Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Laporan beberapa projek yang perlu dia teliti, masih tidak berusik di atas meja. Dia cuma mampu merenung kosong pada longgokan file di mejanya itu. Mindanya seakan tidak mampu berfungsi saat ini. Benar-benar buntu. Benar-benar keliru. "Maria?,"sapanya pada gadis yang tersenyum manis padanya. Sekadar berbahasa, walau dia sudah tahu gadis itu memang Maria. "Ya, saya. Encik Badrul kan?," Badrul mengangguk. "Duduklah," Gadis itu akur. Melabuhkan punggung di hadapannya bersama senyum yang mekar di bibir. "Kawan saya cakap, kawan Encik Badrul beritahu dia, Encik Badrul nak jumpa saya," "Darius…," "Yeah. Darius…," Badrul tersenyum kecil. Memang dia sampaikan pesanan pada Darius. Pesanan dia ingin berjumpa empat mata dengan Maria. "Kenapa Encik Badrul nak jumpa saya? Ada apa-apa yang boleh saya bantu ke?," "Mungkin," Maria tersenyum di hadapannya. Kelihatan sabar menunggu patah bicaranya. "Pasal apa?," "Sabrina…," Wajah itu disapu sedikit riak terkejut. Dia sedar akan perubahan itu. "Encik Badrul kenal Sabrina?," "Saya suaminya," Sekali lagi wajah itu disapa riak terkejut. "Suami dia? Hmm…Apa yang boleh saya tolong?," Badrul diam sejenak. Memandang wajah Maria yang sabar menanti. "Saya nak tahu sesuatu tentang dia,"akhirnya dia bersuara. Maria tersenyum kecil. "Kalau saya boleh tolong, saya akan tolong. InsyaALLAH. Apa dia?," "Awak tahu apa-apa pasal kes tangkap basahnya tu?," "Kalau pasal tu, I’m sorry Encik Badrul. Saya tak tahu apa-apa. Yang saya tahu, dia kena tangkap basah dengan anak Datuk," "Sayalah orangnya," Riak wajah Maria berubah sekali lagi. "Sorry. Saya tak tahu Encik Badrul ni…," "It’s okay,"cepat-cepat dia menyampuk. Maria diam seketika. "Takkan Encik Badrul tak tahu apa-apa. Dia bukan kenalan Encik Badrul ke?," "Saya tak kenal langsung dengan dia," "Dah tu, macam mana dia boleh ada dalam bilik Encik Badrul?," Badrul diam. Dari nada jawapan Maria, nampaknya dia tidak akan mendapat apa-apa maklumat daripada gadis itu. Maria seperti tidak tahu apa-apa. "Sabrina tu, macam mana orangnya? Dia kawan awak, mesti awak tahu sikapnya,"Badrul bersuara tanpa mempedulikan soalan Maria. "Dah lama juga kes tu kan? Maknanya, mesti dah lama juga Encik Badrul kahwin dengan Ina. Takkan Encik Badrul tak boleh nilai macam mana sikapnya?," Badrul mengeluh perlahan. Sejujurnya dia tidak mengharapkan Maria bermain tarik tali dengannya. Dia mahu cerita tentang Sabrina. Bukan dolak-dalik sebegitu. "Sorry. Mungkin kata-kata saya menyinggung perasaan Encik Badrul. Sabrina dulu memang kawan baik saya. Tapi, sejak peristiwa tu, Sabrina macam kabus bagi saya. Jadi kelam bila tiba-tiba saya dapat tahu pasal kejadian tu. Tak sangka. Tak pernah terfikir," "Maksud awak?," "Saya dah macam tak kenal dia lagi. Tapi, sejujurnya, saya tak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku antara Sabrina dan Encik Badrul. Kalau Encik Badrul nak tahu pasal tu, memang saya tak boleh nak tolong," "Sampai sekarang saya macam tak percaya, Sabrina yang saya kenal ditangkap basah dengan lelaki yang langsung saya tak kenal. Selalunya, saya tahu kawan-kawan Ina. Tapi, saya langsung tak kenal Encik Badrul ," Badrul tersenyum nipis. Bagaimana