Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Cinta membuka matanya perlahan-lahan. Kabur sekali pemandangannya. Namun, dia masih dapat lihat seluruh tempat itu berwarna putih. Badannya terasa lemah sekali. Sebentar kemudian, kedengaran suara seseorang memanggil namanya. Suara itu amat dikenalinya. " Mama..," panggil Cinta setelah dia mula mengenali suara itu. Pn. Hasiah segera menggenggam tangan anaknya itu. Syukur alhamdulillah, akhirnya Cinta sedar juga setelah tiga hari tidak sedarkan diri. Dia menyeka air matanya yang kini sudah pun mengalir membasahi pipinya itu. Ayahnya, En. Rahimi yang sedang duduk di sebelah mamanya itu cuba menenangkan isterinya itu. " Cinta kat mana ni ma? Apa yang dah berlaku?," tanya Cinta lemah. Kemudian, dia memegang kepalanya yang sedikit berdenyut itu. " Cinta tak ingat ke apa yang dah berlaku? Tiga hari lepas, Cinta terlibat dengan satu kemalangan semasa pulang dari sekolah," terang En. Rahimi lembut. Cinta bangun dari keadaan terbaring itu untuk duduk. Terasa seluruh badannya amat sakit dan lenguh sekali. Tambahan pula pada bahagian lengan kirinya itu. Dia dapat lihat lengan kirinya itu kini dibalut kemas. Kemudian, dia mula teringat pergaduhan dia dengan Airell tempoh hari yang telah menyebabkan dia terlantar di situ. Dia hanya mengeluh. Kepalanya mula berdenyut apabila memikirkan tentang perkara itu. " Cinta, Cinta baringlah.. Cinta perlukan rehat..," kata mamanya setelah melihat Cinta yang susah payah untuk duduk itu. " Betul kata mama kamu tu Cinta.. Kamu tu baru sahaja sedar, kamu perlu rehat agar cepat sembuh," kata En. Rahimi pula. Cinta hanya mampu mengangguk lemah. Kemudian, dia berbaring semula. Dia bagaikan tiada tenaga untuk bercakap banyak ketika itu. Entah bila, suasana berubah menjadi gelap semula. Dia tertidur semula keletihan.
" Aunty ada beritahu aku yang kau dah sedar pagi tadi, baguslah..," cuping telinga Cinta menangkap suara seseorang yang seperti dikenalinya itu. Namun, dia masih belum membuka matanya. Terasa berat sekali matanya untuk terbuka. Dia terus mendengar. " Cinta.. aku bersalah pada kau..Aku tak bermaksud...," kedengaran sayu sekali suaranya ketika itu. Akhirnya, perlahan-lahan Cinta membuka matanya. Dilihatnya Airell sedang duduk di atas sebuah kerusi di tepi katilnya itu. Namun Airell masih belum menyedari bahawa Cinta telah sedar. Dia terus berdialog sendiri. " Aku tak bermaksud nak tolak kau masa tu.. Aku betul-betul tak bermaksud nak buat macam tu.. Aku minta maaf Cinta," katanya lagi menahan sebak. " Kau tak perlu nak minta maaf..," kata Cinta dalam keadaan yang masih lemah. " Cinta, kau dah bangun?," kata Airell sambil berpaling ke arahnya. Cinta hanya tersenyum lemah. " Aku tak boleh mati lagilah.. Kalau tidak, macamana dengan pertaruhan kita tu," sempat lagi CInta melawak dalam keadaannya seperti itu. Airell mula tertawa mendengar kata-kata Cinta itu. " Err.. aku.. aku.. kau dengar kan apa aku cakap tadi?," tanya Airell. Cinta hanya mengangguk. " Maafkan aku ye? Aku yang menyebabkan kau terlantar kat sini.. Aku tak berniat.. Aku tahu aku yang salah..,"kata Airell sayu kembali. " Aku pun nak minta maaf jugak.. Aku tak patut guna cara kotor hari tu.. Kalau aku yang tak mulakan dulu, semua ni takkan berlaku," kata Cinta pula. " Ok, lepas ni, kita jangan lagi guna cara kotor. Kita lawan secara adil,ok?," tanya Airell. " Ok..," kata Cinta sedikit bersemangat. Sejak hari itu, mereka berdua semakin rapat. Setiap petang, Airell akan datang melawat Cinta di hospital. Sepanjang dua minggu itu, dia tidak pernah ketinggalan untuk ke sana berjumpa dengan Cinta dan mereka berdua pasti akan berbual panjang. Airell juga tak pernah lupa untuk membawa sejambangan bunga setiap kali datang melawat Cinta. " Hai, good evening! How are you today??," tanya Airell sebaik sahaja masuk ke dalam private wad itu. " Bunga lagi?? Kau tahu tak, kat dalam wad ni dah penuh dengan bunga-bunga yang kau bawa tu?," kata Cinta. Airell tersenyum sendiri