Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Buku Hlovate ditutup. Nafas dihela. Segala perasaan bersarang dalam kepala aku. Rasa cemburu bercampur kagum juga rasa sakit hati. Bukan sakit hati dengan Hlovate, pengarang yang tak mahu identiti didedahkan itu, tapi sakit hati dengan diri. Rasa geram bercampur marah dengan diri yang asyik buat kerja separuh jalan. Umur dah masuk 20 tahun ni..Satu novel pun tak siap, ah..sekadar nak berbangga dengan satu cerpen tu apalah sangat. Balik cuti ni ada la angan-angan nak buat lagi satu cerpen sekurang-kurangnya, tak pun cari idea, buat plot sikit pasal apa-apalah. Ha, ni la masalah aku, nak buat novel itu ini, tapi main hentam ja, bukan nak fikir tema ke dulu. Perasan bagus la tu. Tema apa ya? Cinta? Adoi, cinta cinta..naik geli pula semenjak dua menjak ni. Ish, manalah aku tau bercinta ni. Asyik kena main adalah. Malang betul la budak nama Aleesa ni. "Along!" Pintu terkuak luas. Kacau betullah budak sorang ni. Angah masuk ke dalam tanpa dipelawa. Aleesa tarik muka. Ada la benda tu. Kalau tak suruh aku buat air, mesti nak minta pisang goreng ke petang-petang camni. Dia ingat Along dia ni orang gaji ke apa. "Along! Dengar ke tak ni! Ish, sejak balik, kerja ngadap novel ja." Angah membelek-belek isi beg segi empat hitam di sebelah katil. Kot-kotlah ada harta karun, entah apa barang la Along ni bawa balik. Punyalah besar beg, gaya macam tak nak balik US balik dah. "Ha, tu punggah apa pula tu? Ni cari Along kenapa? Dah bosan melayan boyfriend-boyfriend tu?" Perli Aleesa. Adik aku ni, umur baru 16, tapi Ya Allah punya la ramai boyfriend. Aku yang dah 20 tahun ni dah terasa macam anak dara tak laku pula! Angah sengih. Dicapainya reader digest. "Along Along.. Ingatkan angkut statue liberty ke, takpun t-shirt new york ke kat Angah ni. Ni reader digest? Harry porter? Apa ni? Punya la banyak novel diangkutnya balik. `Ala, nanti tak tahu pula nak buat apa kat rumah. Lagipun, banyak yang Along tak sempat baca. Beli pun before final hari tu. Punya la tahan nafsu ni ! Reader digest tu beli kat airport, boring atas flight. Angah sekadar membelek, tak perlu tunggu lama diletak kembali ke dalam beg Alongnya. Bosan! "Tengoklah tu, buku-buku macam tu, tak nak baca. Asyik chatting 24jam. Exam bila ni?" Tegur Aleesa. "Ala, bukan SPM Along. Relax la dulu. Enjoy. Tak nak lah jadi macam Along, asyik berkepit dengan buku je." "Ha, eloklah tu, dari berkepit dengan boyfriend ja. Apa dapat? Boleh masuk u nanti?" Angah gelak. Along aku ni dalam telefon pun nak ceramah, dah balik pun masih nak ceramah. Adoi! "Ala Along, dapat kahwin la!" Angah sudah terkekeh-kekeh ketawa. Ketawa ala ala kuda betina miang. Aleesa sudah terjegil mata. "Along, Along. Nak pisang goreng," Cepat-cepat Angah menukar topik. Takut ceramah bersambung sampai ke malam! "Ha, kahwin nak? Buat pisang goreng pun tak lepas lagi!" Namun Aleesa turutkan juga adiknya, dihempasnya novel karya Hlovate ke katil. Angah senyum puas. Sibuk dia membuntuti Aleesa ke dapur. Pisang goreng sudah terhidang di meja. Pergi mana pula la Angah ni. Ya