Kehidupan
adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran
kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu,
manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat.
Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung
jawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan
kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa
kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali.
Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat
jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog
sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan
penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun,
dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan
akhlak dan jati diri insani.
"TIGER.. Lion..No..No!!", aku tersentak dari lena lalu tercampak jatuh dari sofa. Mimpi buruk, dikejar binatang serupa singa atau harimau atau sama waktu dengannya. Nafasku masih tercungap-cungap tatkala aku terdengar suara wanita tergelak. Dah lah gelak macam raksasa, kuat gila! "Tenang, tu kucing Parsi je..Badang namanya", tutur wanita itu sambil mendukung seorang bayi lelaki. Aku menoleh ke tepi dan kucing perang itu sudah beredar sambil berbunyi nyaring. "Tu lah, orang kata tak baik tidur lepas Asar..", dia menyambung. "Shut up!", jerkahku lalu meninggalkan ruang itu.
Aku meraup wajahku, mengharap dapat membuang bersama kekusutan jiwa. Pemandangan yang indah dihiasi mentari terbenam di sekitar ruang villa itu sedikitpun tidak memberi ketenangan hati aku. Wanita tadi mampir kepadaku bersama dulang berisi minuman. "Maaf..lain kali saya takkan biarkan kucing tu berkeliaran lagi. Saya tak tahu pulak abang takut kucing..", katanya bersama senyuman yang tidak pernah lekang dari wajah. "Excuse me, I’m not afraid with that thing..just..shock!". Dia masih termanggu, memikirkan maksud kata-kataku barangkali. "I terkejut!" Susah betul, ada lagi orang yang kuno macam dia yang tak tahu berbahasa Inggeris!
"How many times I had to remind you? Please, panggil I .." "..Abang?", dia memotong cakapku. Aku menggeleng kepala sambil menjawab, "..Tuan.." "..Tapi, awak bukan tuan rumah ni. Tuan rumah ni ayah saya..Baik panggil awak abang sebab awak lagi tua dari saya.." "..Just assume that I’m tuan tetamu..deal?" "..em.." "Tuan, ok? One thing lagi, bila saya cakap jangan menyampuk, faham?" Dia masih mengerutkan muka dan kemudian kembali mengangguk. Aku menghirup kopi yang disedianya. Sekali teguk sahaja, dan kemudian menjadi ‘santapan’ pokok bunga tiruan disisiku. "Tuan tetamu, tak payah lah siram pokok dengan kopi tu, saya dah siram pagi tadi!" Argh, kenapa aku perlu tercampak ke sini bersama orang ini?!
Sebenarnya, semuanya bermula bila isteri aku, Belinda yang sedang mengandungkan anak aku melarikan diri dari rumah setelah aku diisytiharkan muflis. Dari Auckland, New Zealand, aku terpaksa ke Malaysia untuk menjejak anakku semata-mata demi menagih janji mertua aku yang katanya akan melunaskan semua hutang-hutang aku sekiranya menemukan mereka semula. Anakku khabarnya telah dijadikan anak angkat orang sini setelah dilahirkan manakala Belinda pula telah menghilangkan diri. Aku dah culik anak aku yang baru berusia 4 bulan waktu itu, tapi malangnya dalam perjalanan pulang, kereta yang aku naiki terlibat dalam kemalangan dengan seorang jururawat wanita yang sedang mengandung 7 bulan bersama kenderaannya.
Aku hanya mengalami kecederaan ringan dan bayi aku juga selamat, namun jururawat wanita ini yang telah kematian suaminya, telah keguguran kerana kejadian ini. Bila dia buka mata, dia sudah lupa apa yang sudah berlaku, apatah lagi siapa dia. Amnesia, itu kata doktor. Tiada penawar yang khusus. Tapi kata ayahnya, Adam Hafizi, aku dan anak aku ialah penawarnya.
"Rubish! Nonsense!!", pekikku bila mendengar idea gila Adam Hafizi. Katanya, kehadiran kami dalam villa itu boleh mengembalikan memori silamnya. "Malaysia ada undang-undang. Takkan senang-senang awak nak larikan bayi ni ke negara asal awak, sedangkan dia sudah diserahkan secara sah, rasmi dan bertulis daripada ibu kandungnya kepada keluarga angkatnya? Awak ada bukti yang mengesahkan budak tu anak awak?" Aku diam. Mati kata.
Jadi, bersama janji Adam Hafizi yang akan menyelesaikan segala proses pemindahan hak anak ini atas nama aku, aku menguatkan diri untuk tinggal di rumah Adam Hafizi bersama janda hilang ingatan ini, Atika. Mungkin, villa ini tempat paling selamat buat masa ini untuk aku bersembunyi dari dikejar penghutang. Lagipun, ada juga orang yang boleh tengokkan anak aku!
Splash! Aku bingkas bangun bila tidurku terganggu oleh simbahan air. Aku buka mata, ingin menerkam siapa punya angkara. Tapi, si penyimbah terlebih dahulu menerkam aku. "Bangun! Sembahyang Subuh!!", herdik Adam Hafizi, seperti komander askar. Aku tahulah dia polis, tapi tak payah lah praktikan di villa ni. Hello, ini tak termasuk dalam kontrak, ok? Aku menoleh jam. Gila, baru pukul 5.30 pagi. Zionis punya Adam Hafizi!
