Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Dia memetik gitar dengan perlahan.. Menghayati melodi yang digubahnya saat itu. Melodi yang sangat sayu..Perlahan-lahan memorinya dengan gadis yang dikenalinya sejak 2 bulan lalu berputar di mindanya, seolah-olah tayangan cerita yang begitu indah.. " Cantiknya!!" kata Alisa gembira. Cincin yang dibuat dari rumput itu dibeleknya gembira. " Nanti, bile Neal dah ada duit banyak, Neal belikan Alisa cincin yang sebenar.." Alisa pantas mengelengkan kepalanya.. " taknak... Neal simpan duit tu untuk Neal. Alisa suka cincin ini..." Dia memandang gadis berambut pendek paras bahu itu.. " Tapi..." Alisa menyarungkan cincin itu di jari manisnya. " cantikkan?" katanya sambil ketawa manja..Angin petang meniup rambutnya lembut... Neal tersenyum memandang gadis yang dicintainya ini.. " Jangan tinggalkan saya... " " kerana ia menyakitkan.... " bisik hatinya. Khayalan Neal tersentak saat mendengar bunyi pintu biliknya dikuak perlahan.Petikan gitar terhenti. " gadis itu datang lagi, tuan muda..." kata lelaki muda yang berdiri di depan pintunya. Gitar diletaknya ke tepi..
Alisa tahu, Neal tahu dia ada di situ Tapi, dia betul-betul tak faham kenapa Neal buat dia begini? Kenapa Neal tak mempedulikannya? " Neal memang macam tu... Alisa, ko deserve dapat lelaki yang lebih baik." Kata-kata sahabatnya Zeara terngiang-ngiang di telinganya. Alisa memeluk tubuhnya yang sejuk ditiup angin malam. Rumah banglo 3 tingkat berbumbung biru itu ditatapnya. " hari nak hujan baik awak pergi." Suara itu mengejutkan dia. Alisa berpaling mengharapkan Neal tetapi.. " Neal tak akan turun..." " takkanlah... Awak dah cakap saya nak jumpa dia tak?" Kevin mendekati Alisa. Gadis suci itu dipandangnya lembut. " jangan jadi bodoh Alisa!!! Neal bukan Neal yang awak kenal dulu! Dia dah kembali..." " Memang dia dah kembali, tapi saya tahu dia masih ingat saya. Ingat semua kisah kami 2 bulan lalu... Dia tahu..." kata Alisa yakin. " Kalau dia tahu pun dia bukan seorang lelaki yang baik. Dia ego, sombong, kaki perempuan....Dia takkan terima orang macam awak... " " Tak... saya tahu dia berbeza..." " Tapi, saya tahu diri Neal yang skrang ni... " balas Kevin Alisa mengelengkan kepalanya.. Dia mengetap bibirnya... Dia yakin... Dia yakin dengan Neal. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan Neal berubah..
" Alisa!!! Saya dah ingat!" panggil Neal berlari mendapatkan Alisa.Dia menceritakan segalanya, tentang kehidupannya, tentang Kevin... semuanya tentang dirinya yang \'hilang\' sejak 2 bulan lalu... Malahan accident yang berlaku 2 bulan lalu yang menyebabkan dia kehilangan memori pun dapat diingatinya dengan jelas.. Alisa menangis... " kenapa menangis..." " sangat gembira...saya sangat gembira Neal!" kata Alisa sambil tesedu-sedu. Air matanya disapu lembut oleh Neal.. " Saya akan balik KL... Saya akan dapatkan cincin yang betul untuk awak... Saya..." Kata-kata Neal terhenti... " jangan tinggalkan saya... ok?" kata Neal dan mengucup dahi Alisa.
Peristiwa 2 minggu yang lalu menyebabkan dia yakin, Neal dah berubah. Dia bukan lagi anak orang kaya yang mementingkan harta semata-mata... Anak lelaki kaya yang hanya tahu berfoya-foya...Dia tahu cinta Neal ikhlas, tapi kenapa lepas itu, dia gagal berjumpa Neal? Kenapa?
