Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
5 February 2009,hari pertama Rafif mula menghubungi Zira.Banyak kali dicubanya namun tak juga Zira mengangkat telefon bimbitnya.Rafif tidak tahu yang Zira tidak akan melayan panggilan yang tidak dikenalinya.Akhirnya Rafif menghantar sms untuk mengenalkan diri pada Zira.Mungkin dia dah penat untuk menunggu panggilan yang tak dijawab langsung oleh Zira.Ditunggu-tunggu juga smsnya tadi dibalas,namun masih tidak dibalas."dah tidur agaknya dia ni"bisik hati Rafif.
-------------------
Esok harinya sekali lagi Rafif menghantar sms pada Zira.Entah kenapa teringin benar dia mendengar kabar sahabat sejak dari tadikanya dulu.Akhirnya dibalas juga pesanan sms yang dinanti-nantikan Rafif.Tersenyum lebar Rafif melihat nama yang dinanti-nantikan dah pun membalas pesanan smsnya.
-------------------
Rafif dan Zira adalah rakan sejak mereka tadika hingga ke sekolah menengah.Namun Zira mendapat tawaran untuk bersekolah di sekolah teknik.Rafif dan Zira tidak begitu rapat semasa mereka di sekolah menengah.Selepas tamat SPM,Zira menyambung belajar di Politeknik Sabak Bernam.Rafif pula,terus bekerja.Katanya dia takut nak sambung belajar,takut kalau-kalau dia bukan nak belajar,tapi sebaliknya.Rafif tak pernah mengambil tahu tentang Zira sejak masing-masing menjejakkan kaki di sekolah menengah.Tamat SPM,Rafif hanya dapat tahu yang Zira belajar di Politeknik Sabak Bernam,itu pun dia mendapat tahu melalui rakan-rakan sebayanya yang lain.
--------------------
Zaman persekolahan Rafif dan Zira dah pun lama berlalu.Kini,Rafif dan Zira masing-masing sudah bekerja. "Asslammualaikum.."Rafif memulakan perbualan di telefon.
"Waalakummussalam..ha..Rafif,ada apa telefon aku malam-malam ni..?"Zira menjawab,dia musykil dengan perangai kawannya yang seorang ni.Tak pernah-pernah dia begini.
"Takda apa,saja nak kacau kau.Dah lama kita tak borak-borak..nak tau apa perkembangan kau sekarang.."Rafif mencari topik untuk dibualkan.
Zira memang seorang gadis yang peramah,periang,suka bergurau dan kadang-kadang agak kasar,namun hatinya lembut..Gadis ini tidak pernah lalai untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang hamba pada Allah yang satu.
Malam itu agak panjang juga mereka berbual.Maklum la,dah lama tak mendengar suara masing-masing.Mereka pun dah meningkat dewasa,jadi banyak perubahan yang berlaku pada mereka berdua.
----------------------
Zira baru seminggu mendapat pekerjaan di Puncak Alam.Setiap kali Rafif menghubungi dia,ada saja yang dirungutkannya.
"Raf...aku nak berhenti la...tak tahan keje kat situ.straight sangat.."keluh Zira pada Rafif.
Puas sudah Rafif mendengar keluhan Zira itu,timbul pula rasa kasihan pada gadis yang suka ketawa ni. "kesian kat kau Zira"bisik hati Rafif. "Kenapa dengan tempat tu?Ala..kan kau baru je kerja..biasa la tu.."Rafif cuba menaikkan semula semangat Zira. "Kuatkan semangat sikit..apa ni lemah sangat..biasala baru-baru memang rasa macam tu.Lama-lama nanti ok la.."Rafif terus menaikkan semangat Zira agar dia dapat bertahan dengan tempat yang baru Zira bekerja.
----------------------
Tibalah hari yang Rafif tunggu-tunggukan,hari lahir Zira pada 14 February.Rafif dah lama membeli hadiah untuk kawannya ini.Mereka bertemu di tepi jalan sebelah rumah Rafif saja.Zira membawa adiknya Farah.Zira bukanlah gadis yang suka untuk keluar dengan mana-mana lelaki walaupun yang dia jumpa ini adalah rakan sejak dari tadikanya dulu.Rafif telah memberi hadiah pada Zira dengan hati yang cukup gembira.Entah kenapa perasaan Rafif benar-benar bahagia.Dilihatnya pula gadis yang berada di depannya sekarang ini cukup manis. "Kau makin manis Zira..padanla dengan sikap kau yang masih berpegang teguh pada agama."bisik hati Rafif. "Selamat hari jadi Zira..sweet 24.."ungkapan itu saja yang terkeluar dari mulutnya."terima kasih Raf.."Zira membalas ucapan.
Sejak malam hari lahir Zira,Zira kerap menghubungi Rafif kerana dia mendapat panggilan percuma dari celcom sempena hari lahirnya.Telefon bimbit Zira tidak akan dimatikan ketika mereka hendak tidur.