mungkin gadis ini boleh mengenalinya sedang dia sendiri langsung tidak tahu kewujudan gadis bernama Sabrina sehinggalah gadis itu muncul di biliknya secara tiba-tiba. "Ikmal?,"dia melarikan soalan. Dan, sekali lagi dia dihadapkan dengan wajah terkejut Maria. "Encik Badrul kenal Ikmal?," "Kekasih Sabrina kan?," "Ha ah," "Saya tahu mereka saling berhubung tanpa pengetahuan saya. Itu yang buat saya tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang Sabrina nak dari saya. Apa sebenarnya rancangan dia dan kekasih dia tu," "Kenapa Encik Badrul tak Tanya sendiri pada Sabrina?," "Saya tak yakin pada ceritanya," "Saya tak tahu pula mereka masih saling berhubung," Dan, perbualan seterusnya ternyata tidak dapat membantunya. Dia tetap juga kabur tentang Sabrina. Kata-kata Maria hanya menambahkan rasa sangsi di hatinya. Dia mengeluh perlahan. Cuba membuang asakan perasaan yang membuat fikirannya senak. "Assalamualaikum…," Badrul mengangkat muka. Darius tersenyum lebar. Dan, salam Darius Cuma dijawab di dalam hati. Juga Cuma memandang kosong Darius melangkah masuk. "Ada problem ke?," Badrul menjungkit bahu sambil bersandar ke kerusi. "Dah pukul berapa ni? Tak balik lagi ke?,"Darius bersuara lagi. Dia mula sedar akan perubahan sikap Badrul yang sedikit ketara. Dari pagi sehingga ke tengahari di tapak projek Taman Permai, jelas Badrul tidak begitu memberi tumpuan pada penerangan yang diberi. Lelaki itu lebih banyak melayan perasaan sendiri. Sesuatu yang sedikit lari dari kebiasaannya. Selalunya Badrul tidak pernah leka kalau ia berkaitan dengan kerja. "Kenapa ni? Dari site lagi aku tengok kau semacam saja. Kau buat muka macam, buat aku gerun nak kahwin," Badrul menjeling. Dalam pada prihatin, Darius masih sempat melawak. "Kalau gerun, jangan kahwin," Darius tersengih. "Tak kahwin kan, rugi pula rasanya," "Dah tu… kahwin," Darius tergelak kecil. Nampak sangat Badrul sedang bermasalah. Lelaki itu membalas kata-katanya tanpa berfikir. "Kenapa? Ceritalah. Aku dengar. For sure, aku yakin ini tak ada kena mengena langsung dengan kerja ni," "Entahlah. Aku macam lost," Darius mencebik. "Teruk tu. Ada kena mengena dengan perempuan bernama Maria tu ke? Kenapa kau nak sangat jumpa dia?," "Maria tu, kawan Sabrina,"pendek sahaja penjelasan dari Badrul. Penjelasan yang membuat Darius terdiam seketika. Tidak terlintas langsung di kepalanya tentang fakta itu. Kalau Maria kawan Sabrina, kenapa Badrul mesti berjumpa dengan gadis itu? "Mana kau tahu?," "Aku ternampak gambar dia dalam purse Sabrina. Di computer Sabrina. Kau ingat kan, hari tu, aku cakap, aku macam pernah jumpa dengan Maria tu..," Darius mengangguk. "Kenapa kau jumpa dia? Apa yang kau nak tahu dari dia? Or apa yang kau beritahu dia? Or..dia beritahu kau?," Badrul mengeluh panjang. Melurut rambutnya yang hitam berkilat. "Aku peninglah," "Apa masalahnya? Cuba kau jelaskan," "Aku Cuma nak tahu pasal Sabrina," "Apa kau dapat?," Badrul menggeleng. "Takkan Maria tak cakap apa-apa?," "Tak banyak yang boleh membantu. Dia juga tak tahu apa-apa pasal kes aku dengan Sabrina," "Apa kau cerita pada dia?," Badrul menggeleng. "Aku jumpa dia untuk bertanya. Bukan untuk bercerita," "So, apa yang boleh kau simpulkan?," "Aku blur!," Darius