" Neal kata, awak bodoh... dia Cuma mempermainkan awak.. " Jantung Alisa terasa seolah-olah disentap kasar. " Dia kata orang miskin macam awak Cuma memalukannya.... " sambung Kevin lagi. " jadi, saya akan tunggu.... Saya nak dengar dia sendiri cakap macam tu.." Kevin terkejut mendengar jawapan Alisa. Kenapa perempuan ni begitu yakin dengan Neal? "kenapa..." " Saya dah janji takkan tinggalkannya... Ia akan menyakitkan Neal..." Kevin menanggalkan jaketnya dan disarungnya pada Alisa yang tergamam dengan kelakuan Kevin. " Baik, awak pakai ini.. Malam nie akan hujan..." " terima kasih..." kata Alisa perlahan.. " Maaf." Kata Kevin kemudian melangkah meninggalkan Alisa, masuk ke banglo milik Neal. Di langit, bunyi guruh kian kuat kedengaran. " Cinta awak pada Neal buat awk jadi bodoh, Alisa... sama macam Neal." bisik hatinya..
"Sampai sini sahaja mesyuarat kita... Good work everybody." Kata Neal sebagai penutup mesyuarat hari itu. Memandangkan dia adalah CEO paling muda dan berbakat di Syarikat MeXture, kepulangannya sangat dinantikan semua orang. Selama 2 bulan, mereka cuba mencari Neal yang dah hilang ingatan akibat accident tempoh hari, dan kini.. CEO muda itu sudah kembali menerajui syarikat. Dan yang pastinya, dia langsung tidak kekok menjalankan tugasnya walaupun pernah hilang ingatan dan tinggal bersama keluarga nelayan di kg. Merbak... Neal mengemaskan barangnya.. " Welcome back, Mr.Neal.." ucap pekerja-pekerjanya sebelum mereka meninggalkan bilik mesyuarat dan Neal hanya mampu tersenyum. " Ganggu bleh?" " Suzie, awak keluar dulu.." arah Neal saat melihat Kevin masuk. " Kenapa?" tanya Neal acuh tak acuh. " Alisa demam..." Tap.. Fail di tangannya terlucut... " 2 hari.. Demam panas..." Neal tersentak. Dia mengutip kembali failnya yang berterabur di lantai. " itu jer ker? " Kevin mengelengkan kepalanya, geram dengan kelakuan Neal. " Aku tak boleh lakukannya lagi Neal.. Aku tak sanggup nak..." " Dia hanya orang asing." Kata-kata Kevin terhenti saat mendengar kata-kata Neal. Tetapi yang paling mengejutkannya adalah nada suara Neal yang begitu dingin, seolah-olah Alisa adalah seorang asing baginya. Gadis yang menjaganya selama 2 bulan itu, gadis yang dicintainya sepanjang 2 bulan itu, gadis yang banyak mengembalikan kegembiraan, gadis yang sepenting nyawanya itu- kini kembali menjadi orang asing bagi Neal.Kevin keluar.Tiada apa-apa lagi yang hendak dicakapnya. Neal merenung jauh... Matanya sayu.. " Maaf.." ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mak Embun terkejut melihat 2 biji kereta mercedes dan sebuah lori berhenti di rumah teresnya. Nak kata sedara maranya, hendak beli kereta kancil pun perlukan ansuran inikan pula kereta mercedes. Seorang lelaki berkaca mata hitam keluar dari kereta mercedes yang pertama dan mendekati Mak Embun. Di tangannya,sejambak bunga rose putih. " Tuan Muda kami mengucapkan terima kasih." Katanya sambil menyerahkan bunga tersebut pada Mak Embun yang masih terpinga-pinga dengan semua ini. Beberapa orang anak muda keluar dari lori dan mengangkut masuk sebuah tv plasma, kerusi urut Ogawa, Set Hi-fi, Set Sofa kulit