Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
FARIS menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Ketika itu ibunya tiada di rumah, jadi bolehlah dia melepaskan geram sepuas-puas hatinya. Dia menuju ke meja berdekatan sofa lalu menumbuk meja tersebut dengan sekuat hati. Rengusan demi rengusan kedengaran kuat dari mulutnya. Dadanya berombak kencang.
"Ifa!!" jeritnya dengan penuh perasaan hampa dan dendam yang menggunung. Teringat lagi bagaimana cintanya ditolak mentah-mentah oleh gadis yang dicintainya itu. Hatinya bagai terpanggil untuk mempercepatkan rancangannya ke atas Nazifa.
Tangan Faris pantas mencapai telefon bimbit yang berada di dalam kocek seluarnya. Nombor telefon Mat didail laju dan tanpa sabar.
"Hello, Mat!" ucap Faris sebaik sahaja terdengar suara Mat di hujung talian.
"Ya, bos? Ada apa yang boleh saya tolong?" getus Mat malas namun nada suaranya cuba dikawal. Bimbang Faris dapat menghidu bahawa dia kini sedang berseronok di pub. Dia sempat berlari keluar tadi apabila menyedari telefon bimbitnya berbunyi.
"Kau kat mana?!" tanya Faris dengan kasar. Dia merengus sesekali apabila Mat masih terdiam.
"Ada di luar.." jawab Mat dengan rasa cuak.
"Luar tu di mana??"
"Err..adalah bos..kenapa call saya malam-malam macam ni? Macam ada hal penting aje bos?"
"Memanglah hal penting! Kau ingat aku sengaja nak bazirkan masa dan tenaga aku nak bergayut telefon dengan kau?" Faris merengus kecil.
"Oh! Sorry, bos! Hal apa bos?" kini Mat sudah terasa gementar dan seram sejuk apabila nada suara Faris berubah tegang.
"Aku nak jalankan rancangan kita sekarang jugak!" Faris menumbuk meja dengan kuat selepas habis berkata-kata. Mat tersentak apabila terdengar bunyi tumbukan kuat itu.
"Sekarang?? Pukul 12 tengah malam?" Mat terkebil-kebil. Beberapa kali juga dia mengerling jam tangannya dengan rasa tidak percaya.
"Iyalah! Kau ingat aku main-main ke?!" bentak Faris.
"Tapi bos..takkanlah malam-malam buta macam ni?" soal Mat lagi.
"Aku nak kau datang sekarang ni..aku tak kira!!"
"Bos, sabarlah bos..esok-esok pun boleh kan?" Mat cuba memujuk. Dia tidak mahu masa berseronoknya tamat begitu sahaja. Bukannya selalu dia dapat bersuka-ria begini.
"Kau yang terima arahan atau aku yang kena terima arahan dari kau?!" jerkah Faris. Kecut perut Mat dibuatnya. Hampir menggigil tubuh Mat ketika itu.
"Bo..bo..bos yang bagi arahan..saya yang terima arahan.." dalam nada yang gagap, Mat menjawab. Faris menggetap gigi kerana geram. Sudahlah hatinya sedang sakit kerana Nazifa, kini orang suruhannya pula yang buat hal. Sudah pandai pula berdolak-dalik dengannya.
"Pandai pun kau?"
"Sorry, bos..bila nak datang? Sekarang??" Mat masih tidak percaya. Gila betullah si Faris ni agaknya? Sampai tak tengok pukul berapa sekarang ni..hati Mat berkata-kata sendirian.
"Sekaranglah, bodoh! Bangang! Tolong jangan buat aku belasah kau boleh, tak?!! Aku nak bunuh kau pun boleh, tau?" gertak Faris. Mat tersentak lagi. Menggigil tubuhnya kerana ketakutan.
"Ba..baiklah, bos! Saya datang sekarang..bos kat mana?"
"Itupun kau nak tanya lagi, ke? Kau nak aku cakap berkali-kali baru kau nak faham? Tempat biasalah, bodoh!!" jerit Faris.
"Baik..saya datang sekarang jugak!!" Mat terus mematikan talian. Tergesa-gesa dia berlalu pergi dengan rasa tidak puas hati. Habis masa berseronoknya tamat begitu sahaja!
NAZIFA berjalan seorang dirinya ketika itu tanpa arah tujuan. Dia masih teringatkan kata-kata Faris petang tadi. Selepas berjumpa dengan Faris, dia tidak terus pulang ke rumah. Entah mengapa hatinya bercelaru, kepalanya berserabut dengan bermacam masalah. Dia berjalan menyusuri tepian jalan berhampiran kawasan perumahannya.