Sembahyang? Ya, aku beragama Islam, tapi itu hanya yang tersurat. Selama aku hidup bersama keluarga angkatku yang berlainan agama denganku, aku tidak pernah mengamalkan ajaran agamaku apatah lagi sembahyang. Mereka pun apa kurangnya, hanya meraikan Hari Krismas setahun sekali, itupun tidak pernah pula aku nampak mereka ke gereja, mahupun berdoa di meja makan bila makan bersama. Cuma, mereka banyak mengajarku bercakap Bahasa Melayu, walaupun aku sedikitpun tidak ambil kisah. Kami hidup dalam kebebasan, tanpa batasan kerana kami mampu miliki apa saja dengan kekayaan yang kami ada tanpa perlu meminta dari sesiapa.
Aku hanya diam di meja makan. Adam Hafizi, Atika dan paling aku tak tahan, beberapa orang pembantu rumah terkekek-kekek gelakkan aku. "Mahu tak lawak, masa kat surau tadi. Ikutkan, imam dah bangun, makmum pun bangun la. Dia boleh bantai tidur waktu sujud tu!", pecah lagi ketawa mereka. Kasi gelegak jiwa ni!
Aku terus menolak pinggan nasi lemak, lalu beredar dari meja makan. Dah lah asyik makan nasi, tak ada langsung roti ke, salad ke? Mati selera. Dalam aku berjalan menuju ke halaman rumah, aku tidak perasaan bahuku terlanggar seseorang. "Don’t you have an eyes?", aku ‘menyapa’ sambil mendongak. Eh, aku pernah jumpa perempuan ni. "Abang Am..?", sekali lagi dia tergamam, terpaku, tersentak dan menyebut panggilan yang sama. Sama macam pertama kali kami bertemu. Dia berada di rumah keluarga angkat anak aku dan juga di hospital semasa melawat Atika dulu. Apa kaitan dia di sini?
"Saya Fauzana, adik ipar kak Atika. Hari tu, mak angkat anak awak tu ialah isteri pertama suami saya. Dia tak boleh mengandung, jadi ambil anak angkat. Tak tahu pulak ada hikmah disebalik semua ni" "Really? Am I care?", jawabku sarkastik lalu meninggalkannya. "Hei lelaki berlagak, nanti dulu!", aku statik di tempatku lalu memusingkan badan menghadapnya. "What..?!"
"Saya memang tak suka awak dari hari pertama saya jumpa awak! Hari tu, suka-suka awak je masuk rumah orang dengan pakai kasut dan tak bagi salamnya lepas tu ambil anak awak siap tendang kerusi lagi! Memang dia anak awak, tapi awak ni tak ada adab! Boleh pulak awak terpekik-pekik kat hospital dan tadi dengan muka tak bersalahnya awak cakap saya tak ada mata sedangkan awak yang langgar saya! Muka awak, memang sama dengan arwah abang saya! Tapi, jiwa awak.. memang tak ada bandingan dengan dia. Walaupun dia tak kaya, tak pandai macam awak tapi dia kaya budi pekerti dan pandai jaga hati orang lain! Saya ingat, bila awak kembali, awak akan bagi sedikit kebahagian bukan untuk saya, tapi untuk kak Atika, tapi saya silap! Silap!"
"Hey! Who are you from to speak like that to me, huh?", aku mendekatinya dengan wajah yang paling bengis. "Saya bukan datang dari mana-mana keturunan diraja ataupun bangsawan tapi saya rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan awak bahawa awak ni bukannya bagus sangat pun! Mat saleh celup! Kalau orang cakap awak ialah abang kandung saya sekalipun, tengok sikap awak macam ni, saya lebih rela kehilangan seorang abang dari hidup dengan abang macam awak!"
Aku hanya mampu menghantar bayangnya pergi. Terduduk seketika mendengar hujah wanita tadi. Sebelum ini tidak ada seorang pun yang berani mendabik dada memarahi aku sebegitu. Agaknya dia belum kenal siapa aku.
Aku diambil menjadi anak angkat oleh ibu bapa angkatku yang berasal dari Malaysia. Bila perniagaan bapa angkatku makin membesar, kami berhijrah ke New Zealand semasa aku berumur 2 tahun. Selang 3 tahun pemergian ibu angkatku, bapa angkatku pula meninggalkan aku berseorangan waktu aku berusia 16 tahun. Sebagai waris tunggal keluarga bapa angkatku, hanya aku yang memonopoli semua kekayaan yang ditinggalkan atas nama aku. Aku dipertemukan dengan Belinda, model jelita berdarah campuran Cina Inggeris dari Singapura yang sanggup berkahwin dengan aku dan menukar agama sealiran denganku. Walaupun aku tidak pernah menyintainya biar sebelum atau selepas kahwin, kesungguhan dia membuatkan aku memutuskan untuk menamatkan zaman bujangku dengan dia. Splash! Aku terkejut bila siraman air menyentuh kepalaku. Hei, kenapa hari ni aku asyik kena simbah air je? "Eh, tuan tetamu ada kat sini ke? Saya tak perasan pulak tuan tetamu membawa hati yang merajuk sambil mencangkung tepi pokok bunga ni! Maaf, saya tak sengaja nak siram tuan tetamu sekali!", katanya sambil gelak-gelak. Aku dah lencun, boleh pulak gelak? Dah gelak tak ingat dunia pulak! "Watch out!", aku memberi amaran kepadanya yang sibuk mengelap bajuku.
