Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"MAMA, perkenalkan ini Faris.." Nazifa tunduk apabila selesai berkata-kata. Tiada langsung riak keceriaan di wajahnya ketika mengucapkan kata-kata tadi. Faris merenung Nazifa dengan rasa tidak puas hati. Sepatutnya gadis itu sudah bersetuju untuk berlakon mesra sebagai pasangan kekasih di hadapan keluarga Nazifa.
Datin Hazwani terkebil-kebil. Dia memandang Nazifa dengan rasa tidak percaya. Pelik kerana tiba-tiba sahaja Nazifa memperkenalkan Faris seolah-olah Faris itu adalah bakal suaminya.
"Mama dah kenal dia..kawan Ifa yang datang hari tu kan?" tanya Datin Hazwani lembut. Wanita tua itu cuba tersenyum pada Faris.
"Saya bakal suami Ifa.." jawab Faris dengan senyuman melebar dan tanpa segan silu. Nazifa agak tersentak lalu menjeling tajam Faris disebelahnya. Faris hanya tersenyum meleret ke arah gadis pujaannya itu.
"Betul ke, Ifa?" soal Datin Hazwani dengan wajah tidak percaya. Dia merenung dalam ke muka Nazifa yang jelas memancarkan sendu. Tentu ada sesuatu yang tidak kena ni!
"Iya, mama..dia bakal suami Ifa.." kata Nazifa sambil mengangguk lemah. Datin Hazwani tergamam. Dia memandang wajah Nazifa, silih berganti dengan wajah Faris. Dahinya berkerut-kerut kerana terkejut dengan kenyataan kedua insan di hadapannya itu.
"Sekejap, ya. Mak cik nak bercakap dengan Ifa berduaan sebentar.." Datin Hazwani menarik lengan Nazifa lalu dibawanya agak jauh dari Faris. Faris kelihatan selamba sahaja. Lelaki itu tampak begitu ceria dan senang hati sekali.
"Ifa..apa dah jadi? Betul dia tu bakal suami Ifa?" Datin Hazwani bertanya laju. Nazifa mengeluh kecil lalu mengangguk lagi. Tiada jawapan yang lahir dari bibir mungil gadis itu.
"Tapi kenapa? Saiful pulak macam mana?"
"Mama, kan Ifa dah mention yang Ifa dah tak ada apa-apa lagi dengan Saiful? Mama jangan risaulah..Faris tu okey aje.." Nazifa senyum kelat. Dia menggenggam jemari ibunya sepenuh kasih.
Maafkan Ifa, mama. Ifa terpaksa kahwin dengan dia..kalau tidak, tentu nama keluarga kita akan busuk. Reputasi papa akan terjejas..Ifa tak mahu sebab Ifa, keluarga kita jadi porak-peranda. Biarlah Ifa sahaja yang menanggung semuanya ini seorang diri..desis hati Nazifa dengan rasa sayu yang menggunung.
"Ifa serius? Tapi kenapa bukan Saiful, nak? Mama berkenan sangat pada si Saiful tu..baik budaknya. Sopan, hormat orang tua-tua dan baik hati.." Datin Hazwani cuba memujuk lagi.
Dia teringatkan panggilan telefon dari Saiful dua hari yang lepas. Lelaki itu kedengaran begitu kecewa sekali dengan perpisahan dia dan Nazifa. Sayu hati Datin Hazwani apabila mendengar segala luahan perasaan Saiful. Memang Datin Hazwani sudah menganggap Saiful sebagai anak kandungnya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai anak lelaki.
"Mama..kita orang dah tak ada jodoh. Ifa minta maaf sebab bukan Saiful yang jadi pilihan Ifa. Ifa tahu mama kecewa sebab mama mengharapkan Saiful yang menjadi menantu mama..tapi, mama percayakan Ifa, kan? Percayalah, Ifa akan bahagia bersama Faris.." Nazifa mencium jemari ibunya selepas habis berkata-kata.
Hatinya terasa sebak lalu setitis air jernih mulai gugur membasahi pipi mulusnya. Akan bahagiakah aku bersama lelaki itu? Ah, andai itu yang telah Engkau takdirkan, aku redha ya Allah..tabahkanlah hati hamba-Mu ini..
"Satu aje mama nak tanya..Ifa cintakan Faris?" soalan itu terpacul dari bibir Datin Hazwani. Nazifa terkedu. Kelu lidahnya untuk membalas pertanyaan ibunya itu. Nazifa telan air liur. Ibunya menyeka airmata Nazifa yang baru menitis tadi.
"Mama..memang betul Ifa cintakan dia..Ifa cintakan Faris.." balas Nazifa perlahan. Jelas sekali yang hatinya menidakkan pernyataan itu walaupun bibirnya baru sahaja mengungkapkannya. Ya, dia terpaksa berbohong! Andai seribu pembohongan terpaksa dilakukan demi kebaikan keluarganya, dia sanggup!
