Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
NAZIFA membelek-belek majalah di hadapannya tanpa sebarang minat. Fikirannya melayang entah ke mana. Otaknya bagai berselirat dengan pelbagai fikiran yang bukan-bukan. Bagaimana jika aku mengandung? Ahh, mengapa ini harus terjadi pada diriku, ya Allah? Rintih Nazifa sendirian. Airmatanya mengalir lagi. Entah untuk kali yang ke berapa.
Tentu inilah ujian paling berat yang Allah turunkan padaku untuk menguji sama ada aku bersabar atau tidak. Ya Allah, Kau kuatkanlah hatiku dalam menempuhi dugaan ini. Doa Nazifa lagi, juga entah untuk kali yang ke berapa. Setiap masa dan ketika dia akan berdoa pada Allah supaya diberikan hati yang bersabar. Nazifa tunduk. Airmatanya menitis setitis demi setitis ke atas lantai.
Insan manalah yang tidak sedih jika sesuatu seperti ini menimpa dirinya. Manusia manalah yang tidak akan berduka sekiranya impian yang dibina hancur punah dalam sekelip mata tanpa disangka-sangka. Ya, semuanya berlaku dengan begitu pantas dan tidak terduga.
Tiba-tiba sahaja wajah Faris yang sedang ketawa sinis menerjah ke kotak fikirannya. Nazifa menggetap giginya. Geram dan sakit hati berbaur menjadi suatu perasaan benci yang meluap-luap.
Ya, aku bencikan jantan tu! Aku bencikan dia kerana telah hancurkan hidup aku! Mata Nazifa yang bergenang dengan air jernih kelihatan terbelalak ketika membayangkan wajah Faris. Sungguh dia tidak dapat mengawal perasaan marahnya jika muka paling dibencinya itu hadir dalam mindanya.
Nazifa menutup majalah yang dipegangnya sedari tadi apabila Nazira melangkah masuk ke bilik. Dia mengelap wajahnya yang kuyup dengan airmata. Tidak mahu adiknya tahu tentang perasaan laranya. Biarlah semuanya menjadi rahsia ketika ini. Ya, dia memang hebat dalam hal menyembunyikan masalahnya sejak dari kecil lagi.
Jika ada masalah, dia akan cuba selesaikan sendiri. Tidak mahu bergantung pada orang lain dan tidak mahu orang lain merisaukan dirinya. Selagi mampu, biarlah masalah ini ditanggung oleh dia sepenuhnya. Lagipun, tegakah dia memberitahu perkara sebegini pada kedua orang tuanya? Entah bagaimana penerimaan keluarganya nanti.
Nazifa sudah berfikir masak-masak. Biarlah keluarganya tidak tahu mengenai hal ini. Jika didapati yang dia hamil, dia akan membuat alasan ingin menyambung pelajarannya ke luar negara dan melahirkan anaknya di sana. Sungguh dia tidak mahu mengecewakan hati keluarga tersayang. Biarlah dia sahaja yang menanggung kedukaan ini.
"Akak..buat apa tu?" soal Nazira apabila dilihatnya Nazifa seperti sedang mengelamun. Nazifa tersentak dan cuba tersenyum ke arah adiknya. Nazira datang lalu duduk bersebelahan dengannya.
"Baca majalah la..tak nampak ke akak tengah pegang majalah ni?" Nazifa cuba berseloroh. Dia tersenyum kecil.
"Baca majalah ke, teringat kat buah hati?" Nazira cuba memancing kakaknya. Tentu termenung mengingatkan Saiful tadi! Alih-alih cakap baca majalah pula..detik hati Nazira sendirian. Niatnya ingin mengusik kakaknya.
"Pandailah Ira ni! Akak mana ada buah hati.."
"Habis tu abang Saiful tu bukan buah hati akak ke?" Nazira tersengih. Nazifa tergamam apabila mendengar nama Saiful. Ya, nyata cintanya masih utuh buat lelaki itu. Rindunya begitu merajai hati. Agaknya bagaimanalah hidup lelaki itu sekarang? Adakah bahagia atau sebaliknya? Ahh, tentu hidupnya terseksa sebagaimana hidupku yang terseksa sekarang.