-----------------------
Perasaan Rafif yang selama ini gembira tidak disangka akan menitiskan air mata pada suatu malam.Rafif telah meluahkan segala perasaannya pada kawan lamanya ini.Betapa terkejutnya Zira mendengar kata-kata yang keluar dari mulut kawannya yang selama ini banyak ketawa.Tak sangka dia,yang Rafif akan serius dalam sekelip mata.Mereka berbual ditelefon.
"Zira,aku tak tau perasaan ni wujud masa bila,tapi makin lama ia makin mendalam..aku suka kat kau zira..aku sayang kau..kalau boleh aku nak luahkan depan-depan kau" kata-kata ini terpaksa Rafif lontarkan kerana dia dah tak mampu lagi untuk menahannya.
"Terima kasih Rafif sebab kau sayangkan aku..tapi Raf,aku harap kau faham dengan apa yang aku nak cakapkan ni.Aku takkan dapat terima cinta kau sebab......."tak sempat dia menghabiskan kata-katanya.
"Sebab apa Zira..?"pintas Rafif dengan suara yang agak sayu. "mak aku pernah pesan kat aku,supaya cari calon suami yang lebih matang dari aku supaya dapat bimbing aku.."perlahan Zira meluahkan kata-katanya.Dia tau dia akan mengecewakan kawannya ini.
"Tapi aku tak pernah nak ambik port apa yang mak aku kata..tapi aku tak nak lawan cakap mak aku..hope kau faham Rafif..mungkin mak aku nakkan begitu sebab dia dah ada pengalaman.."berhati-hati Zira untuk berkata-kata.Takut benar dia kalau Rafif akan tersinggung.Tapi apa yang dia boleh lakukan,nak tak nak terpaksa juga dia menyatakan pada Rafif.
Rafif masih terdiam ditalian,air matanya dah pun mengalir sejak dari tadi.Puas dia cuba menahan air matanya agar tidak mengalir,namun apakan daya,dia tidak dapat mengawal perasaan yang cukup sedih dalam dirinya. "Maafkan aku Raf,aku tak niat nak kecewakan kau.Aku harap kau dapat faham situasi aku.."itu saja kata-kata yang mampu zira katakan.Jauh sudut hatinya,dia bersimpati dengan kawannya ini.
"Aku ni tak layak ke untuk kau Zira...?" akhirnya sambil teresak-esak,dengar juga suara Rafif yang sejak dari tadi berdiam diri. "hmmm...."Zira mengeluh kecil,bukan begitu maksud sebenar gadis ini. "Bukan camtu Raf...sekarang ni bukan masalah layak atau tak,tapi kau fahamkan apa yang aku cakap tadi..?Bukan aku nak semua ni..tapi aku tak mampu nak halang apa yang mak aku hasratkan.."lemah Zira berkata. "sekali pun kau terpaksa terseksa dengan pilihan mak kau..?"lagi sekali persoalan ditujukan oleh Rafif dan kali ini agak tinggi sedikit nadanya. "mungkin..dan mak aku pernah cakap,kalau aku tak jumpa sesiapa calon suami masa aku umur 25 tahun,mak aku akan carikan calon suami untuk aku..."dengan nada yang berani zira terpaksa berterus terang dan kali ini hati Rafif benar-benar seperti dihiris-hiris.
"Aku cintakan kau Zira.....aku sayangkan kau...." sekali lagi Rafif meluahkan apa yang dia rasakan pada gadis yang sedang bercakap dengannya ini. "Ok..aku tau Raf,tapi aku harap kau faham keadaan aku..kenapa mesti aku Rafif..?kenapa...?"semakin berani dia untuk mendapatkan kepastian Rafif.Bukan untuk menyakitkan lagi hati kawannya,tetapi dia nak kawannya tahu keadaan sebenar.Kuat gadis ini mempertahankan air matanya dari jatuh ke pipi. "Sebab kau cukup segalanya bagi aku Zira.."cukup jelas suara Rafif yang beserta dengan tangisan mengiring kata-katanya.Luluh benar hatinya tak dapat menahan kesedihan yang dirasakan.Air mata lelakinya tidak lagi dihiraukan untuk terus mengalir dan tanpa sedar didengar jelas oleh seorang gadis.
"Maafkan aku Raf..aku tak berniat nak kecewakan kau.Aku tak sangka kau ada simpan perasaan dengan aku...terima kasih Raf kerana ada perasaan cinta kat aku.Tapi tolongla faham dengan keadaan aku "sekali lagi Zira menjelaskan pada Rafif dengan apa yang dah terjadi.Dia sedar sekarang ni bukanlah keadaan yang diinginkannya. Berkali-kali gadis ini memohon maaf.
"Baiklah Zira,aku faham..aku sedar aku ni siapa.Aku memang tak layak untuk kau.."terhenti kata-kata Rafif. Kali ini Zira pula memintas kata-kata Rafif."Bukan camtu Raf,tak baik kau cakap camtu.Mungkin aku bukan orang yang layak terima cinta kau..tolongla Raf..jangan macam ni.."rayu Zira.
