Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Nisa' memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai runcit berdekatan dengan Taman Seri Indah. Dia perlu membeli sedikit barang keperluan rumah yang telah habis. Dia mematikan enjin lalu keluar dari kereta. Kelam-kabut dia melangkah masuk ke dalam kedai runcit itu sehingga dia hampir terlanggar seorang lelaki yang mahu keluar dari kedai itu.
"minta maaf encik." Ucap Nisa' sekali pandang seraya berlalu. Sedang dia memilih-milih barang yang mahu dibelinya, dia terdengar riuh di hadapan kedai itu. Nisa' tidak menghiraukan semua itu. dia perlu cepat sampai ke rumah Mak Su. Sebaik dia tiba di kaunter itu, dia terdengar lagi suara orang meninggi.
"kenapa tu?" Tanya Nisa' pada cashier kedai itu.
"ada orang block kereta dia. Bisinglah dia." Jawab cashier itu. Nisa' mengangguk-angguk sahaja. Eh, block kereta dia? Pantas Nisa' berlari keluar meninggalkan barang di kaunter.
Alamak, kereta aku! Nisa' kaku di situ. Dia mengetap bibir. Lelaki yang membuat bising tadi mengalih pandang pada Nisa' yang sudah berubah wajah. Lelaki itu mendekat.
"cik, itu kereta awak ke?" Tanya lelaki itu. Nisa' mengangguk lambat-lambat.
"apa awak tunggu lagi? boleh awak pergi alihkan kereta awak sekarang?"tanyanya perlahan tapi sinis.
Nisa' mengangguk laju sebelum mengatur langkah ke keretanya dan dialihkan keretanya. Orang ramai yang melihat Cuma menggeleng. Apa yang digelengkan pun Nisa' tidak pasti. Nisa' benar-benar tidak perasan dia menghalang kereta lelaki itu. kelam-kabut sangat tadi. Padan muka.
Nisa' keluar dari kereta lalu mendapatkan lelaki itu. wajahnya tegang, jelas berang dengan Nisa'. Muka dah handsome tapi perengus. Nisa' berfikir sendiri.
"encik, saya minta maaf. Saya nak cepat sangat tadi. Tak perasan pulak kereta saya dah halang kereta encik. Saya minta maaf." Ucap Nisa' berulang kali.
Lelaki itu Cuma menjeling seraya berlalu. Nisa' terkedu. Hah? Macam tu je? Nisa' termangu-mangu. Malas dia mahu melayan, Nisa' masuk kembali ke kedai, membayar harga barangnya lalu berlalu. Saat ini dia Cuma fikirkan Hana sahaja.
Sampai di rumah Mak Su, Nisa' menarik nafas dalam sebelum keluar dari kereta. Di halaman rumah kereta itu, sebuah kereta tersadai. Kereta siapa ni? Anak saudara dia la tu. Nisa' memberi salam.
"waalaikumussalam." Masuklah Nisa'. Pelawa Mak Su. Nisa' menolak pagar lalu masuk.
Di pintu masuk, sepasang sandal lelaki terletak elok. Nisa' menanggalkan kasutnya lalu masuk. Dia menyalami Mak Su.
"Hana mana?" Tanya Nisa'.
"ada kat dalam. Masuklah dalam bilik. Mak Su nak ke dapur kejap. Tinggal lauk atas dapur tadi." Ujar Mak Su seraya menunjukkan bilik yang dimaksudkan.
"ok Mak Su." Nisa' mengatur langkah ke bilik itu.
Dia menguak langsir dan serentak itu, gerakannya terhenti. Nisa' tergamam. Matanya terpaku pada seseorang yang sedang mendukung Hana. Seorang lelaki. Dia berdiri membelakangkan Nisa'.
"err, encik," tegur Nisa'. Lelaki itu berpaling. Nisa' tergamam. Lelaki itu juga jelas terkejut dengan kehadiran Nisa'.
Lelaki garang tadi!
"eh, Nisa' kenapa tak masuk lagi?" tegur Mak Su apabila melihat Nisa' masih di ambang pintu. Nisa' mengalih pandang.
"err, ada orang…." Ayatnya tidak habis. Mak Su menguak langsir lalu senyum.
"oh, itu Irfan. Anak saudara Mak Su. Dia baru je sampai." Jelas Mak Su. Irfan kelihatan kekok tiba-tiba. Dia meletakkan Hana kembali ke atas tilam. Gelabah. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"err, saya keluar dulu." Pinta Irfan. Nisa' tidak menjawab namun dia memberi ruang kepada Irfan untuk berjalan dan Irfan melintasinya keluar bilik.
