Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Menjadi raja sehari memang memenatkan. Penat fizikal dan juga mental. Maklumlah, pengantin semestinya menjadi tumpuan tetamu. Oleh yang demikian, terpaksalah aku memaniskan wajah walaupun mukaku ketika ini terasa sukar yang amat untuk menghadiahkan senyuman buat tetamu. Tapi aku gagahkan jua. Masakan tidak, sedari upacara membatalkan air sembahyang sehinggalah sekarang jemariku digenggam Yusrizal. Seminit pun tidak dilepaskan. Ke mana saja dia pergi diheret aku sama. Aku diperkenalkan kepada teman-temannya yang hadir. Dia juga aku perkenalkan kepada teman-temanku. "Handsomenya suami kamu Ifa. Turun dari planet mana tu?" bisik Kak Yati ditelingaku. Tapi aku kira Yusrizal mendengarnya kerana lelaki itu hanya tersenyum sambil memerhatikan kami berdua. Mungkin bangga kerana dipuji begitu. Aku hanya menjungkitkan bahu. Malas mahu mengulas kata-kata Kak Yati itu. "Oh ya, Daniel kirim salam. Dia tak dapat datang." Sedikit terkejut aku apabila nama Daniel disebutkan. Sempat juga aku menjeling Yusrizal. Ternyata nama lelaki itu berjaya membuatkan riak wajah tampan Yusrizal berubah. Kak Yati yang menyedari perubahan wajah Yusrizal terus meminta diri. Aku tidak boleh berbuat apa-apa melainkan hanya menganggukkan kepala. Mungkin sikap Yusrizal itu membuatkan Kak Yati tidak selesa. "Ifa jemput Daniel datang ke?" tanya Yusrizal sebaik saja Kak Yati meninggalkan kami berdua. "Kenapa? Tak boleh ke saya nak jemput dia datang?" Soalan Yusrizal kubalas dengan soalan juga. Ternyata Yusrizal tidak punya jawapan untuk pertanyaanku itu. Masakan hendak menjemput teman-teman ke majlis pernikahan salah? Apatah lagi sekiranya seseorang itu adalah teman yang rapat dengan kita. "Hai, Rizal!" Teguran seorang berjaya mengeluarkan kami dari keadaan tegang. Tegang hanya kerana nama seorang lelaki yang pernah hadir dalam hidupku disebut. Aku memerhatikan lelaki itu. Seperti aku pernah berjumpa dengan lelaki ini. Tapi di mana ya? Disebelahnya pula berdiri seorang wanita yang ayu bertudung. Mungkin isterinya. "Oh, hai Syam! Aku ingatkan kau dengan your wife tak datang." "Mestilah datang. Aku ingatkan kau bergurau bila kata nak buat majlis kecil-kecilan. Rupanya betul ek." "Alah, dah dua kali kahwin! Buat kecil-kecil sudahlah," balas Yusrizal pula. Aku sedikit keliru dengan kata-kata Yusrizal itu. Adakah bermakna lelaki yang dipanggil Sham oleh Yusrizal ini tahu tentang kami berdua? Kalau tidak, masakan Yusrizal boleh berkata begitu? "Oh ya, lupa pulak aku. Ni kenalkan my wife, Ifa. Ifa, ni kawan abang, Syamrie dan isterinya, Husna dari Kuala Lumpur. Sanggup turun Kedah semata-mata nak hadiri majlis kita ni." Yusrizal memperkenalkan aku kepada temannya itu. Aku menyambut tangan si isteri tanda salam perkenalan sambil tersenyum. "Hai Ifa. Kenal lagi saya? Dah lama kita tak jumpa kan?" Aku mengerutkan dahi sambil otakku ligat berputar. Cuba mengingati lelaki yang berada di hadapanku ini. Dan akhirnya, otakku berjaya juga memproses fail-fail lama. Lelaki ini adalah teman baik Yusrizal. Aku ada berjumpa dengannya lima tahun lepas. "Thanks ya sebab sudi datang," ucapku lembut. Sekadar menghargai kesanggupan teman Yusrizal dan isterinya menghadiri majlis kami yang tidak sebesar mana ini. "Welcome," ucapnya pula. "Emm..Rizal. tak sangka, akhirnya dapat