"Nah, untuk tuan tetamu" Aku mengerling buku yang diletakkan bersebelahanku. Panduan Solat Harian. "Mungkin berguna.." Aku membelek dua tiga muka dan meletakkannya kembali. Tidak berminat. Tak faham sebenarnya. "Saya ada tulis bahasa rumi, senang tuan tetamu nak hafal" Baru aku nak membangkang kata-katanya, kedengaran suara bayi menangis. "Eh, tu suara Danial. Mesti dia dah lapar lepas main dengan Fauzana" Segera dia berlari mendapatkan anak lelaki aku dan meninggalkan aku. Walaupun dia lupa tentang masa silamnya, tapi dia tak lupakan kasih sayang dia pada anak aku dan ayahnya, walaupun dia tahu Danial anak aku dan kami tak ada berkaitan pun dengan hidup dia. Dia buat aku terfikir, siapa sebenarnya Atika sebelum ini.
Aku menolak sekeras-kerasnya permintaan Atika. Cukuplah selama aku berada di villa aku memenuhi kehendak Adam Hafizi dengan bangun pagi, sembahyanglah, ke surau lah, cakap melayu lah dan semua benda pelik yang tidak pernah aku lakukan. Hari ini mereka mengajakku ke rumah anak yatim ini dan menyuruh aku memakai kostum patung ni pulak? Hanya untuk mengembirakan anak yatim ini.
"Tak nak tak pe, tapi lama lagi lah kau hidup dengan kami.." Ugutan Adam Hafizi ini memang betul-betul mencairkan hati jantanku. Dah lah duduk dalam patung tu panas, bila aku melangkah masuk ke rumah itu, semua anak-anak di situ mengerumuniku. Mahu saja aku tendang-tendang mereka pergi jauh dariku. Tapi, aku tengok Atika masih setia melayani kerenah mereka, begitu juga Fauzana. Apa yang menarik sangat tentang mereka ni?
Aku menolak kanak-kanak itu jauh dariku sambil aku membuka kepala patung yang membaluti kepalaku. Sebaik sahaja wajahku terlihat oleh mereka, sekali lagi aku dikerumuni. "Abang Am! Abang Am!" "Abang Am, lamanya tak jumpa abang Am!" "Abang Am, rindulah! Tak patut betul dieorang ni cakap abang Am dah mati! Abang Am hidup lagi, kan?" "Abang Am, nyanyi satu lagu, boleh? Rindu betul nak dengar abang Am punya suara!" Aku terpinga-pinga. Ya, memang nama aku Adham, tapi bila pulak aku perkenalkan diri dan jumpa mereka ni?
"Ok..ok! Abang Am penat tu, jom kita makan dulu?" Mereka bersorak keriangan mendengar ajakan Atika. Sambil makan, sempat mereka bermain dengan Danial yang turut sama hadir ke situ.
"Fauzana..", panggilku, habis lembut bila aku tengok Fauzana macam tak nak layan aku. "Apa?!" Mak aii, garangnya! Aku buat muka tak berperasaan. "Em..what they means by.." "..Muka awak sama macam abang saya merangkap suami kak Atika, abang Am. Sebelum ni, saya dan abang Am membesar di rumah ni. Bila dia dah kahwin dengan kak Atika, dia suka bawa kami ke sini, menghiburkan anak-anak di sini" "It’s true?" Aku gelak. Takkan lah ada kebetulan sampai begitu? Sama sangat ke muka aku dan abang Fauzana ni? "Saya tak ada masa nak buat lawak atau menipu. Tak dapat untung pun!", katanya lalu meninggalkan aku.
Pagi esoknya, aku bercadang untuk bertanya sendiri hal semalam dengan Adam Hafizi. Tapi, aku hampa bila dia tiada di biliknya. Pelik, mana perginya dia? Pagi tadi juga bukan dia yang datang ‘menyiram’ aku, mengejutkan aku sembahyang Subuh. Danial masih lena di dalam buaian, bersama pembantu rumah. Aku terus ke halaman rumah dan mendapati Atika sedang duduk di buaian sambil menangis.
"What wrong with you?", tanyaku sekadar berbasa-basi. Dia memandangku dengan linangan airmata, sedu yang masih bersisa. "Ayah..ayah accident" Yes! Tak adalah orang nak menyibuk hal aku lagi! "Oh..sorry. Em, kenapa you tak temankan dia di hospital?" Dia menggeleng. "Ayah suruh balik. Dia cakap dia lagi sakit kalau saya ada kat situ" Tangisannya makin kuat. Alamak, ni aku paling lemah. Takkan aku nak pujuk dia?
"Em..don’t worry. He will be fine soon" "Tuan tetamu.." "Yes?" Aku tertarik untuk terus mendampinginya di situ. "Pernah tak tuan tetamu sayang sangat pada orang? Cinta ke?" Aku termenung panjang. Lagi aku lemah dengar soalan dia.
Cinta? Tiada cinta dalam hidup aku sebagai Adham. Adakah cinta kalau seorang ibu sanggup menjual anaknya kepada orang lain? Itu yang terjadi pada aku dan ibu kandungku. Adakah cinta kalau seorang lelaki sanggup mati demi seorang wanita lain? Itu yang terjadi kepada bapa angkatku yang merana kerana kehilangan ibu angkatku yang meninggal kerana kemalangan bersama lelaki lain. Adakah cinta kalau seorang isteri sanggup meninggalkan suaminya saat lelaki itu kehilangan semua hartanya? Itu yang terjadi pada aku bila Belinda meninggalkan aku disaat kejatuhan aku. Nah, apa lagi alasan yang mengatakan cinta itu indah, bagai di syurga dan semua yang baik-baik tentang cinta sehinggakan aku tidak sanggup mempercayai cinta. Cinta itu menyakitkan! Cinta itu penuh dengan penipuan! Buat apa aku cinta dan sayang pada orang, sebab lambat laun dia pasti akan tinggalkan aku. Baik aku cintakan duit, boleh bagi pulangan pada aku!
