Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Elina tersenyum kecil sambil berjalan menuju ke gelanggang. Dia membawa juga bekas bento berisi sushi yang dibuatnya pagi tadi. Saat kakinya tiba di gelanggang, Elina tersenyum apabila melihat Adam sedang menyeka peluh di dahinya.
"Abang!" Elina sedikit menjerit. Adam segera berpaling kepadanya. Dia kemudian beralih pandang ke gelanggang. Elina mengeluh kecil.
"Kenapa Lina di sini? Kan Lina kena layan ‘mereka’ tu," kata Adam sambil duduk. Elina tahu Adam sedang menyindirnya tetapi dia tidak kisah. Dia hanya mahu berbaik semula dengan abangnya.
"Nah. Abang makan, ya," Elina menghulurkan bekas bento berisi sushi yang dibuat khas untuk abangnya. Adam tersentak.
"Apa ni?" tanya Adam. Elina duduk di sebelah Adam sambil tersenyum kecil.
"Sushi. Kan abang suka makan," ujar Elina. Adam menyambut bento itu sambil mengerutkan kening.
"Kan Lina buat untuk ‘mereka’," kata Adam ringkas sambil membuat wajah kelat. Elina tersenyum.
"Mereka tu ada nama. X-Music. Hm, memang Lina buat untuk mereka sebab Lina ada buat salah dengan mereka. Sekarang ni, Lina buat juga untuk abang sebab Lina tahu, abang suka makan," ujar Elina. Adam membuka penutup bento itu lalu mengambil maki-zushi dan memasukannya ke dalam mulut sekaligus. Elina tersenyum kecil. Dia sudah menyusun sushi-sushi itu di dalam bento yang memang sudah ada dirumahnya. Ibunya yang memberi kepadanya pagi tadi.
"Sedap tak?" tanya Elina. Adam mengangguk sambil mengambil sebiji sushi lagi. Elina tersenyum. Masih diingat lagi betapa kelatnya muka Adam ketika ibunya memberitahu bahawa dia membuat sushi khas untuk X-Music. Sekarang, Adam sudah melayannya seperti biasa. Ah, abangnya bersikap keanak-anakkan tetapi tidak apa. Dia tidak kisah! ^_^
*******************************************
Pintu bilik muzik ditolak Elina perlahan. Dia berdebar-debar seketika apabila memikirkan reaksi Lee nanti. Diharap Lee tidak akan marah lagi. Elina meletakkan bekas bento itu di atas meja makan lalu bergerak ke ruang latihan. Kelihatan mereka berlima sedang sibuk berlatih menari. Bunyi muzik kuat kedengaran.
"Maaf, saya lambat," ucap Elina perlahan. Latihan segera terhenti. Dia direnung tepat kecuali Lee yang memandang ke arah lain. Masih marahkah dia?
"Awak dah beli lunch? Laparlah," ujar Ryosuke sambil mengelap peluh yang keluar dari dahinya akibat berlatih menari tadi. Elina tersenyum kecil.
"Dah. Jom makan," ujar Elina lalu bergerak kembali ke meja makan. Langkah mereka semua mengikutinya.
"Bento?" Daniel mengerutkan kening. Elina tersenyum kecil lalu mengelurkan lima bento dari beg kertas.
"Ya. Saya yang buat sendiri. Hari ini saya tak beli," kata Elina. Daniel dan yang lain mengambil tempat di meja makan. Elina mengangihkan bento kepada mereka semua.
"Wah, sushi! Er, boleh makan ke?" Daniel kelihatan ragu-ragu. Elina mengetuk lengan lelaki itu dengan penyepit yang dibawanya.
"Tak nak makan sudah!" Elina mengambil kembali bento di hadapan Daniel. Daniel segera menghalang.
"Aku gurau jelah," kata Daniel sambil tersenyum kecil. Elina tersenyum.
"Bertuah kita dapat makan sushi yang Elina buat hari ini," komen Ryosuke. Ken mengangguk.
"Oishii(Sedap)," kata Wu setelah mengunyah sepotong maki-zushi. Daniel mengangguk menyutujui kata-kata Wu.
"Terima kasih," Elina tersenyum. Selepas itu barulah Elina perasan yang Lee tidak ada.
"Mana Lee-senpai?" tanya Elina. Wu dan yang lain berpandangan. Elina mengerti sekarang. Lee masih marah dan dia pasti sedang berkurung di dalam bilik itu lagi. Elina segera bangun.
"Saya berikan ini kepadanya," Elina mengambil bento dengan tangannya. Mata Daniel membulat.
"Kenapa bekas bento dia lebih besar dari kami?" tanya Daniel sambil berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengelatkan wajahnya. Wu memandangnya sambil tersenyum lalu membetulkan kaca matanya. Elina mengenyitkan sebelah matanya ke arah Wu. Dia tahu Wu pasti faham.
"Kenapa kau kenyit mata pada Wu?" tanya Daniel lagi. Kali ini wajahnya betul-betul kelat. Ryosuke menepuk perlahan bahu Daniel sambil tersengeh. Wu mengangkat bahunya lalu meneruskan makan. Elina segera bergerak ke bilik itu. Dia mengetuk pintu.
