasa janggal pula dia berseluar jeans dan Cuma memakai T-shirt. "Awak nak ke mana ni?," Badrul berpaling. Seketika Cuma, sebelum menyambung konsentrasinya di jalan raya. Soalan Sabrina tidak dijawab. Melihat Badrul lebih suka membisu, Sabrina tidak lagi membuka mulut. Namun, agak lama di dalam kereta, dia sudah mula boleh mengagak ke mana haluan Badrul. Badrul tenang memandu kereta ke bukit itu. Sekali lagi Badrul membawanya ke sini. Kali ketiga dia dan Badrul ke sini. Kali pertama dia ke sini untuk bertengkar. Dan, dia pulang membawa luka dan sakit. Kali kedua dia dan Badrul sama-sama hampir hanyut dengan perasaan sendiri. Dia pulang bersama getar aneh yang mula menyeksa perasaannya. Kali ketiga? Dia sedikit resah. Terfikir apa pula tujuan pertemuan mereka kali ini. Wajah Badrul dipandang sekali lagi. Tiada riak marah di wajah itu. Bermakna tidak mungkin mereka ke sini untuk mengulangi peristiwa pertama. Peristiwa kedua? Tidak mungkin. Wajah lelaki itu terlalu serius. Bagai sedang menghadapi satu masalah yang cukup besar. Kereta sudah berhenti di puncak bukit. Badrul pula masih membisu seribu bahasa. Sabrina yang tersandar di kerusi, mula diulit resah. Semakin tertanya-tanya apa tujuan pertemuan ini? "Kenapa bawa saya ke sini?," Badrul berpaling. Menatap wajah Sabrina yang kelihatan sedikit resah. Juga kelihatan sedikit hairan. Namun, rasanya saat ini, wajahnya juga seresah wajah gadis itu. "Aku tak akan jadi macam kau. Sebab aku ni, jenis manusia yang redha. Aku akan pasrah pada takdir. Tak macam kau. Dah di takdirkan Sabrina tu isteri kau. Masih juga nak nafikan. Berdosa tahu!," "Berdosa tau!," Kata-kata Darius beberapa hari lalu terus menghantuinya. Tiba-tiba kata-kata itu mampu menambah rasa resah yang sudah menebal di hati. Membuat dia mula diburu rasa bersalah. Memang selama ini dia nafikan hak Sabrina. Memang dia salah. Memang dia berdosa. Kata-kata Darius seakan membuka matanya. Dia perlu berterus-terang. Dia perlukan penjelasan dari Sabrina. Dia perlu tahu apa perasaan Sabrina apabila diperlakukan begitu. Tetapi, untuk membuka soalan, bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak semudah seperti dia menarik tangan Sabrina masuk ke dalam kereta sebentar tadi. Dia kini kelu di hadapan Sabrina. "Awak ada masalah ke?,"Sabrina mula merisik melihat reaksi Badrul pada soalan-soalannya. Sikap Badrul memang aneh hari ini. Badrul tidak seyakin sebelum ini. Kali pertama dia melihat Badrul kelihatan tercari-cari arah. Tidak mendominasi situasi seperti selalu. "Awak nak share something dengan saya ke? Saya bukanlah pendengar yang baik. Penyelesai masalah pun bukan. Tapi, kalau awak ada masalah, awak boleh cerita pada saya. Saya boleh dengar," Badrul mengeluh perlahan. Suara lembut itu ternyata membuat dia bertambah kelu. Membuat dia menjadi lebih serba-salah. "Bad…," "Sabrina. Tolong diam sekejap, boleh?," Sabrina terkedu. Sedikit tersentap. "Okay,"jawabnya sepatah. Walau lembut sahaja suara yang meniti di bibir Badrul, tetapi, permintaan Badrul perlahan-lahan menghiris perasaannya. Sungguh dia tidak faham dengan lelaki ini. Salahkah dia sedikit prihatin? Salahkah dia bertanya apabila melihat wajah lelaki itu hilang sinar? Apabila melihat ada garis ketegangan yang mencacatkan rupa? Sumpah! Dia tidak akan buka mulut lagi. Kalau Badrul ke situ semata-mata