------------------------
Lama mereka berdiam ditalian,yang terdengar hanya tangisan seorang lelaki yang masih teresak-esak menangis sendirian.Sedih benar perasaannya,tak dapat dia nak menahan air mata lelakinya dari terus mengalir. "Dah la Raf..jangan la macam ni..kitakan kawan.."Zira cuba memujuk.
"Ye,kita memang kawan,tak lebih dari seorang kawan..maafkan aku Zira.Maafkan aku sebab ada perasaan macam ni dengan kau..tapi percayalah,aku tak paksa ia datang.."sayu suara Raf. "Aku faham dan aku percaya yang kau tak paksa perasaan tu datang,tapi aku berharap sangat kau faham dengan apa yang aku cakapkan tadi.."tenang gadis ini cuba menenangkan kawannya.
"Zira,aku akan cuba buangkan perasaan ni jauh-jauh.Lepas ni,aku tak dapat nak caring kau lagi macam selalu..Tak dapat la aku nak dengar kau ketawa...bergurau...tak dapat nak bersaing pergi tempat kerja..aku pasti aku akan rindukan itu semua..aku tak berdaya Zira,tapi aku terpaksa lakukan juga demi menjaga persahabatan kita..aku tak nak bermusuhan dengan kau.."panjang kata-katanya kali ni.Sambil teresak-esak dia menyuarakan kata-katanya.Zira hanya diam mendengar apa yang dikatakan oleh Rafif.Air matanya sudah mula berlenang.Akhirnya,mengalir juga air mata gadisnya.Sayu dia mendengar apa yang dikatakan oleh Raf sebentar tadi.Seolah-olah mereka takkan berjumpa lagi.
-----------------------
Malam itu,Rafif dan Zira tidak dapat mengawal perasaan masing-masing.Rafif pula tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam.Teringat dia pada akhir kata Zira tadi sebelum mereka memutuskan talian. "Raf,aku minta maaf sangat.Aku harap kau faham situasi aku.Kau rehat la Raf,jangan fikir sangat.Kalau ada apa-apa,kau ‘fun talk’ je aku ok.."
Selepas kejadian malam itu,Rafif masih belum dapat membuang terus perasaannya pada Zira.Masih terasa peritnya dengan apa yang dia rasakan.Mereka masih berhubung Cuma keadaannya tidak sama seperti dulu.Rafif cuba untuk tidak kerap menghubungi Zira sperti dulu.
------------------------
2 Mac 2009,Rafif menemani ibunya ke Tesco Setia Alam untuk membeli barang keperluan rumah.Entah kenapa,malam itu tangan Rafif gatal menekan nombor telefon Zira.Banyak kali dia mendail nombor gadis itu,tetapi tak berjawab. "Tengah buat apa agaknya dia ni..sibuk ke?"Rafif mengomel keseorangan,langsung tak dihirau ibunya yang makin jauh menuju ke pintu masuk Tesco.Rafif menghantar sms pada Zira. "Askum..ngah watpe tu..?".Tak lama kemudian,Rafif menerima satu pesanan sms.Dilihatnya di skrin telefon bimbitnya tertera nama Zira.Terkejut Rafif membaca mesej yang dikirim oleh Zira. "Hye,bz skit..mak wat kenduri sempena nak sambut bakal menantu anak sulungnya..".Hati Rafif seperti tercabut.Luluh hatinya melihat sms yang dikirim oleh Zira.Sudah tentu anak sulung itu adalah Zira.Rafif terus menelefon Zira.Dua,tiga kali baru diangkat panggilannya. "Betul ke apa yang kau masej aku ni..?".tak sabar Rafif,sampai lupa dia nak memberi salam. "Betullah...kau kat mana? Lalu la depan rumah aku.Ramai orang..." bersahaja Zira menjawab pertanyaan Rafif.
--------------------
"Aku kat Tesco,bawa mak beli barang dapur..macam mana nak tengok...tapi betul ke?."sekali lagi Rafif bertanya pada Zira.Cemas betul dia. "Betullah...."Zira ketawa kecil. "Kenapa kau gelak..?"semakin tak tentu arah Rafif dibuatnya. "Tak ada lah....aku buat kenduri doa selamat sempena aku sebulan bekerja kat Puncak Alam tu...Ko kenapa Raf..?kalau betul pun,tak salah kan..?".Zira bertanya sambil ketawa kecil. "Errrrr..tak ada apa-apa lah.."agak gugup Rafif untuk menafikannya.Ternyata jauh sudut hatinya,dia belum berjaya membuang ke semua perasaannya pada gadis ini.Sebab itu dia agak cemas mendengar perkhabaran yang diberitahu Zira tadi.Itu lah Zira,dia suka benar bergurau.Kadang-kadang sampaikan dia tidak sedar gurauannya tadi mencemaskan kawannya.
---------------------
Tanpa mereka sedar,hubungan mereka agak rapat semula semenjak kebelakangan ini.Zira pula tak putus-putus memberitahu hasratnya untuk berhenti di Puncak Alam tu. "Aku nak berhenti jugalah Raf..tak tahan aku..dah la akak yang dah lama kat situ dah berhenti,semua kerja dia aku yang kena ambik alih.Teruk la macam ni.Next week aku nak pergi temuduga tentera kat Sungai Buloh.."panjang Zira mengomel pada Rafif.Rafif hanya bersetuju dengan keputusan Zira.