"Boleh saya masuk?" tanya Elina. Tiada sahutan. Elina mengeluh lalu memasuki bilik itu. Matanya menangkap kelibat Lee sedang duduk bersandar di dinding sambil menunduk. Keadaannya sama seperti semalam.
"Saya minta maaf pasal semalam. Saya betul-betul minta maaf," pinta Elina sambil berdiri di hadapan Lee. Jejaka itu membetulkan kaca matanya perlahan.
"Sudahlah," Lee berkata perlahan. Elina duduk dihadapan Lee sambil menghulurkan bento itu pada Lee. Lee mengangkat wajah dan memandangnya seolah bertanya apakah benda yang diberikan padanya itu. Elina tersenyum lalu membuka penutup bento itu.
"Sushi. Saya buat sendiri. Harap awak makan," ujar Elina sambil menghulurkan penyepit. Lee terdiam seketika. Elina menggigit bibir. Entah apa reaksi Lee. Adakah Lee tidak akan menerima pemberiannya. Masih marahkah dia?
Ah, dia berasa bersalah sekarang. Dia berharap agar Lee akan menyambut pemberiannya itu. Dia betul-betul ikhlas. Tentang apa yang dilihat dalam buku biru itu, dia sudah berjanji pada dirinya sendiri agar melupakan semua itu. Dia sudah mengganggu privasi Lee dan menyebabkan marah Lee kepadanya bertambah namun dia sudah betul-betul menyesal. Diharap agar Lee dapat memaafkan kesilapannya.
Elina terkejut apabila Lee menyambut penyepit dan mengambil bento itu dari tangannya. Elina memang betul-betul terkejut. Seketika dia terkaku apabila melihat Lee memakan sushi buatannya. Entah kenapa, dia seperti berada di awangan sekarang.
"Kenapa pandang aku?" tanya Lee. Elina tersentak. Dia bergerak dan duduk bersandar di dinding bersebelahan Lee. Entah mengapa, hari ini dia berani berbuat begitu. Mungkin kerana dia yakin Lee tiak akan menengkingnya hari ini. Dia juga tidak menyangka Lee betul-betul memakan sushi buatannya.
"Kau makanlah juga," ujar Lee. Elina betul-betul terkejut dengan kata-kata itu sehingga dia tidak menyedari tangannya bergerak sendiri mengambil sushi dalam bento itu. Saat sushi itu memasuki mulutnya, barulah Elina menyedari apa yang dibuatnya. Segera dia menutup mulut. Dia betul-betul tidak sukakan sushi!
"Tak sedap," ujar Elina spontan. Elina tersentak. Barulah dia sedar, dia sedang mengutuk hasil buatannya sendiri. Dia cepat-cepat menelan sushi itu. Merah padam mukanya dibuatnya. Lee hanya diam lalu memasukkan sepotong sushi lagi ke dalam mulutnya. Elina terdiam juga terdiam. Seketika, keadaan menjadi senyap sunyi.
"Kenapa awak benci saya? Sebab saya pecahkan guitar awak ke?" tanya Elina sambil memeluk lututnya. Pergerakan Lee tiba-tiba terhenti.
"Aku tak benci kau," jawab Lee lalu meneruskan suapannya. Elina tersentak. Lee tidak membencinya? Jadi kenapa Lee kelihatan tidak suka padanya. Elina terdiam seketika.
"Awak tahu tak, awak ni pelik," komen Elina spontan. Secepat kilat Elina menutup mulutnya. Dia sudah terlanjur berkata begitu tentu Lee marah. Habislah! Namun, Lee langsung tidak marah-marah dan hanya berdiam diri. Elina semakin pelik. Berkerut-berut wajahnya.
"Awak betul-betul pelik," sengaja Elina berkata begitu untuk mencetuskan kemarahan Lee tetapi tiada amarah yang keluar dari bibir itu. Malah, dia hanya berdiam diri sahaja. Elina berputus asa. Dia mengeluh perlahan.
"Kadang-kadang, kita harus luahkan masalah dan perasaan pada orang lain tau. Supaya hati kita lebih tenang. Awak pun perlu begitu. Kenapa pendam perasaan awak sedangkan awak ada teman untuk berkongsi masalah?" ujar Elina memberanikan diri. Pergerakan Lee segera terhenti.
"Aku tidak memendam apa-apa!" suara Lee kembali keras. Elina tersenyum kecil. Rupanya selama ini dia salah. Lee bukan dingin. Dia hanya pendiam dan sukar untuk meluahkan perasannya. Lee bukan membencinya. Lee hanya sukar untuk menyesuaikan diri dengannya. Ah, selama ini dia berfikir bukan-bukan sahaja.
"Yalah. Awak tak pendam apa-apa," ajuk Elina. Lee segera bangun dan berjalan ke arah pintu. Elina turut bangun.
"Tunggu. Sedap tak sushi yang saya buat?" tanya Elina. Lee terus berjalan ke pintu.
"Tak sedap," ujar Lee lalu terus hilang di balik pintu. Elina memandang ke arah bekas bento yang kosong. ‘Kalau tak sedap, mengapa habiskan?’ kata hati Elina nakal lalu terus tersenyum kecil.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
first baca, ok tapi apasal lambat sangat and pendek sangat