Aku bersalah pada dia..tetapi aku juga tidak mampu lagi untuk memberikan cinta pada dia. Cinta yang hanyalah pada kata-kata..padahal hatiku sudah terlalu kecewa dan patah hati untuk memberikan cinta pada sesiapa jua selepas ini. Siapalah yang mahukan gadis yang tidak suci lagi seperti aku ni? Nazifa berkata-kata sendirian dalam hatinya. Sebak bertandang lagi.
"Akak menangis ke? Akak ada masalah?" Nazira cuba mencari wajah Nazifa yang cuba disembunyikan. Nazifa tidak mahu adiknya nampak dirinya yang menahan sebak. Tentu akan menimbulkan tanda tanya adiknya itu.
"Tak adalah! Mana ada?" Nazifa tersenyum selepas itu. Jelas senyuman yang penuh kepura-puraan.
"Habis tu kenapa muka akak macam tu? Sembab aje..baru Ira perasan!" Nazira meraba-raba wajah kakaknya penuh teliti. Dia memegang pipi Nazifa dengan sepenuh kasih. Ya, dia tidak sanggup melihat kakaknya itu menderita sejak dulu lagi.
Begitu juga kakaknya, tidak akan sesekali membiarkan dirinya sendirian dalam apa jua keadaan. Pahit manis mereka tempuhi bersama. Cuma, kakaknya itu agak perahsia orangnya. Jadi, tidak banyak perkara yang dia tahu mengenai Nazifa.
"Akak tak apa-apalah. Betul!" Nazifa cuba mengukir senyuman buat adiknya. Tidak mahu Nazira menyangka yang bukan-bukan lagi.
"Akak ada masalah dengan abang Saiful? Bergaduh dengan dia, ya?" teka Nazira. Tetap mahu mengetahui punca kakaknya bermuram durja begitu.
"Ira..tolonglah jangan sebut lagi pasal Saiful, okey? Akak dah tak ada apa-apa lagi dengan dia..akak dah putus dengan dia hari tu.." Nazifa mengeluh setelah habis berkata-kata. Nazira terlopong dengan wajah tidak percaya.
Setahunya, Saiful dan kakaknya begitu mencintai antara satu sama lain. Sudah banyak kali jugalah Saiful bertandang ke rumah mereka. Kadang-kadang makan malam bersama, kadang-kadang pula saja datang melawat.
Nazira sendiri pun sudah menganggap Saiful sebagai abang sendiri dan berharap supaya Saiful dan kakaknya akan bersatu selepas tamat belajar. Tetapi sekarang, bagaikan tidak percaya yang kakaknya baru sahaja memberitahu bahawa mereka sudah tidak bersama lagi.
"Tapi kenapa, kak?" soal Nazira ingin tahu. Sungguh dia tidak mudah untuk percaya kata-kata kakaknya.
"Anggaplah yang kita orang dah tak ada jodoh.." begitulah kata-kata Nazifa untuk menutup perbincangan mereka. Nazira terkebil-kebil, dahinya berkerut-kerut. Entah mengapa rasa simpati menerjah ke sabubarinya tatkala melihat wajah sendu Nazifa.
FARIS melangkah penuh bergaya. Dia menunduk menatap wajahnya di cermin sisi kereta. Cermin mata gelapnya dibetul-betulkan sebentar di hadapan cermin sisi keretanya itu. Ingin memastikan dirinya segak dan kemas. Ah! Tak payah tengok pun tak apa..aku memang dah handsome! Faris memuji dirinya sendiri didalam hati. Senyuman mekar dibibirnya.
"Assalamualaikum!" Faris memberikan salam. Tiada sahutan. Dia mengulangi memberi salam beberapa kali sambil menekan loceng yang terletak ditepi pagar rumah berkenaan.
"Waalaikumussalam! Sekejap, ya?!" laung seseorang dari dalam rumah itu. Kelihatan seorang wanita tua berjalan keluar dari perut rumah. Faris tersenyum kecil menantikan wanita tua itu datang.
