Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"Okey, this is the end of our class today. Next class we will proceed to next chapter. I hope you will read that chapter. About our group assignment, I hope everyone already have their own partner. If you need anything, please come at my room during my consultstion hour. You all may disperse," Kata-kata Prof Razak mengakhiri kuliah kami petang itu. Aku segera mengemas alat tulis dan bukuku di atas meja. Aku dah berjanji dengan Amy untuk teman dia ke Jusco. Kalau tak di temankan nanti merajuk pula. Takut nak keluar sendirian, bahaya katanya. Tapi benar apa yang di katanya. Sekarang macam-macam perkara boleh jadi. Pukau, ragut dan rogol. Iskh bahaya betul dunia sekarang.
"Anis! Can I talk to you for a while." Aku menoleh. Kelihatan Prof Razak sedang berdiri di depanku. Dalam hatiku mula merasa perasaan yang tidak enak. Apa yang Prof nak, aku ada buat salah ke. Macam-macam yang bermain di fikiranku.
"Ya Prof. Ada apa yang saya boleh bantu?" Ujarku.
"Yes, you can help me. Regarding to our group assignment, saya nak awak dengan Imran berkerjasama dalam menyiapkan assignment tu. Boleh tak?"
"Saya dengan Imran? tapi…"
"Why? There are anything wrong if awak satu group dengan dia?" soal Prof.
"No…No…bukan macam tu Prof. "
"Saya tahu apa yang awak fikirkan. Saya tahu Imran tu macam mana. He is very smart boy actually. He just lazy. So saya nak orang macam awak untuk push dia. Awak seorang pelajar yang berdedikasi. So saya nak awak tolong dia. Awak tahu kan yang ini kali ke tiga dia ambil subjek ni. Kalau dia gagal lagi, dia akan dibuang universiti. So saya tak nak any my students fail. "
"Saya tahu pasal hal tu. Tapi saya tak berapa kenal dengan dia. Saya takut nanti ia akan menjejaskan kualiti assignment saya nanti."
"Nanti awak akan kenal dengan dia bila dah sama-sama buat assignment ni nanti. Anis, I just can count on you regarding this matter." Ujar Prof Razak dengan bersungguh-sungguh. Ala kalau aku tolak nanti, akan mengecewakan Prof pula. Memang la sekarang aku tak tahu siapa yang akan aku pilih untuk jadi partner aku dalam assignment ni. Dia tak expect yang Prof Razak nak jadikan Imran partner dia. Datang kelas pun jarang-jarang. Boleh kira tiap minggu berapa kali dia datang kelas. Sekarang Prof nak dia satu group pula dengan dia.
"Erm…tapi kalau dia tak tolong saya siapkan assignment tu macam mana Prof? Itu je yang saya risaukan."
"Itu awak jangan risau. Itu biar saya cakap pada Imran nanti. He must help you whether he like it or not. Sekarang saya nak awak setuju dengan cadangan saya."
"Kalau macam tu, saya ikutkan je cadangan Prof as long as it doesn’t effect my mark."
"You don’t need to worry about that. I assume that you agree with my suggestion."
"Yes, Prof," aku hanya mengangguk tanda setuju dengan permintaan Prof untuk gandingkan aku dengan Imran dalam satu kumpulan.
"Ok, you may go." ***********************************
"Hei, apa yang kau menungkan tu? Ingat kat buah hati ke?" Suara Amy yang agak kuat itu memeranjatkan Anis. Bahunya sedikit tersentak kerana terperanjat. Jantungnya berdegup laju. Iskh minah ni kalau aku ada sakit jantung dah lama meninggal ni.
"Kau ni terkejut aku. Kalau iye pun beri la salam dulu. Jangan main terjah je. Assalamualaikum…" Anis mengurut dadanya berulang kali. Amy tersenyum kecil sambil menjawab salam. Anis menjeling kecil ke arah Amy.
"Sorry la anis. Dari tadi aku tengok kau jauh termenung. Aku masuk bilik pun kau tak dengar. Puas aku panggil kau tahu tak jawab pun. Nasib baik aku ada bawa kunci bilik kalau tak jenuh aku tunggu kat luar. Kau tahu je la aku kan selalu lupa nak bawa kunci bilik." Amy tersengih.
"Sorry la. Aku tengah berfikir tadi. Papa aku baru call tadi. Dia suruh aku balik rumah. Entah la. Aku bukan tak nak balik sana tapi kau tahu je lah layanan mama kat aku macam mana."
"Kau tak rindu kat papa kau ke?" Anis mengeluh halus. Selama ini bukannya dia tak rindukan papa tapi dia betul-betul berat hati untuk balik ke rumah. Dia tak mahu bertemu dengan mama.