Nisa' masih terkejut. Bicaranya amat berbeza dari tadi. Tiada nada sinis terselit. Irfan, Irfan. Macam-macam. Nisa' mengambil Hana lalu dikucupnya.
"Hana rindu ummi tak? Ummi minta maaf ya Hana. Ummi sibuk hari ni." Nisa' berbicara dengan Hana perlahan. Mak Su Cuma tersenyum.
"Hana baik dengan Mak Su. Dia tak banyak meragam pun." Lapor Mak Su. Nisa' melangkah keluar bilik dan dia terkejut sekali lagi apabila Irfan sedang berdiri di tepi pintu. Wajahnya gelabah. Nisa' tersenyum geli hati namun dia tidak menunjukkan geli hatinya kepada Irfan.
"mana beg Hana?" Tanya Nisa'. Mak Su menghulurkan beg Hana. Nisa' menyambutnya lalu mengatur langkah ke pintu.
"Mak Su, terima kasih banyak-banyak. Saya balik dulu." Ujar Nisa' seraya melangkah keluar rumah. Dari ekor matanya, dia perasan Irfan memerhatikannya tajam namun Nisa' berpura-pura tidak menyedarinya.
"eh, Irfan. Tolong Nisa' kejap. Mak Su nak tengok gulai atas dapur." Arah Mak Su seraya berlalu. Irfan kelihatan terkejut dengan arahan Mak Su. Nisa' juga begitu. Pandangan mata mereka bertentangan.
"tak apa. Saya boleh buat sendiri Mak Su." Nisa' menolak. Dia mengatur langkah ke kereta dan sampai di kereta, Nisa' termangu-mangu seketika. Macam mana nak buka pintu kereta? Tangan dah tak ada. Dalam dia berfikir, tiba-tiba ada tangan yang membukakan pintu untuknya. Nisa' mengangkat muka. Irfan mengukir senyum dalam riak serba-salah.
"thanks." Ucap Nisa'. Dia meletakkan beg di seat belakang sebelum berpindah ke seat depan pula. Diletakkan Hana di atas tempat duduk sebelah pemandu. Irfan setia memerhati.
Nisa' mengukir senyum nipis pada Irfan yang masih tegak berdiri di sisi kereta.
"thanks again Irfan. Sampaikan salam pada Mak Su." Ujar Nisa' seraya membuka pintu kereta pemandu. Irfan menahannya.
"ok. Err, saya minta maaf pasal tadi." Ujarnya lambat-lambat. Nisa' terdiam sebentar berfikir. Dia sudah terlupa tentang hal tadi.
"oh, tak apa. Bukan salah awak, memang salah saya." Akui Nisa'. Dia sudah masuk ke dalam kereta apabila Irfan menahannya lagi.
"err, Hana comel. Macam umminya." Puji Irfan. Merah padam muka Nisa' mendengar pujian itu. Oh, patutlah dia gelabah kat tepi pintu tadi. Menghendap aku rupanya. Hana membuat telahan sendiri.
"thanks. Saya balik dulu." Pintu kereta ditarik dan enjin dihidupkan. Dia mengangkat tangan pada Irfan lalu memandu pergi.
****************
Nisa' menguap panjang untuk kesekian kalinya. Rasa mengantuknya masih belum hilang. Kini dia sedar betapa berat dan besarnya tanggungjawab seorang ibu. Tidurnya sering terganggu sejak Hana menjadi penghuni tetap di rumahnya namun tiada sekelumit rasa sesal di hatinya. Hana anaknya dan akan menjadi anaknya sampai bila-bila.
Sampai di pejabat, Liza memandangnya pelik.
"cik Nisa', kenapa muka cik lesu je 2-3 hari ni?" tegur Liza. Nisa' yang baru sampai tersenyum tawar.
"entah. Banyak kerja kot?" ujar Nisa' beralasan sedang dia tahu jawapan yang sebenar-benarnya.
"eh, cik tak ada bawa balik kerja pun saya tengok. Kerja apa yang banyak sangat tu?" korek Liza lagi. Nisa' terdiam.
Dia sedar Liza seorang yang prihatin namun kali ini keprihatinannya menyesakkan kepala Nisa'.
"Liza, saya masuk dulu. Tolong buatkan kopi secawan. Thanks." Pinta Nisa' seraya memulas tombol pintu dan masuk.
"ok cik Nisa'." Jawab Liza perlahan. Aku buat dia marah ke? Liza pantas beredar ke pantry menyediakan minuman Nisa'.