"Ya? Nak cari siapa?" soal Datin Hazwani pelik melihatkan lelaki yang tidak langsung dikenalinya itu. Tersengih-sengih semacam aje lelaki ni. Macam ada sesuatu yang dirancangkan dalam mindanya! Datin Hazwani berteka-teki sendiri. Memang dia mudah bersyak wasangka buruk pada orang yang kelihatan mencurigakan.
"Saya nak cari Nazifa! Dia ada ke, mak cik?" Faris cuba berperangai sopan. Tidak mahu wanita itu tahu perangai sebenarnya.
"Ifa? Dia ada..kamu ni siapa, ya?"
"Saya kawan satu universiti dengan dia..cakap aje nama Faris. Dia kenal la nanti, mak cik.." ujar Faris dengan senyuman pura-puranya. Cis! Banyak tanya pula orang tua ni! Detik Faris dalam hati.
"Hmm..sekejap mak cik panggilkan dia, ya?" Datin Hazwani terus berlalu tanpa mempelawa Faris masuk. Dia masih tidak mempercayai Faris sepenuhnya. Biarlah dia mendapatkan kepastian dari Nazifa dahulu.
Faris angguk perlahan. Dalam hatinya, rasa geram semakin mencengkam jiwa. Tidak disangkanya, ibu Nazifa ini begitu berhati-hati. Aku dah berlakon sikit punya bagus sebagai orang baik-baik. Langsung dia tidak pedulikan aku?
Datin Hazwani berjalan menuju ke taman belakang rumah mereka. Seingatnya, Nazifa berada di situ tadi. Perlahan-lahan dia menghampiri tubuh Nazifa yang sedang kaku di kerusi. Anak gadisnya itu seperti sedang termenung.
Risau benar Datin Hazwani melihat perubahan ketara pada Nazifa itu. Anaknya itu selalu termenung sejak kebelakangan ini. Bagai ada suatu masalah berat yang sedang disembunyikan dari pengetahuan keluarga. Apabila ditanya, gadis itu tidak mahu menjawab apa-apa. Cuma diam seribu bahasa.
"Ifa sayang.." panggil Datin Hazwani lembut. Dia tersenyum apabila Nazifa menoleh memandangnya.
"Ye, ma.." balas Nazifa pendek.
"Ifa buat apa kat sini? Mama tengok macam termenung panjang aje?"
"Ifa saje ambil angin kat luar ni..bosan juga duduk dalam rumah tu sebab tak ada benda yang boleh buat.." jawab Nazifa sambil mengukir senyum kelat.
"Itulah Ifa ni..ada kerja, semuanya Ifa yang buat. Sampai dah tak ada kerja lagi dah. Lepas tu duduk termenung kat luar ni.." Datin Hazwani cuba berseloroh dengan harapan Nazifa terhibur.
"Ala, ma..kerja tu bukannya banyak pun. Setakat tolong mama masak dengan kemas rumah aje..Ifa saje nak tolong mama. Ifa tau mama penat. Kan ada aktiviti persatuan mama lagi petang nanti.." Nazifa senyum lagi. Datin Hazwani juga tersenyum. Bangga mempunyai anak yang prihatin seperti Nazifa.
"Haa..lupa mama nak bagitau Ifa.." Datin Hazwani tiba-tiba teringatkan Faris yang sedang menunggu di luar pagar. Dahi Nazifa berkerut-kerut.
"Apa dia, ma?" soal Nazifa lembut.
"Ada kawan Ifa nak jumpa.."
"Siapa? Lelaki ke perempuan?"
"Lelaki.." balas Datin Hazwani sambil tersenyum.
"Saiful?!" nama itu juga yang terkeluar dari bibir Nazifa.
"Tak lah! Nama dia Faris!" ujar Datin Hazwani dengan tenang. Dia tahu mengenai kisah Nazifa yang sudah putus hubungan dengan Saiful. Dia ingin juga tahu kenapa tetapi dia tidak mahu terlalu memaksa Nazifa. Mungkin perkara itu mempunyai sebabnya yang tersendiri.
