Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Adakah itu suatu kebetulan? Kebetulan yang membangkitkan seribu persoalan. Angin bertiup damai diiringi dengan hempasan lembut ombak ke pantai. Aku tersenyum sendirian mengenangkan kejadian yang agak memalukan diriku sendiri. Kanak-kanak sibuk membina istana pasir mereka yang selalu dimusnahkan ombak kecil. Jeritan mereka yang sedang leka bermandi-manda memeriahkan suasana. Tidak kurang juga yang sedang asyik menjamah makanan yang dibawa sambil menghayati pemandangan semulajadi ini.
xxx
‘Ciri-ciri wanita idaman terdapat pada nama yang tertera di bawah:
1-Nor Nadia bt Rasyid (5 Sains 1)
2-Syazwani Adira bt Muhamad Mokhtar (5 Sains 2)
3-Siti Hajar bt Jalal (5 Sains 2)
4-Hani Adriana bt Mohd Razi (5 Sains 1)
5-Mona Syahira bt Sulaiman (5 Sastera 2)
6-Izzati Hana Athirah bt Zulkifli (5 Sastera 1)
7-Nurul Farah bt Akmal (5 Sastera 2)
Oleh itu, kami pihak pelajar lelaki ingin pelajar perempuan lain mencontohi perangai dan sikap mereka yang tersenarai. Sekian~
Hasil tulisan kami;
Raziq & Faris (5 Sains 1)
Syafiq & Jo (5 Sains 2)
Kamal (5 Sastera 1)
Khairul & Zamarul (5 Sastera 2)’
Aku terpempan melihat apa yang tertulis di papan hitam lebih-lebih lagi melihat namaku yang tersenarai di tempat yang keempat. "Kan betul aku cakap…Kau tak percaya…" Fatin menguatkan lagi apa yang dikatakan padaku tadi. Aku segera mengambil pemadam papan hitam dan segera memadamkan namaku. Nampak gayanya, Raziq dan Faris yang bertanggungjawab dalam hal ini. "Hani,kau marah ke?" tanya Fatin. "Mestilah aku marah…" jawabku lalu segera beredardaripada kelas 5 Sains 2. Fatin cepat-cepat membontotiku. Kami berdua sudah terlambat untuk pergi berjumpa dengan kaunselor bagi membincangkan aktiviti motivasi yang akan dijalankan tidak lama lagi.
Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang memerhatikan mereka berdua sejak tadi. Lebih-lebih lagi terhadap Hani.
xxx
"Tak sejuk ke sayang?" tanya suamiku yang prihatin yang mula memelukku. "Ish..kat sini ramai orangla…." Tegurku. Suamiku pun mula melepaskan pelukannya dan segera memegang erat tanganku. "Tangan awak ni,sejuk…Nanti demam kang…Jom masuk dalam.." ajaknya bersungguh-sungguh. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepalaku. Dia mengalah dan berlari-lari anak menuju kearah hotel penginapan kami berdua sambil menjerit kepadaku, "Abang gi amik baju sejuk kejap tau….Jangan lari mana-mana…Duduk diam-diam kat situ.."
xxx
Aku mencari-cari buku nota sejarah milikku. Mana ni? "Kau cari apa?" tanya Raziq kepadaku. "Buku nota sejarah aku...Kau ada nampak tak?" tanyaku pula. "mm..tak tahu pulak..Secret admire kau yang amik tak?" usik Raziq. Aku hanya mendiamkan diri. Suka sangat usik aku dengan secret admire aku! Aku bukannya pelajar perempuan yang boleh dikategorikan sebagai cantik, peramah, pandai, mahupun aktif. Aku hanyalah seorang pelajar perempuan yang pendiam dan pasif. Mana ada orang macam aku yang diminati lelaki. "Kau tahu tak, masa kau lari 800 meter, masa hari sukan haritu, secret admirer kau sokong gila-gila kat kau. Walaupun kau dapat tempat terakhir, dia tetap back up kau bila kita orang yang lain berpakat nak ‘boo’ kau tau…" terang Raziq tanpa dipinta. "…sebab tu, aku tulis nama kau sekali.." sambungnya lagi.