Seketika kemudian dia kembali membawa minuman Nisa'. Diletakkan cawan itu perlahan di hadapan Nisa'.
"err, cik Nisa'. Cik Nisa' marahkan saya ke?" Tanya Liza lambat-lambat. Nisa' memanggung kepalanya.
"kenapa saya nak marah? Awak ada buat salah ke?" Tanya Nisa'. Liza menggaru kepala yang tidak gatal.
"er, tak lah. kalau macam tu, saya keluar dulu." Liza meminta diri. Nisa' pantas menahan.
"Liza, thanks for your concern. I really appreciate it." Liza tersenyum nipis.
"ok. Saya keluar dulu." Liza beredar tanpa menunggu lagi. Nisa' menyandarkan badannya ke kerusi. Melepaskan keluhan panjang.
Tiba-tiba Nisa' teringatkan Hana. Semalam Hana menangis sahaja tidak mahu tidur. Sudah pelbagai cara Nisa' buat (cara yang dia tahu saja, apa sangat yang dia tahu) untuk menenteramkan Hana. Sehingga pukul 4 pagi baru Hana tidur nyenyak.
Apabila dihantar kepada Mak Su pagi tadi, Hana kelihatan ok sedikit. Harap-harap Hana tak mengamuk pulak dengan Mak Su. Susah nanti.
Menguap lagi. berair matanya menahan ngantuk. Apalah nasib aku. Tak kahwin tapi dapat anak. Hujung minggu ini Nisa' bercadang mahu pulang ke rumah ibu bapanya, bersama Hana. Bimbang juga dia dengan penerimaan mereka nanti.
Hendak mengambil anak angkat mungkin takkan ada masalah pada mereka tapi jika anak itu anak Badri, bagaimana pula reaksi mereka. Badri tidak berapa disukai ibunya semasa mereka bersama. Nisa' Cuma mampu berdoa Hana akan diterima ibu dan bapanya.
Telefon bimbitnya berbunyi. Lagu yang berdering menandakan Daniel yang menelefonnya.
"hello, assalamualaikum." Nisa' memberi salam.
"waalaikumussalam. Petang ni cam biasa?" Tanya Daniel. Nisa' tersenyum. Memang itu rutinnya. Bila masanya mereka takkan dinner bersama? Lagipun hanya itu sahaja masa yang mereka ada. Hujung minggu masing-masing sibuk dengan hal lain. Cuma kadang-kadang mereka bertemu, beralih angin ke tempat lain.
"ye, saya tau." Ujar Nisa'.
"ok, kita makan tempat lain pulak boleh?" Tanya Daniel.
"err, kat mana?" Tanya Nisa'. Sebenarnya dia tidak mahu pergi terlalu jauh. Bimbang dia akan lambat pulang. Kesian pulak Mak Su.
"ada tempat baru kawan saya cadangkan. Seafood. Sedap katanya. Ok? Tapi jauh sikit." Jelas Daniel. Nisa' diam. Macam mana ye?
"err, kita makan area sini je tak boleh? Saya kena balik awal la." Nisa' menolak secara baik.
"kenapa? Awak ni macam ada anak pulak nak jaga. Padahal bukan ada siapa pun kat rumah tu." Tingkah Daniel. Nisa' garu kepala yang tidak gatal.
"hmm, oklah." Akhirnya dia bersetuju dengan berat hati. Mana mungkin Daniel akan memahami?
"ok. Saya ambil awak. Ok?"
"ok. Jumpa nanti." Nisa' bersuara perlahan.
Talian dimatikan. Nisa' memicit kepala yang tidak sakit. Mana nak jaga laki, mana nak jaga anak? Haish, susah betul. Dia mencapai pen, menyambung kerja yang tergendala.
********
"awak mengantuk ke?" Tanya Daniel. Nisa' menutup mulut yang menguap lagi.
"hmm? Haah." Jawab Nisa' jujur. Dipandangnya ke luar tingkap. Destinasi mereka hanya Daniel yang tahu. Nisa' malas mahu bertanya. Mengikut sahaja.
"muka awak letih je, tak bermaya saya tengok. Awak sakit?" Tanya Daniel lagi. alamak, malasnya aku nak melayan cakap dia sekarang. Nak tidur ni. Namun Nisa' tahu Daniel akan bimbang yang bukan-bukan jika dia tidak melayan atau menunjukkan bukti yang dia sihat dan tidak sakit.
"saya ok la. Cuma mengantuk saja." Nisa' memandang Daniel sekilas.