"You dengar sini Ifa! I tegaskan kat sini yang I takkan lepaskan you! You larilah mana pun..I kejar! You milik I! I takkan benarkan you dimiliki oleh lelaki lain! Faham?!" kata-kata Faris terus terngiang-ngiang di benaknya. Mengganggu perasaan hatinya yang sedia berkecamuk. Sebak tiba-tiba datang lagi. Mengapa lelaki ini harus muncul dalam hidup aku? tangis hati Nazifa.
Nazifa terus berjalan dan berjalan. Jika dilihat dirinya ketika ini memang bagai mayat hidup yang sedang bergerak-gerak. Dengan mata yang sembab, baju t-shirt dan rambut yang agak berserabut. Tiba-tiba..
Pingggggggggggg!!! Bunyi hon yang kuat menyentakkan Nazifa dari lamunannya yang panjang. Nazifa tergamam seketika. Dia terdorong ke tepi jalan lalu menoleh pantas ke arah kereta yang berhenti betul-betul di sebelahnya. Dia terasa tubuhnya bergetar kerana terlalu terkejut.
"Cik..cik tak apa-apa ke?" soal seorang lelaki yang tiba-tiba meluru ke arah Nazifa. Nazifa masih diam dan kelihatan masih terkejut.
"Eh, Cik Nazifa?" lelaki itu bersuara setelah lama mengamati wajah Nazifa. Baru dia teringatkan gadis itu yang baru dikenalinya petang tadi.
Nazifa mendongak lalu memandang lelaki di hadapannya. Dia mengerukan dahi dengan wajah hairan. Dia masih cuba untuk mengingati lelaki itu.
"Cik tak ingat ke? Kat taman tadi?" lelaki itu tersenyum manis. Lesung pipit di sebelah kiri pipinya terukir, memancarkan lagi ketampanan wajah lelaki itu.
"Maaf, encik. Saya tak berapa ingatlah!" Nazifa cuba menjauhkan diri. Bimbang lelaki itu adalah seorang yang mungkin berniat jahat ke atas dirinya. Memang dia sudah serik dengan lelaki jahat seperti Faris. Cukuplah seorang sahaja yang menyeksa dirinya begini. Itupun sudah cukup untuk memporak-perandakan kehidupannya.
"Saya Khairy..cik ingat lagi?" Khairy cuba memperkenalkan namanya dengan harapan Nazifa mengingati dirinya. Nazifa kelihatan tergeleng-geleng. Sungguh mindanya tidak mampu untuk berfikir lagi. Penat benar kepala otaknya sejak kebelakangan ini kerana memikirkan nasib dirinya.
"Maaf! Saya tak kenal awak!" Nazifa terus berlari dari situ sebaik sahaja Khairy selesai berkata-kata. Khairy kelihatan terkebil-kebil. Dia memandang pelik langkah Nazifa yang sedang berlari-lari anak meninggalkan dirinya.
Nazifa tercungap-cungap di pinggir jalan setelah agak lama berlari. Dia memandang tanah sambil mengeluh panjang. Takut benar dia tadi. Mungkin itu salah seorang lagi lelaki yang ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya. Begitulah bagaimana yang difikirkan oleh hati dan mindanya.
Dia meneruskan lagi perjalanannya setelah melepaskan lelah. Tidak habis-habis dia menoleh ke kiri dan kanannya serta arah belakang. Dia bimbang lelaki tadi mengejarnya. Trauma yang di hadapi olehnya masih menghantui minda. Nazifa memandang lemah kelibat rumahnya yang sudah semakin hampir dengan dirinya. Kakinya dihayun lagi.
Dengan tiba-tiba, sebuah kereta memecut laju dan berhenti betul-betul di sebelah Nazifa. Nazifa tersentak buat kali kedua dan menoleh. Seorang lelaki kelihatan keluar dari kereta berkenaan lalu memaut lengan Nazifa dengan kasar.
"Apa ni?! Lepaskan aku!!" jerit Nazifa sambil meronta-ronta. Dia ingin menjerit lagi untuk meminta tolong namun mulutnya segera ditekup oleh tapak tangan lelaki misteri itu. Nazifa cuba mengamati wajah lelaki itu namun dia gagal untuk mengenali wajah asing itu. Lagi pula, suasana agak samar dengan kegelapan malam.