"Kalau Ifa dah cakap macam tu, mama tak boleh kata apa-apa lagilah..mama izinkan Ifa kahwin dengan dia..tapi, Ifa kena bawa dia berjumpa papa sekali, ya sayang?" Datin Hazwani tersenyum mesra sambil mengusap rambut ikal Nazifa yang panjang melepasi bahu.
"PAPA tak setuju!" Dato’ Adham berkata lantang. Dia naik berang apabila Nazifa menyatakan hasratnya untuk mengahwini Faris. Datin Hazwani yang berada di sebelah Dato’ Adham mengusap-usap lengan suaminya dengan harapan lelaki itu akan bertenang.
"Tapi kenapa, papa?" Nazifa bertanya dengan laju. Dia bimbang sekiranya perkahwinannya dengan Faris tidak direstui oleh bapanya itu. Dia risau Faris akan berbuat sesuatu yang tidak terduga yang bakal mengundang kacau-bilau di dalam keluarganya.
"Ifa masih muda! Bagaimana dengan cita-cita Ifa? You really think seriously about what are you saying to me just now?" soal Dato’ Adham sambil memegang dadanya yang terasa berombak kencang. Dia ingin cuba bertenang.
Dari tadi Nazifa seakan melawan apa jua yang dikatakan olehnya. Itulah yang membuatkan Dato’ Adham naik berang. Apa yang membuatkan dia bertambah marah ialah lelaki pilihan Nazifa itu bukanlah Saiful. Memang dia dan isterinya sudah mengharapkan Saiful yang menjadi menantu keluarga itu.
"Papa, Ifa betul-betul dah berfikir semasak-masaknya. Ifa sanggup lupakan cita-cita Ifa tu. Ifa nak kahwin. Lagipun, perkahwinan kan mulia dalam Islam? Salahkah jika Ifa dan Faris mahu kahwin?" desak Nazifa lagi. Kali ini airmatanya bercucuran.
Bukan kerana bapanya menentang perkahwinannya, tetapi adalah kerana terfikirkan kehidupannya selepas berkahwin dengan Faris nanti dan juga merasa sakit hati kerana terpaksa melawan kata kedua ibubapanya. Ah, biarlah. Biarkan aku yang menanggung semua ini. Baik dari keluargaku mendapat malu sekiranya Faris mendedahkan segala-galanya.
"Ifa sekarang ini sudah pandai melawan cakap papa, ya?!" bentak Dato’ Adham dengan nafas tertahan-tahan. Hatinya kecewa apabila Nazifa melawan cakapnya sampai begitu sekali. Pertama kali anak gadisnya itu berani melawan kata-katanya. Itupun kerana seorang lelaki! Entah apalah hebatnya lelaki itu agaknya sehinggakan Nazifa menjadi begini? Ah, jangan harap aku merestui perkahwinan ini!
"Papa..Ifa bukan melawan cakap papa. Tapi Ifa betul-betul nak kahwin. Papa, izinkan Ifa berkahwin dengan Faris, papa. Ifa merayu pada papa.." Nazifa menangis teresak-esak. Dia duduk di atas permaidani berhampiran bapanya lalu memaut kaki lelaki tua itu. Seluar Dato’ Adham dibasahi airmata Nazifa.
"Papa tak akan benarkan Ifa kahwin dengan lelaki tu! Muktamad! Ifa kena capai cita-cita Ifa..suatu hari nanti Ifa bakal ambil-alih syarikat papa..papa nakkan Ifa ada pengalaman bekerja! Kalau Ifa nak kahwin suatu hari nanti pun, papa nak kahwinkan Ifa dengan Saiful!" tegas Dato’ Adham. Dia tidak mahu memandang Nazifa yang sedang menangis. Risau hatinya akan menjadi lembut.
"Papa! Tolong jangan kaitkan Saiful dalam perkara ni! Ifa dah tak ada apa-apa lagi dengan dia. Papa, please..Ifa kena kahwin dengan Faris.." tangis Nazifa.
"Ifa tinggalkan Saiful sebab lelaki tu ke? Apa yang hebatnya dia? Apa kurangnya Saiful tu? Dulu Ifa juga kata yang Ifa terlalu sayang dan cinta pada Saiful. Tapi kenapa tiba-tiba sahaja Ifa sebut nak kahwin dengan lelaki lain pula? Ifa dah hilang akal?!"
"Papa! Jodoh kami dah tiada. Tolong jangan paksa Ifa. Ifa tak sanggup lagi nak menanggung semua bebanan ni..just bagi Ifa kahwin dengan Faris!" rayu Nazifa sepenuh hati. Sesekali dia menyandarkan kepalanya ke kaki Dato’ Adham. Dia menangis di situ semahu-mahunya.
"Kalau Ifa nak sangat kahwin dengan dia, papa haramkan Ifa jejak kaki lagi kat rumah ni!! Ifa boleh berambus dengan lelaki tu! Jangan balik ke sini lagi!" bentak Dato’ Adham. Nazifa tergamam, begitu juga Datin Hazwani yang turut tergamam mendengar bait perkataan suaminya. Nasib baiklah Nazira tiada di rumah ketika itu.