Allah, budak ni, dibiarnya bekas gula tak bertutup, dengan milo tak siap dibancuh. Haru betul! Dituangnya air panas ke dalam teko yang sudah berisi milo dan gula. Terdengar suara Angah dari belakang, sedang berbual manja. Dengan boyfriend la tu. Abah aku pun, manjakan sangat! Angah minta top up, ikut saja. Membazir betul! Masa aku sekolah dulu, punya la jakun tengok handphone kawan. Teringin tu memang la, tapi malas nak susahkan abah. Bukan keperluan pun masa sekolah ni. " Sedapnya! Sebijik macam Mak Teh la." Puji Angah ikhlas. Along ni belajar pandai, memasak pun hebat. Tapi sayang, boyfriend takde. "Pandailah mengampu. Siapa call tadi? Bukan main lembut suara." Air milo dituang ke dalam mug. Diteguknya perlahan, menikmati rasanya. Yela, dekat setahun aku tak merasa milo. Menyesal tak bawa milo pergi US. Bukan tak boleh minum hot chocolate, tapi lainlah rasanya. Milo lagi uum! "Ala, member. Dia ajak tengok Transformer weekend ni. Jom lah lepak sekali Along. Tak bosan ke asyik terperuk ja." Aleesa angkat muka. Dipandang Angah lama. Pehal ajak aku teman dia dating ni? "Along fikir pe? Bukan boyfriend Angah la. Haikal ada game weekend ni, pergi Melaka. Ni Aiman." Dahi Aleesa sudah berkerut seribu. "Aih, player betul Angah ni. Haikal takde, Aiman pula?" Angah gelak. "Along ni! Aiman ni kawan baik Angah la, dia tu yang kenalkan Haikal. Bukan kami berdua ja, Su pun ikut sekali. Sorang lagi classmate, Zul maybe nak join juga." Kawan baik? Hish, ada ke lelaki perempuan jadi kawan baik? Aku ni dengan lelaki pun berat mulut, nak jadi kawan baik apanya. Tu aku, ni Angah, mestilah tak sama. "So, macam mana? Jom la. Along tak rindu nak drive ke?" Ceh, dah agak ada sebab lain ajak aku ni. `Angah ni, cakap jela nak minta tolong hantarkan. Boleh ja nak hantar tapi dengan syarat dah siap homework la." Pisang goreng disumbat ke mulut. Sedap juga. Wah, puji diri pula. Hehe. "Along ni, tahu-tahu aja,memang kakak mithali!" Angah mencapai mug di depannya. Terus diteguk laju. " Oit, pemalas betul anak dara ni! Nak ambil mug sendiri pun berat punggung ke?" Angah cuma gelak. Along aku ni kuat membebel. Baik diam ja, jangan balas. Nanti penat nak tadah telinga.
Aku ke kau Along? 2
"Aik, lawanya! Dalam kereta pun pakai macam ni?" Angah buat muka pelik. Diperhatinya Along atas bawah. Cantik! Cukup dengan blouse unggu, jeans gelap dan tudung warna lembut. Cukup menyerlahkan penampilan Aleesya. Along tarik muka selamba. Mentang-mentanglah masa zaman sekolah aku comot je. Ingat aku tak pandai bergaya ke apa Angah ni.Dicapainya kunci kereta Myvi kepunyaan abah. Nasib baik ada myvi, cuak juga nak naik Honda Accord, manual tu. Tak reti aku. Di US, dia mana pernah guna manual. Kali terakhir guna manual pun, masa ujian memandu dulu, itupun 2 tahun lepas. "Kata nak tengok Tansformer, Along pun minat gak nak tengok," Aleesya menyarung kaki ke sepatu. Cukuplah pakai sneakers, belum terbuka hati nak pakai kasut tumit tinggi. Mau jalan tak cukup tanah nanti. Angah terkial-kial membetulkan letak tudung. Adoi, lajunya siap Along ni! "Kejap la Along!" Aleesya