Aku memandang kearah Razi dengan pandangan yang agak tajam menyuruhnya berhenti daripada mengusikku. "Ziq, tolong ajarkan add math boleh?" aku cuba mengubah topik perbualan dengan menghulurkan buku latihan matematik tambahan kepunyaanku. Raziq segera meneliti soalan. Aku agak lemah dalam subjek tersebut…
xxx
Satu kotak kecil terletak di atas meja. "Eh,Hani! Kau pun dapat dedication la.." tegur Fatin. Aku mengamati kotak yang mengandungi coklat itu. Kad kecil itu memang tertulis nama dan kelasku. Tiada nama penerima. Hanya ucapan ‘Good Luck tuk Spm!!!’ yang tertera. Aku mana pernah dapat dedication daripada sesiapa. "Budak dorm aku yang bagi kut…" Aku membuat andaian. Tiba-tiba aku ternampak satu lagi kotak kecil di bawah mejaku. Fatin mengambilnya. "Hani, ni baru budak dorm kau yang bagi" kata Fatin yang sudah meneliti kad kecil yang dilekat bersama kotak itu. Aku merenung Fatin dan Fatin merenungku kembali. "Apa-apa pun, aku amik je la kan….dah orang bagi,nak buat camner..Rezeki jangan ditolak kan?" kataku pula yang sudah mula membuka salah satu bungkusan coklat dalam kotak tersebut.
Raziq yang sedang berbual dengan kawannya dari kelas 5 Sains 2 tersenyum puas sambil menunjukkan isyarat ‘ok’ kepada kawannya itu. Aku hanya melihat perlakuan Raziq itu.
xxx
Baju-baju dan barang-barang lain habis berselerak di atas katil. Kalau emak datang waktu ini, mesti dia marah. Aku melihat kes-kes yang berselerak di atas meja. Aku pun mengemaskan fail dan kertas-kertas yang berselera terlebih dahulu, takut maklumat penting hilang. Maklumlah, baru pekerja bekerja sebagai tamat belajar. Sebagai peguam syariah yang baru memulakan kariernya, aku mestilah menunjukkan prestasi yang baik terhadap kerja. "Hei…kau tak bersiap lagi ke?" marah Fatin kepadaku. Dia baru tiba di apartmen yang ku sewa untuk pergi ke majlis ‘reunion’ sekolah menengah bersama-sama dengannya. "Cukup-cukupla tu…Kerja kau ni, tinggallah kejap…" bebel Fatin lagi. "Aku tak tahu nak pakai baju apa…" rungutku. Fatin melihat bajuku yang bertaburan di atas katil. Dia membelek sepasang dua. Akhirnya dia mengambil dress putih yang diberikan oleh abangku. "Pakai ni..dengan tudung tu..dah,cepat…" arahnya. "Tapi…aku tak nak la..kau pilihkan baju lain la…" belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, pantas sahaja Fatin memotong, "Jangan nak ngada-ngada. Cepat bersiap. Aku tunggu kau kat luar.." dan dia pun keluar. Aku termangu seketika. Aku melihat dan cuba untuk memilih pakaian yang sesuai. Semuanya yang lain masih belum diseterika lagi kecuali dress berwarna putih itu disebabkan aku belum pernah pakai lagi setelah abang bagi padaku. Melihatkan tiada pilihan lain,aku pun pantas bersiap bagi mengelakkan Fatim membebel lagi.
xxx
"Mmm..ramai jugak yang datang yer…" komen Fatin sebaik sahaja masuk ke dalam dewan. Matanya melilau mencari rakan sekelas. "Ha,kat sana!" tunjuk Fatin kearah satu kumpulan lantas menarik tanganku menuju ke tempat tersebut. Wah, bergaya habis masing-masing! Maklimlah, sudah menjejaki alam pekerjaan. Ada juga yang membawa teman wanita atau teman lelaki. Tidak kurang juga, ada yang sudahpun bertunang dan berkahwin. Terpana aku dibuatnya. Mana tidaknya, aku masih lagi solo walaupun umur telah pun masuk 23 tahun. Raziq yang sejak dari tadi kelihatan rancak berbual dengan seorang dari rakannya dari kelas 5 Sains 2 tersengih-sengih melihatku. Aku lihat, Raziq ni, memang agak rapat dengan seorang rakannya ini.