Nazifa tergamam apabila mendengar ibunya menyebut nama lelaki yang dibencinya itu. Sampai ke rumah dia mencari aku? Apa lagi yang dia nak agaknya?! Jerit Nazifa di dalam hati. Mata Nazifa bertukar sinar ketakutan. Bimbang juga di hatinya jika Faris melakukan sesuatu yang tidak terduga. Lelaki itu bukan boleh percaya sangat!
"Ifa okey?" soal Datin Hazwani pelik apabila melihat air muka Nazifa yang berubah. Dia sudah menjangkakan sesuatu yang tidak baik.
"Mama..Ifa okey..mana dia?" kata Nazifa laju. Dia tidak mahu ibunya tahu mengenai Faris. Biarlah dia sendiri yang memberi amaran terakhir kepada lelaki itu supaya tidak mengganggu hidupnya lagi.
"Kat luar lagi, nak...mama tak benarkan dia masuk lagi tadi. Muka dia tu macam tak boleh percaya aje..rupanya betul dia kawan Ifa.."
"Ifa pergi jumpa dia sekejap, ya mama?" Nazifa meminta diri. Datin Hazwani angguk sambil tersenyum.
"KAU nak apa lagi?" soal Nazifa kasar. Dia mengikut Faris ke taman permainan kanak-kanak yang berada berhampiran rumahnya. Nazifa tidak mahu ibunya menyaksikan adegan yang bukan-bukan.
Dibuatnya Faris itu berbuat sesuatu yang tak terjangka, tentu ibunya tahu segala-galanya. Kalau di taman ini, tentu Faris tidak akan berani memperapa-apakan dia kerana ramai orang yang sedang beristirehat di situ.
"I want you.." selamba Faris berkata. Cermin mata gelapnya ditolak naik dan diselitkan ke rambutnya. Sungguh kacak dan bergaya sekali namun sedikit pun perasaan Nazifa tidak terusik dengan kekacakan lelaki itu.
"Why? Kenapa kau tak habis-habis nak kacau aku? Aku tak suka kau laa..aku benci kau! Kau faham bahasa tak? Aku benci kau!" marah Nazifa. Nafasnya turun naik kerana menahan sakit hati.
"But I love you.." ucap Faris tanpa segan silu. Dia sudah nekad ingin meluahkan perasaannya dan ingin melamar Nazifa dengan cara baik. Jika gadis itu tetap tidak mahu melayannya, dia sudah ada agendanya yang tersendiri bersama Mat.
"Love? What do you know about love? Kalau kau tahu apa itu cinta, kau tak akan paksa aku! Kau takkan buat apa yang aku tak suka!" ejek Nazifa dengan senyum sinis.
"You nak I buat apa untuk you terima I?" soal Faris. Tak sangka kata-kata itu lahir dari ketulusan hatinya sendiri. Sejahat-jahat dia, tetap terdapat sedikit sifat kebaikan dalam dirinya.
"Kau tak payah buat apa-apa. Aku takkan terima kau seumur hidup aku..lepaskan aku, boleh tak? Aku nak teruskan hidup aku yang kau dah hancurkan.." serta-merta Nazifa terduduk. Dia sebak kembali mengenangkan nasib dirinya yang begitu malang kerana bertemu insan bernama Faris.
"Tapi, I nak bertanggungjawab! I cintakan you, Ifa! I nak kahwin dengan you. I akan cuba buatkan you cintakan I..selama ini segala perbuatan I adalah sebab I nak miliki you!" pujuk Faris lagi.
"Bukan begitu caranya kau nak miliki cinta seseorang. Hmm..kau nak aku cintakan kau? Aku rasa aku memang sudah tidak layak lagi untuk bercinta. Apatah lagi dengan kau, orang yang paling aku benci seumur hidup aku! Pergilah, Faris! Nyah dari hidup aku..aku bahagia tanpa kau..cinta tak boleh dipaksa-paksa..kau lepaskan aku..tolonglah.." rayu Nazifa sambil mengalirkan airmata. Tidak dipedulikan mata-mata yang memandang pelik ke arah mereka berdua.