---------------------------
Tibalah hari untuk Zira di temuduga.Tapi malang nasibnya kerana dia diperintah keluar dewan kerana tidak membawa sijil kelahiran. "Rafif.......................!!aku tak dapat nak temuduga tentera tadi...".Zira mengadu pada Rafif. "la..kenapa pulak..?"Rafif kebingungan. "Aku tak bawa surat beranak aku..aku tak tau pulak dia nak benda tu..." seperti hendak menangis saja suaranya. "Aku tak kira,sok aku nak pergi temuduga kat Gombak pulak..itu je la yang terakhir..."Zira merungut.Rafif hanya senyum disebalik talian mengenangkan kawannya ni agak kelam kabut. "Zira-Zira...."bisik hati Rafif.
"Dah kemas dah barang-barang yang nak di bawa sok..?Jangan ada yang tertinggal lagi.."tanya Rafif agak tegas mengingatkan gadis ini. "Dah....." ringkas saja jawapan gadis ini.
Nama Rafif tertera di skrin telefon bimbitnya. "Hah..macam mana temuduga siang tadi?Bila keputusan keluar..?"tak sabar Rafif nak tahu tentang keadaan Zira. "ok la...semua berjalan lancar..keputusan bulan 5 nanti la.."agak geram Zira bila Rafif bertanya soalan seperti itu,masakan hari yang sama keputusan akan keluar. "saje je dia ni.. !!"Zira berbisik geram. "apa kau cakap..?"tanya Rafif yang ketawa kecil di sebalik talian.Berjaya juga dia mengenakan gadis ini.
---------------------------
Jun 2009,hubungan mereka berdua agak rapat tanpa mereka sedari.Mungkin bagi Zira tiada apa yang berbeza kerana sikap dia memang begitu,tetapi bagi Rafif,dia dapat merasakan sesuatu kelainan dalam hubungan mereka.Terjadi sekali lagikah?
---------------------------
Hari itu Rafif dapat tahu yang Zira hendak keluar bersama Oji rakan sekolah mereka juga dahulu.Puas Rafif cuba memujuk Zira untuk bersama-sama mereka berdua,namun sikit pun tak dihiraukan Zira.Tetapi nasib menyebelahi Rafif,dia berjumpa dengan Syarul yang juga rakan mereka sejak tadika.Akhirnya Zira dan Oji akur dengan Rafif dan Syarul untuk minum bersama di Restoran Rasa Ibu di Pekan Ijok.
-----------------------------
Oji adalah pelajar di UPM Serdang,manakala Syarul bekerja di Petaling Jaya dan akan menyambung pengajian di UKM Bangi.Antara mereka bertiga,hanya Rafif saja yang tidak menyambung pengajian.Terpinga-pinga juga la Rafif bila mereka bercerita tentang University. "Kau tak mintak sambung belajar ke hari tu Zira..?"Tanya Syarul pada Zira. "tu la,kawan-kawan aku ada bagitau aku dia orang semua dapat sambung belajar,aku tak apply satu pun..mood nak belajar dah takda la Rul.."bersahaja Zira menjawab soalan. "ada la tu yang di hajatnya.."Rafif menyampuk tiba-tiba.Ketawa mereka berempat. "Eh,aku nak berhenti kat tempat aku keje tu,kau apply la kat tempat aku tu..dia nak cari staff baru..try je..nanti aku hantar emailnya lat kau"Syarul menyuarakan pandangan. "Ha..pegi la Zira,kau pun cakap kat tempat kau sekarang ni tak ok kan?"Oji setuju dengan apa yang dicadangkan Syarul. "Haah la,ok gak tu Zira,try je dulu..dapat ke tak,tu belakang kira ok.."Rafif pula menyuarakan rasa setujunya.Namun jauh di sudut hatinya begitu berat dia nak biarkan Zira pergi.Masakan tak berat hatinya,dia boleh dikatakan selalu sahaja menemani gadis ini pergi ke tempat kerja di Puncak Alam tu.Namun dia terpaksa akur,dia tak sepatutnya begitu dengan Zira. "em..ko hantar jela email tu,tengok la macam mana nanti.."seakan-akan malas Zira menjawab.
----------------------
Malamnya Rafif menghubungi Zira untuk mengetahui apa keputusan gadis ini. "Macam mana dengan apa yang Syarul cakap siang tadi..?" "Entahla..aku tak tau lagi,kalau aku pergi kat tempat Syarul tu,and kalau dapat,aku nak dok mana..?"dia merungut. "Hmmm..payah gak eh..tapi nak buat macam mana..."Rafif turut kebingungan. "Tengok la nanti macam mana..kau tak payah risau..."Zira dah malas nak berfikir.