jugak bidadari yang kau tunggu selama ni kan?" "Well, berkat kesabaran," jawab Yusrizal ringkas. Kesabaran konon! Padahal aku diperangkapnya. Dan aku pula tiada jalan keluar. Lalu terpaksa menerimanya sebagai suami. "Ingat, lepas ni jangan nak buat hal lagi!" "Tak adalah. Dah serik dah aku. Tak pasal-pasal kena tunggu lima tahun lagi," ujar Yusrizal sambil menjelingku. Aku faham dengan jelingan itu. Tidak lain dan tidak bukan mahu menyindir akulah tu. Syamrie pula hanya tertawa mendengar kata-kata Yusrizal. "So, macam mana dengan bisness?" tanya Syamrie. Kalau sudah namanya ahli perniagaan, di majlis pernikahan pun hendak membicarakan tentang perniagaan. Dan mereka berdua terus berbual tanpa mempedulikan isteri di sisi. Aku dan Husna yang tidak tahu hujung pangkal tentang perniagaan hanya mendiamkan diri. Tapi Husna kelihatan memberikan perhatian pada perbualan mereka sedangkan aku sudah gelisah di tempatku berdiri. Mataku sudah meliar ke sekeliling. "Hai, Ifa macam nilah kalau jadi isteri orang bisness. Asyik cakap pasal bisness saja!" Husna yang berada disebelahku tiba-tiba bersuara. Aku tergelak kecil. Dalam hati turut mengiyakan kata-katanya. "Darling, mengutuk abang ke?" tanya Syamrie kepada isterinya. Mungkin hairan kerana kami berdua ketawa. "Tak adalah. Siapa mengutuk abang? Perasaan betul!" "Yelah tu. Macamlah abang tak tahu. Biasalah Rizal, perempuan..." Giliran mereka pula gelakkan kami. Geram pula aku melihat Yusrizal dan Syamrie yang ketawa besar. Serta-merta wajahku dan wajah Husna masam mencuka. "Malaslah layan abang ni. Kalau berjumpa dengan Rizal ada saja nak kenakan Husna. Jomlah Ifa temankan Husna tengok bilik pengantin. Daripada melayan mereka berdua ni buang masa saja!" "Alamak, darling-darling kita dah merajuklah Rizal. Tapi tak apa, malam ni kita pujuklah mereka. Mesti cair punya!" Ujar Syamrie sebelum kami berlalu. sekali lagi mereka ketawa besar. Aku yang memahami kata-kata Syamrie itu mula berasa tidak senang duduk. Hampir terlupa aku tentang itu. Serta-merta perasaan takut dan cuak mula menyelubungi diri. Ibu tolong Ifa!
Menjelang malam hatiku semakin gelisah. Apatah lagi apabila jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Aku tidak senang duduk. Kalau duduk tidak betah apatah pula hendak berdiri. Sudah tidak terkira berapa kali aku berlegar-legar di dalam bilik. Kalau mengerjakan haji pun hanya perlu melakukan tujuh kali tawaf. Tapi aku rasanya sudah lebih? Cepat Ifa, fikir! Apa yang perlu kau lakukan? Masa semakin suntuk! Bila-bila masa saja Yusrizal akan naik. Hah, apa kata kalau aku letak julab dalam minuman dia! Biar dia berulang-alik ke toilet sepanjang malam! Aku mula mendapat idea. Hati mula mahu melonjak girang. Tapi seketika kemudian aku mula berfikir. Macam terlalu kejam sekiranya aku melakukan itu. Kasihan pula. Tidak pun apa kata kalau aku letak ubat tidur saja. Biar dia tidur sampai ke pagi. Mesti dia tidak akan menganggu aku. Yes, I got it! Aku mula mengorak langkah ke meja solek. Kalau tidak silap, aku memang ada menyimpan sebotol ubat tidur. Aku akan mengambil ubat itu sekiranya aku susah benar hendak tidur. Tetapi tidak selalu kerana nasihat doktor ubat ini tidak boleh diambil dengan kerap kali. Bimbang akan memberikan kesan sampingan. Masalah jika terlebih dos rasanya tidak akan berlaku kepadaku kerana