"Kau diam!" gertak lelaki itu sambil merentap rambut Nazifa sehingga terdongak kepalanya. Airmata kelihatan merembes keluar dari kelopak mata Nazifa yang mula berair. Dugaan apa lagikah yang ingin Kau turunkan pada hamba-Mu ini, ya Allah? Aku bermohon pada-Mu, selamatkanlah diriku dari niat jahat orang..doa Nazifa di dalam hati.
"Ikut aku!" lelaki itu menarik lengan Nazifa sambil tangannya terus menekup mulut gadis itu. Nazifa masih kaku, tidak mahu bergerak. Dia ingin melawan semampu yang mungkin.
"Kau jangan buat aku naik angin?!!" lelaki itu terus menarik kuat lengan Nazifa. Dia menyeret tubuh kecil Nazifa lalu disumbatkan ke dalam kereta.
Mata Nazifa terbeliak apabila tubuhnya sudah memasuki kereta berkenaan. Dia memandang wajah Faris yang sedang tersenyum sinis. Lelaki itu memandang dirinya di tempat duduk belakang iaitu tempat dia berada sekarang.
"Kau lagi?!!! Kau tak puas lagi nak menyusahkan hidup aku??" jerkah Nazifa. Kereta itu terus dipandu laju oleh lelaki yang menyeret Nazifa tadi.
"Sayang..kita kahwin, ya?" Faris tersengih. Sinis sekali. Jemarinya diletakkan ke dagu Nazifa. Dia membelai-belai pula pipi gadis itu semahu-mahunya. Nazifa segera menepis tangan Faris apabila tersedar yang Faris sedang menyentuhnya.
"Kau ingat aku nak sangat kahwin dengan lelaki dayus macam kau ni?! Tuihh!!" Nazifa meludah ke muka Faris. Lelaki itu tergamam seketika lalu senyuman diukir lagi. Dia mengesat air liur yang melekat di mukanya. Dengan tiba-tiba pula Faris ketawa dengan begitu kuat sekali.
"Jantan tak guna!! Kau gelak apa???" jerit Nazifa dengan kasar. Dia bagaikan orang hilang akal ketika itu. Airmatanya mengalir kerana terlalu takut dan sakit hati.
"I nak kahwin dengan you.."
"Kau ingat aku nak setuju kahwin dengan kau?!"
"You akan setuju jugak..kalau I tunjukkan sesuatu pada you.."
"Hoi jantan! Muslihat apa lagi kau nak jalankan, ha?!" bentak Nazifa sehingga tertahan-tahan nafasnya. Rasa geram dan sakit hati menguasai dirinya.
"Kalau you nak sangat reputasi papa you merosot, nama keluarga you busuk..you try laa melawan cakap I?!" Faris memegang muka Nazifa. Walaupun gadis itu cuba meronta-ronta, rontaan itu tidak berjaya melonggarkan pegangan kemas itu.
"Kau nak buat apa??!"
"You tak ingat ke? Malam pertama kita tu, sayang? I happy sangat sebab I dapat miliki you malam tu..ada gambar ni..you nak tengok tak?" Faris mengeluarkan satu sampul berwarna coklat. Dia menyuakan pada Nazifa lalu gadis itu menepis kuat sampul yang dihulurkan oleh Faris.
"Kau memang jantan yang tak berguna! Sial laa kau! Pergi matilah jantan dayus macam kau ni!" Nazifa menangis semahu-mahunya. Tubuhnya terhenjut-henjut menahan esakan yang menjadi-jadi.
"Kan I dah tegaskan sebelum ni? You milik I, Ifa! Forever mine! You takkan terlepas dari tangan I.." Faris tertawa puas. Memang hatinya puas ketika ini. Biarlah walau beribu kali dia terpaksa melakukan perkara sebegini pada Nazifa asalkan hatinya puas. Nazifa kelihatan menangis teresak-esak. Lemah sahaja keadaannya ketika itu. Pipinya dibasahi air jernih yang tidak henti-henti keluar dari tubir matanya.
Mengapa semuanya terlalu sempurna bagi lelaki jahanam itu menjatuhkan aku? Mengapa aku harus menanggung penderitaan sebegini berat, ya Allah..Engkau tabahkanlah hatiku ini..aminn..
nt u wat faris brubah k... cian kat nazifa... huhu..jaat tull faris tu... konon2 nt u wat r faris jelez ngn khairy... mst lg bez... ney cter y plg..plg..plg..sy sukaaaaaa.... x sbr nk tggu smbungan...
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
faris jht la...
kalo cinta sgt kt ifa 2 bt la cr elok...
grm btl...