tanpa menghiraukan kata-kata Cinta itu. Dia mengambil kerusi di sebelah katil Cinta lalu duduk dan memandang Cinta. " Macamana kau, dah sihat ke? Nampak macam orang sihat dah tu siap boleh meleter lagi," kata Airell lagi. Cinta membulatkan matanya sambil melihat Airell yang sengaja memerlinya itu. " Ish, kau ni.. ," kata Cinta sambil cuba untuk memukul Airell. Pada masa yang sama, pintu wad itu terbuka tiba-tiba dan muncul seorang lelaki dari balik pintu itu. Masing-masing terdiam seketika sambil memerhatikan lelaki itu. Dia berpakaian kemeja putih, berseluar jeans. Topi hitam di atas kepalanya pula lebih menyerlahkan lagi kemachoannya. Di tangan lelaki itu tergenggam kemas sejambak bunga. " Khai!," panggil Cinta separuh menjerit kerana teruja, sedangkan dia tahu Khai hanya beberapa meter darinya kini. Dengan senyuman yang sentiasa menawan, Khai berjalan menuju ke arah Cinta. " Saya dengar berita bahawa awak mengalami kemalangan.So..., ye la saya datanglah nak lawat awak," kata Khai. Cinta mengangguk faham. Dalam hatinya, sudah tidak dapat dirungkai betapa gembiranya dia menerima kehadiran lelaki itu. Airell yang berada di situ mula meminta diri untuk memberi peluang kepada Khai untuk berbual dengan Cinta. Entah kenapa, dia bagaikan ingin lari dari berada di antara mereka berdua. " Saya keluar beli air kejap," kata Airell lalu berjalan menuju ke pintu wad itu. Cinta hanya mengangguk. Setiba di hadapan pintu, Airell sempat berpaling semula untuk seketika. " Untuk awak.. Semoga cepat sembuh," kata Khai sambil menghulurkan bunga yang dibawanya itu. Ros merah itu disambut dengan sepenuh hati oleh Nia. Bunga yang diberi oleh Airell sebentar tadi pula ditolak ke tepi. Saat itu, timbul satu rasa sakit dalam hati Airell untuk seketika. Lalu, dia terus berjalan pergi tanpa terus lama berada di situ. " Terima kasih..," kata Cinta. " Alah, itu cuma bunga je," kata Khai. " Bukan, terima kasih sebab datang lawat saya," kata Cinta pula. " Saya tak sangka awak akan datang lawat saya. Ye la, saya ni siapa je," kata Cinta. " Ish, mestilah saya akan datang. Kita kan kawan. Saya terkejut masa dengar berita yang awak kemalangan. Sejak dua hari lepas, saya asyik terfikir bagaimana keadaan awak," kata Khai pula. Mendengar kata-kata Khai itu, hati Cinta bertambah berbunga-bunga. " Awak tak marah saya ke?," tanya Cinta. " Marah? Kenapa perlu saya marah awak?," tanya Khai. " Ye la, marah sebab kejadian tempoh hari. Masa awak jatuh kolam tu," kata Cinta mengingatkan Khai kembali. " Oh.. Ish, tak adalah.. Saya tak marah pun.. Lagipun bukan salah awak pun, awak kan jatuh secara tak sengaja masa tu,"kata Khai sambil tersenyum. Cinta hanya mengangguk faham, walaupun dia tahu bahawa cerita sebenarnya ialah kejadian itu memang dirancang oleh Airell. Tapi, biarlah. Kerana Khai pun sudah tidak marah kepadanya. Banyak perkara yang dibualkan oleh dia dengan Khai petang itu. Cinta berasa sangat gembira pada hari itu. Bagi dia, kehadiran Khai itulah saat paling menggembirakan baginya sepanjang berada di hospital itu sehinggakan dia sudah lupa kepada Airell. Airell yang berada di luar terus menunggu sehingga Khai pulang. Namun, setelah dua jam berlalu, Khai masih juga belum pulang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya tanpa memberitahu Cinta kerana dia tidak mahu mengganggu Cinta dan Khai. Dia tahu, Cinta pasti amat gembira dengan kehadiran Khai itu.
name sebenr cinta nia ker cinta?? hrp2 novel yg akn ditulis oleh writer tu airell dan khai berebut untuk dptkn cinta..mm,maybela...gud luck writer..all the best..
AHhhhh x sbr nyer tnggu towk seterusnya!!! sweett nyeeerr cerita nyer!! best best best best best best!!!!!!!! wat yg terbaik yee???? heheheheheheh,, aq tersenyum2 bler bce novel ne.... heheheh
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
name sebenr cinta nia ker cinta??
hrp2 novel yg akn ditulis oleh writer tu airell dan khai berebut untuk dptkn cinta..mm,maybela...gud luck writer..all the best..
~shera~