Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nenek memeluk Hana, Hana mengigil sambil mengerang, "sakit nek."
"Sabar Hana, sabar Hana,' kata nenek, sambil mengusap-usap dahi Hana. Mak Cik Ani juga berada di sisi nenek. Pak cik Adli sedang mengundur kereta untuk mendekati mereka supaya senang untuk mengangkat Hana.
Nenek terasa kainnya basah, Kain Hana juga basah. Mak cik Ani juga perasaan kain Hana juga basah.
"Eh! Kenapanya Hana?"
"Air tetuban Hana pocah ni."
"Iye ke omak?"
Iyo,…. Hana, Hana… ‘ nenek memanggil manggil nama Hana, Hana seperti menanggung kesakitan yang teramat sangat. Dia memejamkan matanya sambil mengerang. Apabila nenek memangil-manggil namanya, Hana cuba membuka matanya.
"Hana, dah nak bersalin ni. Dah mula sakit tak." Tanya Mak cik Ani.
"Hana sakit nenek. Tolong Hana nenek."
"Sabar Hana, Tu hah kereta dah siap, kita pergi hospital ye." Pujuk mak cik Ani, lantas dia bangun masuk ke dalam rumah untuk mengambil beg pakaian Hana. Pak cik Adli yang sedang meletakkan lapik kain di belakang keretanya. Mereka sedang bersedia sedia untuk mengangkat Hana ke dalam kereta dan membawa ke klinik.
Hana meraba-raba rantai di lehernya, digagahi untuk membukakannya. Kemudian dengan perlahan-lahan dia mencapai tangan nenek lalu di letakkan rantai dan loket itu di dalam tangan nenek.
"Nenek.. Hana minta maaf nek….. Halalkan….makan..minum Hana nek…. ," suara Hana mendayu-dayu, memohon maaf dari nenek.
"Hana, Hana, apo ni Hana.., jangan cakap macam tu."
Nenek..nenek.. ‘ Pandangan Hana semakin kabur, tetapi dia gagahi juga .
"Nenek, kalau Hana tak ada lepas ni……. Kalau anak Hana dapat selamat…….". Hana menarik nafas mengumpul kekuatan untuk berkata-kata. Kesakitan yang di alaminya meragut semua tenaga di dalam tubuhnya. Sebelum dia kalah terus dengan kesakitan ini, dia harus cakap apa yang perlu dia katakan
"Eh, Hana…jangan cakap macam tu…… sabar Hana."
"Hana sakit nenek… Hana sakit nek… Hana…." Hana tidak dapat meneruskan kata-katanya kereta tiba-tiba perutnya terasa sangat sakit, sakit sehingga pinggang dan belakangnya. Seketika Hana tidak dapat berkata apa-apa. Apabila kesakitan itu agak reda, Hana menyambung lagi kata-katanya. . "Nenek, bagi rantai ini pada anak Hana. Nenek...."
"Hana, Hana… ," suara nenek semakin sayup, makin lama makin kabur dan Hana cuba sekali berkata.
"Nenek,…… nek bagi rantai ni pada anak Hana. Aduh nenek….." Hana nampak dalam kesamaran itu Mak cik Ani dan Pak cik menghampirinya untuk mengangkat dia ke dalam kereta. Hana cuba gagahi untuk berkata-kata tetapi kegelapan lebih dahulu melitupinya.
************************************************ Hana membuka matanya, memandang keadaan sekeliling. Dia kesorangan dalam bilik itu. Ada sebuah katil kosong di sebelah katilnya. Hana berada di wad hospital. Hana mengangkat tangannyanya, terasa sakit. Ada jarum tercucuk dalam tangannya, di sambung dengan se botol air yang di gantung tinggi. Kepala Hana berat, tekaknya kering, dia rasa sangat dahaga. Tidak lama kemudian seorang wanita berbaju serba putih menghampirinya berwajah lembut sambil memberikan senyuman.
"Hah, dah jaga pun,‘ katanya.
"Nurse, saya nak minum sikit"
"Ok, bagus..dah jaga. Dahaga ye.?
Jururawat memberikan Hana minum air dalam cawan dengan menggunakkan straw.
"Tiba-tiba Hana rasa loya, hendak muntah."
"Nurse, tolong! saya hendak muntah"
"Nak muntah…Ok, nanti saya ambilkan takung untuk muntah."
Setelah selesai muntah, jururawat memberi Hana minum air sedikit dan memeriksa tekanan darahnya dan kandungan air dalam botol dripnya.
"Cik berehat dulu ye ‘
Hana kembali menutup matanya. Dia tidak tahu dia berada di hospital mana? Macamana dia boleh berada di situ? Kemudian dia teringat bayinya. Hana memegang perutnya. Perutnya sudah kempis. Apa yang telah terjadi? Hana membuka matanya semula. Apa yang telah terjadi. Hana cuba bergerak, perutnya terasa sangat sakit. Hana cuba menyentuh bahagian yang sakit itu tetapi ianya berbalut.