aku sudah biasa dengan pengambilannya. Namun dalam aku kelam-kabut mencari botol ubat tidur itu, tiba-tiba aku terdengar derap kaki orang berjalan. Tanganku yang lincah bergerak serta-merta berhenti. Aku mengamati derap kaki itu. Semakin lama semakin dekat. Dan aku pasti itu adalah Yusrizal. Aku mula cemas. Tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Satu-satu perkara yang dapat aku lakukan sekarang ialah tidur! Serta-merta aku melompat ke atas katil dan menarik selimut membaluti tubuh sehingga ke kepala. Tidak lupa aku meletakkan batal golek di tengah-tengah. Harap-harap Yusrizal tidak akan mengubah kedudukannya. Aku tidak mahu tidur terlalu rapat dengannya. Dan kalau nasibku baik, Yusrizal akan tidur di sofa seperti malam pertama kami 5 tahun lepas. Tapi dalam bilik aku tiada sofa. Tidur di bawahlah jawabnya. Jantungku mula berdetak kencang apabila pintu bilik di buka dari luar. Dan aku terasa hendak lari sahaja apabila terasa ada orang berbaring di sebelahku. Dalam hati aku berdoa semoga Yusrizal tidak akan melakukan apa-apa kepadaku. Walaupun sudah dua kali berkahwin aku masih belum bersedia untuk melakukan hubungan yang lebih jauh. Aku memejamkan mata apabila terasa bantal golek sudah dialihkan daripada kedudukan asalnya. Walaupun bilikku lengkap dengan penghawa dingin tetapi aku dapat merasakan yang dahiku berpeluh. Dan yang paling membuatkan tubuhku mengigil adalah apabila terasa tangan nakal yang mula-mula menjalar di tubuhku. Bermula dari pangkal paha sehinggalah ke bahu dijamahnya. Dan aku hanya menahan rasa. Kemudian tidak semena-mena selimut yang menutupi kepalaku disingkap. Cepat-cepat aku memejamkan mata. Berpura-pura tidur. Tidak sanggup aku menatap wajahnya yang mungkin tidak sampai sejangkal dari wajahku kerana aku dapat merasakan hembusan nafasnya. Rambutku dielus dan wajahku dibelai-belai. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku bangun nak menolaknya jauh dari tubuhku. Tapi itu hanya lahir dari hatiku. Aku masih lagi mengeraskan diri. Tidak mahu Yusrizal sedar yang aku belum tidur sebenarnya. "Abang tahu Ifa belum tidur. Kalau ya pun takut dengan abang, janganlah berselubung macam ni. Kan panas," ujar Yusrizal tiba-tiba. Dalam hati aku tertanya bagaimana lelaki itu sedar yang aku belum tidur? Adakah kerana tubuhku menggigil tadi? "Sudahlah tu. Bukak la mata," pinta Yusrizal. Aku tidak mahu mengikut kehendaknya! Lalu aku terus memejamkan mata. Biar dia menyangka yang aku benar-benar sudah tidur. Namun mataku terbuka luas apabila tidak semena-mena Yusrizal mengucup bibirku. Aku menutup mulutku pantas. Dalam hati seakan tidak percaya yang bibirku sudah dinodai. Aku memandang suamiku itu dengan pandangan geram. Suamiku itu pula hanya tertawa girang sambil mengenyitkan matanya kepadaku. Aku yang kegeraman mula mencapai bantal lalu dibaling ke arahnya. Tapi sasaran ku tidak mengena apabila Yusrizal menghilangkan diri di dalam bilik air. Aku mendengus kasar!
huhuhuhuhuhuhuhu...... dah lama dah tunggu sambungan cerita nie..... tapi biler muncul kenapalak pendek sangat..... penulis cepat lah sambung lagi..... tak sabar nk tau sambungan n kesudahan cerita nya.....
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
la....sikitnya sambung x sabo nak baca nie apa jadi kat pengantin baru tu....hehehe.k cepat erk... tangah sabo nie