"awak buat apa malam-malam tak tidur? Takkan awak bawak balik kerja pulak?" korek Daniel lagi. sungguh dia hairan.
Dia tahu Nisa' bukan jenis yang suka keluar malam. Habis kerja terus terperuk dalam rumah dan tidur awal. Daniel sering juga bertemu kawan-kawan namun tidak selalu.
"saya, saya bersembang dengan Mala semalam." Habis Mala pulak kena!
"yelah, sebab tak pernah lah kena bersembang." Jawab Nisa' laju.
"tapi kan baru je you all pergi shopping sama hari tu? Tak habis bersembang lagi?" Tanya Daniel lagi. Nisa' garu kepala. Ish, susah betul orang tua ni.
"Daniel, saya penat. Please. Nak tidur kejap. dah sampai awak kejutkan saya." Nisa' tidak menunggu lagi, terus dia memejamkan matanya dan mengiringkan kepalanya ke tingkap.
"hmm yelah, yelah. Tidurlah." Daniel memicit punat radio dan radio dihidupkan. Lagu nyanyian Sudirman "Salam Terakhir" berkumandang memenuhi ruang kereta.
Mata Nisa' terbuka kembali. Lagu ini pernah dinyanyikan Badri padanya satu masa dulu. Namun waktu itu Badri menyanyikannya untuk tujuan suka-suka sahaja. Tidak sangka Badri telah pergi meninggalkannya. Nisa' sebak. Teringat Hana, teringat suraya, teringat Badri. Air matanya menitis namun tidak disedari Daniel yang tekun memandang ke hadapan. Bait-bait kata dalam lagu ini benar-benar menusuk perasaannya. Badri, semoga kau aman di sana. Dan Nisa' terlelap jua bersama kenangannya dan Badri.
"Nisa', bangun, dah sampai." Suara Daniel memenuhi gegendang telinganya. Apa yang dah sampai?
"ha? Dah sampai?" terkulat-kulat Nisa' cuba mengingati apa yang sedang berlaku. Daniel tertawa kecil.
"itulah awak. Tidur waktu asar, mewarisi kegilaan. Kan dah tak betul tu?" usik Daniel.
"kita kat mana ni?" Tanya Nisa' termangu-mangu.
"dah sampai restoran tu. Jom." Ajak Daniel. Dia sudah keluar dari kereta.
Oh, restoran. Ok. Baru aku ingat. Nisa' membetulkan tudung. Pipinya terasa melekit dek air matanya tadi. Setelah pasti rupanya ok, Nisa' keluar dari kereta dan mendapatkan Daniel. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Lama juga perjalanan mereka ke sini.
Nisa' tiba-tiba terasa seperti mahu ke tandas. Daniel yang sedang meneliti menu dikuisnya.
"awak, saya nak ke tandas dulu." Beritahu Nisa'. Dia menolak kerusi. Ditanyanya pelayan kedudukan tandas sebelum dia menuju ke arah yang dimaksudkan.
Tiba-tiba, telefon bimbit Nisa' berbunyi nyaring. Daniel yang masih meneliti menu tersentak. Dicapainya beg Nisa' lalu dikeluarkan telefon bimbitnya.
"Siapa ni?" Daniel bertanya sendiri apabila melihat nombor asing. Ditekan punat hijau.
"helo," sapa Daniel.
"helo, Nisa'. Hana demam ni. Makcik dah bawak dia ke klinik. Makcik dengan Irfan. Nisa' lama lagi ke?" Daniel terkedu. Tidak tahu apa yang patut dijawabnya. Siapa Hana?
"err, Nisa' ke tandas. Ini siapa?"
"oh, bukan Nisa' ke? Saya Mak Su, yang jaga anak dia, Hana. Nanti tolong beritahu dia minta dia call Mak Su semula ya." Pesan Mak Su. Suaranya cemas sedikit.
"err, ok, ok. Saya sampaikan." Tutur Daniel. Sesak dadanya mendengar bicara Mak Su. Anak Nisa'? Telefon diletakkan di atas meja. Menu sudah tidak menjadi perhatian. Apa sebenarnya ni? Siapa Irfan? Hana anak Nisa'? Daniel meraup wajahnya. Apa yang dia pasti, Nisa' menyembunyikan sesuatu darinya.
Dari kejauhan dia sudah melihat kelibat Nisa' yang sedang berjalan kembali ke meja mereka. Ditenung wajah itu tajam sehingga Nisa' sampai ke meja.
"dah order?" Tanya Nisa'. Daniel tidak menjawab. Nisa' perasan wajah Daniel tegang dan telefon bimbitnya berada di luar beg tangannnya.