-----------------------
Pagi tu mereka masih lagi pergi bekerja bersama.Rafif bekerja di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur,namun sanggup saja dia menemani gadis ini.Risau benar dia kalau-kalau ada apa-apa yang berlaku pada kawannya ini. "Cik Zira,boleh anta email utk send resume kau ni..."Rafif menghantar sms pada Zira.Malam tu Zira meminta Rafif membantunya untuk emailkan resume untuknya ke tempat Syarul bekerja.Lama kemudian,Zira membalas sms Rafif.Walaupun berat untuk Rafif emailkan resumenya,namun dia terpaksa juga.
-------------------
Malam tu Rafif dan Zira seperti biasa berbual ditelefon.Malam tu Rafif kena cukup-cukup dengan Zira. "Padan muka kau,malam ni aku buli kau.."puas gadis ini mentertawakan Rafif. "yela..ko kena kan la aku puas-puas..takpe-takpe.."seakan-akan merajuk nada Rafif.Tapi sikit pun tak di hiraukan Zira.Inilah yang membuatkan Rafif cukup gembira bila berbual bersama gadis ini.Cukup kelakar,namun gadis manis ini masih kenal batasan.
--------------------
Seperti biasa Rafif akan menunggu Zira di stesen minyak BHP.Nampak saja kereta Proton Persona lalu di hadapannya,dia terus mengekori kereta tersebut.Sudah tentu yang memandu kereta itu gadis yang selalu dihubunginya.Proton Persona yang dipandu Zira menuju ke stesen minyak Petronas. "Kenapa Raf?macam moody je..?Apa dah jadi..?"tanya Zira pada Rafif.Agak pelik gadis itu melihat Rafif yang tak seperti selalu.Sedangkan malam tadi mereka berbual ditelefon dan bergurau. "Rafif terasa ke dengan aku..?"bisik hati Zira.Takut juga gurauan dia malam tadi menyinggung Rafif. "Tak ada apalah...aku ok je..."jawab Rafif menafikan apa yang dikatakan Zira. "Raf,kau nape?Mudy je..you tell me why?"Rafif mendapat sms dari Zira. "Mana ada moody,aku ok jela..tak ada apa ok.."ringkas Rafif membalas sms zira. "Aku cuma penat sikit je Zira..."hati Rafif berkata-kata sendiri
--------------------
Hari yang sama,Rafif ke Sungai Buloh kerana ada tugasan di situ. Jam sudah menunjukkan 12.30 tengah hari.Dia berehat di sebuah warung kerana tekaknya berasa begitu kering.Telefon bimbitnya berbunyi,ada mesej masuk.Tertera nama Zira di skrin. "Aik?tiba-tiba je sms ni..ada apa..?"Rafif bertanya dalam hati. "Jgn mudy2 lg ek..emm..i think you..hbs hbsla hbs hbs..hehehehe.."tersenyum sendirian Rafif membaca sms dari gadis yang istimewa dalam hidupnya.Dia langsung tidak peduli akan orang sekeliling melihat dia tersenyum sendirian.Dibalas mesej "Takla..mane ade mudy..ok dah..pose tak ni..?"Zira berpuasa Rejab katanya hari ini.Inilah yang amat menarik hati Rafif kerana gadis ini tetap berpegang teguh pada agama.Rajin gadis ini mengamalkan perkara-perkara sunat yang dituntut Allah.Lama Rafif menunggu smsnya dibalas.Tapi tiada juga,namun Rafif masih tersenyum.Berulang kali dibaca sms yang diterimanya tadi.
-----------------------
Zira mendapat panggilan dari Petaling Jaya tempat Syarul bekerja,menyatakan dia perlu hadir untuk di temuduga Jumaat ini.Dalam masa yang sama dia juga mendapat panggilan untuk bekerja di Shah Alam. "Raf,klu kat Shah Alam tu,1 haribulan 7 ni dah kena start keja.Kalau tempat Syarul tu aku dapat la kan,aku nak dok mane?"persoalan itu juga yang keluar lagi.Rafif hanya mendengar saja rungutan gadis manis ini. "Macam ni la,sok kau pegi je kat tempat Syarul tu dulu,try macam mana..kalau tak dapat tak apa la kan,kalau dapat sekali pun,still boleh fikir lagi sama ada nak pegi ke tak kan...?"Rafif memberi cadangan.Namun seperti dari awal lagi,Rafif begitu berat untuk melepaskan Zira pergi.
-------------------
Jumaat tu Rafif mengambil cuti,kononnya dapatla dia teman gadisnya ini untuk ke temuduga.Tapi ternyata Zira memang seorang gadis yang baik.Tak semudah itu untuk dia keluar bersama lelaki. "Kenapa kau cuti hari ni Raf...?" tanya Zira,dia agak hairan mengetahui Rafif cuti. "Takda apa,aku nak pegi buat buku ASB aku..buku tu hilang,so aku cuti la nak buat buku tu..."ternyata itu hanyalah alasan kedua dia.Rafif begitu risau akan keselamatan Zira.Kalau boleh dia nak saja bersama-sama Zira,dan mengetahui keputusan temuduga itu segera.Rafif menelefon Syarul berkali-kali bertanyakan tentang Zira.Naik pelik Syarul melihat kerenah Rafif.
