Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
Sudah seminggu Ikmal membisu. Tiada mesej, tiada panggilan. Sarah bingung. Tidak pernah Ikmal bertindak sebegitu sebelum ini. Jika ada apa-apa masalah atau salah faham sekalipun, Ikmal akan menghubunginya untuk menyatakan perkara sebenar. Kali ini memang Ikmal membuatnya betul-betul bingung.
"Sarah, saya sukakan awak. Saya nak jadi boyfriend awak," kata-kata yang terluncur dari bibir Ikmal membuatkan Sarah kaget. Pengakuan berani mati itu benar-benar tidak dijangka olehnya. Sarah memerhatikan sekeliling. Mahasiswa-mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia keluar masuk daripada perpustakaan universiti. Beberapa pekerja sedang membersihkan pancutan air di hadapan masjid.
"Sarah," Ikmal mengembalikan Sarah ke dunia nyata. "Berikan saya masa," Sarah melangkah meninggalkan Ikmal dengan seribu rasa berbaur di dadanya.
"Tit,tit," bunyi menandakan mesej yang dihantar telah diterima oleh pihak yang satu lagi menerobos pendengaran Sarah. Dia mengeluh. Sudah 15 mesej dihantarnya pada Ikmal sejak semalam namun satu pun tidak berbalas. Panggilan usah katalah, sudah berpuluh-puluh kali dia menghubungi Ikmal namun tidak pernah bersambut. Hairan! Ke mana menghilangnya pria itu?
Sarah dan Ikmal hanya dipisahkan oleh sebuah pintu kaca. Ikmal memandang Sarah. Sarah tunduk memandang kasutnya. Dia berundur, memberi isyarat agar Ikmal keluar dahulu. Ikmal berlalu tanpa menegurnya. Sarah rasa terpukul. Takkan kerana dia tidak mahu menerima pelawaan Ikmal untuk makan bersama, Ikmal tidak mahu mengendahkannya? Salahkah tindakannya?
"Ikmal, saya tak boleh keluar dengan awak," Sarah memandang Ikmal. Permintaan Ikmal sebentar tadi tidak dapat dipenuhinya. "Sebab awak takut kawan-kawan awak nampak? Awak tak mahu mereka tahu yang kita ni couple?" Ikmal merenung Sarah tajam. Dia rasa terpukul dengan penolakan Sarah. Ini sudah kali yang ketiga Sarah bersikap begitu.
"It is not about my friends. It is about us!" Sarah tidak suka Ikmal menyentuh tentang rakan-rakannya. Sarah tahu Ikmal agak memandang rendah kepada para mahasiswa jurusannya bila tiba isu hubungan antara lelaki dan perempuan. "Come on, Sarah. They are just like us. Dah banyak kali Mal jumpa coursemates Sarah dating. Diorang buat biasa je. Lagipun, Mal ajak Sarah pergi One Utama, jauh. Tak ada orang perasan punya," Ikmal terus-terusan memujuk Sarah. Dia tidak mahu kecewa lagi kali ini. Sudah lama dia memasang angan-angan untuk keluar berdua-duaan dengan Sarah.
"I,ve told you. It,s not ‘bout them. It,s about us, Ikmal. I don,t wanna go out with you,I mean,if there gonna be just two of us. You and me. Can,t I bring my friends?" Sarah sudah penat berlembut dengan Ikmal. Sudah berkali-kali diterangkannya kepada pria itu tetapi Ikmal tidak pernah faham. Mungkin buat-buat tidak faham. Alasannya, kawan-kawan Sarah boleh, takkan Sarah tidak pula.
"Sarah, ini kali kelima Mal ajak Sarah dan Sarah tak pernah terima. Mal dah bosan Sarah. I,m sick of you!" Ikmal menarik begnya kasar dan meninggalkan Sarah terpaku.
Sarah merasakan ada getaran di dalam beg galasnya. Tangannya mengagau, mencari-cari telefon bimbitnya. Hatinya berdebar-debar. Sarah menekan butang ‘Read,. Diam-diam dia berdoa agar nama Ikmal akan muncul. Sesaat berlalu dan Sarah mengeluh. Mesej daripada naqibah.
Sakit rasa hatinya mendengar desas-desus yang dibawa rakan-rakan sekuliahnya semalam. Dia nekad ingin mendengar sendiri daripada mulut yang empunya diri. Geram kerana beberapa mesej yang dihantar tidak berbalas, akhirnya Sarah memicit-micit butang di telefon bimbitnya.
"Assalamu,alaikum," sapanya sebaik talian bersambung. Kedengaran si penerima panggilan membalas kembali ucapan selamatnya. "Mal, Sarah dengar yang Mal dah ada girlfriend baru? Betulkah?" Sarah terus menanyakan soalan yang sudah lama disimpannya. Kedengaran Ikmal mengeluh. Suasana sepi seketika.
"Mana Sarah dengar cerita ni? Mengarutlah! Mal kan dah ada Sarah, buat apa nak pasang satu lagi?" Ikmal bersuara. Sedikit keras di pendengarannya. "Sarah hanya mahukan jawapan ya atau tidak, Mal," Sarah bersuara tegas. Dia tidak mahu jatuh dalam lembah duka dan sengsara ciptaan dunia cinta. Dia mahu cintanya dibalas dengan kesetiaan dan kejujuran, dibalut dengan kasih sayang dan penghargaan.