"No..tak!" "Ayah cakap saya pernah cintakan seseorang, tapi kenapa sampai sekarang saya masih tak ingat pasal orang tu. Apa perasaannya cinta tu, sampai saya boleh lupakan dia dan buat ayah sedih? Bila ayah sedih, saya pun sedih.." Aku mengangkat bahu. "Em, no idea!" Atika masih terusan menangis. Aku garu kepala. Apa nak buat ni?
"Kalau you fikirkan something yang nice or happy thing, likes something you admire..maybe boleh dapatkan you idea untuk mengingatkan dia semula..?" "Ha?" Dia pula yang garu kepala. "Er..apa yang you suka buat? Or mana tempat you suka pergi? Kalau I, suka pergi jalan-jalan kalau in trouble. Di Auckland banyak tempat menarik likes.." "Zoo? Sana ada zoo tak?" "Hei, dalam banyak-banyak tempat menarik, kenapa you pilih zoo?" "Yelah, zoo kan seronok, boleh tengok binatang yang jarang ada kat rumah.." "Em..you boleh ke Kelly Tarlton’s Artarctic Encounter And Underwater World. You boleh tengok penguin and dolphin? Sure kat sini tak ada, kan?" Ternganga mulut Atika mendengar cerita aku. "Selalu tengok kat tv, boleh tengok depan mata ke? Boleh pegang tak? Saya tengok, dia siap bagi makan, lepas tu pegang badan dia..Boleh ke?" Hee..aku tak sangka pulak budak ni bukan saja hilang ingatan, tapi hilang akal rupanya! Kuno betul! Tapi, aku tak sangka yang aku boleh akrab dengan Atika bermula dari malam itu.
Mungkin aku lebih suka mendengar dia bercakap perkara mengarut sambil ketawa macam gorilla dari murung dan menangis. "Kalau pergi Westhaven Drive boleh tengok ikan paus!", aku masih tidak putus bercerita tentang kehebatan tempatku sewaktu kami berdua bersama Danial bersiar-siar di taman. Suka tengok keterujaan melampaunya. "Wah, syoknya! Tapi, takutlah, nanti dia makan saya pulak! Tak boleh saya jaga Danial lagi, kan?", katanya sambil mencuit Danial yang dalam dukungannya. Giliran aku yang gelak. Memang dia ni dulu hidup zaman batu!
"Tolong pegang Danial kejap, saya nak ambil susu dia dalam beg ni" Aku pegang Danial. Pertama kali. "Hei, kenapa pegang macam anak kucing ni? Ini orang lah, anak tuan tetamu, tahu! Saya ingat saya seorang je yang sakit, rupanya tuan tetamu pun sakit juga!" Kucing pun aku tak suka, makan tendang je haiwan tu dari aku, inikan pula nak pegang dia? Tak ada masa! Tapi, aku masih pegang anakku dengan memegang badannya, bukannya mendukungnya. "Elok-elok lah. Danial tu baru 6 bulan, sakit dia nanti!" Wah, marahnya mengalahkan aku, bapa kandungnya. Sudah aku katakan, aku memang tak suka menyayangi manusia, termasuk Danial. Aku mengambilnya hanya untuk diberikan kepada atuk dan neneknya. Aku belum bersedia untuk menerimanya, inikan pula nak menjaganya, lagi pula nak menyayanginya. Lebih-lebih lagi mengenangkan apa yang telah ibunya buat pada aku, lagi aku tawar hati.
"Memang seluar budak ni basah, ye?" Atika mengerutkan muka. "Alamak, lampin Danial bocorlah ni!" "What?!" Atika sudah gelak bila aku geli-geleman dan mencium tanganku yang berbau hancing. "You sengaja, kan?!" "Apa? Mana ada! Kalau saya nak buat macam tu, baik saya bagi tuan tetamu masa dia cirit birit!", tempiknya bersama ketawa yang bersisa.
Aku berjalan keluar dari perkarangan dewan makan asrama anak-anak yatim itu setelah menghantar bekalan makanan dari Adam Hafizi. Apa saja lah orang tua ni, dah sakit terlantar di hospital pun masih menyusahkan aku! Aku menelek beberapa gambar kenangan rumah anak yatim itu di papan kenyataan. Sekeping gambar menarik perhatianku. Aku kelip mata. Gosok mata lagi. Ini gambar aku tahun bila pulak bersama anak-anak yatim di sini, bila pulak aku dah hitamkan semula rambut aku? Bila pulak aku potong rambut aku pendek? Kenapa aku kurus, selekeh dan berkumis?
