Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Pada hujung minggu, Amirul membantu Yana menguruskan rumah dan pelbagai lagi. Baginya seorang isteri harus dilayan sebagai isteri buknnya sebagai tukang gaji. Isteri diciptakan daripada rusuk seorang lelaki yang bernama suami. Ini adalah hujung minggu kedua mereka melakukan kerja rumah bersama-sama. Tak lama lagi, mereka akan menyambut bulan Ramadhan yang pertama sebagai suami isteri. Yana mula sibuk untuk menyiapkan keperluan untuk menyambut Ramadhan dan serba sedikit persiapan Hari Raya Aidilfitri kerana dia khuatir jika homework yang bakal dibekalkan guru terlalu banyak dan takut tidak sempat menguruskannya. Dulu, ibunya selalu mengingatkan dirinya tentang kehidupan berumah tangga dan apa yang harus dia lakukan apabila sudah berumah tangga. Tapi siapa yang menyangka bahawa dia akan menguruskan segalanya kini pada usia sekarang!
Pada setiap hujung minggu memang menjadi rutin bagi keluarga Encik Muhammad untuk mengemas rumah secara terperinci. Ayah Yana seorang yang mementingkan kebersihan di rumah walaupun rumah mereka tidak semewah mana tetapi rumah adalah syurga bagi setiap orang. " Yana kalau dah kahwin nanti jangan lupa rajin kemas rumah tau! Suami penat cari nafkah untuk kita, nak berehat! Bila dia tengok rumah bersepah, penatnya akan bertambah! Bila penat tak berkurang, fikiran dia akan terganggu! Lagi satu, jaga pakaian dan makan minumnya. Kasih sayang isteri akan terlihat dari perkara begitu. Barulah dia akan merasa dirinya dihargai." Yana hanya mengangguk setiap kali Puan Arryanna menasihatinya walaupun berulang kali ibunya mengatakan hal yang sama tanpa jemu kerana dia tahu nasihat ibunya akan berguna satu hari nanti. Selepas akad nikah, ibunya sempat berpesan lagi." Yana kena tunaikan setiap permintaan Amirul termasuklah permintaannya untuk bersama kecuali perkara yang salah disisi Allah. Tiada alasan Yana untuk menolak hajat Amirul kecuali dengan alasan keuzuran." Yana mula menangis kerana perkara itu begitu sukar untuk dilakukannya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat mulia menjelma. Itulah bulan yang amat ditunggu-tunggu oleh semua umat Muhammad s.a.w. Pada bulan ini jugalah, umat Muhammad akan berpuasa dan berebut-rebut menjalankan ibadah-ibadah sunat kerana Allah telah menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda bagi setiap ibadah yang dilakukannya. Syaitan-syaitan telah diikat supaya tidak mengganggu para umat Muhammad menjalankan ibadah. Bergantung pada diri para umatnya untuk mengawal nafsu masing-masing. Awal pagi Yana sudah bangun untuk menyediakan juadah untuk mereka bersahur. Setelah siap, barulah dia mengejutkan suaminya dengan penuh berhati-hati agar suaminya tidak terkejut. Yana membuka pintu bilik dengan penuh berawas tanpa membuka lampu bilik. Dalam kesamaran cahaya daripada ruang tamu yang turut menyimbah sedikit cahaya ke dalam bilik, Yana mengamati wajah Amirul dengan penuh rasa kasih dan sayang. " Abang bangun! Kita sahur sesama. Yana tunggu abang kat luar tau!" Amirul bangun menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri. Setelah siap berpakaian barulah dia keluar dari bilik dan menuju ke ruang makan. Tanpa duduk, Amirul mencium bau masakan Yana. " Yana masak semua ni?" " Yalah, takkan Yana beli pula! Tapi ni lauk yang sama juga untuk berbuka nanti. Yana masak lebih takut tak sempat nanti!" Amirul mengangguk tanda mengerti situasi mereka kini. " Yana, petang karang kita pergi bazar Ramadhan ye?" " Emm..baiklah! Tapi abang tak risau ke kalau ada yang nampak?" " Biarlah! Diorang tahu kita ni sepupukan? Jadi kurang masalah!" " Betul juga! Baiklah." Yana mencedokkan nasi ke dalam pinggan suaminya dan beberapa lauk