--------------------
Malam itu sekali lagi Zira menyatakan yang dia akan berhenti di Puncak Alam lebih-lebih lagi dia dapat tahu dari rakan sekerjanya yang pengurus di tempat kerjanya sudah marah kerana dia kerap bercuti.Itu menguatkan lagi untuk dia berhenti. "Raf,aku nak buat surat resign,isnin aku nak bagi kat manager aku..."Zira agak tegas menyatakan hasratnya kali ini. "Ok,kalau dah macam tu,berhenti je la..so,ko akan bekerja kat Shah Alam rabu ni..?"tanya Rafif agak sayu.Dia tahu yang dia tak akan berpeluang untuk bersaing lagi ke tempat kerja.Mana taknya,Zira akan keluar seawal 7 pagi,dan Rafif pula akan keluar 8 pagi.Memang dia tidak akan lagi berpeluang untuk melihat gadis ini seperti biasa.
--------------------
Hari ini adalah hari terakhir Zira akan bekerja di Puncak Alam.Pagi tu Rafif dapat rasakan yang dia akan kesunyian selepas ini.Mereka berhubung malam tu ditalian. "Zira,sok kau dah keje kat tempat barukan...?Jage diri baik-baik ye..aku dah tak dapat nak ‘caring’ kau lagi macam dulu,sedangkan kalau boleh aku nak ‘caring’ kau selalu.Kau pun dah besar kan?aku pecayakan kau..jaga diri baik-baik..drive hati-hati masa pergi and balik keje..jangan lupa mesej aku.jangan lupa aku...kalau ada apa-apa,bagitau je..."panjang Rafif memesan pada Zira.Ternyata,risaunya kali ini lebih mendalam dan dia dapat merasakan sesuatu akan berlaku antara mereka. "thank Raf......kau pun keje elok-elok ok..take care always.."Zira juga memesan pada Raf.Sekali lagi air mata lelaki Rafif mengalir.Tidak tahu kenapa hatinya sedih sekali.
----------------------
Pagi itu ,Zira menghantar sms pada Rafif. "Raf,aku dah sampai da..weh,nk mintak tolong ni,topupkan aku dulu,nnt aku bayar blk..nk tepon akak tu.."tersenyum Rafif melihat sms dari Zira. "Eh,macam tau-tau je kau ni,aku baru nak telefon kau.."bisik hati Rafif. Malam tu Zira agak keletihan kerana berulang tempat yang agak jauh.Gadis ini tak biasa untuk berulang sejauh ini.Namun dia menyatakan pada Rafif yang dia seronok bekerja di tempat barunya.Rafif juga tumpang gembira. "Alhamdulillah....semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan perlindungan pada kau Zira.."Rafif berdoa dalam hati.Sememangnya nama gadis ini tidak pernah lekang dari bibirnya ketika dia memohon doa pada Allah.
-------------------
Hari kedua Zira bekerja di Shah Alam,malam itu Zira tak dapat dihubungi Rafif.Tertera di skrin telefon Rafif‘call waiting’. Rafif berbisik dalam hati "Dengan siapa dia bercakap ni..?".Fikiran Rafif berkecamuk,tak tentu hala dibuatnya.Entah kenapa dia jadi begitu.Kemudian Rafif melalui depan rumah Zira,kelihatan Zira baru saja sampai.Dicubanya berkali-kali menghubungi Zira,ternyata Zira masih bercakap di dalam talian.Sekali lagi air mata Rafif berlenang namun kali ini dia tak rela menitisknnya.
----------------------
Rafif teringat akan kata-kata Oji, "Rafif,kalau kau nak ada hubungan serius,Zira bukan untuk kau.Carilah orang lain..bukan aku nak cemburu,aku cakap camni pun sebab aku tak nak kawan-kawan aku kecewa oleh kerana situasi...kau tak salah kerana cintakan dia,dan dia jugak tak salah kerana Zira memang bersikap macam tu.Dia mesra Raf,dia mudah bergaul..keadaan yang wat korang jadi macam ni..dan kau tau kan sebab-sebabnya..?Tapi kenapa kau nak ulang untuk kali yang kedua?Sedangkan kau tau apa keputusannya..tak salah kau nak mencuba,tapi aku faham benar Raf,Zira tu macam mana.."terngiang-ngiang suara oji ditelinga Rafif.Ternyata Oji benar-benar faham akan sikap sahabat baiknya itu. "arrrrrrggghhhhhhh.............!!!!!!!!!!!!!!!!! kenapa dengan aku ni????? Bodohnya aku!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!..."Rafif menjerit keseorangan.