Baru dia teringat, Hana telah jatuh semasa menaiki tangga di rumah nenek. Mana nenek? Mana Makcik Ani dan Pak cik Adli? Sudah berapa lama Hana begini?
"Nurse!"
Hana dengar derap tapak kaki mendekatinya. Pak cik Adli sudah di sisi katil Hana.
"Pak cik, Hana di mana?'
"Hospital Seremban"
"Macamana Hana boleh berada di sini?'
"Panjang ceritanya Hana. Masa Hana jatuh hari, Pak cik bawa Hana ke private klinik tempat Hana patut bersalin tu. Melihat keadaan Hana masa tu, doktor di sana mengambil keputusan untuk Hana di bedah di sana. Tetapi setelah di bedah, Hana masih tidak sedar diri. Pihak klinik tidak ada bekalan darah macam hospital. Jadi mereka hantar Hana ke Seremban. Di sini kelengkapan lebih baik. Sudah tiga hari Hana tidak sedar diri. Syukur Hana sudah sedar. Risau Pak cik dan mak cik."
"Mak cik Ani mana Pak cik?'
"Mak cik Ani baru balik ke KL, sudah tiga hari dia tunggu Hana di sini. Pagi tadi Pak cik suruh dia balik rehat, biar pak cik ganti. Pak cik kasihan tengok dia, Nampak letih sangat tak cukup tidur. Mulanya dia tak mahu balik sebab nak tunggu sampai Hana sedar. Tapi Pak cik paksa juga. Nanti takut dia pula sakit.'
Kesihan Mak cik Ani. Hana sudah menyusahkan ramai orang.
"Nenek mana?'
"Nenek pun sudah balik ke Kampung. Pak cik baru hantar dia balik selepas klinik hantar Hana ke Hospital Seremban. Nenek bukan kuat sangat nanti dia yang collapse, lagi susah. Dia pun macam mak cik Ani nak tunggu Hana. Tapi pak cik dan mak cik pujuk suruh dia tunggu berita pasal Hana di kampong je."
Pak Su Adli sudah aturkan agar Mak Cik Ani dan nenek tidak ada semasa Hana sedar. Senang dia hendak menjalankan tugasnya. Kepada Mak cik Ani dan nenek, Pak Su Adli sudah katakan yang Hana tidak mahu bertemu sesiapa.
"Anak saya mana?'
Pak cik mendiamkan dirinya. Soalan ini yang memang dia tunggu akan keluar dari mulut Hana. Soalan ini yang dia sebenarnya tidak mahu dengar. Soalan ini yang paling sukar dia hendak jawap.
"Anak saya mana Pak cik? Saya nak tengok dia."
Pak cik terus diam
"Pak Cik…..'
"Hana, kena ingat. Hana jatuh dan pengsan hari tu. Ingat tak?"
Hana mengangguk kepalanya.
"Keadaan Hana parah.. Ingat tak?"
Hana memandang wajah Adli, dia teringat kesakitannya tempoh hari. Dia ingatkan dia akan mati pada hari itu juga syukur Alhamdullillah dia masih selamat.….
"Anak Hana…, Pak cik… ?'
Pak cik Adli masih diamkan diri. Tidak tahu bagaimana hendak dia katakan kepada Hana.
Hana merenung muka Pak Cik Adli. Hana ingat dia yang akan mati, rupa-rupanya… Ya Allah…
"Anak Hana tak dapat di selamatkan ke Pak cik?".
"Keadaan Hana amat parah hari itu. Nasib baik Hana dapat di selamatkan tetapi……. . "Maksud Pak Cik anak Hana tidak dapat di selamatkan?"
"Ya Allah!"
Pak Cik Adli tidak menjawap cuma diam. Hana sudah mendapat jawapan yang dia cari. Air mata Hana mengalir dan terus mengalir.
*****************************************
Seminggu selepas itu Hana pun dibenarkan keluar daripada hospital. Mak cik Ani dan nenek tidak datang melawat Hana. Hana faham, Hana sudah banyak menyusahkan mereka. Memang Hana pun tidak sanggup melihat wajah mereka. Hana akan menjadi sedih. Melihat wajah mereka akan membuat Hana terkenang anaknya yang sudah tiada. Mungkin lebih baik begini.
Walaupun kesihatan Hana kian pulih, Doktor telah menasihatkan Pak cik Adli supaya jangan buat Hana susah hati. Keadaan emosi dan mentalnya sangat rapuh, Tambahan dia juga telah kehilangan bayinya Dalam keadaan begini, Hana dengan mudah boleh mendapat kemurungan. Suatu keadaan yang amat bahaya bagi wanita yang berada di dalam pantang.