made from Itali dan Komputer riba jenama Apple yang terbaru. " eh, nak bawa ke mana tu... nie... Nie.. sapa tuan muda tu? Makcik tak kenal sape-sape..." kata Mak Embun sedikit gagap, keliru dengan semua yang berlaku di depan matanya ini. Jiran-jiran di sebelah rumahnya mula keluar menjenguk. Rata-rata ingin mengetahui perkara sebenar, malahan yang busybody mula berbisik sesama sendiri melihat barangan mewah itu tiba-tiba menjadi milik Mak Embun. " Tuan muda itu Neal, makcik.." sampuk Zaera yang tiba-tiba muncul di pintu. Serentak, Mak Embun teringat anak muda yang hilang ingatan tempoh hari. Dah 2 minggu budak itu tak menjenguk mereka, katanya ada hal penting di KL. Sejak itu juga, anak daranya, Alisa asyik termenung ajer. Mak Embun tersenyum... Anak muda itu memang baik. Selalu membantunya di kedai. Malahan, dia sangat bersopan santun dan menghormati orang tua. Sejak bila budak tu jadi Tuan Muda. " Ada Neal cakap nak datang sini? Lama dah makcik tak jumpa dia..." " Dia takkan datang lagi." Kata Zaera yang berdiri di sisinya. Wajah Zaera tampak serius. " Kenapa marah-marah nie Zaera...Neal..." " Dia nak putuskan segala hubungan dengan kta." Mak Embun masih tak faham. Lelaki bercermin mata itu mengeluarkan cek bernilai 50000. " Tuan muda beri semua ini sebagai tanda terima kasih kerana menjaganya sepanjang 2 bulan." " Kenapa dia tak datang sendiri?" " a\'ah... Makcik pun nak jumpa dia.. Bz sangat ker Neal. Apa yang dibuatnya kat kl tu?" Sampuk Mak Embun. Lelaki itu membetulkan cermin matanya. " Tempat hina ini tak layak dipijak oleh tuam muda." Pap! Zaera tak dpt menahan marahnya lagi. Celaka! Celaka Neal! Dia ingat mentang-mentang dia orang kaya dia boleh buat apa jer... Hina orang sesuka hati. Lelaki itu meraba pipinya yang sedikit kebas ditampar. " Saya Cuma menjadi penyampai tuan muda dan .... " " Tuan muda tak nak ada apa-apa hubungan dan memori dengan tempat ini, dan semua orang." Zaera dah mengagak... " Sebab tu dia bagi segala nie...Neal.. Neal.." Penumbuknya digenggam erat. Mak Embun melepaskan bunga yang dipegangnya... Dia masuk ke dalam.. Kevin keluar dari kereta mercedes yang kedua. Dia berdiri di sisi tingkap cermin kereta yang gelap itu, sambil memandang Zaera dan penyampai tuan muda itu. " terima kasih... cakap dengan Neal, saya banyak-banyak terima kasih." Kevin terkejut saat melihat Alisa keluar dengan wajah yang pucat. " Alisa, kenapa keluar..Biar aku jer settlekan dak-dak nie.." marah Zaera yang menjaganya sejak dia jatuh sakit hari itu. Alisa terbatuk tapi bergerak perlahan mendekati Kevin. " Awak..." " Alisa, awak tak sihat... baik awk berehat." Kata Kevin risau. Alisa mengelengkan kepalanya. " saya dah berjanji takkan tinggalkan Neal. Maaf." Kevin mengetap bibir. Geram dengan kedegilan Alisa... " Neal nak tinggalkan awak Alisa!!,... Tolong lupakan janji tu.." Alisa menunduk " Maaf... Maaf..." katanya perlahan..Dia ingin juga melupakan Neal tapi... entah kenapa dia rasa semua ini tak betul... Dia tak dapat menerima bahawa inilah kenyataannya- Realii Neal bukan untuk dirinya. Kenapa dia begitu mencintai Neal? Kenapa cinta