"Tidak, Sarah. Mal masih sayangkan Sarah," Ikmal bersuara perlahan. Masih? Ikmal, jika ada ‘masih,, akan terciptakah pula perkataan ‘pernah,?
Ikmal memerhatikan Sarah berlalu pergi dengan pandangan sayu. Tidak disangkanya hari ini, rahsianya akan terbongkar. Dia ditangkap basah oleh kekasih hatinya sendiri. Tadi, sudah puas dia menolak ajakan Hanis untuk bersarapan di Restoran Mama Mia namun semakin ditolak, semakin menjadi-jadi pula manja Hanis.
Akhirnya dia yang tidak sampai hati membiarkan gadis itu menarik muncung sepanjang hari menuruti langkah Hanis ke restoran yang terletak di atas kafeteria Kulliyyah of Human Sciences. Lagi pula, perutnya memang berkeroncong minta diisi. Sedang enak menjamu selera di tepi cermin besar yang menjadi dinding restoran itu, dia terasa dirinya diperhatikan.
Sarah sedang mengerlingnya tajam dari luar restoran. Muka gadis itu masam. Lantas dia menemui Sarah yang tercegat seorang diri. Hanis juga kelihatan kaget melihat kemunculan Sarah. "Sarah, Mal boleh terangkan apa yang berlaku. Hanis yang bising-bising ajak Mal. Mal kesiankan dia," Ikmal meredupkan pandangannya. Memohon simpati Sarah.
Sarah berpeluk tubuh. "Sarah dah tahu cerita ni dari awal cuma Sarah tak nak percaya selagi Sarah tak nampak sendiri. Sarah dah faham kenapa Mal tak jawab panggilan, tak balas mesej-mesej Sarah. And now I know, Ikmal. We,re not meant to be together,"Sarah menyusun langkah meninggalkan pria bermata coklat itu. Panggilan Ikmal tidak diendahkan.
Panggilan demi panggilan daripada Ikmal tidak dijawabnya. Setiap mesej daripada pria itu dibaca, namun terus dipadamkan sejurus dia puas membaca setiap patah kata yang tertera di skrin telefon bimbitnya. Hatinya puas mengetahui kebenaran yang cuba disorok Ikmal selama ini. Tidak perlu lagi dia melayan perasaan rindu dan sakit hati setiap kali dirinya tidak diendahkan. Sudah malas dia mahu melayan perasaan yang semakin hari semakin menjadikannya seorang yang sensitif. Dia harus kuat! Dia harus bangkit daripada kekecewaan!
‘Sarah, datanglah seribu perempuan sekalipun, Mal tetap inginkan Sarah sebagai isteri Mal. Seorang isteri yang menyejukkan hati suami, yang menjadi tulang belakang untuk Mal terus berjuang dalam hidup. Sarah terlalu istimewa. Mungkin Tuhan telah mengirimkan Sarah sebagai penyelamat Mal, bidadari hidup Mal. Maafkan Mal, selama ini Mal terlalu memaksa Sarah mengikut kehendak Mal tanpa memikirkan dan memahami prinsip Sarah. Maafkan Mal, Sarah dan Mal selalu berdoa agar Sarah menerima Mal kembali.,
Mesej Ikmal yang baru sahaja diterimanya membuatkannya termanggu seketika. Inginkan aku sebagai isteri, tetapi dalam masa yang sama bermain kasih dengan perempuan lain. Belum lagi aku menjadi miliknya yang sah dia sudah membuatku patah hati, apakah ada jaminan yang dia kekal setia tika aku sudah menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku padanya nanti?
Sarah berjalan tergesa-gesa menuju ke klinik universiti. Rakan sebiliknya, Farahah demam. Marlia berpesan padanya agar menuruti Farahah ke klinik, bimbang jika Farahah balik bersendirian nanti sementelah Marlia perlu menghadiri kelas Bahasa Melayu Komunikasi untuk Kerjaya. Kafeteria Kulliyyah of Information and Communication Technology dilewati namun baru beberapa langkah melepasi meja terakhir, Sarah berhenti melangkah. Dia berundur. Pandangannya dihalakan ke arah satu pasangan yang sedang berbual-bual. Sesekali si perempuan tertawa kecil. Mungkin terkesan dengan jenaka yang dituturkan si lelaki.
Lelaki itu tiba-tiba menghalakan pandangannya tepat ke arah Sarah. Sarah terpana. Terasa jantungnya berdegup pantas.Sarah menghela nafas panjang. Kembali mengatur langkah. Biarlah aku mahalkan kembali nilai cintaku ini!
‘Mal, Sarah dah buat keputusan. Sarah hanya mahu berkawan dengan Mal. Keputusan ini bukan saja keputusan hati Sarah sendiri, ini juga petunjuk daripada Allah. Sarah doakan Mal bahagia, dan nanti jangan lupa jemput Sarah merasa makan nasi minyak Mal.,
lain dari yang lain plak tu... ini baru la realiti hidup. perhubungan tidak semstinya bersatu...ada berdua..ada bertiga ehehehe. BAGUS...asik baca cerita cintan cintun yg bahagia je...naik muak dah..
Wow nice...Since I love reading something that's real and not too cheesy : ) Well..muda2 budak mcm saya ni pun, saya dah tak percaya dkt lelaki hahah =D Tapi tu la tak tau kalau benda2 camni boleh jadi serius bila dah masuk universiti nanti...Buuut have to concentrate on studies of course!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
best juga
tahniah penulis