ingin membisu seribu bahasa, dia akan sama-sama menjadi bisu. "Sorry…,"Badrul mula bersuara. Menyedari wajah Sabrina yang sudah berubah. Mungkin gadis itu berkecil hati dengan kata-katanya. Bukan maksudnya untuk meminta Sabrina diam. Cuma, lebih banyak gadis itu berbicara,semakin hilang keyakinannya untuk membuka topic yang berlegar di kepala. Bicara Sabrina membuat fokusnya menjadi sedikit bercelaru. "Sabrina. I’m sorry…,"ulangnya sekali lagi. Sabrina terus membeku. Tidak memberi sebarang reaksi. Hati kecilnya benar-benar tersentuh. Dari tadi, dia benar-benar resah melihat keadaan Badrul. Barangkali lelaki ini sedang berhadapan dengan masalah besar. Tetapi, apabila dia cuba bertanya. Cuba untuk berkongsi beban, sesinis itu Badrul padanya. "Aku minta maaf," Diam. "Sabrina!," Sabrina tersentak kecil. Segera berpaling. Terkejut dengan sergahan itu. "Tak apa. Saya tak kisah,"laju Sabrina bersuara. Wajah Badrul yang sedikit tegang kembali mengendur. Geram apabila kata-kata maafnya dipandang sepi oleh Sabrina. "Suka sangat nak suruh aku menengking…,"rungut Badrul sambil melontarkan pandangan ke luar. Sabrina sekadar membuang pandang. "Kenapa kita ke sini?,"akhirnya nekadnya terbatal lagi. Dia perlu juga bersuara dan bertanya. "Kau tak suka ke? Kata suka tengok bola merah. Bolehlah tunggu. Sekarang pun dah pukul lima," Sabrina berpaling. Memandang wajah selamba Badrul. Ternyata marah lelaki itu Cuma seketika. "Baiknya awak. Ingat lagi ya, saya suka tengok bola merah. Lepas tu, bawa pula ke sini. Terima kasih ya…," Badrul tersenyum kecil. Kata-kata tidak berperasaan dari Sabrina jelas menunjukkan gadis itu sedang menyindirnya. "Cakap sajalah apa yang awak nak cakap,"tambah Sabrina lagi. Tahu kata-kata Badrul itu Cuma satu basa-basi sahaja. Badrul mengeluh perlahan. Merenung wajah Sabrina seketika. "Aku rasa kau pun tahu kot…," "Saya tak tahu," "Pasal kita," "Pasal kita? Kenapa dengan kita? Ada yang tak kena ke?," "Pasal aku. Pasal kau. Pasal ikatan kita," Sabrina menahan nafas. Terasa jantungnya berhenti berfungsi seketika. Bunga-bunga bicara itu bagai dapat dia hidu ke mana halanya. Kalau sebelum ini, dia yang sibuk bertanya, tetapi, saat ini dia seperti mahu menutup mulut Badrul. Dia tidak mahu Badrul bercakap tentang itu. Dia tidak mahu Badrul melepaskannya, walau hatinya meronta tidak mahu berada dekat dengan lelaki itu. Aneh. "Oh… pasal kita,"dia bersuara perlahan. "Tapi, kenapa sampai ke sini? Kenapa tak cakap saja kat rumah?,"sambungnya lagi. "Di rumah tak sesuai," Sabrina tersenyum. "Kenapa? Awak takut abah bising ke?," "Bukan. Cuma, aku nak bercakap dengan kau. Cuma dengan kau. Tak mahu ada gangguan," Sabrina mengangguk perlahan sambil menarik nafas panjang. So, sekarang masanya ya?," dia cuba bersuara setenang mungkin. "Masa? Masa apa?," Sabrina tersenyum hambar. "Hari tu, saya Tanya… awak cakap belum masanya. So, sekarang masanya ya?," "Masa untuk apa?," "Lepaskan saya…," Badrul terkedu. Seperti biasa, soalan dan kata-kata itu hanya akan membuat jantungnya berhenti berdegup. Dia tidak suka soalan itu. "Ada aku cakap macam tu ke?," Giliran Sabrina pula yang terkedu. Bulat matanya memandang wajah Badrul. Kalau bukan tentang perceraian, apa lagi topik penting yang melibatkan ikatan dia dengan Badrul? Rasanya Cuma itu sahaja. "Dah tu, kalau bukan pasal