"Itu gambar Abang Am..", sapa satu suara. Aku menoleh. Fauzana. Entah berapa lama dia berada di situ. "Masa ni, jamuan hari lahir dia dengan kami. Tak sangka, itu ialah jamuan terakhir kami dengan dia, lepas dia pergi kerana barah paru-paru" Aku masih terkaku melihat gambar itu dan masih mengisyaratkan otakku supaya tidak mengiktiraf input yang aku terima, walaupun bukti sudah ternyata di depan mata. "Tak sangka juga, ada orang yang akan sama wajah dengan dia akan kembali,. Nama pun dah lebih kurang. Idham dan Adham.. tapi masih tak sama, masih tak boleh mengantikan dia" Dia senyum sinis sambil berjalan menjauhi aku. "..dan saya khususnya, kami amnya tak minta awak gantikan dia", dengan angkuhnya dia menoleh lalu meninggalkan aku. Argh! Apa semua ini? Mamat ni adik kembar aku ke? Perempuan berlagak tu adik kandung aku ke? Apa malapetaka yang menimpa aku ni?
Malam itu, aku keluar ke kelab malam berjumpa kawan-kawanku yang aku kenali semasa mereka belajar di New Zealand. "Apasal member kita yang dulu kaya raya ni diam je malam ni?" "Aku dengar, dia sesat kat sini sebab nak cari kunci kekayaan dia. Sekarang, apa sudah jadi ni?" Mereka bukan sekadar bertanya, tetapi mengambil peluang untuk mentertawakan aku. Aku diam lagi. Banyak sangat persoalan menyesakkan otak, sehingga persoalan mereka aku biarkan berlalu tanpa jawapan.
"Am..aku dengar, bini kau dah warak sekarang! Dia ada kat Singapore, dengan parents dia.. Pelik kan?" Terbeliak mata aku mendengar. Apa hal pulak dia dengan mak bapak dia? Dah tu, apsal mak bapak dia cari cucu mereka ni? Macam ada yang tak kena je?
"Rileks lah, bro! Malam ni kitaorang nak jumpa lu, bukan nak cari masalah. Kita nak hilangkan masalah! Jadi, jom enjoy, minum puas-puas! Aku belanja!!" Mereka masih lagi bersorak, tanpa menghiraukan kekakuan aku. Mereka menghulurkan sebatang rokok kepadaku. Aku menolak. Segelas minuman keras pula dipelawa kepadaku. Juga aku menolak. "Eh, jadi betul la apa aku dengar, ya?" Aku memandang temanku. Apa yang kau dengar?
"Betullah kau dah jadi warak, alim, assalamualaikum… macam bini kau tu?! Eh, betul ke gelaran aku bagi, bini kau ke janda kau, ye? Wah, hebat lah kau sekarang!" "Apa dia yang hebat, bro?" "Member kita ni dah jadi ustaz! Pergi surau segala!" Mereka masih lagi ketawa, bagai nak pecah koklea telinga aku. "Who’s say?!", aku bertempik, setelah sekian lama mengunci kata. "So, prove it!" Aku dicabar mereka. Gelas minuman keras itu ditolak kasar ke dadaku. Akhirnya, aku khayal dengan godaan dunia, tenggelam dalam ketidakwarasan bersama hiruk-pikuk tempat itu.
Aku tidak sedar, malahan tidak tahu macam mana aku boleh sampai di depan pintu villa. Terpancul muka Atika, membuka pintu. Dia nampak risau. Segera dia memapah aku masuk. "Syhh..jangan bising! Ayah ada kat atas, kat bilik dia. Dia balik sini petang tadi..", ujarnya, berbisik. "Hei, who care?!", aku bertempik, tak paham bahasa. "Diamlah!", dia menepuk bahuku. Tetapi, aku masih lagi mengarut, mencarut tentang perkara yang tidak munasabah.
"I said, go away..!", tempikku lagi dan dalam keadaan tidak sedar tanganku yang ingin meleraikan pegangan Atika terlanggar pasu bunga di atas meja, di penjuru ruang membuatkan ia jatuh menghentam bumi lalu pecah. Hentaman yang memecahkan kesunyian villa itu dan mengejutkan seisi rumah.
"Apa yang bising-bising tu?!", terdengar tempikan dari tingkat atas, ruang yang tadi kelam jadi terang. Terjengul wajah bengis Adam Hafizi, sambil bertongkat. "Oh, that old man still alive?!", aku gelak, pada kemunculannya yang bukan jenaka. Atika cuba menyelamatkan keadaan. Kelam kabut dia mengangkatku yang tiba-tiba terduduk. "Tak ada apa, ayah. Tuan tetamu, terlanggar pasu..Lepas tu pecah. Tu je! Ayah masuk tidur, ya?" Sesungguhnya penerangan Atika tidak membuatkan Adam Hafizi mengundur. Malah dia mara sehingga sampai di depan kami. Aku masih lagi gelak, sambil terhuyung-hayang berdiri didepannya.
"Mabuk?! Kau mabuk, ya?!", herdiknya yang jika aku waras waktu itu, pasti aku akan terkencing ketakutan. "Kurang ajar! Mari aku ajarkan kau!", seraya itu dia mengangkat tongkatnya dan terus memukul aku tanpa belas kasihan. "Hey, you old man!", pekikku sambil mencarut lagi. Namun, tindakanku untuk ‘melembutkan’ hatinya ternyata silap kerana aku bertambah teruk dihentamnya, seolah pesalah jenayah lakunya.