----------------------
Sabtu itu benar-benar pahit untuk Rafif telan.Apa yang di rasakan selama ini,benar-benar terjadi dan dia sedang menghadapinya.Petang itu selepas asar,Rafif dah berada di hadapan pejabat Zira.Dia sendiri tak tahu kenapa dia bersikap sampai begitu sekali.Dengan hati yang kuat,Rafif menanti Zira keluar dari pejabat.Tepat jam 7 Zira keluar.Rafif terus ke kereta Proton Persona milik Zira yang sejak dari tadi dia menunggu tuannya. "Rafif?dari pukul berapa kau tunggu aku ni..?"Zira agak terkejut melihat Rafif berada di situ. "dalam 4 lebih tadi..3 kali aku ada kat sini.."memang benar katanya,3 kali dia berulang alik ke Shah Alam semata-mata menunggu gadis itu.Ternyata perbuatan Rafif itu silap.Rafif menerima sms terakhir dari Zira pada malam itu.. "aku xde ape nk ckp lg.aku da solat n da mandi.xyah risau ok.terima kasih banyak2..nite..". Hati Rafif bagai tercabut entah ke mana.Dia hilang arah.Rafif terpaksa akur untuk kali yang ke dua.Semua kegembiraan bersama Zira selama ini hilang tiba-tiba.Hingga kini mereka masih tidak berhubung.Namun Rafif tidak pernah lupa untuk memesan pada Zira akan keselamatannya.Dia tetap risaukan kawannya ini.
-----------------------
"Bodohnya aku...kenapa aku buat semua ni..?Aku hanya menyakitkan hati kawan aku sendiri..sekali pun Zira membenci aku oleh kerana kebodohan dan kesilapan aku sendiri..Kau bodoh Raf!Kau bodoh!Sanggup kau sakitkan hati kawan kau sendiri..! Apa yang kau dapat bila kau buat macam tu?Memang patut kalau Zira nak benci atau marah kau...memang salah kau..semua ni kebodohan kau Raf!Kebodohan kau!!...." Rafif marah akan dirinya sendiri.Kali ini air matanya dikeluarkan sehabis-habisnya..
Apa lagi yang boleh Rafif lakukan.Dia hanya berpegang kata-katanya sendiri walaupun dia terpaksa hadapi..Rafif tidak mahu kehilangan kawan yang dirasakan cukup baik baginya.Puas dia mohon maaf pada Zira,namun tak pernah dibalas lagi sms-sms dari Rafif,apatah lagi panggilannya. "marah betul kau kat aku Zira...maafkan aku Zira...maafkan aku..." Rafif berbisik dalam hati.Air matanya terus mengalir....
-------------------
"Zira,terima kasih isi ruang hidup aku walaupun aku seorang yang merasakannya..dan kau tetap kawan aku sampai aku mati...! Maafkan aku kerana mencintai kau.."bisik hati Rafif.
Akhirnya Rafif dapat menghubungi Zira.Berkali-kali dia minta maaf pada Zira. "Raf,aku hope ko ok,aku ok je kt sini..jgn risau kau tetap kawan aku..kau seorang yang baik Raf.Untung sesiapa yang memiliki hati kau nanti.Bagi aku susah nak jumpa lelaki seperti kau sekarang ni Raf.Aku harap kau akan jumpa insan yang betul-betul layak terima cinta kau.Aku juga nak minta maaf dengan apa yang dah berlaku.Kita masih boleh berkawan.Jangan kerana perkara ni,kita bermusuhan.."panjang Zira berkata-kata.Dia tahu yang Raf harus redha dan menerima hakikat ini.
-----------------------
Rafif dan Zira kini berkawan seperti mereka dahulu.Rafif tidak mahu mengingat apa yang sudah berlaku.Rafif cuba untuk menerima hakikat dan dia harus redha dengan apa yang sudah berlaku. "aku tetap kawan kau..dan kau tetap kawan aku.."inilah kata-kata akhir yang keluar dari mulut mereka berdua. (cite yg same..mereka still bekawan sampai skg.)060809
baiknye rafif ni..heheheh..anyway,mmg baik pun..insyaallah die akan dpt org yg sepadan dgn die..ttg penulisan cerpen ni masih bole ditingkatkan lagi..teruskan usaha..
rafif,kau mmg baik..cerita ni menunjukkan segalanya.dan ia mmg benar2 tjadi pd kau kan penulis?aku tahu.. sukar utk berjumpe lelaki sprti kau.tapi apekan daya,jodoh di tgn tuhan.aku tau betapa perit kau rasekan. zira pula kini telah dijodohkan dgn pilihan ibunya,dan dia akur.aku mendoakan agar kau tabah utk hadapi sume ni raf..aku tahu sgalenye.smoga Allah mmberi kau kekuatan utk mneruskan khidupan.Doakanlah zira agar dia bahagia selamanya.
klu btul cite ni.sbnarnye untung zira ade org yg caring dia smpai camni skali.mne la nk jmpe org cam rafif tu.tp tu la,dia lak akur nagn kptusan ibu dia.emm..sian rafif, sbr ye...mungkin ade hikmah sume ni blaku.zira mmg baik,camtu jgk rafif..tp xde jodoh..so nk wat cane.. kite xmampu nk lawan takdir,bak kate "aku juga lelaki" doakan la kebahagiaan zira tu.itu lbih baik.jgn la de prasaan dendam..