berpaling melihat Angah. Hampir terjojol biji matanya. "Ya Allah, baju apa Angah pakai ni! Nama ja pakai tudung!" Angah buat muka selamba. Ah, ceramah lagi! "Ala Along. Oklah ni! Jomlah, nanti lambat," Cepat-cepat Angah mengelak dari bersoal jawab. "Ketat sangat tu Angah. Pergi tukar. Kalau tak, tak payah pergi!" Tegas Aleesya bersuara. Kalau tak aku, siapa lagi yang nak tegur. Abah sibuk memanjang, mana sempat nak belek Angah pakai baju apa. Nak harap Mak Teh, dia sekadar makan gaji, bukannya darah daging sendiri. Angah tarik muka. Namun dipanjat juga anak tangga. Dari melepas Transformer, ikut sajalah. Angah, angah. Risau aku macam ni. Baru setahun saja aku pergi, dah lain macam dah adik aku ni. Tak tahu nak harapkan siapa, setakat telefon, bukan nak masuk pun dalam kepala tu. Buat habis air liur aku saja telefon tiap-tiap minggu. "Ni ok?" Tanya Angah malas. Kalau tak ok, memang aku pakai baju kurung nanti! Aleesya senyum. "Ha, macam ni la. Sopan." Angah mencebik. Nak suruh aku jadi ustazah la tu! Enjin dihidupkan. Terasa lain macam pula, padahal, baru setahun tak bawa kereta kat sini. "Kenapa Along? Tak biasa belah kanan eh?"Angah terkial-kial menarik tali pinggang duduk. Apahal liat semacam ja seat belt ni. "A"ah. Lain lain macam. Tapi ok je kot," Gear undur dimasukkan, brek tangan dilepas perlahan-lahan. Berhati-hati dia memulas stereng. Cuak juga bila nak undur keluar dari rumah ni. Sempit. "Sana bawa auto ye Along? Eh, Along bila nak beli kereta?" Kereta sudah mula bergerak. Angah sibuk mencari siaran radio Hot fm. "Auto jela. Sana orang banyak pakai auto je. Banyak lah nak beli. Along rela naik bas je," Pandangannya tetap fokus di hadapan. "Yeka. Senang lah camtu. Ala, nak pergi jalan, kan ke senang ada kereta," Tangannya berhenti menekan bila lagu nyanyian Rossa, Cinta terlanjur masuk ke corong telinga. "Kitorang sewa ja mau nak jalan. Ada je yang murah. Tapi sewa atas nama senior, sebab tak cukup umur lagi.Eh, kanan kan Angah?" Terasa ragu-ragu pulak. Tapi rasanya betullah lepas ni belok kanan. "A"ah kanan. Umur berapa baru boleh?" "21" "Ler, tahun depan dah boleh la, nanti Angah visit Along, senang nak bawa jalan," "Yela tu. Banyak la duit abah. Angah ni tak teringin ke belajar oversea?" Dari jauh, dilihatnya kereta bersusun-susun, bergerak macam ala-ala siput. Ah, ni yang aku tak suka ni. Jem strawberry la pula. "Entah. Tak kot. Angah ni bila fikir pasal u, kolej pun dah macam pusing-pusing gitu. Tak bestnya belajar!" "Ler, boleh pula tak suka belajar. Tak nak study, nak buat apa? Kerja? Kerja apalah Angah boleh buat dengan SPM je. Sekarang ni, orang ada degree pun melangut ja tau. Susah nak cari kerja." Angah sudah tarik muka. Ha, dah mula la tu, ceramah free. Ni yang malas ni bila sembang dengan Along. Dikeluarkannya telefon bimbit, buat hilang boring dengar ceramah. "Angah, dengar tak pa Along cakap ni. Tak habis habis bersms. Macam lah setahun tak jumpa," "Sms Aiman jap, Tanya nak jumpa kat mana." Aleesya diam. Akhirnya dia yang penat. Buang karan betul bagi nasihat kat budak nama Aneesa ni.