membuatkan dia macam bodoh... Kenapa cinta... " Cinta itu menyakitkan." Kata Kevin seolah-olah mengetahui apa yang difikirkan Alisa. Kevin mengeluarkan kotak berisi pelbagai ubat dan herba untuk demam. " Saya dengar awak tak sihat. Harap awak dapat terima semua ini... Herba GreenCuld bagus untuk legakan panas badan dan..." " Nie no. Dr. Hafishal.. Esok dia akan datang check awak... " Dia menyerahkan kad Dr. Hafishal.. " Tapi..." " Jangan risau... Dr. Hafishal works for free. He\'s my frens." Zaera mengambil kotak ubat dari Kevin. " Terima kasih." Katanya. Sekurang-kurangnya, Kevin lebih baik dari Neal. Dia care pasal Alisa. Alisa hanya mendiamkan diri. Kenapa Kevin buat semua ini.? Orang yang sepatutnya adalah Neal.. Macam mana Neal? Dan... kenapalah dia begitu merinduinya? Senyumannya, gurauannya.. semuanya seakan-akan mimpi.. Kalau ianya mimpi, Alisa tak mahu bangun.. Dia lebih rela tidur selama-lamanya. . " Rehat k..." kata Kevin, mengejutkannya. " Err... Kevin." " huh?" " jangan beritahu Neal keadaan saya skrang. Saya taknak dia risau.." Kevin mengangguk perlahan dan masuk ke dalam kereta. Seketka semua kereta dan lori meninggalkan rumah Alisa. Kevin menoleh pada Neal yang duduk di sisinya,-membisukan diri. Dia hendak bercakap sesuatu tetapi kata-katanya ditelan secara paksa saat melihat wajah Neal yang sayu Dia membisukan diri.. "Neal,ko betul-betul cintakan dia kan?" bisik hatinya. Dia mengeluh... Semua ubat dan herba itu bukan datang darinya tetapi Neal. Neal yang kelam-kabut mencari di semua kedai dan farmasi kat Kl tu. Malahan, dr.Hafishal pun diarahkan oleh Neal untuk melihat Alisa.... Tapi, kenapa Neal tak nak cakap sendiri dengan Alisa. Kenapa perlu berselindung di sebalik cermin ini?
Neal merenung cincin bertakhtakan berlian biru di tangannnya... Cincin yang begitu unik dan sukar didapatinya, sama seperti Alisa. Alisa suci seperti air laut yang membiru, seolah-olah permata yang berada dalam di bawah lautan- dan dia sangat bertuah kerana dapat menjumpainya.. Neal menyimpan kotak cincin tersebut ke dalam laci saat mendengar seseorang masuk ke dalam biliknya. Dia menoleh pada pendatang itu. Seorang lelaki yang beruban, memakai kot hitam dan bertongkat memandangnya tajam. " Tamatkan semua ini.Neal." " Ia dah tamat." Lelaki itu ketawa. Seolah-olah kata-kata Neal begitu lucu didengarnya. " Don\'t think i\'m stupid Neal. She\'s still there!" Neal membisu. " Perempuan begitu tak layak masuk ke keluarga kita. Faham tak Neal!" kata lelaki itu tegas. " If u don\'t stop this nonsense! I will... " lelaki itu melangkah keluar. " Dad!" panggil Neal. Lelaki itu berhenti. " Jangan apa-apakan Alisa dan keluarganya. Saya akan tinggalkan dia." Lelaki itu memandang Nea cuba mencari kepastian akan kata-kata itu. "just let her father pass." Di luar, Kevin mendengar dengan diam
