Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sebaik sahaja selesai menjamu selera, kami berjalan mendapatkan kereta Fadhil. Di dalam fikiran aku hanya ada satu benda. Balik dan telefon Angah! Haih. Tak pernah-pernah Hafiz pelik macam ni. Kenapa agaknya? Penat? Tapi takkanlah sampai nak marah sangat. Sampai aku pun marah sekali. Entah-entah dia sengaja kot. Tapi untuk apa?
"Ika, kita singgah pesta konvo dulu nak?" suara Ayu mematikan khayalan aku. Aku menarik nafas perlahan.Tak nak boleh tak Ayu? "Kita balik biliklah. Aku dah letih." Wajah Fadhil yang berkerut sewaktu aku menjawab pertanyaan Ayu dapat aku lihat melalui cermin pandang belakang. "Letih? Nurul... Baru 9.30 malam. Takkan dah letih. Lagipun esokkan tak ada kelas. Apa salahnya kita singgah sekejap," pujuk Fadhil. "Ataupun Nurul ada benda nak settlekan dengan abang sayang? Tadi saya dengar macam bergaduh je?"
Perasaan geram datang kembali apabila mendengarkan perkataan ‘abang sayang’ yang keluar dari mulut Fadhil. Argh! Boleh tak jangan sebut nama tu buat masa sekarang. Sakit hati lah!
"Nurul?" "Ika?" Aku mengeluh. "Suka hati koranglah."
Aku menghalakan pandangan ke luar tingkap. Handset di tangan aku main-main sebelum ibu jariku menekan button hijau pada nama yang terpampar di skrin. Dalam hati berdoa si dia menjawab panggilan aku.
‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih.’
Aku mengeluh buat kesekian kalinya. Hafiz... Takkanlah marah sampai off handset kot? Eei... Geram!
***
Dari tempat parking kereta, kami bertiga berjalan menuju padang kawad yang dipenuhi khemah putih. Meriah. Konvokesyen bulan 8 memang pesta dia selalu meriah macam ni. Kalau konvo bulan 3, kecil je. Tak puas berjalan.
Dari satu gerai ke satu gerai kami berjalan. Tiba di gerai yang menjual kain baju kurung, Ayu berhenti membelek. Aku hanya layankan. Aku membelek baju kurung yang sudah siap berjahit. Sepasang kurung biru menarik perhatianku. Cantik. Kainnya lembut. Melihatkan harganya, boleh saja kalau aku beli. Tetapi bayangan almari di bilik mematikan hasratku. Penuh dengan baju kurung. Cukup-cukuplah.
"Beli dik? Murah je tu. Warnanya padan dengan adik. Ni tengah offer ni," pujuk si penjual. Aku hanya tersengih. "Awak nak ke? Ambillah. Saya belanja." Tegur satu suara betul-betul di belakangku. Aku tersentak lalu menoleh. Oh, Fadhil! "Tak payahlah. Ayu mana?" soalku apabila melihatkan Ayu tiada bersama. Fadhil tersenyum. "Dia dah pergi gerai sebelah. Awak leka sangat sampai dia panggil pun tak perasan." Mataku melilau mencari kelibat Ayu. Jumpa. "Jomlah. Gerak pergi sana."
Hampir sejam menghabiskan masa di pesta konvo, aku dan Ayu berjalan menuju ke arah jalan masuk kami tadi. Kami sudah berpecah dengan Fadhil semasa berjalan tadi. Aku sendiri tak perasan dia ke tempat lain. Kereta Fadhil berhenti betul-betul di hadapan kami. Pintu kereta dibuka dan kami masuk. Tak lama kemudian, Fadhil memandu ke blok kami.
"Thanks Fadhil," ujarku sebaik sahaja tiba di hadapan blok. Fadhil mengangguk. "Err, Nurul? Wait a second." Tangannya mencapai sesuatu di tempat duduk sebelahku. Ayu dah berdiri di luar kereta. "Apa dia?" "Nah. Ini untuk awak. Hadiah sebab sudi keluar makan sekali dengan kami dan sudi bercakap dengan saya," ujarnya dengan senyuman manis. Aku memandang wajahnya pelik. Itu pun nak bagi hadiah? "Apa ni?" "Awak tengoklah nanti. Ok. Jangan buang tau!" Wajah Fadhil aku pandang. Dia hanya tersenyum. "Ok. Thanks!"
"Amboi... Ika! Untung kau ye. Cik abang sayang bagi gelang. Ni cik abang Fadhil bagi hadiah jugak. Hai... Nasib badanlah. Aku ni tak ada sesiapa nak bagi hadiah." Ayu buat muka monyok. Aku mencapai bantal kecil di atas katilnya lalu aku tampar belakangnya. Ayui terkekeh-kekeh ketawa. "Banyaklah kau. Huh!" "Eh, bukaklah. Apa yang dia bagi?" Ayu dah duduk di atas katilku. Aku memberikan plastik pemberian Fadhil kepadanya. "Kau bukaklah." Aku berjalan menuju ke almari. Pintu almari aku buka. Pin tudung satu persatu aku tanggalkan. Kemudian, tudung tadi aku sangkutkan di tempat khas.
"Eh! Lawanya. Siap dengan tudung sekali." Pantas aku menoleh mendengarkan kata-kata Ayu. Di tangannya terdapat sepasang kurung biru yang aku belek tadi berserta tudung yang mempunyai rona yang serupa. Aku berjalan ke arah Ayu dan duduk di sebelahnya. "Gila! Sepasang pulak tu!" ujarku sambil menggelengkan kepala. Tak percaya dengan apa yang aku lihat. "Macam lamaran pulak. Sepersalinan," ujar Ayu dengan senyuman mengusik. Aku membeliakkan mata. "Banyaklah kau punya lamaran. Eh, kau rasa dia ada niat apa-apa ke Ayu? Aku risaulah." Ayu ketawa rancak. "Tak adalah. Fadhil tu ok. Dari sekolah menengah aku kenal dia." "Lah? Yeke?" Ayu mengangguk. "Dia ok. Jangan risau." Diam sekejap. Aku masih ralit memerhatikan baju tadi. Macam tak percaya apat hadiah. Baju pulak tu. "So," Ayu kembali bersuara. "Apa cerita Hafiz? Tadi aku dengar korang macam bergaduh je? Kenapa?" soal Ayu. Aku terhenti daripada memerhatikan baju tadi. Pandangan aku alihkan kepada Ayu disebelah. "Nanti aku cerita." Putusku. Ayu tersengih. "Sesekali bergaduh. Biasalah. Kalau ok je 24 jam, 7 hari seminggu, boring juga hidup." "Err... Sekejap. Aku nak buat call. Nah." Baju kurung biru bertukar tangan. Aku melangkah ke meja. Handset kucapai. Setelah memilih nama, aku menekan button hijau. Talian bersambung. "Helo! Angah!"
mai mane plak si fadhil nie mcm nk ganggu rancangan je
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
cepat sambung..
cuti skolh da nak abis...
kna msuk hostel ni..