Hana hanya bertanya sekali sahaja tentang bayinya kepada Pak cik Adli. Selepas di beritahu bayinya sudah tiada, Hana menangis sepanjang hari. Jururawat yang bertugas asyik menasihati Hana supaya bersabar, jangan menangis. Tidak baik menangis masa dalam pantang. Nanti dapat meroyan. Apa itu meroyan, Hana tidak faham. Tetapi mereka asyik halang Hana menangis. Setelah puas sehari-harian menangis, Hana hentikan tangisannya. Hana tidak bertanya langsung tentang bayi itu lagi. Di mana bayi itu di tanam? Siapa yang menguruskan? Bayi lelaki atau perempuankah?
Sememang Hana tidak bertanya langsung selepas itu. Dia tidak sanggup untuk bertanya lagi. Hana terlalu muda untuk menanggung penderitaan ini. Dia tidak punyai sesiapa untuk berkongsi penderitaannya. Hana tidak tahu mengawal kesedihannya. Dia terlalu sedih untuk mengingatkan tentang bayi yang malang itu. Bayi yang tidak di kehendaki oleh ayahnya sendiri. Hana mengambil jalan yang paling baik buat dirinya dalam keadaan begini. Seperti semua orang nasihatkan. Lupakan yang perkara yang berlaku.
Lupakan segala kenangan indah sewaktu dia bersama Jeffrey. Lupakan harapan menggunung Hana untuk mengapai bahagia bersama Jeffrey dan anaknya. Lupakan perbuataan Jeffrey yang begitu kejam terhadap dirinya. Lupakan kasih sayang nenek dan Mak cik Ani. Lupakan bayi kecil yang tidak bernama yang dikandungnya selama 9 bulan. Lupakan selaut kasih yang di curahkan kepada bayi kecil iu. Semua harus dilupakan. Kosong, kosong.
Pak cik Adil mengambil Hana keluar dari Hospital Seremban. Semua bil-bil perubatan Hana telah di langsaikan oleh Pak Cik Adli. Malahan bil penbedahan Hana di hospital swasta pun telah Pak cik Adli langsaikan. Bukan main mahal lagi perbelanjaan bersalin di klinik swasta itu. Hana tidak tahu macamana hendak membayar hutangnya itu. Tetapi pak cik Adli kata jangan risau tentang bayaran itu semua. Semua Datin yang tolong bayar. Datin rasa bersalah kerana anaknya, Hana jadi begini. Dia harap apa bantuan yang dia hulurkan dapat membantu Hana mengurangkan derita yang Hana tanggung.
Hana benar-benar terharu dengan kebaikan hati Datin. Alangkah beruntungnya gadis yang akan menjadi menantunya. Dia merupakam seorang ibu yang begitu mulia hatiya. Malang sekali gadis itu bukan Hana. Malahan Hana bukan gadis lagi. Hana, cuma hampas yang di buang apabila tidak diperlukan lagi.
"Lupakan sahaja perkara ini telah berlaku ke atas dirinya. Mulai hari ini Hana cuma mesti pentingkan diri Hana. Hana yang penting! Tidak ada orang lain yang lagi penting selain Hana." Kata-kata yang di main-mainkan dalam minda Hana, kata-kata yang membuat dia kuat semula.
Pak cik Adli lantas menghantar Hana ke rumah Mak Chak di Kuala Lumpur. Mak Chak menangis sedih melihat keadaan Hana yang pucat lesi. Bila Mak Chak membuka mulut ingin bertanya tentang Jeffrey atau bayi Hana. Hana menghalang Mak Chak dari bertanya. Hana cuma katakan.
"Mak Chak jangan bagi tahu apa-apa pada Emak, ye... Mak Chak. Biarlah rahsia ini menjadi rahsia kita berdua.'
"Baik lah Hana, kalau Hang cakap macam tu" tetapi mak Chak masih tidak puas hati. Dia hendak tahu apa yang berlaku dengan Jeffrey. Macamana dengan janji Datin Maimunah. Lalu dia beranikan diri untuk bertanya lagi.
"Habis tu Jeffrey macamana?'
Mak cik terkejut melihat wajah Hana yang serta merta membeku dan berubah menjadi keras, sekeras-kerasnya. Mak Chak tidak menyangka wajah lembut Hana boleh berubah sedemikian rupa. Kecut perut Mak Chak melihatnya, di tambah pula dengan jawapan dari Hana yang paling sekali tidak dia jangka.
" Jeffrey sudah tiada lagi! Jangan di sebut nama itu lagi!. Anggap Hana pun sudah tiada lagi!"
citer nie best juga....rasa x sabar nak tau apa yang jadi...harap2 cepat2lah smbg erk. lagi pun jalan ceritanya x meleret sangat. jahat juga datin n pak cik adli bersubahat.
pakcika dli jahatttt..dah dewasa,tak ad hati perut,sama cam datin tu..arghhh
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ade blog tak