Seperti yang dijanjikan, mereka pergi ke bazar Ramadhan. Sesak! Itulah suasananya. Amirul memaut pinggang Yana erat agar tak tertinggal di belakang. Yana terpaksa akur dengan perlakuan Amirul kerana dia sedar akan keadaan yang sedang dilaluinya. Tanpa sedar, tiba-tiba ada yang berdehem kepada mereka dan menegur secara sindiran. " Ehem! Hai, Cikgu Azley! Waktu bulan puasa takkan dah berpelukan?" Yana dan Amirul menoleh ke arah teguran itu. ‘ Alamak, Cikgu Farah!’ " Saya peluk pun bukan tanpa sebab Cikgu Farah! Yanakan sepupu saya, jadi saya rasa tindakan saya tak salah!" Aku membatukan diri. ‘ Makin lama makin meluat pula aku tengok cikgu gedik ni. Aku tak suka kau dahlah.’getus Amirul dalam hati. " Sepupu ke? Apa?" Soal Cikgu Farah dengan tak puas hati. " Kalau kami ada ‘apa-apa’ pun takkan jadi masalah besar pada dunia, cikgu!" jawaab Cikgu Azley@Amirul. Yana yang berada di sebelah Amirul kini semakin geram dengan perangai Cikgu Farah yang sebenarnya tiada kaitan dalam kehidupan mereka. Yana memeluk pinggang Amirul seerat-eratnya. Cikgu Farah memandang dengan sumpah seranah di hatinya melihat perlakuan Yana. " Cikgu, ini bukan sekolah jadi sekarang waktu privacy kami. Hubungan kami tak ada kaitan dengan cikgu. Saya harap cikgu faham dengan kata-kata saya. Tak semestinya saya diam selama ini, saya tak ada perasaan. Cikgu Farah, tanggungjawab cikgu adalah mengajar kami sehingga berjaya! Saya harap peristiwa ini tak akan mengganggu hubungan antara guru dan pelajar. Tentang sepupu saya tolak ajakan cikgu untuk keluar makan malam dulu, tak menjadi sebab untuk cikgu membenci saya. Tentang hubungan saya dengan Cikgu Azley pula memang dah terbukti kesahihannya. Maaf, kami pergi dulu!" Aku menarik tangan abang dan berlalu meninggalkan Cikgu Farah.
Selepas berbuka, kami seiring menunaikan solat sunat Terawih di masjid berdekatan. Dalam perjalanan pulang, Amirul menyoal Yana tentang peristiwa petang tadi. " Yana selalu kena ganggu dengan Cikgu Farah ye?" " Biasalah tu abang! Diorang takkan puas hati selagi abang tak menerima mereka." " Tapi kenapa Yana tak cerita kat abang? Yana tak anggap abang sebagai suami Yana lagi ke?" Keraguan mula bermain di hati Amirul. " Bukan begitu, abang! Yana tak nak abang risau dengan perkara remeh tu." Amirul mula lega dan menggeleng dengan perangai Yana. ‘ Ada ke dia nak tanggung sensorang! Yana! Yana! Tak ubah perangai kau.’ Kedudukan masjid dan rumah mereka tidak terlalu jauh, jadi mereka mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.
Setelah telekung dan sejadah yang dibawa tadi disidai, Yana mengetuk pintu bilik Amirul. Yana kurang selesa apabila teringat kembali kata-kata Amirul semasa dalam perjalan pulang ke rumah. Amirul menyarung T-shirt putih yang terletak di birai katil tadi ke tubuhnya setelah Yana mengetuk pintu bilik dan mengajaknya berbual. Amirul mengambil tempat di hadapan Yana yang sedang menonton televisyen semasa menunggu dirinya keluar dari bilik. " Ada apa tiba-tiba Yana nak ajak abang berbual?" Yana menutup televisyen dan mengalihkan pandangan kepada Amirul. " Abang, Yana rasa tak sedap hati bila teringat kata-kata abang tadi. Yana bukannya anggap abang sebagai orang luar tapi...." Amirul memotong kata-kata Yana, " Yana, abang mengerti! Jangan pula Yana terasa dengan kata-kata abang tadi. Yana, tak risau ke apa yang akan dilakukan Cikgu Farah nanti? Abang dengar dia tu kalau dah obses terhadap seseorang, dia akan melakukan apa sahaja untuk memiliki orang itu. Perlakuan Yana tadi saja sudah mula mengundang keraguan kat wajah dia." " Yana dah bosan dengan perangai dia!" Yana menunjukkan muka jelik di hadapan Amirul. Amirul mengambil kesempatan untuk menarik hidung Yana. " Ouch, sakitlah abang!" Yana memuncungkan bibirnya. " Yana, jangan buat macam tu lagi nanti abang kena berendam dalam tab lagi!" Yana mengerti apa yang dimaksudkan Amirul sebentar tadi. Terus dia melangkah masuk ke biliknya. Amirul melarikan pandangan mata daripada terus menatap Yana kerana takut dia akan bertindak di luar jangkaan. Bulan Ramadhan berlalu dengan pantas bererti masa tidak akan menunggu sesiapa.