"Astaghfirullahal’azimm, bang! Mengucap, bang..kenapa cakap begitu pada anak kita?" Datin Hazwani mula mencelah. Dia mengusap-usap belakang suaminya sambil beristighfar panjang. Matanya mula digenangi air.
"Wani diam! Abang tengah bercakap dengan Ifa!" muka Dato’ Adham merah menyala. Gerun juga Datin Hazwani melihatnya. Dato’ Adham bukannya apa, dia cuma ingin mengugut Nazifa supaya anak gadisnya itu membatalkan niat untuk mengahwini Faris. Dia tahu, Nazifa tentu mendengar katanya kali ini. Bukanlah terlintas langsung dihatinya ketika menyebut perkataan seperti tadi pada Nazifa.
"Papa, jika itu yang papa nak. Ifa turuti..Ifa akan pergi selepas Ifa sudah selamat diijab kabulkan..papa, Ifa minta maaf jika selama ni Ifa banyak buat kesalahan pada papa. Ampunkan Ifa dan halalkan makan minum Ifa selama ni..mama..Ifa mintak ampun dan maaf.." ujar Nazifa lemah. Airmatanya masih menitis satu-persatu. Wajahnya kuyup dengan airmata.
Dato’ Adham terkedu dengan pernyataan Nazifa itu. Kelu lidahnya untuk berbicara. Tidak terduga olehnya yang Nazifa sanggup berkata begitu.
"Astaghfirullahal’azimm..bang! Tarik balik kata-kata abang tadi! Ifa, mama tak mahu Ifa pergi..mama sayangkan Ifa! Nanti mama nak borak dengan siapa? Ifa anak mama yang baik..mama tak nak Ifa jauh dari mama..dah cukuplah mama terseksa sebab Ifa duduk di hostel dulu..sekarang Ifa dah balik. Lepas tu, Ifa nak tinggalkan mama lagi? Mama tak boleh hidup tanpa anak-anak mama.." kali ini giliran Datin Hazwani pula yang mengalirkan airmata. Dia terus memeluk Nazifa kemas-kemas. Kedua beranak itu menangis teresak-esak.
"Mama, halalkan makan minum Ifa. Halalkan air susu yang mama berikan pada Ifa semasa Ifa kecil. Ifa pun sayangkan mama dan papa. Terlalu sayang. Tapi Ifa terpaksa ikut Faris, mama..andai itu yang papa mahukan, Ifa akan pergi dari sini..ampunkan dosa-dosa Ifa pada mama dan papa.." Nazifa terus menangis.
Dia mencium tangan mamanya apabila wanita itu melonggarkan pelukan. Nazifa memandang pula bapanya dengan wajah yang sembab. Dato’ Adham masih terdiam tanpa apa-apa reaksi. Kaku sahaja di hadapan anak dan isterinya.
"Papa..Ifa minta ampun dan maaf.." Nazifa bangun. Dia ingin mencapai tangan bapanya namun Dato’ Adham segera melarikan tangannya dengan spontan. Entah apalah yang membuatkan dia jadi begitu. Sanggup dia berbuat begitu pada anak gadisnya sendiri. Egonya begitu kuat. Tidak mahu goyah walau selaut airmata yang Nazifa sedang tangisi sekarang.
"Ifa tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Ifa tidak mintak semuanya berakhir begini. Ifa harap papa maafkan Ifa..Ifa minta restu papa..doakan Ifa bahagia.." kata Nazifa dengan suara yang bergetar. Badannya terhenjut-henjut kerana menangis.
"Ifa! Mama tak sanggup lepaskan Ifa pergi..Ifa, sayang mama..anak mama yang tersayang..mama tak nak Ifa jauh dari mama. Tolonglah jangan dengar kata papa Ifa tu..dia tak bermaksud pun nak kata macam tu, nak! Mama sayangkan Ifa!" begitu juga pujuk rayu yang diucapkan oleh Datin Hazwani berkali-kali supaya hati Nazifa cair.
"Mama, papa..Ifa naik atas dulu. Bila Ifa dah selamat bergelar isteri Faris nanti, Ifa akan pergi dari rumah ini..maafkan Ifa dari hujung rambut ke hujung kaki.." getus Nazifa dalam tangisan yang berlagu. Dia berlalu naik ke biliknya selepas itu dengan perasaan yang berbaur. Kecewa dan patah hati bergabung menjadi satu.
Sayu mencengkam jiwa Dato\' Adham ketika melihat tubuh anak gadisnya yang kian hilang dari pandangan. Tidak disangkanya, anaknya itu mengambil serius kata-katanya. Dan yang paling tidak terduga oleh benaknya, Nazifa sanggup mengutamakan lelaki itu lebih dari keluarganya sendiri. Sudahnya, Dato\' Adham merasa kecewa dan pilu sendirian..
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
sedihnye....