Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Aunty Sarah memeluk erat Anisa yang datang ke rumahnya hari itu.
" Nisa sihat? Da lame Nisa tak datang ke mari..jom duduk.." pelawa Aunty Sarah kepada Anisa. " Sihat aunty…Cuma Nisa sibuk sikit dengan assignment. Ni pun Nisa singgah sekejap je.." balas Anisa penuh sopan. Dia sememangnya sangat menyenangi perwatakan Aunty Sarah, isteri kepada Prof Fazuddin. Anuty Sarah sememangnya mesra dengan setiap pelajar yang datang dari Malaysia. Dia pasti akan menyambut mereka dan mengaggap mereka seperti anak sendiri. Maklumlah hidup di perantauan, kepada siapa lagi hubungan yang mesra hendak dibina melainkan kepada orang yang berasal dari negara sendiri. Mungkin juga kerana Aunty Sarah tidak mempunyai anak perempuan, jadi dia lebih mudah untuk menyayangi pelajar-pelajar perempuan yang terletak di bawah pengendalian suaminya Prof Fazuddin.
" Macam mana pelajaran Nisa sekarang? Do you have any problem with that? Kalau ada jangan segan…beritahu pada uncle mana tahu dia boleh tolong.." tanya Aunty Sarah sambil membahasakan panggilan uncle kepada suaminya, Prof Fazuddin. " Every student yang datang sini pun aunty pesan benda yang sama, kalau ada masalah jangan segan-segan nak beritahu…" senyum Aunty Sarah " Urm..setakat ni tak ada lagi aunty..semuanya masih boleh Nisa kawal sendiri. Terima kasih ye aunty..duduk berbual dengan aunty ni mengingatkan Nisa pada Mak Su. Rindu Nisa pada dia…" jawab Nisa jujur. Entah kenapa apabila bersama Aunty Sarah, Nisa merasakan dirinya dekat dengan belaian seorang ibu. Dan pada ketika itu juga dia akan mengingati arwah ibunya juga Mak Sunya yang kini berada di Malaysia.
" Biasalah tu Nisa, hidup jauh dengan family memang macam tu. Dulu masa aunty muda-muda and aunty futher study dekat oversea, aunty rasa benda yang sama. Sebab tu sekarang ni, aunty selalu nasihatkan student-student uncle kamu untuk selalu datang ke rumah aunty. At least diorang tak rasa sunyi sangat, hilang sikit rindu pada family…" jawab Aunty Sarah yang sememangnya mengetahui bahawa Anisa telah kehilangan kedua orang tuanya sejak kecil lagi.
" Nanti kalau balik ke apartment kamu, Nisa jangan lupa pesan pada kawan-kawan serumah Nisa, dah lama mereka tak ke mari, sibuk agaknya…" tambah Aunty Sarah lagi. " Oh ye, Nisa nak minum apa? Nanti sekejap Aunty buatkan.." tanya Aunty Sarah kepadanya. " Urm tak kisah aunty..apa2 pun Nisa bedal jer.."jawab Nisa semula sambil tersenyum.
Sambil menunggu Aunty Sarah di dapur, Anisa mengambil kesempatan itu untuk melihat gambar-gambar keluarga yang tergantung di dalam rumah yang sederhana besar itu. Prof Fazuddin dan Aunty Sarah mempunyai 3 orang anak lelaki. Namun yang dikenalinya hanya Ary. Ini kerana abang dan adik Ary kini berada di Malaysia dan hanya sesekali datang ke UK. Menurut cerita yang diketahuinya anak sulung pasangan ini sudah mempunyai kerjaya yang tetap di Malaysia, manakala anak bongsu mereka lebih memilih untuk menyambung pengajian di dalam negara sahaja.