"Kau orang Islam, tapi teguk kencing setan! Memang ini hukumannya untuk orang macam kau! Kau tahu tak apa kau buat ni berdosa?! Kau tahu tak dosa?! Neraka?!" "Sudah lah ayah..! Tuan tetamu tak sengaja..Ayah, hentikanlah!", lolongan Atika sambil memaut kaki ayahnya sedikit pun tidak menoktahkan segalanya. "Tepi Ika! Jangan kau bela dia!" "Jangan ayah! Tolonglah..", akibat ingin melindungiku, Atika turut sama terkena tempias pukulannya. Adam Hafizi betul-betul menggila!
Aku buka mata bila sinaran matahari membantutkan kelenaan aku. Terasa sengal-sengal seluruh badan, kepala juga masih pening. Aku tidak sedar bila masa aku sudah berada di atas katil ini. Aku baru mahu merangkak turun bila kedengaran seseorang memasuki ruang kamarku. "Tuan tetamu dah bangun?", katanya sambil membawa dulang berisi bubur. Dah tu, kau nak aku mati baru puas hati?!
Aku hanya memandang dulang yang diletak di meja lalu aku terpandang sesuatu. Macam rantai, tapi berwarna putih jernih. Haa..entah-entah tangkal, untuk menguna-gunakan aku? Mulanya aku macam tak percaya benda-benda mistik, tapi bila teringat cerita kawan-kawanku semalam, ada logiknya juga. Kemungkinan, mereka tahu aku ada adik kembar, dan mereka gunakan alasan itu untuk merancang semua ini dan mengaut harta kekayaan aku! Sampai sanggup pukul aku sampai nak mati aku rasa!
Aku nampak lebam di tangan Atika, kesan terkena pukulan semalam. Aah..semua itu pura-pura! Dusta! "Sebenarnya..saya dah ingat semula..", tuturnya lembut. Haa..bagus, rupanya ubat penyakit kau ni ialah pukul kau semula! "Baru saya ingat, tuan tetamu ni sebenarnya suami saya dan Danial tu anak kita, kan?" "What?!!", aku bangkit bangun walaupun dalam kesakitan. "Kenapa..?" "What the hell of…", aku tidak mampu untuk berkata lagi. Permainan apa yang sedang berlangsung ni? "Abang…?" "No!", aku menepis tangannya yang ingin menyentuh bahuku. "I bukan suami you!! You yang belum ingat semua lagi! No and imposible!", dia nampak tersentak mendengar kata-kataku. Tidak semena, airmatanya menitis. "Tapi, Ika dah ingat.. Betul!", dia menerpa meja tadi dan mengambil ‘tangkal’ tadi. "Abang dah lupa tasbih ni? Abang yang hadiahkan pada Ika pada hari jadi Ika. Abang kata tasbih ni pengikat kasih antara kita dan Allah.. Abang kata.." "Go to hell with that!!", kataku sambil merampas ‘tangkal’ lalu mencampakkannya ke lantai. Tarikan yang kuat membuatkan talinya putus dan manik-manik itu berterabur di lantai. Airmata Atika menitis. Aku menapak, meninggalkanya terpinga-pinga. "Abang, tunggu..", katanya sambil berlari ingin mendapatkanku tapi kakinya tergelincir bila terpijak manik tadi menyebabkan dia jatuh menyembah lantai. Aku berpaling dan melihat dia sudah tidak bergerak. Aku kaget, namun sempat mendekatkan telunjukku di pernafasannya dan aku lega bila dia masih bernyawa.
Kesempatan ini aku guna untuk melarikan diri. Aku kerah tenaga orang gaji untuk membantunya ke hospital manakala aku meninggalkan villa bersama anakku, Danial tanpa pesan dan kesan. Sepatutnya, sudah lama aku buat semua ini. Aku ada duit, aku mampu untuk buat apa saja kalau Adam Hafizi bersama konconya menyerang atau menyaman aku. Aku tak hairan!
Semasa di lapangan terbang, secara tidak dijangka aku bertemu dengan Bellinda semula. Entah kenapa, pertemuan semula ini membuatkan aku memeluknya erat-erat, membuang semua rasa di hati. Membuang semua kepahitan yang dia tinggal kepadaku. Tatkala itu, aku perasan ada sepasang mata memandang kami, dan aku kenal wajah itu. Tapi, aku tetap tidak melepaskan Bellinda. Biarlah..
Kelmarin, kulihat awan membentuk wajahmu Desau angin meniupkan namamu Tubuhku terpaku semalam Bulan sabit melengkungkan senyummu Tabur bintang serupa kilau auramu Aku pun sedari, ku segera berlari
Cepat pulang, cepat kembali jangan pergi lagi Firasatku ingin kau tuk cepat pulang
Alirnya, bagai sungai yang mendamba samudera Ku tahu pasti ke manakan ku bermuara Semoga ada waktu, sayangku
Ku percaya alam pun berbahasa Ada makna dibalik semua petanda Firasat ini, rasa rindukah ataukah tanda bahaya Aku tak peduli, ku terus berlari
Firasat, Marcell
Dear, Atika Saya dapat lagu ni dari sinetron Indonesia. Tak tahulah kenapa, bila dengar lagu ni yang dijadikan soundtrack cerita ni, saya teringat pada awak. Mungkin muka heroin, Vanina macam muka awak, tak? He..he..he..! Saya gurau je..tapi saya tak gurau kalau saya kata semua ni isi hati saya. Sincerely, Adham
Itulah kandungan surat yang aku bagi pada Atika, yang sedang berkhidmat sebagai sukarelawan di rumah anak-anak yatim yang biasa kami pergi dulu. Setelah itu, aku nampak dia mencari-cari, mungkin aku lah orangnya yang dia cari sebab bila dia nampak aku dia terus senyum dan meluru kepadaku dan masih pegang surat yang aku bagi.