susah kita nak mesra dg kawan yg tak sama jenis....pasti ada yg salah faham atau tersalah anggap. Tapi rasanya mereka nielah yg akan terlebih faham dr mereka yg sama jenis dg kita.... taniah utk penulis dapat melahirkan citer yang bernas. teruskan berkarya
assalammualiakum sume...sy nk ucap trime kasih yg teramat sgt kerana sudu beri komen tntang penulisan sy. ni la 1st time sy wat cerpen.dan sy buat pon ni pon mase sy cube nk tenangkan fikiran.mmg btul kate sorg komen di atas,ni mmg terjadi pd sy.hingga kini masih trase pahitnyer..tp apekan daya sy,sume ni takdir Allah.sy xmmpu mlawan.smoga dia akan bhagia selalu.:-)
ermm..bagusla cite ni. lagi2 yg penulisnya adalah lelaki. eh, betulkan? lelaki? sekurang-kurangnya dpt tau isi hati sebenar org laki ni cane. yg saya suka part yg zira bg sms pd rafif yg buatkan rafif senyum sorg2. pdhal,isi kandungan msj tu bukannye lawak pun. dlm dunia REALITI, BETUL KE MACAM TU??? ish.. cite ni mcm iras2 kes sy jer. ye lah. org laki ni kdg2 terlebih ada perasaan. padahal kita kwn biasa2 je sama mcm kita kwn dg member laki yg lain. tp,...ish.. entahlah.da lah msj hari-hari. soalan pun soalan sama je tiap2 hari.. asyik2 "apa khabar, sihat, da makan, wat pe tu.." kita ni kdg2 naik rimas gak di tanya cam tu. boleh dikatakan NAIK BORING,BOSAN jg la. kita nk berkawan biar berpada2. kalu duk contact hari2, mmg menJEMUkan. hmmm.. tp dia pulak da org x reply tu, faham2 je la kan. ish.. x faham la dg org laki ni. tp, apa yg saya nak tau, kalu org laki tu kata BEST kwn dg kita dan x mcm bkawan dg kwn pompuan lain tu, APA MAKSUDNYA ye??? ish.. musykil musykil. pe pe pun, untuk penulis... teruskn lg dg idea anda menulis bg pihak lelaki.. hehehe.. GOOD LUCK.
best gak cite nie..ada gak kena-m'ngena ksh idup aku skrg..hehe..keep it up penulis..gud job.. trs'n b'karya..leh tgkt'n lg skill b'karya tu pd ms2 akan dtg..anyway..jgn pts asa..apa yg t'jd ada hikmahnye.. if u love somebody,set them free...doakan k'bahgiaannya..:)
i like this story.. baik rafif tu .. if they all sememangnyer wujud.. hopefully sinar hidup sentiasa menyinari u all termasuklah pada insan2 y sedang bercinta. betul kate dia if u love somebody set them free..
mmg agak serba salah kalu kwn baik kita sndiri meluahkan prasaan sprti ni lg2 dh knl lme.. so hope writer lbh tabah n 1 hr ti writer mnemui cinta sejati.. nice story actually..
salam..time kasih byk2...ye sy lelaki.. cite ni mmg tol jd kt sy.. xpela,dah takdir..pnjang lg sbnrnyer..smpi skg masih blum habis citenye..klu de mase insyaallah sy akn smbung cite sterusnya slpas pe yg dah jd.
HUHUHUHU...Cte nyer sama cam live aku....xberubah pown... ble di cerpenkn camni bru aku perasan...yg lelaki nih x punyer hati yang sama cam pompuan...dorang mudah terusik hati nyer ble sama2 ngn perempuan..-nua-
mesti awk akn prasan..xpon,t dia yg akn luahkan.. so awk kenal pasti la spe2 kwn awk yg awk rapat n dia layan awk best je.ingat..jgn bgi hgarapan..uih..sdih tu..
Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga .........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...
hmm,risonye klo kwn bek sndri 'ske' kt kte....bkn pe,cume xbsedia lg je..tp syok kwn ngn laki coz snang cte,xde nk kcoh2 cm gurl,even sy gurl pn..besh lorr cte ni,bce ulang2 pn sonok lg..pape pn,congrats 4 the writer coz leh ctekn jalan idup nye ngn bek..keep it up! (",)
jangan mudah dipermainkan oleh wanita...tak semestinya lelaki saja yg suka mengambil kesempatan, kaum hawa tidak terkecuali..dulu saya pnh memiliki kawan lelaki seperti raf..tetapi saya yg menaruh hati pd dia..dan dia melayan seperti saya teman wanitanya..melarang saya bkawan gn lelaki lain tapi dlm masa yg sama...dia berkata hubungan kita xkan lebih dpd seorg kawan..adilkah kepada wanita spt saya....
cerpen yang berkisrkan kisah hidup penulis sendiri mempunyai jalan cerita yang lebih sempurna dan nilai-nilai keoriginalan tu semestinya ada.good job writer.nice story.anyway, you should be strong.hidup mesti di teruskan.
Hmm cerita ni macam sama je dengan cerita aku sekarang . Tapi , hmm aku still tunggu dia . Sedih beb :(
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
ok gak cite ni.gud job