Aku ke kau Along? 3
Aleesya sudah terpusing-pusing kepala mencari budak nama Aiman. Dia tahu ke aku kat sini. Angah ni pun memandai tinggalkan aku kat sini. Nasib baiklah Aiman tu budak-budak je pun, kalau tak, tak ingin aku menunggu sesorang macam gaya tunggu boyfriend ja pon. Ish, dah la tak ada experience dating. Aiyo, Aleesya, Aleesya. Relax la, budak tak cukup umur je pon. Ni la peluang aku nak kenal kawan-kawan Angah. Boleh la aku tegur sikit Angah tu, mau nampak muka Aiman tu macam kutu rayau. Takpun mat rempit ke, ish, mau dia ajak Angah pergi merempit sama, mau aku kejar dia balik dengan myvi! Pastu, terus sumbat masuk jail. Ha, padan muka! Aleesya tergelak sendiri dengan imaginasinya yang agak ekstrim itu. "Ehem!" Secepat kilat Aleesya berpaling. Aiman menahan senyum.Terlebih terkejut la tu. Tu la, gelak lagi sorang-sorang macam orang sawan! Gila ke pa, gelak sorang-sorang makcik ni. Aleesya hanya mengangkat kening, maksudnya "Apahal? Takpun "Ya,kenapa?". Yela, dah termalu tadi, terus rasa anak tekak hilang, tak boleh nak bercakap. Lidah pula rasa macam kena belit. Lelaki itu terus duduk tanpa dipelawa. Mak aih, silap girlfriend ke apa mamat ni?? Aik, cup! Aiman? "Aiman?" Akhirnya terkeluar juga suara. Aiman angguk. "Aneesa mana? Tadi baru nampak dia?" Wajah Aleesya ditenung. Lain betul dengan Aneesa, takkan ni Along yang Man cerita tu? Lawa semacam ja. "Dia pergi beli tiket." Aleesya sudah tak senang duduk. Bukan tak biasa dia bercakap dengan lelaki. Tapi berduaan macam ni. Aku bayang Aiman tu macam bebudak hingusan ja. Ni dah macam bapak Aiman ja, eh terover pula, macam abang Aiman. Aiman ada abang ke?? Ah, peduli apa aku dia ada abang ke tak! Stop it Aleesya, mulalah tu nak merepek! He"s only sixteen! Relax! Agaknya Aiman ni terlebih hormon sampai muka budak enam belas pun dah jadi macam dua puluh! "Kakak Aneesa?" "Yupe. Satu kelas ke?" Berkerut kening Aiman. Satu kelas?? "Satu kelas dengan Aneesa ke?" Haish, lampi betul la dia ni. Aiman sudah tergelak. Aleesya buat muka pelik. "Hello! Muka saya muda sangat ke sampai awak ingat saya ni sixteen?" Dahi Aleesya sudah berkerut seribu. Aneesa kawan baik dengan budak tua macam ni? Entah entah tak habis sekolah ni. Memang nak kena sound ni. "Dah tu? Belajar lagi tak ni?" Bukan niat nak menghina. Tapi bila masuk bab adik-adiknya, tak kiralah Aneesa ke Amirah ke. Dia mesti tegas. Ini tanggungjawab aku sebagai kakak merangkap mama. Ni janji aku pada mama. "Eh mestilah. Ingat saya ni mat rempit ke? Mat rempit pun belajar tau!" Perli Aiman. Suka suki ja soal aku, gaya macam makcik-makcik yang tak puas hati dengan bakal menantu! Alessya tersengih. Mat rempit?? Boleh baca fikiran aku ke mamat ni?? "Ooh.. Dah lama kenal Aneesa?" Daaa… sah memang makcik la dia ni! Pelayan lelaki yang datang membawa menu menyelamatkan Aiman dari terus diasak soalan pelik. "Kejap ye. Ada lagi dua tiga orang." Ujar Aleesya laju. Tak sempat si pelayan membuka mulut.Dia hanya angguk. Angguk tanda faham kot. "Eh bang! Kejap!" Cepat-cepat Aiman memanggil bila dilihat si pelayan mahu angkat kaki. Aleesya buat muka tak puas hati. Apahal pula ni? Dipandang sekilas wajah Aiman. "Nak