Setelah sebulan menyambut Ramadhan kini Syawal menjelma. Hari Raya Aidilfitri diraikan selepas sebulan berpuasa tanda kemenangan umat Islam berperang dengan nafsu. Persiapan raya hanya sekadar bersederhana kerana wang tersebut akan digunakan untuk tahun hadapan bagi membiayai yuran dan keperluan sekolah untuk isterinya. Pada malam raya, biasanya kebanyakan keluarga akan berebut-rebut pulang ke kampung. Bagi Amirul pula, dia akan pulang ke kampung tetapi selepas solat sunat raya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang kronik. Mujurlah mereka satu kampung, tidak menjadi masalah apabila memutuskan kampung mana yang harus dituju dahulu. Yana hanya membuat sedikit kuah lodeh, sambal kacang dan rendang daging untuk dimakan bersama ketupat segera sebagai juadah pagi sebelum pergi bersembahyang di masjid. Yana berkeras untuk memasak sendiri walaupun Amirul menegah untuk melakukan hal yang sedemikian. Dia mahu suaminya makan makanan yang dibuat dengan air tangannya sendiri. Amirul tidak mahu Yana merasa terbeban untuk melakukan perkara tersebut. Dia mahu Yana lebih menumpukan perhatian terhadap persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun pada bulan hadapan. Yana tetap dengan keputusannya! Amirul tidak dapat membantah kerana itu juga adalah hasratnya iaitu makan air tangan isteri sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri apabila dia berkahwin. Yana mampu menunaikan hasrat yang ia pendam kerana khuatir akan membebankan diri Yana.
Selepas pulang dari masjid, Yana melutut di hadapan Amirul sambil memohom ampun atas segala kesilapannya sepanjang menjadi isteri dan memohon restu dan kekuatan bagi dia melalui cabaran mengharungi rumah tangga dan juga kehidupannya di sekolah. Kadang-kadang Yana ingin memberitahu pada semua orang tentang statusnya tetapi dia agak bimbang jika mereka tidak dapat menerima siapa sebenarnya dia. Amirul juga begitu. Mereka harus menahan gelora hati apabila mereka berada di dalam kelas atau berada di khalayak ramai. Mereka sukar untuk bermesra walaupun pada hakikatnya, kemesraan mereka belum sampai ke tahap hubungan intim. Mereka hanya pulang ke kampung selama tiga hari sahaja kerana pelbagai pekara yang perlu dilakukan. Yana harus menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru sepanjang cuti. Manakala, Amirul harus menyediakan bahan pengajarannya tetapi mereka berjanji untuk pulang lebih lama pada cuti akhir tahun.
Sudah dua bulan mereka menjalani kehidupan sebagai suami isteri tetapi Yana masih belum disentuhi oleh Amirul. Amirul akur dan menghormati dengan situasi Yana sebagai pelajar. Amirul mengakui kadang kala nafsunya tidak dapat ditahan. Apabila nafsunya mula bergelora, dia mengarahkan Yana masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Yana akur. Apabila pintu dikunci, Yana terdengar bunyi air pancur. Yana menangis setulus hati kerana dia masih belum dapat menunaikan tanggungjawab batin suaminya itu. ‘ Maafkan Yana!’ Pernah sekali Amirul terlajak perlakuannya. Yana dipeluk dan diberi cumbuan yang penuh ghairah tetapi selamat apabila Amirul tidak terlalu mengikut kata syaitan yang merajai nafsu ketika itu. Amirul sedar akan janjinya dan mula berhati-hati. Walaupun kadangkala dia ingin membelai dan menyentuhi insan bernama isteri tetapi status dan janji adalah penghalang segalanya.
Yana juga mengakui pada dirinya dan juga Tiara. Dia ingin dibelai, dimanja dan dicumbu oleh insan yang bernama suami tetapi statusnya sebagai pelajar sekolah menengah yang mematikan perasaan tersebut. Tiara memang terbukti sebagai seorang pendengar masalah yang setia walaupun ceritanya agak sama. Dia hanya dapat membantu dari segi nasihat dan berdoa untuk membantu sahabat karibnya itu.
best sangat2 !!! kesian kat depa 2 orgkan cite memang menarik gilerrrr god job!!(^_^)!!
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
wah...makin best lak cite ni....kecian...dua2 kena menahan perasaan...ade ke kawen ngn pelajar sekolah...haha