Faris menggetap gigi. Bibirnya digigit menahan perasaan hampa dalam dirinya. Tidak disangkanya, Nazifa begitu keras hati. Benarkah dia begitu bencikan aku? Aku cuma ingin memiliki dia! Kenapa dia tidak mahu faham perasaan aku yang jadi gila kerana dia seorang?! Bentak Faris dalam hatinya.
"You dah fikir masak-masak? I betul-betul nak bertanggungjawab. Ifa..please listen to my heart.." Faris mencuba lagi. Tulus dari hatinya.
"Hati? Kau ada hati dan perasaan ke? Kau dah ragut segala kebahagiaan aku, kau musnahkan impian hidup aku..lepas tu kau nak berpura-pura baik pulak? Nak bertanggungjawab konon! Hei, kau ingat aku nak percaya cakap kau? Entah apa lagi yang kau rancangkan dalam kepala otak kau tu agaknya!!" bentak Nazifa keras. Hatinya membengkak. Dia memandang Faris penuh kebencian. Aku benci kau selama-lamanya, Faris!! Jahanamlah kau! Persetanlah kau! Nazifa menyumpah seranah Faris di dalam hatinya.
Faris tergamam. Sakit hatinya ditolak berkali-kali oleh Nazifa. Jiwanya diselubungi rasa kecewa, marah dan sakit hati. Walau bagaimana pun Nazifa menolaknya, dia akan pastikan gadis itu menjadi miliknya juga.
Terpaksalah dia bermain cara kotor lagi kali ini memandangkan pujuk rayunya tidak berkesan! Jika cara baik tidak berkesan, aku akan buat cara paksaan! Aku akan paksa supaya dia cintakan aku! Berani kau cabar aku, ya Ifa?! Bentak Faris di dalam hatinya.
"You dengar sini Ifa! I tegaskan kat sini yang I takkan lepaskan you! You larilah mana pun..I kejar! You milik I! I takkan benarkan you dimiliki oleh lelaki lain! Faham?!" Faris memberi amaran sambil jari telunjuknya memanah tepat ke wajah Nazifa yang terduduk di atas tanah sedari tadi.
Nazifa sebak lagi. Tersedu-sedan dia disitu kerana menangis. Kenapa nasib aku begitu malang, ya Allah? Kenapa lelaki ini langsung tidak mahu fahami hati aku? Bagaimana lagi harus aku lepaskan diri dari genggaman lelaki dayus ini? Bantulah aku, ya Allah..aku bermohon pada-Mu..bantulah hamba-Mu yang lemah dan hina ini..doa Nazifa dengan airmata yang bercucuran.
Faris terus berlalu menaiki BMW mewahnya. Tidak dipandang lagi wajah Nazifa yang sedang menangis teresak-esak. Hatinya lebih sakit kerana sikap Nazifa. Api kemarahannya tidak pernah luntur. Wajahnya yang merah padam cuba dikawal.
"Cik okey ke?" soal seorang lelaki yang tiba-tiba datang. Dia pelik melihat Nazifa sedang menangis tersedu-sedu.
"I’m okay..thanks sebab tanya..saya nak balik dulu.." ujar Nazifa dalam sebak.
"Rumah cik kat mana? Biar saya hantarkan?"
"Tak payahlah..rumah saya dekat tu aje.." Nazifa menolak lembut. Dia tersenyum pada lelaki itu.
"Oh, okey..nama saya Khairy..cik pula?" Khairy cuba beramah mesra.
"Nazifa..thanks again..saya terpaksa balik sekarang!" Nazifa mengesat airmata yang berbaki di pipi gebunya. Perasaannya berbaur.
"Okey..jalan baik-baik.." ujar Khairy sambil tersenyum manis. Dia merenung langkah Nazifa yang sedang berlalu pergi. Cantik sungguh gadis itu! Anak siapalah agaknya? Terpikat juga aku tengok..detik hati Khairy. Dia tersenyum kecil lalu menggeleng-geleng kepala. Ada perasaan aneh yang bertaut dihatinya melihat kelembutan dan keayuan wajah Nazifa.
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
yg pertama?
hihihi...\
apa sudahnya?