tengok-tengok menu dulu," Pelayan itu senyum lantas meletakkan menu di hadapan Aiman dan Aleesya. Aleesya mencebik. Langsung tak disentuh menu itu. Nak lari dari soal siasat la tu. Sorry ye, ni Aleesya la. "Kita order dulu nak? Bebudak tu telan ja pa menda pun," Aiman buat muka kering. Sibuk mata membelek gambar pizza. Dibiarkan soalan Aleesya tadi tak berjawab. "Aiman, awak ke yang kenalkan Haikal dengan Aneesa?" Akhirnya terkeluar juga soalan yang ditahan sedari tadi. Ingat nak berbasa basi mula-mula, tapi mamat ni macam main-main aci kejar pula. Baik aku straight to the point je. Aiman angkat kepala. Muka sudah bertukar macam tempe nak basi. Haikal? Siapakah?? Penin aku dengan makcik sorang ni. Dah la aku tengah lapar ni! Kang dengan-dengan kau aku makan! Aleesya mengangkat kening, menunggu jawapan Aiman. Buat-buat muka pelik pula dia ni. Mengaku jela. "Who"s Haikal?" Hah, kan dah keluar ompoteh. Bagi makcik ni faham sikit. Cakap Melayu macam cakap dengan ayam itik. Aleesya menjegilkan mata. Mamat ni, nak mainkan aku ke. Nasib la bukan sixteen, kalau tak..hishh.. Aleesya menghalau imaginasi pelik yang secepat kilat datang. "Cik Aiman! Tak payah la nak buat muka macam tu. My sis bagitahu yang awak, Aiman kenalkan Haikal, boyfriend kesayangannya tu dengan dia." Ha, punyalah cantik ayat aku susun, kalau nak buat muka macam tempe basi lagi, alamat pecah kena hempuk dengan handbag baru aku ni. Aiman mengerutkan dahi, berfikir. Aiman? Aiman sudah tepuk dahi. Ya Rabbi, patutlah cakap macam ayam dengan itik. Dia ingat aku ni Man? Yang aku pun satu, terlupa nak kenalkan diri, aku ni Aiman Arif, not Aiman, member Aneesa. Giliran Aleesya pula berkerut seribu. Fikir kenapa Aiman macam orang sawan. Mula-mula muka macam tempe basi, lepas tu, tepuk dahi, lepas tu... ha! tengok! tengah gelak pula dah! "Sorry, sorry.." Maunya tak sorry, muka minah ni dah macam udang terbakar aku tengok. Sebelum apa-apa melayang kat muka aku yang handsome ni… buat malu je nanti. "Sorry awak kata? Awak ingat elok sangat la tu, mengajar bebudak macam Aneesa tu berboyfriend?" Ha, sudah! Aku cakap lain, dia faham lain. "Kenapa? Aneesa tu bukan bebudak lagi. Normal lah tu.." Aiman buat muka kering. Nasiblah kau makcik, bukan nak bagi aku chance cakap. Asyik nak fire aku je. Terdengar suara gelak di belakang. Terus menutup mulut Aleesya yang baru terbuka, mahu menangkis cakap Aiman. Atau lebih tepat ceramah free bak kata Aneesa. "Uih, sembang apa ni kak? Mesra gitu!" Aleesya hanya memandang Aneesa sepintas lalu. Diam. Malas nak menjawab. Mesra la sangat! Sikit lagi ja nak melayang pinggan ni.. "Ni la Along kau? Wah, cun la kakak kau Nis!" Man sudah terkekeh-kekeh. Aiman buat-buat pandang menu. Mati la aku lepas ni, sure transform jadi hulk! Mau transform jadi kereta macam transformer tu, boleh la gak aku drive. Tetiba terbayang makcik di depannya bertukar hijau. Aiman sengih sendiri. Mata Aleesya sudah membulat. Ditenungnya Aiman kemudian ditenungnya pula budak lelaki bertopi merah yang sudah duduk di sebelah Aiman. Siapa pula ni? Ditolehnya ke kanan pula, Aneesa buat muka pelik. Pehal Along ni? Kusut semacam ja.Aneesa buat muka yang