"Mana pakwe kau? Tak datang ke? Secret admirer kau pulak,apa cerita?" dia mula mengusikku. Aku hanya buat-buat tidak mendengarnya. Malas aku nak layan. "So, awak kerja apa sekarang ni?" tanya kawan si Raziq pula. "Err..peguam..ppeguam syariah…"jawabku sedikit gugup kerana aku tidak berapa kenal sangat dengan dia. Fatin pergi menyapa kawan yang lain pula bersama Raziq. Aku ditinggalkan bersendirian bersama kawan Raziq. "Wah,hebatnya! Tak sangka yer.." dia memberikan respon. Aku hanya tersenyum. "Awak Syafiq kan?" tanyaku pula. "Ye.." jawabnya pendek. ‘Tahu jugak dia siapa nama aku…’ kata Syafiq di dalam hati. "Dah ada pakwe?" tanya Syafiq dengan muka yang serius. Hani menggelengkan kepalanya. "Belum lagi. Dulu macam ada seorang senior dekat fakulti yang macam berkenan dengan saya, tapi dia tak cakap apa-apa pulak dekat saya. Tapi, kami masih berhubungan lagi la.."
Kenapa dengan aku ni? Selamba sahaja cerita tentang hal peribadi aku dekat insan bernama Syafiq yang berdiri betul-betul di hadapan aku. Aku lihat dia sedikit terkejut dengan jawapan aku. "…tapi kan, saya dulu ada minat kat sorang laki ni,dia dah jadi doktor da. Sebaya dengan kita tapi bukan pelajar sekolah ni la..Dia pun rapat jugak la dengan saya lepas kami join satu aktiviti kat kampus." Ceritaku dengan selambanya lagi. Syafiq kulihat tekun mendengar.Tiba-tiba dia memandangku dengan pandangan yang berbeza. Matanya merenung wajahku dalam-dalam. Kemudian, dia tersenyum. "Kalau saya approach awak boleh?"
"Haa…??!!!" pertanyaan Syafiq membuatkanku terkejut. Jurutera Telekom yang sedang beerada di hadapanku kini mengeluarkan sebentuk cincin dan melamarku. Perlakuannya membuatkan aku sekali lagi terkejut. Aku bertanya sama ada dia serius ataupun tidak. Dia mengatakan bahawa dia serius dan sedang menantikan jawapan daripada aku. Apa yang patut aku jawab?!!
"Awak fakir dulu..Saya tahu yang tindakan saya ni agak tergesa-gesa…Tapi, saya tak mahu ada orang lain yang lebih dahulu mendapatkan awak selain daripada awak. Saya dah lama suka dekat awak." Luah Syafiq lalu meninggalkan aku yang sedang terpinga-pinga keseorangan.
Xxx
Setelah menceritakan mengenai lamaran Syafiq kepada keluarga, mereka hanya menyuruh aku membuat keputusan sendiri disebabkan ianya melibatkan masa depanku sendiri. Emakku merupakan orang yang paling gembira semasa aku menceritakan perihal ini kepadanya, kerana dia tidak pernah menyangka anaknya akan dilamar orang…Bersungguh-sungguh emak menyuruhku mengajak Syafiq bertandang ke rumah.
Aku tiada pilihan lain selain pergi berjumpa dengan Syafiq. "Ehem..Saya dah sampai…So,apa jawapan awak?" tanya Syafiq sebaik sahaja tiba dan tanpa segan silu duduk di sebelahku. Nasib baik dia duduk tidak begitu rapat dengan aku, kalau tidak, ada yang kena ‘baling kasut’ pulak…Mamat ni memanglah…Datang-datang bukan nak bagi salam…Terus je tanya jawapan aku..Tak patut..tak patut…
"mmm…Mak saya ajak awak datang rumah…" terangku. "So,kira setujulah ni kan?" tanya Syafiq. Kulihat mukanya kelihatan berseri-seri mendengar apa yang diperkatakan aku tadi. "Sebenarnya saya tak pasti..Yelah,sebab saya memang tak pernah terlibat dengan percintaan…So,saya tak tahu…" jelasku jujur. Memang aku tidak pernah bercinta dan tidak ada pengalaman langsung dalam hal-hal yang macam ni, kalau nak dibandingkan dengan rakan-rakan perempuanku yang lain.