"Apa khabar?", kataku di taman asrama. Dia mengangguk. "Lama tak jumpa..dah setahun, kan? Danial pun dah boleh jalan sekarang..", aku pulak yang banyak cakap. Dia dari tadi asyik mengangguk. Tu lah, suka sangat pergi zoo, dah ikut perangai burung belatok!
"Minta maaf fasal dulu..", akhirnya dia bersuara setelah sekian lama membisu dan melepaskan rindu pada anak aku. "Eh..tak de hal. Saya pun nak minta maaf pasal kelakuan saya dulu. Kejam!". Dia gelak, sopan tak macam dulu, Godzilla!
"Saya pun nak ucapkan terima kasih, sebab awak sudi bagi Danial pada saya, tanpa apa-apa tuntutan.." "Hak awak..lagipun, saya dah ingat semuanya sekarang. Saya pun dah boleh terima pemergian arwah suami dan anak saya. Saya redha..". Giliran aku mengangguk. "Saya..juga kena redha bahawa saya tak ada jodoh dengan suami saya..", kata seorang wanita, dan kemunculannya menimbulkan kerutan di wajah Atika. "Saya ..Bellinda" Mereka bersalaman sebentar.
"Apa maksud kata-kata awak tadi?" Bellinda senyum. "Hari awak nampak saya dan Am berpelukan tu, itulah hari pertama dan terakhir kami bertemu secara baik. Saya tak sanggup nak berdepan dengan dia bila saya ialah orang yang menikam dia dari belakang, maksudnya saya ialah dalang yang membuatkan dia bankrupt dan semua ini kerana terpengaruh dengan kata-kata ibu bapa saya yang mahu mengaut semua harta Am. Nasib baik Am sudi untuk memaafkan saya dan keluarga. Sekarang, saya sedang mencari kebahagian baru dalam hidup saya, tanpa Am" Atika masih terpinga-pinga. Ish, perangai blur dia tak berubah lah pulak. "Kami dah bercerai dan sekarang Bellinda jadi guru agama di sebuah sekolah agama di Johor", tambahku.
"Oklah, saya nak cepat ni. Lagipun, Danial mesti nak duduk lama-lama dengan mama baru dia, kan? Nanti, makan nasi minyak jangan lupa jemput!", Bellinda menghilang selepas memeluk Atika dan Danial. Danial hanya melambai, seolah mengerti perbualan kami.
"Minta maaf, mungkin saya ambil masa yang lama untuk menerangkan semua ni dan kembali pada awak, pada Danial dan pada Fauzana, adik saya. Saya tak nak awak rasa saya kembali sebab saya kesiankan awak. Mulanya rasa pelik sebab asyik ingatkan awak, tapi lama-lama barulah saya faham dan saya tetapkan niat dihati saya, supaya semuanya kerana Allah taala..", aku menerangkan. Dia hanya menunduk, melayan kerenah Danial.
"Atika, saya rindukan bebelan ayah awak, rindu adik saya, Fauzana yang saya dah tinggalkan dan abaikan tanggungjawab saya, rindukan gelak gorilla awak… bangun pagi, kena jirus, kena pukul", dia makin tunduk. "Atika, Danial pun rindukan awak. Dia nak awak jadi mama dia semula.."
Lama. Aku ingat aku nak angkat Danial dan kaki aku, blah dari situ. "Habis, awak tak nak saya ke?" Aku angguk sambil sengih. "Erm, saya balik beritahu ayah. Tu pun kalau ayah nak lagilah jumpa awak lepas awak mencarut pada dia dulu!" Aku menepuk dahi. Adam Hafizi, kenapa lah dia yang jadi bakal bapa mertua aku?!
TINGGALKAN ULASAN DAN KOMEN, PADA SETIAP KARYA YANG ANDA BACA Penulis memerlukan ulasan dan komen, bagi memperbaiki penulisan dan memperbetulkan kesilapan. Komen dan ulasan anda akan memberi satu semangat kepada penulis, untuk terus menulis karya dan seterusnya menghasilkan karya yang menarik. Kerjasama & sokongan daripada pembaca amat kami hargai. Sebab itulah kami menyediakan HADIAH, sebagai penghargaan kepada penulis dan juga kepada pembaca yang aktif memberi komen & ulasan
"Dia
hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana
kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya.
Semuanya gara-gara dia mengoyak Carta Prince
Charming—carta misteri yang tiada sesiapa tahu
dari mana datangnya. Yang pasti, memang dia
langsung tidak percaya dengan sumpahan yang
dikatakan berkaitan dengan Carta Prince
Charming.
"Sumpahan puteri? Kau ingat ini cerita dongeng
ke? Puteri apa yang nak sumpah aku ni? Puteri
bunian? Puteri lindungan bulan?”
Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola
Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul.
Tetapi hanya seorang sahaja Prince Charming yang
dicari-carinya. Namun, untuk mencari Prince
Charming bukanlah mudah, namun dia yakin, antara
mereka, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.
Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang,
tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke
lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan
cakap, Sayalah yang selamatkan awak daripada
kena langgar semalam. Finish! Tak adalah nak
panjangkan cerita sampai beratus muka surat
semata-mata nak cari Prince Charming!