"ada orang call ke?" Tanya Nisa' lambat-lambat. Janganlah Mak Su.
"Mak Su." Jawab Daniel pendek. Nisa' telan liur.
"Mak Su? Dia nak apa?" suaranya perlahan namun tegas. Dia bimbang ada yang buruk berlaku. Daniel tidak menjawab sebaliknya dia mengalih pandang. Wajah Nisa' tidak ada raut bersalah. Sakit hati Daniel melihat riak Nisa' yang masih bersahaja.
Nisa' tahu saat ini Hana lebih penting. Daniel tidak mahu menjawabnya. Biarkan dulu. Didail nombor Mak Su. Tidak berangkat. Eh, tak ada kat rumah ke?
Daniel masih tidak bersuara. Nisa' tahu segala soalannya pada Daniel saat ini tidak akan dilayan. Dia memeriksa panggilan masuk. Didailnya nombor yang terbaru.
"helo,"
"helo," suara garau lelaki menyapanya. Eh, salah orang ke? Tapi ini je nombor yang tak dikenali.
"err, sorry, salah nombor." Nisa' mahu mematikan talian apabila suara itu menahannya.
"cik Nisa', saya Irfan. Nak cakap dengan Mak Su?" Irfan? Oh, lelaki garang tu.
"Mak Su ada situ?"
"ada, kejap ya."
Dan telefon bertukar tangan.
"Nisa', Hana demam. Mak Su dah bawa ke klinik. Mujur Irfan ada. Kalau tak susah juga." Suara Mak Su kedengaran lega walau ada nada cemas terselit.
"teruk ke?" Nisa' risau. Dijeling Daniel sekilas yang memandangnya tajam.
"entahlah. Doctor tengah check ni. Nisa' bila nak datang?"
"saya balik sekarang. Nanti saya call Mak Su balik."
"ok, hati-hati ya."
Talian dimatikan. Nisa' mengetap bibir. Kereta tak ada.
"Daniel, saya kena balik sekarang. Kalau awak nak tunggu terpulang. Saya ambil teksi."
Nisa' bingkas. Daniel tidak berganjak. Nisa' terus beredar tanpa menunggu lagi.
Sudah lama dia tidak menahan teksi. Berdiri di tepi jalan, Nisa' menggapaikan tangannya setiap kali ada teksi yang lalu. Namun hampa. Tiba-tiba, sebuah kereta berhenti di depannya. Daniel.
Nisa' senyum tawar. Dia tahu Daniel tidak akan membiarkannya pulang sendiri. Sudah hampir malam pula. Dia masuk ke dalam kereta. Daniel tidak memandangnya tapi kereta sudah meluncur laju di atas jalan.
Tiba-tiba, Daniel bersuara.
"kita ada banyak masa sebelum sampai. Tolong jelaskan pada saya apa yang sedang berlaku dan kenapa saya rasa macam orang bodoh sekarang." Sinis ayatnya.
Nisa' menoleh melihat Daniel. Pedih.
"Hana, anak angkat saya."
"then who am I? why can't you tell me? Is it that hard to tell me Nisa'!?" tingkah Daniel. Nisa' menunduk. Dia sedar, salah dia juga.
"I don't think you will accept her Daniel." Nisa' menjelaskan. Perlahan.
"why? Am I that bad? I love you Nisa', you know I will support you in whatever you do!" keras suara Daniel.
"because she is Badri's daughter!" suara Nisa' tinggi. Air mata sudah mula mengalir. Daniel terpaku. Terdiam tidak berkata apa-apa.
"he got married not long after we broke up. And he died soon after that. His wife was pregnant but she was also going to die because she was sick. Right after she delivered Hana that night, she called me. The night that we were talking to go to the workshop to take my car back. That night. She talked to me, and asked me to accept Hana because she trusted me as Badri did. And she gave Hana to me. She died right in front of me. With Hana in my arm." Nisa' teresak-esak kecil. Kenyataan itu perit dan pahit untuk ditelan. Daniel menongkat kepala. Perasaannya bercampur-baur.
"so, tell me, Daniel. If you were in my place will you let me know about her?" Tanya Nisa' pada Daniel yang sudah kehilangan kata.
Sepi menyelubungi suasana. Cuma esakan Nisa' yang kedengaran. Dia tidak meminta semua ini terjadi dan dia amat berharap Daniel memahaminya. Namun, fahamkah Daniel isi hatinya?
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
daniel nie cam x phm je prsaan nisa'
i hope cerita nie smkn mnrik lah sbb
dah ada irfan..hahahahaha