tergelak kecil. "Tapi, yang menghairankan aku, kenapa tiba-tiba kau concern pasal masa lalu Sabrina ni? Dah mula jatuh sayang ke?," "I don’t know," Jawapan itu membuat Darius ternganga. "Oh…my…god…," "Please Dar. Jangan fikir sampai ke situ,"Badrul bersuara apabila melihat senyum Darius yang lebar semacam. Dan, dia tidak suka langsung melihat senyuman itu. "Kau suka dia?," Badrul diam. "Yes. Aku betul. Kau memang suka dia," Badrul menjeling tajam. Mengarut. Tetapi, kalau bukan suka, apa yang sedang dialaminya ini? "Ceritalah. Aku nak dengar,"Darius bersuara nakal. Memaksa Badrul mengeluh panjang. "Aku tak tahu. Bila dengan dia, aku macam kena pukau. Dengar suara dia. Cara dia bercakap. Tak tahu kenapa. Aku macam terbuai. Aku suka. Maksud aku, aku suka rasa terbuai tu," Darius tergelak besar. "Habislah Dayana," "May be sebab Dayana,"sampuk Badrul tiba-tiba. "Apa kaitannya Dayana dengan kau dah terbuai dengan Sabrina…?," "Aku hilang focus pada Dayana. May be dengan kerja dia yang macam tak pernah habis tu. Bila dia tak ada, tumpuan aku teralih pada Sabrina. Mungkin itu sebabnya," "Okay. Aku faham. Tapi, sekarang, Dayana dah ada kat rumah kan? Kau dah boleh focus pada Dayana semula. So, apa masalahnya?," "Masalahnya, bila Dayana dah ada depan aku pun, kepala aku tetap terfikir pasal Sabrina," Jawapan itu ternyata meledakkan tawa yang lebih kuat dari bibir Darius. "Kau dah suka pada Sabrina. Dan, kau nak siasat latar belakang Sabrina?," Badrul diam. Betul ke? Betul ke dia sukakan Sabrina? Rasanya perasaan itu tidak pernah muncul di hatinya. Dia suka? Atau dia tertarik? Atau dia terdesak? Sungguh dia buntu. Dia sendiri tidak tahu. Akhirnya dia Cuma mampu menjungkit bahu. Darius mengeluh panjang. Memandang wajah Badrul yang tidak berperasaan. "Bad. Kalau aku jadi kau, aku tak akan ungkit pasal masa silam dia. Aku akan terima dia sebagaimana aku menyukai dia. Simple. Tak payah peningkan kepala. Kau rasa dia baik. Dan, kau yakin dia baik. Itu dah cukup," "Mungkin aku rasa dia baik. Tapi, yakin? Aku tak yakin. Banyak sangat perkara yang boleh aku pertikaikan. Paling baru, aku tangkap dia YM dengan kekasih dia dulu. Bukan main lagi kata-kata pujuk rayu lelaki tu. Susahlah Dar. Bila aku mula nak percaya dia, dia buat kepercayaan aku hilang," "Dan kau cari Maria?," Badrul diam. Soalan itu tidak perlu dia jawab. "Dah tu, sekarang macam mana?,"Darius bertanya lagi. "Entahlah. Mungkin aku patut jauhkan diri aku dari dia. Aku rasa dia pun sedang lakukan benda yang sama," "Apa? Larikan diri juga?," Badrul menjungkit bahu. "Parah betullah kau orang berdua. So, sekarang ni, dua-dua saling mengelaklah ni?," Kali ini, Badrul lebih suka berdiam diri. "Bad…Bad.. Sabrina tu isteri kau. Halal pada kau. Buat apa kau nak lari?," "Aku tak akan terima dia macam tu saja. Pada aku, dalam perkahwinan kita perlu cinta. Bukan setakat kau perlukan aku dan aku perlukan kau. Get what I mean?," "Belajar bercinta. Apa susah?," "Cinta aku hanya pada Dayana," "Aku rasa kini dah terpecah juga untuk Sabrina," "Mengarutlah kau," Darius tersenyum sambil menarik kerusi rapat ke meja. "Kalau boleh aku tahu, apa dah jadi sampai kau nak jauhkan diri dari dia? Dia pula nak mengelak dari kau?,"soalnya