Seingat Anisa dia pernah berjumpa dengan anak sulung pasangan itu yang secara kebetulan datang ke UK untuk melawat ayah dan ibunya. Itupun hanya sekali. Namun dia agak tidak menyenangi perwatakan lelaki itu yang dirasakan kurang beradab. Dari sorot pandangan matanya saja Anisa sudah dapat mengaggap bahawa dia seorang lelaki yang suka menggoda setiap perempuan di hadapannya. Masakan tidak, baru pertama kali berjumpa lelaki itu sudah berani untuk memeluk bahunya dari belakang dan mengusap-ngusapnya. Itu ketika mereka sedang berada di rumah Aunty Sarah! Jika di tempat lain! Pasti lelaki itu lebih galak lagi. Sejak pertemuan itu, Anisa agak jarang berkunjung ke rumah Aunty Sarah. Jika dia benar-benar pasti bahawa lelaki itu tiada, baru dia akan datang.
Ezy! Ya, Ahmad Farel Fahrezi bin Fazuddin! Itulah nama lelaki yang tidak disukainya itu. Perwatakan Ezy sangat berbeza dengan adiknya Ary. Ary seorang lelaki yang lebih tahu untuk menjaga adab. Meskipun kadang kala mulutnya tidak terlalu bertapis ketika berkata-kata, Ary tidak pernah mengambil kesempatan selama dia mengenali lelaki itu.
-----------------------------------
Ril…" sapa Puan Fatimah pada anaknya saat Azril pulang ke rumahnya pada hujung minggu itu. " Ye umi? Kenapa?" tanya Azril pelik melihat keadaan ibunya yang seperti ingin berbisik-bisik menanyakan sesuatu sambil tangannya menutup kembali majalah yang dibaca. Namun begitu matanya sempat melilau di sekitar rumah mencari bayang isterinya. Isy..mane pulak Nia nie..tadi kate nak ambil air sekejap je…
" Isteri kamu si Nia tu tak ada pape lagi ke?" akhirnya terluah juga pertanyaan yang selama ini berlegar di benaknya " Ada pape apa maksud umi? " tanya Azril kepada uminya semula. Sumpah dia tak faham apa yang ingin ditanya oleh uminya! " Susah juga kadang-kadang nak bercakap dengan kamu ni ye.." balas Puan Fatimah sambil tangannya menepuk lembut bahu Azril. " Otak kamu ni memang tak boleh faham agaknya kalau umi tanya belit sikit.." bebel Puan Fatimah lagi sambil jari telunjuknya di arahkan ke kepala Azril. Azril hanya mampu tersenyum. Dah memang aku tak faham! Umi, anak umi ni dulu bukan ambil jurusan sastera masa blajar kat universiti..sume straight forward jek!! Bebel Azril pula tapi hanya sekadar di dalam hati…
" Maksud Umi bini kamu tu tak mengandung–mengandung lagi ke? Kamu ni menikah dah lame Ril! Tapi apa pun umi tak dengar lagi" akhirnya Puan Fatimah berterus terang sahaja sambil dia menguatkan juga suaranya agar Azril dapat mendengar dengan jelas.
Namun tanpa mereka sedari ada sepasang telinga yang juga cukup jelas mendengar pertanyaan dan perbualan mereka dua beranak. Azril sekali lagi hanya mampu tersenyum setelah jelas dengan pertanyaan uminya itu.
" Belum ada rezeki lagi la tu umi..Kita sabar jela.Lagipun kami bukannya merancang dan tak mahukan anak dalam masa terdekat ni. ALLAH masih belum bagi kami rezeki untuk timang anak..insyaALLAH esok lusa adalah tu.." jawab Azril lembut.
" Alah..alasan je tu. Ntah-ntah bini kamu tu memang tak nak timang anak cepat-cepat tak? Umi tengok dia tu asyik sibuk je manjang. Makan pakai kamu ni terjaga ke?" soal Puan Fatimah lagi sambil meluahkan rasa tidak puas hatinya.