"Pinjaman abang di luluskan!" kata Pak Abu pada isterinya.Mak embun memeluk suaminya. Air mata kegembiraan mengalir tanpa henti. Akhirnya, dapat juga suaminya membuat pinjaman bank untuk kedai makan milik mereka itu. Sebelum ini mereka memang dilanda masalah kerana kawasan kedai itu hendak dibangunkan untuk dijadikan kwasan rekreasi, dengan pinjaman wang itu, sekurang-kurangnya dapatlah suaminya membuka kedai makan baru di tempat lain. "Pak Abu!Pak Abu!" jeritan Mat Dil mengejutkan mereka berdua. " Pak Abu! Kita semua tak yah pindah! Syarikat tu tak jadi musnahkan kedai-kedai kat situ. " kata Mat Dil sebaik sahaja Pak Abu dan Mak Embun keluar ke depan rumah. " Betulker nie Mat Dil?" " Betul, Pak Abu. Kawasan tu tetap dibangunkan jadi tempat rekreasi, tapi kedai-kedai tetap ada kat situ... Lepas nie banyaklah untung Pak Abu bile pelancong-pelancong dok datang situ." Jelas Mat Dil. Pak Abu mengucap kesyukuran. Tak sangka rezeki datang bergolek. Dngan duit pinjaman tu dapatlah dia besarkan kedainya.. Lebih-lebih lagi lepas nie tempat tu dah nak jadi tempat rekreasi. Banyak la ornag datang. Alisa memerhatikan sahaja kedua ibu bapanya dari dalam rumah. Bagusnya... Semuanya berjalan lancar. Kan bagus kalau Neal juga ada di sini untuk berkongsi berita gembira nie? Perlahan-lahan, air matanya mengalir. --------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kevin terkejut melihat Alisa tiba-tiba berada di office Neal. " Alisa? Apa awak buat kat sini?" " Neal.. Dia telefon kata nak jumpa saya." Kata Alisa ceria. Kevin rasa tak sedap hati.Perbualan tempoh hari antara Neal dan Dato\' Ksman terngiang-ngiang di fiikirannya. Dia sangat kenal Neal, perangai Neal- Neal sahabatnya sejak kecil. Dan, dia juga sangat kenal dengan Dato\' Ksman... Dato\' Ksman seorang lelaki yang egoist dan sanggup lakukan apa sahaja demi status dan nama. Dia seorang lelaki yang tidak berperasaan.. dan dia mahukan Neal begitu juga " Neal, takkan kau juga nak menjadi begitu tidak berperasaan...?" bisik hati Kevin. Kevin memandang Alisa... " saya rasa baik awak tak yah jumpa Neal hari nie." Alisa memandang Kevin pelik.Takkan Kevin tak mengerti perasaan dia yang selama ini ingin menemui Neal? Mustahil dia takkan jumpa Neal kali nie.. Neal yang nak jumpa dia... " Walaupun... walaupun mungkin lepas nie saya takkan dapat jumpa Neal lagi. saya masih nak jumpa Neal." jawab Alisa bersedia dengan segalanya. Dia tahu... mungkin dia akan dikecewakan. Mungkin Neal akan menyuruh dia pergi berambus, jangan ganggu mereka lagi seperti mana yang Neal cuba lakukan selama ini, tapi dia masih nak jumpa Neal. Dia sendiri nak dengar semua itu dari Neal sendiri! Saat Alisa melangkah masuk ke pejabat Neal, Kevin hanya mampu memandang. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Kenapa Pn keluar?" tanya Kevin sebaik sahaja melihat ibu Neal keluar dari rumah banglo 3 tingkat ini. Neal hanya memandang ibunya sehingga bayangannya hilang di balik pintu pagar. " Ibu pasti gembira.. Itu yang pentingkan?" kata Neal sambil tersenyum.. Senyuman yang dibuatnya bagi menutupi kesedihan yang terpapar di matanya yang kian jernih. Kevin mengetap bibir. Pak cik dah melampau! Pantas dia berlari mendapatkan Dato\' Ksman yang sedang sibuk di bilik bacaannya. " Jangan pandang uncle macam tu Kevin. Semua ini untuk kebaikkan semua.. Lagipun itu pilihan Neal." jelas Dato\' Ksman sedikit pun tidak berasa