bersama sekuntum senyuman nakal. Badrul tidak menjawab. Cuma mencapai sebatang pen, lalu dilontar ke arah Darius. Darius tergelak sambil mengelak. "Aku tak hairan. Orang buta pun boleh terpikat pada Sabrina tu. Cuma kau je. Pelik aku. Agaknya kau ni kategori buta dan pekak kot…," "Aku tak ada perasaan sayang pun pada dia," "Kalau tak sayang, kenapa teringat-ingat, kawan?," "Aku yakin, itu semua Cuma sebab aku sunyi. Aku yakin…," "Cara cakap macam tak yakin je…," Badrul menggeleng perlahan. Malas melayan cakap-cakap Darius. "Kita tengoklah nanti. And, lagi satu, kalau kau tak sayang, kenapa kau tak nak lepaskan dia? Padahal kau kahwin dah lebih setengah tahun," "Aku nak siasat dulu apa yang berlaku sebenarnya," Darius memandang wajah Badrul yang nampak sedikit keliru. "Ada kau siasat ke?," Badrul membisu. Tiada sebenarnya. Cuma, baru-baru ini dia mencari Maria. "Kau tahu kenapa kau tak lepaskan dia?," "Aku baru cakap sebabnya," "Itu bukan sebab. Itu alasan. Sebabnya, cuma satu," "Apa dia?," "Kau tak mahu kehilangan dia," Badrul tergelak kecil. Jauhnya tekaan Darius. "Tinggi betul imaginasi kau,"dia bersuara bersama gelaknya. "Hari ni kau gelak depan aku bila aku cakap pasal perasaan kau pada Sabrina. Satu hari nanti, aku yakin, kau tak akan mampu tersenyum pun, bila kau terfikir, kau mungkin akan kehilangan Sabrina," "Enough..enough…dah tak larat telinga aku nak tadah apa kau cakap tu. Kepala aku pun dah berat nak proses semua tu. Aku nak balik. Dah lewat ni," Darius tersenyum sinis. "Kau balik ni, Dayana ada ke?," "Entah," "Entah?," "Malas nak fikirlah. Itu lagi satu. Lagi aku fikir, lagi tension," Darius tergelak halus. "Jangan tension-tension. Nanti timbul kedut sebelum masa. Jatuh saham," Badrul Cuma memandang kosong. "Kau gelaklah sekarang Dar. Sekali kau terkena penyakit macam aku ni, baru padan muka kau," "Aku tak akan jadi macam kau. Sebab aku ni, jenis manusia yang redha. Aku akan pasrah pada takdir. Tak macam kau. Dah di takdirkan Sabrina tu isteri kau. Masih juga nak nafikan. Berdosa tahu!," "Perasan!," "Berdosa tau!,"ulang Darius sekali lagi. Badrul terdiam. Darius tersenyum sambil mengangkat kening. Membuat Badrul semakin sebal.
lmbtnye writer update novel ni... pnt tgu tau...huhuhu.. xsabo nk tgu ending die... bl si badrul nk tau kebaikan sabrina ni... bez la cter ni...cpt la smbung....
salam, kak hani update la cepat cikit,novel nie ada ramai peminatnye...jahat kan maria tue kawan mkn kawan,dah lah hancurkn hdup sabrina pastu ambil kekasih hati die pulak,semoga maria dapat pembalasn atas ape yg die lakukn...dan harap badrul terus terbuka hati menyayangi sabrina,skg pun die dah ada some feeling cume tak mengaku je...
waaaaa....... lamanya baru dapat sambungan...... dah tue pendek jer..... nk kuar kan novel ker?biler? mesti lambat......writer...cepatlah sambung lagi cerita nie.....penat dah tunggu....... tak sabar nk tau sambungan n ending cerita nie....
bagilah nama blogspot dia tu.... takkan nak taip 'manisnyakenangan.com' itu aje!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
lmbtnye writer update novel ni...
pnt tgu tau...huhuhu..
xsabo nk tgu ending die...
bl si badrul nk tau kebaikan sabrina ni...
bez la cter ni...cpt la smbung....