"Teruk betul la assignment kali ni. Dahlah Prof Yusuf tadi ajar aku tak faham dialect dia. Dah la assignment lain pun banyak juga. Pengsan la aku macam ni. Dapat pula satu group yang tak supporting langsung." Amy membebel. Aku yang sedang menyiapkan assignment berpaling memandang Amy.
"Ala aku faham kalau kau tak faham Prof Yusuf tu cakap. Slang dia bercampur dengan english memang la jadi macam tu. Pasal group, aku tak boleh tolong apa-apa lah. Nak tak nak kau kena group dengan mereka juga kan. Betul tak?"
"Betul..betul…betul…" Tergelak besar aku apabila Amy mengungkapkan perkataan itu dengan gayanya hanya mengangguk laju. Amy…Amy…
"Budak-budak lain mana? Senyap je."
"Ima biasa la busy. Assistant perdana menteri tu. Kalau tak meeting, dia keluar dengan kawan-kawan dia dari Adventure Club. Mestilah selalu tak ada kat bilik. Miza pula tu dalam bilik tengah membuta. Biasa la dia uzur, sedaplah dia tidur. Azan pun dia tak dengar."
"Ooo…Kau tak ada jumpa dengan buah hati kau ke hari ni?"
"Buah hati? Siapa?" berkerut dahi ku.
"Siapa lagi. Imran la." Amy tergelak kecil.
"Banyak la kau buah hati. Imran buah hati aku? Tolong lah. Bukan kau tak tahu dia tu macam mana. Playboy. Aku tak nak lelaki macam dia. Aku nak yang sedap mata aku memandang, pakai cermin mata, putih, baik, happy dan yang penting beriman. Semua ciri yang aku nak tak ada langsung pada Imran."
"Eleh…sekarang memang lah tak nak. Nanti mana tahu sangkut. Siapa yang susah nanti. Aku juga."
"La kenapa susah pada kau pula?"
"Yela…nanti kau angau kat si Imran tu. Aku juga tempat kau mengadukan. Sikit-sikit Imran…Imran aku rindu pada kau…Marilah sayang kita kahwin lari."
Amy berkekeh-kekeh kenakan Anis. Anis mencapai bantal yang ada berhampiran lalu melemparkan ke arah Amy. Cepat-cepat Amy mengelak. Tergelak besar mereka berdua.
"Mengada la kau. Tolonglah…Dah…dah keluar aku nak buat assignment ni. Menganggu kosentrasi la." Kalau di layan perangai Amy, sampai bila pun tak habis. Ada je yang dia nak komen. Pantang alpa sikit, habis-habisan dia kenakan aku.
"Yela…ye la…Okeylah, aku masuk bilik. Nak tidur. Mengntuk. " Amy bangun pergi. Dia sempat memberi jelingan manja pada aku. Aku mengerti makna jelingan itu.
"Oit cik akak. Dah solat asar tak? Kalau nak tidur solat la dulu."
"Ye la…ye la…Cik Anis." Amy berlalu pergi. Ala bilik di sebelah comparment aku je. Segera aku capai handphone di sebelah laptop. Nombor di keypad aku tekan dua tiga kali. Tertera nama Imran di skrin handphone, segera ku tekan punat hijau di sebelah kiri. Bunyi bip bip berlagu di gegendang telingaku.
"La mamat ni. Kenapa tak angkat pula," Aku mengeluh. Kenapa la Imran ni tak angkat call aku ni. Entah-entah dia ada kelas kot. Iskh tak kan lah, waktu ni dia mana ada kelas. Aku sudah faham jadual waktunya, senang untuk kami setkan waktu untuk menyiapkan tugasan kami nanti. Aku mendail sekali lagi.
"Hello, who is this?" suara Imran di talian.
"Assalamualaikum, Im. Anis ni. Esok kul 11.30 awak tak ada kelas kan? Esok kita siapkan asignment macro kita boleh tak?" Soalku perlahan.
"Okey. Kul11.30 I datang. Bye." Imran memutuskan talian. Iskh mamat ni aku tak habis cakap lagi. Kalut la mamat ni.
"Iskh…mana pula mamat ni. Janji nak buat assignment." Anis melihat jam tangan vinci miliknya. Hadiah dari papa. Sudah satu jam dia tunggu Imran. Semalam kata nak datang siapkan assignment. Tak tepati janii langsung la. Membazir masa aku je tunggu dia. Dia ingat aku tak ada kerja lain ke. Anis mula membebel bila Imran tidak muncul-muncul. Dah la aircond dalam perpustakaan ni sejuk. Mengeletar dia di buatnya. Dia meneruskan mencari maklumat untuk assignment nanti. Nak tunggu sampai Imran sampai, sampai bila la tak siap assignment. Tunggu sampai malam pun, belum tentu dia akan nampak batang hidung. Anis terpandang telefon Nokia N75 miliknya yang hanya mengeluarkan cahaya kerana tadi dia sudah setkan telefonnya dalam nada senyap. Tanpa melihat nombor, Anis terus menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum." Jawab Anis ringkas.