bermaksud "Why?" Aleesya yang sudah faham benar dengan riak wajah Angah mengisyaratkan pula dengan mata. "Tu la Aiman or Man. My best buddy!" Dipandang Man sekilas. Man sengih menampakkan gigi. Aiman? Yang nu siapa pula? Kembar tak sama umur ke?? Namun dibiarkan bersarang dalam kepalanya sahaja. Terasa taufan Katrina sudah menyelinap masuk ke dalam badannya, tinggal nak keluarkan ja, sembur dekat lelaki yang keparat marat mengaku diri Aiman! Hidup hidup aku kena tipu! Tahan Aleesya, relax. "Along! Lama tak nampak. Mimpi apa datang hari ni? Nak belanja kitorang ye?" Ramah Aneesa menegur Aiman. Aiman yang sedari tadi sibuk mengeja isi menu, terus angkat kepala. Aleesya pandang ke lain. Memanggil pelayan. Malas dah aku nak duduk sini lama-lama. Mau melayang sudu garfu ni nanti! Nak mengamuk ada, malu pun ada juga. Maunya tak malu, suka suki aku fire dia tadi. Yang dia bangang sangat mengaku Aiman tu sapa suruh?? "Along baru habis projek. Lepas ni dah tak terperap dah kat studio tu.." Along? Sejak bila Angah ada Along versi lelaki pula ni?? "Cuti la ni? Belanja la Along..Bukan selalu pun," "Betul betul betul.. Malu la sikit kat Along Nis ni..setakat lima enam puluh apa la sangat," Sampuk Man. Aiman hanya ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Cuak juga tengok makcik sorang ni lain macam ja. Betul betul jadi hulk kang! Aleesya buat tak peduli. Sibuk memesan pizza. Angah yang baru tersedar Alongnya sedang membuat pesanan mula kalut. Maunya tak, diorang selalu berbalah bila bab pilih pizza ni. Lain selera,susah. Tapi selalunya last last Alongnya mengalah juga. "Eh Along, Angah nak tuna.. tak nak royal masala.." "Pesanlah sendiri. Along gi toilet jap," Angah sengih. Tak tunggu lama, sepantas kilat, Aleesya sudah angkat punggung. Dipusingnya ke belakang tanpa fikir panjang. Seriusly,aku tak tahu nak buat muka versi apa, nak cakap pun macam tersekat-sekat kat kerongkong je. Better aku blah kejap sementara tunggu pizza siap. "Awak!" Nyaring suara Aiman menusuk telinganya. Taufan Katrina yang dipendam sekian lama hampir-hampir terkeluar. Dia berpaling, masih ada hormat. Takkan nak tunjuk perangai depan bebudak ni. Aku gak yang malu nanti. Cukuplah sekali malu. "Tandas kat situ," Di saat itu, terasa muka kena percikan minyak masa tengah goreng ikan! Eh, tak! Bukan setakat percik gitu-gitu je ni, tahap kena simbah dah ni! "Emm.." Lantas kakinya cepat-cepat menghayun ke arah ditunjukkan Aiman. Deringan lagu Bunkface, situasi bagai menyelamatkannya dari jatuh ke dalam gaung. Laju dia menekan punat hijau telefon bimbit itu. Tanpa membalas hello, terus dia berteriak, "Sarah! Aku nak terjun laut!!"
salam.. happy sesangat baca cerita ni very fun mengubat hati saya yang dilanda gelisah ini apa-apa pun nice try semoga bertambah2 idea unk menghasilkan karya yang mantap dan mencabar diri dalam mempelbagaikan karya. all the best
wah...best la cite ni..sempoi je..xhabis2 saya gelak..hihi..menghilangkan tension siapkan assgnment..hehe..smbg la lg ye...keep up writing.. ~nadz~ wnmfarah_farisha@yahoo.com
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
haha.
cun ar story ni!
tp kalo ade space lg best bca...