tu, pasal apa?,"akhirnya dia bertanya dengan wajah kehairanan. "Aku nak Tanya kau sesuatu. Kau jawab dengan ikhlas," "Tanyalah," Badrul diam seketika. Mencari kekuatan untuk memulakan kata-kata. Wajah tenang Sabrina direnung agak lama. "I’m waiting. Tanyalah," "Well… aku nak tahu. Selama kita nikah, aku tak pernah jalankan tanggungjawab aku pada kau… seperti yang sepatutnya. Kau marah ke?," "Marah? Kenapa saya nak marah?," "Kau patut dapat hak kau sebagai isteri. Aku tahu. Sekarang aku Tanya kau… kau mahu hak itu?," Sabrina kelu. Terkebil-kebil menatap wajah Badrul. Aneh soalan lelaki ini. Soalan yang mampu membuat dia putus nyawa. Soalan yang membuat jantungnya berdegup kencang. "Apa awak cakap ni? Are you alright? ," "Aku serius. Aku mahu tahu. Kau marahkan aku ke, bila aku tak jalankan tanggungjawab aku sebagai suami?," Sabrina mula resah. Jawapan bagaimana yang harus dia beri? "Tiba-tiba Tanya macam ni. Kenapa ni?," "Entah. Tiba-tiba aku sedar, aku buat kau macam ni, berdosa," Sabrina tersenyum kecil. Rupa-rupanya itu sebabnya. Dia merenung wajah Badrul. Kadang-kadang hairan dengan sikap Badrul. Dalam satu masa Badrul seorang yang terlalu keras hati. Dan, dalam situasi yang lain pula, lelaki ini boleh berubah menjadi terlalu rapuh. Seperti saat ini. "So, sekarang awak Tanya, sebab awak takut dosa?,"dia pula yang mengajukan pertanyaan. Badrul diam. Saat ini dia menjadi malu melihat wajah Sabrina yang terlalu tenang. Kenapa dia tidak boleh menghadapi situasi ini setenang Sabrina? "Kau marah?,"soalnya tanpa mengendahkan soalan Sabrina. Sabrina tersenyum. "Bad… apa yang awak buat, bukan salah awak. Memang betul awak suami saya. Tapi, kenapa awak jadi suami saya? Bagaimana awak jadi suami saya? Itu semua perlu juga diambil kira. Saya faham perasaan awak. Saya tak pernah salahkan awak. Saya tak kisah semua tu. Awak jangan bimbanglah. Jangan fikir benda ni, sampai menjejaskan hidup awak. Saya ingat awak ada masalah besar tadi," Badrul bungkam. Merenung terus wajah tenang itu. Betapa damainya hati bila mendengar kata-kata itu. "Boleh saya tambah lagi?,"sambung Sabrina masih bersama dengan senyuman. Badrul tergelak halus. "Apa lagi?,"soalnya pendek. Sabrina menarik nafas perlahan. Dia perlu bersuara sekali lagi. Meski dia keberatan, dia tahu Cuma satu penyelesaian untuk segala masalah ini. Badrul harus lepaskannya. "Sebab tu, saya rasa ada baiknya kalau kita tamatkan hubungan kita ni. Dah lama kan? Sampai bila awak nak terus macam ni? Nanti semua ni jadi beban untuk awak. Makin lama awak biarkan diri awak berasa bersalah, makin tak tenang hidup awak nanti," "Sabrina…," "Saya faham kalau marah awak pada saya belum hilang lagi. Terserahlah pada awak. Saya cuma beri cadangan. Setakat ini, itulah cadangan yang paling baik yang boleh saya fikir. Ambillah selama mana masa pun. Saya tak kisah. Saya akan tunggu. Saya tak akan ungkit perkara ni banyak kali depan awak. Sebab, topic cerai ni, bukan elok selalu diulang-ulang. Bila dah sampai masa, awak cakap sajalah. Saya akan pergi," Badrul bungkam. Tenangnya wajah itu. Lebih tenang nada suaranya. Setenang aturan kata-kata yang sedikit menyentuh hatinya. Ketenangan Sabrina yang menghempas badai resah di jiwanya. "Sabrina. Who are you?,"akhirnya soalan itu dihamburkan dengan perasaan yang pelbagai. Buntu untuk terus menghadapi sikap