"Waalaikumussalam, Anis. Amy ni. Jom makan sama-sama." Suara Amy jelas kedengaran.
"Ok tapi aku nak jumpa Prof Razak dulu. Nanti aku tunggu kau kat café kuliyyah. Jangan lambat ye. Aku dah lapar sangat ni. Nak makan orang pun ada ni.’
"La…kenapa sampai nak makan orang ni?"
"Si Imran tu la. Dah sejam aku tunggu ni. Batang hidung langsung tak nampak.’
"Erm…ko macam tak kenal dengan si Imran tu. Kau tu baik sangat dengan dia. Cuba kau berkasar sikit dengan dia. Dia tu budget bagus je. Entah-entah nanti kau sorang je yang siapkan tugasan tu. Naya la kau nanti. "
"Ok la Amy. Kita jumpa kat café nenti kul1. Assalamualaikum." Anis menekan butang merah tanda menamatkan panggilan. Kata-kata Amy tadi membuatkan dia berfikir. Betul juga apa yang di katakan. Kalau aku tak bersikap tegas dengan Imran nanti dia pijak kepala aku pula tapi ni bukan sikap aku. Aku tak nak la report kat Prof yang Imran tak tolong aku dalam menyiapkan tugasan ni.
Teringat aku dekat Nadia. Peristiwa semester lepas yang membuatkan persahabatan mereka putus di tengah jalan. Aku, Husna dan Nadia di tugaskan untuk menyiapkan assignment untuk subject Foundation in Islamic Ethics. Dia tu boleh kira rapat degan aku sebab kami berdua saja dari geng kami waktu di matrik dulu yang tinggal di mahalah yang sama. Pada mulanya kami memutuskan untuk memilih tajuk mengenai Z akat in Malaysia. Ada ke patut lagi tiga hari nak hantar tugasan dia nak tukar tajuk sedangkan semua maklumat mengenai tajuk tu dah ada. Tambahan pula, hujung minggu tu aku kena mengikuti kem mengenai keselamatan ketika bencana. Kalau tak semuanya akan siap sebelum aku pergi. Aku dan Husna dah mengatakan yang due date assignment dah nak habis, mana sempat nak tukar tajuk lain. Dia beria-ria nak tajuk tu juga.
Selepas tahu yang dia nak tukar tajuk, aku segera pergi ke ICT lab, cari maklumat tentang tajuk baru. Ingat senang nak cari, dah la tajuk susah. Aku siapkan bahagian aku sebelum pergi kem. Selebihnya aku serahkan pada Husna. Husna pula sanggup bersekang mata di bilik Nadia untuk siapkan tugasan. Paginya dia sudah pesan pada Nadia yang kalau ada apa-apa beritahu dia, dia nak balik bilik dulu.
Dia hanya menghantar pesanan ringkas mengatakan yang dia nak jumpa kami di library tingkat 4. Waktu itu, aku ingat yang kami berjumpa untuk buat final touch untuk assignment tapi lain pula yang jadi. Dia mengatakan yang dia sudah berjumpa dengan lecturer, mengatakan yang kami tidak buat bahagian tugasan kami. Saat tu, aku melemparkan buku di depan dia. Bergema satu library. Kalau di ikutkan hati mahu saja aku tampar minah ni tapi aku masih ingat dia anak orang. Inilah kali pertama aku rasa sakit hati dengan seseorang. Dia dah kenal kami dari matrik lagi. Kami tak pernah abaikan tugasan. Kami bukannya tak buat bahagian kami. Terpaksa la, aku dan Husna berjumpa dengan lecturer menerangkan apa yng berlaku.
Tapi kami tahu walaupun kami terangkan pada lecturer, dia tak kan faham apa yang kami rasa. Dia ada mengatakan yang dia tak nak di sebabkan tugasan yang diberi olehnya kan membuatkan persahabatan kami musnah. Di dalam hati aku, setelah apa yang terjadi susah kami untuk jadi macam dulu. Apa yang dia lakukan seperti menikam kami dari belakang. Aku tak sangka perkara itu akan jadi sebegitu besar. Kawan-kawan yang mengetahui perkara ini, terkejut Nadia akan buat macam itu. Mereka tahu yang kami bukan orang macam itu.