"Kita pupuk perasaan tu sama-sama.." pujuk Syafiq. Aku hanya mendiamkan diri. "Saya nak bawak awak ke suatu tempat….Awak ikut jelah ye.." pintaku kepadanya. Syafiq memberikan persetujuannya.
xxx
Amir sedang duduk di kerusinya setelah penat membuat rondaan dari satu wad ke satu wad pesakit yang dibawah pemerhatiannya. Dia membuka dompetnya dan mengeluarkan gambar seorang wanita. Dia kemudian melihat berbagai sms yang diberikan oleh wanita di dalam gambar tersebut kepadanya. Serta-merta penatnya seolah-olah hilang. Dia agak rindu dengan wanita itu.
‘Tett!’ bunyi sms baru masuk.
‘Amir, Hani nak jumpa Amir sekarang jugak! Penting! Hani tunggu kat tempat biasa.’
xxx
Zaid sedang mengajar pelajarnya mengenai perkara penting yang perlu diketahui dan difahami dengan mendalam mengenai kes pembunuhan yang menjadi ‘landmark case’ bagi topik tersebut.
‘Tett!’ bunyi sms masuk.
‘Sorry Zaid…but, I really need ur help rite now…Can we meet now at the usual place we used to hang out together…urgent!’
xxx
Syafiq sekarang disebelah kananku. Amir dan Zaid pula sedang berada dihadapanku. Masing-masing sabar menanti kata-kata permulaan daripadaku. Aku meminta mereka memesan minuman terlebih dahulu. Setelah membuat pesanan, aku pun memperkenalkan sesama mereka dan kemudian menundukkan wajahku ke lantai sambil berkata,\"Sebenarnya,Hani nak tahu apa perasaan korang pada Hani. Kalau ada,katakanlah sekarang sebab Syafiq tengah tunggu jawapan dari Hani...\"
xxx
Setelah berlaku kejadian yang memalukan diriku (kerana bagaikan perigi mencari timba bak kata pepatah melayu),aku pun melangsungkan perkahwinanku dengan suamiku, iaitu Syafiq. Syafiq kelihatan sudah muncul dengan baju sejuk milikku dan mula menyarungkannya ke tubuhku dan memegang tanganku erat. Aku hanya membiarkan perlakuannya. Aku kini belajar untuk menyintai kerana cinta masih boleh dipupuk selepas berkahwin.Dia kelihatan tersenyum puas...
Syafiq memegang erat tangan Hani..'Sayang,abang tidak mahu sayang sakit dan terpaksa berjumpa dengan doktor Amir yang sememangnya pernah menaruh harapan terhadap sayang namun abang berasa lega kerana Amir sanggup melepaskan sayang kerana dia merasakan sayang menjadi diri sayang yang sebenar semasa bersama dengan abang. Abang juga bersyukur yang Zaid hanya menganggap sayang sebagai seorang adik sahaja dan tidak lebih daripada itu. Ketahuilah sayang, bahawa abanglah secret admire sayang yang telah pun memberi dedication coklat sewaktu sekolah dulu...Abang sayang Hani...' kata Syafiq di dalam hati sambil tersenyum puas.
xxx
(tamat da~ masa taip balik terasa cam tajuk yg diberi x sesuai dgn jln cerita n agak dry gak r...sori..hu3...)
salam.. ths kpd sume yg sudi mbaca.. tak dinafikan yg mmg pendek cerpen ni... dan ada ksalahan ejaan sikit sorry about that,k... sy akan cuba wat yg lebih baik tuk ms akn dtg thx again sbb sudi singgah n baca!!! _kurakuracomey_
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
Jalan cerita menarik....