tenang gadis itu. kalaulah dia mampu menggugat sedikit perasaan gadis itu. Kalaulah dia mampu membuat Sabrina resah sepertinya. Membuat Sabrina buntu sepertinya. Sabrina tersenyum. "Saya? Sabrina Shahzan,"jawab Sabrina sambil tergelak kecil. Gelak yang membuat Badrul tersenyum kecil. Hari ini, ternyata Sabrina lebih dominan berbanding dirinya. Kata-kata Sabrina walau lembut, satu pun tidak mampu dia patahkan. Cukup bersahaja Sabrina membalas patah demi patah bicaranya. "Kenapa ya kita ditemukan dengan cara macam ni ya?," Sabrina tersenyum kecil. Perlahan dia menggeleng. Soalan itu, siapa yang ada jawapannya? Dia sendiri masih tercari-cari jawapannya. "Kenapa kau mesti jadi isteri aku? Padahal kita tak kenal antara satu sama lain pun," "Saya pun tak ada jawapannya. Mungkin dah tersurat macam tu," Badrul mengeluh panjang. Sabrina Cuma memerhati. Hairan dengan pendirian Badrul. Kalau hubungan mereka meresahkan Badrul, kenapa tidak Badrul lepaskan saja dirinya? "Tak nak balik ke?,"akhirnya dia bertanya pendek. Duduk di sini sambil menatap wajah keliru Badrul rasanya tidak mendatangkan apa-apa faedah. Cuma membuat dia semakin keliru dengan perasaannya sendiri. "Kenapa nak balik cepat sangat? Tak sukaduduk dengan aku?," Sabrina diam. Malas menjawab. Sukakah lelaki itu duduk dengannya? "Aku suka,"Badrul bersuara selamba. "Suka? Suka apa?," "Suka duduk dengan kau," Sabrina tergelak. Ternyata soalan yang berlegar di hatinya sudah Badrul jawab. "Serius. Dan, aku pelik. Sebab aku tak tahu kenapa aku suka…Dan… kenapa aku cakap semua ni pada kau, ya?," Sabrina menggeleng perlahan sambil membuka pintu kereta. Memang Badrul cukup pelik hari ini. "Kau guna-gunakan aku ya?," "Hah?!,"dia terjerit kecil. Terkejut mendengar soalan Badrul. Sebelah kaki sudah menyentuh tanah. Tetapi pergerakannya terhenti. Pantas dia berpaling sebaik mendengar soalan itu. Badrul memandangnya bersama senyuman. Sekurang-kurang wajah tenang itu sudah disapu sedikit riak terkejut. Sabrina mengamati senyum yang mekar di bibir Badrul. Melihat senyuman itu, dia sedikit yakin soalan Badrul tadi pasti Cuma satu gurauan. Sangkanya Badrul serius dengan tuduhannya. "Tak sangka awak percaya benda-benda karut macam tu," "Just kidding," "Tak kelakar,"sampuk Sabrina pendek. Badrul tersenyum lagi. Bersandar pada kerusi. "One more question. Kau tak kisah kalau kita berkawan?,"Badrul bertanya tanpa memandang wajah Sabrina. "Mungkin itu lebih baik daripada bergaduh," Badrul tergelak. Suka mendengar jawapan Sabrina. "Awak nak balik ke?," "Kejap lagi," "Tak risau kalau Dayana tanya awak? Saya tak nak nanti Dayana salah faham,’ Badrul menggeleng. "Kalau macam tu, saya nak duduk kat luar," "Pergilah tunggu bola merah kau," Sabrina tersenyum. Melangkah keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup perlahan. Badrul Cuma memerhati sambil tangannya dibawa ke belakang kepala. Bersandar malas. Memandang Sabrina dari dalam kereta. Tekun gadis itu bersandar pada batu yang agak besar sambil memandang langit yang mula redup. Dan dia pula asyik memandang Sabrina dalam diam.
cerita nie boleh dibaca melalui blog, tapi takder penghujung ler sebab nak dibukukan....
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
seronok bila dapat baca sebab dah x sabo nak lihat sembungannya....cepat sambung lagi erk.....besssssssst