Setelah apa yang berlaku, aku mengambil ia sebagai pengajaran pada aku. Sekarang aku baru tahu yang mana kaca yang mana permata. Mana kawan yang akan bersusah senang dengan aku. Aku masih bertemu dengan Nadia tapi kami dah tak macam dulu lagi. Kami dah jauh. Hanya bertegur sapa ketika bertemu. Aku tidak mahu melakukan perkara yang sama pada Imran. Ah! Tak pe la. Aku kena pujuk dulu Imran tolong aku. Kalau tak, pandai la aku nak buat macam mana nanti.
Anis hanya memesan nasi goreng kampung dan air milo. Amy pula memesan mee goreng basah dan the o’ ais. Mereka mencari tempat untuk makan di hujung sudut café. Beberapa meja makan di café semuanya dengan pelajar, pensyarah dan pekerja yang ada kuliah di fakulti berdekatan.
"Kau ni. Makan macam orang kebulur je. Macam sebulan tak makan." Ujar Amy apabila melihat Anis makan dengan rakusnya apabila makanan mereka sampai. Anis membiarkan kata-kata Amy. Ah! Peduli apa orang nak kata. Yang penting aku nsk makan.
"Ala…aku lapar sangat la. Tadi tak sempat breakfast pun. Aku terjaga lambat tadi. Sedar-sedar dah kul 7.30 kelas kul 8. Kenapa kau tak kejutkan aku subuh. Dah subuh gajah aku hari ini." Anis memuncungkan mulut.
"Ha muncung la lagi. Nanti aku tarik mulut tu nanti baru tahu. Aku dah kejutkan. Kau tu yang tak bangun. Tu la lain kali jangan la tidur lambat lagi kalau dah tahu kelas start awal pagi. Kau tu pun satu suka sangat ambil kelas awal-awal pagi."
"Ala, aku suka la. Biasa ye kalau kelas waktu pagi tak ramai sangat students."
"Eleh ye la tu. Dah makan," ujar Amy sambil memasukkan pesanannya tadi ke dalam mulut.
"Anis!"
Anis tersedak. Dia segera mencapai gelas minumannya dan di sedut sehingga tinggal separuh. Serentak mereka menoleh ke belakang.
"Im! Kau ni. Terkejut aku tau tak," Ujarnya sambil terbatuk kecil di sebabkan tersedak tadi.
"Ha…puas saya cari awak tau. Saya tadi tak sempat nak cakap dengan awak yang saya tak boleh nak datang tadi. Da hal sikit la."
"Ada hal konon. Padahal jumpa dengan spare-part." Tiba-tiba Amy bersuara. Imran memandang Amy dengan perasaan geram. Minah ni tak boleh nak jaga mulut langsung.
"Tak pe la. Aku dah settle semuanya. Aku dah berjumpa dengan prof. Dia luluskan project kita tu. Sekarang kena cari maklumat tambahan untuk siapkan tugasan kita tu." Ikutkan hati mahu saja dia suarakan apa yang terbuku di dalam hatinya tapi entah la. Mungkin sikapnya yang susah nak marahkan orang membuatkan dia hanya memendam saja rasa marah itu.
"Ooo…ye ke. Nanti ada apa-apa awak beritahu saya. Saya pergi dulu." Ujar Imran sambil berlalu pergi tanpa Anis berpeluang untuk mengatakan apa-apa. Anis memandang ke arah Amy.
"Amy kenapa kau cakap macam tu tadi. Tak baik tau," ujar Anis.
"Betul la. Aku nampak dia tadi. Waktu tu akku nak parking motor. Terperasan kereta dia tengah masuk. Macam baru sampai je tadi. Siap buka kan pintu untuk perempuan lagi. Meluat aku tengok," balas Amy bersungguh-sungguh.
"Betul ke ni? Kau tak buat ceritakan." Amy hanya mengangguk menjawab pertanyaan tadi.
"Iskh, ada ke patut. Aku tunggu punya lama dia dalam library tadi. Sedap-sedap dia bersenang-lenang keluar dengan perempuan,’ ujar Anis dengan nada geram.
"Tahu pun. Kau jangan baik sangat dengan Imran tu. Dia tu hanya nak ambil kesempatan kat kau je."
‘Err, geram betul dengan si mamat ni. Aku tunggu hampir sejam tadi. Dia buat benda lain." Gerutu hati Anis. ****************************************
memang yang dalam ni dengan yang blok tak sama. pada mulanya saya nak buat cerita ni ringkas saja tapi makin lama makin suka saya nak teruskan cerita ni. yang di dalam blog saya selalu updatekan yang kat sini susah sikit. lambat keluar.
jhat tul la nadia ngan imran...kalau aku jadi si anis tu dh lame aku tampar si nadia tu,peduli ape aku ank gajah ke anak orang ke ank singa pown aku x peduli...
permulaan yang menarik..ade beberape kesalahan ejaan dlm cite ni..kerane t'lalu baik dgn kawan kesian anis..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best smbg cpt