Isy..dah kenapa pulak dengan umi ak nie? Detik hati Azril bertanya sendirian… " Isy..takdelah umi..Nia tak sekejam tu nak biarkan anak umi yang kacak ni tak cukup makan atau pun kene basuh baju sendiri.." balas Azril sambil tersengih ke arah uminya. " Main-main aje kamu ni ye! Umi tanya ni bukan main-main tau.." balas Puan Fatimah tegas apabila dia mula merasakn yang Azril memandang remeh pertanyaannya tadi. " Umi..memanglah Nia nampak selalu sibuk dengan kerja dia..tapi jujur Ril beritahu pada umi yang dia tak pernah abaikan Ril. Makan pakai Ril sntiasa terjaga. Lagipun dia pandai bahagikan masa dia. Masa dia di rumah takdelah dia angkut sume kerja dia kat office tu bawak balik rumah…" terang Azril lagi dengan kata-kata yang boleh meyakinkan uminya.
" Umi ni bukan apa Ril. Umi ni teringin nak dpat cucu cepat-cepat. Umi ni dah makin tua..ntah smpai bile boleh bertahan. Umur kamu mkin mningkt.patutnya sekarang kamu dah ad ank tahu!" jawab Puan Fatimah lagi namun dalam nada yang lebih lembut.
Azril pantas menggenggam tangan uminya.. " Umi..kenapa cakap macam tu? Umi ni buat Ril takut je..Bukan Ril tak mahu anak umi. Jauh di sudut hati Ril..Ril selalu berdoa moga DIA cepat kurniakan zuriat pada kami. Nia tu..walaupun dia diam je..tapi Ril tahu hati dia..Nia pun nak sangat timang anak. Tapi umi sendiri tahu kn? Kita ni manusia biasa..apa daya kita..mungkin pada saat dan ketika ni ALLAH masih belum percaya Ril mampu menjadi seorang ayah yang baik.. DIA lebih tahu umi..mungkin DIA akan kurniakan zuriat pada kami bila kami sendiri sememangnya dah cukup mampu untuk mencorak amanahNYA pada kami nanti…" jelas Azril sambil memperkuatkan lagi genggaman tangan pada uminya.
" Sekarang cuma satu Ril minta pada umi. Doakan kami dan jangan pernah putus berdoa untuk kami. Selama ni pun Ril hidup atas doa dr umi..Ril yakin doa umi mampu membuka pintu rezeki kami untuk menimang cahaya mata.." ujar Azril penuh lembut.
Puan Fatimah tersentuh mendengar pengakuan anaknya itu. Azril sememangnya seorang anak yang baik. Dia bukan tidak menyukai menantunya itu atau cuba untuk mencari masalah. Selama ini hubungannya dgn Nia baik dan dia sendiri dapat melihat kerukunan rumah tangga anaknya itu. Namun sejak akhir2 ini hatinya tidak tenteram mendengar cerita dari mulut-mulut orang yang sentiasa bercerita perihal anak dan menantunya yang sehingga kini masih belum menimang anak walaupun sudah lama berkahwin. Dia tidak sanggup perihal rumahtangga anaknya itu menjadi buah mulut orang. Hatinya terasa hancur berkeping-keping..
Puan Fatimah jadi sebak… " Umi tahu Ril..doa umi tak pernah putus untuk kamu suami isteri. Kamu banyak bersabar ye nak..insyaALLAH, DIA telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk anak umi ni…" balas Puan Fatimah sambil menahan air mata daripada berlinangan.
" Terima kasih umi..Ril sayang umi.." Azril lantas mengucup dahi Puan Fatimah dan dia memeluk erat uminya itu.
Di dapur pula, Dania sudah teresak-esak mendengar perbualan dua beranak itu. YA ALLAH..izinkan aku untuk membahagiakan hati seorang ibu juga hati seorang suami yang begitu setia di sisi ak YA ALLAH…doa Dania di dalam hati sambil terduduk di tepi kabinet dapur di rumah mertuanya itu.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best... smbg ag yea...