bersalah. " Apa... Apa yang ditukar?" " kamu nak tahu..?" Kevin merenung tajam. " engkau." Kevin terkedu. Dato\' Ksman mengusap lembut kepala Kevin yang saat itu berusia 12 tahun. Tua 2 tahun dari Neal. " Memiliki 2 insan teristimewa dalam hidupnya ianya tamak. Ibu dan sahabat baik... Neal buat keputusan yang memastikan kau hidup di sini, belajar, dan terus menemaninya- kalau tidak uncle memang nak kembalikan kau ke rumah anak yatim." Dato\' Ksman tersenyum sinis. " Jadi dia rela buangkan ibunya dari buangkan kau.." " kenapa.. Kenapa pakcik buat macam nie!" Dato\' Ksman ketawa kecil " kesetiaan.. Uncle Cuma nak Neal belajar memenuhi kehendak uncle itu sahaja.. Ibu atau kawan...kasih atau musuh... Semuanya uncle yang tentukan! Neal tak berhak dalam hidupnya!" Itulah perbualan yang paling kejam Kevin dengar. Pengakuan Dato\' Ksman... Dia benci Dato\' Ksman.. Benci dengan kegilaan ini.. Dan saat dia ceritakan semuanya pada Neal.. Neal Cuma menundukkan kepalanya merenung ke lantai. " Ibuku ada kanser dan dia merupakan segalanya untuk aku. Tapi, ayah benci ibu. Sangat benci dan dia mahu aku sendiri menghalau ibu.." " jadi dia buat pilihan... sekiranya aku halaukan ibu, dia akan tanggungkan segala rawatan ibu dan tidak menghalau Kevin." " Kevin, dia masih ayahku... Hidup aku memang dah dikawalnya... Maaf." Maaf? Neal berapa kali kau nak minta maaf? Berapa kali kau nak ucapkan kata- kata itu? ----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Saat pintu bilik Neal dibuka, Alisa rasa seolah-olah jantung disentap!. Melihat Neal mencumbui seorang gadis cantik yang sudah hampir terbuka baju dalamnya membuatkan Alisa merasakan Neal begitu keji. Lelaki keji! " Neal!!" Neal tersentak dan gadis yang tidak dikenalinya itu cepat-cepat membutang kembali bajunya. Neal tersengih. " Oh, gadis dari kg hari tu...huh.. Alisa ha?" " Neal! Apa awak buat nie! Awak...." " Hey perempuan... apa awak-awak?! U don know me! K?" Alisa mengelengkan kepalanya melihat kelakuan Neal yang macam seorang lelaki playboy- yang hanya tahu menghabiskan duit dengan perempuan-perempuan... " Apa nak jadi ngan awak nie Neal? Saya betul-betul tak faham... Awak bukan macam nie...kan? Saya Alisa... Ingatkan?" "Aku kenal kau. Alisa.. sebab tu aku panggil ko." Neal bercakap acuh tak acuh sambil membetulkan bajunya dan rambutnya yang agak serabai disebabkan adengan tadi. " Pasal hal ko jaga aku sepanjang aku hilang ingatan. Aku dah bayar ko... everything.. Syaratnya aku taknak ko KACO aku lagi, faham?" Aku? Alisa membisukan diri.. Aku? Seolah-olah ada jurang antara mereka berdua.. Jurang yang sangat besar. " Awak ingatkan saya alisa.. Ingatkan cincin ini?" kata Alisa lembut sambil menunjukkan cincin yang tersarung di jarinya. " Saya cintakan awak... " Neal tersentak..Entah kenapa hatinya begitu sayu.Dia memandang Alisa. Gadis yang dicintainya... Neal ketawa.. Seolah-olah ianya satu perkara yang lucu. " I know wut\'s goin on.. U like me.. I see... " Dia mendekati Alisa. Rambut alisa dibelainya lembut. " Malam nie, aku jemput ko... We can do some \' fun\' together." Kata Neal dan cuba mengucupi