Tajuk:
Prince Charming
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan: Fajar Pakeer
Harga:
RM19.90
Ulasan:
NOVEL
HANGAT DIPASARAN
Pertemuan
pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria
malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin
resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci
ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.
Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis
itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai.
Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina
ada agenda yang tersendiri.
Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap
Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih
yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria,
Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.
Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai
sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami
tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang
ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?
Penulisan2u
sedang
berkerjasama dengan Penerbit Novel bagi memberi peluang kepada penulis-penulis berbakat dan karya yang menarik.
Antara novel yang sudah di terbitkan
2 Pengulas paling AKTIF dengan memberi komen yang ikhlas dan
membina, pada setiap karya cerpen / novel di penulisan2u akan
menerima hadiah sebuah NOVEL.
•
Creative Enterprise Sdn. Bhd., sedang mencari manuskrip kanak-kanak atau remaja. Ini kerana pihak kami ingin memperluaskan dan memperbanyakkan bahan bacaan untuk kanak-kanak dan remaja. Di samping itu kami juga ingin memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
( klik disini
)
•Karyaseni Enterprise ingin memaklumankan
kepada anda yang berminat untuk menghantar manuskrip
anda kepada KS untuk penilaian, sila email kan
sinopsis dan tiga bab awal ke alamat email berikut:
Manuskrip@karyaseni.my
•KarnaDya Solutions Sdn
Bhd. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
hantarkan karya anda. Sebelum anda menghantarkan
manuskrip anda, sila hantarkan butiran berikut terlebih
dahulu melalui emel/pos. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•NB Kara Sdn Bhd dengan berbesar hati
menjemput mana-mana penulis yang merasakan diri mereka
layak menjadi penulis yang versatil, menghantar
manuskrip mereka kepada NB Kara Sdn Bhd. Tulisan anda
terlebih dahulu akan dinilai oleh penulis prolifik
Norhayati Berahim dan juga beberapa panel editor sebelum
diluluskan untuk terbitan.
(
klik disini )
•Jemari Seni Publishing. Anda minat menulis? anda berbakat, anda ada cerita
yang menarik, Anda Ada Karya Yang Ingin Diterbitkan?
Untuk tujuan pengiriman manuskrip, JEMARI SENI telah
menggariskan panduan kepada penulis-penulisnya. untuk maklumat lanjut (
klik disini )
•
Alaf 21 Sdn Bhd. Tahun 2008 bakal menjanjikan sinar
kecemerlangan seandainya karya anda terpilih untuk
diterbitkan oleh Alaf 21, penerbit novel tersohor di
Malaysia.
Jika
anda mempunyai salah satu manuskrip tersebut, kami ingin
menatap dan menilainya. Sekiranya sesuai, pihak kami
ingin menerbitkannya di bawah jenama ALAF21.
( klik disini)
•
tip kehidupan, zodiak, horoskop, petua, tip, puisi,
pantun, sajak, dan pelbagai artikel menarik layari di
http://istimewa2u.blogspot.com
•
Blog Berkaitan agama, topik-topik tazkirah, audio, video
ceramah, mendengar 114 surah Al-quran secara online,
radio-radio dakwah, layari di
http://dakwah2u.blogspot.com
•
Blog Media, Tv streaming online, radio streaming online,
surat khabar, rakaman drama, radio era, hot.fm, tv1,
tv2,tv3 dan lain-lain. layari di
http://mymedia2u.blogspot.com
•
Blog Koleksi cerita lawak, lucu, kelakar dan video lawak,
lucu dan kelakar. layari di laman
http://kelakar2u.blogspot.com
•
Laman web
syarikat penerbit novel Creative
Enterprise Sdn Bhd (CESB). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.cesb.net.my
•
Laman web
syarikat penerbit
Kaki Novel
Enterprise. Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.kakinovel.com
•
Laman web
syarikat penerbit NB kara Sdn Bhd.
Dimiliki oleh penulis terkenal Norhayati Berahim, Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.nbkara.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit Buku Prima Sdn Bhd.
Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.bukuprima.com.my
•
Laman web
syarikat penerbit novel
jemari Seni Publishing (JS Publishing). Untuk melihat novel-novel
terbaru yang berada di pasaran, layari di
http://www.jemariseni.com
•
Laman web syarikat penerbit novel Alaf21 Sdn Bhd
(alaf21). Untuk melihat novel-novel terbaru dari Alaf21
layari di
http://www.alaf21.com.my
•
Laman web syarikat penerbit novel Fajar Pakeer Sdn Bhd). Untuk melihat novel-novel terbaru layari di
laman
http://www.fajarnovels.com.my
Kata Kunci
koleksi novel, koleksi novel
cinta, novel, novel online, novel melayu, novel malaysia, novel terbaik,
novel cinta, novel masyarakat, cerpen, koleksi cerpen, koleksi cerpen
cinta, koleksi cerpen cinta remaja, cerpen baru, koleksi cerpen terbaru,
teratak cerpen, cerpen cinta, cerpen online, cerpen terbaik, cerpen
melayu, koleksi cerpen cinta malaysia, cerpen malaysia, cerita seram,
cerita, cerita cinta, cerita pendek, cerita melayu, cerita online
Malaysia Group
Blog
Koleksi
Cerpen & Novel proudly powered by Blogger. Best display view 1024x768.
Google Inc
Koleksi Cerpen
& Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei
okey gak jln citer nie cuma kadangkala terkeliru gak.tahniah utk penulis