Alisa. Pap! Berdegang telinga Neal saat dirinya ditampar Alisa yang terkejut dengan kelakuan Neal yang biadap itu. " Janji kita lupakan sahaja." kata Neal dengan tidak memandang Alisa. " Apa?" " Tinggalkan saya, Alisa...." kata Neal perlahan, sekali lagi. Kali ini dia merenung Alisa... Alisa terkejut.. Dia tahu kini di depannya adalah Neal yang sebenar.. Neal yang mencintainya.. Neal yang dikenalinya selama ini.. Tapi kenapa? Kenapa ayat itu yang keluar dari Neal? Perlahan-lahan air matanya mengalir membasahi pipinya.... " sekeji mana pun... saya tahu itu bukan diri awak yang sebenar... Saya tahu awak Cuma berpura-pura.. Saya tahu." " Apa yang awk cakap tadi tak benarkan.. Neal.?" Neal memandang ke tempat lain..Tidak menjawab pertanyaan Alisa... Dia betul-betul tak dapat berdepan dengan Alisa lagi... Air mata Alisa... Dia tak sanggup melihat semua itu.. Hatinya sakit.. Alisa berlari keluar...Air matanya bercucuran tanpa henti... " Tinggalkan saya. Alisa...." Alisa tak dapat melupakan kata-kata itu... Selama ini dia tak ambil peduli pada orang lain yang menyuruhnya meninggalkan Neal.. Tapi, kenapa Neal cakap macam tu?? Kenapa!!! Ia akan menyakitkan Neal, jadi kenapa Neal sanggup cakap macam tu?!! Kenapa!!! Kenapa cinta begitu menyakitkan bagi kita berdua?!! Dan Alisa terus berlari... bersama air mata yang tiada hentinya
Neal mengenggam penumbuknya... Saat mendengar Alisa berlari keluar, hatinya sebak.. Sebak dan sangat sakit.. Memikirkan Alisa \' meninggalkannya\' dia rasa sangat sakit... Ianya sangat sakit hinggakan dia lebih rela mati dari menghadapi kenyataan ini.. Neal berlari keluar mengejar Alisa. Dia tahu dia tak sepatutnya tak melakukan semua ini. Dia sudah memilih jalan ini.. Dia perlu berhenti mengejar Alisa.. Berhenti! Tapi entah kenapa kakinya terus mengejar Alisa..Terus dan terus... Dan saat melihat Alisa menahan sebuah teksi dan terus meninggalkannya... Dia masih lagi mengejar. Walaupun, bayangan teksi dan Alisa sudah jauh dari pandangannya... dia masih lagi mengejar.. Mengejar sehingga dia terjatuh... Ianya sakit Alisa.... Sangat sakit.. bisik hati Neal... Air matanya mengalir.. "Maaf...."
Kevin hanya memerhatikan sahaja Neal yang terduduk di jalan.. Neal menangis... Tangisan yang tidak berpenghujung.... Kenapa cinta begitu susah bagi mereka?..... Kevin memandang langit yang semakin gelap...
laaa...abes g2 je...hmm..maaf sy ckp tp cte ni cm cte prince frog versi taiwan je tp cte tu hepi ending yg ni pulak tgntung seelok2nya bt la yg ad endg..whether sad o hepi...doesn't matter la jnji ad endg hopefully...try to improve ur work... try ur best k ps://maaf ya klu trsnggung tp juz tuk kbaikn jer
alahai...cedihnya..huhu tapi saya suka tak kisah la ada ending or tak saya rasa sakit juga...huhuhu kasih saya padanya saya pendamkan saja... kisah ni buat saya sedih=( penulis cerita ni bagus keep up the good work=)
that is life.. no happy ending or sad ending.. kehidupan sentiasa tergantung..
sweet cerpen..
Catat Ulasan
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
laaa knape stop..??
tergantung
ta bes la cmny
smbung la lg.
plzplzplz!